• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKAN TIGA TAHUN

Dalam dokumen Warisan Budaya Kaum Kadazandusun (Halaman 64-73)

PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH

9.3 SELEPAS KEMATIAN

9.3.4 MAKAN TIGA TAHUN

Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu

65

tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

66

Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.

67 10. PESTA KAAMATAN

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoringan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih

68

tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

69

KESIMPULAN

Bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini tepat pada waktunya. Terima kasih atas bimbingan pensyarah, rakan-rakan dan semua yang telah membantu tidak kira menyumbangkan maklumat atau buah fikiran.

Sesungguhnya setelah selesai menyiapkan tugasan ini, saya amat gembira kerana dapatt mengenali warisan dan bangsa saya sendiri iaitu bangsa Kadazandusun. Terlalu banyak yang telah saya pelajari, fahami dan ketahui mengenai budaya saya sendiri. Jika saya tidak membuat tugasan ini, rasanya saya tidak berupaya mengenali bangsa saya sendiri.

Akhir kata, apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan sumber- sumber rujukan yang telah saya olah dan perbaiki dengan ayat saya sendiri agar pembaca lebih memahaminya. Segala kekurangan amat dikesali. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Oleh itu, warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Sekian terima kasih.

70 RUJUKAN i. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun ii. http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm iii. http://www.scribd.com/doc/14521504/Sejarah-Asal-Usul-Masyarakat-Dusun iv. http://wayaantokou.blogspot.com/2005/12/kadazandusun-traditional-dances.html v. http://malaysiana.pnm.my/02/020501sbhkdzan_pengenalan.htm vi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_tradisional_kaum_Kadazan-Dusun vii. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan viii. http://www.sabah.org.my/kenali_sabah/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm. ix. Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak

Kerajaan Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.

x. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun Tambunan

71 LAMPIRAN

DIALEK BAHASA DUSUN BAHASA MELAYU

1. Diti/iti ini

2. nopo Ialah/ adalah

3. Boros cakap 4. mimboros bercakap 5. Awu/amu tidak 6. Oku Saya/aku 7. Koilo tahu 8. nung kalau 9. miagal sama 10. suai lain 11. osonong baik 12. kopio Amat/sangat 13. Haro ada 14. manganu memberi 15. kesiwatan peluang 16. tulun orang 17. barajal belajar 18. tuntul siput

19. Bawang/baang Sungai besar

20. Lumuyud banjir

21. mindahu Pergi ke ladang

22. Mihad menangis

23. sada ikan

24. waig air

72

26. kumut selimut

27. mulau gila

28. godoot Kuat makan

29. Araat jahat

30. Kiriman oku noh do surat Jangan lupa kirim surat 31. Kotoluadan / Pounsikou Terima kasih/ Bersyukur

32. Sorohon oku noh! Ingatlah saya sentiasa 33. Toliponan oku noh Tolong telefon saya 34. Kotobian do dongotuong Selamat malam

35. Isai ngaran nu? Siapa nama kamu

36. Ngaran ku ih... Nama saya ialah

37. Auh poh Belum lagi

38. Poingkuro Macam mana

39. Kotobian do kosuabon Selamat pagi 40. Kotobian dongotadau Selamat malam

41. Alasu tadau Panas ini hari

42. Hinonggo koh poingoyon? Dimanakah tempat tinggal kamu 43. Poingiyon oku id.. Saya tinggal di…

44. Okuro-kuro koh noh? Bagaimanakah keadaan anda 45. Osonong oku ih Saya dalam keadaan yang baik 46. Hinonggo ngoyon nu? Kamu hendak ke mana

47. Mongoi oku id.. Saya hendak pergi ke

48. Kanoh mongoi akan Mari kita pergi makan

49. hinonggo tadon nu? Kamu daripada mana

50. Nunu iti? Apa ini

51. Osibuk koh? Kamu sibuk kah

52. Kanoou moi morobuat Mari kita berkebun 53. Kanoou moi mogium do rapaan Mari kita cari sayur

Dalam dokumen Warisan Budaya Kaum Kadazandusun (Halaman 64-73)

Dokumen terkait