• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMASA KEMATIAN

Dalam dokumen Warisan Budaya Kaum Kadazandusun (Halaman 57-62)

PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH

9.1 SEMASA KEMATIAN

Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.

9.1.1 MEMBERITAHU

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan

58

tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

9.1.2 BERJAGA-JAGA

Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka

59

menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

9.1.3 MOGINUPUS

Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

60 9.2 PENGEBUMIAN

Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan

61

masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam liang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga

62

wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

Dalam dokumen Warisan Budaya Kaum Kadazandusun (Halaman 57-62)

Dokumen terkait