a) Dari titik tengah (A) bina 8 garisan lurus panjang 2 petak ke titik B dan C.
10.0
Bagi Tugasan A untuk tajuk Pengukuran kumpulan kami memilih bahan beracun ‘SIBUTRAMINE’ yang terdapat dalam produk pelangsingan badan. Untuk menyiapkan tugasan ini banyak kaedah yang saya gunakan untuk mencari maklumat mengenai kandungan Sibutramine dalam produk yang terdapat di pasaran. Di antaranya melihat produk-produk yang terdapat di Toko-toko Jamu, kedai-kedai yang terdapat di pasar raya dan kebanyakannya dijual oleh warga asing serta tidak tahu kesan penggunaannnya. Saya juga mencari maklumat dari buku, majalah dan surat khabar, melayari internet serta berbual dengan individu yang pernah menggunakan produk berkenaan.Contohnya penggunaan Slimax Coffee dan Body Trimz.
Dengan tugasan ini juga dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai bahan beracun ‘SIBUTRAMINE’ Banyak maklumat yang saya perolehi dengan menghasilkan risalah bahan beracun ini. Tugasan ini memberi info kepada saya tentang kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang penggunaan produk pelangsing. Info boleh dijadikan pengajaran dan boleh berkongsi maklumat bersama rakan juga keluarga. Saya bukan sahaja memperoleh maklumat berkenaan Sibutramine dan produk pelangsingan badan malah saya juga belajar menghasilkan risalah yang baik. Tambahan pula daripada tidak tahu saya menjadi tahu banyak perkara.
Manakala tugasan B mengenai Corak-corak Geometri yang biasa kita lihat menghiasi dinding bangunan, lantai dan pelbagai barangan yang terdapat di persekitaran kita. Pertama kali membaca tugasan yang diberikan saya tidak mengetahui apa itu ‘TESELASI’. Setelah mencari pelbagai maklumat dengan melayari internet saya mula mendapat gambaran berkaitan teselasi. Tugasan ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada saya mengenai teselasi, jenis-jenis teselasi dan corak-corak transformasi yang ada di sekeliling kita.
Setelah mendapat maklumat saya dan ahli kumpulan bersama-sama memikirkan untuk menghasilkan corak teselasi 2-D. Kami belajar untuk menghasilkan corak tersebut langkah demi langkah.
Proses mencari maklumat juga memerlukan keperihatinan, kesabaran dan pengorbanan masa yang bukannya sedikit. Alhamdulillah banyak maklumat diperolehi
dan dapat membantu menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun untuk mengaplikasikan maklumat yang diperolehi bukannya mudah. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah, banyak membantu membuka minda saya dan rakan untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin.
Mempelajari tajuk ini, menghasilkan risalah dan teselasi banyak memberi manfaat kepada saya. Mengetahui maklumat yang terdapat pada risalah berkenaan bahan-bahan beracun dalam produk pelangsing amat berguna dalam kehidupan kita. Kita juga dapat mengetahui apa yang perlu kita lakukan apabila ingin menggunakan sesuatu produk sebelum produk tersebut memudaratkan kita. Dengan mempelajari teselasi juga secara tidak langsung kita mempelajari kesenian dan senibina.
Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ahli kumpulan kami tinggal dalam daerah yang sama. Ini memudahkan kami untuk berjumpa, berbincang, berfikir dan bekerjasama dalam usaha untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki pihak pensyarah. Kami telah berjumpa beberapa kali hingga terhasilnya portfolio ini. Selain berjumpa dan berbincang kami juga berhubung melalui telefon dan menghantar email.
Sungguhpun banyak Cabaran untuk menyiapkan kedua-dua tugasan ini Alhamdulillah berkat kerjasama bersama-sama rakan sekumpulan dapatlah kami menyiapkan tugasan ini.
Disediakan oleh :
……… Nama : Sarima Niza bt Kendot @ Ibrahim No K/P : 700513-10-6108
Alhamdullilah,Setelah menyiapkan tugasan yang diberi,banyak ilmu yang saya perolehi. Semasa mendapat tajuk tugasan,perkara yang pertama yang dilakukan kami membaca dan memahami kehendak tugasan. Pada peringkat tersebut kami belum dapat memahami apa yang perlu kami lakukan mengikut kehendak soalan. Setelah meneliti soalan,kami mula mencari serba sedikit bahan daripada laman sesawang (internet). Saya dan rakan yang lain mula mendapat idea untuk membuat tugasan tersebut dan sehingga dapat menyiapkan tugasan yang diberi.
Melalui tugasan ini banyak perkara dan maklumat terkini berkaitan dengan bahan beracun yang ada di pasaran. Sebelum mencari bahan yang sesuai tentang penggunaan bahan beracun yang terdapat di pasaran, saya telah mencari maklumat di laman sesawang (internet) untuk mengenal pasti barangan yang mengandungi bahan beracun.
Seterusnya untuk tugasan yang kedua, saya dan dua rakan mencari maklumat berkaitan dengan teselasi yang sebelum ini belum pernah saya mendengar perkataan teselasi. Melalui tugasan ini, saya mula faham maksud teselasi sebenar.
Saya dan dua rakan yang lain dalam kumpulan kami membuat perjumpaan yang kedua untuk membincangkan tentang maklumat yang diperolehi.Selepas perjumpaan ini kami bertiga mula bergerak mencari maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberi.
Dalam pencarian maklumat saya telah mendapat serba sedikit bahan dari laman sesawang (internet).Saya mula bergerak ke kedai yang menjual barangan untuk kegunaan pengguna.Saya mencari barangan yang mengandungi bahan beracun berdasarkan senarai barangan bahan beracun yang diperolehi daripada laman sesawang (internet).Melalui pengalaman ini,barulah saya menyedari betapa pentingnya para pengguna mengetahui tentang bahan beracun yang berada di pasaran sebelum membeli barangan.Ini kerana masih ada barangan yang dijual walaupun telah dikenal pasti mengandungi bahan beracun.
Dalam membina brosur, kumpulan kami melihat beberapa contoh brosur yang untuk dijadikan panduan dalam menyiapkan tugasan ini.Ini kerana brosur yang dibina
menepati kehendak tugasan yang sebenar. Saya juga bertanya dengan masyarakat sekeliling terutamanya jiran,rakan sekerja dan kawan-kawan yang terdekat mengenai pengetahuan mereka tentang bahan beracun di pasaran. Melalui maklumat ini,ia boleh dijadikan panduan apa yang perlu dimasukkan untuk menghasilkan brosur yang lebih sempurna.
Mengenai tugasan yang berkaitan dengan teselasi pula, banyak cabaran yang saya lalui untuk menghasilkan corak teselasi ya ng sebenar.Setiap ahli kumpulan ditugaskan cuba membina satu corak teselasi dan akan memilih satu corak teselasi yang sesuai mengikut kehendak tugasan. Corak teselasi yang telah dipilih, dikemaskini dan diperbaiki melalui perbincangan ahli kumpulan sehingga akhirnya kami dapat menyiapkan teselasi tersebut dengan jayanya.
Semasa ingin menghasilkan corak teselasi tersebut,pada peringkat permulaan saya tidak mendapat sebarang gambaran untuk menghasilkan corak teselasi yang dikehendaki. Saya cuba mencari maklumat di laman sesawang (internet) dan bahan rujukan di pusat sumber.Saya mencuba pelbagai corak teselasi,tetapi masih belum berpuas hati dengan hasilannya. Saya terus mencari maklumat dan pada peringkat permulaan saya perlu memahami cara mendalam maksud teselasi,kegunaan teselasi dalam kehidupan harian dan cara menghasilkan corak teselasi. Akhirnya saya mula mendapat idea untuk menghasilkan corak teselasi seperti yang dikehendaki mengikut tugasan yang diberi. Saya juga mula mengetahui jenis barang yang ada di sekeliling saya banyak berkonsepkan corak teselasi.
Kesimpulannya melalui tugasan ini,banyak ilmu yang saya perolehi tentang bahan beracun di pasaran dan berkaitan dengan teselasi. Ilmu yang diperolehi amat penting dalam kehidupan saya seharian terutama tentang kandungan bahan beracun pada barangan yang dijual di pasaran.