• Tidak ada hasil yang ditemukan

konstruktivisme  kontekstual

Dalam dokumen kaedah pengajaran bahasa melayu sekol (Halaman 52-58)

Sinopsis

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

53 Nota Ringkas:

7.1 Prinsip Konstruktivisme

 Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

 Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut. 7.2 Pembelajaran dilihat sebagai:

 Pengubahan idea,

 Pembinaan & penerimaan idea baru,  Penstrukturan semula idea sedia ada 7.3 Pandangan konstruktivisme

 Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!

Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.

54 7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme

 Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.

 Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

 Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka.

 Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling.

 Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekeliling.

 Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada.

 Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.

 Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

55 7.5 Kontekstual

 Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan … jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio …

Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi … jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!

Ini haiwankah? Bukankah ini monyet?

56

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

 Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

 Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

 Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

 Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

 Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

 Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;

R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

57

E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.

A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.

T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.

 Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

(i)

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;

(ii)

meningkatkan minat;

(iii)

pembelajaran realistik, praktikal;

(iv)

pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan

(v)

menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual

(i)

tahap kefahaman dan kesediaan guru

(ii)

kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat

(iii)

sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item

pengajaran dan pembelajaran;

(iv)

kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;

(v)

hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

58 Tugasan

 Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan langkah-langkah pengajaran karangan tajuk “Sukan di sekolah anda.”

Tajuk 8

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Dalam dokumen kaedah pengajaran bahasa melayu sekol (Halaman 52-58)

Dokumen terkait