• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assigment math Bahan Beracun waj 3105

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Assigment math Bahan Beracun waj 3105"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

Bahan Beracun : Sibutramine

1.0 DEFINISI

‘Sibutramine’ merupakan racun berjadual yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952. Sibutramine merupakan racun/ bahan/ ubat yang amat berkesan digunakan untuk rawatan obesiti. Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Ia hanya dibekalkan dan diberikan kepada pesakit oleh Ahli Farmasi atau doktor sahaja kerana hanya ahli professional ini sahaja yang boleh mengendalikan ubat.

Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes, hipertensidan dislipidemia. Namun demikian pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, rithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal adalah dilarang mengambil Sibutramine.

Terdapat 9 produk berdaftar yang mengandungi Sibutramine iaitu Reductil, Slenfig, Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim dan kesemua maklumat keselamatan ini telah dimasukkan dalam sisip bungkusan produk masing-masing.

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Produk Pelangsing badan berdaftar ada Sibutramine seperti kintop, Body Beaus, BMI-9Xylimming Capsule, Senna Plus Capsule. Produk tidak berdaftar mengandungi Sibutramine ialah produk Lami. Manakala Produk berasaskan makanan mengandungi Sibutramine ialah Obexlim, Slimax Coffee, Beaute Fit Body Contour dan Body Trimz.

(2)

2.0 PENILAIAN KANDUNGAN SIBUTRAMINE DALAM PRODUK PELANGSINGAN BADAN

Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh dibahgikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi :

 Menghilangkan selera makan

 Mengubah metabolism lemak badan

 Menghasilkan haba

 Membuang air kecil

 Ubat pelawas

Penggunaan racun Sibutramine sememangnya diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberikan kesan sampingan jangkamasa pendek seperti kemurungan, halusinasi, cepat marah, rasa berdebar, tekanan emosi, hilang tumpuan, tidak tenteram, resah, dan berpeluh. Kesan sampingan jangkamasa panjang seperti kerosakan buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sakit jantung sekiranya digunakan tanpa nasihat Ahli Farmasi dan doktor. Penggunnaannya yang semakin meluas amat membahayakan para pengguna.

Pil kurus kapsul berwarna kuning dan merah didakwa turut menyebabkan segelintir individu yang memakannya menjadi ketagih tidak ubah seperti pil khayal berikutan ia dipercayai mengandungi sejenis racun kimia berbahaya yang sengaja dimasukkan ke dalamnya. Difahamkan pil dengan jenama Lami yang mengandungi 30 kapsul dijual secara terbuka persis ubatan tradisional. Jenama berkenaan sudah diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati mengandungi bahan kimia Sibutramine.

(3)

mereka. Penggunaan yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian. kandungan Sibutramine akan dikontraindikasi bagi seseorang yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronori, kegagalan jantung kengesetif, penyakit arteri peripheral, arrithmia, strok dan hipertensi. Oleh sebab itu, orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil Sibutramine.

Terdapat juga produk yang dipercayai diseludup daripada Negara jiran dan dibungkus semula di Negara ini dan diedarkan dibeberapa salun kecantikan selain daripada menggunakan khidmat ejen. Kesan dari itu, berdasarkan kajian Bahagian Farmasi Kedah dari segi pembungkusan didapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh, dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label. Ramai yang telah menjadi mangsa kerana memakan produk pil pelangsing ini seperti yang telah berlaku di negeri Kedah.

(4)

3.0 CADANGAN BERKENAAN PENGGUNAAN PRODUK PELANGSINGAN BADAN

3.1 Semak sama ada produk yang hendak dibeli adalah berdaftar dengan pihak berkuasa (BPFK).Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.Sungghuhpun bagi wanita kecantikan dari segi wajah dan tubuh untuk kelihatan lebih berseri atau slim sering menjadi keutamaan.Obses kepada kecantikan menyebabkan wanita sanggup melakukan apa sahaja malah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk kelihatan menawan. Tidak kira apa sahaja produk atau prosedur kecantikan yang mampu menyerlahkan penampilan seseorang, ia pasti akan laris di pasaran tanpa mengendahkan sama ada produk atau rawatan tersebut boleh memudaratkan individu terbabit. Kesannya ramai yang menderita hingga membawa maut. Keadaan ini juga menyebabkan para pengusaha kosmetik, mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

3.2 Sesetengah produk (termasuk produk herba) boleh menyebabkan kesan yang memudaratkan. Oleh itu sila pastikan anda tidak mempunyai masalah kesihatan jika ingin mencuba produk-produk tersebut. Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi Sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan pada tekanan darah dan kesan kardiovaskular seperti peningkatan pada denyutan jantung/nadi.

(5)

3.3 Ambil ubat seperti yang telah diarahkan. Baca label dengan berhati-hati dan jangan ambil ubat lebih daripada dos yang ditetapkan. Sila ikuti arahan pada label ubat dan bertanya pada doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang masalah.

3.4 Produk menguruskan badan dikategorikan sebagai produk OTC (over –the-counter), tradisional dan kosmetik. Oleh itu beberapa kenyataan seperti “menghalang lemak daripada diserap” atau “mempercepatkan metabolisma” adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pernyataan ini dinyatakan pada label atau sisip bungkusan, sila laporkan kepada pihak berkuasa.

3.5 Ephedra adalah herba yang biasa digunakan dalam produk menguruskan badan tetapi telah dilarang penggunaannya kerana ia menyebabkan kesan yang tidak diingini. Terdapat kenyataan yang menyatakan produk herba bagi mengurangkan berat badan adalah selamat. Oleh itu, berhati-hati dengan produk yang disarankan oleh rakan anda yang mengatakan produk tersebut adalah selamat dan berkesan.

3.6 Elakkan produk menguruskan badan yang:- Menjanjikan penurunan berat badan yang mendadak dan keputusan dan keputusan yang mengagumkan. - Mencadangkan anda tidak perlu menukar diet ataupun bersenaman.- Tidak memberikan khidmat nasihat pemakanan dan menggalakkan anda untuk makan apa sahaja.

(6)
(7)

4.0 KESIMPULAN

Pengawalan berat badan hendaklah hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan latihan latihan yang sesuai. Pengguna perlu mendapat nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menggunakan ubat untuk melangsingkan badan.Jika ingin menurunkan berat badan lakukanlah dengan cara yang selamat iaitu pemakanan yang betul iaitu rendah lemak, tinggi karbohidrat dan tinggi gentian. Rajin bersenam, sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu. Jauhilah penggunaan produk pelangsing kerana ia mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan yang hilang tetapi risiko jangka masa panjangnya juga perlu diambil kira sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Ingatlah! Untuk melangsingkan badan tiada jalan pintas, tiada pil segera dan nikmat yang paling baik ialah memiliki tubuh badan yang sihat dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

(8)

5.0 DEFINISI TESELASI

Pengertian corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang bersama-sama dari bentuk asas yang sama yang telah dicipta oleh alam dan manusia samada secara tidak langsung atau direkabentuk. Bentuk teselasi dari contoh-contoh susunan dari corak heksagon mudah seperti sarang madu lebah atau lantai seramik untuk hiasan kompleks. Dalam termikrologi geometri teselasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup sebuah permukaan satah yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup sebuah permukaan satah tanpa ruang (gap) atau pertindihan.Corak ini biasanya berulang.

6.0 SEJARAH TESELASI

Teselasi telah dikenali sejak berabad dan ia masih relevan sehingga kini.Namun begitu sejarah teselasi dalam matematik bermula dengan kajian berdokumentasi oleh Johannes Kepler yang menulis tentang teselasi kekal dan separa kekal yang meliputi permukaan rata dengan poligon kekal.

Lebih kurang pada tahun 1819,seorang crystallographer Rusia,E.S Fedorov telah membuktikan bahawa setiap tile pada permukaan yang dibina mengikut salah satu dari 17 kumpulan isometri yang berbeza.Kajian telah menjadi petanda awam bagi permulaan tidak rasmi kepada kajian teselasi dalam matematik.

(9)

Teselasi Sekata

Separuh-sekata teselasiBukan-sekata teselasiRingkas teselasiKompleks teselasi

7.1 Teselasi Sekata

Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari poligon sekata kongruen semua pertemuan _bucu bertemu bucu.

Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segi empat tepat dan segi enam. Berikut yang menggunakan segi tiga dan segi enam.

(10)

Teselasi Separuh-sekata dicipta dengan dua atau lebih jenis poligon sekata yangdipasa ngkan bersama-sama sedemikian rupa supaya poligon yangsama dalamsusunan kitara n yang sama

mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi

separa-sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, octagons dan dodecagons.

(11)

Teselasi tidak sekata adalah di mana tidak ada halangan dalam susunan poligon di sekeliling kenderaan. Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi.

Dengan mengambil kira definisi di atas akan membuatkan kita faham seadanya yang kebanyakan corak yang diperbuat daripada satu atau lebih polyiamond adalah bukan teselasi kerana komponen polyiamond adalah bukan poligon sekata. Coraknya mungkin lebih tepat dipanggil mozek atau corak jubin. Teselasi sekata dalam matematik adalah mungkin, tetapi dengan moniamond, segitiga tetriamond dan juga sisi enam hexiamond. Teselasi separuh sekata adalah mungkin dengan kombinasi moniamond dan sisi enam hexiamond. Namun, saya akan aplikasikan sebutan teselasi (sepertimana penulis lain ada) untuk menerangkan corak yang diperoleh daripada susunan salah satu atau lebih polyiamond untuk menutupi satah tanpa ada persilangan atau pertindihan.

Definisi dan penerangan berikut merujuk kepada teselasi polyiamond. Contoh adalah terhad, dengan sedikit pengecualian kepada teselasi ppolyiamond individu.

(12)

Translasi – menggerakkan polyiamond di sepanjang satah. Operasi translasi boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond.

Putaran – putar polyiamond di atas satah. Operasi putaran boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat, contohnya hexiamond sisi enam, yang mana tidak berubah.

Pantulan – memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang terdapat pada cermin. Operasi pantulan adalah terhad kepada polyiamond yang enantiomorphic. Polyiamond enantiomorphic adalah yang mana tidak boleh ditumpangkan pada pantulannya, ianya adalah imej cermin.

Saya nyatakan klasifikasi teselasi polyiamond berikut berdasarkan operasi yang diguna pada polyiamond yang telah di teselasikan.

(13)

7.5 Teselasi kompleks yang mana menggunakan satu atau lebih operasi putaran dan pantulan yang digunakan bersama-sama operasi translasi.

Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang boleh menteselasikan satah menggunakan hanya ooperasi translasi. Rajah ini akan dipanggil unit sel.

(14)

susunan menghasilkan corak yang tidak sekata atau rambang, teselasi disebut

aperiodic. Susunan lain yang menghasilkan teselasi dengan pusat simetri bulat adalah disebut radial – seperti teselasi, dengan pengeculian kes-kes istimewa, adalah

kompleks dan akan meliputi dua per tiga atau enam unit sel yang salah satunya mengandungi nombor polyiamond yang tidak terbatas.

Kesemua teselasi yang sekata termasuk dalam tujuh belas set simetri yang berlainan kumpulan yang mana menguras semua cara yang coraknya boleh diulang tanpa had dalam dua dimensi.

8.0 CONTOH TESELASI

Terdapat banyak contoh teselasi dalam dunia yang sebenar. Kita telah belajar yang teselasi adalah bentuk polygon yang berulang-ulang tanpa mempunyai ruang atau seksyen yang bertindih. Siapa yang pertama menemui corak ini, dan siapa yang menggunakannya? Maka, untuk yang pertama kalinya fikirkan bentuk yang berbeza yang ada dalam alam semula jadi, dan lihat sama ada anda boleh fikirkan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai teselasi. Sisik pada ikan, cengkerang kura-kura, ataupun kulit nenas. Jadi, hanya dengan memerhatikan dunia sekeliling kita kita boleh pelajari macam mana untuk mengenalpasti coraknya dan bagaimana kita boleh aplikasikannya dalam kerja kita. Contoh teselasi yang dapat kita lihat adalah dalam pembinaan batu bata semasa membina bangunan. Selama beribu tahun manusia telah menggunakan teselasi untuk mereka bangunan yang cantik, mozek, kerja kayu, lantai dan taman.

(15)

Seni islam dinotakan mempunyai hiasan mozek yang ekstrem. Lebih banyak rekaan ubin mempunyai segmen yang bertindih dan disebabkan itu ia bukanlah teselasi yang sebenar. Banyak masjid dahulukala dan istana dibina di Istanbul, dan warnanya yang terang tidak hilang. Masjid Biru dan Haiga Sophia adalah dua tempat yang popular di Istanbul, Turki yang mana banyak corak teselasi pada bangunannya. Kadangkala, corak yang diwarnakan pada jubin adalah daripada rekaan geometrik mereka sendiri yang mana apabila dilihat daripada jauh menampakkan teselasi.

(16)

8.1 Contoh-contoh teselasi dalam kehidupan sebenar :

8.1.1 Rajah teselasi yang terdapat pada benda hidup

 Kulit Ular

 Sarang madu lebah :

(17)
(18)

8.1.2 Objek Buatan

Manusia:-Bentuk-bentuk teselasi yang terjadi daripada objek buatan manusia seperti selimut,baju, apron,barang perhiasan,bentuk yang ada pada jambatan dan pelbagai jenis lagi yang dihasilkan oleh manusia.

 apron

(19)

8.1.3 BENTUK TESELASI DALAM KEGUNAAN HARIAN

1. Lantai, dinding rumah

 lantai

(20)

 Tikar

(21)

 mainan kanak-kanak

(22)
(23)

 tikar getah

 permaidani

(24)

 bumbung

 bangunan

(25)

a) Dari titik tengah (A) bina 8 garisan lurus panjang 2 petak ke titik B dan C.

(26)
(27)
(28)

10.0

(29)

Bagi Tugasan A untuk tajuk Pengukuran kumpulan kami memilih bahan beracun ‘SIBUTRAMINE’ yang terdapat dalam produk pelangsingan badan. Untuk menyiapkan tugasan ini banyak kaedah yang saya gunakan untuk mencari maklumat mengenai kandungan Sibutramine dalam produk yang terdapat di pasaran. Di antaranya melihat produk-produk yang terdapat di Toko-toko Jamu, kedai-kedai yang terdapat di pasar raya dan kebanyakannya dijual oleh warga asing serta tidak tahu kesan penggunaannnya. Saya juga mencari maklumat dari buku, majalah dan surat khabar, melayari internet serta berbual dengan individu yang pernah menggunakan produk berkenaan.Contohnya penggunaan Slimax Coffee dan Body Trimz.

Dengan tugasan ini juga dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai bahan beracun ‘SIBUTRAMINE’ Banyak maklumat yang saya perolehi dengan menghasilkan risalah bahan beracun ini. Tugasan ini memberi info kepada saya tentang kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang penggunaan produk pelangsing. Info boleh dijadikan pengajaran dan boleh berkongsi maklumat bersama rakan juga keluarga. Saya bukan sahaja memperoleh maklumat berkenaan Sibutramine dan produk pelangsingan badan malah saya juga belajar menghasilkan risalah yang baik. Tambahan pula daripada tidak tahu saya menjadi tahu banyak perkara.

Manakala tugasan B mengenai Corak-corak Geometri yang biasa kita lihat menghiasi dinding bangunan, lantai dan pelbagai barangan yang terdapat di persekitaran kita. Pertama kali membaca tugasan yang diberikan saya tidak mengetahui apa itu ‘TESELASI’. Setelah mencari pelbagai maklumat dengan melayari internet saya mula mendapat gambaran berkaitan teselasi. Tugasan ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada saya mengenai teselasi, jenis-jenis teselasi dan corak-corak transformasi yang ada di sekeliling kita.

Setelah mendapat maklumat saya dan ahli kumpulan bersama-sama memikirkan untuk menghasilkan corak teselasi 2-D. Kami belajar untuk menghasilkan corak tersebut langkah demi langkah.

(30)

dan dapat membantu menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun untuk mengaplikasikan maklumat yang diperolehi bukannya mudah. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah, banyak membantu membuka minda saya dan rakan untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin.

Mempelajari tajuk ini, menghasilkan risalah dan teselasi banyak memberi manfaat kepada saya. Mengetahui maklumat yang terdapat pada risalah berkenaan bahan-bahan beracun dalam produk pelangsing amat berguna dalam kehidupan kita. Kita juga dapat mengetahui apa yang perlu kita lakukan apabila ingin menggunakan sesuatu produk sebelum produk tersebut memudaratkan kita. Dengan mempelajari teselasi juga secara tidak langsung kita mempelajari kesenian dan senibina.

Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ahli kumpulan kami tinggal dalam daerah yang sama. Ini memudahkan kami untuk berjumpa, berbincang, berfikir dan bekerjasama dalam usaha untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki pihak pensyarah. Kami telah berjumpa beberapa kali hingga terhasilnya portfolio ini. Selain berjumpa dan berbincang kami juga berhubung melalui telefon dan menghantar email.

(31)

Alhamdullilah,Setelah menyiapkan tugasan yang diberi,banyak ilmu yang saya perolehi. Semasa mendapat tajuk tugasan,perkara yang pertama yang dilakukan kami membaca dan memahami kehendak tugasan. Pada peringkat tersebut kami belum dapat memahami apa yang perlu kami lakukan mengikut kehendak soalan. Setelah meneliti soalan,kami mula mencari serba sedikit bahan daripada laman sesawang (internet). Saya dan rakan yang lain mula mendapat idea untuk membuat tugasan tersebut dan sehingga dapat menyiapkan tugasan yang diberi.

Melalui tugasan ini banyak perkara dan maklumat terkini berkaitan dengan bahan beracun yang ada di pasaran. Sebelum mencari bahan yang sesuai tentang penggunaan bahan beracun yang terdapat di pasaran, saya telah mencari maklumat di laman sesawang (internet) untuk mengenal pasti barangan yang mengandungi bahan beracun.

Seterusnya untuk tugasan yang kedua, saya dan dua rakan mencari maklumat berkaitan dengan teselasi yang sebelum ini belum pernah saya mendengar perkataan teselasi. Melalui tugasan ini, saya mula faham maksud teselasi sebenar.

Saya dan dua rakan yang lain dalam kumpulan kami membuat perjumpaan yang kedua untuk membincangkan tentang maklumat yang diperolehi.Selepas perjumpaan ini kami bertiga mula bergerak mencari maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberi.

Dalam pencarian maklumat saya telah mendapat serba sedikit bahan dari laman sesawang (internet).Saya mula bergerak ke kedai yang menjual barangan untuk kegunaan pengguna.Saya mencari barangan yang mengandungi bahan beracun berdasarkan senarai barangan bahan beracun yang diperolehi daripada laman sesawang (internet).Melalui pengalaman ini,barulah saya menyedari betapa pentingnya para pengguna mengetahui tentang bahan beracun yang berada di pasaran sebelum membeli barangan.Ini kerana masih ada barangan yang dijual walaupun telah dikenal pasti mengandungi bahan beracun.

(32)

menepati kehendak tugasan yang sebenar. Saya juga bertanya dengan masyarakat sekeliling terutamanya jiran,rakan sekerja dan kawan-kawan yang terdekat mengenai pengetahuan mereka tentang bahan beracun di pasaran. Melalui maklumat ini,ia boleh dijadikan panduan apa yang perlu dimasukkan untuk menghasilkan brosur yang lebih sempurna.

Mengenai tugasan yang berkaitan dengan teselasi pula, banyak cabaran yang saya lalui untuk menghasilkan corak teselasi ya ng sebenar.Setiap ahli kumpulan ditugaskan cuba membina satu corak teselasi dan akan memilih satu corak teselasi yang sesuai mengikut kehendak tugasan. Corak teselasi yang telah dipilih, dikemaskini dan diperbaiki melalui perbincangan ahli kumpulan sehingga akhirnya kami dapat menyiapkan teselasi tersebut dengan jayanya.

Semasa ingin menghasilkan corak teselasi tersebut,pada peringkat permulaan saya tidak mendapat sebarang gambaran untuk menghasilkan corak teselasi yang dikehendaki. Saya cuba mencari maklumat di laman sesawang (internet) dan bahan rujukan di pusat sumber.Saya mencuba pelbagai corak teselasi,tetapi masih belum berpuas hati dengan hasilannya. Saya terus mencari maklumat dan pada peringkat permulaan saya perlu memahami cara mendalam maksud teselasi,kegunaan teselasi dalam kehidupan harian dan cara menghasilkan corak teselasi. Akhirnya saya mula mendapat idea untuk menghasilkan corak teselasi seperti yang dikehendaki mengikut tugasan yang diberi. Saya juga mula mengetahui jenis barang yang ada di sekeliling saya banyak berkonsepkan corak teselasi.

(33)
(34)
(35)

NAMA AHLI KUMPULAN :

NORLIAN BT ABAS - 680515106034

SARIMA NIZA BT IBRAHIM - 700513106108

NORMAH BT SALIMAN - 730407105512

PRAB

BIL .

TARIKH PIHAK YANG TERLIBAT

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

TANDATANGAN

BORANG KOLABORASI

(36)

NORLIAN BT ABAS - 680515106034

SARIMA NIZA BT IBRAHIM - 700513106108

NORMAH BT SALIMAN - 730407105512

PRAB

BIL .

TARIKH PIHAK YANG TERLIBAT

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

(37)

Referensi

Dokumen terkait

Teknik pembiusan dengan penyuntikkan obat yang dapat menyebabkan pasien mengantuk, tetapi masih memiliki respon normal terhadap rangsangan verbal dan tetap dapat mempertahankan

(2) Dengan tidak mengurangi ketentuan-ketentuan yang termaksud didalam Pasal 6 ayat (1) dan Pasal 8 ayat (2) dari Peraturan Pemerintah Nomor 55 Tahun 1961 tentang pendirian

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Untuk menjaga kesinambungan kegiatan rehabilitasi dan rekonstruksi di Provinsi NAD dan Kepulauan Nias Provinsi Sumatera Utara, telah disusun rencana kegiatan oleh 6 (enam)

Sebagian besar alkaloid alami yang bersifat sedikit asam memberikan endapan dengan reaksi yang terjadi dengan reagent Mayer (Larutan Kalium Mercuri

Menentukan kondisi operasi yang optimal (daya microwave , lama waktu ekstraksi, dan rasio antara bahan baku yang akan diekstrak dengan pelarut yang digunakan) dari

Radiografi kedokteran gigi adalah suatu teknik yang digunakan untuk mendapatkan gambaran keadaan atau kelainan yang tidak terlihat secara klinis di rongga mulut, memberikan

Fahrun Nur Rosyid, S.kep,Ns, M.kes, selaku Kaprodi SI Keperawatan Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Muhammadiyah Surabaya dan selaku pembimbing I yang dengan