• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKEL MINOR NATURAL DAN TANDA NADA

Dalam dokumen SRZ 3013 ASAS TEORI MUZIK (Halaman 84-101)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengecam jarak setengah ton dan satu ton dalam skel minor natural. 2. Mengenalpasti tanda nada dalam skel minor natural.

3. Menulis skel minor mengikut nada serta tanda nada yang diberi.

PENGENALAN

Dalam sejarah muzik teori, skel minor natural di ambil dari skel Major C iaitu pada not yang ke enam iaitu not A. Skel minor natural juga dikenali sebagai mod ”Aeolian”.Skel minor di panggil demikan kerana susunan not dalam skel satu oktaf mengambarkan suasana seidh kerana not ke 3 yang

direndahkan jika di bandingkan dengan skel major. Skel minor dari sudut susunan teori struktur mempunyai elemen yang tersendiri berbanding dengan skel major.

Pengetahuan mengenai suatu skel merupakan faktor utama untuk menghasilkan satu karya muzik, dari sudut penulisan melodi maupun menulis pergerakan harmoni. Ciri ciri strukurnya, kaitan nya dengan nada serta tanda nada adalah penting sebelum menulis sesebuah lagu. Lagu yang ditulis berdasarkan nada yang wujud dari satu skel boleh dinyanyikan atau dimainakan pada alat muzik. Terdapat pelbagai jenis skel dalam muzik dan skel yang kedua popular dan di kenali dalam muzik barat selepas skel majori ialah skel minor.

Skel ini juga di panggil skel diatonik. Ini adalah kerana susunan not yang berbeza dengan nama not serta bunyi yang berlainan. Ia juga memberi nama skel tersebut berdasarkan not tonik . Skel diatonik terdiri dari not yang mempunyai jarak satu ton dan setengah ton (semiton) yang disusun mengikut teori skel tersebut.

ISI KANDUNGAN

Apa itu skel minor natural?

Skel merupakan satu siri gabungan pic atau not yang disusun dari nada rendah ke nada tinggi dalam satu oktaf.. Skel ini boleh di tulis secara menaik dan menurun.

Struktur skel minor terdiri dari turutan 7 not yang berbeza serta di akhiri dengan not ke lapan iaitu pic not yang sama seperti pic tonik hanya ia mempunyai bunyi yang lebih tinggi.

Lapan (8) not ini melengkapkan struktur skel satu oktaf.

Skel minor juga adalah skel diatonik. Ini adalah kerana susunan not yang berbeza dengan nama not serta bunyi yang berlainan. Ia juga memberi nama skel tersebut berdasarkan not tonik . Skel diatonik terdiri dari not yang mempunyai jarak satu ton dan setengah ton (semiton) yang disusun mengikut teori skel tersebut.

Sebelum kita memulakan pembelajaran skel minor, perlu di ingatkan bahawa anda harus mahir dalam mengenalpasti dan membezakan jarak not semiton and ton.

Pembelajaran not ton and semiton telah anda laksanakan dalam unit 6 Ini adalah penting supaya memudahkan anda dalam pembelajaran skel.

Untuk mengingatkan anda mengenalpasti jarak ton dan semiton sila lihat gambarajah di bawah.

C# D# F# G# A# C# Db Eb Gb Ab Bb Db

C D E F G A B C

C  C# = Semiton C  Db =Semiton C  D = 1 ton D D# = Semiton D Eb = Semiton D  E = 1 ton

E  F = Semiton E  F# = 1 ton Eb F = 1 ton F  F# = Semiton F  Gb = Semiton F  G = 1 ton

G  G# = Semiton G  Ab = Semiton G  A = 1 ton A  A# = Semiton A  Bb = Semiton A  B = 1 ton

** Penting!!

Anda perlu mahir mengenalpasti jarak seperti di atas untuk meneruskan pembelajaran Skel.

Susunan tanda kromat juga perlu perhatian seperti tanda syap, flet, natural, double syap dan double flat. Not C adalah sebagai contoh sahaja untuk menunjukkan tanda kormat yang di nyatakan.

double flat flat natural sharp double sharp

semiton semiton semiton semiton

** Penting!!

Anda perlu mahir mengenalpasti jarak tanda kromat seperti di atas.

Sebagaimana yang di nyatakan dalam bahagian pendahuluan, asal skel minor natural adalah dari skel C major dan mengambil not ke enam untuk memulakan proses menentukan tanda nada bagi skel minor natural.

Berikut di tunjukkan cara cara membina skel minor diatonik yang terdiri dari tanda nada syap (#). Minor skel ini mengukuhkan pernyataan mengenai nama bagi nada skel diatonik, kerana ia berdasarkan kepada not tonik atau not pertama skel tersebut..Skel A menjadi panduan untuk memulakan siri mencari tanda nada bagi nada yang lain.

Kita mulakan skel dengan not A menaik satu oktaf kerana ia mengandungi not putih pada papan kibod. Skel A tiada tanda nada kerana ia adalah skel natural bagi skel minor iaitu skel permulaan sebelum anda meneruskan ke skel yang seterusnya.

Dalam skel A minor, ia terdiri dari susunan pelbagai 1 ton and semiton mengikut turutan not rendah ke not tinggi. . Ia menjadi formula bagi struktur skel minor. Lihat gambarajah di bawah.

Formula struktur skel minor natural

Sekarang not A menjadi tonik untuk skel A minor natural.

Skel A minor Natural satu oktaf skel menaik

Skel A minor Natural satu oktaf skel menaik dan menurun

** Penting!!

Skel A menjadi skel panduan untuk mencari tanda nada bagi nada minor yang seterusnya iaitu nada yang mengandungi syap(#).

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78 Minor Natural 1 ton semiton 1 ton 1 ton semiton 1 ton 1 ton

Setelah memulakan minor natural skel A minor anda akan mengira not yang kelima (5) dari skel ini.

Skel seterusnya bermula dengan not E

Berpandukan formula struktur skel minor natural seperti di bawah menunjjukkan skel E minor mempunyai 1 # iaitu F#. Pastikan formula struktur tersebut sama seperti di bawah apabila menulis skel kerana

mungkin terdapat not yang rendah atau tinggi yang anda perlu diselaraskan dengan formula tersebut. Disini kemahiran anda dimuji untuk mengecam jarak not antara 1 ton dan semiton berlaku.

Formula struktur skel minor natural

Skel E minor – F#

E Minor Natural Skel Menaik

E Minor Natural Skel menaik dan menurun.

** Penting!!

Pastikan satu tanda kromat yang di letakkan dalam satu bar mewakili not yang sama jika berulang dalam bar tersebut.

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78

Mengapakah Skel A menjadi skel panduan untuk mencari tanda nada bagi nada yang seterusnya.

________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

Setelah anda mengetahui tanda nada untuk skel E minor, anda akan mengira not yang kelima (5) dari skel E minor dan skel seterusnya bermula dengan not B.

Pastikan formula struktur tersebut sama seperti di bawah apabila menulis skel kerana mungkin terdapat not yang rendah atau tinggi dari struktur skel minor yang anda perlu selaraskan dengan formula tersebut. Disini kemahiran anda diuji untuk mengecam jarak not antara 1 ton dan semiton berlaku.

Formula struktur skel minor natural

Berpandukan dengan struktur skel minor dengan kiraan jarak 1 ton dan semiton pada semua not dalam satu oktaf seperti di atas, ini menunjukkan skel B minor mengandungi tanda nada 2# iaitu F# dan C#. Skel B Minor satu oktaf, skel menaik.

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78

Skel B minor satu oktaf, skel menaik dan menurun.

Langkah-langkah mencari tanda nada untuk skel seterusnya berulang dengan cara yang sama tetapi ia bermula pada not yang ke 5 dari skel sebelum nya iaitu dari B minor.

Diharap anda telah mengetahui formula struktur skel minor natural.

Skel seterusnya bermula dengan not F#

Skel F# Minor.

Skel F# Minor. – F#, C# dan G#.

Harap anda telah memahami cara untuk menentukan tanda nada mengikut langkah- langkah yang sama seperti di atas. dan anda telah menghafal formula struktur skel minor natural

**Perhatian!.

Skel minor boleh di notasi dalam klef bes.

1. Sila nyatakan langkah langkah bagaimana untuk mencari tanda nada bagi skel minor yang terdiri dari 4 syap (#).

a) _____________________________________________________________________ b) ______________________________________________________________________

2. Sekarang anda akan mencuba untuk meneruskan menulis skel yang mempunyai 4 sharp dengan menggunakan langkah-langkah yang telah anda ditunjukkan seperti di atas.

Kita akan terus membina dan menulis skel dan tanda nada sehingga ke 7# tanpa panduan formula struktur skel minor natural kerana anda telah mengetahui langkah yang perlu untuk menentukan tanda nada

seterusnya.

Skel G# Minor - F#, C#, G# , D# dan A#

Skel D# Minor - F#, C#, G# , D#, A# dan E#.

Skel A# Minor - F#, C#, G# , D#, A#, E# dan B#.

Setelah anda berjaya membina dan menulis skel major dan anda telah mengetahui tanda nada untuk skel yang mempunyai # (syap).

Tanda nada nada yang mengandungi syap (#) adalah seperti berikut setelah membina dan menulis skel major.

E Minor B Minor F# Minor C# Minor G# Minor D# Minor A# Minor

E Minor B Minor F# Minor C# Minor G# Minor D# Minor A# Minor

Setelah anda mengetahui tanda nada minor natural yang terdiri dari syap (#).Anda akan meneruskan mencari tanda nada bagi nada yang terdiri dari flet (b). Kita memulakan dengan skel A Minor. kerana ia mengandungi not putih pada papan kibod. Skel A juga tiada tanda nada kerana ia adalah skel natural bagi skel minor iaitu skel permulaan sebelum anda meneruskan ke skel minor yang seterusnya.

Berikut di tunjukkan cara untuk membina skel minor diatonik yang mengandungi flet (b). Skel A minor menjadi panduan untuk memulakan siri menentukan tanda nada flet (b) bagi nada minor yang lain.

Rujuk struktur formula skel minor untuk panduan anda. Struktur ini adalah sama dengan struktur skel minor yang terdiri dari tanda nada terdiri dari syap (#).

Formula struktur skel minor natural

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78

Dari skel A minor anda akan mengira not yang kempat (4) dari tersebut.

1 2 3 4 5 6 7 8

Skel seterusnya bermula dengan not D.

Sila perhatikan dan bandingkan formula struktur skel minor yang berada di bawah not dengan struktur asal sebelum perubahan di lakukan.

Struktur sebelum perubahan mengikut formula skel minor.

Pastikan formula struktur tersebut sama seperti di bawah apabila menulis skel kerana mungkin terdapat not yang rendah atau tinggi dari struktur skel minor dan anda perlu selaraskan mengikut formula tersebut. Disini kemahiran anda diuji untuk mengecam jarak not antara 1 ton dan semiton berlaku.

Formula struktur skel minor natural

Susunan not setelah diselaraskan mengikut struktur skel minor natural sebenar seperti di atas. Skel D Minor Natural - Tanda nada Bb

Setelah anda mengetahui tanda nada untuk skel D minor, anda akan mengira not yang keempat (4) dari skel D minor . Not G adalah tonik untuk skel minor seterusnya

1 2 3 4 5 6 7 8

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78

Sila perhatikan dan bandingkan formula struktur skel minor yang berada di bawah not dengan struktur asal sebelum perubahan di lakukan.

Struktur sebelum perubahan mengikut formula skel minor.

Pastikan formula struktur tersebut sama seperti di bawah apabila menulis skel kerana mungin terdapat not yang rendah atau tinggi dari struktur skel minor dan anda perlu selaraskan dengan formula tersebut.

Struktur formula skel minor natural

Susunan not setelah selaraskan mengikut struktur skel minor natural sebenar seperti di atas. Skel G Minor Natural –Tanda nada Bb dan Eb.

Skel seterusnya bermula dengan langkah langkah yang sama.

1. Nyatakan langkah langkah untuk mencari tanda nada bagi skel minor natural yang mengandung tanda nada flet (b)?

a) ______________________________________________________________________________ b) ______________________________________________________________________________ c) ______________________________________________________________________________

Jenis Minor 12 23 34 45 56 67 78

2. Berpandukan skel G minor seperti di bawah, anda dikehendaki menentukani tanda nada dan menulis skel minor yang mengandungi 3 flet . Sila tulis jawapan anda pada ruang baluk yang disediakan di bawah.

Pastikan susunan turutan not dalam skel tersebut diselaraskan mengikut formula struktur skel minor Natural.

Adakah jawapan anda seperti di bawah ini? Skel C Minor Natural – Bb, Eb dan Ab.

Berikut adalah skel major yang mengandungi flet (b) setelah mengikut langkah yang telah di bincang dan di tunjukkan .

Skel F Minor – Bb, Eb, Ab dan Db.

Skel Eb – Bb, Eb, Ab, Db, Gb dan Cb.

Skel Ab Major. – Bb, Eb, Ab, Db, Gb, Cb dan Fb.

Anda telah mempelajari membina dan menulis skel minor, dan mengetahui skel yang terdiri dari tanda nada flet (b).

Tanda nada yang mengandungi flet (b) bagi skel minor adalah seperti di bawah. Ia nya di tulis di dalam klef treble dan klef bes untuk panduan anda.

D Minor G Minor C Minor F Minor Bb Minor Eb Minor Ab Minor

D Minor G Minor C Minor F Minor Bb Minor Eb Minor Ab Minor

Apakah struktur formula bagi skel minor dan nyatakan perbezaan bagi mencari nada minor yang mengandungi syap (#) dan flet (b).

Setelah anda mengetahui semua nada major serta tanda nada, sekarang anda akan menulis skel major mengilut dua (2 ) cara:

a. Skel minor natural berserta tanda nada. b. Skel natural tanpa tanda nada.

E minor

Skel E Minor natural berserta tanda nada satu oktaf, skel menaik.

Skel E Minor natural berserta tanda satu oktaf, skel menurun.

Skel E Minor natural berserta tanda nada satu oktaf, skel menaik dan menurun.

Skel E minor natural tanpa tandanada satu oktaf, skel menaik .

Skel E minor natural tanpa tandanada satu oktaf, skel menurun..

Skel E Minor tanpa tanda nada satu oktaf, skel menaik dan meurun.

Di harap anda telah memahami cara menulis skel minor natural seperti yang di tunjukkan seperti di atas: 3. Skel berserta tanda nada, satu oktaf menaik atau menurun atau menaik dan menurun.

Rumusan

Sebagai rumusannya, skel minor natural terdiri dari pelbagai nada yang mengandungi tujuh syap (#) dan tujuh flet (b). Cara menulis skel tersebut adalah berlandaskan kepada formula teori struktur skel minor natural.. Anda perlu mengetahui pelbagai jenis nada dengan tanda nada yang tersendiri untuk

mengenalpasti nada suatu lagu samada apabila menyanyi atau memainkan alat muzik. Pengetahuan tanda nada mengikut nada ini perlu apabila anda mengikuti topik jeda serta triad.

Secara teori dan praktiknya adalah perlu kerana ia boleh digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran muzik yang berkesan.

.

Kata Kunci

Diatonik Tanda Nada

Tonik Formula Struktur skel Minor 1 Ton Oktaf

Semiton Skel Menaik Syap (#) Skel Menrun

Flet (b) Skel Menaik dan menurun Nada Berserta tanda nada Nada natural Tanpa tanda nada

PENILAIAN KENDIRI

1. Tuliskan skel B Minor berserta tanda nada satu oktaf, skel menaik.

2. Tuliskan skel C# Minor tanpa tanda nada satu oktaf, skel menurun.

3. Tuliskan skel Bb Minor berserta tanda nada satu oktaf, skel menaik dann menurun.

4. Tuliskan satu oktaf skel minor natural menaik berserta tanda nada, berpandukan not pertama yang di beri .

5. Tuliskan satu oktaf skel minor natural tanpa tanda nada menurun berpandukan not yang di beri.

6. Namakan nada minor berpandukan tanda nada yang di beri.

a) _________________ b) ____________ c) ____________ d) ____________ e) ___________ 7. Tuliskan tanda nada minor berpandukan nada yang di beri.

PETA KONSEP

RUJUKAN

Benward, Bruce, & Saker, Marilyn. (2003) Music in Theory & Practice, Vol I (7th Edition) New York, McGraw-Hill, Inc.

Duckworth, William. (2009). A Creative Approach to Music. (10th Edition). London: Schirmer Books.Inc.

Duncan, James and Ochse, Orpha. (2006). Fundamentals of Music Theory. Indo America Books.

Kostka, Stefen & Payne, (2003) Tonal Harmony: With an Introduction to 20th Century Music. (5th Edition). New York, McGraw-Hill, Inc

White, Gary: (2010) Music First. (6t Edition). New York, McGraw-Hill.

Zinn, Michael and Hogenson, (Robert, 1994) Basics of Music: Opus 1 (2nd. Edition) Schirmer Books, New York, Simon and Schuster Macmillan Publishing Co.

Pic Not Dalam Klef trebel dan Klef Bes

Formula Struktur Skel Major

Susunan tanda kromat Jarak 1 Ton Jarak Semiton

Satu Oktaf Bermula dari Pelbagai Pic

Proses dan Teori Mencari Skel Major Tanda Nada syap (#)

Semua Nada Dalam Skel Major yang Terdiri dari Tanda Nada Syap (#) dan flet (b) Proses dan Teori Mencari Skel Major Tanda Nada flet (b)

UNIT 6

Dalam dokumen SRZ 3013 ASAS TEORI MUZIK (Halaman 84-101)

Dokumen terkait