• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komponen Organisasi Pendidikan

Dalam dokumen Manajemen Pendidikan (Halaman 32-36)

BAB II ORGANISASI PENDIDIKAN SEBAGAI SISTEM SOSIAL

2.5. Komponen Organisasi Pendidikan

Semua sistem sosial mempunyai aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi yang bertujuan untuk keseimbangan organisasi.

Organisasi Pendidikan adalah organisasi formal yang juga dikatakan sebagai sistem pendidikan terbuka yang bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran.

Organisasi ini bekerjasama antara satu bahagian dengan bahagian yang lain yang dikenali sebagai sistem pemikiran dengan meletakkan segala kebertanggung jawaban untuk membentuk jalan-jalan yang lebih baik untuk mencapai tujuan.

Organisasi sebagai sistem terbuka mengandungi beberapa elemen-elemen utama, iaitu: struktur, individu, budaya dan politik.

b. Struktur

Struktur organisasi boleh diartikan sebagai birokrasi yang dibentuk sebagai tujuan yang formal bagi memastikan tanggung jawab sesuatu sumber terhadap organisasi. Struktur

21

organisasi adalah kaidah bagaimana pekerja-pekerja diberi tugas tertentu yang untuk koordinasi di antara mereka.

Organisasi pendidikan adalah organisasi yang kompleks, berinteraksi antara satu dengan yang lain dan sekiranya, kegagalan berinteraksi akan menjejaskan organisasi (Lunenburg, 1995). Oleh itu kebanyakan organisasi modern, termasuk sekolah menggunakan pakaian seragam yang berkaitan dengan birokrasi. Ini adalah berkaitan dengan struktur organisasi yang mana ia melibatkan pembahagian tenaga kerja dan pengkhususan, orientasi impersonal, hierarki autoriti, peraturan dan orientasi kerja.

Oleh kerana sekolah adalah organisasi yang kompleks, maka tugas di dalamnya juga adalah kompleks yang tidak berupaya untuk dilaksanakan oleh seorang individu. Pembagian tugas dapat menambah baik aktivitas organisasi. Aktivitas meningkat disebabkan pembahagian tugas mewujudkan pengkhususan yang mendorong pekerja menjadi lebih berpengetahuan dan mahir untuk melakukan tugasan mereka.

Oleh itu pembahagian tugas dan pengkhususan dapat meningkatkan kemahiran kakitangan organisasi pendidikan.

Penstrukturan akan mewujudkan birokrasi di mana jabatan/pejabat disusun secara vertikal bagi tujuan pemantauan dan penyeliaan tugas. Secara tidak langsung wujud hierarki autoriti. Maka ia dapat menjanjikan kepada kepatuhan disiplin terhadap pelaksanaan tugas dan fungsi organisasi melalui peraturan. Dipercayai, peraturan dapat memastikan keseragaman dan kestabilan tindakan pekerja.

Selain pengkhususan, hirarki autoriti, struktur organisasi juga menyebabkan pekerja melakukan kerja yang dilakukan sebagai kerjaya. Dengan itu para pekerja mempunyai perasaan untuk mendapatkan insentif. Maka pemantauan dan penyeliaan perlu dilakukan bagi memastikan setiap kakitangan menjalankan tugas dengan sempurna, baik dan selari dengan maksud organisasi. Individu. Organisasi pendidikan terdiri dari sekumpulan manusia yang bekerjasama antara satu dengan

22

yang lain bagi mencapai tujuan organisasi. Struktur, peraturan dan arahan, kedudukan dalam birokrasi adalah diantara kegiatan yang dapat membantu ke arah mencapai tujuan organisasi. Namun kumpulan manusia tersebut mempunyai maksud dan tujuan mereka sendiri dan mereka secara individu mempunyai pandangan yang berbeda mengenai tugas mereka dalam organisasi. Tidak semesti setiap ahli organisasi mempunyai tujuan, kepercayaan dan pemahaman secara individu mengenai tujuan kerjanya. Setiap individu mempunyai niat dan tujuan tersendiri dalam menjalankan tugasan harian di dalam organisasi pendidikan. Sebagai contoh, seorang tukang kebun mempunyai niat menjalankan tugasnya untuk menceriakan sekolah. Bagi mereka, tugasan yang dijalankan itu adalah tanggungjawab yang diarahkan oleh pengetua untuk menjaga lanskap dan kebersihan persekitaran sekolah dan dengan melaksanakan tugas mereka akan diberi upah untuk menyara ahli keluarga. Mereka mungkin tidak terfikir bahawa tugas yang mereka laksanakan juga turut menyumbang ke arah pencapaian tujuan sekolah untuk mengeluarkan graduan yang berpendidikan dan berkemahiran. Ini adalah kerana pemikiran mereka mengenai pekerjaan mereka sendiri adalah berbeza dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Oleh itu dalam menjalankan pengelolaan dalam organisasi pendidikan seseorang pengurus perlu memahami bahwa setiap individu dalam organisasinya mempunyai tujuan mereka sendiri dan tujuan mereka tidak semestinya selari dengan tujuan organisasi. Maka menjadi tanggung jawab pengurus untuk menyedar dan membawa kumpulan ini ke arah pencapaian tujuan organisasi.

Budaya seperti yang telah dibincangkan, organisasi terdiri dari sekumpulan manusia. Manusia secara individu atau kumpulan berinteraksi antara satu sama lain (Cole, 1995) untuk memastikan kerja yang dijalankan memenuhi tujuan organisasi untuk mencapai tujuannya. Apabila ahli-ahli organisasi berinteraksi antara satu dengan yang lain mereka berkongsi

23

kepercayaan, nilai, norma dan cara berfikir. Perkongsian ini akan hanya membentuk budaya dalam organisasi tersebut apabila persefahaman mengenai sesuatu perkongsian tercapai oleh ahli-ahli sesebuah organisasi. Budaya sesebuah organisasi adalah berbeza dari organisasi yang lain. Perbezaan ini adalah berdasarkan tujuan dan tujuan sesebuah organisasi.

Keadaan ini menerap identiti organisasi dalam din ahli-ahlinya. Sebagai contoh, IKIP mempunyai identitasnya sendiri jika dibandingkan dengan Universitas. Budaya organisasi mempengaruhi bukan saja elemen struktur dan individu dalam mengwujudkan nilai dan perasaan kekitaan dalam menjalankan kerja. Budaya organisasi bukan sahaja melibatkan para pekerja di dalam sesebuah organisasi, malah ia turut dirasai oleh mereka yang berada di luar organisasi iaitu pelanggan. Di dalam situasi organisasi pendidikan, pelajar dan ibu bapa adalah pelanggan, mereka akan menumpukan perhatian kepada institusi pendidikan yang mempunyai budaya yang positif, contohnya sekolah yang mempunyai rekod pencapaian akademik yang cemerlang akan menjadi tumpuan ibu bapa untuk mendaftar anak-anak mereka di sekolah tersebut.

Struktur dikatakan mewakili dimensi formal sistem sosial organisasi pendidikan dan aspek personal mewakili individu dalam organisasi. Manakala budaya adalah dimensi yang kolektif yang menggabungkan formal dan personal untuk mewujudkan satu perkongsian kepercayaan. Dimensi politik pula adalah terbahagi serta berkonflik, seterusnya akan menyebabkan individu dan kumpulan berada dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain. Kehadiran politik dalam sesuatu organisasi boleh mengakibatkan kecelaruan atau huru hara dan menimbulkan konflik antara individu atau kumpulan di dalam organisasi. Ini akan menghalang pencapaian tujuan organisasi.

Dalam situasi organisasi pendidikan, memberikan beberapa garis panduan kepada pentadbir untuk membina dan menggunakan kuasa secara baik. Namun, kuasa yang tidak

24

digunakan secara baik akan mengakibatkan penentangan bergantung kepada keadaan dan bentuk permintaan. Ini adalah kerana individu di dalam organisasi mampu mempamirkan kuasanya secara tidak formal bagi menentang dan mendapat keuntungan secara individu mahupun dari peringkat kumpulannya. Sebaik-baiknya konfrontasi disebabkan permainan politik di dalam organisasi perlu dicegah kerana ia memberi kesan negatif kepada organisasi. Namun sekiranya ia berlaku ia perlu ditransformasikan kepada perhubungan kuasa yang stabil.

2.6. Output Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem

Dalam dokumen Manajemen Pendidikan (Halaman 32-36)