• Tidak ada hasil yang ditemukan

DALAM MAJMU’AH AL-RASAIL

3.2. Latar Belakang Sistem Politik Mesir Pada Awal Abad Ke-20

Perlu dijelaskan bahawa kemerosotan dan kemunduran peradaban Islam merupakan perkara yang banyak diperkatakan dan ia menyumbang kepada kehancuran pembangunan sesebuah masyarakat, bukan sahaja oleh para pemikir moden, malah ulama‟-ulama‟ terdahulu. Kemerosotan umat Islam ini menjadi semakin parah di sekitar abad ke-18. Gelombang ini bukan sahaja melanda bangsa Turki yang memerintah Khilafah „Uthmaniyyah, malah meliputi seluruh Dunia Islam. Umat Islam di peringkat global telah mengalami kebekuan

5 Ibid_____4 : 372 6

Op. cit_____Ibn Qaiyim, 3 : 132

7 Muhammad „Abduh : Al-„Amal al-Kamilah li al-Imam al-Syeikh Muhammad „Abduh (Qaherah : Dar al-Syuruq, 2006), 2 : 39

8 Ibid_____3 : 315 9

Ibid_____3 : 435

134

pemikiran dan kerohanian. Kemunduran ini bermula dengan rentetan sejarah jatuhnya kota Baghdad di tangan tentera Monggol pada tahun 1258M.

Beberapa pandangan diberikan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada kemunduran dan kejatuhan umat Islam seluruh dunia. Antara perkara yang sering ditimbulkan ialah fahaman dan amalan umat Islam yang jauh terpesong daripada kebenaran al-Quran dan as-Sunnah. Menyedari hakikat itu, para ulama‟11

berusaha mengerah fikiran dan tenaga untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang luhur12.

Nama-nama seperti Ibn Taimiyyah, al-Ghazali, Muhammad Ibn „Abd al-Wahhab dan Saiyid Muhammad Ibn „Ali al-Sanusi muncul untuk menyedarkan umat Islam yang terlena dibuai kealpaan. Di samping itu, pada

11 Para ulama‟ yang dimaksudkan ialah mereka yang menguasai segenap disiplin ilmu seperti ilmu al-Quran dan tafsir, ilmu hadith, sejarah, falsafah, fiqh dan usul serta yang lain-lain. Bahkan mereka benar-benar menggarap ilmu-ilmu tersebut di atas kesedaran dan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT dan agama-Nya yang tercinta, justeru, segala usaha mereka yang murni ini tidak harus dilupakan, apatah lagi dipandang remeh. Namun menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (728H/1327M) – Ulama‟ pada zaman awal keagungan Islam dikenali sebagai (ahl al-Din wa al-„Ilm) iaitu ahli agama dan ilmu seperti yang ditegaskan dalam kitabnya “Al-Furqan Baina Auliya‟ al-Rahman wa Awliya‟ al-Syaitan, (Iskandariah : Maktabah „Abd al-„Aziz as-Salafiah -1981), hal 34. Ini bermakna pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat, perkataan ulama‟ tidak popular dalam kalangan umat Islam. Individu yang terlibat dalam bidang keagamaan disebut sebagai golongan agama dan ilmu iaitu mereka yang dirujuk mengenai fatwa dan hukum yang juga dipanggil al-Qurra‟ atau “Sahabat al-Qurra‟” dengan perkembangan masa, kemudian baharulah popular istilah „ulama‟ dalam masyarakat selepas itu. Sementara Ahmad Muhammad Jamal dalam bukunya : Muhadarat fi al-Thaqafah al-Islamiah menegaskan, bahawa ulama‟ adalah penyeru kepada kebenaran dan pembawa kebaikan, mereka adalah pewaris para nabi, mereka adalah individu-individu yang bekerja untuk Islam, menyanggah kebatilan dan penindasan dengan kebenaran ilmu-ilmu mereka dengan berani menyampaikan nasihat walaupun terpaksa berdepan dengan mati syahid, kerana ia satu amanah yang mesti dijalankan. (Beirut : Dar al-Kitab al-„Arabi, 1983), hal. 248.

12 Sesungguhnya permasalahan umat Islam tidak hanya berlaku di bumi Mesir, malah Malaysia juga tidak terkecuali menjadi sasaran pihak musuh dari dahulu hingga ke hari ini seperti British yang pernah menjajah Malaysia, kesan dari penjajahan itu maka British telah meninggalkan sistem pemerintahan yang memisahkan agama dari pentadbiran negara dan juga dalam kehidupan harian umat Islam, justeru umat Islam di Malaysia juga perlu kepada usaha membangun diri mereka dengan unsur pembangunan insan ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

135

penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, tampil beberapa orang reformis (mujaddid) terkemuka Islam mengembalikan peradaban Islam untuk dihayati semula. Nama-nama seperti Saiyid Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad „Abduh dan Saiyid Rashid Reda telah muncul dengan peranan masing-masing bagi menyedarkan umat Islam untuk kembali ke landasan yang sebenar.

Pada awal abad ke-20 pula, muncul seorang reformis haraki yang terkenal dengan gagasan dan pendekatan praktikal, iaitu Hasan al-Banna. Kemuncak gagasan dan pendekatan al-Banna khususnya bermula dalam tahun 1948 dan seterusnya merupakan tahap terpenting penglibatan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun (IM) pimpinannya dalam politik Mesir. Pada tahun ini jugalah bermulanya perkembangan politik yang dianggap penting dalam mencorak sejarah Mesir kini13.

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 (Masehi), Mesir berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, penuh dengan penyelewengan dan gejala negatif yang lain. Fenomena ini bukan sahaja menimpa Mesir, malah dialami negara-negara umat Islam yang lain. Kejadian ini bermula daripada jatuhnya empayar „Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924. Seorang pemikir Islam yang terkenal, Abu Hasan al-Nadawi menyifatkan keadaan negara-negara umat Islam secara menyeluruh ketika itu sebagai berada dalam kebingungan, tidak mampu melaksanakan ajaran agama sebaik mungkin, ekoran terikat dengan adat tempatan, kerosakan jentera kerajaan dan sistem pendidikan, yang

13 Abu Sufian Ab. Ghani : “Pembinaan Peradaban Ummah – Pemikiran dan Pendekatan Hasan al-Banna” (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya – cet. Pertama 2004), hal. xi-xii. ISBN 983-100-219-9

136

dipengaruhi hawa nafsu yang terpesong jauh daripada ajaran dan aqidah Islamiah. Negara-negara umat Islam juga dibelenggu dengan pemikiran „jahiliyyah‟14

yang tidak mampu ditangani oleh keimanan yang cuma tinggal sedikit. Ini diburukkan lagi dengan fahaman perkauman sempit yang dibuat dengan pesona peradaban yang diperkenalkan oleh Barat. Ideologi yang diperkenal kemudian dicanangkan sebagai suatu yang mampu untuk mencapai kemajuan yang bertaraf antarabangsa15.

Dengan itu kebanyakan umat Islam terpesona dengan pencapaian Barat dan mengagung-agungkan mereka tanpa mempedulikan lagi nilai-nilai Islam yang suci dan akhirnya terpaksa menyerah diri kepada penguasaan penjajah. Kesan daripada pengaruh modenisasi yang dibawa oleh Imperialis Barat ini jelas telah membawa rakyat tempatan (Mesir) ke arah kecelaruan. Serangan-serangan Barat dalam bentuk ideologi cukup berkesan untuk menghancurkan perpaduan sesama umat Islam16. Justeru, Mesir perlu kepada tokoh terbilang seperti yang

14 Perkataan „jahiliyyah‟ bukan berlawanan dengan cerdik atau bijaksana, akan tetapi ia sesuatu perbuatan, tindakan atau amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti kepercayaan yang bertentangan dengan rukun-rukun iman, ia disandarkan kepada kata-kata Saidina „Umar Ibn al-Khattab yang dinukil oleh Ibn al-Qaiyyim al-Jauziyyah dalam bukunya al-Fawaid yang bermaksud : “Sesungguhnya kemuliaan Islam itu akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dalam kalangan orang Islam yang tidak mengetahui (sebaik-baiknya) apa itu jahiliyyah. Bagi Ahmad Amin „Abd al-Ghaffar ada menegaskan lebih terperinci mengenainya menerusi bukunya yang berjudul : Al-Jahiliah Qodiman wa Hadithan (Kuwait : (Syarikah al-Sya‟ab Li al-Nasyr, 1401H), hal Mukaddimah. Sementara Muhammad Qutb berpendapat, yang dimaksudkan jahiliyyah ialah semua perkara yang tidak menjurus untuk beriman kepada Allah yang benar, iaitu berpaksikan kepada pegangan yang menyimpang jauh daripada Islam, tidak mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap tindakan, perbuatan dan amalan termasuk tidak berhukum dengan peraturan dan undang-undang Allah SWT, seolah-olah manusia tiada ikatan dengan Tuhannya, atau tiada hubungan dengan alam sekeliling, malah lebih teruk dari itu manusia tiada ikatan dengan saudara-saudaranya, hidup tanpa nilai akhlak dan gambaran Islam sebenar, inilah yang dikatakan jahiliyyah moden, berbeza dengan jahiliyyah kuno, mereka percaya dan yakin kepada Allah tetapi tidak mahu tunduk untuk sembah kepada-Nya. : Jahiliah al-Qarn al-„Isyrin (Qaherah, Dar as-Syuruq, 1988), hal. 42-43.

15

Abu al-Hasan Ali al-Nadwi : Madha Khosira al-„Alam bi Inhitat al-Muslimin (Qaherah : Maktabah al-Iman, 2012), hal. 33.

137

pernah dilahirkan sejarah sebelum itu seperti Syeikh Muhammad „Abduh, Rashid Rida dan lain-lain untuk membawa dan memimpin rakyatnya untuk berpegang kepada ajaran Islam sebenar.