• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komponen Sastera (KOMSAS)

Dalam dokumen Unsur tarbiah dalam novel Komsas (Halaman 34-61)

Jadual 1: Novel KOMSAS Edisi Kedua Mengikut Zon

1.7 Definisi Konsep dan Operasional

1.7.2 Komponen Sastera (KOMSAS)

Sehubungan dengan pandangan-pandangan yang telah diutarakan berkaitan pendefinisian “tarbiah” ini, dapat disimpulkan bahawa tarbiah membawa erti ilmu pendidikan Islam yang diterapkan secara kerohanian dan membawa manusia ke arah perhubungan murni sesama manusia dan melahirkan insan yang bertakwa kepada Pencipta-Nya. Unsur tarbiah ini dapat digunakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian seperti memberi tunjuk, nasihat, penceritaan, dan teladan baik yang terdapat dalam sesuatu karya. Memberi teladan yang baik disebut ‘Qudwah’ yang menekan perubahan tingkah laku yang lebih baik. Lantaran itu, penerapan unsur tarbiah dalam karya sastera mampu menarik perhatian dan memberi bimbingan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah untuk menghadapi liku-liku kehidupan berdasarkan disiplin ilmu kesusasteraan dan ajaran agama. Melalui peristiwa dan sifat murni dalam novel berkeupayaan memberi pengajaran positif dan dapat mengarah kepada pembentukan moral pembaca menjadi lebih baik dan meningkatkan nilai insani. Merubah seorang murid kepada berdisiplin dan menjadi lebih baik dalam keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Hal ini, sejajar dengan matlamat penghasilan karya sastera adalah untuk memberi pendidikan dan menanamkan nilai-nilai positif kepada pembaca seperti yang terkandung dalam novel KOMSAS.

1.7.2 Komponen Sastera (KOMSAS)

Sementelahan itu, proses pendefinisian ini juga akan meneliti aspek Komponen Sastera (KOMSAS) berdasarkan beberapa pandangan tokoh. Peradaban sesuatu bangsa terbina dengan adanya sokongan kemanusiaan yang hebat. Walaupun begitu, keupayaan untuk membina sahsiah kemanusiaan yang hebat adalah terlalu subjektif dan sukar tercapai. Hal ini kerana, adalah lebih senang mendirikan kemajuan pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara berbanding kestabilan sosialnya. Cabaran utama dalam pembinaan kemanusiaan yang hebat pada masa kini adalah lunturnya nilai-nilai kebudayaan murni akibat pengaruh Barat. Situasi ini sangat membimbangkan apabila golongan muda kini banyak menukar corak dan gaya hidup di negara-negara membangun dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif dari luar (A. Aziz Deraman, 2005: 72). Dalam hal ini memperlihatkan kegusaran identiti negara akan berkubur andainya keadaan ini dibiarkan berterusan. Justeru, salah satu usaha mengekang penularan budaya “kuning” dalam masyarakat khususnya pelajar sekolah adalah dengan melalui pengenalan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bertunjangkan pembacaan dan penghayatan dalam hidup dapat mengekalkan jati diri kaum, mengasimilasikan Kebudayaan Kebangsaan dan menyumbang ke arah peradaban kemanusiaan. Dalam hal ini, penguasaan teks membolehkan semua murid sekolah berinteraksi dan berhujah tentang teks yang disediakan tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.

Oleh yang demikian, karya sastera kaya dengan pengalaman dan perasaan pengarang akan memberi input yang bermakna kepada khalayak. Arif Mohammad (2009: 50), dalam tulisannya berpendapat bahawa meminati dan menghayati karya sastera bermutu secara zahirnya dapat membentuk tradisi keilmuan. Pada masa sama aktiviti ini juga menjurus ke arah pembentukan dan pemantapan nilai kendiri. Keupayaan pengarang menyuntik nilai-nilai positif dalam karya membantu pelajar menjiwai dan

© COPYRIGHT

UPM

17

mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Tiga dimensi baharu telah diperkenalkan sepanjang pemilihan novel KOMSAS demi melaksanakan penambahbaikan berkenaan, iaitu:

i. Dimensi bahan-teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum kebangsaan,

ii. Dimensi guru-teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara,

iii. Dimensi murid-teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010: 1)

Petikan menghuraikan bahawa KOMSAS berperanan mendidik jiwa murid-murid secara lebih berkesan berdasarkan dimensi yang dinyatakan di atas. Karya-karya mudah difahami akan membantu mereka mengamalkan nilai-nilai keinsanan, keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kenegaraan. Hashim Musa (2005: 112), menjelaskan perkara ini seperti berikut, “Pembangunan, kemajuan dan kejayaan dengan makna yang setepat-setepatnya ialah pergerakan dan perubahan manusia dari diri haiwani (nafs haiwaniyah, dengan sifat rakus, tamak, angkuh, takbur, dengki dan dendam kesumat) kepada diri akali (nafs aqliyah, dengan sifat kemurahan, keadilan, kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan, kemaafan, ketenangan, keyakinan, dan seumpamanya)”. Petikan menunjukkan proses yang perlu dijalani untuk menjadi lebih baik atau meningkatkan insani yang mana proses ini dapat dicapai dengan pembelajaran atau tarbiah. Justeru, analisis yang akan dilaksanakan dalam kajian ini memberi penekanan kepada dua dimensi iaitu pertama karya sastera membimbing manusia mengenal penciptanya dan dimensi kedua karya sastera berupaya mewujudkan keharmonian perhubungan sesama manusia.

Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut, satu perancangan rapi bermula 1987 melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1987. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 91), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui surat KP (BS) 8549/3A/AM/(22) yang bertarikh 24 Disember 1984 telah menyenaraikan buku bacaan kesusasteraan Melayu yang sesuai dan mengandungi semua genre untuk dibaca murid-murid sekolah dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Pada ketika ini hanya melibatkan pelajar di tingkatan tertentu sahaja dan mula digunakan semenjak tahun persekolahan 1985. Komposisi genre yang diperkenalkan adalah novel, cerpen, prosa klasik, puisi, dan drama seperti dalam Jadual 2. Semua genre dimasukkan dalam satu antologi yang berbeza kecuali novel. Hal ini, menunjukkan penggunaan antologi adalah sama mengikut tingkatan di seluruh negara, namun begitu, keadaan berbeza dengan novel yang diagihkan mengikut zon penggunaan seperti Jadual 1. Penggunaan antologi dan novel mengikut zon terdapat dalam buku panduan guru yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kriteria pembahagian genre dalam antologi dan novel bagi tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 seperti Jadual 2 berikut:

© COPYRIGHT

UPM

18

Jadual 2: Bentuk dan Bilangan Teks

GENRE TINGKATAN JUMLAH

1 2 3 4 5 Novel 4 4 4 4 4 20 Cerpen 6 6 6 6 6 30 Drama 3 3 3 3 3 15 Sajak 6 6 6 6 6 30 Puisi Tradisional 6 6 6 6 6 30 Prosa Tradisional 4 4 4 4 4 20 Jumlah 29 29 29 29 29 145

(Sumber: Pekeliling Ikhtisas bil 2/2009)

Berdasarkan Jadual 2 mempamerkan pengenalan genre KOMSAS dalam sistem pendidikan negara, yang mana berhasrat membawa satu perubahan yang positif dalam pembentukan kemanusiaan dalam diri murid. Hal ini sejajar dengan tulisan Maniyamin Ibrahim (2009:42), yang mengatakan bahawa penerapan nilai kesusasteraan dan membina khalayak paling berkesan dilakukan melalui institusi kekeluargaan dan pendidikan yang disokong oleh para teknokrat. Dalam hal ini kejayaan membina nilai kemanusiaan memerlukan masa yang panjang dan sukar diukur, walau bagaimanapun keadaan lebih kompetitif jika digandingkan dengan nilai ketuhanan. Sinergi ini akan dianalisis dalam novel KOMSAS mengikut kewajaran Teori Takmilah, lantaran itu perbincangan selanjutnya dalam bab keempat.

Penilaian daripada aspek ini bahawa Komponen Sastera (KOMSAS) akan diteliti bagi memastikan ketepatan penilaian novel sebagai bahan bantuan pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, kajian telah menyenaraikan 19 novel KOMSAS sebagai bahan kajian dalam meneliti unsur tarbiah yang terkandung bagi menyokong objektif memasukkan KOMSAS dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

1.7.3 Novel

Sehubungan itu, pendefinisian terhadap “novel” diperjelaskan berdasarkan pandangan tokoh, di antaranya Othman Puteh (2001: 21), menyatakan novel adalah satu cereka panjang berbentuk prosa. Sejarahnya bermula dengan perkembangan naratif lama. Walaupun penciptaan novel melalui perkembangan sejak berzaman namun ceritanya masih menggunakan banyak tema dan isu berbentuk naratif yang telah bermula dari zaman Yunani dan Rom Purba (Ensiklopedia Dunia, 2005: 265). Bentuk karya sastera yang sangat popular ini mula ditulis pada abad ke-18. Pride

and Prejudice karya Jane Austen (1775 – 1817) merupakan contoh novel yang

menceritakan kehidupan, amalan, dan moral masyarakat Inggeris (Ensiklopedia

Umum, 2007: 49). Berbeza dengan kehidupan seseorang manusia yang tidak

diketahui pengakhiran kehidupannya di alam nyata, novel akan dilengkapi dengan watak, peristiwa dan latar secara lengkap yang mungkin akan menceritakan tentang manusia atau haiwan. Menurut S. Othman Kelantan (2004: 12), karya novel dan

© COPYRIGHT

UPM

19

cerpen mengisahkan keperihalan manusia merangkumi akal fikiran, keintelektualan, kebijaksanaan, kekreatifan, keagamaan, dan keimanannya. Kepelbagaian dimensi yang digarap membentuk jalinan cerita dalam bentuk prosa yang panjang dan dikaitkan dengan pengalaman, perlakuan dan konflik kemanusiaan. Pada tahun 1925 hingga 1942 genre novel menjadi popular dan tersebar dengan meluas kerana wujudnya kreativiti kesusasteraan yang melakukan kombinasi antara unsur sastera lama dan unsur sastera baru.

Daripada sudut struktur pula novel merupakan gabungan antara fakta dan imaginasi. Justeru, novel dikatakan mampu meninggalkan kesan emosi, menggambarkan situasi semasa masyarakat dan memaparkan peristiwa berkaitan sesuatu era (Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi, dan Asiah Abdul Rahman, 2010: 63). Dalam penulisan novel, aktiviti hidup manusia dirakam dengan kemas dengan kreativiti pengarang bersama mesej dan nilai yang ingin disampaikan kepada khalayak. Semua peristiwa dan watak disusun secara kreatif dan saling berkaitan antara satu sama lain (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 57). Selain itu, novel juga dikatakan sebagai media untuk menyampaikan konsep, falsafah atau pendirian sesuatu kehidupan (Insiklopedia Malaysiana, 1996: 166), justeru novel mampu mencerminkan latar kehidupan masyarakat pada masa berkenaan.

Kesimpulannya, novel ialah cereka yang dijalin dalam sebuah prosa panjang yang merakamkan pelbagai peristiwa meliputi manusia, binatang atau makhluk-makhluk lain. Pengarang yang mengolah penceritaan berdasarkan watak-watak, mengembangkan plot cerita dan memasukkan unsur-unsur fiksyen berdasarkan pengalaman peribadi atau pengalaman dalam masyarakat dan permainan imaginasi. Kebolehan menyelitkan falsafah kehidupan yang positif dalam karya kreatif ini memberi maklumat tambahan dalam pembentukan sahsiah pembaca.

Sejarah penulisan novel di Malaysia berlaku agak lewat berbanding genre kesusasteraan yang lain. Menurut Rosnah Baharudin (2003: 25), novel Melayu yang awal ialah Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 1925 – 1926. Pada peringkat awal kemunculan genre novel, para pengarang terdiri daripada pengarang berpendidikan agama seperti Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi, Ahmad Kotot, A. Rashid Talu dan Abdul Hamid bin Haji Ahmad. Penulisan novel semakin berkembang mengikut peredaran masa. Pada masa ini juga muncul novel terjemahan yang diterajui Pejabat Karang Mengarang mula menterjemahkan novel-novel berbahasa Inggeris sebagai satu bahan bacaan ringan bagi pelajar-pelajar sekolah Melayu awal 1920-an (Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi, dan Asiah Abdul Rahman, 2010: 71). Semua novel yang diterbitkan pada zaman sebelum merdeka adalah dalam tulisan Jawi dan difahami khalayak sastera pada masa tersebut. Menurut Rosnah Baharudin (2007: 25), penerbitan novel-novel tersebut dalam tulisan Rumi hanya berlaku selepas tahun 1957. Kesinambungan daripada keperluan khalayak dan keinginan untuk menjadikan sesuatu karya itu mendapat perhatian dalam masyarakat.

© COPYRIGHT

UPM

20

Perkembangan semasa penghasilan novel di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti penganjuran peraduan, perkembangan teknologi percetakan, penubuhan syarikat penerbitan dan dasar serta galakan kerajaan. Perkembangan novel kian berkembang dengan kehadiran beberapa novel baru yang membawa kelainan seperti novel-novel Salina (1961), Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1992) yang dihasilkan Sasterawan Negara A. Samad Said. Perkembangan ini membawa kepada kelahiran semakin ramai penulis dan juga jumlah novel yang diterbitkan. Evolusi ini menjadi fenomena baru di Malaysia dan Indonesia, “Novel-novel jenis baru Indonesia itu enak dibaca namun “Novel-novel-“Novel-novel Malaysia itu pula sukar untuk dibaca” (A. Wahab Ali, 1995: 162). Perkembangan ini meletakkan novel sebagai suatu karya seni tersendiri dengan mempunyai nilai estetika yang hebat secara tersirat dan akan memaksa murid untuk berfikir serta mencari mesej yang ingin disampaikan. Penumpuan kepada aspek ketuhanan dan kemanusiaan akan melengkapkan sesebuah novel sebagai bahan bacaan yang memberi bimbingan dan hiburan.

Dalam hal yang lain, ilmu akan membimbing seseorang untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang betul dan wajar, termasuklah meletakkan diri sendiri dalam persekitaran dan seluruh sistem kewujudan (Hashim Musa, 2005: 122). Penguasaan ilmu dalam berkarya turut disentuh oleh Shahnon Ahmad (2007: 92), antara lain berpendapat bahawa seseorang sasterawan besar dan banyak ilmu serta pengalaman, menggunakan kelebihan pengalaman tersebut untuk mendukung pemikiran dalam karya supaya menjadi lebih signifikan, memartabatkan keinsanan, menegakkan keadilan, mempertahankan amal makruf dan menentang kemungkaran. Ini bermakna, pengalaman dan ilmu diadun dalam penceritaan, konflik, dan watak serta perwatakan karya. Konflik cerita pula diselesaikan dengan cara yang bijaksana mengikut kesesuaian situasi.

Sehubungan pandangan yang diutarakan oleh beberapa tokoh di atas, kajian ini akan mengusulkan istilah “novel” yang akan diguna pakai sepanjang sebagai bentuk cereka panjang yang mempunyai gabungan imaginasi dan fakta dalam menyampaikan ilmu dan nasihat kepada masyarakat. Justeru, penelitian ini berhasrat mencorak murid-murid menjadi lebih baik bermula daripada mengenali potensi mereka, hal ini perlu di manipulasi dengan cara menyeluruh. Oleh itu, penggemblengan usaha positif ini memberi panduan, bimbingan, tunjuk cara kepada khalayak dan seterusnya mengarah kepada pembentukan akhlak yang lebih baik. Sejajar dengan hasrat tersebut, sastera adalah satu bidang seni kreatif yang mempunyai keupayaan besar untuk membangun atau membentuk nilai-nilai hidup manusia yang tinggi (Hassan Ahmad, 1988: 297). Lantaran itu, usaha merubah manusia ke arah pembentukan akhlak mulia merupakan satu kejayaan yang mana merupakan satu kesinambungan ke arah merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

© COPYRIGHT

UPM

21

1.8 Kesimpulan

Hasrat melahirkan nilai tarbiah dalam kalangan murid-murid merupakan kesinambungan dalam FPK. Hal ini, selaras dengan objektif pengenalan KOMSAS, yang mana semua dimensi perlu di selaras dan dipenuhi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dimensi pertama teks dipilih adalah berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum kebangsaan. Pembelajaran yang memberi ruang kepada murid-murid menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha-usaha membangunkan manusia adalah proses berterusan yang memerlukan suntikan unsur-unsur yang positif. Pengecaman unsur berkenaan dalam teks KOMSAS boleh membimbing dan memberi panduan kepada murid-murid. Wahana yang memberi pendidikan dengan unsur-unsur tarbiah yang harus di aplikasi dengan perbuatan dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian bangsa dalam bilik darjah boleh ditransformasikan dengan nilai-nilai yang tersebut, yang akan mengujudkan perasaan bertoleransi yang mana seterusnya merintis kepada pencapaian matlamat FPK.

Justeru, unsur tarbiah yang terdapat dalam novel KOMSAS dianalisis berpaksikan kewajaran dalam Teori Takmilah, dalam hal ini kebolehan pengarang menggarapkan unsur-unsur tarbiah mencakupi kesemua prinsip dalam novel KOMSAS akan memberi input tambah dalam pembentukan akhlak. Lantaran berupaya mengujudkan keseimbangan dalam hubungan antara manusia dengan Pencipta dan hubungan antara manusia sesama manusia. Sesebuah karya bermutu mengikut analisis Teori Takmilah adalah mempunyai tujuh prinsip dengan lengkap dan teks tersebut dapat dikategorikan sebagai berkesan serta mampu memberi tarbiah kepada khalayak seperti matlamat Teori Takmilah. Menurut Iqbal (2006: 227), dalam Ensiklopedia

Islam Jilid 2 menyatakan proses lahirnya insan Kamil berlaku melalui tiga tahap

iaitu (1) ketaatan kepada hukum, (2) penguasaan diri sebagai bentuk tertinggi kesedaran diri tentang peribadi, dan (3) kekhilafan Ilahi. Walaupun mungkin sukar untuk melahirkan wali Allah melalui sistem pendidikan terkini namun itu bukan halangan untuk membimbing murid-murid menjadi insan yang lebih baik. Justeru, adalah menjadi satu usaha yang murni untuk mentarbiahkan murid-murid mengikut kesesuaian nilai dalam teks KOMSAS demi menjayakan hasrat manusia yang lebih kreatif dan kritis.

Objektif untuk menjadikan murid-murid sebagai insan Kamil perlu diterjemahkan dengan teliti dalam sistem pendidikan. Justeru, pelbagai cabaran perancangan sistem pendidikan seperti PPPM (2013 – 2025) yang beroperasi sekarang. Namun begitu, kejayaan sesuatu dasar memerlukan sokongan setiap lapisan masyarakat. Lantaran itu, semua pihak perlu optimis agar hasrat melahirkan insan Kamil mampu direalisasikan. Matlamat ini adalah sejajar dengan matlamat Teori Takmilah untuk melahirkan golongan muda yang berkeupayaan mentaati perintah Allah SWT serta membangunkan potensi diri dengan baik. Kejayaan ini membolehkan mereka memberi sumbangan kepada insan dan makhluk lain sebagai khalifah di muka bumi ini.

© COPYRIGHT

UPM

22

Keberhasilan yang menjadi alternatif dalam pembelajaran KOMSAS dengan merujuk cara watak menyelesaikan masalah dengan berhemah dan berkesan. Keupayaan ini mendorong murid-murid berfikir secara kritis, mengukur tunjuk cara dalam watak dalam novel sesuai atau sebaliknya diaplikasikan dalam persekitaran kehidupan mereka. Hal ini, memberikan panduan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan kaedah dan teknik yang betul. Pada sudut yang lain pencinta sastera biasanya melihat dan menganalisis sesuatu peristiwa secara menyeluruh daripada pelbagai aspek kesusasteraan. Justeru, dalam usaha mencapai matlamat ini guru-guru, ibu bapa dan masyarakat perlu membuka ruang supaya mereka berfikir secara terbuka dan bebas daripada pemikiran literal. Kesinambungan daripada cara pemikiran ini akan menjadi lebih sukses apabila berada dalam lingkungan kesusasteraan Islam yang menetapkan kesejahteraan hubungan antara manusia sesama manusia dan keluhuran hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Dalam usaha merintis matlamat tersebut kajian yang pernah dilaksanakan sebelum ini perlu dianalisis dan di sorot untuk melihat kelompangan yang masih ada dan perlu diisikan.

© COPYRIGHT

UPM

194

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an. (2007). Mushaf Malaysia dan Terjemahan. Shah Alam: Yayasan Restu. A. Aziz Deraman. (2000). Kesusasteraan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan:

Membentuk Masyarakat Madani di Malaysia: Dewan Sastera: Februari. 13-17.

A. Rahim Abdullah. (2008). Novelis Nusantara Ideologi dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Rahim Abdullah. (1995). Pemikiran Sasterawan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Rahman Hanfiah.(2013). Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu

Pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

Berhad.

A. Wahab Ali. (2012). Kemunculan Novel dalam Sastera Moden Indonesia dan

Malaysia: Satu Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &

Buku Malaysia.

A. Wahab Ali. (1995). Mengajar Menikmati dan Meneliti Novel Jenis Baru di Peringkat Universiti. Penyelenggaraan Othman Puteh. Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ab. Aziz Mohd Zain. (1995). Keagungan Tuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abang Saifuddin Abang Johari. (2010). Di Sebalik Wajah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Halim Ramli. (2007). Memahami Islamisasi Ilmu dari Pemikiran al- Faruqi. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Abd. Latip Talib. (2009). Istana Menanti. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Omar. (1997). Al-Quran dan As-Sunah sebagai Sumber Inspirasi. dalam. Baharuddin Yatim dan Sulaiman Noordin (disunting) Islam Al-Quran

dan Ideologi Masa Kini. Bandar Baru Bangi: Pusat Pengajian Umum,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd. Talib Hassan. (2010). Sutera dalam Lukisan. Selangor: ABM SMAZ Creative Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Ismail. (2012). Indahnya Akhlak Warisan Rasulullah. Batu Caves: Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd.

© COPYRIGHT

UPM

195

Abdul Basit Abd Rahman. (2012). Keindahan Islam. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Abdul Halim Ali. (1998). Ciri-ciri Modenisme: Kontradiksi dengan Prinsip Sastera

Islam, Relevensi dan Alternatif. Tesis Sarjana Persuratan. Bangi: Universiti

kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim Ali. (2014). Beberapa Tanggapan Awal Terhadap Teori Takmilah. dalam. Abdul Halim Ali (selenggaraan) Teori Takmilah Perluasan &

Penafsiran. Batu Caves: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Abdul Halim El-Muhammady.(1991). Pendidikan Islam, Falsafah Disiplin dan

Peranan Pendidik: Dewan Pustaka Imam.

Abdul Halim El-Muhammady.(1994)Sumber Undang-undang Islam dan Pandangan

Orientalis. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Abdul Halim El-Muhammady, ‘Uthman El-Muhammady. (2002). Tasawur Islam

Huraian Konsep& Implikasi dalam Kehidupan. Kajang: Penerbit Institut

Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Abdul Latief bin Ghazali. (2000). Tubuh dan Organ Manusia Menurut Al-Quran

dan Sains. Kuala Lumpur: Jasmin Interprise.

Abdul Monir Yaacob. (1996). Perspektif Hijrah.dalamKontemporari Islam, Penyunting Azhar Idris. Kuala Lumpur: Institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Abdul Monir Yaacob. (2013). Islam Merentas Bidang. Kuala Lumpur: Technowlogic Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Rukaini. (2001). Akhlak Membangun Jati Diri. Semenyih Selangor: Synerymate Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Abdullah. (1990). Pemikiran Umat Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Al-Qari Hj. Salleh. (1989). Dasar-dasar Pendidikan Menurut Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. (2012). Konserto Terakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Mohamad Said. (1999). Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.

Abdullah Muhammad Zin, Che Yusff Che Mamat dan Ideris Endot. (1998). Prinsip

© COPYRIGHT

UPM

196

Abdullah Tahir. (1989). Proses Penciptaan Novel Ishak Haji Muhammad, A. Samad

Said, Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yasin. (2006). Ke Arah Memahami Al-Quran dan Al-Hadis. Kuala Lumpur: Al- Furqan Enterprise.

Abdullah Yasin. (2010). Aqidah Ahl Al Sunah Wa Al Jama’ah. Kuala Lumpur: Al-Furqan Enterprise.

Abdurrahman An-Nahlawi. (2004). Pendidikan Islam di Sekolah, Rumah dan

Masyarakat. Jakarta: Gema Insani.

Adi Al-Hadi. (2008). Mutiara Kata (susunan). Kuala Lumpur: Black & White Productions.

Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin. (2011). Menyemai Kemanisan Iman dalam Jiwa

Insan. Bandar Baru Bangi: Pelima Media Sdn. Bhd.

Ahmad Hatta. (2009). Tafsir Quran Per kata. Jakarta: Maghfirah Pustaka.

Ahmad Shalaby. (2001). Perbandingan Agama: Agama Islam. Alih bahasa Muhammad Labib. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Ahmad Zaki Abu Bakar. (2010). Wira Pesona Avatari. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi (2015) Hebatnya Rasulullah Teladan Peribadi dan

Pengurusan Kekasih Allah. Shah Alam: Karya Bestari

Aida Shahira. (2010). Bukan Duniaku. Melaka: Karya Hartamas Enterprise.

Al-Iman Al-Ghazali. (2008). Menimbang Amalan & Meraih kejayaan Akhirat.

Dalam dokumen Unsur tarbiah dalam novel Komsas (Halaman 34-61)

Dokumen terkait