Web 2.0 dalam
Pendidikan
MOHAMED AMIN EMBI
Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
Cetakan Pertama/First Printing 2012 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia/ Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Pusat Pembangunan Akademik UKM terlebih dahulu.
All right reserved. No part of this publication may be
reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Centre for Academic Advancement UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA
http://www.ukm.my/ppa e-mel: [email protected]
Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan
Mohamed Amin Embi
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
BAB 1 FACEBOOK
Apakah itu Facebook?……….….…….…1
Kelebihan Facebook……….…1
Cara menggunakan Facebook dalam pendidikan……….…….…...3
Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran…………....3
Mulakan dengan Facebook………...5
Rujukan…..………..…………....17
BAB 2 TWITTER Apakah itu Twitter?……….…….……...18
Kelebihan Twitter …...……….….…..…...19
Cara menggunakan Twitter dalam pendidikan………...19
Mulakan dengan Twitter………...…………...22
Rujukan….………...………...27
BAB 3 LINKEDIN Apakah itu Linkedin?...……….………...28
Faedah kepada pelajar...………..………..………..28
Faedah kepada guru……….………..………….29
Cara pelajar boleh mendapat faedah daripada Linkedin…...…..………29
Mulakan dengan Linkedin...………..………..31
ii Isi kandungan
BAB 4 BLOGGER
Apakah itu blog? ..………...………....38
Kelebihan log web atau blog….………...…………..38
Faedah menggunakan blog………...……40
Cara menggunakan blog………...………...41
Mulakan dengan Blogger………..………….…………..42
Rujukan…….………..……….………...49
BAB 5 WORDPRESS Apakah itu Wordpress?………..………...50
Kelebihan Wordpress……..………....………..50
Cara menggunakan Wordpress………...51
Mulakan dengan Wordpress…….………...…………...52
Rujukan……….………...………...58
BAB 6 EDMODO Apakah itu Edmodo?………...………59
Menggunakan Edmodo dalam pendidikan…...…………..……….60
Mulakan dengan Edmodo..…..………..…………..62
Rujukan………..……….………....71
BAB 7 NING Apakah itu Ning?...………..………....72
Faedah menggunakan Ning dalam pendidikan………..……...72
Cara menggunakan Ning………...73
Penggunaan Ning dalam pengajaran dan pembelajaran………...……....74
Mulakan dengan Ning…...……….……...76
BAB 8 GROUPLY
Apakah itu Grouply?...………..……….91
Faedah Grouply..……..………..………..………..91
Grouply dalam pendidikan……..………..……….92
Mulakan dengan Grouply..………..……….……..94
Rujukan…………..……….………..101
BAB 9 SQUIDOO Apakah itu Squidoo?...……….………….102
Faedah Squidoo………..………..………..………...102
Faedah pembinaan Kanta Squidoo………...…103
Mulakan dengan Squidoo...………..………...105
Rujukan………..…………..………....111
BAB 10 GOOGLE WAVE Apakah itu Google Wave?.………..……….112
Faedah Google Wave...…...………..……….112
Google Wave dalam pendidikan..………..…………..…113
Mulakan dengan Google Wave.……..………..………115
APAKAH ITU FACEBOOK?
Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007).
KELEBIHAN FACEBOOK
Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan:
1. Papan buletin, 2. Pemesejan segera, 3. E-mel,
Bab 1
2 Bab 1: Facebook
4. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar,
5. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem.
Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan:
1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.
2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999).
3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri.
4. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa.
5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas.
7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet. 8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara
melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007).
CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN
Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:
1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas,
pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.
PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4 Bab 1: Facebook
MULAKAN DENGAN FACEBOOK
Pergi ke: http://www.facebook.com/
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk menggunakan Facebook, anda perlu membuat akaun Facebook dengan mengisi maklumat yang dikehendaki.
Kemudian, klik pada ‘Sign Up’.
LANGKAH 1
6 Bab 1: Facebook
Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar. Anda perlu melengkapkan sekarang
atau dilakukan kemudian.
Untuk keluar dari halaman ini klik ‘Skip this step’. Facebook akan menghantar
email untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Klik pada‘Get started’ dan anda boleh mula untuk
Mencari Rakan
Pilih rakan yang anda mahu untuk dijadikan
sebagai rakan Facebook.
Pilih rakan untuk dijemput (Jika rakan anda
tidak mempunyai akaun Facebook).
Pergi ke ‘Find friends’. Anda boleh
mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau
daripada aplikasi lain.
8 Bab 1: Facebook
Menyunting Profil
Klik pada ‘Edit Profile’. Pergi ke ‘Profile’.
Pilih perkara yang anda mahu untuk
disunting.
Pengumpulan Rakan
Pergi ke ‘Account’.
Kemudian klik ‘Create a List’. Klik pada
10 Bab 1: Facebook
Masukkan nama pengumpulan
rakan yang hendak ditubuhkan,
contohnya “students”.
Pilih ‘Students”. Sekarang, anda boleh
mula menyunting senarai rakan untuk
dikumpul dalam senarai ‘Student’ dengan pergi ke ‘Edit
Privasi
Pergi ke ‘Account’.
Klik pada ‘Privacy Settings’.
Pilih jenis privasi yang anda mahu
untuk akaun Facebook anda.
Kemudian klik pada ‘Apply These
12 Bab 1: Facebook
Menjadikan Status (Catatan Dinding) Privasi
Tulis status (catatan dinding)
anda di sini.
Pilih jenis privasi yang tersenarai
atau suaikan mengikut kehendak anda.
Pilih status untuk dilihat ‘These
people’.
Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan
kepada individu-individu tertentu di
sini. Kemudian klik pada
Album Gambar
Pada halaman utama Facebook, anda klik
‘Photos’.
Pilih gambar daripada folder anda yang sudah
sedia ada.
14 Bab 1: Facebook
Klik pada ‘Create Album’.
Pilih jenis privasi perkongsian album
gambar tersebut. Berikan nama untuk
album anda.
Kemudian klik ‘Publish Now’ atau ‘Skip’
bahagian ini.
Tuliskan penerangan berkenaan album
anda. Klik pada
Menubuhkan Kumpulan
Pada halaman utama facebook, klik pada
‘Create Group’. “Web 2.0 tools”. Pilih ahli untuk
dimasukkan di dalam kumpulan
ini.
Kemudian klik pada ‘Create’. Pilih jenis privasi
16 Bab 1: Facebook
Membuat Acara Tuliskan topik untuk
memulakan perbincangan.
Pilih aktiviti yang anda
mahu lakukan.
Pada muka utama Facebook anda, klik
Klik ‘Create an Event’.
Masukkan maklumat berkenaan acara
tersebut.
18 Bab 1: Facebook
RUJUKAN
Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B. A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.),The social works of higher education (pp. 95-109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press.
Caroline Lego Muñoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use Facebook in the College Classroom. http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Faceboo k.pdf [7 Mac 2011]
Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. I’ll see you on ‘Facebook’: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation, affective learning, and classroom climate. Communication Education, 56,1-17.
BAB
APAKAH ITU TWITTER?
Penulisan blog mikro ialah salah satu teknologi Web 2.0 dan bentuk baharu penulisan blog yang membolehkan pengguna menerbitkan catatan ringkas terkini atau gambar secara dalam talian dengan hanya 140-200 jumlah aksara. Catatan ini boleh disunting dan diakses dalam talian, atau dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau khidmat pemesejan segera (IM). Penulis blog mikro biasanya memasukkan catatan mereka sebagai satu widget pada blog atau laman web mereka. Penulisan blog mikro membolehkan interaksi masa nyata sesama pengguna menggunakan alat, teknologi dan aplikasi yang berbeza-beza. Khidmat blog mikro yang paling terkenal ialah Twitter (Carmen & Gabriela 2008).
Laman web Twitter, yang dimiliki dan diusahakan oleh Twitter Inc., menawarkan perangkaian sosial dan penulisan blog mikro yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil tweet. Tweet ialah siaran teks dengan jumlah maksimum 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna. Format tweet yang ringkas ialah ciri khusus perkhidmatan ini, yang membolehkan kerjasama tidak rasmi dan perkongsian maklumat dengan pantas bagi melegakan kelesuan akibat penggunaan e-mel dan IM yang semakin meningkat. Penulisan di Twitter juga merupakan cara komunikasi yang kurang
Bab 2
20 Bab 2: Twitter
berhalangan: anda boleh berkongsi maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel atau pesanan IM dengan anda, dan ini akan memperluas lingkungan hubungan anda untuk merangkumi komuniti yang terdiri daripada mereka yang sehaluan dengan anda (http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter).
KELEBIHAN TWITTER
Antara kelebihan Twitter adalah:
1. Twitter mudah digunakan. Pendaftaran mengambil masa tidak sampai seminit dan tiada e-mel pengesahan diperlukan.
2. Anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang diingini. Pengikut dianggap sebagai rakan. Setelah mereka mengikuti tweet anda, anda juga boleh mengikuti mereka dan terus dianggap sebagai rakan mereka.
3. Papan pesanan atau “tweet” itu sendiri boleh dilihat oleh orang ramai sama ada mereka rakan penyiar ataupun bukan, dan anda juga boleh menyertakan URL anda yang boleh diklik.
4. Templat profil Twitter juga unik, yang boleh dibina melalui HTML atau dibeli melalui pengedar-pengedar sah di beberapa laman web lelong yang berkaitan dengan templat.
CARA MENGGUNAKAN TWITTER DALAM PENDIDIKAN
Berikut adalah beberapa cara menggunakan Twitter dalam pendidikan:
1. Papan Twit: Maklumkan kepada pelajar tentang perubahan kandungan kursus, jadual, tempat atau maklumat penting lain.
2. Membuat Ringkasan: Minta pelajar untuk membaca satu artikel atau bab dan kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel atau bab tersebut. Had 140 aksara memerlukan disiplin akademik yang kukuh.
3. Pautan Twit: Kongsi hiperpautan. Arahkan setiap pelajar untuk berkongsi satu hiperpautan baharu kepada laman web berfaedah yang ditemui dari semasa ke semasa.
4. Mengekori di Twitter: Ikuti personaliti terkenal dan catatkan perkembangan mereka. Lebih baik jika aktiviti ini dapat dikaitkan dengan suatu acara (seperti semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, ramai yang mengikuti @ BarackObama untuk mengetahui ucapan terkini beliau, dsb.)
5. Tweet Masa Silam: Pilih seorang individu terkenal pada zaman dahulu dan buka akaun Twitter untuk mereka. Pilih seorang tokoh sejarah dan tulis tweet dengan kerap seolah-olah anda adalah mereka, dengan mengunakan gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang dirasakan mungkin digunakan oleh mereka.
22 Bab 2: Twitter
7. Penulisan Mikro: Penulisan kolaboratif secara progresif di Twitter. Pelajar bersetuju untuk bergilir-gilir menulis ‘cerita’ dalam tempoh waktu tertentu.
8. Lingua Tweeta: Sesuai bagi pembelajaran bahasa moden. Hantar tweet dalam bahasa asing dan minta pelajar membalasnya dalam bahasa yang sama atau menterjemahkan tweet tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka.
9. Tweming: Mulakan satu meme (idea yang tersebar melalui Internet) – capai persetujuan tentang satu tanda hash sepunya supaya semua kandungan yang dimasukkan akan direkodkan secara automatik oleh Twemes (satu aplikasi yang mengikuti tweet melalui tag yang dimasukkan dan memaklumkan perkara yang sedang dibualkan di Twitter) atau aplikasi pengumpulan lain.
MULAKAN DENGAN TWITTER
Pergi ke: http://www.twitter.com.
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk membuat akaun Twitter, klik butang ‘Sign
Up’.
LANGKAH 1
24 Bab 2: Twitter
Masukkan maklumat
yang dikehendaki.
Kemudian klik ‘Create
my account’.
Selepas itu, anda perlu mengakses akaun email anda. Twitter akan menghantar email
pengesahan. Klik pada pautan yang diberi untuk mengesahkan
Mencari Rakan Anda akan dibawa
ke muka Twitter dan anda perlu mendaftar masuk
menggunakan ID dan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran akaun.
Klik pada ‘Find Friends’.
Cari rakan Twitter melalui akaun email seperti Gmail, Yahoo!, AOL, Hotmail dan MSN.
Twitter akan menyenaraikan
rakan-rakan anda yang mempunyai akaun
26 Bab 2: Twitter
Untuk mula mengikuti (mengetahui catatan terkini
dan yang dikemaskini), buka laman web yang anda
ingin ikuti kemudian klik pada ikon ‘Twitter’.
LANGKAH 4
Tulis di sini untuk memulakan perbualan/ topik.
Halaman ini akan terpapar.
Klik di sini untuk mula mengikuti.
Klik ‘Retweet’ pada catatan yang anda
gemari.
Atau anda juga boleh pergi ke ‘Who To Follow’. Kemudian, masukkan
kata kunci untuk mula membuat pencarian tentang perkara yang
anda ingin ikuti.
28 Bab 2: Twitter
RUJUKAN
Advantages and disadvantages of Twitter.
http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-and-disadvantages-of-twitter.php [27 Mei 2011]
Carmen Holotescu & Gabriela Grosseck. 2008. Using microblogging in education. http://www.scribd.com/doc/2286799/Can-we-use-Twitter-for-educational-activities [27 Mei 2011]
APAKAH ITU LINKEDIN?
LinkedIn ialah pangkalan data golongan profesional yang amat besar.
Maklumat yang biasa dimasukkan oleh pengguna seperti kategori “Tajuk
Utama Profil”, “Ringkasan”, “Pendidikan”, “Syarikat”, dsb. membolehkan kita
mengenal pasti orang yang dicari berdasarkan faktor tertentu. Ringkasnya,
LinkedIn ialah tempat untuk mencari dan ditemui (Neal Schaffer 2009).
FAEDAH KEPADA PELAJAR
Berikut ialah faedah LinkedIn kepada pelajar:
1. Peningkatan kemahiran dan kecekapan dalam teknologi.
2. Peningkatan pendedahan kepada pandangan yang berbeza.
3. Perkembangan dalam kemahiran komunikasi.
4. Peningkatan kebolehan untuk bekerjasama dalam projek berkumpulan.
5. Ramai pelajar telah pun menggunakan teknologi ini, jadi mereka
mungkin menumpukan lebih perhatian dalam pelajaran jika teknologi ini
digunakan.
6. Pelajar boleh membina imej diri yang positif dengan menonjolkan kualiti
terbaik dalam diri mereka.
7. Kekal berhubung.
Bab 3
30 Bab 3: LinkedIn
8. Kreativiti.
(Sumber:
http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-students-can-benefit-linkedin)
FAEDAH KEPADA GURU
Berikut ialah beberapa faedah penggunaan LinkedIn untuk guru:
1. Cara yang murah dan berkesan untuk menyampaikan maklumat
kepada ibu bapa dan menyebarkan berita tentang sekolah dan acara.
2. Maklumat boleh disampaikan kepada ibu bapa yang tidak dapat datang
ke sekolah.
3. Boleh membina perkongsian dengan sekolah-sekolah di negeri atau
negara lain.
4. Bekerjasama dengan guru lain.
5. Bertukar-tukar pelan pengajaran dan maklumat.
6. Peningkatan akses kepada sumber.
(Sumber:
CARA PELAJAR BOLEH MENDAPAT FAEDAH DARIPADA
Berikut ialah beberapa cara pelajar boleh mendapat faedah daripada LinkedIn:
1. Mendapat makluman tentang kerja melalui e-mel.
2. Berhubung dengan golongan profesional.
3. Melakukan kajian tentang syarikat.
4. Mendapat perakuan.
5. Membolehkan syarikat mencari anda.
6. Berhubung dengan pelajar lain.
7. Mendapat kerja di peringkat antarabangsa.
(Sumber:
32 Bab 3: LinkedIn
MULAKAN DENGAN LINKEDIN
Pergi ke: http://www.linkedin.com/
Daftar Masuk / Pendaftaran
Jika anda belum mempunyai akaun LinkedIn,
anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang
diperlukan.
Kemudian, klik ‘Join Now’.
LANGKAH 1
LinkedIn akan menghantar satu
e-mel kepada akaun e-mel yang
anda daftarkan.
Tetingkap ini akan muncul. Anda perlu
klik butang ‘Confirm’. Kini anda boleh menggunakan akaun LinkedIn anda.
34 Bab 3: LinkedIn
Mengajak Rakan
Menyunting Profil Anda
Untuk mengajak rakan dan berhubung menggunakan LinkedIn, masukkan alamat
e-mel rakan anda di sini.
Kemudian klik ‘Send Invitation’.
Untuk mula menyunting profil
anda, klik tab ‘Profile’ di sini.
Pergi ke ‘Edit Profile’.
LANGKAH 3
Menambah gambar profil
Untuk
menambah/menukar gambar profil anda, klik
‘Add Photo’.
Anda juga boleh mencatatkan dan berkongsi maklumat
terkini anda di sini.
Lihat gambar dari fail di komputer anda.
36 Bab 3: LinkedIn
Mencari & Menambah Rangkaian
Anda boleh berkongsi profil anda kepada ahli LinkedIn yang lain. Anda juga boleh menyimpan dan
mencetaknya dalam format pdf. Anda boleh menyemak
peratus kelengkapan profil anda. Klik pada
senarai untuk mengemaskinikannya.
Masukkan nama orang yang ingin anda cari di
Atau anda boleh mencari menggunakan versi carian lanjutan di
sini.
Senarai nama dalam hasil carian
Bilangan hasil carian.
38 Bab 3: LinkedIn
RUJUKAN
What is LinkedIn and Why Should You Join?
http://windmillnetworking.com/2009/08/26/what-is-linkedin-and-why-should-you-join/ [11 Ogos 2011]
Teaching and Learning Resources / Social Networking.
http://teachinglearningresources.pbworks.com/w/page/31012687/Socia
l%20Networking [11 Ogos 2011]
7 ways college students can benefit from Linkedin. 2011.
http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-students-can-benefit-linkedin [11 Ogos 2011].
APAKAH ITU BLOG?
Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya ‘weblog’) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).
KELEBIHAN WEB LOG ATAU BLOG
Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan: 1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi
yang lain.
Bab 4
40 Bab 4: Blogger
2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks, imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan dengan penerbitan web tradisional.
3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript).
4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya.
5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan kekayaan maklumat.
6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada bila-bila masa dan di mana-mana jua).
7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog. Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa.
FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG
Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010):
1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.
2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.
3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya.
4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka.
5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.
6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.
42 Bab 4: Blogger
8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.
CARA MENGGUNAKAN BLOG
Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar seperti berikut:
Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komen-komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya.
MULAKAN DENGAN BLOGGER
Pergi ke: http://www.blogger.com/
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk membina blog, anda perlu mempunyai akaun
Google. Klik’Get started’ untuk membuat akaun
tersebut.
Untuk membuat akaun Google, anda
dikehendaki mengisi borang
dalam talian.
LANGKAH 1
44 Bab 4: Blogger Klik ‘Send verification
code to my mobile phone’. Nombor kod
tersebut akan dihantar terus ke
telefon anda. tersebut di sini.
Kemudian klik ‘Verify’. Untuk pengesahan
akaun, anda perlu memilih sama ada untuk mendapatkan
kod pengesahan melalui mesej teks
Menamakan Blog
Memilih Templat
Masukkan nama blog anda. Anda
juga boleh mengubah nama
tersebut kemudian.
Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda.
46 Bab 4: Blogger
Mencatat (Posting)
Klik di sini untuk mulablogging.
Pada paparan blog anda, klik ‘New Post’ yang berada
dibahagian atas
Taip teks di sini.
Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’ atau ‘PREVIEW’. Jika anda sudah bersedia untuk
menerbitkan catatan tersebut, anda boleh klik pada ‘PUBLISH POST’.
Sekarang, blog anda sudah siap dibina.
Anda boleh mula menulis catatan
(posting)dan mengubahsuai blog
anda.
Semasa mengedit teks, anda boleh memasukkan pautan (link), imej atau video.
Anda juga boleh memuatnaik
video dari folder anda
48 Bab 4: Blogger
Mengulas Catatan
Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan, dan klik
‘Comment’.
Muka ini akan dipaparkan dan anda boleh mula menulis
komen anda.
Kemudian, klik pada ‘Post Comment’. Anda boleh ‘Preview’
Mengubahsuai Blog
Untuk mengubahsuai blog, klik ‘Design’ yang berada pada bahagian atas sebelah
kanan anda. Halaman ini akan
dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen blog anda mengikut lokasi
kesukaan.
Anda juga boleh menambah gajet ke
50 Bab 4: Blogger
RUJUKAN
Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education – some ideas about their benefits and downsides. http://uvenus.org/2010/06/07/blogs- in-higher-education-%E2%80%93-some-ideas-about-their-benefits-and-downsides/html [4 Mei 2011]
http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011]
Lowe, A.J. 2006. Blog use in teaching – Dragster activity. Internet: http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011]
Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in higher education: Benefits and barriers.
APAKAH ITU WORDPRESS
WordPress ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog (http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/).
KELEBIHAN WORDPRESS
WordPress merupakan pilihan paling lazim bagi pengguna blog kerana ciri-ciri berikut:
1. Mudah dan versatil (serba boleh) - WordPress sesuai untuk sesiapa sahaja – daripada pengguna novis (yang baru belajar) hinggalah kepada pengatur cara yang mahir.
2. Antara muka dengan pelbagai ciri - WordPress mempunyai pelbagai editor teks dengan sokongan multimedia yang canggih;
3. Boleh berkembang - Komuniti WordPress mengedarkan banyak modul untuk hampir semua ciri laman web yang popular;
4. Sumber Terbuka - WordPress adalah percuma untuk dipasang dan digunakan pada laman web anda.
Bab 5
52 Bab 5: Wordpress
(Sumber: http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html)
CARA MENGGUNAKAN WORDPRESS
Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan WordPress:
1. WordPress ialah satu platform yang mudah digunakan untuk membina apa sahaja bentuk laman web termasuklah laman web portfolio (Cameron 2009).
2. WordPress sebagai penggerak atau penjana laman web sekolah dan blog kelas. Anda boleh mengelog masuk ke laman web sekolah di Internet dan menggunakan antara muka web untuk menjadikan laman web anda lebih canggih (Kuroneko 2008).
MULAKAN DENGAN WORDPRESS
Pergi ke: http://wordpress.com/
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk mula mendaftar klik pada
butang ‘Sign up now’.
LANGKAH 1
54 Bab 5: Wordpress
Lengkapkan borang berikut untuk membuat akaun WordPress dan alamat
blog anda.
Kemudian, klik ‘Sign up’.
Setelah anda klik pada ‘sign up’, halaman ini akan terpapar. Anda perlu pergi ke kotak email anda untuk mengaktifkan akaun
WordPress.
Anda akan menerima email ini dan anda
perlu klik pada pautan yang diberi untuk mengaktifkan
akaun anda.
Masukkan maklumat berkenaan profil anda
Menyunting Blog
Simpan profil anda dengan klik pada butang ‘Save Profile’.
Setelah anda selesai mengaktifkan akaun, anda boleh log masuk
dan mula menggunakan
WordPress.
Pada halaman utama blog anda, klik pada
‘About’.
Klik ‘Edit’ untuk mula menyunting halaman
tersebut.
56 Bab 5: Wordpress
Buang teks ini, dan anda boleh mula menulis berkenaan dengan blog anda
di halaman utama ini.
Klik pada ‘Update’. Klik pada ‘Preview Changes’
sebelum anda klik butang ‘Update’.
Untuk pergi kembali ke halaman blog anda, klik
Menambah Pautan
Pergi ke ‘My Blog’.
Klik pada ‘Dashboard’
Kemudian klik ‘Add New’.
Masukkan maklumat yang dikehendaki dan
kemudian klik pada ‘Add Link’.
58 Bab 5: Wordpress
Menukar Ketrampilan Blog
Klik ‘Appearance’ pada halamanDashboard.
Halaman ini akan terpapar dan anda boleh memilih tema yang anda gemari.
Pilih tema dan klik pada ‘Activate’.
Mengulas Catatan
Pada halaman blog , anda akan melihat perkataan ‘Comment’. Untuk memberikan komen, anda
perlu klik pada teks ‘Comment’ tersebut.
Halaman ini akan terpapar.
Tulis komen anda di sini.
Klik pada ‘Post Comment’ untuk menghantar atau
membalas ulasan yang diterima.
60 Bab 5: Wordpress
RUJUKAN
Cameron Chapman. 2009. Ultimate Guide To Using WordPress For A Portfolio. http://www.smashingmagazine.com/2009/04/29/ultimate-guide-to-using-wordpress-for-a-portfolio/ [8 Mac 2011].
Koruneko. 2008. WordPress Roles and Capabilities: How to get Students and Teachers to Put Content on Your School or Class Website. http://blog.classroomteacher.ca/68/wordpress-roles-and-capabilities- how-to-get-students-and-teachers-to-put-content-on-your-school-or-class-website/ [8 Mac 2011]
What is Wordpress.
http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html [8 Mac 2011]
APAKAH ITU EDMODO?
Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru
dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan
cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.
Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih
melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskan model penulisan blog
mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo
membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik
pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan
dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea
sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan
dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan.
Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar
yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
(Sumber: http://www.edmodo.com)
Bab 6
62 Chapter 6: Edmodo
MENGGUNAKAN EDMODO DALAM PENDIDIKAN
Keringkasan antara muka dan kebolehcapaian Edmodo menjadikannya satu
dunia pembelajaran yang berkesan. Ia membolehkan pelajar mengambil
bahagian secara aktif. Edmodo menyediakan ruang kepada tutor untuk
menghantar peringatan tugasan, membina kalendar acara, dan menghantar
mesej kepada ahli kumpulan. Pengguna juga boleh berkongsi pautan, video,
dan imej. Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan
berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan. Untuk mata pelajaran
seperti bahasa asing, tutor telah pun menggunakan Edmodo untuk
menetapkan kelas gandingan antara mereka dengan guru bahasa lain dari
serata dunia. Pelajar boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui
suapan RSS dengan mudah. Tutor juga boleh membuat pentaksiran autentik
formatif yang lain menggunakan Edmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk
membaca dan mengupas sebuah petikan dengan mudahnya boleh bertukar
menjadi satu tugasan bertulis. Pelajar boleh merumuskan dan memberikan
jawapan, dan bergilir-gilir menjawab soalan satu sama lain (Picardo, 2011).
Menurut Jarc (2010), Edmodo membolehkannya mengawasi kemajuan
pelajar, menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman
melalui e-mel dan mesej teks, dan yang paling penting, Edmodo menyediakan
cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik.
Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan
temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan
dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta
pembacaan yang dibuat. Edmodo membantu dalam pembinaan rangkaian yang
lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak
dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan, oleh
yang demikian ia menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk pelajar
dan tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga mengurangkan bilangan kertas
64 Chapter 6: Edmodo
MULAKAN DENGAN EDMODO
Pergi ke: http://www.edmodo.com/
Daftar Masuk / Pendaftaran
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Laman Utama Edmodo
Isi maklumat yang diperlukan.
Klik ‘Sign up’.
Jenis catatan yang boleh dibuat oleh
66 Chapter 6: Edmodo
Menubuhkan Kumpulan
LANGKAH 3
Klik ‘Create’.
Taipkan nama kumpulan yang ingin ditubuhkan.
Klik ‘Create’.
Kod yang akan digunakan oleh pelajar untuk
menyertai kumpulan.
Mencari & Menambah Sekolah
LANGKAH 4
Klik ‘Settings’.
Klik ‘Add School’.
Pilih negara
Klik ‘Add your school’ jika nama sekolah atau poskod tiada
dalam senarai.
Klik ‘Search
68 Chapter 6: Edmodo
Menukar Tetapan & Pemberitahuan
LANGKAH 5
Isi maklumat
yang diperlukan.
Klik ‘Add School’.
70 Chapter 6: Edmodo
Membina Folder
Klik ‘Upload’ untuk menambah fail. Klik ‘Add to
Library’.
Fail yang dimuat naik boleh dilihat di
sini. Klik ‘Add
to Library’.
LANGKAH 7
Menyiarkan Tugasan
Klik ikon ‘Folder’.
Taipkan nama folder di ruangan ‘Folder
Name’. Klik pada
kumpulan jika anda ingin berkongsi fail.
LANGKAH 8
72 Chapter 6: Edmodo Tetapkan ‘due date’.
Tugasan boleh dengan butang ‘Add
Answer’.
74 Chapter 6: Edmodo
RUJUKAN
Edmodo. http:// www.edmodo.com. [27 September 2011]
EdmodoReview. http://www.appappeal.com/app/edmodo/ [29 September 2011]
Jen Dick, 2011. Tool Review: Edmodo. http://
http://newlearninginstitute.blogspot.com/2011/04/tool-review-edmodo.html. [1 Oktober 2011]
Picardo, J. 2011. Edmodo: What students think. http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-what-students-think/. [4 Oktober 2011]
Picardo, J. 2011. Edmodo: microblogging for classroom. http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-microblogging-for-the-classroom/#respond. [4 Oktober 2011]
APAKAH ITU NING?
Ning ialah satu perkhidmatan berasaskan Internet yang membolehkan
pengguna membina rangkaian sosial mereka sendiri dan menyertai rangkaian
lain. Ning juga membolehkan pembangun rangkaian untuk menentukan susun
atur, kefungsian dan juga sama ada laman web tersebut ialah laman web
umum atau persendirian. Kebanyakan rangkaian memasukkan ciri-ciri seperti
gambar atau video, senarai acara dan ahli rangkaian, kumpulan yang ada dalam
rangkaian serta alat komunikasi seperti forum atau blog. Tiada kemahiran
teknikal diperlukan untuk membina rangkaian sosial, dan tiada had ditetapkan
kepada bilangan rangkaian yang boleh disertai oleh pengguna. Ning
menawarkan rangkaian tanpa kos yang disokong oleh iklan, atau pengguna
boleh membayar perkhidmatan premium yang tidak memerlukan iklan dan
yang membolehkan mereka memilih URL rangkaian berasingan daripada
domain Ning (Educause 2008).
Bab 7
76 Bab 7: Ning
FAEDAH MENGGUNAKAN NING DALAM PENDIDIKAN
Berikut ialah beberapa faedah apabila menggunakan Ning dalam pendidikan:
1. Pelajar boleh menggunakan laman Ning apabila mencari maklumat
untuk suatu tugasan/projek atau hanya sebagai pengetahuan am.
Contohnya, pelajar yang ingin belajar tentang ekopelancongan boleh
mencari maklumat dalam laman Ning dan mengakses sebarang
maklumat berkaitan yang mungkin dapat membantu mereka.
2. Membaca catatan orang lain, melihat gambar dan video mereka, serta
mempelajari serba sedikit maklumat baharu berkaitan bidang yang
diminati.
3. Anda juga boleh menyertai perbincangan dan menulis pendapat anda
serta memuat naik bahan sendiri sekiranya anda menjadi ahli kepada
laman NING tersebut.
(Sumber: Ning & Its Educational Potential 2009)
CARA MENGGUNAKAN NING
Pengguna berdaftar boleh membina rangkaian sosial yang baharu dengan
mudah tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Setelah nama dan
URL dipilih, proses pembinaan rangkaian amatlah mudah dengan membuat
tetapan pada empat skrin. Pengguna perlu menentukan sama ada rangkaian
tersebut adalah tertutup (hanya mereka yang dijemput boleh membaca atau
turut serta) atau terbuka untuk orang awam; menulis slogan iklan dan sedikit
penjelasan tentang rangkaian tersebut; menentukan kata kunci; memilih
kumpulan atau peralatan) dan menggunakan alat tarik dan lepas untuk
menyusun ciri-ciri tersebut pada halaman; memilih tema visual (warna, fon,
saiz) dan menyesuaikannya mengikut pilihan sendiri; serta memilih jenis
maklumat yang perlu diberikan oleh pengguna untuk menyertai rangkaian
mereka. Jika keahlian adalah terhad, pembangun rangkaian boleh menjemput
individu tertentu untuk menyertai rangkaian tersebut. Pembangun rangkaian
juga mempunyai akses kepada beberapa pilihan lain seperti mengimport
gambar dari Flickr, meletakkan Ning pada Facebook, meminta akses kepada
kod sumber bagi menambahkan lagi ciri-ciri khas suatu rangkaian dan
memasukkan JavaScript bagi membolehkan alat luaran untuk mengikuti
statistik penggunaan rangkaian. Beberapa ciri dalam Ning membenarkan
pengguna membaca berita atau mengetahui aktiviti yang berkaitan, menyertai
kumpulan, membaca atau memberikan komen tentang entri blog, melihat
gambar atau video, dan aktiviti lain yang ditetapkan oleh pembangun
rangkaian. Melalui suapan RSS, pengguna boleh melanggan maklumat terkini
78 Bab 7: Ning
PENGGUNAAN NING DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Ning menyediakan satu ruang agar pengajar dapat memanfaatkan rangkaian
sosial dalam satu persekitaran neutral yang menawarkan kefungsian dan
pengalaman yang selesa dan tidak asing kepada pelajar. Melalui pembinaan
rangkaian sosial tentang suatu topik akademik atau projek tertentu suatu
kursus, pengajar boleh:
1. Membantu mewujudkan kesedaran berkomuniti dalam kalangan
pelajar.
2. Menggalakkan interaksi peribadi yang akan menghasilkan pengetahuan
baharu dan kecerdasan secara bersama.
Ning juga menyediakan peluang untuk:
1. Pelajar membina rangkaian sosial mereka sendiri.
2. Pelajar mempelajari cara untuk memupuk dan mengekalkan hubungan
dalam satu komuniti pengguna yang mungkin mewakili hubungan dan
komuniti profesional.
3. Satu cara mudah bagi sekumpulan pelajar – contohnya dari kelas yang
baru mengambil bahagian atau mereka yang menyertai program satu
semester di luar negara – untuk terus berhubung sepanjang tahun
pengajian di kolej dan seterusnya, walaupun selepas mereka berpindah
MULAKAN DENGAN NING
Pergi ke: http://www.ning.com/
Membina Ning.com sebagai
Rangkaian Sosial
LANGKAH 1
80 Bab 7: Ning
Sign up for Ning.com
Menerangkan Rangkaian Anda
82 Bab 7: Ning
MenambahFeatures
Mengubahsuai Halaman Utama
a) Menjemput Rakan
b) Menyiarkan Mesej
84 Bab 7: Ning
c) Aktiviti Terkini
e) Elemen-Elemen
86 Bab 7: Ning
h) Ahli-ahli
j) Kawalan Elemen
Master Key
88 Bab 7: Ning
Menjemput Rakan
Blogging
LANGKAH 7
90 Bab 7: Ning
Mengeluarkan Individu daripada
Rangkaian Sosial
92 Bab 7: Ning
RUJUKAN
Educause. 2008. 7 things you should know about…. Ning.
www.educause.edu/eli [16 Mac 2011]
Ning & Its Educational Potential. 2009.
APAKAH ITU GROUPLY?
Grouply melopori “kumpulan sosial” — sejenis komuniti baharu dalam talian
yang menggabungkan ciri-ciri terbaik rangkaian sosial dan kumpulan dalam
talian. Kumpulan sosial menawarkan interaktiviti sosial, perkongsian media,
dan rekaan moden laman rangkaian sosial seperti Facebook; serta
perbincangan mendalam, antara muka e-mel yang popular, dan peluang
mencari orang lain yang diperoleh daripada sistem kumpulan dalam talian
lama seperti Yahoo! Groups. Dengan Grouply, anda boleh membina
kumpulan sosial yang baharu tentang sebarang topik yang anda sukai atau
menyertai kumpulan sosial dan berhubung dengan orang lain yang berkongsi
minat dan keghairahan yang sama.
(Sumber: http://blog.grouply.com/about/)
FAEDAH GROUPLY
Kumpulan sosial Grouply menawarkan faedah seperti:
Antara muka e-mel yang komprehensif – Semua kandungan boleh
dihantar dan diterima melalui e-mel, memberikan cara yang mudah
kepada ahli untuk mengambil bahagian.
Bab 8
94 Chapter 8: Grouply
Analisis kumpulan – Memperoleh kefahaman mendalam tentang
aktiviti keahlian melalui carta dan graf yang menunjukkan ahli paling
aktif, topik paling popular, dan penglibatan ahli mengikut masa.
Privasi laman web terkini – Membenarkan sesetengah halaman ditatap
oleh orang ramai, sesetengahnya pula boleh dilihat oleh pengunjung,
dan yang lain hanya untuk ahli.
Papan pemuka pentadbiran rentas kumpulan – Meneliti dan
meluluskan ahli serta mesej untuk semua kumpulan yang anda
kendalikan di satu lokasi.
(Sumber:
http://blog.grouply.com/migration-tool-moves-a-ning-network-to-a-free-grouply-social-group/)
GROUPLY DALAM PENDIDIKAN
Grouply telah lama menjadi alat yang digemari dalam komuniti pendidikan.
Guru-guru, ibu bapa, dan pelajar-pelajar menggunakan kumpulan sosial
Grouply untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain.
Grouply for Education ialah pakej khidmat premium istimewa yang
ditawarkan percuma untuk kumpulan pendidikan yang layak seperti sekolah,
bilik darjah, serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Grouply for Education direka khusus untuk memenuhi keperluan
guru-guru dan pendidik. Grouply menyediakan ciri-ciri yang kaya dengan
pelbagai aplikasi untuk membantu ibu bapa, guru dan pelajar berkomunikasi
dan bekerjasama di Internet, namun ia sangat mudah untuk dikonfigurasikan
komuniti yang boleh disesuaikan, pengurusan acara, forum perbincangan,
suapan aktiviti, integrasi Facebook, bilangan ahli kumpulan tanpa had, muatan
storan 10 GB untuk gambar dan kandungan lain, serta gedung aplikasi yang
penuh dengan aplikasi berguna.
96 Chapter 8: Grouply
MULAKAN DENGAN GROUPLY
Pergi ke: http://www.grouply.com/
Daftar Masuk / Pendaftaran
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Klik ‘Sign up’ untuk mula mendaftar dengan Grouply.
Isi maklumat yang diperlukan.
Mencari/Menjemput Rakan
Kemudian, klik ‘Submit’ atau ‘skip’ langkah ini.
LANGKAH 3
rakan ke Grouply,98 Chapter 8: Grouply
Membina Profil
LANGKAH 4
Klik butang‘Connect’ dan ‘Find Friends’
untuk menjemput
rakan.
Di akaun Grouply
anda, klik tab
Memulakan Kumpulan
LANGKAH 5
Anda bolehmenulis apa sahaja yang diingini di
sini.
Untuk menukar profil anda,
klik ‘Edit Profile’.
Klik tab ‘Groups’.
100 Chapter 8: Grouply
Masukkan nama dan URL kumpulan anda.
Klik ‘Next’.
Kemudian, tulis penerangan
tentang kumpulan
anda.
Pilih jenis privasi yang
diingini untuk kumpulan
anda. Klik ‘Next’.
Ajak rakan dari aplikasi
lain untuk menyertai kumpulan
anda.
102 Chapter 8: Grouply
Inilah pratonton kumpulan
RUJUKAN
http://blog.grouply.com/about/ [15 Oktober 2011]
http://blog.grouply.com/education/ [15 Oktober 2011]
104 Bab 9: Squidoo
APAKAH ITU SQUIDOO?
Squidoo ialah tapak web yang agak baharu untuk sesiapa jua mencipta laman web percuma tentang minat atau kegemarannya. Squidoo ialah satu contoh tapak web 2.0 yang dipacu komuniti. Halaman Squidoo dipanggil kanta dan sangat mudah dibina. Tiada sebarang kemahiran istimewa diperlukan untuk membina kanta dan terdapat pelbagai jenis modul yang boleh anda gabungkan bagi membina laman web yang interaktif dan mesra pengunjung. Squidoo ialah tapak web hebat yang membolehkan anda membina laman web secara percuma tentang minat, perasaan dan usaha anda. Ia juga membolehkan anda menyumbang kepada badan amal, memperoleh pendapatan sendiri dan menjana trafik yang amat banyak ke laman web anda. Squidoo mengiktiraf anda sebagai pakar dalam bidang sendiri.
(Sumber: http://www.internet-marketing-4-small-business.com/what-is-squidoo.html)
Bab 9
FAEDAH SQUIDOO
1. Kanta Squidoo diindekskan dengan sangat pantas. Kanta anda boleh dijumpai dalam hasil carian Google dalam masa 48 jam.
2. Google meletakkan banyak nilai pada halaman di Squidoo. Kebanyakan kanta akan menduduki tempat tertinggi dalam hasil carian kata kunci mereka (dengan syarat kanta tersebut dibina dengan betul).
3. Squidoo percuma untuk semua.
(Sumber: http://www.squidoo.com/what-is-squidoo#module2778658)
FAEDAH PEMBINAAN KANTA SQUIDOO
Menurut Pam Gaulin (2008), berikut ialah beberapa faedah pembinaan kanta Squidoo:
1. Memfokuskan pada Tajuk Penulisan Web
Squidoo ialah cara paling ideal untuk penulis mengasah kemahiran pembinaan kanta penulisan web mereka sendiri. Kanta penulisan web anda ialah kanta yang boleh anda kecilkan skopnya dan fokuskan pada kandungannya.
106 Chapter 9:Squidoo
2. Menghasilkan Tajuk Penulisan Web
Semasa proses pembinaan kanta, anda juga boleh menghasilkan idea baharu.
3. Kepopularan Kata Kunci
Terdapat banyak cara percuma untuk memeriksa kepopularan kata kunci. Squidoo ialah cara mudah untuk menguji kepopularan kata kunci dan trafik web anda. Dengan akaun Squidoo percuma, anda mempunyai akses kepada papan pemuka yang menyenaraikan pelbagai statistik, termasuk bilangan kunjungan yang diterima oleh kanta anda dalam seminggu lepas.
Dengan Squidoo, anda dapat melihat kanta anda yang mana paling popular. Ini boleh menjadi pembuka mata apabila ingin mempertimbangkan tajuk yang mudah dicari dan popular.
4. Pasaran untuk Penonton Khusus
Faedah lain pembinaan kanta Squidoo ialah ia boleh membantu anda menyusun kandungan laman web anda dan mempromosikannya kepada pasaran khusus.
MULAKAN DENGAN SQUIDOO
Pergi ke: http://www.squidoo.com/
Daftar Masuk / Pendaftaran
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Di laman utama Squidoo, klik
108 Chapter 9:Squidoo
Memulakan Kanta
Kemudian, isi maklumat
yang diperlukan
Seterusnya, klik ‘Join Now!’.
Tulis penerangan khusus tentang kanta anda.
Kemudian, klik ‘Continue’.
LANGKAH 3
Setelah anda log masuk, klik butang ‘Start a lens!’ di laman
110 Chapter 9:Squidoo
Berikut ialah contoh pratonton kanta anda
Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran.
Papan Pemuka
LANGKAH 4
Di sudut kiri sebelah atas halaman Squidoo anda, klik
112 Chapter 9:Squidoo
Menyunting Kanta
LANGKAH 5
Di halaman papan pemuka, pergi ke tab
‘Lenses’.
Klik ‘Edit’ pada kanta
Klik ‘Edit Title’ untuk menyunting
tajuk kanta anda.
Klik ‘Edit’ untuk mula menulis dan
menyiarkan tajuk yang menarik. Pratonton
sebelum anda menerbitkan
kanta anda.
Klik butang ‘PUBLISH’ untuk mula menerbitkan
114 Chapter 9:Squidoo
RUJUKAN
Pam Gaulin. 2008. Benefits of Creating a Squidoo Lens.
http://www.associatedcontent.com/article/676915/benefits_of_creatin g_a_squ idoo_lens_pg2.html?cat=15 [4 Oktober 2011].
http://www.internet-marketing-4-small-business.com/what-is-squidoo.html [4 Oktober 2011].
APAKAH ITU GOOGLE WAVE?
Google Wave ialah platform komunikasi dan kerjasama berasaskan Internet. Ada yang menganggap Google Wave sebagai bentuk baharu untuk komunikasi masa nyata (MacManus 2009). Google Wave membantu pengguna dunia digital membina kerjasama masa nyata merentas platform secara dalam talian. Ia merangkumi banyak elemen daripada pelbagai aplikasi berbeza yang asalnya terpisah tetapi kemudiannya digabungkan untuk membina komuniti rangkaian sosial dalam talian.
FAEDAH GOOGLE WAVE
Di Google Wave:
1. Pengguna boleh membina ruang dalam talian yang dipanggil “gelombang”, yang merangkumi mesej diskret berbilang dan komponen yang dipanggil “blip”, yang membentuk dokumen perbualan berterusan. 2. Komunikasi yang mana salinan berasingan mesej berbilang tidak dihantar
kepada orang berbeza; sebaliknya, kandungan tersebut memenuhi satu ruang sahaja. Pengguna boleh mengakses kandungan, memberikan
Bab 10
116 Chapter 10: Google Wave
jawapan atau balasan, menukarnya, memainkannya semula, menghantarnya ke blog, atau menambah bahan baharu atau lampiran. 3. Pengguna boleh mencipta gelombang, memasukkan kandungan (mesej
bertaip, lampiran, widget berasaskan web) dan menambah orang lain kepada gelombang tersebut. Walaupun gelombang terpapar dalam peti masuk pengguna, gelombang ini tidak akan dihantar, berbeza dengan e-mel.
4. Pengguna boleh mengakses gelombang secara dalam talian, membaca dan menyunting ‘blip’ sedia ada, membalasnya, atau menambah kandungan baharu.
5. Perbincangan boleh berbentuk masa nyata atau tak segerak, kerana ia boleh disunting, dipadamkan, dibalas, atau dimasukkan ke mana-mana sahaja dalam perbualan. Ciri main semula membolehkan peserta meninjau sejarah semua ‘blip’ dan aktiviti yang berlaku dalam gelombang tersebut; seperti imbas hadapan atau sesetengah orang mengaitkannya kepada mengimbas kembali sejarah.
6. Google Wave menyokong fungsi ‘tarik dan lepas’ media dari desktop atau aplikasi lain, seperti peta interaktif, perancang perjalanan, khidmat kaji cuaca, atau tinjauan tak rasmi.
GOOGLE WAVE DALAM PENDIDIKAN
Google Wave boleh digunakan untuk menarik penyertaan pelajar yang lebih aktif dalam sekitaran pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru boleh mencipta lingkungan pembelajaran yang kukuh dan membina hubungan komunikasi yang baik dan berkesan. Guru-guru boleh menetapkan tugasan, perbincangan dalam talian, sesi sumbang saran di Google Wave serta berinteraksi dengan kumpulan lain yang mempunyai matlamat pendidikan yang serupa.
Google Wave memungkinkan kerja kursus yang interaktif untuk pelajar bukan teknikal, dengan mengalihkan pendekatan lebih banyak pelajar daripada tugasan berasaskan teks semata-mata kepada penggunaan multimedia. Kumpulan pelajar boleh mengadakan ulang kaji bersama secara masa nyata, bukan sahaja tentang dokumen tetapi juga persembahan multimedia. Evolusi penciptaan, penyimpanan, dan perkongsian pengetahuan akan diterokai. Ia boleh menyediakan cara yang mudah dicapai untuk menggambarkan pemikiran dan proses disiplin dengan pelajar.
118 Chapter 10: Google Wave
MULAKAN DENGAN GOOGLE WAVE
Pergi ke: http://wave.google.com/
Daftar Masuk / Pendaftaran
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Rakam masuk menggunakan akaun Google.
Untuk pengguna tanpa akaun Google, klik
di sini.
Laman Utama Google Wave
Mengajak Kenalan ke Google Wave
LANGKAH 3
Semua gelombang atau aktiviti akan dipaparkan di sini.
Kenalan pengguna
Gelombang atau aktiviti yang tersedia
untuk pengguna.
120 Chapter 10: Google Wave
Menambah Kenalan (dengan akaun Google Wave)
LANGKAH 4
Klik butang + (tambah).
Taipkan alamat
e-mel kenalan baharu. Klik
Memulakan Gelombang Kosong
LANGKAH 5
Klik pada ikon ‘Blank wave’.
Pengguna boleh menulis apa sahaja atau memasukkan teks, menambah hiperpautan
122 Chapter 10: Google Wave
Klik pada G+ (carian google) untuk mencari gambar, pautan web dan
video serta
memasukkannya ke dalam gelombang.
Gelombang akan dihantar kepada peserta melalui peti
masuk.
Klik untuk melihat.
124 Chapter 10: Google Wave
Memulakan Perbincangan
LANGKAH 6
Klik pada ikon ‘Discussion’.
Templat perbincangan akan tersedia. Pengguna boleh menggantikan
templat asal dengan templatnya sendiri.
Tambah peserta ke dalam perbincangan.
Gelombang perbincangan akan
dihantar kepada peserta melalui peti
masuk mereka.
126 Chapter 10: Google Wave
Memulakan Sesi Sumbang Saran
Peserta boleh memberikan
respons kepada tajuk perbincangan.
LANGKAH 7
Pratonton
Templat perbincangan akan tersedia. Pengguna boleh menggantikan templat asal dengan
128 Chapter 10: Google Wave
Contoh
Klik untuk menambah peserta.
Klik tetingkap
ini.
Peserta boleh melihat gelombang dalam peti
masuk mereka.
Klik pada gelombang
Memulakan Mesyuarat
Peserta boleh memberikan respons
kepada tajuk perbincangan dengan
mengklik ‘Reply’.
LANGKAH 8
130 Chapter 10: Google Wave
Pratonton
Templat mesyuarat tersedia untuk
Tambah peserta ke dalam mesyuarat.
Klik tetingkap ini.
Gelombang boleh dilihat
oleh peserta dalam peti
masuk gelombang
mereka. Untuk melihatnya,
peserta perlu mengklik gelombang
132 Chapter 10: Google Wave
Peserta boleh menulis jawapan
mereka dan mengklik
RUJUKAN
MacManus, R. 2009.
http://www.readwriteweb.com/archives/google_wave_use_cases_edu cation.php. [5 Oktober 2011]
7 things you should know about Google Wave. http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7055.pdf. [5 Oktober 2011].