KONSEP MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
1.4 MPS Dari Sudut Perundangan
Peruntukan untuk mewujudkan MPS dalam sesebuah bank Islam di Malaysia, telah menjadi isu utama sejak penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan pada 1981 lagi. Ketika membentangkan laporannya, jawatankuasa berkenaan mengesyorkan agar sesebuah bank Islam menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk menentukan bahawa ia menjalankan urusniaganya mengikut lunas-lunas Syariah. Seiring dengan syor tersebut, ia mencadangkan suatu peruntukan undang-udang yang dikenal sebagai Akta Bank Islam 1983(ABI)76. Akta ini diwujudkan untuk melesenkan dan mengawasi bank Islam di mana tugas berkenaan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia. Ia juga merupakan akta pertama seumpamanya di Malaysia dan juga di dunia yang digubal secara spesifik untuk perbankan dan kewangan Islam77. Akta Bank Islam 1983, seksyen 3(5)(b) memperuntukkan hal berikut :
“bahawa ada terdapat, dalam artikel persatuan bank yang berkenaan, peruntukan bagi penubuhan bagi suatu badan penasihat Syariah untuk menasihatkan bank mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam”78
Peruntukan ini dengan jelas menghendaki bank agar mematuhi nasihat yang diberi oleh MPS agar berfungsi bertepatan dengan kehendak Syariah79. ABI juga merupakan manifestasi betapa seriusnya BNM dalam memastikan sesebuah bank
76Raja Mohar bin Raja Badiozaman et al. (1982), op. cit., h. 25-26; Sudin Haron (1996), op. cit., h. 21. 77
Rusni Hassan et al. (2007), “Ruanglingkup dan Isu-isu Perundangan dalam Perbankan Islam di Malaysia” (Kertas Kerja Seminar Undang-undang Perbankan Islam di Universiti Darul Iman Malaysia pada 11 Jun 2007), h. 6.
78Akta Bank Islam 1983, (Akta 276). 79
Islam, bukan sahaja Islam pada nama, malah seluruh operasinya mematuhi kehendak Syariah.
Selain itu, Akta Bank Negara Malaysia 2009, yang baru diwartakan ketika kajian ini sedang dijalankan telah memberi perincian selanjutnya mengenai fungsi dan tugas ahli MPS, dalam perkara 52 (1) “Fungsi Majlis Penasihat Syariah” sebagaimana berikut :
“Majlis Penasihat Syariah hendaklah menjalankan fungsi yang berikut : (a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara
kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujuk kepadanya mengikut Bahagian ini;
(b) untuk menasihati Bank mengenai isu-isu Syariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti dan transaksi Bank;
(c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang; dan (d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank80.”
Dalam akta tersebut juga ada menjelaskan mengenai kepatuhan bank kepada keputusan yang dibuat oleh MPS dalam perkara 55(1) “Bank dan istitusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepad Majis Penasihat Syariah” sebagaimana berikut :
“Bank hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah mengenai apa-apa perkara –
(a) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam; dan
80
(b) bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain mengikut Syariah,
yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Syariah81.”
Perincian mengenai peruntukan boleh dirujuk dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh BNM dalam Garis Panduan Syariah 1 (BNM/GPS1), yang diedarkan kepada semua bank-bank Islam di Malaysia. Malah, BNM juga telah meminda Akta Bank Pusat Malaysia 1958, bagi membuka jalan kepada MPS untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Pindaan ini telah memberikan kuasa kepada MPS dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan sistem kewangan Islam82.
Berbalik kepada ABI, ia secara jelas menghendaki agar bank Islam menjalankan perniagaan berteraskan Islam. Pengendaliannya juga mestilah tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak disyariatkan. Untuk itu, ABI memberi memperuntukkan kuasa kepada BNM untuk mengelia penubuhan sesebuah bank Islam. Seksyen 3(1) ABI memperuntukan :
“Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen 2, Bank Negara hendaklah menimbangkan permohonan itu untuk membuat syor kepada menteri menyatakan sama ada sesuatu lesen patut diberi atau tidak dan syarat-syarat jika ada yang dikenakan lesen itu”83
81
Ibid.
82
Akta Bank Negara Malaysia 1958, (Akta 519); Bank Negara Malaysia (2005), op. cit., h. 1. 83
Selain ABI, dalam hal ini, bank Islam juga tertakluk kepada Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Banking and Financing Institution Act) 1989 (BAFIA). Dalam seksyen 3(5) BAFIA memperuntukan :
“BNM mempunyai kuasa menyiasat dan mengkaji perjalanan perbankan untuk memastikan tujuan dan matlamat operasi perbankan tidak menyalahi syariat Islam”84
Dari sudut pelaksanaan pula, BNM telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan (MPSK) pada 1997 bagi tujuan penyelarasan pendapat hukum dalam pengendalian perbankan Islam. Ia merupakan Badan Induk kepada BNM yang mempunyai autoriti sepenuhnya dalam mengeluarkan pendapat dan keputusan dalam perlaksanaan sistem perbankan Islam dan takaful. Ini sekali gus dapat melicinkan lagi perjalanan sistem perbankan Islam di Malaysia. MPSK telah mengadakan mesyuarat sulungnya pada 8 Julai 199785.
Tujuan penubuhan MPSK ini tidak jauh bezanya dengan bank-bank Islam lain. Cuma skopnya sahaja diperluaskan kepada fungsi sebagai penyelaras kepada MPS lain yang wujud di dalam bank-bank Islam. Berbanding MPS dalaman bagi sesebuah bank Islam, ia merupakan badan autoriti Syariah bagi bank dan berfungsi berasaskan kepada keperluan semasa bank dalam hal-hal berkaitan. Oleh itu, tujuan penubuhan MPSK boleh diringkaskan seperti berikut86:
i. Menasihati BNM mengenai perbankan Islam. ii. Menyelaras isu-isu Syariah.
84
Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989, (Akta 372). 85
BNM (1997), Laporan Tahunan BNM 1997, h. 159.
86 Ahmad Shamsul Abd Aziz, Khuzaimah Salleh et al. (2004), Undang-undang Perbankan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn Bhd, h. 240; al-Misrī,cAbd al-Samīc (1988), al-Masraf al- Islāmiyyah
c
iii. Menganalisa dan menilai aspek Syariah bagi produk atau skim baru dari semasa ke semasa.
Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga ada menyentuh soal kepatuhan mahkamah kepada keputusan MPS. Di mana isu ini menjadi perkara yang mencerminkan kesungguhan kerajaan melalui BNM dalam meletakkan kepatuhan aktiviti perbankan dan kewangan Islam benar-benar berada dalam kerangka Syariah. Akta tersebut telah menyatakan dalam perkara 56 (1) :
Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah –
(a) mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Syariah yang telah disiarkan; atau
(b) merujuk persoalan itu kepada Majlis Penasihat Syariah untuk keputusannya87.”
Mengambil kira bahawa, mahkamah perlu patuh kepada ketetapan yang telah diambil oleh MPS, prosedur perlantikan ahli MPS juga telah diperbaharui. Menurut akta, ahli MPS mestilah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat menteri setelah berunding dengan bank berkenaan. Individu yang dilantik itu disyaratkan agar berkelakan dalam bidang Syariah atau mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Syariah dan perbankan Islam88.
87Akta Bank Negara Malaysia 2009, (Akta 701). 88