Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan dengan jelas tentang nilai not-not bertitik, not berkait, dan not triplet.
2. Mebentuk beberapa corakirama meter lazim menggunakan not bertitik, not berkait dan not triplet 3. Mencipta satu melodi yang menggunakan not-not bertitik, not berkait dan not triplet
PENGENALAN
Notasi muzik telah diperkenalkan dengan nama asas seperti semibrif, minim, krocet,dan kuaver. Setiap not mempunyai nilai serta bentuk tersendiri dan ini telah memudahkan pemuzik untuk mengenali, membaca dan bermain muzik dengan lebih mudah. Not-not asas akan bertukar nilainya apabila titik diletakan disisi not tersebut. Titik pertama yang diletakan disisi not yang tersedia akan menambah nilai not tersebut. Nilainya akan berubah lagi apabila titik kedua ditambah .Namun pada peringkat ini kita akan member tumpuan kepada nilai–nilai not semibrif bertitik, minim bertitik, krocet bertitik, dan kuaver bertitik dalam meter lazim.
Mengetahui nilai not sebenar merupakan asas kepada memahami nilai not bertitik. Kefahaman kita akan lebih jelas aapabila kita mengetahui nilai not sebenar dan nilai titik. Penambahan nilai tersebut adalah berdasarkan nilai not yang sedia ada.
Gambarajah 1. Nilai not dan tandarehat asas
Gambarajah 2. Nilai not dan tandarehat bertitik
Apabila sesuatu not asas diletakan titik disebelah kanannya maka not tersebut dinamakan not bertitik. Misalnya, not minim, jika titik diletakkan disebelah kanan not minim maka not tersebut akan
dinamakan not minim bertitik. Perubahan dari segi nilai sesuatu not juga akan berlaku apabla titik diletakan disebelah kanan sesuatu not. Not minim yang bernilai 2 detik misalnya jika diletakan titik di sebelah kanan maka nilainya akan bertambah menjadi 3 detik. Ini kerana titik yang diletakan mewakili 50% atau ½ daripada not asal. Oleh itu minim bernilai 2 detik dan minim bertitik bernilai 3 detik. Jadi apakah nilai not semibrif bertitik, krocet bertitik dan kuaver bertitik? Dapatkah anda member jawapanya? Berikut merupakan contoh not-not bertitik.
Not minim bertitik
Satu not minim = 2 detik. Separuh dari nilai not minim adalah 1detik atau bersamaan dengan 1not krocet. Jadi, nilai not minim bertitik ialah 2 detik + 1 detik = 3 detik
Not krocet bertitik
Satu not krocet= 1 detik. Separuh dari nilai not krocet adalah ½ bersamaan dengan 1not kuaver. Jadi krocet bertitik=1not krocet + 1not kuaver = 1½ detik
Not kuaver bertitik
Satu not Kuaver bernilai ½ detik. Separuh dari nilai not kuaver=1/8 atau bersamaan dengan satu not semikuaver. Jadi 1not kuaver bertitik = kuaver +1 not semikuaver= ½ + ¼ =
Not semibrif bertitik
Satu not penuh atau not semibrif bernilai 4 detik. Separuh dari not semibrif bernilai dua detik atau minim. Jadi satu semibrif bertitik =semibrif (4 detik) + minim(2 detik)
Tandarehat not-not bertitik
Nilai bagi tandarehat bertitik adalah sama dengan nilai not bertitik. Cuba anda perhatikan kedudukan titik pada setiap tandarehat dan not bertitik . Anda akan dapati titik akan diletakan disebelah kanan tandarehat atau not. Oleh itu pastikananda melakukan perkara yang sama apabila menulis sebarang not atau tandarehat not bertitik.
Gambarajah 2: Tandarehat not bertitik
Untuk aktiviti seterusnya . Para pelajar diminta untuk melukis not-not serta tandarehat bagi not semibrif bertitik, minim bertitik, krocet bertitik, dan kuaver bertitik pada baluk yang disediakan di bawah. Seterusnya para pelajar dikehendaki membuat latihan latihan corakirama yang berlandaskan not-not tersebut dan meminta rakan-rakan anda untuk selesaikan.
Lukiskan tandarehat bertitik yang telah anda pelajari
Contoh latihan
+ = _ =
Sediakan latihan untuk pelajar anda
+ + = + _ =
+ _ = + _ =
Cuba anda lihat gambarajah yang terdapat dalam kotak disebelah kanan. Apakah yang dapat anda faham dengan gambarajah tersebut? Buat perbandingan diantara gambarajah tersebut.
Selain dari not bertitik, terdapat juga not-not yang dinamakan not berkait, not slur, not beam dan not triplet. Sila lihat perbezaan antara not berikut
Not berkait / tie notes. Not Slur Not Beam Not Triplet
Jika diperhatikan gambarajah di atas anda akan dapati not –not tersebut mempunyai nilai yang sama. Namun demikian terdapat perbezaan antara kesemua not tersebut. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan not berkait, not slur, not beam dan not triplet? Apakah symbol yang digunakan untuk membezakan not- not berikut? Untuk mengetahui tentang not- not tersebut, ikutilah penerangan
selanjutnya.
Not Berkait
Not berkait membawa maksud menyambungkan satu not dengan not bersebelahan denganya. Namun perlu diingatkan bahawa not tersebut adakalanya berlaku dalam dua bar yang berbeza. Not berkait hanya berlaku pada not yang sama kedudukanya atau pic yang sama. Misalnya not A hanya boleh dikaitkan dengan not A
Para pelajar sekelian. Bolehkah anda mengenalpasti not-not berkait yang terdapat pada kedua-dua gambarajah tersebut. Jika boleh, bulatkan not-not berkait
tersebut. Nyatakan nilai bagi setiap not berkait tersebut.
Anda juga boleh melawat laman laman web yang telah menyediakan latihan latihan yang disertakan dengan bunyi. Ini akan mengukuhkan lagi kefahaman serta kemahiran mendengar anda. Berikut adalah antara laman web yang dicadangkan
http://www.tedvieira.com/onlinelessons/sightreading101/tripdot/ex1.html Not Slur
Not Slur membawa maksud memainkan kedua-dua not yang diletakan tanda slur dengan licin tanpa kesan pelidahan. Not-not hanya boleh dislurkan diantara not yang berbeza picnya . Berbeza dengan not berkait yang hanya boleh dilakukan diantara not yang sama picnya. Untuk mengaplikasikan not tersebut, pemuzik perlu menghasilkan bunyi not-not berkait dengan licin tanpa kesan pelidahan atau pernafasan, berbeza dengan permainan secara legato , iaitu menghasilkan bunyi yang mempunyai kesan pelidahan yang lembut.
Not Beam
Not Beam membawa maksud menyatukan not dalam satu kumpulan. Ia tidak member sebarang kesan kepada cara permainan ataupun nilai not. Berikut merupakan contoh dimana empat semikuaver yang dikumpulkan dan di tulis dalam satu kumpulan.
=
=
Not Triplet
Not triplet merupakan 3 not serangkai yang dimainkan dalam hanya dua nilai not tersebut. Misalnya 3 krocet dimainkan dalam masa 2 krocet sahaja, 3 kuaver dimainkan dalam masa 2 kuaver sahaja. Ini bermakna nilai bagi setiap not telah dikecilkan samarata. Not triplet dapat dikesan apabila 3 not diletakan nombor 3 di bahagian atas atau dibahagian bawahnya. Berikut merupakan contoh not triplet kuaver dan not triplet krocet.
Mengaplikasikan corakirama menggunakan not bertitik dalam meter lazim Corak Irama
Corakirama dibentuk berdasarkan tandamasa yang ditetapkan bagi setiap bar. Terdapat tandamasa lazim dan tandamasa tidak lazim. Tanda masa lazim adalah tandamasa yang paling kerap atau lazim digunakan dalam mencipta sesebuah lagu. Kita telah mempelajarinya dalam pelajaran lampau dan telah membentuk corakirama yang menggunakan not-not asas seperti semibrif, minim, krocet dan kuaver dalam tandamasa lazim. Kali ini kita akan menggunakan not-not bertitik untuk membentuk corakirama dengan menggunakan tanda meter lazim. Berikut disediakan contoh corakirama yang mungkin dapat memberikan anda sedikit panduan sebelum anda membentuk corakirama sendiri.
Contoh corakirama menggunakan not bertitik dalam tandamasa lazim
Anda hendaklah cuba menulis corakirama anda sendiri pada baluk yang disediakan dengan mengikut tandamasa yang diberi. Anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya satu not bertitik atau tandarehat bertitik pada setiap bar/meter. Selamat mencuba.
Latihan1. 2
Latihan1.3
Latihan 1.4
Latihan 2: Membina corakirama menggunakan not berkait (tie notes). Dalam latihan ini anda dikehendaki untuk membina corakirama dengan menggunakan not-not berkait dalam meter lazim. Berikut disertakan satu contoh sebagai panduan.
Latihan 2.1
Latihan 2.2
Latihan 2.3
Latihan 2.4 sambungkan corakirama berikut:
Latihan 3
Membentuk corakirama menggunakan slur. Latihan ini memerlukan kemahiran anda untuk meletakan tanda slur pada not yang sesuai iaitu pada not yang akan memberi kesan pada permainan pemuzik. Slur bermaksud memainkan sesuatu not tanpa kesan perlidahan. Ia perlu dimainkan dengan licin.
Latihan 3.1
Letakan slur pada not yang sesuai dan cuba nyanyikannya untuk memastikan kesesuaiannya.
Latihan 3.2
Letakan slur pada dua not berdekatan sahaja dan cuba bezakan kesannya dengan latihan terdahulu.
Latihan 3.3
Letakan slur pada beberapa not-not turutan dan juga pada 2 not berdekatan. Nyanyikan dan rasai kesannya terhdap muzik yang dimainkan atau dinyanyikan.
Latihan 4 Not Triplet
Latihan 4.1 Isikan tandarehat atau not triplet yang sesuai pada bar-bar yang tidak lengkap ini
Latihan 4.2 : Isikan not triplet yang sesuai pada bar yang tidak lengkap ini mengikut tandamasa yang diberi.
1. Cuba anda senaraikan kata kunci yang terdapat dalam definisi-definisi di atas yang menjelaskan tentang
Contoh: Not bertitik i.
ii. iii. iv. v.
2. Dengan perkataan anda sendiri, cuba definisikan not bertitik, not berkait, not slur not tie, dan not beam. --- --- --- --- --- --- --- RUMUSAN
Mengetahui nilai not dan nilai tandarehat bagi setiap not sangat penting. Terdapat pelbagai teknik atau cara penulisan yang perlu dikuasai sebelum kemahiran menulis sebarang corakirama, melodi, atau gubahan boleh dilakukan dengan baik. Not-not bertitik, not berkait, not triplet, not beam dan not slur perlu difahami dan dikuasai dengan baik bagi melancarkan sebarang bentuk penulisan skor muzik seperti corakirama atau mencipta sesebuah melodi. Ia amat penting kerana gaya penulisan skor yang tepat akan memudahkan pemuzik membaca skor dengan tepat dan cepat.
KATA KUNCI
1. Titik yang diletakan disebelah not asal akan menambah 50% dari nilai not asal
2. Not berkait bererti mengaitkan sekurang-kurangnya dua not yang mempunyai pic yang sama dan mesti dimainkan tanpa putus sehingga tamat semua nilai not yang dikaitkan.
3. Semua not yang diletakan tanda slur wajib dimaikan dengan licin tanpa kesan perlidahan. 4. Not triplet adalah 3 not serangkai yang dimainkan dengan nilai dua not sahaja.
PENILAIAN KENDIRI
1. Guru sebagai pendidik muzik sering dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti muzikal seperti mencipta lagu sekolah, dan mengubah lagu untuk kumpulan muzik seperti pancaragam dan sebagainya. Bincangkan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam topik ini dengan mengaitkannya dengan diri anda sebagai guru muzik professional.
2. Sebagai seorang guru muzik yang kreatif, aktiviti-aktiviti muzikal boleh dilaksanakan untuk
memperkukuhkan kefahaman teori dan amali. Adakah pengajaran yang anda laksanakan dapat menarik perhatian pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka?
3. Bincangkan tentang definisi bagi not bertitik, not tie, not slur, not triplet dan not beam. Bincangkan setiap perbezaan dan cara untuk mengajarnya dengan lebih berkesan.
RUJUKAN
Duncan, James and Orchese, Orpha. (2006). Fundamentals of music theory: Indo America Books. Harnum J. ( 2005 .) Basic music theory: How to read, write, and understand written music. Sol Ut Press; 2ed edition