KONSEP MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
1.5 Struktur, Fungsi Dan Keahlian MPS
1.5.2 Syarat Keahlian MPS
1.5.2.1 Kredibiliti Dalam Personaliti dan Keilmuan
Seseorang ahli MPS, merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses pemantauan dan mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara yang diletakkan dalam bidang kuasa mereka. Tugas untuk menjalankan fungsi pemantau dan mufti ini, bukannya sesuatu yang mudah dan boleh dipandang enteng. Ahli MPS itu hendaklah memenuhi syarat-syarat atau kriteria tertentu. Maka di sini dibentangkan syarat-syarat kelayakan yang mesti dipenuhi oleh seseorang ahli MPS bagi membolehkan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.
i. Mukallaf
Menurut para fuqaha, seseorang itu hendaklah akil baligh dan berakal barulah dia dianggap sebagai mukallaf110. Kedua-dua ciri ini merupakan di antara syarat-syarat
taklif ke atas seseorang individu muslim bagi melayakkan mereka
dipertanggungjawabkan ataupun dibebankan dengan sebarang obligasi Syarak.
109Bank Negara Malaysia (2005), op. cit., h. 3-4. 110 c
Memandangkan tugas sebagai ahli MPS adalah amat berat, maka mukallaf merupakan syarat asas yang mesti dipenuhi. Firman Allah SWT yang berbunyi :
...
...
Sūrah Al-Baqarah (1): 286Maksudnya : “…Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terpedaya olehnya …”111
ii. Muslim
Tidak terdapat khilaf di kalangan fuqaha, sesiapa yang bekerja untuk menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran hendaklah seorang yang Islam. Hal ini kerana tugas tersbut adalah urusan untuk menegakkan perintah agama112. Seseorang yang tidak Islam pula adalah tidak layak untuk menguruskan urusan agama Islam dan Muslim sebagaimana firmanNya:
...
Sūrāh al-Nisā’ (4) : 141Maksudnya : “…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”113
iii. Bebas merdeka
Syarat ini merupakan syarat terhadap seorang muhtasib dalam pemerintahan Islam lampau. Dari sudut praktikalnya hamba sahaya sudah tidak wujud. Namun, konsep ketundukan atau kepatuhan kepada seseorang atau suatu organisasi yang berkepentingan masih wujud sehingga ke hari ini. Dalam hal ini, seseorang ahli MPS itu hendaklah bebas dalam sebarang tindakan mereka. Mereka mestilah jauh daripada sebarang tekanan pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada dari luar mahupun dari
111Abdullah Basmeih (2000), op. cit., h. 115.
112 cAbd Allah MuhammadcAbd Allah (1996), op. cit., h. 138. 113
dalam bank yang dipantau itu sendiri. Kedudukan MPS dalam hierarki bank seharusnya berada pada peringkat yang membolehkan ia membuat keputusan kepada bank secara bebas.
iv. Adil
Sebagaimana yang didefinisikan oleh para fuqaha, sifat adil dimanifestasikan oleh kemampuan seseorang meninggalkan dosa-dosa besar dan mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan114. Syarat ini amat penting bagi memastikan peranan yang besar ini dapat dijalankan oleh MPS dengan amanah. Sikap adil ini cukup penting sebagai cerminan ketinggian dan kepentingan MPS dalam hierarki bank. Ia juga adalah sandaran kepada masyarakat dalam meletakkan thiqah atau kepercayaan mereka kepada bank ketika berurusan. Selain itu, sikap adil ini juga merupakan benteng diri kepada ahli MPS dalam mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan jenayah-jenayah pentadbiran yang lain sekali gus menjamin ketelusan MPS itu sendiri.
v. Berilmu
Setiap kebaikan dan keburukan itu hendaklah disukat berlandaskan neraca syarak menurut al-Quran dan al-Sunnah, bukannya mengikut penilaian akal semata-mata. Manusia mungkin mentafsirkan sesuatu keburukan sebagai kebaikan dan sebaliknya lantaran kejahilan mengenai sesuatu perkara. Oleh itu, disyaratkan kepada seorang ahli MPS untuk mempunyai tahap keilmuan tertentu agar tugas yang dipikul, berjalan sepertimana kehendak dan penilaian syarak. Namun tidaklah disyaratkan
114
kepada mereka untuk menguasainya sehingga bertaraf sebagai seorang mujtahid115. Cukup sekadar ia mempunyai keupayaan untuk memahami persoalan, membuat keputusan dan bertindak mengikut acuan yang disyariatkan. Dengan kata lain, keupayaan yang dimaksudkan di sini adalah keupayaan fizikal, kekuatan mental dan ketegasan dalam bertindak116. Maka seseorang ahli itu hendaklah berpengetahuan mengenai pengurusan pentadbiran, perekonomian, perundangan dan sebagainya yang membolehkannya membezakan antara kebenaran dan kebatilan, kecekapan dan penyelewengan dalam skop yang dipantau. Pengetahuan ini amat perlu bagi mengelakkan kesilapan dalam mentafsirkan sesuatu kebaikan dan keburukan mengenai perkara yang berada di bawah pemantauan MPS.
vi. Mendapat Perlantikan Pihak Pengurusan Bank
Jika disingkap kembali kronologi empayar Islam,hisbah adalah instrumen yang cukup dominan dalam pemerintahan. Walaupun demikian, tugas hisbah juga boleh dijalankan oleh muţawwic
, iaitu individu yang berkemampuan untuk melaksanakan hisbah secara sukarela. Namun, bidang kuasa yang dimilik oleh muţawwic
adalah terhad berbanding dengan muhtasib kerana perlantikan tersebut menjadikan tugas muhtasib sebagai fardu ain dan diperuntukkan bidang kuasa tertentu serta dibayar upah. Manakala bagi muţawwic pula tugas menjalankan pemantauan hisbah adalah fardu kifayah117. Demikian juga halnya dengan para cendikiawan yang berfatwa. Ada di kalangan mereka yang dilantik oleh pemerintah, ada pula yang tidak dilantik, tetapi menjadi rujukan masyarakat kerana tahap keilmuan mereka yang tinggi.
115Mujtahid adalah seseorang yang menggunakan segala kepakarannya untuk mengeluarkan hukum dari dalil-dalil Syarak; Sila rujuk Khalid Ramadan Hassan (t.t), Mucjam Usul al-Fiqh. T.P: Dar al-Rawdah,
h. 249;cAbd al-Karīm Zaydān (2001), op. cit., h. 183.
116Auni bin Haji Abdullah (2000),Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala Lumpu: Ikdas Sdn Bhd, h.
93-94. 117 c
Oleh itu, bagi ahli MPS, mereka perlu dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan bank untuk menjalankan tugas mereka. Terdapat ramai individu atau mereka yang mahir atau pakar dalam bidang yang berkaitan dengan perbankan Islam. Namun, perlantikan ini akan membezakan status pendapat yang diutarakan oleh mereka. Bagi ahli MPS, apa yang diputuskan oleh mereka akan menjadi dasar bank dan panduan kepada masyarakat. Manakala, pendapat individu luar adalah sebaliknya.
vii. Berkemampuan Dalam Menjalankan Tugas
Dikehendaki bagi ahli MPS untuk mempunyai keupayaan fizikal dan lidah dalam menjalankan tugas118. Dengan kata lain, cukup sifat fizikal dan mental. Hal ini penting bagi menaikkan rasa gerun terhadap individu, masyarakat ataupun organisasi yang dipantau. Perlantikan dan pengiktirafan oleh pemerintah juga termasuk dalam kemampuan yang dimaksudkan. Syarat ini perlu dipenuhi oleh ahli MPS kerana tugas yang dijalankan ini adakalanya memerlukan ketegasan dan adakalanya juga memerlukan kebijaksanaan dan pengetahuan yang luas.