• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK

Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan berhadapan dengan konflik, beberapa cara akan digunakan sebagai penyelesaian:

1. Co-existence (tinggal bersama) 2. Ethnic cleansing (pembersihan etnik) 3. Assimilation [melting pot] (asimilasi) 4. Partition (perkelompokan)

RAS

- Aspek warisan fizikal walaupun klasifikasi ini bukannya mudah

- Amalan untuk membezakan di antara warisan fizikal dan budaya sudah diterima oleh kebanyakan masy.

- Akibat trasmigrasi dan globalisasi, sudah wujud proses percampuran ras

- Seseorang individu merupakan ahli sesuatu ras bukan sekadar berdasarkan kepada pilihan dan persetujuan sosial tetapi lebih kepada warna kulit yang memberi identifikasi diri serta kesan layanan berasaskan kepada penampilan tersebut

- Pada abad ke 16 dan awal abad ke17 Eropah, perkataan ras digunakan untuk generasi (descendants) dari warisan (ancestor) yang sama iaitu perhubungan kinship (kekeluargaan) daripada ciri-ciri fizikal seperti rambut atau warna kulit

- Akhir abad ke-18, terminologi ras dirujuk kepada manusia yang dikategorikan dengan ciri-ciri fizikal yang diwarisi dari nenek-moyang

- Pada tahun 1600, Francois Bernier merupakan antara orang Eropah pertama untuk membahagikan manusia di dalam beberapa kategori. Ini menyebabkan satu hirarki yang membezakan manusia melalui penampilan fizikal diterima dengan orang kulit putih Eropah berada di bahagian atas hierarki tersebut. Orang Afrika diletakkan di bahagian bawah kerana warna orang Afrika dan dianggap sebagai hamba

(2)

Van Der Berghe berpendapat ia mempunyai 4 maksud iaitu:

Ia digunakan untuk membezakan manusia berdasarkan kepada konsep biologi

Secara longgar ia dianggap sebagai species, seperti tumbuhan dan haiwan atas perbezaan fizikal

Carl Von Linne dalam buku Systema Naturae melihat ras manusia dalam 4 kelompok iaitu: 1. Caucasoid (putih)

2. Negroid (Hitam) 3. American (Merah) 4. Mongoloid (Kuning) ETNIK

- Ciri-ciri yang utama etnik boleh dilihat dari aspek budaya. Bahasa dan agama dilihat sebagai elemen penting keatas pendefinisian etnik

- Perkataan ethnic datangnya dari perkataan Greek ethnos atau maksud asalnya ‘nation’. Ada yang melihat penggunaan perkataan etnik adalah dirujuk kepada peringkat penghijrahan besar-besaran dari selatan dan timur Eropah ke Amerika pada awal abad ke-20. Sejak 1930-an dan 40-an, menganggap adalah wajar ia dirujuk kepada maksud asal Greek iaitu nationality. - Van Den Berghe menganggap kumpulan etnik didefinisikan secara sosial tetapi berasaskan kepada kriteria budaya.

- John Rex pula menyatakan bahawa etnik berbeza kerana kependudukan, peraturan mengenai baka dan alam sekeliling yang berkaitrapat dengan perwatakan mereka.

- Penerangan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat 2 perbezaan aspek etnik iaitu

i. ia bukan sesuatu yang tetap – berubah mengikut proses reaksi dan kehadiran pembaharuan ii.satu faktor yang memberi faedah atau menolong ahli etnik tertentu

(3)

- Yang jelas, kategori budaya sesuatu kumpulan merupakan fokus ciri ethnik. Ini kerana apabila suatu kumpulan wujud, maka akan hadir batasan tertentu dan apabila ada batasan maka akan ada mekanisme tertentu untuk meneruskan kewujudan kumpulan tersebut.

- Memiliki identiti, perasaan bersama(kekitaan) * Bagaimana mereka yang bertukar AGAMA Bangsa

- Sering kita gunakan istilah BANGSA yang dirujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal-usul atau pertalian darah yang sama tetapi mereka yang tidak mempunyai pertalian darah juga boleh menjadi sebangsa melalui perkahwinan atau pengambilan anak angkat

- begitu juga dengan pembentukan bangsa Malaysia yang dirujuk bukan untuk menghilangkan sifat komuniti etnik kerana masing-masing akan terus kekal dengan keETNIKkan mereka tetapi ia akan mencerminkan peneguhan jati diri Malaysia yang tidak akan melemahkan identiti etnik diri masing-masing

* MAMPUKAH MALAYSIA MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

KONSEP ASAS- akomodasi Akomodasi (Accommodation)

q Penyesuaian satu keadaan apabila kelompok berkonflik bersetuju menghentikan konflik dengan

mengukuhkan interaksi

q Identiti boleh diteruskan atas dasar tolak-ansur; penerimaan ke atas perbezaan q Antara cara untuk mengurangkan konflik

q Kebebasan menggunakan pelbagai bahasa, agama dan okepercayaan; kerangka perlembagaan & parti gabungan

(4)

SIDANG 3 TEORI (samb.)

RUMUSAN SIDANG 2: i. Konsep:

a. Asimilasi b. Diskriminasi c. Etnosentrisme d. Integrasi

e. Prejudis/Prasangka

ii. Teori

a. Double Consciousness Du Bois b. Fungsionalisme

Teori Assimilasi – Melting pot Robert Ezra Park

- Membina perhubungan awal berdasarkan kepada fasa persaingan yang melibatkan pelbagai populasi etnik bersaing untuk sumber yang terhad, misalnya peluang pekerjaan

(5)

Terdapat beberapa jenis assimilasi iaitu:

i. Assmilasi Budaya melalui nilai, kepercayaan, ideologi, bahasa dan simbol budaya dominan yang lain.

ii. Assmilasi Berstruktur misalnya etnik yang melakukan penghijrahan menjadi ahli kumpulan utama di dalam etnik populasi dominan termasuklah ahli keluarga, kawan rapat dan kumpulan di dalam sesuatu organisasi.

iii. Perkahwinan, peningkatan perkahwinan campur diantara individu yang berhijrah dan kumpulan etnik dominan

iv. Identifikasi dimana individu bukan lagi melihat dirinya berbeza dan sebagaimana ahli kumpulan dominan, melibatkan diri di dalam institusi utama masyarakat ini.

v. Assimilasi penerimaan sikap / tingkahlaku iaitu kekurangan sikap prejudis, stereotype dan diskriminasi di kalangan kedua-duanya, kumpulan etnik dominan dan penghijrah.

Teori Masyarakat Majmuk

- JS Furnivall dan MG Smith menampilkan teori ini dengan kajian ke atas masyarakat majmuk di Asia Tenggara yang menampakkan hubungan rantaian manusia – Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan tempatan

- “Mereka bergaul tetapi tidak bergabung”. Bertemu di pasar semasa membeli dan menjual. Hidup sebelah menyebelah tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.

- Berdasar kajian di Burma dan Indonesia, kawasan Asia Tenggara umumnya - Konsep ini menumpu kepada masyarakat kolonial di kawasan tropikal

- kuasa penjajah dan pengaruh kapitalisme Barat dimana berlaku perpecahan dan konflik antara kumpulan2

- Masyarakat majmuk wujud akibat dasar kolonial kerana penghijrahan penduduk mengikut sistem ekonominya

Ciri-ciri Teori Furnivall

(6)

DARI KUMPULAN MANUSIA YANG HIDUP BERDAMPINGAN TETAPI BERASINGAN DALAM SATU UNIT POLITIK YANG SAMA)

- Pemerintah dan yang diperintah (Ruler & Ruled) dari etnik berlainan dan tinggal berasingan dan hanya satu etnik menguasai politik

- Tidak ada kesedaran kebangsaan (TIAP-TIAP KUMPULAN MEMPUNYAI AGAMA, KEBUDAYAAN, BAHASA, PEMIKIRAN DAN CARA HIDUP MASING-MASING)

- Wujud konflik ekonomi dengan satu etnik menguasai ekonomi (SISTEM PEMBAHAGIAN BURUH DALAM BIDANG EKONOMI BERASASKAN KEPADA RAS DAN ETNIK DENGAN SETIAP ETNIK MEMPUNYAI FUNGSI BERLAINAN)

- Sebagai individu mereka bercampur tetapi hanya di pasar dalam urusan jual beli sahaja

- Berkecenderungan memiliki konflik berterusan; kuasa luar akan cuba mengawal kelompok ini

Hubungan etnik tanggungjawab siapa?

Siapakah yg bertanggungjawab ke atas proses penghayatan ke atas hubungan yg harmoi ini Diri sendiri, pemimpin, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, media, agensi kerajaan

Perlembagaan

Tanpa kontrak sosial, tidak mungkin wujudnya PERLEMBAGAN dan tanpa perlembagaan, Malaysia tidak akan mencapai merdeka.

Perlembagaan:

document yg paling tinggi, mana2 undang-undang atau peraturan yang bertentangan dengan perlembagaan dengan sendirinya akan terbatal/terhapus dng sendiri.

(7)

Bagi mencapai kemerdekaan, pihak british telah mengenakan syarat agar; ia itu perlu ada kompromi dalam semua etnik dengan mengenepikan beberapa perbezaan dan hanya mengutamakan perpaduan untuk mencapai kemerdekaan.

Lahirnya KONTRAK SOSIAL yg menjadi bahan induk utk memastikan hubungan etnik sentiasa di landasan untuk hidup aman bersama.

Pengenalan

1. Sepanjang 54 tahun merdeka, hubungan etnik memberi kekuatan sebenar kepada Malaysia untuk terus kekal stabil, hidup rukun dan pesat membangun

2. Siapakah yang bertanggungjawab ke atas proses penghayatan ke atas hubungan yang harmoni ini

3. Rukunegara mekanisme untuk memantapkan hubungan antara etnik melalui semangat patriotisme: cintakan negara, kesetiaan, ketaatan kepada negara; berbangga sebagai bangsa Malaysia

4. Interaksi merdeka, patriotisme, hubungan etnik, kontrak Sosial, perlembagaan, Rukunegara

Erti Merdeka

1. Bebas dari belenggu penjajah negara: pendefinisian asas 2. Bagaimana dengan pengisian ke atas kemerdekaan

3. Pembangunan pesat dan tergolong dalam senarai negara pesat membangun 4. Warisan kepimpinan yang berwibawa

5. Nilai kompromi dan sifat kerjasama serta menerima perbezaan antara kaum

(8)

76% [ 42% umur 15-39 tahun]

Benarkah generasi muda semangat patriotisme luntur?

v Pelbagai tafsiran: tidak memahami sejarah; tidak terdedah perjuangan pejuang kemerdekaan; tidak menilai

pencapaian negara melalui kemerdekaan

v Apakah generasi baru merasakan sudah berkorban sehingga mengandaikan pengorbanan generasi merdeka tidak sehebat pengorbanan mereka?

Generasi Merdeka vs Pasca Merdeka?

v Semangat jati diri dan patriotisme .. Penjajahan Baru!

Asas KONTRAK SOSIAL

- pihak british meminta wakil pemimpin pelbagai etnik untuk mendapatkan persetujuan tentang isu-isu perkauman sebagai syarat untuk merdeka.

- Kompromi 4 + 1

1. Hak istimewa bumiputra

2. Agama – agama islam menjadi agama rasmi dan lain2 agama turut dapat diamalkan 3. Bahasa - Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

4. Institusi raja-raja melayu

Kontrak sosial – merujuk kpd perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam perlembagaan;

(9)

daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

(10)

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:

(11)

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

▪ KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

(12)

untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

(13)

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

(14)

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

1. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

(15)

mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

4. BAHASA MELAYU

1. Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat

(16)

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

TANGGUNGJAWAB SIAPA

1. Perlembagaan jelas meletakkan kedudukan kesemua etnik; mengapa persoalan hubungan etnik masih terus subur dan seringkali diambil remeh oleh pihak tertentu. Siapakah yang bertanggungjawab?

2. Generasi baru harus didedah kepada peri-pentingnya Kontrak Sosial

3. Generasi baru juga wajar memahami Perlembagaan, Rukunegara yang mengukuhkan semangat patriotisme

4. Kekeliruan Kontrak Sosial mesti diperbetulkan walaupun bersifat lisan; tradisional; tidak bertulis

5. Diri sendiri; pemimpin, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, media, agensi kerajaan bertanggungjawab

6. Proses tawar-menawar tidak datang dengan mudah: memerlukan pengorbanan dan keyakinan

7. Prinsip asas negara tidak boleh dikompromi dan generasi baru perlu sedar kepentingannya 8. Isu soal hal istimewa orang Melayu, bahasa, agama, sistem pendidikan, budaya dan institusi Raja-Raja tidak akan ditimbulkan jika sistem kenegaraan difahami

9. Generasi baru mesti memahami tanggungjawab kewarganegaraan kerana ia asas patriotisme

(17)

11. Perkongsian kuasa adalah asas kekuatannya

12. Memahami Perlembagaan dan Kontrak Sosial akan menggambarkan kekuatan dirinya untuk menjadi warga Malaysia yang setia, bangga dan mahu bersama dalam pertahankan hubungan etnik ini

13. Generasi muda perlu memiliki kedua-duanya, kekuatan dalaman dan luaran sebagai warga Malaysia

14. Generasi baru perlu belajar menghargai pencapaian dan pengiktirafan ke atas tanahair 15. Jika merasakan ada ’kebebasan’ hari ini, persoalan dari mana datangnya ’kebebasan’ ini mesti dijawab

16. Patriotisme: perasaan cinta dan setia pada negara penting 17. Tingkahlaku, perasaan dan kepercayaan membentuk identiti 18. Penghayatan mata pelajaran Sejarah

19. Guru-guru dan pengetahuan pelbagai budaya

20. Menggalakkan membaca mengenai adat-resam masyarakat pelbagai kaum 21. Peranan ibu bapa

22. Peranan Jabatan Penerangan dan media massa

23. Pemimpin harus menjadi teladan [ ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan komuniti, personaliti popular] = ‘pemimpin contoh’ @ role model

24. Perbezaan pandangan, pendapat dan kepercayaan ditangani secara berhemah, bermoral dan bermusyawarah

25. Fahami aspirasi pengorbanan dan perjuangan generasi kemerdekaan

1. Mempertahankan hak pelbagai etnik menjadi tanggungjawab bersama;

2. Kemuafakatan perlu dipraktiskan, fahami nilai perkongsian (tolak ansur, ukhwahdll.) 3. Perbezaan pendapat ditangani secara berhemah agar tidak timbul konflik

(18)

5. Keluhuran perlembagaan memastikan kedaulatan negara terpelihara membina bangsa yang makmur dan sejahtera.

Kesimpulan

1. Fahami aspirasi pengorbanan dan perjuangan generasi kemerdekaan

2. Kemuafakatan perlu dipraktis; fahami nilai perkongsian; tasamuh, ukhwah, fitrah kenal-mengenal penting

3. Apa hasrat sebenar pejuang kemerdekaan tanahair; apa semangat patriotisme dan nasionalisme mereka?

4. Adakah generasi merdeka perlu menyampaikan hasrat sebenar pejuang kemerdekaan yang begitu jelas dalam kontrak sosial

5. Membina hubungan etnik yang kukuh memakan masa; mempertahankannya getir; meruntuhkannya tidak akan memakan masa yang lama?

Ancaman kepada semangat patriotisme?

13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.

Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.

(19)

MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.

MAGERAN -> Majlis Perundingan Negara =>Rukun negara

Kenapa 13 mei berlaku: 1. isu pecah & perintah 2. jurang ekonomi 3. bahasa dan budaya

Faktor penarik dan penolak dalam 13 mei

1. Soal perkauman tidak diselesaikan

- kerajaan lewat dalam usaha tingkatkan taraf ekonomi orang melayu,

- kecewa dengan kerajaan kerana tidak memenuhi aspirasi budaya & masayarakat Melayu - Kontrak sosial menjadi bahan debat secara terbuka oleh PAP (setelah s’pore masuk Malaysia)

(20)

2. Isu pilihan raya

- kehadiran DAP & Gerakan yang cuba tarik undi golongan bukan melayu.

- gerakan pula mengkritik hak istimewa org melayu dan dasar penggunaan bahasa di sekolah - isu status bumiputra orang melayu

- orang-orang bukan terus menkan

- UMNO berhadapan dengan PAS yg menuduh UMNO menjual orang melayu

- Parti Buruh tidak ambil bahagian dalam pilihan raya tetapi sibuk menganjurkan demotrasi

3. Penyalahgunaan kebebasan bersuara / berkumpul

4. Mencabar sifat kemanusiaan

- orang melayu merasa tercabar & marah dengan peristiwa yang berlaku - kabar angin yang buat masing2 tidak dapat kawal emosi (Melayu cina india) - pelbagai perasaan menyelubungi mereka (benci, marah dll)

- apa saja yang dilihat ada kaitan dengan orang cina pastinya semua habis dimusnahkan, dibakar dibunuh dll

- wujud kumpulan mencari orang cina dalam kampung (dibakar rumah & kedai)

- Orng cina jg tidak berdiam diri dan turut sama membunuh dan merosakkan harta benda kaum melayu

Pengistiharan darurat (13 mei 1969)

(21)

- sebagai langkah berjaga-jaga pihak tentera turut dikerah untuk menjaga negeri penang, perak & melaka.

- Ramai pemimpin menyalahkan pihak pembangkang kerana peristiwa tersebut, TAR menyalahkan pembangkang dan komunis.

Fasca 13 Mei 1969

- MAGERAN ditubuhkan dan dibantu oleh Majlis gerakan negeri - TAR kekal sebagai PM

strategi utama adalah - menyemak semula kontrak perlembagaan untuk bentuk syarat-syarat kebudayaan dan program untuk membawa perubahan di dalam sektor ekonomi

- Majlis gerakan negara adalah berdasarkan kepada model majlis gerakan yang wujud semwaktu darurat dari 1948 – 1960.

- ia ditubuhkan dengan kerjasama POLIS dan Anggota tentera

- makanisma baru diperkenalkan dengan menganjurkan dialog di kalangan pelbagai etnik dan perpaduan

- pada masa yang sama satu formula dibuat untuk untuk satu dasar baru bagi mengurangkan konflik dan untuk mengurangkan isu yang terjejas.

- dasar pendidikan melayu diperkenalkan: BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar - dasar ekomoni dirangka dan diwartakan

- kerajaan telah mencadangkan satu siri pindaan ke atas perlembagaan dan ini termasuklah untuk mengeluarkan isu-isu sensitif faripada dibincangkan di kahlayak ramai

RUKUN NEGARA

Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

(22)

▪ Kesetiaan kepada Raja dan Negara ▪ Keluhuran Perlembagaan

▪ Kedaulatan Undang-undang ▪ Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Kepercayaan kepada Tuhan

(23)

keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

(24)

bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan

(25)

1. Utk mencapai matlamat yang kukuh 2. Memelihara kehidupan demokrasi

3. membentuk masyarakat yang adil dan sama

4. cara hidup libral dengan mengekalkan amalan tradidi 5. bina masyarakat progresif

Budaya Popular dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya Melayu

Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomena ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.

(26)

Tulisan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagai suatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budaya Melayu. Selain itu, tulisan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya popular dalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial. Tulisan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaan dan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu.

Konsep dan Pemikiran Fenomena Budaya Popular

Fenomena budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh anggota-anggota masyarakat. Dalam konteks yang lebih khusus, konsep ‘budaya’ dalam budaya popular itu merujuk kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik.

Unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama, dan dengan ini menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama. Majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada golongan muda, termasuk golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya merupakan fenomena popular di kalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusaha budaya popular itu menumpukan sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada golongan muda mudi itu. Walau bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar secara meluas meliputi semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan kelompok itu. Konsep budaya popular tidak boleh dianggap membawa maksud yang sama dengan budaya massa.

(27)

Budaya popular sebagai fenomena budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan dinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakat itu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalangan remaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular dengan rendahnya penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat.

Persoalan seperti itu akan diperkatakan dalam tulisan ini. Walau bagaimanapun, budaya popular kini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhi semua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Budaya popular itu tersebar luas, merintasi kelas atau kelompok.

Perkembangan Budaya Popular

Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden di Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh pemerintah kolonial. Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan fenomena budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomena budaya popular. Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan kemunculan budaya popular Melayu.

(28)

Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan, dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.

Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusaha menguruskan dagangan tersebut sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lain juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalah selaras dengan cita rasa budaya orang ramai. Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui proses modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untuk menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagai komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial.

Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluang pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu. Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru masyarakat moden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan terhadap budaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak lagi bertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional. Budaya popular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara yang merupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagian daripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju. Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggi boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.

(29)

masyarakat. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.

Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan penghasilan industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya menjadi tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini unsur-unsur budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan yang lain juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan dagangan. Bahan-bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya berbagai-bagai kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa. Industri budaya dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati semakin digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam membolehkan penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas dalam pasaran.

Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada kelas sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup kelompok-kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara sub-budaya dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita berusaha menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok sosial.

Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomena budaya popular tersebar luas merintasi kelompok-kelompok sosial.

(30)

Dalam masyarakat Melayu tradisi berbagai jenis budaya rakyat diminati ramai dan dapat dianggap budaya popular tradisi. Ini termasuklah berbagai-bagai jenis seni dan mainan yang tersebar luas. Kegiatan seni dan mainan itu memberikan anggota-anggota masyarakat hiburan, pengisian masa lapang, keseronokan, dan penghayatan seni. Di samping itu berbagai-bagai jenis tradisi rakyat itu mempunyai fungsi dan peranan yang lebih penting, seperti ritual mengubat penyakit, perlakuan keagamaan dan sebagainya.

Tradisi budaya rakyat sebagai budaya popular tradisional yang ekspresif dan simbolik menyatakan gaya hidup masyarakat Melayu masa lalu. Melaluinya masyarakat menyampaikan maklumat, sindiran dan kritik sosial di samping peranannya yang ekspresif dan simbolik. Dalam masyarakat moden, penawaran bahan-bahan budaya popular itu terdapat kepelbagaian, dan fungsi atau peranannya juga boleh ditinjau dalam berbagai konteks. Peranan budaya popular moden itu tidak terbatas setakat hiburan sahaja. Ini akan dibincangkan dalam teks seterusnya. Kini, budaya popular moden itu termasuk muzik dan nyanyian, drama, filem, tarian, jenaka, dan seumpamanya, baik yang disalurkan melalui media elektronik mahupun melalui teknologi lain. Selain itu, bahan-bahan bercetak seperti majalah popular, novel, dan cerita-cerita popular lain didapati amat pesat perkembangannya. Permainan juga sebahagian daripada budaya popular yang pesat berkembang.

Media elektronik dan media cetak sebagai contoh, pengisian utamanya ialah bahan-bahan budaya popular yang menyatakan masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan. Media elektronik menyalurkan antaranya, muzik dan nyanyian, filem dan drama, tarian, lawak jenaka, permainan, sukan, perlumbaan, masakan, pengembaraan, peraduan/tekateki, dan cerita-cerita sensasi/ganjil. Majalah popular adalah media cetak yang tersebar luas. Antara isi kandungan majalah popular itu termasuklah, gosip bintang-bintang popular dan tokoh-tokoh terkenal, cerita-cerita sensasi dan ganjil, termasuk cerita-cerita hantu, perhiasan diri dan penjagaan kecantikan serta kesihatan, perhiasan rumahtangga, cerita percintaan, ulasan filem, muzik dan nyanyian, hiburan semasa, pengembaraan dan melancong, fesyen, permainan, sukan, komik/jenaka dan umumnya gaya hidup moden dan bandaran. Adakala cerita dan gaya hidup kampung turut mendapat minat ramai, terutama mereka yang tinggal di bandar. Cerita-cerita khayalan, seperti cerita hantu, jin, mistik dan kejadian ganjil adalah juga bahan-bahan sensasi dalam perkembangan budaya popular.

Budaya Popular Tradisional

(31)

sejak zaman berzaman itu adalah berlainan daripada budaya popular moden. Unsur-unsur budaya ekspresif tradisional, seperti seni dan mainan didapati penyebarannya terbatas, iaitu bersifat kedaerahan oleh kerana sistem perhubungannya terbatas. Unsur-unsur budaya popular tradisional itu adalah tersebar dan berkembang di kalangan rakyat, atau dikenali sebagai tradisi budaya rakyat.

Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional yang terdiri daripada golongan memerintah dan rakyat mempengaruhi struktur budaya, iaitu tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat. Tradisi budaya istana itu dapat dianggap mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi. Golongan itu yang mempunyai kekayaan dan kuasa berusaha mempertahankan tradisi budaya istana itu sebagai melambangkan kedudukan golongan bangsawan itu. Tradisi rakyat sebagai budaya popular tradisional menyatakan dengan jelas kedudukan sosial dan ekonomi golongan itu. Tradisi budaya rakyat itu jelas menyatakan sifat-sifat kedaerahan, misalnya suasana penyampaian, penggunaan bahasa dialek dan seumpamanya.

Tradisi itu berkembang sebagai tradisi lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi sebagai usaha mempertahankan tradisi. Ikatan emosi kepada tradisi itu didapati tradisi itu dapat dipertahankan walaupun perkembangannya berasaskan minat dan penghayatan mendalam. Melalui tradisi itu kita dapat memahami dan menyelami pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Pemupukan nilai-nilai sosial didapati sangat berkesan dilakukan melalui tradisi itu. Selain itu, tradisi itu juga merupakan saluran komen dan kritik sosial.

Tradisi budaya rakyat mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri dalam masyarakat, perlu diteliti peranannya tidak terbatas sebagai unsur seni dan mainan. Unsur-unsur budaya popular tradisi itu boleh diteliti kaitan atau hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Terdapat unsur-unsur budaya yang merupakan ritual berasaskan kepercayaan, seperti mantera, main dewa, main puteri dan seumpamanya. Unsur-unsur seni yang dipengaruhi Islam juga turut popular dalam masyarakat Melayu, seperti hadrah, marhaban, zikir dan nasyid. Populariti unsur-unsur budaya itu diperkukuhkan oleh ikatan emosional kepada tradisi, kepercayaan warisan dan Islam.

(32)

tradisi budaya rakyat itu tidaklah merupakan pemisahan yang jelas. Hubungan antara kedua-dua itu sangat rapat.

Perbezaan itu boleh dianggap sebagai gaya hidup yang berlainan, tetapi sebagai tradisi budaya Melayu, masih dianggap tidak jauh berbeza. Suasana alam sekitar dan kehidupan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial membolehkan mereka menghasilkan tradisi budaya popular yang beranika ragam. Malahan dengan sifat kedaerahan dan pelbagai suku ethnik Melayu di alam Melayu yang luas itu, orang Melayu mewarisi kekayaan khazanah tradisi budaya yang amat berharga. Warisan tradisi budaya rakyat itu memerlukan penyelidikan mendalam, terutama untuk memahami struktur dalaman, iaitu aspek ekspresif dan simbolik.

Kepentingan Budaya Rakyat Dalam Konteks Masyarakatnya

Unsur-unsur budaya rakyat pada umumnya mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteks masyarakat masa lalu. Unsur-unsur itu bukan sahaja bertujuan untuk memberikan hiburan atau mengisi keperluan yang lebih tinggi kepada ramai. Sesuatu jenis seni atau mainan seperti muzik, tarian dan teater merupakan saluran memupuk nilai-nilai sosial dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat dalam masyarakat yang buta huruf. Di samping segala itu ada kaitan dengan kepercayaan warisan, unsur-unsur itu juga mempunyai kaitan dengan ritual yang bertujuan untuk membawa kesejahteraan dan keharmonian hidup anggota-anggota kelompok.

Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat di sebalik unsur-unsur budaya tradisi tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Tradisi ini mempengaruhi keseluruhan cara hidup orang-orang Melayu masa lalu. Segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan tersendiri dalam masyarakat, yang dapat difahami dan dirasai anggota-anggotanya.

(33)

Dalam keadaan ini, kita dapati unsur-unsur budaya popular memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden. Melihat kepada perkembangan Islam atau proses islamisasi yang semakin mendalam dan meluas tidak dapat dinafikan bahawa itu juga membawa kesan yang menyeluruh kepada kedudukan budaya rakyat itu. Kepercayaan warisan yang menghidupkan unsur-unsur budaya rakyat itu kerapkali dianggap bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam. Perkara itu semakin dipandang serius, terutama di kalangan golongan muda. Mereka tidak menggalakkan unsur-unsur kepercayaan warisan itu terus berkembang. Anggapan demikian sudah pasti mempunyai kesan-kesan yang jelas kepada kedudukan budaya rakyat itu. Tetapi unsur budaya tradisi yang berteraskan kepada Islam, seperti nasyid dapat dipopularkan mengikut keperluan semasa. Lagu-lagu nasyid kini membuktikan popularitinya dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami perubahan.

Perubahan sosio-ekonomi yang berlaku secara menyeluruh, mempengaruhi nilai orang ramai dalam memberi penekanan dan mengutamakan kepada kegiatan cari makan bagi memperbaiki kedudukan sosial mereka. Usaha memperbaiki ekonomi dapat memberikan kepuasan sosial, dan seterusnya dapat menjamin kedudukan sosial. Nilai-nilai yang lebih menekankan kepada kepentingan material, mendorongkan orang bersikap lebih mementingkan diri sendiri, bukannya tumpuan kepada kebajikan secara bersama. Sedangkan dalam masyarakat tradisional, kepentingan kelompok sangat ditekankan bagi menjamin keharmonian dan keseimbangan sosial sebagaimana yang dinyatakan dalam tradisi budaya rakyat.

Generasi muda kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding dengan budaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampung-kampung selalu dianggap bersifat kekampungan. Misalnya, barang-barang kerajinan tangan yang dihasilkan oleh orang kampung selalu dianggap kurang mutu. Warisan tradisi itu dianggap mempunyai nilai-nilai yang rendah dan kurang fungsi dalam masyarakat moden. Sebaliknya penghasilan seni popular terutama dari negara-negara maju diberikan nilai tinggi. Nilai-nilai sosial demikian dipengaruhi budaya barat telah dapat diterima secara meluas oleh penduduk negara ini.

(34)

Budaya Kolonial

Matlamat kolonial campur tangan politik di negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Bagi mengisi kepentingan itu maka berlaku perubahan dalam politik dan pentadbiran, pendidikan, teknologi, dan sosial. Pemerintah kolonial menumpukan kepada pembangunan ekonomi, seperti lombong bijih dan perladangan dan berkaitan dengan itu penyediaan kemudahan asas dan pembangunan pusat pelabuhan dan bandar-bandar turut diberikan perhatian. Pembangunan ekonomi yang berasaskan ekonomi kapitalis, berlaku kemasukan modal dan teknologi dari barat, serta tenaga buruh dari India dan China. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu berbeza daripada tradisi kehidupan orang Melayu. Pembangunan yang membawa perubahan itu dianggap sebagai pembaharuan dan kemajuan dalam konteks kemodenan. Kesannya itu turut membawa perubahan kepada perkembangan budaya.

Walau bagaimanapun, pemerintah kolonial tidak mempunyai rancangan pembangunan untuk membawa perubahan kepada orang Melayu. Malahan, mereka berusaha mengekalkan orang Melayu dalam sektor tani. Pemisahan kumpulan-kumpulan ethnik dalam sektor berbeza di negara ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku kekacauan yang boleh mengganggu kegiatan ekonomi mereka. Walaupun orang Melayu tidak terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan kolonial, seperti pembangunan bandar-bandar moden itu, tetapi orang Melayu turut menerima kesan pembangunan kemodenan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu.

Pemerintah kolonial berusaha memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial kolonial yang berasaskan kemodenan dan budaya kolonial di kalangan golongan elit, terutama elit Melayu yang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan kolonial di negara ini. Pendidikan Inggeris yang diberikan tumpuan kepada anak-anak golongan elit atau bangsawan Melayu oleh pemerintah kolonial didapati berjaya membawa perubahan nilai, sikap dan pemikiran golongan itu untuk terus menyanjung dan menghormati pemerintah kolonial. Bahasa dan budaya kolonial amat dipandang tinggi dan dihormati, dan itulah juga yang dianggap membawa kemodenan kepada negara ini.

(35)

itu bandar-bandar moden itu turut menjadi pusat kegiatan maksiat yang dianggap bercanggah dengan nilai-nilai Melayu Islam. Di samping itu berbagai-bagai unsur budaya popular dari barat berkembang pesat di bandar-bandar moden itu. Nilai-nilai yang dipupuk dalam kalangan orang-orang bandar bahawa budaya yang dibawa dari barat itu semuanya moden yang dikaitkan dengan kemajuan. Berbagai-bagai jenis kegiatan seni dan mainan barat didapati semakin popular di bandar-bandar moden, dan ini menjadi ikutan orang Melayu di bandar.

Budaya Popular Moden

Bandar-bandar moden yang dibangunkan oleh pemerintah kolonial merupakan pusat perkembangan ekonomi dan budaya. Bagi mengisi keperluan hidup penduduk bandar yang kian meningkat, maka penawaran unsur-unsur budaya popular didapati semakin meluas. Sebagai contoh, teater popular Melayu moden, iaitu Bangsawan yang pada mulanya berkembang di Pulau Pinang didapati mendapat minat ramai. Ciri-ciri baru yang dibawa oleh teater itu dan sebagai ‘urban product’, Bangsawan muncul sebagai teater popular moden yang ditawarkan secara komersial dan berkembang luas. Pentas Bangsawan merupakan pusat perkembangan muzik dan nyanyian, tarian dan jenaka di samping drama. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak lagi terikat kepada tradisi. Seniman di pentas Bangsawan berusaha melahirkan sesuatu yang baru, yang menyatakan kemodenan bagi menarik penonton.

Bangsawan muncul sebagai teater popular adalah suatu perubahan dalam perkembangan budaya popular Melayu. Bangsawan membawa pembaharuan, misalnya isu, komen dan kritik sosial masyarakat Melayu semasa yang sedang mengalami proses perubahan, iaitu pengalaman kemodenan mereka yang tinggal di bandar-bandar moden itu. Bangsawan membawa kemodenan dan pembaharuan yang menjadikan teater itu popular. Oleh itu, Bangsawan membawa isu dan persoalan tentang masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan.

(36)

Populariti bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden itu juga yang membawa kepada kelemahan Bangsawan sebagai teater popular. Sedangkan bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden boleh sentiasa disesuaikan dengan perubahan selera budaya orang ramai sebagai pengguna. Dalam bidang mainan juga didapati penyebaran berbagai jenis mainan yang dianggap moden dan maju itu kian meluas dan popular di kalangan orang Melayu. Berbagai-bagai bahan budaya popular lain, seperti fesyen, perhiasan diri dan seumpamanya turut mempengaruhi kehidupan orang Melayu. Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian penting keperluan hidup moden. Malahan keperluan terhadap bahan-bahan budaya popular itu juga adalah penting dalam mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk meningkatkan pencapaian ekonomi.

Struktur Sosial dan Budaya Popular

Adakala fenomena budaya popular itu dapat dilihat sebagai menyatakan kelas sosial. 30 Budaya popular itu menyatakan golongan majoriti rakyat biasa, sedangkan golongan atasan dan golongan menengah mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi sebagai menyatakan kelas kelompok itu. Secara sedar atau tidak fenomena ini memang berlaku dan didapati dalam masyarakat di negara ini. Tetapi bahagian budaya elit itu tidaklah pula dominan. Selalunya tradisi budaya elit itu dapat dipertahankan apabila kos atau harganya tinggi. Adakala berlaku lambang-lambang budaya elit itu menjadi bahan popular apabila ia mampu dibeli dan dimiliki ramai.

(37)

Berikutan pesatnya pembangunan bandar-bandar moden adakala tidak memberikan ruang kepada unsur-unsur budaya Melayu tradisional atau tradisi budaya rakyat untuk turut berkembang. Oleh itu, tradisi budaya itu dapat dipertahankan di kampung-kampung Melayu. Masyarakat tani Melayu mempertahankan tradisi budaya rakyat itu, tetapi apabila proses modenisasi dan urbanisasi pesat berlaku berikutan meningkatnya pembangunan di luar bandar, maka tradisi rakyat itu tidak mampu dipertahankan lagi. Sebahagian tradisi rakyat itu semakin lemah kedudukannya. Fenomena budaya popular turut menjadi sebahagian kehidupan orang Melayu di kampung.

Penyaluran dan Penyebaran Budaya Popular

Budaya popular tersebar luas, yang dipupuk oleh nilai-nilai moden, bandar dan maju. Orang ramai sebagai pengguna bahan-bahan budaya telah melalui perubahan nilai-nilai sosial, dalam pengalaman mereka mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Mereka terdedah kepada penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular. Nilai-nilai sosial mereka yang dipengaruhi perkembangan semasa sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang baru, moden dan semasa.

Sistem perhubungan yang baik, terutama pembangunan teknologi telekomunikasi, seperti media elektronik, media cetak dan penyediaan kemudahan asas yang semakin meluas mendedahkan orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di luar bandar mengalami proses modenisasi dan urbanisasi yang didedahkan oleh berbagai-bagai bahan budaya popular. Orang Melayu di semua peringkat dapat menerima baik pembangunan dan perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Perkembangan ini memberikan kesan kepada perubahan nilai-nilai sosial, sikap, world-view dan pemikiran anggota-anggota masyarakat. Perkembangan pesat pendidikan moden turut mempengaruhi perubahan nilai dan sikap orang Melayu. Mereka lebih terbuka dan menerima bahan-bahan budaya popular sebagai bahagian keperluan hidup moden. Malahan budaya popular memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat dan pendidikan kepada ramai.

(38)

Kesetabilan politik dan kesejahteraan sosial juga mempengaruhi penyebaran dan penyaluran bahan-bahan budaya popular kepada ramai. Perkembangan pesat media massa, iaitu media elektronik dan media cetak turut membawa perubahan nilai dan pemikiran orang ramai. Media massa itu juga mendedahkan kira-kira 80% daripada isi kandungannya berupa bahan-bahan budaya popular, baik bahan-bahan-bahan-bahan luar mahupun bahan-bahan-bahan-bahan budaya tempatan. Suasana ini sudah pasti dengan mudah dapat mempengaruhi orang ramai dengan gaya hidup moden. Bahan-bahan budaya popular merupakan suatu keperluan kehidupan moden.

Penawaran bahan-bahan budaya popular dalam konteks masyarakat moden didapati lebih dominan di kalangan orang-orang muda. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu lebih banyak tertumpu di kalangan muda mudi. Berkaitan dengan ini perkembangan budaya muda mudi yang popular di negara-negara maju turut mempengaruhi perkembangan budaya popular tempatan. Adakala oleh kerana terdapat perbezaan nilai di antara orang dewasa dengan orang muda, selalunya persoalan kejatuhan moral orang muda dikaitkan dengan budaya popular itu. Budaya popular selalu dianggap oleh golongan dewasa membawa nilai-nilai baru yang merupakan kelainan daripada nilai-nilai tradisi dan Islam.

Budaya Popular dan Ekonomi

Budaya popular moden dapat tersebar luas apabila kegiatannya berasaskan kepada usaha komersial. Unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya yang merupakan bahan-bahan pengguna kepada orang ramai sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain. Industri budaya melibatkan pengurusan yang tersusun bagi menjamin pulangan yang baik. Orang Melayu pernah berjaya menawarkan Bangsawan secara komersial.

(39)

Pembangunan budaya popular itu juga turut memberikan sumbangan pendapatan kepada negara. Ini tidak terbatas dalam industri budaya popular Melayu, malahan kemasukan bahan-bahan budaya popular asing, terutama dari negara-negara maju turut memberikan pulangan ekonomi kepada negara. Kerajaan berusaha membantu kegiatan industri budaya popular tempatan atau yang diusahakan oleh orang Melayu, yang bertujuan produktiviti bahan-bahan budaya tempatan itu dapat ditingkatkan.

Kini orang Melayu turut terlibat dalam berbagai-bagai industri budaya popular, seperti muzik, nyanyian, filem, pementasan, majalah popular, sukan dan sebagainya. Namun, berbagai halangan selalu mereka hadapi. Misalnya, kegiatan cetak rompak yang sukar untuk dikawal. Kerajaan berusaha mengawal masalah ini agar kegiatan industri budaya popular, terutama yang diusahakan orang Melayu dapat ditingkatkan. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja melibatkan pengurusan moden, malahan usaha pemasaran juga perlu dilakukan secara berkesan. Penawaran bahan-bahan budaya itu disertakan dengan berbagai cara promosi, seperti iklan. Peningkatan teknologi moden dapat meningkatkan produktiviti dan meluaskan penyebaran pasaran. Kerajaan juga berusaha mengawal persaingan dengan pasaran bahan-bahan budaya dari luar.

Penawaran bahan-bahan budaya popular dapat dilakukan sepanjang tahun, tanpa terbatas kepada musim atau masa-masa tertentu sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Melayu tradisional. Para pengguna memerlukan bahan-bahan budaya itu tidak mengira masa, sebagaimana juga bahan-bahan pengguna yang lain. Populariti sesuatu bahan budaya itu bergantung kepada sambutan atau permintaan para pengguna. Adakala minat orang ramai itu dipengaruhi publisiti, promosi dan iklan yang dilakukan oleh pengusaha. Tetapi orang ramai sebagai pengguna boleh memilih daripada berbagai bahan budaya popular yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, publisiti kerapkali mempengaruhi orang ramai. Umumnya, penawaran bahan-bahan budaya popular itu mampu didapati orang ramai.

Referensi

Dokumen terkait

Dzikir dalam maqam fanafillah ini adalah seseorang hamba berdzikir dalam tahap telah lenyap dan lebur rasa keinsanannya kedalam rasa ketuhanan, dia telah fana

Analisis yang digunakan dalam penelitian ini adalah analisis regresi logistik ( logistic regression), yaitu dengan melihat pengaruh nilai agunan, umur usaha, omset

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id.. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

Parameter mutu fisiologis benih yang diamati meliputi daya berkecambah, kecepatan berkecambah dan nilai perkecambahan, sedangkan parameter pertumbuhan bibit meliputi tinggi dan

Berdasarkan analisis kebutuhan guru dan peserta didik melakukan kegiatan pembelajaran di kelas I pada tema keluargaku subtema anggota keluargaku belum memiliki

Walaupun ingin tahu merupakan kemampuan bawaan mahluk hidup, ia tidak bisa dikategorikan sebagai naluri (instink) karena ia tidak termasuk pola tindakan yang

One of the rare articles that give critical view on critical pedagogy is Johnston’s (1999) “Putting critical pedagogy in its place: a personal account.” In the article,

Kondisi tersebut diakui oleh Sekretaris Gernas, Heri Mardianto yang menyatakan bahwa rendahnya peran Pemda sebagai mediator bagi petani dengan pihak perbankan menjadi sebab