• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas menerima

permohonan di bawah seksyen 63, 64 atau 65 dan sebelum suatu penentuan dibuat, secara lisan atau secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat tambahan secara lisan atau bertulis, atau untuk memberikan apa-apa dokumen tambahan, sebagaimana yang dianggap perlu oleh Lembaga bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi pemberian lesen itu.

Pemberian lesen oleh Lembaga

67. (1) Apabila menerima permohonan bagi lesen mengikut

seksyen 63, 64 atau 65 dan selepas diberikan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen itu, dan maklumat dan dokumen tambahan di bawah seksyen 66, Lembaga boleh memberikan lesen itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(2) Jika Lembaga menolak permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(3) Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen itu kepada pemohon setelah pemohon berpuas hati dengan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan bagi lesen itu.

(4) Sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini.

(5) Tiada pemohon boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen ini tanpa keizinan bertulis Lembaga jika dana modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.

(6) Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank Islam, mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kehendak untuk menggunakan, dan sekatan mengenai penggunaan, perkataan “bank Islam Labuan”, dll.

68. (1) Pemegang lesen bank Islam hendaklah pada setiap masa

melekatkan atau mengecat, atau memastikan dilekatkan atau dicatkan, pada suatu tempat yang terang di luar setiap pejabatnya dan supaya boleh dibaca dengan mudah, nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam Labuan”, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Pemegang lesen bank Islam hendaklah, dalam apa-apa kepala bil, borang bercetak, kertas surat, notis, iklan, atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan daripada pejabatnya dan dalam urusan perniagaannya, dengan terang mencetak nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam Labuan”, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Tiada seorang pun, yang bukan pemegang lesen bank Islam, boleh, tanpa keizinan bertulis Lembaga, mengambil alih atau menggunakan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam Labuan” atau apa-apa terbitan perkataan sedemikian dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Pengekalan nisbah kecukupan modal

69. (1) Tiada pemegang lesen bank Islam boleh menjalankan

perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan wang modalnya adalah kurang daripada amaun yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.

(2) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam hendaklah mengekalkan pada setiap masa, apa-apa nisbah kecukupan modal, sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan tiada pemegang lesen bank Islam boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan jika nisbah kecukupan modal yang ditentukan itu tidak dipatuhi, kecuali dengan kelulusan Lembaga.

(3) Pemegang lesen bank Islam hendaklah pada setiap masa mengekalkan wang modalnya untuk mencerminkan nisbah modal dibeban risiko sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(4) Lembaga boleh mengarahkan pemegang lesen bank Islam untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk membetulkan apa-apa kekurangan dalam apa-apa nisbah yang ditentukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Pindaan atau pengubahan dokumen konstituen pemegang lesen bank Islam

70. (1) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu

syarikat Labuan hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis tentang pindaan atau pengubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga.

(2) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu bank Malaysia hendaklah dalam masa tiga bulan selepas pembuatan apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir

bertulis mengenai pindaan atau pengubahan sedemikian yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah pemegang lesen bank itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.

(3) Tiada pemegang lesen bank Islam boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan yang berlawanan dengan m a n a - m a n a u n d a n g - u n d a n g b e r t u l i s k e p a d a d o k u m e n konstituennya.

(4) Tiada peserta pemegang lesen bank Islam yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemegang lesen bank Islam atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemegang lesen bank ialah suatu syarikat Labuan asing, pemegang lesen bank itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pertukaran dalam pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.

Lembaga hendaklah menyiarkan senarai pemegang lesen bank Islam Labuan

71. (1) Lembaga hendaklah menyiarkan pada setiap tahun tidak

lewat daripada 31 Mac setiap tahun, suatu senarai mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada setakat 31 Disember tahun sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran sedemikian, Lembaga hendaklah menyebabkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan suatu senarai yang telah disemak mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada disiarkan dalam Warta.

(2) Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terkandung dalam Warta yang sama yang disiarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 96 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009.

Bab 3

Kewajipan pemegang lesen bank Islam

Pejabat dan subsidiari