• Tidak ada hasil yang ditemukan

LINKEDIN

Dalam dokumen Laman sosial untuk pendidikan (Halaman 36-58)

30 Bab 3: LinkedIn

8. Kreativiti.

(Sumber: http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college- students-can-benefit-linkedin)

FAEDAH KEPADA GURU

Berikut ialah beberapa faedah penggunaan LinkedIn untuk guru:

1. Cara yang murah dan berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan menyebarkan berita tentang sekolah dan acara. 2. Maklumat boleh disampaikan kepada ibu bapa yang tidak dapat datang

ke sekolah.

3. Boleh membina perkongsian dengan sekolah-sekolah di negeri atau negara lain.

4. Bekerjasama dengan guru lain.

5. Bertukar-tukar pelan pengajaran dan maklumat. 6. Peningkatan akses kepada sumber.

(Sumber: http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college- students-can-benefit-linkedin)

CARA PELAJAR BOLEH MENDAPAT FAEDAH DARIPADA LINKEDIN

Berikut ialah beberapa cara pelajar boleh mendapat faedah daripada LinkedIn: 1. Mendapat makluman tentang kerja melalui e-mel.

2. Berhubung dengan golongan profesional. 3. Melakukan kajian tentang syarikat. 4. Mendapat perakuan.

5. Membolehkan syarikat mencari anda. 6. Berhubung dengan pelajar lain.

7. Mendapat kerja di peringkat antarabangsa.

(Sumber: http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college- students-can-benefit-linkedin)

32 Bab 3: LinkedIn

MULAKAN DENGAN LINKEDIN

Pergi ke: http://www.linkedin.com/

Daftar Masuk / Pendaftaran

Jika anda belum mempunyai akaun LinkedIn, anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik ‘Join Now’.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LinkedIn akan menghantar satu

e-mel kepada akaun e-mel yang

anda daftarkan. Klik pada pautan untuk mengesahkan alamat e-mel anda.

Tetingkap ini akan muncul. Anda perlu

klik butang ‘Confirm’. Kini anda boleh menggunakan akaun LinkedIn anda.

Masukkan alamat e-mel dan kata laluan, kemudian klik ‘Sign In’.

34 Bab 3: LinkedIn

Mengajak Rakan

Menyunting Profil Anda

Untuk mengajak rakan dan berhubung menggunakan LinkedIn, masukkan alamat

e-mel rakan anda di sini.

Kemudian klik ‘Send Invitation’.

Untuk mula menyunting profil

anda, klik tab ‘Profile’ di sini.

Pergi ke ‘Edit Profile’.

LANGKAH 3

Menambah gambar profil

Untuk

menambah/menukar gambar profil anda, klik

‘Add Photo’.

Anda juga boleh mencatatkan dan berkongsi maklumat

terkini anda di sini.

Lihat gambar dari fail di komputer anda.

Klik butang ‘Upload Photo’.

36 Bab 3: LinkedIn

Mencari & Menambah Rangkaian

Anda boleh berkongsi profil anda kepada ahli LinkedIn yang lain. Anda juga boleh menyimpan dan

mencetaknya dalam format pdf. Anda boleh menyemak

peratus kelengkapan profil anda. Klik pada

senarai untuk mengemaskinikannya.

Masukkan nama orang yang ingin anda cari di

LinkedIn.

LANGKAH 5

Atau anda boleh mencari menggunakan versi carian lanjutan di

sini.

Senarai nama dalam hasil carian

Bilangan hasil carian.

Pilih dan klik pada nama yang ingin anda tambahkan dalam rangkaian.

38 Bab 3: LinkedIn

RUJUKAN

What is LinkedIn and Why Should You Join?

http://windmillnetworking.com/2009/08/26/what-is-linkedin-and-why- should-you-join/ [11 Ogos 2011]

Teaching and Learning Resources / Social Networking.

http://teachinglearningresources.pbworks.com/w/page/31012687/Socia l%20Networking [11 Ogos 2011]

7 ways college students can benefit from Linkedin. 2011.

http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-students- can-benefit-linkedin [11 Ogos 2011]. Klik di sini untuk menambahnya ke dalam rangkaian anda. Atau anda boleh menghantar e- mel sebelum menambahnya.

APAKAH ITU BLOG?

Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya ‘weblog’) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

KELEBIHAN WEB LOG ATAU BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan: 1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi

yang lain.

Bab 4

40 Bab 4: Blogger

2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks, imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan dengan penerbitan web tradisional.

3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript).

4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya.

5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan kekayaan maklumat.

6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada bila-bila masa dan di mana-mana jua).

7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog. Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa.

8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya, penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).

FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG

Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010):

1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.

2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.

3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya.

4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka.

5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.

6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.

7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka.

42 Bab 4: Blogger

8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

CARA MENGGUNAKAN BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar seperti berikut:

Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komen- komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya.

Blog Pelajar: Blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006) merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman pembelajaran, dan memberikan laporan tentang kandungan serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber- sumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan pelajar pula mencatatkan perkembangan dan dapatan projek.

MULAKAN DENGAN BLOGGER

Pergi ke: http://www.blogger.com/

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk membina blog, anda perlu mempunyai akaun

Google. Klik’Get started’ untuk membuat akaun

tersebut.

Untuk membuat akaun Google, anda

dikehendaki mengisi borang

dalam talian.

LANGKAH 1

44 Bab 4: Blogger Pilih negara anda Masukkan nombor telefon anda bermula dengan kod negara. Klik ‘Send verification

code to my mobile phone’. Nombor kod

tersebut akan dihantar terus ke telefon anda. Setelah anda menerima kod pengesahan. Masukkan nombor kod tersebut di sini. Kemudian klik ‘Verify’. Untuk pengesahan

akaun, anda perlu memilih sama ada untuk mendapatkan

kod pengesahan melalui mesej teks

atau panggilan suara.

Menamakan Blog

Memilih Templat

Masukkan nama blog anda. Anda

juga boleh mengubah nama

tersebut kemudian.

Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda.

Selepas itu, klik ‘CONTINUE’ .

LANGKAH 3

LANGKAH 4

Kemudian, klik ‘CONTINUE’. Pilih templat anda (anda boleh menukar templat pada bila- bila masa).

46 Bab 4: Blogger

Mencatat (Posting)

Klik di sini untuk mulablogging.

Pada paparan blog anda, klik ‘New Post’ yang berada

dibahagian atas sebelah kanan. Masukkan judul catatan anda. Taip teks di sini.

Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’ atau ‘PREVIEW’. Jika anda sudah bersedia untuk

menerbitkan catatan tersebut, anda boleh klik pada ‘PUBLISH POST’.

Sekarang, blog anda sudah siap dibina.

Anda boleh mula menulis catatan

(posting)dan mengubahsuai blog

anda.

Semasa mengedit teks, anda boleh memasukkan pautan (link), imej atau video.

Anda juga boleh memuatnaik video dari folder anda atau daripada YouTube.

48 Bab 4: Blogger

Mengulas Catatan

Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan, dan klik

‘Comment’.

Muka ini akan dipaparkan dan anda boleh mula menulis

komen anda.

Kemudian, klik pada ‘Post Comment’. Anda boleh ‘Preview’

ulasan tersebut sebelum diterbitkan.

LANGKAH 6

Mengubahsuai Blog

Untuk mengubahsuai blog, klik ‘Design’ yang berada pada bahagian atas sebelah

kanan anda. Halaman ini akan

dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen blog anda mengikut lokasi

kesukaan.

Anda juga boleh menambah gajet ke

blog anda serta memilih pelbagai gajet yang disediakan. Kemudian anda boleh ‘Preview’ dan‘Save’.

LANGKAH 7

50 Bab 4: Blogger

RUJUKAN

Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education – some ideas about their benefits and downsides. http://uvenus.org/2010/06/07/blogs- in-higher-education-%E2%80%93-some-ideas-about-their-benefits-and- downsides/html [4 Mei 2011]

http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011]

Lowe, A.J. 2006. Blog use in teaching – Dragster activity. Internet: http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011] Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in

higher education: Benefits and barriers.

APAKAH ITU WORDPRESS

Dalam dokumen Laman sosial untuk pendidikan (Halaman 36-58)

Dokumen terkait