• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III GAMBARAN UMUM TENTANG NEGERI TERENGGANU

B. Mahkamah Syariah Dan Wewenangnya

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang menangani serta menjatuhkan hukuman kepada orang yang beperkara perdata dan pidana Islam sesuai kewenangan yang telah di tetapkan.pada tahun 1948, ordinan42. Kewenangan yang diberikan kepada Mahkamah Syariah adalah seperti perkawinan, perceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang terpisah dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan urusan dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya berdasarkan kewenangan setiap negeri bagian di Malaysia. Terdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah wewenang Pejabat Agama negeri di bidang kuasa dan tugas yang berlainan.43

41 http://ms. wikipedia.org/wiki/Mahkamah Syariah Malaysia, diakses 14 june 2009, at 8:30 am.

42 Ordinan adalah istilah, Undang-Undang yang dibuat pada waktu Inggeris berkuasa, hingga saat ini hanya di gunakan oleh Negara bagian Sabah dan Serawak.

43 http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di Malaysia, diakses 23 jun 2009 at 08:30 am.

Kebanyakan negeri menjadikan majelis mesyuarat DUN sebagai institusi yang tertinggi dan di ikuti majelis agama dan adat istiadat44. Terdapat di bawahnya Mahkamah syariah dan jabatan agama Islam. Di setiap buah negeri di bentuk sebuah jabatan agama Islam untuk menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Mahkamah Syariah juga di tubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan di lantik seorang kadi daerah.45

Mahkamah Syariah Terengganu ataupun Mahkamah di setiap negeri mempunyai fungsi antara lain:46

1. Menerima dan menyelesaikan kasus-kasus yang di bawa di Mahkamah syariah dengan adil dan saksama sesuai dengan hukum syarak dan ketentuan undang-undang;

2. Melaksanakan sistem kehakiman Islam yang teratur dan berkesusan(baik); 3. Mengurus kasus-kasus rayuan (banding) syariah secara teratur;

4. Mengurus permohonan pembagian harta pusaka;

5. Membangun sumber daya manusia yang terlatih dan profesional; 6. Memberi pelayanan mediasi (perundingan pedamaian).

Pada tahun 2001 DUN Terengganu telah membuat suatu undang-undang Mahkamah Syariah yaitu Enakmen no. 3 Tentang Mahkamah Syariah Terengganu) 2001 dan Enakmen no. 6 Tentang Keterangan dan Penjelasan

44 Yang Dimaksudkan Dengan DUN ( Dewan Undangan Negeri), di Negara Rupablik Indonesia ialah DPRD, (Dewan Perwakilan Rakyat Daerah).

45 Http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di Malaysia,

Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. berdasarkan Enakmen Mahkamah ini, Mahkamah Syariah di bentuk dalam tiga tingkat yaitu:

a. Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah rayuan syariah merupakan lembaga peradilan agama yang berdiri sendiri, terdiri dari tiga anggota yaitu mufti kerajaan negeri dan dua orang yang telah di lantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Hanya berwenang untuk menerima dan memutuskan perkara-perkara yang telah di putuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan tidak boleh meminta untuk mengadili. Mahkamah Rayuan Syariah adalah peringkat kasasi dalam ruang lingkup Mahkamah Syariah. Mahkamah Rayuan berkedudukan di ibu kota Kuala Terengganu.

Dalam pasal 17 Enakmen no.3 tentang Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 di sebutkan bahwa bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah47:

1) Mahkamah Rayuan Syariah hendakalah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya,

2) Apabila suatu rayuan daripada sesuatu Mahkamah Rendah Syariah telah di putuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran untuk di putuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuhkan keputusan rayuan itu.

3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang di benarkan di rujukan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan yang di fikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu.

Kemudian dalam pasal 18 di sebutkan bahwa bidang kuasa pengawasan dan peninjauan kembali oleh Mahkamah Rayuan Syariah 48;

1) Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika di dapati olehnya demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau kehendak mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara dan prosuding, sama ada mal dan jinayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosuding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang di kehendaki demi keadilan.

2) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosuding itu hendaklah di gantung sementera diganti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah. 49

b. Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah merupakan lembaga Peradilan Tingkat Tinggi yang berkedudukan di ibu kota Negara bagian (provinsi) yaitu di Kuala Terengganu. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Hakim Besar tugasnya mengawasi dan mengatur semua Hakim yang ada di kabupaten (Mahkamah Rendah Syariah). Sedangkan wewenangnya meliputi bidang jinayah (pidana) dan perdata yang telah diputus oleh Mahkamah Rendah Syariah dengan kata lain Mahkamah Tinggi Syariah adalah peradilan tingkat banding.

Berdasarkan pasal 11 Enakmen no.3 tentang Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, kewenangan Mahkamah Tinggi Syariah:

1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa di seluruh negeri Terengganu dan hendaklah di ketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

2) Walau apa pun subseksyen (1), ketua hakim syariah boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu. 3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah ;

a) Dalam bidang kuasa jinayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang di lakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh di hukum di bahawa

48Ibid, h. 214

Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang di peruntukkan bagi kesalahan itu; dan

b) Dalam bidang kuasa mal, mendengar dan memutus ;

c) Semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu orang Islam dan tindakan prosiding itu adalah berhubungan dengan

i. Pertunagan, perkawinan, ruju’, perceraian , pembubaran perkawinan (fasakh), nusyuz , atau pemisahan kehakiman (faraq), atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hubungan antara suami isteri; ii. Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada

mana-mana perkara yang di nyatakan dalam sub perenggan (i); iii. Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan

(hadhanah) budak-budak;

iv. Pembahgian dan tuntutan harta sepencarian; v. Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

vi. Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang di buat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaiab wang, oleh seorang orang Islam;

vii. Wakaf dan nazar;

viii. Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat; ix. Penentuan orang-orang yang berhak kepada harta pusaka seseorang si

mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;

x. Pengisytiharaan bahwa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

xi. Pengisytiharaan bahwa seseorang yang telah mati itu ialah seseorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

xii. Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa di berlakukan oleh mana-mana undang-undang bertulis.50

Selain menerima dan menyelesaikan kasus-kasus yang di bawa ke Mahkamah ini dengan di adili dan saksama sesuai dengan kewenangan, Mahkamah Tinggi Syariah juga mempunyai wewenang

a. Dapat melakukan koreksi atau peninjauan terhadap kasus-kasus yang telah diproses di Mahkamah Syariah daerah-daerah,

50Ibid,

b. Mendengar, meneliti atau memproses dan memutuskan kasus-kasus yang di ajukan banding dari Mahkamah Rendah Syariah daerah-daerah,

c. Menyediakan jurnal Mahkamah untuk di tertibkan (bagi sesetengah negeri).

Dalam pasal 13 ayat(2) di sebutkan bahwa dalam menerima perkara banding, Mahkamah Tinggi Syariah boleh51;

a. Dalam perkara jinayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintah Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat saisatan lanjut, menambah atau meminda hukuman, memerintah pembicaraan semula apa perintah Mahkamah.

b. Dalam perkara mal, mengesahkan atau mengubahkan keputusan Mahkamah, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh di jalankan oleh Mahkamah perbicaraan.

c. Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah berkedudukan di setiap kabupaten yang menangani perkara-perkara untuk wilayahnya saja sebagai pengadilan tingkat pertama. Tiap-tiap Mahkamah Rendah Syariah Daerah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Tugasnya adalah memproses kasus-kasus yang menjadi kewenangannya, menerima dan memutuskan kasus-kasus tersebut, dan menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan Mahkamah.52 Ada pun

51Ibid, h. 211

52 Mimi Kamariah Majid, Undang-Undang Keluarga Di Malaysia, (Kuala Lumpur: Butterworths Asia, 1992), h.24.

wewenangnya sebagaimana di sebutkan dalam pasal 12 Enakmen no. 3 tentang Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, 53yaitu;

1. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh negeri Terengganu dan hendakalah di ketuai oleh seorang hakim, 2. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah;

a. Dalam bidang kuasa jinayah, membicarakan apa-apa kesalahan atau mana-mana oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit54, atau memenjara selama tempoh dua tahun atua kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang di peruntukan bagi kesalahan itu;

b. Dalam bidang kuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikan kuasa untuk mendengar dan memutuskan, jika amaun atau nilai hal perkara yang di pertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat di anggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Dokumen terkait