• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP MASYARAKAT Definisi Masyarakat

Dalam dokumen PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK (Halaman 46-54)

• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup.

• (Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan)

• Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan

jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. • Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. • Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio budaya, lambing-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.

Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

(CIRI-CIRI NEGARA BANGSA)

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif

Utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan

• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negaraitu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan iniboleh ditanam melalui symbol simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. • Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan

mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia.

Padahakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangatkebangsaan adala h bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokongdan menguatkan antara satu sama lain.

Keperluan Mengkaji Masyarakat Manusia Hidup Bermasyarakat

• Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan

mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.

Memahami Cara Hidup Bermasyarakat

• Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkah laku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untukmelanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.

Memahami Budaya dan Masyarakat Lain

• Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud. Seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke Negara tersebut.

Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat

• Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan

kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap

masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat

Definisi:Manusia Yang Hidup Berkelompok

• manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesamsa

manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain. Melahirkan Kebudayaan

• Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.

Mengalami Perubahan

• Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahankepada masyarakat itu.

Berinteraksi

Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuanberhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. komunikasi berlakuapabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

Terdapat Kepimpinan

• Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua Negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercoraktertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

Stratifikasi Sosial

• Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yangharus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasisosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta.Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

• Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra

BUDAYA

• Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

KONSEP BUDAYA

a. hasil cantuman “budhi” dan “daya”.

a. Perkataan “budhi” yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal’

a. “daya” ialah perkataan Melayu Polynesiabermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’

a. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini (budaya) akan membawa maksud’ tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’. ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ). • Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within ’. (Dictionary Of Philosophy, 1996 ).

• Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasiekonomi, politik, aga ma, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatanbudaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. ( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).

Kesimpulan

Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia,manakala sudut istilah

pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup

orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu :

• ‘budaya kebendaan’ dan ‘ budaya bukan kebendaan ’

Budaya kebendaan - Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjatadan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

Budaya bukan kebendaan- ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

• Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga pentingsebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalanbagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya. Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya

• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskanciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu DanPembinaan Bangsa Melayu, 1992).

• Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai‘ budaya ’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan

hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan

kepadasatu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu

himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhikehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

• Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakana bahawa ‘ manusia itu sendiri membentuk budaya ’ dan perkembangan budayaakan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbitdaripada tingkahlaku dan akal manusia :

• Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagaicontoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibubapanya untuk berbahasa dan berhubung.

• Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajarananggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihandan sebagainya.b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.c. Umur seseorang.d. Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

• Dikongsi - Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong olehsekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerananmasyaarakat me nggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyatMalaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuanyang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk

dalam budayaseperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpaperkong sian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuanmasyarakat.

• Sejagat - Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan ituwujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki

kebudayaan. Walau bagaimanapun, budaya yang sejagat itu

berbezaantara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota

• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: 1. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

2. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. 3. sistem sosial.

4. Bahasa 5. Kesenian

6. sistem pengetahuan.

7. agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.Hutington etc.)

• Diwarisi - Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari

ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud

bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

• Berubah - Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud daridahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. rumah beratap gentingtelah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadunmanusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti

perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya.

v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar.

• Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya

yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera,warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil. • Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadapkeadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta initimbul kerana manusia

mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti

simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung),tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

• Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

-Budaya dalam pengertian biasa ialah satucara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan olehmanusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

• Memenuhi dan Menyediakan Keperluan

- Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,

manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian,

kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan

sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan

keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

• Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku-Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia.

Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama.

Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah laku dalam memberikan panduan,meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.

iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Mengatur Hubungan Sesama Manusia

• Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran

Islam. Ini bermakna dalam menjalani

kehidupanseharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesamamanusia.

Dalam dokumen PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK (Halaman 46-54)

Dokumen terkait