• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.2. Kad Kredit

2.2.2. Kad Kredit Konvensional

2.2.2.2. Klasifikasi Kad Kredit

Oleh kerana setiap manusia mempunyai keperluan kewangan yang berbeza, maka terdapat pelbagai klasifikasi kad kredit. Oleh kerana itu, sebelum kita memohon kad kredit, adalah lebih baik untuk kita mengambil tahu pelbagai jenis kad kredit

tersebut untuk memastikan kad kredit mana yang sesuai dengan keperluan kita.131

Antara klasifikasi kad kredit yang ada pada saat ini antaranya ialah:

a. Kad Kredit Standard

Kad kredit standard ini merupakan kad kredit yang paling umum dan membolehkan pemilik kad mendapatkan kemudahan kewangan sehingga had kredit tertentu. Kad kredit digunakan ketika melakukan pembelian dan pembayaran. Kos atau biaya kewangan tambahan selalunya akan ditsertakan pada bilk ad kredit di akhir setiap bulan. Kad kredit standard mempunyai bayaran minimum yang perlu dibayar oleh pemiliknya pada suatu tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan hukuman

dikenakan di atas kelewatan melunaskan bil.132

b. Kad Kredit Premium

Kad ini menawarkan insentif dan manfaat yang lebih banyak lagi dari kad kredit standard, misalnya: Kad Kredit Premium, Kad Kredit Gold dan Kad Kredit Platinum. Ia memberikan pelbagai kemudahan untuk dinikmati oleh pelanggan yang berupa jaminan

130

Abdul Wahab Ibrahim Abu Sulaiman, (2006), op.cit.

131 Helvi Indrawan, (2008), Siasat Cerdik Menggunakan Kartu Kredit. Bale Siasat, Yogyakarta,

Indonesia. Hal. 54-55.

132

A Pelanduk Paperback, (1992), op.cit

Lihat juga LaToya Irby (2010), Types of Credit Cards. About.com. Credit/ Debit Management. The New York Times Company. Hal.1. http://credit.about.com/od/creditcardbasics/tp/credit-card-types.htm. 13 Januari 2010.

wang kembali, ganjaran mata, dan kemudahan-kemudahan lain. Kad Kredit Premium

mempunyai kos yang lebih tinggi.133

c. Kad Caj

Ia merupakan sejenis kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan. Kad caj tidak memiliki batas kredit. Baki pada kad kredit perlu dibayar sepenuhnya pada akhir setiap bulan. Biasanya kad caj tidak mempunyai kos kewangan atau bayaran minimum, kerana baki dan bil yang ada akan dibayar secara penuh. Kelewatan pembayaran akan dikenakan bayaran, caj sekatan, atau pembatalan

kad bergantung pada kelulusan kad dan perjanjian dengan pelanggan.134

Jadual. 2. Perbezaan Kad Caj dengan Kad Kredit

No. Kad Caj Kad Kredit

1.

Tidak ada ketentuan batasan penggunaan dalam melakukan transaksi

Ada ketentuan batasan maksimum kredit kepada setiap pelanggan sesuai dengan macam kad kredit pengguna (Clasic, Gold, atau Premium)

2.

Pembayaran penuh atas semua bil sebelum kad digunakan untuk transaksi berikutnya

Pembayaran minimum 10% – 20% atas semua bil dan boleh dijelaskan selambat-lambatnya pada habis masa tempoh penagihan yang ditentukan setiap bulan

3.

Apabila pembayaran tidak dilakukan secara penuh dari tagihan akan dikenakan denda keterlambatan (late

charge) sebesar persentase tertentu.

Terlambat melakukan pembayaran (selepas habis masa tempoh) akan dikenakan denda (late charge) sebesar persentase tertentu dari pembayaran minimum atau sejumlah tertentu yang sudah ditentukan oleh bank

4. Tidak dikenakan tingkat bunga atas setiap pembayaran tagihan

Tingkat bunga dikenakan atas saldo kredit, besarnya sesuai tingkat bunga pasaran

Sumber: Aboubacar Salihou Kante (2006). Diubah suai oleh penulis.

133 Ibid

134

Antaranya jenis kad caj ialah: American Express, Diners Club dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kad caj memiliki ciri yang membezakan ia dengan kad kredit yang lain seperti yang di terangkan dalam jadual 2. Dalam kad caj tidak disyaratkan pemegangnya membuka akaun simpanan di bank penerbit kad atau pihak pengeluar kad,

tidak ada ketentuan batasan penggunaan kad caj dalam melakukan transaksi, tetapi pengguna kad caj harus melakukan pembayaran penuh atas semua bil sebelum kad caj tersebut digunakan untuk transaksi berikutnya.135

Selain itu, pemegang kad caj diberi had tertentu (Credit Line and Limit), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu jangka masa izin penangguhan jangka pendek yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu pembelian dan waktu wajib melangsaikan bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang tertulis di dalamnya senarai transaksi urus niaga yang telah dilakukan. Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan hukuman (denda) akibat kelewatan tersebut yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad, dibuang dari keahlian dan

sebagainya.136

d. Kad Kredit Terhad

Kad kredit terhad hanya boleh digunakan pada lokasi tertentu dan dengan barangan tertentu sahaja. Misalnya, kad kredit yang dikeluarkan oleh syarikat petrol,

135 Aboubacar Salihou Kante (2006), Credit Cards From the Islamic Legal Perpective. Kuala Lumpur: Ilmiah publisher, h. 15.

136 Zaharuddin Abd Rahman (2007), Penggunaan Kad Kredit Menurut Neraca Shariah.

kedai runcit dan pusat beli-belah yang lain. Kad kredit ini hanya boleh digunakan di

tempat penerbit kad kredit tersebut.137

e. Kad Kredit Prabayar

Sementara itu, kad kredit prabayar (prepaid credit card) menghendaki pemegang kad kredit untuk menyimpan wang ke dalam akaun kad kreditnya sebelum kad kredit tersebut digunakan. Had kredit tidak akan di tambah sehinggalah pemegang

kad menyimpan banyak wang ke dalam akaun kad kreditnya.138 Kad prabayar tidak

mempunyai kos kewangan atau bayaran minimum kerana ditarik dari balance akaun

pemegang kad kredit prabayar. Kad kredit prabayar adalah sama dengan kad debit.139

f. Kad Kredit Perniagaan

Kad kredit ini direka khusus untuk kegunaan perniagaan. Pengeluar kad kredit memberi pemilik perniagaan suatu kaedah yang mudah dengan pelbagai kemudahan-kemudahan untuk transaksi. Pelanggan kad kredit perniagaan menggunakan kad kreditnya untuk menjaga transaksi perniagaan dan transaksi peribadi berasingan. Ada yang menggunakan kad kredit perniagaan standard dan ada juga yang menggunakan kad

caj untuk perniagaan.140