• Tidak ada hasil yang ditemukan

DALAM MAJMU’AH AL-RASAIL

3.3. Latar Belakang Sejarah Hidup Dan Pendidikan Hasan Al-Banna

Hasan al-Banna telah dilahirkan di kampung al-Mahmudiyyah (sesetengah pendapat mengatakan di kampung Syamsyirah) dalam daerah Fuh di wilayah Kafr as-Syeikh (ada yang mengatakan dalam wilayah al-Buhairah), pada 17 Oktober 1906M bersamaan bulan Sya‟ban tahun 1323H17. Ia terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Qaherah. Ayahnya Syeikh Ahmad bin „Abd ar-Rahman bin Muhammad al-Banna al-Sa’ati (nisbah kepada pemilik kedai jam terkenal di kampungnya). Pada masa yang sama ayahnya seorang ilmuan Islam yang pernah mendapat pendidikan formal di Universiti al-Azhar pada era Syeikh Muhammad „Abduh yang menjadi Syeikh al-Azhar ketika itu, ayahnya mahir dalam ilmu fiqh dan hadith dengan mendapat gelaran tokoh/pakar ilmu hadith pada awal abad ke-20 masehi kerana beliau menyusun kitab Musnad18 al-Imam Ahmad bin Hanbal mengenai ilmu Fiqh atau hadith-hadith hukum yang dinamakan dengan Al-Fath

17 Dr. Fathi Yakan : Manhajiah al-Syahid Hasan al-Banna wa Madaris al-Ikhwan al-Muslimin (Beirut : Muassasat al-Risalah – 1998), hal. 12.

18 Sesetengah pendapat ilmuan Islam menegaskan, bahawa perkataan Musnad adalah satu disiplin ilmu yang mensabitkan pandangan para fuqaha‟ dalam satu-satu masalah fiqh. Adapun pada istilah „ilmu hadith, ialah individu yang meriwayatkan hadith daripada beberapa jalan periwayatan seperti Musnad al-Syafi‟ie, Ahmad dan lain-lain. Begitu juga seperti riwayat Imam Zaid yang meriwayatkan daripada bapanya, dari datuknya dan ke atas. Al-Imam Zaid bin „Ali bin al-Hussain Ibn „Ali bin Abi Talib : Musnad Imam Zaid) (Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiah – 1981), hal. 17. Pada entri „Sanada‟ kemudian menjadi Musnad dan kata jama‟nya Masanid, At-Toher Ahmad ar-Rawi (Mantan Mufti Republik Arab Libya) dalam kitabnya : Tartib al-Qomus al-Muhit „ala Toriqah al-Misbah al-Munir wa Asas al-Balaghah, menyebut bahawa musnad bermaksud apa-apa hadith yang disandarkan kepada perawinya seperti Musnad as-Syafi‟ie. (Qaherah : „Isa al-Babiy al-Halabi Wa Syurakahu. t.t), 2:627.

138

al-Rabbani fi Tartib Musnad al-Imam Ahmad al-Syaibani yang terdiri daripada

24 jilid dan beberapa kitabnya yang lain.

Hasan al–Banna dilingkungi dalam persekitaran keluarga yang beramal dengan Islam, cinta kepada ajaran agama yang cukup mendalam dengan berkat kegigihan ayahnya sebagai seorang ulama‟ yang amat menjaga adab-adab Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan ajaran Sunnah Rasulullah s.a.w. hingga menjadi seorang ilmuan terbilang19. Kerana kecenderungannya yang amat mendalam dengan Islam, ayahnya telah mengasuhnya pada usia kecil untuk cinta kepada Islam dalam segenap pendekatan dan ajarannya bukan sahaja secara teori, malah secara praktikal melalui aspek akhlak terpuji, nilai-nilai Islam yang syumul, aqidah yang benar dari sumbernya yang asal iaitu al-Quran dan hadith baginda s.a.w.20.

Pada usia 8 tahun, Hasan Banna telah belajar untuk menghafal al-Quran selain pengajian formal di sekolah yang dibimbing oleh para huffaz kampungnya, kehebatannya dalam menghafal al-Quran pada usia demikian telah disedari oleh salah seorang gurunya bernama Syeikh Muhammad Zahran dan meminta agar ayahnya memasukkannya ke sekolah yang lebih formal di peringkat rendah21.

Walau bagaimanapun sebelum Hasan menjejakkan kaki untuk belajar di sekolah, ayahnya yang juga seorang ulama‟ telah menurunkan beberapa ilmu

19 Op. cit _____Fathi Yakan, hal 12.

20 Dr. Anwar al-Jundi : Hasan al-Banna Al-Da‟iyah al-Imam wa al-Mujaddid al-Syahid (Damsyiq – Dar al-Qalam, 2000), hal. 19.

21

Ziyad Ahmad Salamah : Syeikh Hasan Banna – Sirah Fikriyyah (Amman, Jordan - Dar al-Biyaraq, 2001), hal. 11.

139

agama kepadanya seperti fiqh dan hadith serta ilmu-ilmu yang lain dengan didikan yang penuh disiplin, tambahan pula Hasan memiliki kecerdasan akal dan semangat juang yang tinggi untuk bersaing, pada masa yang sama ayahnya memiliki perpustakaan sendiri yang menjadi teman kepada Hasan untuk merujuk. Minatnya yang mendalam kepada aspek pembacaan menjadikannya lebih matang dalam segenap disiplin ilmu yang digarap. Kegemaran membaca kitab-kitab ilmiah dan akademik di perpustakaan milik ayahnya itu, telah diceritakan sendiri oleh adiknya bernama „Abd ar-Rahman al-Banna yang menyebut, bahawa abangnya (Hasan) amat suka membaca, justeru ilmunya cukup mendalam mengenai sesuatu isu, sama ada agama ataupun semasa, di samping beliau sering menemani ayahnya dalam majlis-majlis penyampaian ilmu (Majlis Ta‟lim), ceramah atau debat yang disertai oleh ramai tokoh ilmuan Islam ketika itu. Berkat kegemarannya untuk membaca, beliau mampu mengupas persoalan politik, bercakap mengenai sistem Komunisme, Kapitalisme, Zionisme dan lain-lain. Beliau juga menguasai ilmu fiqh 4 mazhab dan sentiasa mengajak manusia untuk berpadu dalam soal-soal agama22.

Kematangannya dalam menimba pelbagai ilmu agama dan akademik, menjadikannya sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas hingga seluruh gurunya sayang terhadapnya dan mendoakannya agar satu hari nanti menjadi manusia yang berguna, sejak kecil lagi anak kecil ini (Hasan) menjaga adab-adab Islam secara praktikal seperti yang diasuh oleh ayahnya, di sekolah tempatnya belajar telah ditubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama Muharabat

22 Drs. H.S. Noor Chozin Sufri : Hasan Al-Banna Tokoh Dakwah Di Mesir (Tesis Doktor Falsafah dalam Program Pasca sarjana Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta 1999), hal 26-28.

140

Munkarat (Menyanggah perkara-perkara Mungkar) yang diasaskan oleh ayahnya

sendiri. Beliau menganggotai persatuan ini dan mengetuainya pada usia yang muda (di sinilah beliau mengasah bakat dalam memimpin sebuah organisasi)23.

Pada usianya mencecah 14 tahun, Hasan al-Banna memasuki Sekolah Perguruan Pertama di Damanhur24 pada tahun 1920 setelah selesai menghafal al-Quran dan rajin berpuasa sunat, beliau menghabiskan pengajiannya di situ selama tiga tahun, beliau banyak menghafal bait-bait syair dan puisi yang menjadi sukatan pelajaran dalam subjek bahasa Arab, beliau sempat menghafal kitab-kitab bahasa dan nahu seperti : Mulhah I’rab karangan Hariri, al-Alfiah Ibn Malik, kitab al-Yaqutiyyah Fi al-Mustalah al-Jawharah dalam ilmu tauhid, al-Rahbiyyah dalam ilmu Faraid, kitab ilmu Mantiq, Matn al-Qoduri kitab Fiqh Imam Abu Hanifah, Matn al-Ghoyah Wa at-Taqrib kitab Fiqh Imam as-Syafi‟ie, Manzumah kitab Fiqh Imam Malik dan menghafal kitab al-Qiraat susunan Imam al-Syatibi, dan banyak membaca mengenai falsafah dari buku-buku tulisan Imam al-Ghazali25.

3.4. Latar Belakang Keluarga Hasan Al-Banna

Hasan al-Banna lahir dari keluarga yang amat menyanjung tinggi ajaran Islam dalam segenap disiplin ilmu, ia membuktikan bahawa Hasan mendapat tunjuk ajar dan role model positif daripada ahli keluarganya terutama ayahnya

23 Jaber Rizq : Al-Imam Hasan al-Banna bi Aqlam Talamidhatihi wa Mu‟asirihi (Mansourah – Mesir, Dar al-Wafa‟, 1990), hal. 7-8.

24

Damanhur merupakan satu bandar yang menjadi ibu negeri bagi wilayah al-Buhairah, nama lama bagi bandar ini dalam bahasa Yunani ialah Hormopolis Barfa, adapun pada pemerintahan pertengahan Qibti ia telah ditukar kepada Tamanhur dan akhirnya ditukar kepada namanya sekaranag, iaitu Damanhur. Ia merupakan bandar pesat dalam aspek perdagangan dan pembuatan kapas. Al-Munjid : (Beirut : Dar al-Masyriq, 1984), hal. 288 pada entri : Damanhur.

141

yang sangat membekas dalam sanubarinya hingga melonjakkannya menjadi seorang individu muslim yang hebat.

Beliau adalah anak sulung daripada tujuh beradik, mereka terdiri daripada „Abd Basit, Muhammad, Ahmad „Abd Rahman, Ahmad Jamal al-Din, Fatimah, Fawziyah dan Faridah dari perkahwinan ayahnya dengan isteri lain. Ibunya seorang suri rumah tangga dan sekali-sekala bertani, datang dari keluarga sederhana yang cintakan agama. Hasan bertunang pada malam 27 Ramadan 1351H/1932M dengan seorang gadis bernama Latifah binti Haji Hussain as-Suli dan melangsungkan pernikahan pada 10 Zulhijjah tahun yang sama, dan isterinya meninggal dunia pada 1970, perkahwinannya adalah atas nasihat ibu Hasan kerana melihat Latifah adalah dari keluarga yang baik-baik26.

Hasil perkongsian hidup Hasan dengan Latifah, beliau dikurniakan enam orang cahaya mata, lima perempuan dan seorang lelaki, mereka terdiri daripada Sana‟a, Wafa‟ (Diploma Kesenian Wanita), Raja‟ (Sarjana Muda Kejuteraan), Hajir (Ph.D dalam bidang perubatan kanak-kanak dan menjawat jawatan pensyarah di Fakulti Perubatan al-Azhar) dan Istisyhad27 (Ph.D dalam ekonomi Universiti al-Azhar), anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisyhad oleh Latifah kerana beliau dilahirkan pada hari Hasan mati syahid. Sementara anak lelaki tunggalnya ialah Ahmad Saif al-Islam yang berjiwa kental seperti ayahnya. Beliau berkelulusan dalam bidang ilmu perubatan dari sebuah

26

Ibid______hal. 8

27 Nama Istisyhad diberikan kerana bermaksud mati syahid, sempena kematian Hasan al-Banna, sebelum itu ayah Hasan al-Banna mahu memberi nama cucunya itu dengan Dima‟ yang bermaksud darah, setelah bermesyuarat mereka bersepakat memberi nama Istisyhad. Muhammad Lili Nur Aulia : Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna. (Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise, 2010), hal. 80.

142

kolej perubatan. Beliau pernah ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara selama dua puluh lima tahun pada era pemerintahan Presiden Jamal „Abd al-Nasir28.