Mafhum nya: “dan sesungguhnya, kami telah pernah mencari ‘berita langit’, lalu kami dapati di langit itu telah penuh dengan kawalan-kawalan dengan pengawal yang sangat ketat dan jika perlu kami akan direjam dengan api yang menyala”.(8)
Tafsiran ayat 8:
Ayat 8 menjelaskan bahawa kumpulan jin pernah menuju ke langit untuk mengetahui rahsia-rahsia tertentu mengenai nasib manusia, takdir dan qadha Allah, yang dipercakapkan di antara malaikat-malaikat yang berada dilangit; dan kemudian pengetahuan yang mereka dengar itu dibawa ke pengetahuan bomoh dan tukang tilik, atau tok-tok sami dan semuanya akan dicakapkan pada manusia. Semuanya ini boleh menimbulkan fitnah dan mengikut rangsangan iblis. Dalam hal ini Jin dikatakan sebagai mengetahui perkara-perkara Ghaib. Perkhabaran langit itu telah diselit dengan ehwal batil mengikut telunjuk syaitan untuk menyesatkan manusia.
Mungkin ini berlaku di antara risalah nabi Isa as dan sebelum perlantikan Rasulullah sebagai nabi dan Rasul. Setelah perlantikan Rasulullah, maka Jin sudah tidak lagi boleh meninjau lagi pada perkhabaran di langit seperti selalu kerana sejak itu langit telah dikawal dengan ketat oleh para malaikat yang ditugaskan untuk itu.
Sebarang percubaan dari jin untuk mendapat perkhabaran langit itu sudah tidak lagi boleh dan jika masih berdegil, mereka akan dipanah dengan panahan api.
Ayat 9 menjelaskan perincian perkara ini:
26
“padahal kami di masa lalu (sebelum dilantik Rasulullah menjadi Rasul) telah biasa menduduki tempat-tempat perhentian di langit sana untuk mendengar berita-berita langit; tetapi sekarang sesiapa yang cuba mendengarnya akan dipanah dengan panahan api yang siap sedia untuk bertindak”.(9)
Tafsiran ayat 9:
Kumpulan jin itu terus berkata bahawa buat masa ini mereka sudah TIDAK BOLEH lagi mendengar sebarang berita langit dan kalau pun mereka cuba mendengarnya akan dihentam dengan panahan api yang siap sedia bertindak atas mereka.
Pada masa yang sama kedudukan stesyen-stesyen di langit itu telah dikawal ketat oleh para malaikat yang ditugaskan untuk menutup sama sekali peluang jin-jin berlegar-legar mendengar perbualan para malaikat mengenai untung nasib manusia dan mereka sudah tidak lagi boleh mengetahui sesuatu yang biasanya mereka tahu. Jadi, terbuktilah bahawa mulai perlantikan Rasulullah itu, maka Jin sudah tidak ada lagi pengetahuan tentang ‘berita langit’ dan mereka tidak tahu Yang GHAIB yang mengiringi nasib dan takdir manusia itu.
Kesimpulannya, kita telah diberitahu oleh kumpulan Jin ini melalui wahyu Allah kepda Nabi Muhammad saw, yang jin itu TIDAK tahu perkara ghaib, khususnya mengenai manusia seperti yang didakwa oleh sesetengah orang yang jahil. Si jahil mengaitkan jin sebagai tahu yang ghaib boleh buat itu dan ini.
Yang tahu perkara ghaib hanya Allah sahaja. Janganlah terpedaya dengan cakap-cakap bahawa Jin mempunyai kuasa luar biasa, mempunyai pengetahuan yang ghaib tentang manusia.
Malahan dalam ayat berikut, Jin memperakui bahawa mereka TIDAK TAHU apakah tujuan kawalan ketat ini oleh para malaikat di langit sana samada untuk kebaikan manusia atau untuk mengazab manusia?
27
Mafhum nya:
“dan sesungguhnya kami juga tidak tahu (tentang adanya kawalan ini) ADAKAH ianya sesuatu malapetaka yang hendak ditimpakan ke atas penghuni-penghuni bumi ini ATAU Tuhan menghendaki sesuatu kebaikan pada mereka”.(10)
Tafsiran ayat 10:
Dalam kata lain, jin itu berkata; “oleh itu kami tidak mengetahui apakah
yang diputuskan oleh Allah untuk para hambanya di bumi ini, adakah Allah telah memutuskan untuk menimpakan mereka dengan malapetaka dengan membiarkan mereka dalam kesesatan, atau Allah memutuskan untuk memberi kebaikan kepada mereka iaitu hidayah dari Allah yang akan membawa mereka kepada kesudahan yang baik?”
Syed Qutub memberi pandangan beliau dengan berkata:-
“andainya makhluk Jin yang didakwa oleh pawang, bomoh dan tukang tilik ini sebagai sumber tempat mereka mengambil maklumat-maklumat urusan ghaib itu sendiri MENEGASKAN; bahawa mereka tidak mengetahui sedikit pun tentang urusan ghaib, maka ini bererti segala ramalan, dan segala dakwaan mereka itu adalah kosong, dan segala kerja ramalan dan tilikan mereka itu telah berakhir semuanya. Seluruh urusan ghaib hanya tertentu kepada Allah sahaja. TIDAK SIAPA pun yang boleh mendakwa mengetahui atau boleh meramalkan sesuatu itu. Dengan ayat ini, Allah mengisytiharkan pembebasan akal manusia dari kepercayaan-kepercayaan dan sangkaan-sangkaan karut marut yang melibatkan Jin dan Syaitan. Sesungguhnya manusia telah dibebaskan dari segala khurafat dan dongeng-mongengnya”. (Tafsir Juz Tabarak; ms 430)
28 Mafhum nya: “dan sesungguhnya di antara bangsa kami, ada yang SOLEH dan juga ada yang TIDAK SOLEH; bangsa kami terdiri dari berbagai–bagai puak”.(11) Tafsiran ayat 11:
Ayat ini menggambarkan sikap jin terhadap hidayat Allah dan mereka mungkin lebih kurang sama sahaja dengan manusia yang mempunyai 2 tabiat semulajadi samada ‘bersyukur atau kufur’ pada Allah; pertama sekali mereka ini terdiri dari beberapa puak dan keseluruhan mereka sama ada yang soleh, mengikut perintah Allah dengan baik dan ada yang kufur pada Allah menjadi kafir dan menolak beriman dengan Allah. Dengan penjelasan ini, kita perlu mengubah anggapan kita kepada Jin yang hanya dikaitkan dengan kejahatan semata-mata dan hanya manusia saja yang ada dua tabiat, syukur dan kufur ini.
Anggapan salah ini perlu dibetulkan iaitu dengan mengikuti wahyu dari Allah melalui mulut jin sendiri yang mereka ada yang soleh mengikut perintah Allah dan yang kafir yang kufur pada Allah. Mereka juga berpuak-puak membawa budaya dan cara yang tersendiri berbanding dengan puak yang lain.
Mereka juga seperti manusia yang menyakini bahawa mereka dicipta oleh Allah dan tidak boleh lari dari Allah dan tidak boleh melemahkan Allah.
Firman Nya:
29
dan sesungguhnya kami yakin, ‘bahawa kami tidak akan dapat melemahkan Allah di bumi ini dan ‘juga kami tidak akan dapat melarikan diri dari kuasa Nya’.(12)
Tafsiran ayat 12:
Pengakuan jin dalam ayat ini berupa ‘mereka sangat arif atas kekuasaan Allah di atas muka bumi ini’. Juga mereka arif bahawa ‘mereka tidak dapat lari dari kekuasaan Nya, dari takdir Nya’ atau dapat melemahkan kuasa Allah yang telah dilaksanakan atas mereka apa lagi untuk memboloskan diri dari Allah. Mereka juga sedar, mereka sangat lemah dihadapan Allah, dan Allah itu maha Agong kekuasaan Nya.
Inilah pengakuan yang ikhlas daripada bangsa Jin ini dan kepada bangsa manusia dan kepada dunia seluruhnya. Jin tidak punyai kuasa ‘extra’ kerana status mereka juga sebagai makhluk Allah. Walaupun mereka bangga diminta perlindungan oleh lelaki manusia dan mereka telah menjadi pencetus syirik kerana manusia, mereka lebih berminat menyembah Allah inilah pengakuan mereka yang mereka adalah makhluk Allah tidak berkuasa melemahkan Allah.
Jadi orang yang menyukutukan Allah dengan menganggapkan bangsa Jin mempunyai kuasa ‘extra’ adalah sia-sia. Yang berkuasa mutlak ialah Allah. Apa kata mereka tentang ‘hidayah’ dari Allah?
Mafhum nya:
“dan sesungguhnya kami, apabila telah mendengar petunjuk dari al Quraan, kami terus beriman dengannya. Kami yakin, bahawa ‘sesiapa yang beriman
30 dengan Tuhan nya, Allah nescaya ia tidak lagi bimbang untuk dikurangkan hak-haknya’ dan tidak pula dibebankan dengan kesusahan”.(13) Tafsiran ayat 13:
Pengakuan Jin ini menunjukkan bagaiamana reaksi mereka jika mereka mendengar petunjuk-petunjuk dari al Quraan; mereka terus beriman dengannya secara yakin dan tidak was-was. “Kami percaya pada Allah dan sebagai makhluk yang beriman kepada Yang Maha berkuasa itu”. Sehingga kami yakin bahawa jika kami beriman dengan Nya, segala hak-hak kami dari amal baik kami sedikit pun tidak dikurangkan kerana Allah maha Adil Pentadbiran Nya; Maha berkuasa melaksanakan keadilan yang jati pada makhluk Nya termasuk bangsa Jin. Ini membuatkan bangsa jin ini merasa lega, selamat dan bersemangat dalam iman dan hidup mereka. Tenang dan penuh kerehatan dan segala kesusahan itu terubat dengan keadilan ilahi. Mafhum nya:
“dan sesungguhnya, di antara bangsa kami; setelah kami mendengar al Quraan ada yang terus memeluk Islam dan ada yang terus seleweng dari kebenaran. Maka yang menerima Islam, mereka adalah dari kalangan pemilih jalan yang benar”. (14)
Tafsiran ayat 14:
Mereka mengaku setelah mendengar al Quraan dan petunjuk dari ajaran-ajarannya, maka sekumpulan mereka terus beriman dan memeluk Islam sebagai pegangan mereka; Walaupun begitu kerana bangsa Jin juga diberi 2
31
jalan pilihan, sama ada mahu bersyukur atau terus kufur, maka ada di kalangan mereka yang terus kufur pada Allah. Jadi yang memilih Islam dan iman itu adalah yang memilih jalan benar yang mendapat petunjuk terus dari Allah. Mafhum nya: ‘dan manakala yang zalim menyeleweng itu pula Pastinya akan menjadi bahan bakar neraka Jahnnam” (15) Tafsiran ayat 15:
Yang zalim dan menzalimi dirinya dengan memilih penyelewengan dari akidah sebenar, dan menolak hidayah dan iman maka sia-sialah hidup mereka dan kelak di akhirat nanti akan menjadi bahan bakar neraka Jahannam. Ini bererti bahawa mereka juga tahu mereka akan menjadi penghuni neraka Jahannam. Ianya lebih kurang seperti manusia biasa juga yang beriman dan yang tidak beriman.
Konsep bahan bakar ini bererti; diri- diri mereka akan terbakar menyala dan nyalaan itu akan bertambah menghancurkan bahan bakar itu sehingga menjadi abu. Ini menunjukkan bahawa bangsa jin juga melalui seksaan bakaran dalam neraka Allah.
Jin juga akan mendapat nikmat Allah melalui Jannah yang dimasuki mereka. Inilah inti pati dari adanya Jin yang beriman dan ada Jin yang kufur pada Allah. Yang beriman ke syurga Allah dan yang kufur ke neraka Allah.
Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya membawa ikrar dan pengakuan jin mengenai mereka-mereka yang beristiqomah kejalan Allah. Kata Allah melalui lisan jin.
32
Mafhum nya:
“dan andainya, mereka yang beriman dan telah memilih jalan yang lurus itu terus beristiqomah, maka mereka akan dicurah dengan rezeki yang melimpah ruah”.(16) Tafsiran ayat 16: Ayat di atas memberi makna pada satu prinsip umum sama ada kepada Jin atau pada manusia; “jika mereka terus beristiqomah di atas satu jalan yang satu iaitu jalan islam dan iman, maka mereka akan dicurahkan dengan curahan rezeki yang melimpah ruah dalam perjalanan hidup mereka.
Beristiqomah selepas beriman dan menjadi muslim ialah; meneruskan hidup atas sunnah Allah dan syariaat Nya, dan cenderung kepada mereka-mereka yang berbuat baik dan menjadikan hati-hati mereka sejuk dengan curahan rasa kasih dan sayang.
Untuk apa rezeki dan kemewahan yang melimpah ruah ini dianugerah kepada yang beristoqamah? Ianya untuk menguji mereka?
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Semata-mata untuk menguji mereka dengan penganugerahan itu. Dan sesiapa yang berpaling tadah dari peringatan Allah ini, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam azab yang amat sukar”.(17)
33
Penganugerahan rezeki tersebut yang mencurah-curah itu untuk menguji mereka bagaimana mereka bersyukur kepada Allah; atau Allah menguji mereka dengan semua kebaikan-kebaikan itu iaitu melalui pengorbanan khidmat diri mereka dalam mentaati Allah, dan melaksanakan berbagai-bagai ibadat dan khidmat-khidmat kebaikan yang boleh diberi oleh diri-diri mereka. Allah pernah berfirman dalam hal ini: