Unsur tarbiah dalam novel Komsas
Teks penuh
(2) PM. IG. H. T. U. UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS. Oleh. ©. C. O. PY. R. MAISARAH BINTI YAACOB. Tesis ini dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, sebagai memenuhi keperluan untuk Doktor Falsafah Februari 2017.
(3) Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia.
(4) DEDIKASI. PM. Bismillahirahmanirrahim, dengan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Kudrat dan Iradat-Nya tugasan ini dapat diselesaikan, segala cabaran dan dugaan mematangkan diri yang seterusnya menyedari betapa kerdilnya diri berada dalam peta kehidupan yang nyata. Bersyukur dengan anugerah Allah S.W.T dengan kelapangan masa, kekuatan semangat serta kesihatan yang membolehkan tugasan ini dapat disiapkan.. U. Jutaan terima kasih kepada setiap insan yang berada dalam ruang kehidupan ini, yang mana sentiasa memberi semangat dan inspirasi dalam pelbagai situasi suka dan duka, malam dan siang. Suami tercinta, anak-anak, menantu, saudara mara dan rakan-rakan yang setia merasai pantas dan perlahannya denyut nadi ini meneruskan tugasan dan kehidupan.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Simpulan semangat yang jitu daripada kawan-kawan seperjuangan, pensyarah pembimbing, pihak pemeriksa, pengurusan sekolah siswazah dan insan-insan yang sering mendoakan. Kekuatan yang sangat memberi makna semoga menjadi simpulan kenangan sepanjang hayat. Semua yang menyumbang tanpa mengharapkan balasan, agar menjadi bekalan sepanjang perjalanan di akhirat kelak..
(5) Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan ijazah Doktor Falsafah.. UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS. MAISARAH BINTI YAACOB Februari 2017. U. Pengerusi : Kamariah binti Kamarudin, PhD Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi. PM. Oleh. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Kajian ini dilakukan untuk meneliti unsur tarbiah yang terkandung dalam novel KOMSAS berdasarkan tujuh prinsip dalam Teori Takmilah. Sehubungan itu, kajian akan menganalisis 19 buah novel yang telah diguna pakai dalam sistem pendidikan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Novel tersebut digunakan seluruh negara mengikut zon tertentu pada tahun 2010 sehingga tahun 2016 yang mana empat novel bagi tingkatan satu, empat novel untuk tingkatan dua, tiga novel untuk tingkatan tiga, empat novel untuk tingkatan empat dan empat novel untuk tingkatan lima. Objektif kajian adalah mengenal pasti unsur-unsur tarbiah dalam novel KOMSAS, menganalisis unsur-unsur tersebut, dan merumuskan unsur tarbiah dalam novel KOMSAS berdasarkan Teori Takmilah dari segi kesejajarannya. Justeru, analisis terhadap 19 novel tersebut dilaksanakan mengikut sembilan unsur tarbiah dan terbahagi kepada dua aspek utama iaitu Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah) dan Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas) seperti yang digariskan dalam Teori Takmilah. Melalui pembahagian ini dapat dilihat unsur tarbiah dipecahkan pula mengikut tujuh prinsip Teori Takmilah iaitu Ketuhanan di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah), manakala Kerasulan, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas). Didapati, prinsip Ketuhanan diwakili unsur Taat dan Takut Allah serta Reda, prinsip Kerasulan diwakili unsur Kepimpinan dan Kemaafan, prinsip Keislaman mewakili unsur Cinta Pada Alam, prinsip Keilmuan mewakili unsur Ilmu Dalam Kesusasteraan, prinsip Karya mewakili unsur Kreativiti, prinsip Pengkarya mewakili unsur Optimis dan prinsip Khalayak mewakili unsur Bersungguh-sungguh. Sehubungan itu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa unsur tarbiah paling dominan dalam teks KOMSAS adalah; bersungguh-sungguh, diikuti unsur reda dengan ketentuan Allah SWT, ketiga unsur kemaafan, keempat unsur taat dan takut kepada Allah SWT, kreativiti, dan optimis. Seterusnya bilangan kelima unsur kepimpinan, cinta kepada alam dan bilangan keenam adalah ilmu dalam sastera. Novel Melunas Rindu menepati pelbagai kriteria yang dikaji dan merupakan satu-satunya novel yang memenuhi enam prinsip dalam Teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan, kenabian, Islam, estetika, pengkarya dan khalayak. Kesimpulannya setiap novel mempunyai sekurang-kurangnya satu unsur tarbiah yang dianalisis.. i.
(6) Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy. ELEMENTS OF TARBIAH IN NOVEL KOMSAS. MAISARAH BINTI YAACOB February 2017. : Kamariah binti Kamarudin, PhD : Modern Language and Communication. U. Chairman Faculty. PM. By. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. This study was conducted to examine the tarbiah elements contained in KOMSAS novel based on seven principles of Takmilah Theory. Hence, the study will analyze 19 novels that have been adopted in the education system as set by the Ministry of Education Malaysia. The novels used throughout the country in a particular zone in year 2010 until 2016, where four novels for form one, four novels for form two, three novels for form three and four novels for form four and four novels for form five. The objective of the study is to identify the tarbiah elements in KOMSAS novel, to analyze the elements, and to formulate the elements of KOMSAS novel based on the Takmilah Theory in terms of consonance. Thus, the analysis of the 19 novels were carried out according to the nine elements of tarbiah and are divided into two main aspects namely Human Relationship with Allah (Habl 'min Allah) and Human Relationship with Human (Habl' min al-Nas) as outlined in Theory Takmilah. Through this division can be seen that the tarbiah element is broken down according to the seven principles of Takmilah Theory namely Divinity under the concept of Human Relationship with God (Habl 'min Allah), while Prophecy, Islam, Knowledge, Work, Author and Audience under the concept of Human Relationship with Man ( Habl 'min al-Nas). It is found that the principle of Divinity is represented by the Obedience and Fear of Allah and Reda, Apostolic principle represented by the elements of Leadership and Forgiveness, the principle of Islam representing the element of Love of Nature, the principle of Science representing the element of Science in Literature, the principle of Work representing the Creativity element, the principle of Creation represents the Optimist element and principle Audience represents the Realm of the elements. Hence, the result of the study shows that the most dominant element in the KOMSAS text is; persevere , followed by the element reda with the provisions of Allah SWT, the third is the element of forgiveness, the fourth is element of obedience and the fear of Allah SWT, creativity, and optimism. Next is the fifth element leadership, the love of nature and the sixth is the science of literature. The Melunas Rindu novel meets the various criteria reviewed and is the only novel that fulfills the six principles of Takmilah Theory, namely the principle of divinity, prophecy, Islam, aesthetics, authors and audiences. In conclusion each novel has at least one tarbiah’s element that is analyzed.. ii.
(7) PENGHARGAAN. PM. Segala puji-pujian bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan taufik dan hidayah-Nya telah memberi kekuatan dan keyakinan kepada pengkaji untuk menyiapkan tesis ini. Pelbagai halangan menjadi penyuntik semangat untuk terus bangun dan meneruskan perjuangan.. T. U. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyelia tesis Prof. Madya Dr. Hajah Kamariah binti Kamarudin yang sentiasa optimis memberi bimbingan dan tunjuk ajar, begitu juga Prof. Madya Dr. Mohd Zariat bin Abdul Rani dan Dr. Hajah Samsina binti Hj Abd. Rahman. Ahli jawatankuasa peperiksaan tesis, pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang sentiasa berlapang dada membimbing dan mencurahkan ilmu.. IG. H. Seterusnya buat suami dan keluarga tersayang, rakan-rakan di IPG, rakan-rakan akrab yang sentiasa merasa setiap detik suka dan duka langkah diatur. Rakan-rakan yang sanggup memerah tenaga dan usaha dalam menyokong dan membantu menyelesaikan tugasan ini. Rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak langsung, segala budi baik kalian menjadi kenangan yang abadi.. PY. R. Akhirnya semoga kajian ini memberi input kepada sesiapa yang berkenaan dan memperkayakan khazanah sastera berunsur Islam dalam kalangan remaja kini.. Wassalam. O. Maisarah binti Yaacob Bandar Bukit Mahkota, Bangi 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. ©. C. September 2017. iii.
(8) ©. T. H. IG. R. PY. O. C. PM. U.
(9) Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:. PM. Kamariah binti Kamarudin, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi). T. O. PY. R. IG. H. Samsina binti Abdul Rahman, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). U. Mohd. Zariat bin Abdul Rani, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). ©. C. ____________________________ ROBIAH BINTI YUNUS, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh:. v.
(10) Perakuan pelajar siswazah. IG. H. T. U. PM. Saya memperakui bahawa: tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli; setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas; tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain; hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (penyelidikan) 2012; kebenaran bertulis daripada penyeliaan dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk bertulis, cetakan dan elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (penyelidikan) 2012; tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis, dan integriti ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis ini telah diimbas dengan pengesan plagiat.. R. Tandatangan:______________________________ Tarikh:____________________. ©. C. O. PY. Nama dan No. Matrik: Maisarah binti Yaacob (GS29527). vi.
(11) Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:. Tandatangan : Nama Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan :. _______________________. Tandatangan : Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan :. _______________________. Tandatangan : Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan :. _______________________. PM. Dengan ini, diperakukan bahawa: penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami; tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah dipatuhi.. T. U. _______________________. IG. H. _______________________. ©. C. O. PY. R. _______________________. vii.
(12) ISI KANDUNGAN Muka Surat i ii iii v vi xii xiii xiv. PM. ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI RAJAH SENARAH JADUAL SENARAI SINGKATAN. U. BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Definisi Konsep dan Operasional 1.7.1 Tarbiah 1.7.2 Komponen Sastera (KOMSAS) 1.7.3 Novel 1.8 Kesimpulan. 23 23 25 30 30 35 37. METODOLOGI 3.1 Pengenalan 3.2 Pemilihan Bahan Kajian 3.3 Perkembangan Kesusasteraan Islam 3.4 Teori Takmilah 3.4.1 Hubungan Manusia Dengan Allah S.W.T 3.4.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia 3.4.3 Tujuh Prinsip dalam Teori Takmilah 3.4.3.1 Prinsip Ketuhanan 3.4.3.2 Prinsip Kerasulan 3.4.3.3 Prinsip Keislaman. 39 39 41 44 47 50 56 56 59 65. PY. SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Tarbiah 2.3 Komponen Sastera (KOMSAS) 2.4 Pendekatan Teori Takmilah 2.4.1 Bentuk Prosa 2.4.2 Bentuk Puisi 2.5 Kesimpulan. ©. C. O. 2.. 3.. 1 3 8 10 10 11 12 13 16 18 21. R. IG. H. T. 1.. viii.
(13) 3.6 3.7. TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS 4.1 Pengenalan 4.2 Hubungan Manusia dengan Allah S.W.T (habl’ min Allah) 4.2.1 Taat dan Takut Allah 4.2.1.1 Bukan Duniaku 4.2.1.2 Istana Menanti 4.2.1.3 Erti Sebuah Pengorbanan 4.2.1.4 6:20 4.2.1.5 Merenang Gelora 4.2.1.6 Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua 4.2.1.7 Melunas Rindu 4.2.2 Reda (Redha) 4.2.2.1 Erti Sebuah Pengorbanan 4.2.2.2 Wira Pesona Avatari 4.2.2.3 Lestari Bukit Menghijau 4.2.2.4 Di Sebalik Wajah 4.2.2.5 Cempaka Putih Untukmu 4.2.2.6 Azfa Hanani 4.2.2.7 Melunas Rindu 4.2.2.8 Konserto Terakhir 4.2.2.9 Kabus Di Perbukitan 4.3 Hubungan Manusia dengan Manusia (habl’ min al-Nas) 4.3.1 Kepimpinan 4.3.1.1 Hikmah 4.3.1.2 Sukar Membawa Tuah 4.3.1.3 Melunas Rindu 4.3.1.4 Lestari Bukit Menghijau 4.3.1.5 Kembara Amira 4.3.1.6 Konserto Terakhir 4.3.2 Cinta Pada Alam 4.3.2.1 Lestari Bukit Menghijau 4.3.2.2 Melunas Rindu 4.3.2.3 Kembara Amira 4.3.2.4 Konserto Terakhir 4.3.3 Kemaafan 4.3.3.1 Hikmah. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. 4.. 72 74 77 80 82 83 85 86 87 89 92 94. PM. 3.5. 3.4.3.4 Prinsip Ilmu Sastera 3.4.3.5 Prinsip Sastera Bersifat Estetika 3.4.3.6 Prinsip Pengkarya 3.4.3.7 Prinsip Khalayak a) Inderawi b) Hati Nurani c) Unsur Akliah d) Unsur Rohani Pendekatan Kajian 3.5.1 Tarbiah Berdasarkan Teori Takmilah Kerangka Analisis Kesimpulan. ix. 95 95 96 98 99 100 101 102 103 104 106 108 108 109 110 111 112 114 114 115 117 117 119 120 121 122 122 123 124 127 129 130 131 133 135.
(14) 136 137 138 139 140 141 143 144 146 148 149 150 151 153 154 154 155 157 158 159 160 161 162 163 164 166 167 169 170 171 172 173 174 176 177 178 179 180 181 182 190. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. 4.3.3.2 Erti Sebuah Pengorbanan 4.3.3.3 Lestari Bukit Menghijau 4.3.3.4 Cempaka Putih Untukmu 4.3.3.5 Azfa Hanani 4.3.3.6 Melunas Rindu 4.3.3.7 Konserto Terakhir 4.3.4 Ilmu Dalam Kesusasteraan 4.3.4.1 Istana Menanti 4.3.4.2 Lestari Bukit Menghijau 4.3.4.3 Kabus Di Perbukitan 4.3.5 Kreativiti 4.3.5.1 Hikmah 4.3.5.2 Sukar Membawa Tuah 4.3.5.3 6:20 4.3.5.4 Merenang Gelora 4.3.5.5 Cempaka Putih Untukmu 4.3.5.6 Azfa Hanani 4.3.5.7 Melunas Rindu 4.3.6 Optimis 4.3.6.1 Istana Menanti 4.3.6.2 Wira Pesona Avatari 4.3.6.3 Di Sebalik Wajah 4.3.6.4 Melunas Rindu 4.3.6.5 Renyah 4.3.6.6 Sutera Dalam Lukisan 4.3.6.7 Kabus Di Perbukitan 4.3.7 Bersungguh-sungguh 4.3.7.1 Hikmah 4.3.7.2 Bukan Duniaku 4.3.7.3 Wira Pesona Avatari 4.3.7.4 6:20 4.3.7.5 Merenang Gelora 4.3.7.6 Cempaka Putih Untukmu 4.3.7.7 Azfa Hanani 4.3.7.8 Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua! 4.3.7.9 Melunas Rindu 4.3.7.10 Konserto Terakhir 4.3.7.11 Sutera Dalam Lukisan 4.3.7.12 Kabus Di Perbukitan Analisis Dapatan Unsur Tarbiah Kesimpulan. 5.. 4.4 4.5. RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan 5.2 Cadangan. 191 192. BIBLIOGRAFI LAMPIRAN. 194 214 x.
(15) 233 234. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. BIODATA PELAJAR SENARAI PENERBITAN. xi.
(16) SENARAI RAJAH. Rajah Teori Takmilah Falsafah Dan Prinsip Segala Bidang Ilmu Mengarah Kepada Tuhan Unsur Alamiah, Inderawiah, Hati, Nurani, Akli Dan Rohaniah Pendekatan Kajian Tarbiah Dalam Teori Takmilah. 45 49 82 88 93. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. 1 2 3 4 5. Muka Surat. xii.
(17) SENARAI JADUAL. Jadual. 6 18 39 53 97 107 118 126 134 144 150 151 152 155 156 159 168 181 182 191. IG. H. T. U. PM. Novel KOMSAS Mengikut Zon Bentuk dan Bilangan Teks Novel KOMSAS Berdasarkan Tahun Pengiktirafan Tafsiran Surah Al-Ahzab Ayat 35 Unsur Taat Dan Takut Allah Dalam Novel KOMSAS Unsur Reda Dalam Novel KOMSAS Unsur Kepimpinan Dalam Novel KOMSAS Unsur Cinta Pada Alam Dalam Novel KOMSAS Unsur Kemaafan Dalam Novel KOMSAS Unsur Ilmu Dalam Novel KOMSAS Unsur Kreativiti Dalam Novel KOMSAS Peribahasa dan Maksud Sebenar Inversi dan Sepatutnya Bahasa Asing Dan Penggunaan Dalam Teks Peribahasa Dan Makna Sepenuhnya Unsur Optimis Dalam Novel KOMSAS Unsur Bersungguh-sungguh Dalam Novel KOMSAS Analisis Unsur Tarbiah Dalam Novel KOMSAS Kekerapan Prinsip-prinsip Teori Takmilah Dalam Novel KOMSAS Ringkasan Kekerapan Prinsip Teori Takmilah Mengikut Urutan. ©. C. O. PY. R. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20. Muka Surat. xiii.
(18) SENARAI SINGKATAN. PM. Dewan Bahasa dan Pustaka Falsafah Pendidikan Islam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Komponen Sastera Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia Universiti Perguruan Sultan Idris Dasar Pelajaran Kebangsaan Pelan Pembangunan Pendidikan Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Sains Malaysia. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. DBP FPK HSKU KOMSAS KPM SPM UPSI DPK PPM UM UKM USM. xiv.
(19) BAB 1. PENDAHULUAN. Pengenalan. PM. 1.1. R. IG. H. T. U. Transformasi pendidikan yang dilaksanakan dalam sesebuah negara harus seiring dengan pembangunan infrastrukturnya. Hal ini penting bagi memastikan kualiti dan peluang pendemokrasian dalam pendidikan sentiasa dipertingkatkan. Peluang pembelajaran yang lengkap dan mantap mampu menaiktarafkan penyampaian dan pembentukan modal insan seiring dengan keperluan ekonomi global. Pada masa yang sama mampu mewujudkan keseimbangan dalam diri. Justeru, cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 antara lain menggariskan keperluan untuk melahirkan sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. Sejajar dengan itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 mengutamakan pencapaian aspirasi murid yang berpengetahuan, kemahiran berfikir, memimpin, dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Dalam usaha merealisasikan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid elemen berfikir aras tinggi (KBAT) telah diperkenalkan, yang mana menumpukan kepada proses penyelesaian masalah. Gandingan kerjasama dan inisiatif guru, ibu bapa, sekolah dan masyarakat perlu diselaraskan demi merealisasikan cabaran tersebut.. ©. C. O. PY. Pelaksanaan anjakan dan perkembangan pendidikan di Malaysia memerlukan pembangunan insan yang merupakan faktor paling penting. Hal ini, merupakan fokus kepada menyiapkan diri murid-murid dalam menghadapi arus kehidupan dan pemodenan. Situasi ini bermula dengan sistem pendidikan tidak formal seperti di madrasah dan sekolah pondok yang terus berkembang. Kurikulum pada masa itu memastikan corak pendidikan yang sesuai dan mampu memberi kesan segera kepada pembentukan akhlak dan sahsiah manusia. Kejayaan institusi pendidikan pada masa itu menggunakan serampang dua mata, iaitu melalui pendidikan keagamaan berkonsepkan keindahan kesusasteraan.. Institusi pondok menjadi satu fenomena yang tersebar ke pelosok dunia Islam dan Nusantara. Keadaan ini kian berkembang apabila kelompok alim ulama yang menuntut ilmu di Timur Tengah kembali ke tanah air dan menjadi tonggak ilmuwan Islam. Golongan ulama ini membangunkan institusi Islam di negeri masing-masing misalnya di Pattani, Kedah, Kelantan, Terengganu dan lain-lain untuk menyebarkan dakwah Islam. Kesinambungan yang menyerlahkan sistem pondok sebagai pusat penyebaran agama Islam di Nusantara. Justeru, lahirnya tokoh-tokoh agama yang hebat dalam karya kesusasteraan. Berbagai bentuk persuratan tasawuf terhasil seperti prosa dan puisi dan berjaya mewarnai jiwa masyarakat dengan nilai-nilai kerohanian dan kehalusan budi dan hati rohani (Shafie Abu Bakar, 2014: 22). Merujuk kepada pernyataan diberi, salah seorang yang dimaksudkan ialah Syeikh Ahmad Al-Fatani. Beliau menyebarkan ajaran Islam melalui penulisan dalam bentuk prosa dan puisi 1.
(20) berbahasa Melayu, Arab, Parsi dan Urdu. Kepakaran yang dimiliki alim ulama ini diabadikan dalam bentuk buku-buku dan kitab telah menjadi khazanah dan warisan yang sangat bernilai. Kitab ilmuwan ini masih menjadi rujukan sehingga kini.. IG. H. T. U. PM. Kesinambungan berdakwah melalui karya diteruskan dengan perkembangan kesusasteraan Islam yang dinamis. Perkara ini bermula apabila kedapatan tokohtokoh sasterawan mula memurnikan unsur Islam dalam karya mereka dengan gaya yang semakin menarik dan kreatif. Menurut Shahnon Ahmad (2004: 44), sastera berunsur Islam tidak sepatutnya kelihatan seperti khutbah atau kelas pengajian tadah kitab di pondok-pondok yang bersifat “ketulan” bentuknya. Konsep sastera Islam yang diperjuangkan Shahnon Ahmad adalah bentuk sastera yang dihasilkan “kerana Allah SWT” dan “untuk manusia”, iaitu penghasilan karya sastera itu sendiri merupakan satu bentuk ibadah ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hal ini bermakna, sesebuah karya yang dihasilkan mestilah mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kesedaran kepada tanggungjawab yang perlu digalas oleh penulis sama ada dalam bidang penulisan karya kreatif atau kritikan kerana kedua-dua medium ini mampu menarik perhatian dan sentiasa mendapat sambutan masyarakat. Perkembangan ini semakin positif apabila kerajaan memberi galakan melalui peraduan-peraduan penulisan dan anugerah kesusasteraan yang bercorak keislaman. Kedua-dua faktor di atas menyemarakkan lagi arena Islami dalam penulisan.. O. PY. R. Keindahan kesusasteraan memberi kesan positif kepada jiwa yang penuh kemanusiaan, bagi sasterawan yang melihatnya dengan mata seni memantulkan daya seni yang estetik sifatnya dan biasanya bersifat horizontal dan alamiah (Shafie Abu Bakar, 2014: 43). Lantaran itu, kepincangan yang menggugat peranan kesusasteraan yang potensi untuk menjadi wahana pembentukan akhlak dalam sistem pendidikan perlu dielakkan. Justeru, beberapa persoalan yang boleh dibincangkan, antaranya apakah karya-karya yang dihasilkan tidak bermutu tinggi atau nilai keagamaan yang diselitkan tidak bersesuaian? Persoalan seterusnya adakah wadah perjuangan pengarang sudah berubah. Oleh itu, kemelut ini perlu diatasi segera agar kekeringan dunia kesusasteraan sebagai medium pendidikan tidak terus tandus.. ©. C. Salah satu cara alternatif yang boleh membantu meleraikan pernyataan di atas adalah dengan meneroka beberapa teori tempatan demi memenuhi keperluan dan tuntutan setempat. Dalam hal ini, Teori Takmilah boleh menjadi satu pilihan teori yang berpaksikan kepada falsafah ketuhanan dan bersifat holistik dalam menghubungkan manusia sebagai pengkarya dan khalayak dengan ketuhanan, kenabian dan keilmuan. Menurut Kamariah Kamarudin (2010: 95), peranan pengkarya dalam konteks Teori Takmilah adalah menerapkan unsur Islam berdasarkan ilmu keislaman dan ilmu kesusasteraan. Justeru, pengarang bertanggungjawab mengadunkan karyanya dengan ilmu dan nilai estetika supaya karya tersebut dapat memupuk budaya keilmuan ke arah insan yang Kamil (sempurna) melalui karya kreatif seperti puisi, cerpen dan novel. Mematangkan fikiran dan perasaan yang dijalinkan oleh keindahan bahasa, seterusnya membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain (Nik Hassan Basri Nik Ab. Aziz, 2005:107). Petikan ini menghuraikan pengalaman yang diperoleh melalui bahan 2.
(21) bacaan bermutu mampu menjadikan mereka lebih mengenali dan mencintai nilainilai keinsanan dalam kemanusiaan. Justeru, pengajaran yang tersurat dalam bahan bacaan secara tidak langsung membimbing khalayak membuat keputusan yang terbaik dan memberi kesejahteraan kepada ummah.. H. Latar Belakang Kajian. IG. 1.2. T. U. PM. Selaras dengan konsep tersebut, genre novel dilihat merupakan teks yang mampu merealisasikan hasrat lantaran genre ini merupakan bentuk karya yang paling diminati dalam kalangan pelajar. Hal ini, berlaku kerana bahasa yang digunakan senang difahami, watak yang seusia dengan mereka, mesej dan pengajaran yang dipaparkan jelas. Novel yang membawa unsur positif akan merangsang remaja menjadi lebih aktif dan berperanan untuk membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni dalam diri pembaca. Konflik yang terdapat dalam novel pula diselesaikan secara baik dan harmoni mengikut keinginan dan harapan remaja sendiri (Nor Raudah Siren, 2006: 148). Penyelesaian konflik menggunakan kaedah yang sesuai dalam teks memberi panduan dan tunjuk cara kepada murid-murid untuk mencontohi langkah-langkah tersebut. Dalam kes begini KOMSAS berperanan memberi nilainilai yang positif kepada murid-murid.. PY. R. Pendidikan kesusasteraan berkisar di sekitar kehidupan remaja, membicarakan kisahkisah peribadi, rakan-rakan dalam keluarga. Hal ini, penting dalam membina pemikiran dan sahsiah individu kerana dalam teks banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi. Menurut Aziz Deraman (2000: 15), penghasilan karya yang bermutu mampu memberi pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Justeru, terdapat tiga rasional yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam sistem pendidikan:. ©. C. O. i). ii). iii). Prinsip yang menekankan kepentingan tradisi berasaskan kurikulum, mengandungi tanggapan bahawa sastera berfungsi untuk membentuk warisan. Melalui pembacaan, penghayatan dan peniruan warisan itu, nilai-nilai budaya masyarakat dapat disalurkan kepada generasi demi generasi. Kurikulum pendidikan sastera menekankan aspek perkembangan daya kritis pelajar, iaitu keupayaan memahami, menganalisis dan memberi reaksi terhadap bahan sastera yang dipelajari, dan Kurikulum sastera menggunakan pendekatan psikologikal atau generatif yang menekankan perkembangan individu melalui pembacaan berbanding perkembangan kemahiran kritis. (Aziz Deraman, 2000: 15). 3.
(22) PM. Pandangan di atas jelas memperlihatkan kedudukan sastera dalam pendidikan saling berkaitan dan memerlukan perhatian yang rapi. Justeru, murid-murid perlu didedahkan dengan sastera sebagai suatu warisan yang perlu dipertahankan, dikenali, dihayati dan dikembangkan. Dalam hal ini usaha diperlukan agar murid-murid mengecam dan mengenali akar umbi identiti bangsa sendiri dengan menilai baik dan buruk sesuatu peristiwa yang dirakam dalam teks. Harapan ini akan menjadi kenyataan apabila murid-murid berkebolehan untuk berinteraksi dan memberi pendapat yang berkaitan dengan sesuatu watak dalam karya. Keupayaan ini akan menyerlahkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat penilaian tersebut.. IG. H. T. U. Kesinambungan daripada hasrat ini, diharap terbentuk satu generasi alaf baru yang lebih celik sastera berbanding generasi ibu bapa mereka. Seterusnya, arif dengan situasi semasa yang dilihat boleh memberi kesan negatif kepada mereka dan berusaha mencari ilmu sebagai benteng peribadi. Dalam hal yang sama mampu meningkatkan ketahanan diri muda-mudi daripada sebarang bentuk budaya rendah dari Barat. Kebanyakan budaya sebegini mendatangkan keburukan kepada golongan muda yang masih belum matang ini (Misran Rokimin, 2006: 48). Kesedaran tentang kemudaratan pengaruh Barat terhadap jati diri anak-anak perlu diatasi segera melalui pendekatan Islam yang lebih komprehensif. Oleh itu, pendidikan yang memberi penekanan kepada tarbiah keislaman perlu disalurkan secara tidak kreatif melalui sistem pendidikan. Hal ini, boleh dikesan melalui karya kreatif seperti KOMSAS yang akan membina akal budi serta menjadikan setiap pembacanya lebih insani.. ©. C. O. PY. R. Melalui teks yang bermutu pembaca akan merasai keindahan karya kesusasteraan selain, pelbagai manfaat diperoleh daripada mesej yang terdapat di sebalik karya tersebut. Justeru, pelbagai mesej boleh diadunkan terutama yang berpaksikan ketuhanan, keinsanan dan alam sekitar. Proses penyerapan yang berlaku melalui teks kesusasteraan merupakan satu kaedah pendidikan yang lebih senang difahami menerusi peranan watak-watak dalam teks. Situasi ini merupakan suatu perkongsian pengalaman dan memudahkan mereka mengamalkan nilai-nilai pengajaran yang berguna. Matlamat ini akan menjadi kenyataan apabila teks-teks yang digunakan berkualiti dan sesuai dengan objektif yang ditetapkan. Keutamaan perlu diberikan kepada teks yang mempunyai banyak unsur pengajaran yang bersesuaian, terutama yang berkisar kepada tauhid dan akidah. Konsep yang perlu diberi penekanan kerana kejayaan yang hakiki adalah keupayaan membimbing murid-murid mengenali kekuasaan Pencipta Yang Maha Agung dan membina kesejahteraan sesama insan. Hasrat ini adalah selaras dengan matlamat Teori Takmilah yang akhirnya melahirkan khalayak yang Kamil.. Sehubungan ini, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan sistem bersepadu yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara dengan menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berakhlak mulia. Proses tarbiah melalui sistem pendidikan merupakan saluran yang tepat untuk mengubah manusia. Islam membuktikan kedatangan Rasulullah SAW bersama dakwah dan bentuk tarbiah yang betul telah mengubah Tanah Arab daripada benua jahiliah ke era Islam yang syumul. Proses ini seterusnya berkembang ke 4.
(23) seluruh dunia melalui proses dan pengisian agama yang mantap. Hal ini membuktikan kesesuaian bentuk tarbiah mampu mengubah akhlak manusia ke arah yang lebih positif. Proses penerapan, pengajaran dan pembelajaran merupakan proses-proses utama dalam pendidikan (Noor Hayati Marzuki, 2007: 139). Lantaran itu, usaha-usaha untuk menjayakan matlamat KBSM perlu digembleng sepenuhnya berkat kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru.. IG. H. T. U. PM. Kesinambungan KBSM adalah sejajar dengan dasar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam usaha merealisasikan dasar tersebut, pada tahun 1999 Kementerian Pelajaran telah melakukan transformasi Sukatan Pelajaran Bahasa dengan memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Buat pertama kali pelaksanaan KOMSAS dilakukan secara berperingkat bermula Mac 2000 bagi murid tingkatan satu dan empat ketika itu. Pengenalan unsur sastera dalam pendidikan sebelum ini telah dilaksanakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pada masa tersebut guru diberi kepercayaan memilih sendiri waktu untuk mengajar dan memilih mana-mana karyakarya sastera Melayu yang sesuai mengikut kelas selama satu waktu (40 minit) dalam seminggu (Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi, 2011: 16). Pada ketika ini jumlah jam pengajaran mata pelajaran sastera adalah terhad dan tidak mempunyai pengkhususan bahan-bahan pengajaran yang digunakan.. O. PY. R. Senario di atas menjadi pendorong kepada pengenalan KOMSAS secara sistematik. Keadaan ini memberi ruang yang luas kepada guru-guru untuk mengaplikasikan bahan pembelajaran secara lebih teratur dan menyeluruh. Pengisian KOMSAS melibatkan pelbagai genre sastera dalam bentuk tradisional seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan hikayat, manakala bentuk sastera moden seperti cerpen, sajak, drama dan novel. Pengenalan ini membolehkan murid mengecam, mengenali dan menikmati keindahan karya kesusasteraan secara eksplisit dan implisit. Bermula pada tahun 2010 teks sedia ada yang digunakan telah ditukar kepada teks baharu (edisi KOMSAS kedua) kepada murid tingkatan satu dan empat. Seterusnya, pada tahun 2011 perkara yang sama dilaksanakan kepada murid tingkatan dua dan empat. Manakala bagi murid tingkatan tiga pula pelaksanaan KOMSAS hanya berlaku pada tahun 2012.. ©. C. Sehubungan itu, kajian akan menganalisis 19 novel yang digunakan dalam edisi KOMSAS kedua merangkumi empat zon. Setiap zon mempunyai lima buah buku bermula tingkatan satu hingga tingkatan lima. Walau bagaimanapun, murid tingkatan tiga di zon tiga berkongsi menggunakan novel yang digunakan oleh zon satu dan zon dua seperti dalam Jadual 1:. 5.
(24) Jadual 1: Novel KOMSAS Edisi Kedua Mengikut Zon Novel. Pengarang. Penerbit/Tahun. 1.. Hikmah. 2.. Sukar M.Z. Erlysha Membawa Tuah. 3.. Bukan Duniaku. Aida Shahira. 4.. Istana Menanti. Abd. Latif Talib. Erti Sebuah Pengorbanan Wira Pesona Avatari Lestari Bukit Menghijau Di Sebalik Wajah. Ismail Mohamad Zin Ahmad Zaki Abu Bakar Syed Mahadzir Syed Ibrahim Abang Saifudin Abang Bohari Siti Jasmina Ibrahim. 8. 9. 10.. Merenang Gelora Cempaka Putih Untukmu. PM. 1. Ruslan Ngah. 1. KZ Berjaya Enterprise. 2010. 2. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010. 2. Star Trading. 2010. 2. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2011 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010. 2 3 3. Rohani Deraman. Nur-Ilmu Sdn. Bhd. 2011. 3. Azfa Hanani. Halis Azhan Mohd Hanafiah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009. 4. 13.. Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua!. Deana Yusof. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. 2009. 4. 14.. Renyah. Gunawan Mohamad. O. PY. 12.. 15.. Melunas Rindu. Hartini Hamzah. 16.. Kembara Amira. Amer Hamzah L. Kadir. C. ©. 1. Karya Hartamas Enterprise 2010 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009. R. 11.. 6:20. Rindu Senja Sdn. Bhd.2007. U. 7.. 1. H. 6.. Ting.. V-Nice Resource Sdn. Bhd. 2010. IG. 5.. Mohd Faris Ikmal. T. Bil.. 17. 18. 19.. Konserto Terakhir Sutera Dalam Lukisan Kabus Di Perbukitan. Abdullah Hussain Abd. Talib Hassan Mohamad Kholid Hamzah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010 Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 ABM SMAZ Creative Sdn. Bhd. 2010 Dewan Bahasa dan Pustaka 2010. 4 4 5 5 5 5. Berdasarkan Jadual 1 di atas novel KOMSAS yang digunakan di sekolah merupakan edisi murid. Lantaran itu, sedikit perubahan telah dilakukan berbanding teks asal demi mencapai kesesuaian persekitaran teks dengan realiti kehidupan murid. Keadaan ini juga menyebabkan tahun terbitan teks yang siap diolah hampir sama 6.
(25) bagi semua tingkatan. Edisi murid ini digarap demi menepati objektif KOMSAS diperkenalkan dan seterusnya memberi impak yang positif kepada pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dalam kelas.. PM. Setiap teks yang terpilih untuk digunakan dalam KOMSAS mempunyai keistimewaan tersendiri menurut panel penilai di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran melalui saringan ketat. Berdasarkan Buku Panduan Guru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) Tingkatan 5, KOMSAS diterangkan sebagai:. IG. H. T. U. “Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/ sejarah, ICT/ sains dan teknologi, jati diri/kerohanian/moral, kemanusiaan/ keamanan sejagat, perpaduan/ kemasyarakatan/ kewarganegaraan/ kekeluargaan, alam sekitar/pembangunan, sukan/gaya hidup sihat/ kesihatan, budaya ilmu /budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/ hak asasi, kesenian/adat/warisan, keselamatan selaras dengan perubahan pendidikan negara.. PY. R. Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan berkesan.” (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2010: 1). ©. C. O. Berdasarkan kenyataan di atas novel yang dipilih perlu menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan dan mampu diaplikasikan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penetapan kriteria pemilihan berupaya memberi kesan yang positif kepada pembentukan sahsiah pelajar. Namun begitu, pengenalan novel KOMSAS edisi kedua pada peringkat awal menimbulkan pelbagai kontroversi apabila dua daripada novelnya terpaksa dibatalkan penggunaan di sekolah-sekolah. Novel Interlok (2010) diganti dengan novel Konserto Terakhir (2012), manakala novel Cinta Madinah (2011) tidak digantikan dengan mana-mana novel lain. Hal ini, menyebabkan jumlah kajian novel hanya 19 buah novel dan bukannya 20 buah seperti sepatutnya. Penarikan novel Cinta Madinah (2011) dilihat sebagai suatu kerugian yang besar ke arah pembentukan tarbiah remaja Islam kerana novel berkenaan sarat dengan nilai kesantunan dan pembentukan peribadi mulia. Selain itu, novel ini pernah diadaptasi menjadi drama bersiri yang mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penonton. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak menjejaskan mesej yang terdapat novel Cinta Madinah. Oleh yang demikian, novel berkenaan. 7.
(26) sesuai dibaca dan difahami oleh murid-murid sebagai satu bahan bacaan tambahan yang mampu memberi impak yang menarik dan berkesan.. Penyataan Masalah. U. 1.3. PM. Kontroversi ini memperlihatkan tentang tanggungjawab masyarakat untuk mengetahui fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Justeru novelnovel KOMSAS yang ingin diaplikasikan kepada murid-murid turut dinilai dalam usaha memastikan teks tersebut bersesuaian dengan pembelajaran murid. Lantaran itu, kemampuan KOMSAS sebagai satu wadah pembentukan sahsiah dan bimbingan kerohanian sentiasa diintai oleh masyarakat. Kejayaan atau sebaliknya sangat penting sebagai kayu ukur untuk mencapai matlamat FPK dan merealisasikan matlamat Pendidikan Negara.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan faktor utama membawa kepada perubahan akhlak seseorang. Sejajar dengan ini proses pembangunan insan memfokuskan tiga bidang utama iaitu, Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Berdasarkan ketiga-tiga bidang tersebut pengenalan terhadap KOMSAS berupaya melahirkan murid-murid yang menguasai dan menggunakan Bahasa Melayu dengan sempurna dalam kehidupan dan urusan seharian. Corak pendidikan yang diterima sewajarnya menghasilkan insan yang berilmu dan beramal seperti matlamat pengenalan KOMSAS iaitu mengingini golongan pelajar untuk memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif di samping menyedari kewujudan Pencipta Yang Agung dalam apa-apa jua situasi (Mohd Yusoff Othman, 2009: 151). Sehubungan itu, matlamat penerapan KOMSAS dalam sistem pendidikan adalah untuk membentuk pelajar ke arah kebaikan dengan menyerapi segala unsur kebaikan yang terkandung dalam novel tersebut dan selanjutnya dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan mereka. Namun terdapat kenyataan bahawa penerapan KOMSAS ini tidak mencapai matlamat yang diharapkan apabila terdapat beberapa pandangan yang menyatakan medium ini mengandungi kekurangan dan tidak sesuai untuk murid-murid. Pandangan itu perlu ditangani dengan segera kerana dibimbingi boleh menimbulkan kebingungan dalam masyarakat.. Sementelahan itu, terdapat pandangan yang diutarakan oleh Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 110), menyatakan teks yang dipilih tidak sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid tetapi lebih berupaya cerita semata-mata, terdapat sesetengah daripada novel yang digunakan dalam KOMSAS adalah kurang sesuai untuk bacaan murid kerana mempunyai unsur negatif. Pendapat ini seterusnya disokong oleh Anwar Ridhwan (Berita Harian,15 Januari 2008) turut mempersoalkan isu pemilihan teks kajian yang tidak seharusnya sekadar ‘escapism’, rendah mutu dan martabatnya semata-mata untuk menarik minat pelajar. Pemikiran sedemikian menyebabkan teks dipilih hanya bersandarkan kriteria ‘selera’ pelajar semasa dengan memilih sastera bermutu rendah. Kecelaruan pendapat ini berterusan apabila hal yang sama dinyatakan oleh Fatimah Busu (Berita Harian, 5 April 2011), yang mempersoalkan terdapat naskhah kajian sastera di sekolah didapati tidak sesuai 8.
(27) PY. R. IG. H. T. U. PM. langsung untuk diangkat sebagai teks kajian pelajar. Hal ini, kerana ada novel yang tidak memaparkan unsur moral yang baik untuk membantu pembentukan insan. Fatimah juga mempertikaikan unsur negatif yang digarap kepada watak utama dalam salah sebuah novel yang digunakan oleh murid-murid tingkatan empat. Sikap mencuri buku daripada perpustakaan untuk mengulang kaji tidak boleh diperakui memandangkan mencuri adalah satu kesalahan dalam apa-apa jua situasi dan dalam mana-mana jua agama. Justeru, Fatimah Busu berpendapat teks begini tidak sepatutnya menjadi santapan minda murid-murid di sekolah. Sejajar dengan itu, S.M. Zakir (Utusan Online, 25 Disember 2011) telah menganalisis perkembangan dalam dunia kesusasteraan tempatan. Melalui perkara ini, beberapa isu telah disentuh termasuklah penarikan novel Interlok daripada senarai teks KOMSAS. Isu Interlok ini pada peringkat awal telah diselesaikan dengan cara menampal beberapa istilah tertentu dalam teks berkenaan. Namun seusai sahaja tugasan ini dilaksanakan pada peringkat sekolah, satu lagi pindaan yang dikeluarkan yang mana teks berkenaan tidak lagi digunakan sebagai teks KOMSAS. Situasi ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ilmuwan, walau bagaimanapun keputusan Kementerian Pendidikan adalah muktamad. Justeru, perkara yang perlu diberi fokus adalah isu pemilihan teks KOMSAS yang begitu penting sehingga melibatkan campur tangan peringkat atasan dalam pentadbiran negara. Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Naffi Mat meluahkan kekesalan dengan isu ini. Beliau berpendapat pelaksanaan KOMSAS untuk memartabatkan sastera tanah air tidak akan tercapai jika karya yang terpilih tidak mencerminkan ketinggian nilainya (Berita Harian, 14 Januari 2016). Kekesalan turut diluahkan daripada kalangan guru Bahasa Melayu yang menganggap novel ini mempunyai terlampau banyak unsur negatif yang tidak sepatutnya didedahkan kepada muridmurid. Rentetan isu pemilihan teks ini turut mendapat perhatian daripada Chow Fong Peng (2008: 41), beliau berpendapat teks KOMSAS lebih memperlihatkan peranannya sebagai alat hiburan dan khayalan sahaja.. ©. C. O. Didapati bahawa kesemua pandangan tokoh di atas menyuarakan kecelaruan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan KOMSAS. Pelbagai isu negatif yang menimpa novel KOMSAS pastinya akan merisaukan masyarakat terhadap kebaikan dan kelebihan yang dimiliki medium ini. Sehubungan itu, Sri Murniati dan AlMustaqeem M Radhi (2011:16) menyatakan, penekanan pengajaran KOMSAS dalam sistem pendidikan Malaysia diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, perluasan ilmu pengetahuan dan persepsi murid serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya. Jelas dinyatakan bahawa teks KOMSAS sememangnya menjadi harapan untuk membentuk sahsiah pelajar sekolah melalui penghayatan dan penyerapan nilai-nilai kebaikan yang terkandung di dalamnya namun kecelaruan ini perlu diselesaikan supaya tidak berlaku ketidakpercayaan masyarakat terhadap kebaikan novel KOMSAS.. Dalam usaha menangani masalah tersebut, S.M. Zakir menyarankan penambahbaikan mekanisme penilaian dan pemilihan teks KOMSAS dengan mewujudkan laporan setiap karya yang dipilih (Berita Harian, 11 Februari 2016). Saranan dan cadangan ini diharapkan dapat mengurangkan polemik dan kontroversi yang berpanjangan. Dalam usaha ini, Nazmi Yaakub turut menyarankan agar 9.
(28) U. PM. mekanisme pemilihan teks diambil perhatian serius termasuk pelantikan penilai yang berkredibiliti dan berintegriti, pembabitan pihak berautoriti seperti DBP serta institusi berkaitan sastera di universiti awam (UA) serta skema penilaian (Berita Harian, 21 Januari 2016). Jeniri Amir (2007: 42), turut menambah kesesuaian pemilihan teks diukur berasaskan kandungannya yang menarik dari segi peristiwa, tema, persoalan dan isu, termasuk jika dapat yang menyentuh aspek alam sekitar, masalah sosial, perkembangan sains dan teknologi, dunia perniagaan, kewangan, ekonomi dan keusahawanan dan bukan hanya menjurus kepada persoalan sosial dan kemiskinan luar bandar. Hal ini bermakna teks yang dipilih perlu memiliki tema yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa serta bukannya sekadar bernostalgia tanpa menyelitkan misi dan visi sebagai keperluan memenuhi tuntutan hidup sepanjang masa. Justeru, pandangan ini perlu diselesaikan dengan segera supaya masyarakat tidak terkeliru dengan kenyataan tersebut kerana diketahui umum bahawa teks KOMSAS sememangnya diberi peranan untuk mendidik dan membentuk sahsiah pelajar khususnya pelajar sekolah menengah.. Objektif Kajian. T. 1.4. IG. Skop Kajian. PY. 1.5. Mengenal pasti unsur-unsur tarbiah dalam novel KOMSAS. Menganalisis unsur tarbiah dalam novel KOMSAS Merumuskan unsur tarbiah dalam novel KOMSAS berdasarkan Teori Takmilah dari segi kesejajarannya.. R. i) ii) iii). H. Sehubungan itu, kajian ini mempunyai objektif kajian seperti berikut:. ©. C. O. Kajian akan menganalisis 19 buah novel yang digunakan dalam KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Lantaran itu, tingkatan satu terdapat empat buah novel, untuk tingkatan dua juga mempunyai empat buah novel, tingkatan tiga pula hanya tiga buah novel, tingkat empat terdapat empat novel dan tingkatan lima, empat buah novel sahaja. Hal ini, dapat diperhatikan dalam jadual 1 di atas. Kesemua 19 buah ini akan dianalisis menggunakan tujuh prinsip dalam Teori Takmilah. Sehubungan itu, kajian ini akan menganalisis unsur tarbiah berdasarkan konsep hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia seperti yang digariskan dalam Teori Takmilah. lanjutan daripada itu, setiap konsep ini akan terbahagi kepada tujuh prinsip Teori Takmilah iaitu tuhan, rasul, Islam, ilmu, karya, pengkarya dan khalayak.. Oleh itu, tujuh prinsip Teori Takmilah ini dipecahkan kepada hubungan antara manusia dengan Allah SWT dan hubungan antara manusia dengan manusia:. i. Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal (sempurna), ii. Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil (sempurna), 10.
(29) PM. iii. Prinsip keislaman yang bersifat Akmal (sempurna), iv. Prinsip ilmu dengan karya sastera yang bersifat Takmilah (menyempurnakan), v. Prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah (sempurna dan menyempurnakan), vi. Prinsip kepada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan), vii. Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil (sempurna).. R. IG. H. T. U. Sehubungan itu, pemilihan novel ini juga bertitik tolak daripada kecelaruan yang timbul disebabkan terdapat isu yang dipertikaikan tentang ketepatan penilaian sebagai novel KOMSAS pada tahun penggunaannya. Justeru, perkara ini perlu dinilai dengan segera supaya isu pemilihan novel untuk edisi dua ini dapat diselesaikan menggunakan suatu penilaian yang kukuh seperti yang akan dilakukan dalam kajian ini. Di samping itu, pemilihan dibuat berdasarkan novel KOMSAS merupakan novel mutakhir melepasi Panel Penilai yang mantap dan berkelayakan. Selain itu, sebahagian besar novel yang dipilih ini pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti Hadiah Utama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu dan Public Bank pada tahun 1991, 1994, dan 1995. Hadiah tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2005, memenangi Hadiah Sagu hati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006, tempat ke-III Hadiah Sastera Kumpulan Utusan & Public Bank 2001, dan tempat ketiga Sayembara Novel Sempena 10 tahun Kemerdekaan 1967. Perkara ini dapat dirujuk dalam Jadual 3 yang memperincikan novel dan tahun anugerah diterima.. ©. C. O. PY. Kemantapan dan sinergi semasa proses pembelajaran memberi pentarbiahan kepada murid-murid, kelestarian yang memudahkan pengabdian manusia kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa. Sehubungan itu, tajuk, pengarang, penerbit, tahun penerbitan terdapat dalam Jadual 1 (Boleh dilihat dalam Bab 3) dan sinopsis novel disediakan pada bahagian lampiran. Pemilihan teks KOMSAS yang sarat dengan nilai positif cuba digandingkan dengan unsur-unsur yang dapat memberi tarbiah kepada muridmurid. Kewajaran yang berasaskan bahan bacaan yang sesuai berupaya membentuk keperibadian murid.. 1.6. Kepentingan Kajian. Kajian ini bermatlamat untuk merungkaikan kesesuaian unsur-unsur tarbiah dalam novel KOMSAS kepada murid-murid selaras dengan hasrat FPK, seperti kata pepatah Melayu “melentur buluh perlu dari rebungnya. Konsep yang sama dalam mendidik golongan muda menentukan matlamat hidup perlu dipupuk dari awal agar menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat. Hal ini, selaras dengan maksud terjemahan al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud: “Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan kata) Wahai, Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah 11.
(30) kami dari api neraka” (Al-Qur’an, 2007: 31). Ayat ini merupakan antara doa yang dibaca oleh setiap Muslim selepas solat. Namun persoalannya apakah penekanan kepada peranan dan tanggungjawab hamba kepada Pencipta dan hubungan sesama manusia yang telah dan perlu dilunaskan. Kesedaran setiap insan kepada tanggungjawab ini mampu mendidik jiwa mencapai ketenangan dan kebenaran yang hakiki.. IG. H. T. U. PM. Kepentingan kedua kajian adalah menganalisis unsur-unsur tarbiah yang terdapat dalam novel KOMSAS supaya membolehkan murid dapat menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca. Dalam hal ini Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 104), menyatakan bahawa KOMSAS boleh memainkan peranan dalam pembentukan emosi murid kerana bentuk Kesusasteraan Melayu itu sendiri dibina dengan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa indah. Proses ini dipersembahkan melalui keupayaan pengarang menyelitkan nilai-nilai tarbiah berasaskan prinsip dalam Teori Takmilah. Pendapat ini turut disokong Khalid Abdurrahman Al-Ikk (2009: 326 – 327), yang menyatakan bahawa kesusasteraan merupakan antara cara yang membolehkan murid-murid menyerap prinsip-prinsip akhlak yang terdapat dalam teks, seterusnya menjadi pengalaman kepada mereka melalui penjelasan yang masuk akal dan meyakinkan. Kedua-dua pendapat ini menyerlahkan kecenderungan dan keupayaan pengarang mengaplikasikan unsurunsur tarbiah dalam kehidupan. Pada masa yang sama turut memberi pengajaran kepada murid-murid yang membaca karya tersebut.. ©. C. O. PY. R. Kepentingan terakhir kajian adalah bertujuan mendapatkan satu garis panduan tentang unsur-unsur tarbiah yang sepatutnya ada dalam sesebuah novel sebelum diangkat menjadi teks KOMSAS. Ini sejajar dengan FPK yang menekankan konsep keinsanan dan ketuhanan yang saling berkaitan konsepnya. Kesejahteraan seseorang murid itu bermula dengan sikap keinsanan yang mulia, dengan memberi kebaikan kepada manusia di sekitarnya. Hal ini secara tidak langsung memberi ruang dan kesedaran kepada kepentingan tentang hubungan dengan Pencipta. Dalam hal ini pengarang berperanan menerapkan unsur-unsur tarbiah dengan menarik dalam karya agar mudah difahami dan dihayati oleh pembaca. Konsep ini merupakan satu cabaran terbesar kepada golongan penulis kerana proses kepengarangan dan penghasilan karya yang bermutu tidak semudah mengeluarkan fikiran secara lisan (Mohd. Hazim Shah Abdul Murad, 2009: 258). Justeru, keupayaan sebenar seseorang pengarang diukur berdasarkan hasil karyanya. Karya yang mempunyai objektif yang jelas menjadi medium untuk menyalurkan mesej kepada khalayak, seterusnya menjana pemikiran serta mempunyai pengajaran dengan bahan bacaan tersebut. Kebolehan mengolah berlaku dan berbeza-beza antara pengarang kerana setiap manusia mempunyai kebolehan menguasai akal yang berbeza tidak terhad.. 1.7. Definisi Konsep dan Operasional. Penerapan unsur Islam dalam karya sastera perlu diperkenalkan kepada murid-murid bermula di peringkat persekolahan lagi supaya proses awal tarbiah yang bersesuaian lebih berkesan dapat dilakukan. Hal ini membolehkan mereka mampu berfikir secara 12.
(31) PM. kritis dan kreatif, bertindak dan membuat keputusan berasaskan pengetahuan yang diperoleh menerusi pembacaan pelbagai jenis penulisan seperti buku, tesis, jurnal, kamus dan sebagainya (Mohd Azhar Abdul Hamid, et.al, 2005: 7). Sehubungan itu, murid-murid perlu membaca, menganalisis dan menghayati teks dalam KOMSAS agar memperoleh ilmu dan unsur tarbiah yang diselitkan dalam mesej karya tersebut sesuai dengan kenyataan tokoh di atas. Oleh itu, usaha untuk merealisasi matlamat ini memerlukan pemilihan teks yang bermutu dan sesuai sebagai bahan bacaan wajib di sekolah.. Tarbiah. IG. 1.7.1. H. T. U. Sehubungan itu, penulisan berfokus unsur keislaman seperti yang ditangani ini perlu diketengahkan. Justeru, sebelum kajian yang bertajuk Tabiah Dalam Novel KOMSAS dilakukan lebih lanjut, pendefinisian berkaitan dengan tajuk ini perlu diperjelaskan. Oleh itu, definisi operasional kajian ini akan meliputi tiga perkara utama iaitu “Tarbiah”, “Komponen Sastera (KOMSAS)” dan “Novel” akan dijelaskan berdasarkan pendapat tokoh tertentu. Adunan ketiga-tiga konsep ini membentuk satu acuan penilaian berdasarkan unsur-unsur tarbiah yang merujuk kepada hubungan antara manusia dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia dalam novel yang dianalisis kelak.. PY. R. Tarbiah adalah istilah pinjaman daripada bahasa Arab, dalam hal ini kamus Bahasa Arab bertajuk Al-Miftah (2007: 453), mendefinisikan tarbiah sebagai ilmu pendidikan, pedagogi iaitu kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Maksud kedua tarbiah adalah, pendidikan dan kebudayaan, dan ketiga, tarbiah sebagai pengasuhan kanak-kanak. Tarbiah juga diterjemahkan sebagai pendidikan, pengasuhan. Ini bermakna tarbiah juga membawa maksud “ajar”, “jaga” dan “pelihara”.. ©. C. O. Sehubungan itu pendidikan Islam juga disebut ta’lim dan ta’dib. Kalimah ta’lim adalah berasal daripada kata dasar allama yang bererti mengajar. Sebutan ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud: “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda (dan kegunaannya), kemudian dikemukakan-Nya (benda-benda tadi) kepada malaikat, lalu Dia berfirman “terangkan kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (Al-Qur’an, 2007: 6). Terjemahan ini jelas memberi penekanan kepada proses mencari ilmu yang perlu dilaksanakan sepanjang hayat. Ilmu yang dipelajari manusia bermula dari jumlah yang sedikit dan bertambah mengikut pendidikan yang diterima, sedangkan ilmu Allah SWT tiada bandingannya. Lantaran itu, adalah satu kerugian yang hakiki jika hanya memilih ilmu keduniaan semata-mata tanpa penyatuan dengan ilmu yang membawa kepada kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat.. Selain itu, tarbiah juga ditafsirkan sebagai nama terbitan daripada kata dasar rabba yang membawa erti mengasuh, memelihara atau memimpin. Perkataan ini juga boleh 13.
(32) U. PM. dirangkaikan dengan “memiliki, mentadbir, menguasai dan memperbaiki”, selain daripada bererti “memimpin atau mendidik”. Kalimah rabba yang bererti “mengasuh, memelihara, mentadbir, memimpin” dan lain-lain mempunyai pengertian yang sama dengan kalimah addaba atau kata dasarnya ta’dib yang membawa maksud “mendidik atau mengajar adab atau membentuk akhlak”. Istilah ta’dib dari segi terminologinya memberi makna “dalam proses mendidik” atau membentuk seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan dalam mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan peribadi, sikap dan watak atau sahsiah yang selaras dengan sibghah atau acuan pembentukan yang ditentukan dan diredai oleh Allah SWT (Abdullah Ishak, 1995: 6). Maka, jelaslah tarbiah dalam konteks yang akan dikaji merujuk kepada pembentukan sikap yang positif dengan menampilkan nilai-nilai kemanusiaan yang menjurus kepada kesejahteraan sesama manusia dan dengan Pencipta.. IG. H. T. Situasi ini menjelaskan bahawa tarbiah sebagai pendidikan bermakna membimbing manusia kepada ilmu yang benar sama ada secara formal seperti di pusat-pusat pendidikan atau secara tidak formal seperti di rumah, masjid atau rumah guru agama. Menurut Aziziee Hassan (2011: 17), tarbiyah ialah proses mengembangkan bakat dan potensi diri, mengarah potensi berkenaan ke arah kebaikan dan kesempurnaan secara bertahap.. ©. C. O. PY. R. Proses pembentukan tarbiah yang sempurna berupaya menghubungkan kesejahteraan sesama manusia dan mampu merealisasikan hubungan manusia dengan Pencipta. Disebabkan kesedaran tentang hakikat ini ada yang sanggup berkorban apa sahaja demi memperkasakan agama Allah SWT. Kajian Zainuddin Hashim (2008: 3), mendapati bahawa para ulama telah mengklasifikasikan konsep tarbiah kepada beberapa kategori iaitu tarbiah rubbiyyah/ nafsiyyah (pendidikan kerohanian/ kejiwaan), tarbiah jismiyyah (pendidikan fizikal), tarbiah imaniyyah (pendidikan keimanan), tarbiah aqliyyah (pendidikan mental), tarbiah akhlaqiyyah (pendidikan akhlak), tarbiah fikriyyah (pendidikan ketajaman cara berfikir), tarbiah iqtisadiyyah (pendidikan kemantapan ekonomi), dan tarbiah siasiyyah (pendidikan memperkasa politik). Konsep tarbiah ini dianggap menyeluruh dan sesuai untuk diamalkan masyarakat umum dalam pembentukan negara yang merdeka dan berdaulat. Secara perbandingan, konsep tarbiah yang menyeluruh ini merangkumi tujuh prinsip yang terdapat dalam Teori Takmilah, bermula dengan konsep ketuhanan dan diakhiri dengan kesempurnaan akhlak kepada khalayak.. Seterusnya, tarbiah didefinisikan pendidikan sebagai proses menyesuaikan individu dengan kehidupan sosial, undang-undang, kepercayaan, agama dan situasi masyarakat dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Ini sejajar dengan dapatan Abdullah Ishak (1995: 9) yang menyatakan bahawa John Dewey, seorang ahli falsafah dan pendidikan Amerika telah mentakrifkan pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Situasi ini menunjukkan bahawa proses ke arah pembentukan akhlak positif merupakan suatu tarbiah. Menurut Hassan Langgulung (1985: 31), pendidikan Islam itu bermula melalui tiruan dan indoktrinasi. Dalam situasi ini, indoktrinasi bermaksud suatu doktrin, fahaman, ajaran yang ditanam 14.
(33) PM. dalam fikiran seseorang atau segolongan manusia. Proses ini bermula seawal bayi dalam kandungan dan ia berlaku secara berterusan apabila kanak-kanak mula merakam dan merekodkan apa-apa sahaja yang ada di persekitaran khususnya peranan ibu bapa. Ini bermakna, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa dan orang sekelilingnya adalah proses indoktrinasi. Kemampuan dan kejayaan ibu bapa dan keluarga menunjukkan contoh yang baik merupakan proses pendidikan terawal ke arah pembinaan insan yang Kamil.. IG. H. T. U. Hal ini, turut dipersetujui Muhammad Ismail bin Muhammad (2003: 58), yang menyatakan proses pentarbiahan manusia bermula di rumah kerana anak-anak akan mengikuti dan meniru perbuatan ibu bapa dan keluarga yang sering dilihatnya sama ada baik atau buruk. Ibu bapa berperanan untuk memastikan pembentukan akhlak yang baik kepada anak-anak seperti terdapat dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tarmidzi, al-Hakim yang bermaksud: “Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih utama daripada didikan yang baik” (Muhammad Ismail bin Muhammad, 2003: 52). Situasi ini menujukkan peranan ibu bapa pada peringkat awal sangat penting dalam tarbiah kepada anak-anak dan keperluan kepada tuntutan ini tidak mengecualikan mana-mana pihak dalam keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, kejayaan dalam pelbagai aspek pembangunan menuntut keseimbangan dalam pembangunan kemanusiaan, kesepaduan fizikal dan mental, seterusnya melahirkan insan yang seimbang.. ©. C. O. PY. R. Pendidikan dalam Islam adalah bersifat ideal dan merupakan pendidikan Rabbani berpunca daripada Allah SWT Yang Maha Bijaksana, meliputi semua aspek pembentukan sama ada dari segi jasmani, rohani, akal mahupun dari segi sosial dan bersumberkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Matlamat utama pendidikan adalah melahirkan individu yang serba lengkap dari segi jasmani, rohani, material, dan sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup dengan keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bersandarkan prinsip berkenaan, para pendakwah menyebarkan kalam Allah perlulah berhikmah dan menggunakan nilai-nilai tersebut mengikut kesesuaian golongan sasar (Zulkifli Aini, 2004: 57). Peranan memberi tarbiah dalam pengertian ini dilakukan oleh Allah SWT ke atas alam dan isinya. Konsep yang sama harus berlaku sepanjang kehidupan manusia bermula dalam kandungan sehingga membawa kepada detik kematiannya.. Definisi tarbiah sebagai satu cara berinteraksi terbaik dengan fitrah manusia sama ada melalui perkataan atau perbuatan dikemukakan Jusof Amir Feisal (1995: 94). Makna perkataan tarbiah lebih luas terjemahannya kerana mengandungi erti memelihara, membesarkan, dan mendidik, sekali gus mengundang makna mengajar. Secara keseluruhan, proses tarbiah bermula sejak awal dari rumah dengan ibu bapa sebagai guru pertama yang meletakkan hala tuju anak masing-masing. Guru, sekolah dan masyarakat hanya berperanan untuk mengisi acuan yang telah dibentuk. Dalam Islam pula, tarbiah adalah proses mendidik, melatih akal, rohani dan jasmani dengan asas-asas nilai islamiah yang bersumberkan wahyu al-Quran dan sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah sematamata.. 15.
(34) H. Komponen Sastera (KOMSAS). IG. 1.7.2. T. U. PM. Sehubungan dengan pandangan-pandangan yang telah diutarakan berkaitan pendefinisian “tarbiah” ini, dapat disimpulkan bahawa tarbiah membawa erti ilmu pendidikan Islam yang diterapkan secara kerohanian dan membawa manusia ke arah perhubungan murni sesama manusia dan melahirkan insan yang bertakwa kepada Pencipta-Nya. Unsur tarbiah ini dapat digunakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian seperti memberi tunjuk, nasihat, penceritaan, dan teladan baik yang terdapat dalam sesuatu karya. Memberi teladan yang baik disebut ‘Qudwah’ yang menekan perubahan tingkah laku yang lebih baik. Lantaran itu, penerapan unsur tarbiah dalam karya sastera mampu menarik perhatian dan memberi bimbingan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah untuk menghadapi liku-liku kehidupan berdasarkan disiplin ilmu kesusasteraan dan ajaran agama. Melalui peristiwa dan sifat murni dalam novel berkeupayaan memberi pengajaran positif dan dapat mengarah kepada pembentukan moral pembaca menjadi lebih baik dan meningkatkan nilai insani. Merubah seorang murid kepada berdisiplin dan menjadi lebih baik dalam keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Hal ini, sejajar dengan matlamat penghasilan karya sastera adalah untuk memberi pendidikan dan menanamkan nilai-nilai positif kepada pembaca seperti yang terkandung dalam novel KOMSAS.. ©. C. O. PY. R. Sementelahan itu, proses pendefinisian ini juga akan meneliti aspek Komponen Sastera (KOMSAS) berdasarkan beberapa pandangan tokoh. Peradaban sesuatu bangsa terbina dengan adanya sokongan kemanusiaan yang hebat. Walaupun begitu, keupayaan untuk membina sahsiah kemanusiaan yang hebat adalah terlalu subjektif dan sukar tercapai. Hal ini kerana, adalah lebih senang mendirikan kemajuan pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara berbanding kestabilan sosialnya. Cabaran utama dalam pembinaan kemanusiaan yang hebat pada masa kini adalah lunturnya nilai-nilai kebudayaan murni akibat pengaruh Barat. Situasi ini sangat membimbangkan apabila golongan muda kini banyak menukar corak dan gaya hidup di negara-negara membangun dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif dari luar (A. Aziz Deraman, 2005: 72). Dalam hal ini memperlihatkan kegusaran identiti negara akan berkubur andainya keadaan ini dibiarkan berterusan. Justeru, salah satu usaha mengekang penularan budaya “kuning” dalam masyarakat khususnya pelajar sekolah adalah dengan melalui pengenalan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bertunjangkan pembacaan dan penghayatan dalam hidup dapat mengekalkan jati diri kaum, mengasimilasikan Kebudayaan Kebangsaan dan menyumbang ke arah peradaban kemanusiaan. Dalam hal ini, penguasaan teks membolehkan semua murid sekolah berinteraksi dan berhujah tentang teks yang disediakan tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.. Oleh yang demikian, karya sastera kaya dengan pengalaman dan perasaan pengarang akan memberi input yang bermakna kepada khalayak. Arif Mohammad (2009: 50), dalam tulisannya berpendapat bahawa meminati dan menghayati karya sastera bermutu secara zahirnya dapat membentuk tradisi keilmuan. Pada masa sama aktiviti ini juga menjurus ke arah pembentukan dan pemantapan nilai kendiri. Keupayaan pengarang menyuntik nilai-nilai positif dalam karya membantu pelajar menjiwai dan 16.
(35) mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Tiga dimensi baharu telah diperkenalkan sepanjang pemilihan novel KOMSAS demi melaksanakan penambahbaikan berkenaan, iaitu:. U. PM. i. Dimensi bahan-teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum kebangsaan, ii. Dimensi guru-teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara, iii. Dimensi murid-teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010: 1). PY. R. IG. H. T. Petikan menghuraikan bahawa KOMSAS berperanan mendidik jiwa murid-murid secara lebih berkesan berdasarkan dimensi yang dinyatakan di atas. Karya-karya mudah difahami akan membantu mereka mengamalkan nilai-nilai keinsanan, keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kenegaraan. Hashim Musa (2005: 112), menjelaskan perkara ini seperti berikut, “Pembangunan, kemajuan dan kejayaan dengan makna yang setepat-setepatnya ialah pergerakan dan perubahan manusia dari diri haiwani (nafs haiwaniyah, dengan sifat rakus, tamak, angkuh, takbur, dengki dan dendam kesumat) kepada diri akali (nafs aqliyah, dengan sifat kemurahan, keadilan, kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan, kemaafan, ketenangan, keyakinan, dan seumpamanya)”. Petikan menunjukkan proses yang perlu dijalani untuk menjadi lebih baik atau meningkatkan insani yang mana proses ini dapat dicapai dengan pembelajaran atau tarbiah. Justeru, analisis yang akan dilaksanakan dalam kajian ini memberi penekanan kepada dua dimensi iaitu pertama karya sastera membimbing manusia mengenal penciptanya dan dimensi kedua karya sastera berupaya mewujudkan keharmonian perhubungan sesama manusia.. ©. C. O. Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut, satu perancangan rapi bermula 1987 melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1987. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 91), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui surat KP (BS) 8549/3A/AM/(22) yang bertarikh 24 Disember 1984 telah menyenaraikan buku bacaan kesusasteraan Melayu yang sesuai dan mengandungi semua genre untuk dibaca murid-murid sekolah dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Pada ketika ini hanya melibatkan pelajar di tingkatan tertentu sahaja dan mula digunakan semenjak tahun persekolahan 1985. Komposisi genre yang diperkenalkan adalah novel, cerpen, prosa klasik, puisi, dan drama seperti dalam Jadual 2. Semua genre dimasukkan dalam satu antologi yang berbeza kecuali novel. Hal ini, menunjukkan penggunaan antologi adalah sama mengikut tingkatan di seluruh negara, namun begitu, keadaan berbeza dengan novel yang diagihkan mengikut zon penggunaan seperti Jadual 1. Penggunaan antologi dan novel mengikut zon terdapat dalam buku panduan guru yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kriteria pembahagian genre dalam antologi dan novel bagi tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 seperti Jadual 2 berikut:. 17.
(36) Jadual 2: Bentuk dan Bilangan Teks. 1 4 6 3 6 6 4 29. U. Novel Cerpen Drama Sajak Puisi Tradisional Prosa Tradisional Jumlah. TINGKATAN JUMLAH 2 3 4 5 4 4 4 4 20 6 6 6 6 30 3 3 3 3 15 6 6 6 6 30 6 6 6 6 30 4 4 4 4 20 29 29 29 29 145 (Sumber: Pekeliling Ikhtisas bil 2/2009). PM. GENRE. R. IG. H. T. Berdasarkan Jadual 2 mempamerkan pengenalan genre KOMSAS dalam sistem pendidikan negara, yang mana berhasrat membawa satu perubahan yang positif dalam pembentukan kemanusiaan dalam diri murid. Hal ini sejajar dengan tulisan Maniyamin Ibrahim (2009:42), yang mengatakan bahawa penerapan nilai kesusasteraan dan membina khalayak paling berkesan dilakukan melalui institusi kekeluargaan dan pendidikan yang disokong oleh para teknokrat. Dalam hal ini kejayaan membina nilai kemanusiaan memerlukan masa yang panjang dan sukar diukur, walau bagaimanapun keadaan lebih kompetitif jika digandingkan dengan nilai ketuhanan. Sinergi ini akan dianalisis dalam novel KOMSAS mengikut kewajaran Teori Takmilah, lantaran itu perbincangan selanjutnya dalam bab keempat.. PY. Penilaian daripada aspek ini bahawa Komponen Sastera (KOMSAS) akan diteliti bagi memastikan ketepatan penilaian novel sebagai bahan bantuan pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, kajian telah menyenaraikan 19 novel KOMSAS sebagai bahan kajian dalam meneliti unsur tarbiah yang terkandung bagi menyokong objektif memasukkan KOMSAS dalam mata pelajaran bahasa Melayu.. Novel. O. 1.7.3. ©. C. Sehubungan itu, pendefinisian terhadap “novel” diperjelaskan berdasarkan pandangan tokoh, di antaranya Othman Puteh (2001: 21), menyatakan novel adalah satu cereka panjang berbentuk prosa. Sejarahnya bermula dengan perkembangan naratif lama. Walaupun penciptaan novel melalui perkembangan sejak berzaman namun ceritanya masih menggunakan banyak tema dan isu berbentuk naratif yang telah bermula dari zaman Yunani dan Rom Purba (Ensiklopedia Dunia, 2005: 265). Bentuk karya sastera yang sangat popular ini mula ditulis pada abad ke-18. Pride and Prejudice karya Jane Austen (1775 – 1817) merupakan contoh novel yang menceritakan kehidupan, amalan, dan moral masyarakat Inggeris (Ensiklopedia Umum, 2007: 49). Berbeza dengan kehidupan seseorang manusia yang tidak diketahui pengakhiran kehidupannya di alam nyata, novel akan dilengkapi dengan watak, peristiwa dan latar secara lengkap yang mungkin akan menceritakan tentang manusia atau haiwan. Menurut S. Othman Kelantan (2004: 12), karya novel dan 18.
(37) PM. cerpen mengisahkan keperihalan manusia merangkumi akal fikiran, keintelektualan, kebijaksanaan, kekreatifan, keagamaan, dan keimanannya. Kepelbagaian dimensi yang digarap membentuk jalinan cerita dalam bentuk prosa yang panjang dan dikaitkan dengan pengalaman, perlakuan dan konflik kemanusiaan. Pada tahun 1925 hingga 1942 genre novel menjadi popular dan tersebar dengan meluas kerana wujudnya kreativiti kesusasteraan yang melakukan kombinasi antara unsur sastera lama dan unsur sastera baru.. H. T. U. Daripada sudut struktur pula novel merupakan gabungan antara fakta dan imaginasi. Justeru, novel dikatakan mampu meninggalkan kesan emosi, menggambarkan situasi semasa masyarakat dan memaparkan peristiwa berkaitan sesuatu era (Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi, dan Asiah Abdul Rahman, 2010: 63). Dalam penulisan novel, aktiviti hidup manusia dirakam dengan kemas dengan kreativiti pengarang bersama mesej dan nilai yang ingin disampaikan kepada khalayak. Semua peristiwa dan watak disusun secara kreatif dan saling berkaitan antara satu sama lain (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 57). Selain itu, novel juga dikatakan sebagai media untuk menyampaikan konsep, falsafah atau pendirian sesuatu kehidupan (Insiklopedia Malaysiana, 1996: 166), justeru novel mampu mencerminkan latar kehidupan masyarakat pada masa berkenaan.. PY. R. IG. Kesimpulannya, novel ialah cereka yang dijalin dalam sebuah prosa panjang yang merakamkan pelbagai peristiwa meliputi manusia, binatang atau makhluk-makhluk lain. Pengarang yang mengolah penceritaan berdasarkan watak-watak, mengembangkan plot cerita dan memasukkan unsur-unsur fiksyen berdasarkan pengalaman peribadi atau pengalaman dalam masyarakat dan permainan imaginasi. Kebolehan menyelitkan falsafah kehidupan yang positif dalam karya kreatif ini memberi maklumat tambahan dalam pembentukan sahsiah pembaca.. ©. C. O. Sejarah penulisan novel di Malaysia berlaku agak lewat berbanding genre kesusasteraan yang lain. Menurut Rosnah Baharudin (2003: 25), novel Melayu yang awal ialah Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 1925 – 1926. Pada peringkat awal kemunculan genre novel, para pengarang terdiri daripada pengarang berpendidikan agama seperti Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi, Ahmad Kotot, A. Rashid Talu dan Abdul Hamid bin Haji Ahmad. Penulisan novel semakin berkembang mengikut peredaran masa. Pada masa ini juga muncul novel terjemahan yang diterajui Pejabat Karang Mengarang mula menterjemahkan novel-novel berbahasa Inggeris sebagai satu bahan bacaan ringan bagi pelajar-pelajar sekolah Melayu awal 1920-an (Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi, dan Asiah Abdul Rahman, 2010: 71). Semua novel yang diterbitkan pada zaman sebelum merdeka adalah dalam tulisan Jawi dan difahami khalayak sastera pada masa tersebut. Menurut Rosnah Baharudin (2007: 25), penerbitan novel-novel tersebut dalam tulisan Rumi hanya berlaku selepas tahun 1957. Kesinambungan daripada keperluan khalayak dan keinginan untuk menjadikan sesuatu karya itu mendapat perhatian dalam masyarakat.. 19.
(38) U. PM. Perkembangan semasa penghasilan novel di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti penganjuran peraduan, perkembangan teknologi percetakan, penubuhan syarikat penerbitan dan dasar serta galakan kerajaan. Perkembangan novel kian berkembang dengan kehadiran beberapa novel baru yang membawa kelainan seperti novel-novel Salina (1961), Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1992) yang dihasilkan Sasterawan Negara A. Samad Said. Perkembangan ini membawa kepada kelahiran semakin ramai penulis dan juga jumlah novel yang diterbitkan. Evolusi ini menjadi fenomena baru di Malaysia dan Indonesia, “Novelnovel jenis baru Indonesia itu enak dibaca namun novel-novel Malaysia itu pula sukar untuk dibaca” (A. Wahab Ali, 1995: 162). Perkembangan ini meletakkan novel sebagai suatu karya seni tersendiri dengan mempunyai nilai estetika yang hebat secara tersirat dan akan memaksa murid untuk berfikir serta mencari mesej yang ingin disampaikan. Penumpuan kepada aspek ketuhanan dan kemanusiaan akan melengkapkan sesebuah novel sebagai bahan bacaan yang memberi bimbingan dan hiburan.. PY. R. IG. H. T. Dalam hal yang lain, ilmu akan membimbing seseorang untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang betul dan wajar, termasuklah meletakkan diri sendiri dalam persekitaran dan seluruh sistem kewujudan (Hashim Musa, 2005: 122). Penguasaan ilmu dalam berkarya turut disentuh oleh Shahnon Ahmad (2007: 92), antara lain berpendapat bahawa seseorang sasterawan besar dan banyak ilmu serta pengalaman, menggunakan kelebihan pengalaman tersebut untuk mendukung pemikiran dalam karya supaya menjadi lebih signifikan, memartabatkan keinsanan, menegakkan keadilan, mempertahankan amal makruf dan menentang kemungkaran. Ini bermakna, pengalaman dan ilmu diadun dalam penceritaan, konflik, dan watak serta perwatakan karya. Konflik cerita pula diselesaikan dengan cara yang bijaksana mengikut kesesuaian situasi.. ©. C. O. Sehubungan pandangan yang diutarakan oleh beberapa tokoh di atas, kajian ini akan mengusulkan istilah “novel” yang akan diguna pakai sepanjang sebagai bentuk cereka panjang yang mempunyai gabungan imaginasi dan fakta dalam menyampaikan ilmu dan nasihat kepada masyarakat. Justeru, penelitian ini berhasrat mencorak murid-murid menjadi lebih baik bermula daripada mengenali potensi mereka, hal ini perlu di manipulasi dengan cara menyeluruh. Oleh itu, penggemblengan usaha positif ini memberi panduan, bimbingan, tunjuk cara kepada khalayak dan seterusnya mengarah kepada pembentukan akhlak yang lebih baik. Sejajar dengan hasrat tersebut, sastera adalah satu bidang seni kreatif yang mempunyai keupayaan besar untuk membangun atau membentuk nilai-nilai hidup manusia yang tinggi (Hassan Ahmad, 1988: 297). Lantaran itu, usaha merubah manusia ke arah pembentukan akhlak mulia merupakan satu kejayaan yang mana merupakan satu kesinambungan ke arah merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.. 20.
Garis besar
Dokumen terkait
Sumber data yang mendasari dalam melakukan penelitian ini adalah teks cerita novel Ranah 3 Warna karya Ahmad Fuadi.. Novel ini diterbitkan
Tema tersebut di pilih oleh pengarang karena pada novel Gitanjali karya Febrialdi R tokoh utamanya adalah Ed, yang pada awal cerita, pertengahan dan akhir
Berdasarkan hasil pembahasan maka kesimpulan yang dapat ditarik adalah bahwa terdapat unsur-unsur intrinsik yang membangun cerita dari novel “Ayah” karya Andrea
Cerita Mahabarata khususnya tokoh Wisanggeni menjadi hipogram terciptanya karya transformasi novel Wisanggeni Sang Buronan dengan mengongkretkan cerita pewayangan yang
unsur detektif dan unsur pemecahan masalah yang tidak terduga pada akhir cerita.. Unsur kejahatan dalam novel ini terlihat dari adanya
Pengguna dapat memilih alur cerita sesuai pilihan yang dipilih pada aplikasi Visual Novel Legenda Tangkuban Perahu5. Pilihan pengguna menentukan ending cerita aplikasi
pada novel Purba Sari Ayu Wangi cerita bergulir karena Purba Rarang tidak terima Purba Sari dipilih menjadi ratu sedangkan dalam Musikal Lutung Kasarung cerita bergulir karena
Latar tempat dapat berupa lokasi terjadinya cerita. Dalam novel“Cinta Suci Zahrana” terdapat beberapa latar tempat seperti pada bagian awal novel ini berlatar di bandara