• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU-ISU PEMELUKAN ISLAM

4.1 Kuasa dan Bidang Kuasa Mahkamah

4.1.4. Kuasa Kehakiman

Bahagian ini akan membincangkan persoalan berkaitan prosedur atau tatacara Mahkamah Syariah dalam melaksanakan kehendak peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan ‗Orang-Orang Mualaf‘. Tatacara ini diguna pakai melalui Bahagian VIII dari AMUIDMMK penggal 77, iaitu dengan cara mengemukakan satu notis permohonan kepada mahkamah yang disokong dengan afidavit bagi tujuan pengesahan Islam seseorang sebelum pendaftaran mengenai pengislamannya dibuat. Perkara berbangkit di sini ialah berkaitan pelaksanaan tatacara ini sama ada ia bertepatan dengan kehendak undang-undang yang ada ataupun mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

Bagi menghurai dan mendapat jawapan berhubung persoalan tersebut pada hemat pengkaji, adalah perlu bagi kita untuk mendapatkan perincian dan penjelasan secara tepat berkenaan kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada pihak yang berwajib untuk melaksanakan undang-undang menurut kehendak peruntukan tersebut. Selain itu perbincangan ini juga terlebih dahulu memerlukan kita untuk benar-benar memahami maksud ‗kadi‘ yang terkandung dalam akta tersebut; sama ada ia membawa maksud yang sama dengan istilah ‗hakim‘ di bawah AMMS, Penggal 184 ataupun mempunyai maksud yang tersendiri.

Akta Penggal 77 merupakan undang-undang yang mengandungi pelbagai perkara yang bukan sekadar mengandungi peruntukan-peruntukan berkaitan undang-undang keluarga tetapi juga turut mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan

undang-undang pentadbiran, prosedur, keterangan dan sebagainya. Secara de jure, kadi bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab kehakiman iaitu membicarakan kes atau menyelesaikan pertikaian, akan tetapi ia juga perlu menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Sebagai contoh, peruntukan di bawah akta tersebut menyebut bahawa fungsi dan jawatan kadi adalah sebagai Pendaftar Pernikahan dan Perceraian Orang-Orang Islam.194

Bila disebut istilah ‗hakim‘, kelazimannya, ia akan dikaitkan dengan tugas membicarakan kes-kes yang dikemukakan di hadapannya, iaitu mendengar pertikaian atau isu, menerima keterangan daripada pihak-pihak yang bertikai dan kemudiannya membuat keputusan lalu mengeluarkan perintah (

تامىصخنا هيب مصف

). Walau bagaimanapun dalam perbincangan ini, fungsi seseorang hakim perlu difahami menurut perspektif undang-undang yang telah digubal dan dilaksanakan di negara ini.

Jika istilah ‗hakim‘ dalam PDUUKI 1999 diteliti, istilah ini adalah mengikut kepada kehendak AMMS, Penggal 184. Istilah ‗Pendaftar‘ dalam PDUUKI pula membawa fungsi yang tersendiri iaitu sebagai ―Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju‘ Orang-Orang Islam‖ yang dilantik di bawah Bab 26 daripada perintah yang sama. Tafsiran undang-undang yang diberikan kepada kedua-dua jawatan ini memberi peranan yang tersendiri dan jelas kepada kedua-duanya dengan hakim menjalankan tugas-tugas kehakiman, manakala pendaftar pula menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Contohnya, dalam Bahagian V (Pembubaran Perkahwinan) atau Bahagian VI (Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-Lain) secara umum, kita akan dapati bahawa autoriti atau kuasa, liabiliti dan

setiap tugas adalah berbentuk kehakiman, dan tidak bercampur dengan unsur-unsur tugas yang melibatkan pentadbiran.

Isu kuasa dan peranan hakim ada dibincangkan dalam kes Jafar Anak Juing.195 Fakta kes ini ialah, pihak mahkamah telah menerima satu permohonan yang dibuat melalui memorandum daripada Ketua Unit Dakwah bagi memohon pengesahan pengislaman si mati. Si mati telah memeluk agama Islam pada 26 Jun 2006 melalui Pejabat Dakwah Daerah Belait. Keterangan pengislaman si mati adalah sebagaimana yang tercatat dalam borang kemasukan Islam.196

Isu dalam kes ini yang berkaitan dengan peranan hakim adalah berkenaan dengan peruntukan undang-undang di bawah Bab 167 yang mengkehendaki pemeluk agama Islam supaya hadir di hadapan kadi (sekarang hakim syarie) di tempat biasanya ia tinggal. Ini bertujuan untuk kadi membuat siasatan dan seterusnya melaporkan semua tindakan yang telah dibuat dan diambil mengikut syarat-syarat yang terkandung di bawah bab ini beserta dengan pendapatnya kepada Penasihat Ugama. Undang-undang mengalami lacuna dengan tiadanya peruntukan untuk mengurus pemeluk agama yang telah sempurna melafazkan kalimah syahadah tetapi kemudiannya meninggal dunia dalam keadaan belum hadir di hadapan kadi atau hakim syarie seperti bagi maksud peruntukan bab berkenaan.

195 Fail Kes Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait yang didengar pada 2 Mac 2007. (tidak ada bilangan bagi rujukan kes ini dicatatkan pada fail berkenaan)

Dalam kes ini hakim yang mendengar permohonan telah membuat keputusan dengan penghakiman beliau antaranya menyatakan bahawa;

― Saya berpendapat jika seseorang itu telah meninggal dunia selepas dia melafazkan dua kalimah Syahadah atau memeluk Ugama Islam, ini tidak menghalang bagi saya selaku hakim Syarie membuat siasatan dan pemeriksaan berdasarkan permohonan yang dikemukakan kerana sepertimana yang telah ditegaskan dan dijelaskan sebelum ini. Peruntukan yang berkaitan dengan kuasa Hakim Syarie bagi perkara ini hanyalah satu peruntukan yang berbentuk pentadbiran (administrative of law) yang berkaitan dengan procedural yang memberi kuasa Hakim Syarie menyiasat dan membuat lapuran dan bukannya satu peruntukan yang memberi kuasa kepada Hakim Syarie mendengar dan memutuskan sesuatu tindakan dalam satu prosiding yang berhubung dengan pengesahan Islam bagi seseorang dalam sesuatu perbicaraan yang mengikat pihak-pihak terhadapnya, dan dalam hal ini terpulang kepada Majlis menerima atau sebaliknya bagi tujuan pendaftaran setelah lapuran ini dihadapkan seperti yang dihendaki oleh bab 168 dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77‖. (Penekanan oleh penulis)

Dalam hal ini, peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan kemasukan Islam di Malaysia juga boleh dijadikan bandingan dalam membincangkan isu ini. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) umpamanya, mengandungi peruntukan berkenaan dengan prosedur pendaftaran mualaf. Dalam hal menyelenggara pendaftaran mualaf, Pendaftar Muallaf hendaklah dilantik. Pengkaji mendapati bahawa kehendak peruntukan ini lebih bersifat pentadbiran walaupun ia melibatkan kuasa, tugas dan tanggungjawab Pendaftar Muallaf dalam melaksanakan kehendak akta berkenaan.197

197 Lihat Bahagian IX (Masuk Islam), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan), 1993, (Akta No. 505, 1993).

Berbalik semula dengan keadaan di negara Brunei Darussalam, terdapat juga kes dengan permohonan bagi pengesahan Islam dikemukakan di mahkamah disebabkan oleh pihak yang telah memeluk Islam telah kehilangan dokumen Islamnya. Kes Mohammad Louis bin Abdullah198 adalah contoh berhubung perkara ini. Dalam kes ini, Mahkamah telah membuat keputusan bagi mengesahkan pengislaman pemohon yang berlaku pada tahun 1967 dengan merujuk kepada peruntukan di bawah Bab 167 (7) AMUIDMMK, Penggal 77. Persoalan atau isu yang berkaitan dengan permohonan ini adalah, sama ada pengesahan yang dibuat sebagai keputusan Mahkamah itu bertepatan dengan kehendak undang-undang ataupun sebaliknya.

Berdasarkan kepada perbincangan-perbincangan sebelum ini, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa kehendak peruntukan tersebut sebenarnya hanya berbentuk pentadbiran dan bukannya bersifat kehakiman. Mengkehendaki setiap pemeluk agama Islam untuk mengemukakan notis permohonan bagi mengesahkan pengislamannya kepada pihak mahkamah, bagi pandangan penulis, adalah perkara yang tidak tepat dan ia juga tidak bersifat ekonomi bagi masa hakim. Hakim sewajarnya melaksanakan tugas yang lebih berwibawa, sesuai dengan gelaran dan kedudukan yang disandang, serta mendatangkan impak kepada agama dan masyarakat. Maka bagi perbincangan ini, hakim sewajarnya mengurus hal atau permasalahan yang jauh lebih serius iaitu antaranya adalah menyelesaikan pertikaian yang melibatkan status agama seseorang seperti mengesahkan keislaman seseorang dan juga mengeluarkan perintah atau kebenaran bagi seseorang yang telah disahkan keislamannya untuk diuruskan jenazahnya secara Islam apabila ia telah

meninggal dunia termasuklah dalam hal pengebumiannya, sebagaimana yang telah dibincang oleh pengkaji sebelum ini.