• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penganugerahan rezeki tersebut yang mencurah-curah itu untuk menguji mereka bagaimana mereka bersyukur kepada Allah; atau Allah menguji mereka dengan semua kebaikan-kebaikan itu iaitu melalui pengorbanan khidmat diri mereka dalam mentaati Allah, dan melaksanakan berbagai-bagai ibadat dan khidmat-khidmat kebaikan yang boleh diberi oleh diri-diri mereka. Allah pernah berfirman dalam hal ini: Mahhum nya: (dan kami pecah-pecahkan mereka kepada berpuak-puak di dunia ini; di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga ada yang tidak demikian dan kami uji mereka degan nikmat pemberian rezeki yang baik-baik dan bala bencana yang buruk-buruk supaya mereka kembali pada Allah (168 al’Aaraf) Ismail Haqqi Rusawi mentafsir petikan dari surah al A‘aarf itu sebagai:

“Allah menguji mereka dengan cara memberi rezeki yang melimpah ruah dan juga dengan kesusahan dan kesempitan semoga dengan ujian begini mereka akan berbalik pada Allah dengan beriman kepada Nya”(Ruhul Bayan ms 269 Juz 3)

Jika mereka meneruskan juga kemaksiatan dan penolakan terhadap Allah dan iman maka janji Allah pada mereka ialah Azab yang sangat menyakiti dan sangat sukar. Allah menyifatkan azab yang sukar sebagai ‘pendakian yang sukar’ atau ادﻌﺻ ﺎﺑاذﻋ ﮫﻛﻠﺳﯾ" " membayangkan kesulitan yang amat berat; kerana orang yang mendaki bukit yang tinggi itu akan merasa semakin penat apabila ia mendaki semakin tinggi.

Perbandingan ini adalah satu hakikat yang jelas dan terkenal dalam al Quraan menjelaskan perbandingan di antara ujian dengan kemewahan

34

dengan azab seksaan di waktu pembalasan itu berlaku. (Tafsir Juz Tabarak, ms.448) Berikutnya ialah satu kenyataan umum yang diwahyukan bagaimanakah pegangan jin yang beriman pada Allah mengenai tempat sujud.

Firman Allah:

“dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Oleh itu janganlah kamu sembah yang lain disamping menyembah Allah”.(18)

Tafsiran ayat 18:

Telah menjadi satu kefahaman umum bagi jin dan manusia bahawa tempat-tempat sujud dan masjid-masjid hanya untuk Allah sahaja. Seluruh suasana dan perhambaan yang terjadi dalam tempat-tempat sujud itu hanya untuk Allah sahaja. Menyembah yang lain dari Allah; menghayati selain dari Allah dalam perlakuan ibadat seseorang itu di masjid ditegah samasekali, dan ianya dianggap sebagai mempersekutukan Allah.

Imam Ismail Haqqi ar Rusawi mentakrif tempat sujud atau masjid dalam ayat ini sebagai masjid yang dikhususkan untuk beribadat pada Allah, seperti Masjidil Haram; dan sebab itu ianya dikenali sebgagai Baitullah. Masjid diertikan sebagi tempat yang dibina untuk menyembah Allah, dan mengingati Nya disitu, dan ini termasuk lah surau-surau, masjid di jalanan dan tempat-tempat sujud dalam rumah. Inilah tempat-tempat sujud yang ditegah daripada menyekutukan sesuatu itu dengan Allah dalam melakukan ibadat. (Tafsir Ruhul Bayan ms 197,Juz10)

Allah menceritakan lagi, bagaimana gelagat Jin-jin ketika mendengar bacaan al Quraan oleh Rasulullah sewaktu beliau sedang solat Fajr di Nakhlah; Firman Allah:

35

Mafhum nya:

“dan sesungguhnya, tatkala hamba Allah (iaitu Muhammad saw)sedang berdiri melakukan solat kepada Tuhan nya, maka mereka (golongan jin yang sedang mendengar bacaan alQuraan itu) hampir-hampir menindih antara satu samalain mengerumuni beliau.(19)

Tafsiran ayat 19:

Ayat ini merupakan wahyu yang disampaikan Allah kepada Muhammad bagaimana keadaan jin-jin yang berada di tempat solat Rasulullah yang sedang berdiri mengimamkan sahabatnya dalam solat Fajr dan sedang membaca al Quraan. Kedasyatan kejutan pada mereka atas ayat-ayat yang didengar mereka menyebabkan mereka bersesak-sesak menghampiri tubuh Rasulullah dan menjiwai setiap bacaan yang dibuat oleh Rasulullah itu. Padahal Rasulullah tidak sedar akan kewujudan mereka itu.

Pentafsir-pentafsir kemudiannya menyatakan bahawa semua ayat–ayat di atas dari ayat 1 hingga ayat 19 merupakan penjelasan jin-jin tentang diri mereka, masyarakat mereka, iman dan kufur mereka pada Allah, dan hubungan mereka dengan manusia. Selepas ayat ini, Allah telah menjelaskan beberapa arahan-arahan Allah bagi menjelaskan tentang peranan Rasulullah dan hubungannya dengan makhluk semua. Mafhum nya:

“Wahai Muhammad; katakan lah pada mereka (menjelaskan peranan mu selaku Rasul Allah), ‘sesungguhnya Aku ini HANYA lah menyembah dan

36 beribadat kepada Allah, Tuhan ku, dan Aku Tidak menyekutukan Nya’ dengan sesuatu yang lain”.(20) Tafsiran ayat 20:

Ayat tersebut menjelaskan pengakuan Rasulullah selepas Jin membuat pengakuan mereka dalam ayat awal surah ini iaitu:

"ادﺣأ ﺎﻧﺑرﺑ كرﺷﻧ نﻟو" (kami tidak akan sekali-kali mempersekutukan Tuhan kami dengan sesiapa pun)

Dengan pengakuan ini bererti terdapat kesepakatan di antara Jin dan manusia bahawa mereka menyembah Tuhan yang Esa dan tidak Syirik pada Nya.

Inilah perkara utama yang nak didedahkan Allah kepada semua manusia dan Jin yang menyembah Allah dan tidak syirik pada Nya. Inilah juga iktikad manusia dan jin yang beriman pada Allah, dan orang yang syirik pada Allah dari kalangan manusia dan Jin adalah kufur pada Allah dan berhak menduduki neraka Allah.

Mafhum nya:

“Wahai Muhammad; katakan lah lagi pada mereka (prinsip kedua mengenai kerasulan ku) ‘sesungguhnya Aku ini tidak mempunyai kuasa’ untuk mendatangkan sebarang mudarat dan Aku ini juga tidak berkuasa mendatangkan sebarang manfaat kebaikan kepada kamu”.(21)

Tafsiran ayat 21:

Perkara kedua yang diarah oleh Allah untuk Rasulullah membuat pengakuan ialah; “Rasulullah tidak mempunyai kuasa untuk mendatangkan kebaikan atau mudarat pada yang lain. Yang berkuasa untuk memberi manfaat dan

37

mendatangkan mudarat kepada yang lain hanyalah Allah” sahaja. Dialah Allah sebagai Pemberi Mudarat (رﺎﺿﻟا), Pemberi Munafaat (ﻊﻓﺎﻨﻟا), Pemberi Hidayat (ىدﺎﮭﻟا) dan Menyesatkan (setelah mereka ingkar) (ﻞﻀﻤﻟا).

Adakah prinsip ini juga dikongsi oleh Jin? Ya, ianya juga dikongsi oleh bangsa Jin; mereka tidak punyai kuasa memberi mudarat atau memberi manafaat kepada yang lain kecuali Allah sahaja. Ini dapat dihayati pada ayat 10 surah Jin ini yang bermaksud:

(kata Jin : dan sesungguhnya Kami tidak mengetahui (dengan adanya kawalan ketat ini) ADAKAH sesuatu malapetaka yang hendak ditimpakan ke atas penghuni-penghuni bumi ini (mendatangkan mudarat) ATAU Allah telah menghendaki memberi satu kebaikan pada mereka ? (mendatangkan manfaat). (ayat 10 surah Jin).

Inilah dia pengakuan Jin yang berikrar hanya Allah yang tahu untuk mendatangkan mudarat atau memberi manfaat pada makhluk Nya. Oleh itu segala dakwaan pawang dan bomoh yang Jin mempunyai kuasa mudarat dan manfaat adalah tidak benar. Mafhum nya: (“wahai Muhammad, katakan lah pada mereka”) “sesunguhnya Aku ini, tidak sekali-kali akan mendapat perlindungan dari sesiapa pun dari AZAB Allah, jika aku menderhaka kepada Nya; dan Aku juga tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindugan selain dari Nya”.(22)

(KECUALI Aku menyampaikan wahyu perutusan dari Allah dan amanah risalah Nya.).(23)

38

Syed Qutub mentafsirkan ayat di atas dengan penjelasan bahawa ayat ini menggambarkan prinsip ke 3 tugas Rasulullah yang kritikal. Kata Rasulullah; “

Tiada siapa pun yang dapat melindungku dari Azab Allah dan aku tidak akan mendapat perlindungan selain dari Allah; kecuali aku bertindak menyampaikan dakwah dan amanah ini sebagai satu-satu perlindungan bagiku”.

Dalam kata lain Rasulullah tidak mempunyai apa-apa bahagian dalam urusan dakwahnya selain dari menyampaikannya kepada manusia. Tugas menyampaikan wahyu Allah kepada manusia adalah tugas mutlak Rasulullah kerana baginda dituntut untuk melaksanakannya oleh Allah.

Jika Rasulullah menderhakakan Allah dengan tidak menyampaikan semua risalah dan dakwah tersebut maka baginda sendiri pun tidak dapat dilindungi dari azab Allah itu. Yang boleh melindungi baginda ialah dengan melaksanakan tugas agong itu dan menyampaikan amanah tersebut dengan baik. (syed Qutub ms 455; Juz Tabarak).

Tugas dakwah adalah untuk memberi hidayah dan kebaikan kepada manusia. Tugas ini diperintah oleh Allah dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Pengabaian dari tugas mutlak bererti derhaka pada Allah, tiada sesiapa pun yang dapat melindungi mereka yang derhaka pada Nya kecuali Allah.

Menyampaikan risalah ialah menyampaikan apa yang telah ditetapkan kepada Rasulullah untuk disampaikan iaitu semua perkara yang berkaitan iman dan akidah, segala hukum-hakam dan semua ehwal yang telah terperinci dalam al Quraan dan risalah dari Allah.

Satu prinsip am yang dikongsi antara manusia dan jin dijelas dalam ayat berikut:

39

Mafhum nya:

“(KECUALI Aku menyampaikan wahyu perutusan dari Allah dan amanah risalah Nya, Barang siapa yang menderhaka Allah dan Rasul Nya, maka sesungguh nya balasan kepadanya ialah Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. (23)

“sehingga apabila kaum musyrikin itu melihat azab yang telah dijanjikan kepada mereka, maka ketika itu barulah mereka tahu ‘penolong’ siapakah yang lebih lemah, dan bilangan siapakah yang lebih kecil jumlah nya!”.(24)

Tafsiran ayat 23-24:

Iaitu selepas Rasulullah menjalankan tugas mutlaknya mengikut perintah Allah, menyampaikan dakwah dan risalah Allah, maka sesiapa yang telah di peringatkan dengan iman kepada Allah dan Rasul Nya, dan mereka menderhaka, dengan cara menolak dan memperlekehkannya, maka balasannya sangat jelas iaitu dihumbankan ke dalam neraka Jahannam dan akan kekal di dalamnya.

Pada masa yang sama jika orang-orang musyrikin itu bergantung pada jumlah kekuatan askar-askar pembantu-pembantu mereka, dan dibandingkan dengan kekuatan yang ada pada Rasulullah, maka mereka rasa mereka akan menang bila-bila masa saja. Tetapi apabila mereka melihat azab Allah di akhirat nanti, dan pada masa itu terfikirlah siapakah yang lemah dan siapakah yang kuat nanti.

40

(dan sesungguhnya Kami sangat yakin bahawa kami tidak akan dapat melemahkan Allah di bumi ini dan juga kami tidak akan dapat melarikan diri dari kekuasaan Nya). (12

Surah Jin)

Jadi kenyataan ini bertepatan dengan saranan Jin yang mereka juga tidak dapat melarikan diri dari azab Allah jika mereka menderhaka pada Allah dan Rasul Nya.

Bilakah azab itu akan diwujudkan? Adakah Rasulullah mempunyai ilmu tentang itu? Jawapannya dalam ayat berikut:

“Wahai Muhammad, katakanlah pada mereka;” “Aku tidak mengetahui sama ada azab yang dijanjikan itu kepada mereka yang ingkar, sama ada sudah dekatkah atau Allah telah menetapkannya pada satu masa yang masih jauh lagi”.(25)

“Dialah Allah, Dialah sahaja yang mengetahui segala yang Ghaib dan Dia tidak menzahirkan pengetahuan Ghaib Nya itu pada siapa pun.(26)

Tafsiran ayat 25-26:

Inilah prinsip ke 4, bahawa Rasulullah hanya sebagai pendakwah, dan ada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan dakwahnya yang baginda tidak mempunyai ilmu dengannya. Misalnya perkara ghaib contohnya bilakah akan berlaku azab yang telah dicakapkan itu kepada orang-orang yang kufur pada Allah? Bila?, dekat atau jauh lagi? Allah telah mewahyukan yang kufur dan zalim itu akan dikenakan azab, mungkin azab di dunia atau azab di Akhirat. Rasulullah hanya diberitahu itu sahaja dan tidak lebih dari itu.

41

Perkara ghaib ini hanya ada dalam ilmu Allah sahaja. Allah pula tidak memberitahu perkara-perkara ghaib ini kepada Rasulullah, kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.

Mafhum nya:

“Kecualilah, pengetahuan ghaib itu diberi kepada rasul yang di pilihNya, maka sesungguhnya Dia meletakkan malaikat-malaikat pengawal dihadapan dan dibelakangnya.(27)”

Tafsiran ayat 27:

Rasul-rasul yang di pilih oleh Allah untuk menyampaikan dakwahnya akan di buka kepada mereka sebahagian dari pengetahuan Ghaib Nya. Misalnya perkara ‘wahyu’; dijelaskan pada Rasul-rasul tentang apa dia wahyu itu; bagaimana wahyu itu disampaikan; para malaikat yang membawa wahyu itu, sumber wahyu, dan bagaimana wahyu itu dipelihara dalam Loh Mahfuz lagi. Ini adalah perkara ghaib yang mempunyai kaitan dengan kerasulan seseorang Rasul itu.

Serentak dengan itu, Allah melengkapi Rasu-rasul tersebut dengan malaikat-malaikat pengawal untuk memelihara dan menjaga mereka dari godaan dan bisikan syaitan, iblis, serta bisikan angan-angan nafsu yang menjadi kelemahan manusia seperi lupa, alfa dan penyelewengan.

Ungkapan ayat di atas yang membawa erti sebagai:-

“sesungguhnya Dia meletakkan malaikat-malaikat pengawal dihadapan dan

42

menggambarkan kawalan dan pengawasan yang sempurna terhadap Rasulullah saw semasa beliau menjalankan tugas dakwah baginda. (Syed Qutub: Fi Zilalil Quraan ms. 3738 ,Juz 6)

Mafhum nya:

“agar Dia mengetahui bahawa rasul-rasul itu telah menyampaikan amanah Risalat Tuhan mereka dan Dia mengetahui segala apa yang ada pada mereka dan menghitung segala sesuatu itu secara satu persatu.(28)”

Tafsiran ayat 28:

Bahawa Allah telah menempatkan para ‘malaikat pengawal’ di setiap sudut diri para Rasul yang diredhai itu sewaktu mereka diturunkan wahyu dan menyampaikannya kepada manusia lain. Tujuannya ialah mempastikan yang rasul-rasul ini menyampaikan risalah amanah ini dari Tuhan nya agar wahyu itu terselamat dari dicuri dengar, atau dicampur adukkan dengan sesuatu yang lain oleh Syaitan dan Jin.

Imam Ismail berkata bahawa tujuan Allah menempatkan para malaikat di setiap penjuru Rasulullah ketika JIbril menyampaikan wahyu kepada baginda, bertujuan menjaga baginda dari syaitan-syaitan dan jin yang dapat mencium sesuatu mengenai benda-benda ghaib tentang kerasulan baginda dan memberitahu kepada tok-sami-tok-sami yang akan menyampaikan berita itu kepada semua sebelum dibuat oleh Rasulullah. Ini akan menyebabkan kecelaruan pada manusia semua. (Tafsir Ruhul Bayan ms.202 Juz 10)

Beliau menyatakan bahawa tujuan sebenarnya Allah berbuat demikian ialah mempastikan PENYAMPAIAN wahyu itu dan JIHAD Rasulullah itu menjadi kenyataan, kerana Allah mahu melihat kedua-dua faktor kerasulan ini

43

menjadi kenyataan dan diikuti dengan pembalasan di atas tugas-tugas itu secara satu persatu.( Tafssir Ruhul Bayan; ms 202 Juz 10)

Ayat 8 surah ini menguatkan kenyatan Allah yang Rasulullah dikawal rapi

Dokumen terkait