• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 4.44 : Elemen Jalan dan Penurapan (samb.)

4.4 Maklum Balas Temu bual

Dibawah sub-topik ini data-data maklumat diperolehi dengan melaksanakan temu bual. Responden yang dipilih berdasarkan penglibatan mereka di dalam projek yang dikaji.

4.5 Maklumat Latar Belakang Responden

Responden-responden yang ditemu bual adalah seramai tiga (3) orang. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka terdiri daripada Project Delivery Partner (PDP), perunding dan kontrakor yang terlibat dengan pembinaan MRT.

Ketiga-tiga responden diwakili sebagai R1 – responden nombor 1, R2 – responden nombor 2 dan R3 – responden nombor 3. Latar belakang setiap responden adalah seperti berikut:

a) R1 – Kontraktor

i. Jawatan: Penolong Pengurus Kos

ii. Pengalaman: 21 Tahun

iii. Peranan: Menguruskan Pentadbiran Kontrak Bagi Kontraktor Utama

Dan Sub – Kontraktor.

iv. Projek: Mass Rapid Transit Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh –

Kajang Laluan 1.

b) R2 – PDP

i. Jawatan: Pengurus Kontrak & Komersial

iii. Peranan: Day-to-day Contract Administartion works, Payment processing / verification, Valuation of VO, Final Account dan Resolving any arising contractual matters.

iv. Projek: Mass Rapid Transit Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh –

Kajang Laluan 1.

c) R3 – Perunding

i. Jawatan: Pengarah

ii. Pengalaman: 35 tahun

iii. Peranan: Menguruskan Pentadbiran Konsultant Bagi Rekabentuk

Kejuruteraan Awam dan Pengurusan kontrak.

iv. Projek: Mass Rapid Transit Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh –

Kajang Laluan 1.

4.6 Praktis Pengukuran Kuantiti Bagi Senarai Kuantiti

Pelaksanaan praktis bagi pengukuran kuantiti di dalam projek ini melibat pelbagai elemen. Kajian ini melibatkan pembinaan pakej Viaduct Guideway. Hasil daripada temu bual penilaian dibuat kepada tiga (3) responden. Analisis daripada temu bual tersebut untuk mengetahui kaedah piawaian yang dirujuk dalam penyediaan senarai kuantiti. Lima (5) soalan disediakan dalam memperolehi maklumat berdasarkan kepada praktis yang dilaksanakan oleh setiap responden.

4.6.1 Praktis Oleh Responden Kontraktor

Berdasarkan kepada responden pertama di antara pemilihan kaedah di antara SMM2 dan MyCESMM, diperolehi kaedah lain digunakan iaitu kuantiti sementara ‘provisional quantity’ dalam pengukuran kuantiti. Kuantiti sementara adalah kuantiti yang tidak dapat dijangka ketepatannya semasa Senarai Kuantiti (BQ) disediakan semasa pelaksanaan perolehan tender. Ini bermakna pengukuran kuantiti terhadap elemen-elemen yang digunakan tidak dapat diukur dengan tepat penggunaannya.

Penglibatan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan kaedah tersebut adalah pihak Project Delivery Partner (PDP) dan pihak perunding Juruukur Bahan. Ini menunjukkan pengurusan daripada PDP yang menentukan kaedah ingin digunakan.

Pelaksanaan kaedah pengukuran kuantiti ini bergantung kepada penentuan oleh pihak pengurusan iaitu PDP sebagaimana yang telah diterangkan di dalam soalan kedua. Ini menunjukkan pemilihan kaedah pengukuran kuantiti tersebut agar pengawalan terhadap kos dapat dilakukan dan dipantau oleh pihak pengurusan PDP. Di dalam pembinaan ini ketepatan penggunaan beberapa elemen tidak dijangka dan perubahan boleh berlaku.Selain itu faktor lain yang wujud adalah pengawalan oleh pengurusan PDP adalah untuk mengelak berlaku pembaziran dalam penggunaan bahan binaan. Oleh sebab itu pengawalan kos adalah amat penting bagi pihak pengurusan.

Secara umum kaedah SMM2 dan MyCESMM turut dirujuk walau pada dasarnya kaedah ditentukan oleh pihak pengurusan PDP. Ini kerana pembinaan yang melibatkan bangunan dan infrastruktur memerlukan piawaian sediaada bagi sebagai rujukan.

Pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti bergantung kepada kehendak projek tersebut terutama berdasarkan kepada kerja-kerja bagi elemen yang digunakan di dalam pembinaan tersebut. Pelaksanaan ini memberi kemudahan dan rujukan kepada Juruukur Bahan pada projek-projek baru.

Penguatkuasaan MyCESMM dapat diterima sekira ia merangkumi kerja-kerja yang bersesuaian dan memudahkan pengukuran kuantiti bagi senarai kuantiti (BQ). Ini kerana perubahan dalam konteks MyCESMM perlu dikaji keseluruhan kerja-kerja dalam pembinaan agar memberi manfaat kepada pihak kontraktor.

4.6.2 Praktis Oleh Responden ‘Project Delivery Partner’

Pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti bergantung kepada jenis dan kehendak kerja tersebut. Kaedah yang digunakan berdasarkan kepada asas item tersebut. Ini menunjukkan keperluan piawaian bergantung kepada jenis kerja serta elemen-elemen yang terkandung di dalam pembinaan.

Pihak pengurusan ‘Project Delivery Partner’ (PDP) memainkan peranan penting dalam penyediaan senarai kuantiti. Ini kerana ia mahu jadikan satu standard yang selaras bagi projek berkenaan. Pengukuran kuantiti yang dilakukan menunjukkan standard piawaian tidak dirujuk untuk seluruh kerja-kerja pembinaan. Ia bergantung kepada keadaan jenis kerja-kerja yang dilakukan dan kaedah pengukuran kuantiti sedia ada tidak merangkumi keseluruhan kerja. Salah satu jenis kerja yang tidak melibatkan kaedah SMM2 ataupun MyCESMM adalah kerja sistem MRT. Kaedah pengukuran kuantiti item ini juga tidak memberi kesan kepada kos kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana standard piawaian.

Penerimaan kaedah yang ditetapkan oleh pengurusan masih memudahkan pengukuran kerja-kerja yang terlibat. Ini kerana penglibatan Juruukur Bahan

bergantung kepada jenis kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Secara amnya pembinaan MRT melibatkan seperti:

a) Kerja awalan – Pengalihan kemudahan utility b) Kerja Infrastruktur – Pembinaan Viaduct c) Kerja bangunan – Stesyen MRT

d) Kerja sistem – Sistem Keretapi

Justeru pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti bergantung kepada kehendak projek tersebut sebagaimana yang diterangkan di dalam temu bual responden satu (1). Kerja sistem yang membezakan penggunaan kaedah pengukuran kuantiti kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana standard piawaian. Ini menunjukkan juga pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam menentukan kaedah pengukuran kuantiti itu sendiri.

Penguatkuasaan penggunaan MyCESMM perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Ini kerana di dalam pembinaan MRT kerja-kerja seperti infrastruktur hanya sebahagian daripada keseluruhan skop kerja tersebut. Justeru MyCESMM yang merupakan standard piawaian bagi kerja-kerja kejuruteraan awam masih tidak mencakupi untuk pembinaan menyeluruh bagi projek MRT. Standard piaiwain ini memerlukan kajian yang lebih menyeluruh dan mendalam agar dapat digunakan pada masa hadapan.

4.6.3 Praktis Oleh Responden Perunding

Pembinaan MRT melibatkan skop kerja yang besar dan pelbagai elemen. Pelaksanaan pengukuran kuantiti dalam penyediaan Senarai Kuantiti (BQ) untuk projek ini memerlukan Juruukur Bahan dalam memastikan setiap elemen dinilai dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan. Merujuk kepada temubual bersama

responden ketiga (3) kaedah pengukuran kuantiti ini berdasarkan spesikasi yang telah ditetapkan oleh pengurusan ‘Project Delivery Partner’ (PDP).

Faktor kepada penyumbang kriteria ini adalah disebabkan kehendak pengurusan dan projek tersebut. Faktor kedua adalah kaedah yang diadaptasi dari beberapa standard piawaian dan perubahan yang dilaku seharus selari dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh pengurusan juga. Faktor ketiga pengurusan PDP dapat mengawal kos pembinaan serta penjimatan kos dapat dilakukan.

Ketiga-tiga faktor menunjukkan kaedah pengukuran kuantiti bukan hanya berdasarkan satu standard piawaian namun ia merangkumi jenis kerja-kerja yang dilaksanakan. Penetapan spesifikasi dibuat bagi memperolehi pengukuran kuantiti yang selaras dengan jenis kerja dan memudahkan pengawalan pengurusan kewangan.

Standard piawaian sedia ada seperti SMM2 dan MyCESMM masih dirujuk kerana keperluan kerja-kerja kejuruteraan awam dan bangunan terkandung di dalam skop pembinaan MRT. Sebahagian kaedah piawaian ini mempunyai persamaan dari segi dimensi, unit, oleh sebab itu kedua-dua piawaian ini digunakan untuk penyediaan Senarai Kuantiti (BQ). Ada maklumat tidak terdapat di dalam MyCESMM dan terdapat di dalam SMM2. Oleh itu kedua-dua standard ini tetap diperlukan sebagai rujukan. Walaubagaimana pun kaedah asas masih berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh pengurusan.

Dokumen terkait