• Tidak ada hasil yang ditemukan

kaedah pengajaran bahasa melayu sekol

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kaedah pengajaran bahasa melayu sekol"

Copied!
63
0
0

Teks penuh

(1)

1

Tajuk 1

Komponen Pengajaran

Kemahiran Induksi

Penerangan

Penyoalan

Variasi Rangsangan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen

pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:

 Kemahiran Induksi

 Kemahiran Penerangan

 Kemahiran Penyoalan

 Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik

darjah.

Fikirkan:

(2)

2 Komponen Pengajaran

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

 Kemahiran Induksi

 Kemahiran Penerangan

 Kemahiran Penyoalan

 Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1 Kemahiran Induksi

Konsep

• Cara guru memulakan pelajaran

• Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan

berfikir

Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

(3)

3 Prinsip-prinsip Induksi

• Bermakna kepada murid

• Berkaitan isi dan objektif pelajaran

• Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid

• Dengan suara, gerak geri dan kontak mata

• Dengan ABM

• Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi

• Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan

unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3. Menstruktur

• Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara

menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4. Membuat perkaitan

• Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau

(4)

4 1.2 Kemahiran Penerangan

Definisi

Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai

oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah

dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif;

1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain

2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.

3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan

sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan

• Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

• Huraian: Menerangkan sesuatu proses.

• Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan

1. penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik

2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid

3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran

4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas

(5)

5 Komponen Penerangan

1. Komponen Struktur

• Penggunaan tanda saran

• Penggunaan contoh-contoh

• Penyimpulan atau rumusan

2. Komponen Penyampaian

 kejelasan

 pelbagai penekanan

 memberi petunjuk

 membuat perkaitan dan keutamaan

 mengelakkan kekaburan

 turutan

 maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan

• Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.

• Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.

• Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur.

• Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-bahan visual yang lain.

• Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.

(6)

6 1.3 Kemahiran Penyoalan

Pengenalan

• Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja

• Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.

• Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip:

• Ditujukan kepada semua murid

• Murid diberi masa berfikir

• Sesuai dengan kebolehan murid

• Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi

• Penyampaian soalan jelas

• Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan;

• Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P

• Menimbulkan minat dan ingin tahu murid

• Membantu murid dalam perkembangan daya fikir

• Menggalakkan murid menyoal

• Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan

(7)

7

• Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan.

• Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir

• Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan

• Melayan murid dengan adil

• Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

• Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

(8)

8 PENILAIAN

Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS

Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu

rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS

Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASI

Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada

sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN

Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan

pemahaman.

PENGETAHUAN

(9)

9 Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan

1. Soalan Bertumpu (Tertutup)

• Bentuk convergent atau tertutup

• Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman

• Lebih bersifat objektif

• Jawapan atau respon terhad

• Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka)

• Bentuk divergen atau terbuka

• Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

• Lebih bersifat subjektif

(10)

10

• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau

pengetahuan yang diperoleh.

1.4 Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep:

Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan

pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Komponen Kemahiran

Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian

Saluran Deria Kepelbagaian Interaksi

KOMPONEN KEMAHIRAN

Kepelbagaian Media dan Kepelbagaian Kaedah

Bahan Bantu Belajar dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan

1. Perubahan tingkah laku guru

• Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif

• Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat

(11)

11 2. Perubahan Pertuturan (Suara)

• Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.

• Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.

3. Kepelbagaian Saluran Deria

• Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan

sebagainya.

4. Kepelbagaian Interaksi

• Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan sebagainya.

• Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya.

• Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar

• Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.

• Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

• Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid.

(12)

12 Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.

 Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap

(13)

13

Tajuk 2

Komponen Pengajaran :

Penggunaan Papan Tulis

Pengelolaan Bilik Darjah

Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga

kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran

 penggunaan papan tulis,

 pengelolaan bilik darjah, dan

 penutupan dan membuat kesimpulan.

Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik darjah.

2.1 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :

(14)

14

Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah  kebersihan

 keteraturan  kejelasan  ketepatan  keberkesanan

Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

 Memastikan kebersihan papan tulis pada awal dan selepas pengajaran dan pembelajaran

 Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya

 Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

 Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu luas

 Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau penerangan yang berkaitan

 Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan tulis

 Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2 Pengelolaan Bilik Darjah

Konsep Bilik Darjah

 Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya

 Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid,

(15)

15 Jenis-Jenis Bilik Darjah

 Biasa (Tradisi)

 Bercantum

 KBSR/KBSM

 Mata Pelajaran Khas

 Multimedia

 Bestari

 Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)

 Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.  Pelbagai aktiviti dijalankan serentak

 Jadual anjal mudah diubah  Banyak ABM/BBM digunakan

 Murid berpeluang membuat keputusan  Murid bebas bergerak/ bekerjasama  Murid bebas mengkaji mengikut minat  Penyerapan dan penggabungjalinan

 Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan

 Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik., keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif

 Pemberian markah / gred minimum

 Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.

Peranan Guru dalam Bilik Darjah

 Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran  Pengajar / pakar mata pelajaran

(16)

16  Melaksanakan aturan biasa

 Penghubung antara sekolah dengan masyarakat  Contoh dan teladan kepada murid

 Pengadil tingkah laku  Pendisiplin / penyelia  Pengganti ibu bapa  Kerani

 Kaunselor

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah

 Guru memainkan peranan sebagai pengurus

 Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual bertugas

 Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

 Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang

 Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya

 Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

 Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :

 Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid

 Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.

 Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

 Utamakan pendekatan berpusatkan murid

(17)

17 Guru sebagai Pengelola

Elemen Kemahiran Mengelola

Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran

 Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Dua Fungsi Utama Pengajaran

 Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

 Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang / menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar.

Pengajaran Motivasi Pembelajaran

Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

 Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas.

 Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru meliputi 3 bidang utama

1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod

 Rekod Pendaftaran Murid

 Buku Jadual Kedatangan

 Buku Kemajuan Murid

 Kad Himpunan 001 dan 002

 Rekod Kutipan Yuran

2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

(18)

18

 Menanda jadual kedatangan

 Menyemak keadaan fizikal bilik darjah  Menyusun kerusi meja

 Mengutip yuran

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain

 Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid

 Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu Sekolah

3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah

 Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah

 Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.

Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :

 menyapu lantai dan beranda

 membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja  mengemas ruang dan sudut pembelajaran

 susun bahan bacaan di sudut bacaan

 menghias dan menjaga alat yang dipamerkan  menjaga penggunaan kipas dan lampu

 mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.

Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah

 Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap kekemasan dan kebersihan bilik darjah

 Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik darjah

(19)

19

 Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan dengan susunan kerusi meja yang teratur

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut:

 mengawal peraturan-peraturan bilik darjah

 mengawal aktiviti kumpulan

 mengawal murid bermasalah

Guru sebagai Pengarah

Elemen Kemahiran Mengarah

 Mengarah murid-murid menjawab soalan guru

 Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira  Mengarah membentuk kumpulan

 Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah

 Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran

 Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya

Guru sebagai Pengawal

 Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

 Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan

Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian

 Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(20)

20

Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :

1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik mengajar

2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti

pembelajaran.

3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Dapatan penilaian akan membolehkan guru :

 Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya

 Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya

 Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.

Ciri-Ciri Kemahiran Menilai

Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti yang berikut:

 Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian

 Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta

 Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru

Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai

 Perlakuan mengajar dari segi perancangan

 Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan

 Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian

Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah

(21)

21

 Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara individu atau kumpulan

 Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

 Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan, membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka

 Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat

 Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid

 Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi

 Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.

 Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar / Pengetua.

 Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang aktiviti pemulihan.

 Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan

 Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan mutu pengajaran

 Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

Kesimpulan

(22)

22

 Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif

2.3 Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan

 Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran

 Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas atau pembelajaran tertentu

 Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang

dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.

Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan

 Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran

 Meninjau pemahaman pembelajaran

 Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran

 Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran

 Memenuhi fungsi penutupan

Jenis Penutupan

Kesimpulan Kognitif

Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan

mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan

kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting

(23)

23  Kesimpulan Sosial

Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan

dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal

menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas

satu siri pembelajaran yang agak teratur.

Objektif Kemahiran Penutupan

 Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar

 Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji

 Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif

pengajaran dan pembelajaran murid

 Dapat merancang aktiviti susulan

 Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu,

unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan

Prinsip / Panduan

 Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi umur, kebolehan,

minat, dan kecenderungan mereka

 Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran

 Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,

pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari

 Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari

 Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran

(24)

24 Komponen Kemahiran Penutup

Kesimpulan Kognitif

 Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar

 Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah

disampaikan

 Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran

 Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan

Kesimpulan Sosial

 Mewujudkan rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan

memberi pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan

sebagainya

Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan,

biasanya sebagai kerja rumah.

Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa

Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk

pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.

(25)

25

Tajuk 3

Teori Huraian Bahasa

Nahu Tradisional

Struktural

Transformasi Generatif

Teori Fungsionalis

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat

empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:

 Teori Tatabahasa Tradisional

 Teori Struktural

 Teori Transformasi Generatif

 Teori Fungsionalis

Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian

berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,

bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang

pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang

rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula

merupakan pegangan Teori Fungsionalis.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

(26)

26 Kerangka Konsep

Fikirkan:

Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa

Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat.

Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Teori Huraian Bahasa:  Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

(27)

27

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :

 Teori Tatabahasa Tradisional.  Teori Struktural

 Teori Tranformasi Generatif  Teori Fungsionalis

3.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)

 Teori yang paling tua

 Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah

Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za‟ba dan

Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

 Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran  Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum

 Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik

 Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

3.2 Teori Struktural (Bloomfield)

 Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat  Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan  Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan

fakta-fakta yang boleh diperhatikan

 Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat

3.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)

 Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa  Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran

 Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta.

(28)

28 3.4 Teori Fungsionalis (Halliday)

 Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.

 Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

berkomunikasi dan mementingkan semantik.

 Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.

 Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi

interpersonal, dan fungsi tekstual.

 Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan

sistem bahasa.

Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.

 Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan

perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif  Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham

(29)

29

Tajuk 4

Teori Pemerolehan Bahasa

Behavioris

Kognitif

Mentalis

Interaksionalis

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak

mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang

selaras dengan teori pemerolehan bahasa.

Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

 Teori Behavioris  Teori Kognitif  Teori Mentalis  Teori Interaksionalis

Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran

bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk

membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini

cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis

pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori

Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi

pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

(30)

30 Kerangka konsep

Teori Pemerolehan Bahasa

Nota ringkas:

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.

Teori Huraian Bahasa:  Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

(31)

31 4.1 Teori Behavioris

 Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks

 Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak

untuk membentuk kebiasaan.

 Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta  Latih tubi amat digalakkan

 Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta

suasana dalam bilik darjah.

4.2 Teori Kognitif

4.3 Teori Mentalis

 Dipelopori oleh Chomsky

 Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran  Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis  Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

4.4 Teori Interaksionalis

 Mementingkan aktiviti komunikasi

 Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa  Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

(32)

32 Arahan:

 Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan

bahasa.

 Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan

 Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai

pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan Teori Behavioris.

 Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan

mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara

bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid.

 Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan

(33)

33

Tajuk 5

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Definisi

Membanding beza

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Membuat Rumusan

Sinopsis

Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang

mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat

bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang

diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah

Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik

bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk

mencapai sesuatu objektif.

Hasil Pembelajaran

2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan

(34)

34 Kerangka konsep

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan! Teori Huraian Bahasa:

 Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

(35)

35

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik

sebagaimana yang berikut:

STRATEGI

5.1 Strategi

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan

tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud

cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

5.2 Pendekatan

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran

dan pengajaran yang dijalankan.

 Pendekatan Induktif  Pendekatan Deduktif  Pendekatan Eklektik  Pendekatan Komunikatif

5.3 Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan

langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti Pendekatan

Kaedah

(36)

36

dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang

dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti

yang berikut:

 Kaedah Natural

 Kaedah Tatabahasa Terjemahan  Kaedah Terus

 Kaedah Ajuk Hafaz  Kaedah Linguistik  Kaedah Kod – Kognitif  Kaedah Bahasa Komuniti  Kaedah Oral – Aural

5.4 Teknik

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam

bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang

dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 Teknik Drama

(37)

37

Tajuk 6

Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa

Induktif

Deduktif

Eklektik

Komunikatif

Berpusatkan Murid

Berdasarkan Bahan

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan

yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

 Pendekatan Induktif  Pendekatan Deduktif  Pendekatan Eklektik  Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk

mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan

tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu

pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi

kandungan.

Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.

Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif

(38)

38 Kerangka konsep

Pendekatan

Teori Huraian Bahasa:  Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Mana boleh!

(39)

39

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!

Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

4.1 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan

seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses

penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek

berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.

Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian

yang telah dilakukan oleh mereka.

Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu

daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi

membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya

pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan

proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada

awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada

data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:

a. memberi definisi kepada sesuatu konsep

b. menerangkan peraturan-peraturan

c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan

d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,

mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan

tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaran induktif

Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran

yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.

(40)

40 Peringkat pendedahan

Pada peringkat ini, guru:

a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada

murid-murid secara tidak langsung;

b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;

c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi

pada bahagian permulaan pengajaran;

d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran

tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan

objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;

dan

e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsep

Pada peringkat ini, guru

a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;

b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;

c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;

d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;

e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi

a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;

b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup

a. Guru menutup pengajarannya;

b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;

(41)

41 4.2 Pendekatan Deduktif

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkat awal generalisasi

Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,

menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar

seluruh idea.

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan

cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa

dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh

menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh

membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkat menganalisis konsep

Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran

dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru

(42)

42

dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan

meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Peringkat membuat generalisasi

Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan

sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan

penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutup

Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan

hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan

sebagai aktiviti pengukuhan.

4.3

Pendekatan Eklektik

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:

 merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak

terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;

 guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

(43)

43

 guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan

kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

 murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir

secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

 pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang

mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

4.4 Pendekatan komunikatif

Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana

manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal

bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia

berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan

menyampaikan maklumat.

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan

melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran

bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.

Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:

 makna sangat dipentingkan;

 dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan;

 konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;

 pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;

 latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;

 pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;

 bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran

murid-murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid

(44)

44

 murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);

 terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat

daripadanya;

 kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,

kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

Tajuk 5

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Berpusatkan Murid

Berdasarkan Bahan

Pemebelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang

berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:

 Pendekatan Berpusatkan Murid  Pendekatan Berpusatkan Bahan  Pembelajaran Berasaskan Projek  Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti

pembelajaran mereka.

Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru

atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu

guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran

berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan

murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid

(45)

45 Hasil Pembelajaran

1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif

3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Nota Ringkas:

5.1 Pendekatan berpusatkan murid

 Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid

memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Teori Huraian Bahasa:

 Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:  Behaviorisme

 Kognitif  Mentalis  Fungsional Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

(46)

46

 Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan

mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

 Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan

aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

 Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

5.2 Pendekatan berpusatkan bahan

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran

untuk mencapai objektif pelajaran.

 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan

kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

 Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.

Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang

abstrak dengan lebih jelas.

5.3 Pendekatan berasaskan projek

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan dan menarik.

 Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi

pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Arahan:

 Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid

anda.

(47)

47

 Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu

kumpulan.

 Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk

tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk

brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

 Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam

folio anda.

5.3 Pendekatan berasaskan masalah

 Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru

secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh

mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran

berbahasa untuk menyelesaikan masalah.

 Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan

tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh

Encik Kamal?

b. Apakah puncanya?

c. Apakah kesan masalah itu kepada:

 Encik Kamal?

 Tugasnya?

 Keluarga?

d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan

pendekatan pengajaran berasaskan masalah:

(48)

48

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu

menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya

murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

ii. Penentuan masalah

Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.

Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu

diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan

mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru

membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

iii. Cadangan penyelesaian

Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan

bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai

rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak

hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

iv. Penelitian penyelesaian

Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian

masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk

membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai

proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

v. Pemeriksaan kesimpulan

Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji

sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah

tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian

masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu

hendaklah diusahakn.

Tugasan:

1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

(49)

49

2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk

projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai

keberkesanannya.

Tajuk 6

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario

Pembelajaran Berasaskan Permainan

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar

pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara

pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

 Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

 Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario  Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid

akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang

dijalankan secara sistematik.

Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit,

gambar-gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran

dan pembelajaran bahasa.

Pendekatan berasaskan permainan pula akan „menghidupkan‟ proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Hasil Pembelajaran

(50)

50

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Nota ringkas:

6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti

Kita hendak buat

 Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran

(51)

51

 Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran

bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang

terancang secara sistematik.

 Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi

tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian

minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung

dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

 Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

6.2 Pembelajaran berasaskan situasional

 Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar

dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

 Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat

menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan

contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

6.3 Pembelajaran berasaskan permainan

 Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan

permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri

aktiviti permainan yang dilaksanakan.

 Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan

yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat

berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan

menggunakan bahasa dan aksi.

Tugasan:

Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,

pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk

(52)

52

Tajuk 7

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu

secara

konstruktivisme

kontekstual

Sinopsis

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan

universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan

daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina

sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil

daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah

satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses

renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara

terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.

Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur

kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira

struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan

diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk

idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada

setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea

(53)

53 Nota Ringkas:

7.1 Prinsip Konstruktivisme

 Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini

menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar

sepanjang hayat.

 Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena

dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

7.2 Pembelajaran dilihat sebagai:

 Pengubahan idea,

 Pembinaan & penerimaan idea baru,  Penstrukturan semula idea sedia ada

7.3 Pandangan konstruktivisme

 Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut

dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang

dilalui.

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!

(54)

54 7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme

 Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,

interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta

membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau

menstruktur semula konsep alternatif mereka.

 Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &

meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu

murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru

atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

 Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran

seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan

perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna

kepada mereka.

 Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam

sekeliling.

 Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada

interaksi murid dengan alam sekeliling.

 Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang

lalu & sedia ada.

 Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan

melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam

struktur mental yang sedia ada.

 Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka

(55)

55 7.5 Kontekstual

 Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran

kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang

melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya Cikgu hendak bawa kamu melawat

Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan … jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio …

Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi … jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!

(56)

56

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan

pembelajaran dengan kehidupan mereka.

 Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan

pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata

pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat

perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli

keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

 Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan

dengan kehidupan seharian mereka.

 Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila

murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu

sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri

(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

 Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda

akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait

dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian

hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

 Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,

fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea

abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

 Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui

satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;

R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini merupakan replikasi dari penelitian terdahulu, berdasarkan latar belakang yang sudah di uraikan di atas peneliti mencoba untuk meneliti pengaruh variabel bebas

Kajian tentang analisis psikologi terhadap kemampuan dasar manusia, dinamika perilaku individu, konsep perkembangan, konsep kepribadian, konsep belajar, sikap, jenis perilaku,

Evaluasi harga dilakukan terhadap Calon Penyedia Barang/Jasa yang memenuhi persyaratan administrasi dan teknis. Unsur-unsur yang dievaluasi meliputi Total harga penawaran

(3) Usulan kebutuhan tenaga paramedik dan nonmedik yang jenis kepegawaiannya Pegawai Negeri Sipil Daerah diajukan Gubernur Kepala Daerah Tingkat I kepada Menteri Dalarn

Terkait dengan pemanfaatan swalayan, karakteristik perilaku belanja ke swalayan antara rumah tangga di daerah rural dan urban juga cenderung berbeda jika dilihat dari suber

faktor yang memengaruhi ekspor tekstil china Regresi Data Panel dengan metode Gravity Model Variabel PDB, nilai tukar rill, keanggotaan dalam perjanjian perdagangan dan

Adapun pernyataan didalam kuesioner yang mempengaruhi variabel sistem penghargaan tidak berpengaruh terhadap kinerja karyawan, yaitu pada SP3 dengan pernyataan

Berikut ini adalah tabel hasil obervasi tentang penyimpangan yang dilakukan oleh siswa MTs Muhammadiyah Tallo yaitu merokok dalam kelas, tidak disiplin waktu