• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK PELAKSANAAN PRAKTIS PENGUKURAN KUANTITI UNTUK PEMBINAAN PROJEK MRT KUALA LUMPUR ARNIZAWATI BINTI ABDUL WAHID. Laporan Projek ini dikemukakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK PELAKSANAAN PRAKTIS PENGUKURAN KUANTITI UNTUK PEMBINAAN PROJEK MRT KUALA LUMPUR ARNIZAWATI BINTI ABDUL WAHID. Laporan Projek ini dikemukakan"

Copied!
140
0
0

Teks penuh

(1)

PELAKSANAAN PRAKTIS PENGUKURAN KUANTITI UNTUK PEMBINAAN PROJEK MRT KUALA LUMPUR

ARNIZAWATI BINTI ABDUL WAHID

Laporan Projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

(2)

PENGAKUAN

“Saya akui tesis yang bertajuk ‘Pelaksanaan Praktis Pengukuran Kuantiti Untuk Pembinaan Projek MRT Kuala Lumpur’ adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………

Nama Penulis : ARNIZAWATI BINTI ABDUL WAHID

(3)

DEDIKASI

Dedikasi Khas Untuk

Bonda & Ayahanda Yang Tercinta Terima kasih atas doa dan nasihat kalian

hingga anakanda capai ke tahap ini.

Kakak dan adik yang disayangi

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan moral dalam memastikan ku mampu mengharungi cabaran.

Penyelia PSM dan Pensyarah UTM yang dikasihi Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pertolongan

sepanjang empat tahun pembelajaran di UTM.

Rakan-rakan seperjuangan yang diingati

Terima kasih kerana bersama-sama mengharungi cabaran bagi memastikan kejayaan itu dalam genggaman.

Segala kenangan akan menjadi memori yang terindah dan Semoga akan kekal diingati selamanya.

(4)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah rahmat dan kurniaanya akhirnya laporan Projek Sarjana Muda dapat disiapkan seperti yang dirancang. Syukur kepada Allah s.w.t kerana memudahkan laluan untuk sampai ke garisan penamat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khas untuk penyelia projek iaitu Puan Fuziah Bintit Ismail atas segala tunjuk ajar, pertolongan dan nasihat sepanjang penyelidikan ini dalam memastikan pelajarmu berjaya. Terima kasih atas keyakinan terhadap saya sehingga mampu untuk menyiapkan sepenuh kajian ini.Tidak lupa kepada pembaca kedua iaitu Sr. Dr. Mohd Saidin Bin Misnan yang membantu dalam kesempurnaan penyelidikan ini.

Akhir sekali terima kasih kepada ibubapa, adik-beradik serta rakan taulan kerana sentiasa memberi sokongan dan pertolongan sepanjang melengkapkan pengajian ini. Segala jasa tidak akan dilupakan dan segala susah senang kita tetap bersama. Terima kasih kerana memahami sepanjang kita bersama. Takkan daku lupakan segalanya. Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua. Insyallah. Amiin.

(5)

ABSTRAK

Pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti dalam penyediaan senarai kuantiti merujuk kepada kaedah piawaian dalam memperolehi kos sesebuah pembinaan. Industri pembinaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembinaan bangunan dan pembinaan yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam. Kedua-dua jenis pembinaan ini merujuk kepada kaedah pengukuran kuantiti dalam penyediaan senarai kuantiti bagi projek yang berkenaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti praktis pengukuran kuantiti untuk pembinaan MRT. Justeru standard piawaian di Malaysia disediakan dalam menghasilkan senarai kuantiti yang teratur dan mudah difahami. Rujukan terhadap kaedah piawaian SMM2 dan MyCESMM bagi projek yang dipilih dikaji untuk mengetahui sejauh mana penggunaannya dalam penyediaan senarai kuantiti. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi data maklumat adalah dengan menjalankan analisis ke atas dokumen senarai kuantiti yang diperolehi untuk mengetahui elemen-elemen tersebut dirujuk dengan standard piawaian yang menjadi pilihan. Kaedah kedua dalam memperolehi maklumat adalah dengan menjalankan temu bual ke atas responden yang terdiri daripada Juruukur Bahan. Ini bagi mengetahui sejauh mana praktis pengukuran kuantiti oleh Juruukur Bahan dalam penyediaan senarai kuantiti. Hasil kajian mendapati kaedah pengukuran kuantiti ini berdasarkan kepada keadaan semasa dan kehendak projek tersebut. Kedua-dua standard piawaian ini masih dirujuk kerana pembinaan ini turut melibatkan jenis kerja infrastruktur. Terdapat persamaan di antara kedua-dua standard piawaian ini dari segi penggunaan elemen-elemen yang mempunyai unit yang sama. Selain itu terdapat juga elemen-elemen dan unit yang digunakan tidak terkandung di dalam kedua-dua kaedah standard tersebut. Elemen-elemen daripada senarai kuantiti disenaraikan untuk membandingkan jumlah kekerapan penggunaan kaedah standard yang menjadi pilihan dan menepati sasaran kerajaan dalam menyeragamkan standard piawaian masa kini. Hasil kajian ini juga mendapati Juruukur Bahan melaksanakan praktis pengukuran kuantiti bagi projek pembinaan ini telah melaksanakan penggunaan kaedah MyCESMM bukan hanya kepada SMM2. Di dalam pembinaan ini infrastruktur dan binaan bangunan hanya sebahagian skop kerja daripada keseluruhan pembinaan MRT.

(6)

ABSTRACT

Implementation of measurement practices in the preparation Bill of quantities refer to the standard method in providing a construction cost. The construction industry is divided into two parts, namely building construction and construction involving collaborative work in civil engineering. Both types of this construction refers to the standard method measurement of quantity in the preparation Bill of quantities for the project purpose. This study was undertaken to identify the practice of standard measurement for the MRT construction. Hence the standard provided in the producing bill of quantities that are orderly and easy to understand. Reference has been made to the standard method which is MyCESMM and SMM2 have been selected in this survey to find out how far their use in the preparation Bill of quantities. The method used in data information is to carry out analysis on document of BQ to obtain information dataon the elements to which standard being refered. The second method in access more information is to conduct an interview on respondents which are quantity surveyors. This is to find out the extent of the practice of measurement quantity by the quantity surveyor in the preparation Bill of quantities. The study found the quantities measurement method based on the current situation and requirements of the project. This also based on the interviews that have been conducted and observations on document quantities. Both of these standard still referred in current projects of MRT. There are similarities between these two standards as the terms of using units for the elements are same. In addition there are some elements and units are not using the same units as in both standard method. Elements of Bill of quantities are listed to compare the number of frequency in using the preferred standard method and in order to meet the current standard by Government. The study also found quantity surveyors carry out practice measurement quantity for this construction project has implemented the use of the MyCESMM method beside SMM2. Overall the infrastructure and building construction are a part of the whole MRT construction project.

(7)

KANDUNGAN

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv 1. PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Persoalan Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 2. KAJIAN LITERATUR 8 2.1 Pengenalan 8 2.2 Definisi 9 2.2.1 Senarai Kuantiti 9

2.2.2 Format Senarai Kuantiti 11

2.3 Garispanduan Piawaian Standard 12

2.4 MyCESMM Sebagai Piawaian Pengukuran Kuantiti Dalam 15 Industri Pembinaan

(8)

2.4.2 Penggunaan & Pengkelasan Dalam MyCESMM 17

2.5 SMM Sebagai Piawaian Pengukuran Kuantiti Dalam Industri 18

Pembinaan

2.5.1 Penggunaan & Pengkelasan Dalam SMM2 19

2.5.2 Perbandingan Kriteria Pengukuran Bangunan dan 20

Kejuruteraan Awam

2.6 Kumpulan Juruukur Bahan 21

2.7 Pengenalan Projek Pembinaan MRT 22

2.7.1 Projek MRT Laluan 1 Lembah Kelang Jajaran Sungai 23

Buloh - Kajang

2.7.2 Pakej V6 Laluan 1 25

2.7.3 Projek MRT Laluan 2 Sg Buloh – Serdang - Putrajaya 27

2.7.4 Pakej 202 Laluan 2 28

2.8 Elemen-Elemen Piawaian Standard Di Dalam Pembinaan MRT 29

2.9 Isu-Isu Pelaksanaan Piawaian Pengukuran Kuantiti dalam 29

Pembinaan MRT

2.10 Rumusan Bab 30

3. METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Objektif Kajian 33

3.3 Reka bentuk Kajian 33

3.4 Peringkat Pertama – Kajian Awal 34

3.5 Peringkat Kedua – Pengumpulan Data 35

3.5.1 Data Primer 35

3.6 Peringkat Ketiga - Analisis Data 36

3.7 Kesimpulan & Cadangan 37

3.8 Rumusan Bab 38

4. ANALISIS KAJIAN 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Praktis Penggunaan Standard Piawaian Bagi Elemen Pembinaan 39

‘Viaduct Guideway’ Pakej V6 Laluan 1

4.2.1 Kerja-Kerja Tambahan 40

4.2.3 Kerja Soil Investigation 41

4.2.4 Pengurusan Aliran Trafik 43

(9)

4.2.6 Kerja Pembersihan Kawasan Tapak, Perobohan & 50 Kerja Tanah

4.2.7 Kerja Pembaikan Tanah - Ground Treatment Works 50

4.2.8 Kerja Telekomunikasi 52

4.2.9 Kerja Pemasangan Paip Bekalan Air 55

4.2.10 Viaduct 57

4.2.11 Tembok Penahan 63

4.3 Praktis Penggunaan Standard Piawaian Bagi Elemen Pembinaan 65

‘Viaduct Guideway’ Pakej V202 Laluan 2

4.3.1 Penyiasatan Tanah 65

4.3.2 Pengurusan Trafik 69

4.3.3 Keselamatan & Kesihatan 72

4.3.4 Perobohan dan Pembersihan Tapak 76

4.3.5 ’Ground Treatment’ 78

4.3.6 Utiliti Telekomunikasi 79

4.3.7 Viaducts 81

4.3.8 Jejantas Pejalan Kaki 86

4.3.9 Tembok Penahan 89

4.3.10 Asas Stesyen, ‘Pier’ dan Rasuk 91

4.3.11‘Roads And Pavings’ 95

4.4 Maklum Balas Temu bual 99

4.5 Maklumat Latar Belakang Responden 99

4.6 Praktis Pengukuran Kuantiti Bagi Senarai Kuantiti 100

4.6.1 Praktis Oleh Responden Kontraktor 101

4.6.2 Praktis Oleh Responden ‘Project Delivery Partner’ 102

4.6.3 Praktis Oleh Responden Perunding 103

4.7 Penggunaan Standard Piawaian 105

4.7.1 Perbandingan Standard Piawaian Pakej V6 Laluan 1 dan 105

Pakej V202 Laluan 2

4.7.2 Peratusan Penggunaan Standard Piawaian Pakej V6 & V202 109

4.7.3 Praktis Dan Pemilihan Pengukuran Kuantiti 112

4.8 Rumusan Bab 115

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN 117

5.1 Pengenalan 117

5.2 Kesimpulan Kajian 117

(10)

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 119

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 120

RUJUKAN 121

LAMPIRAN 123

LAMPIRAN 1 124

(11)

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 : Contoh format Senarai Kuantiti 12

Jadual 2.2 : Pengkelasan 18

Jadual 2.3 : Senarai Section SMM2 19

Jadual 2.4 : Kriteria Pengukuran 20

Jadual 4.1 : Kerja Tambahan Elemen Cerucuk 41

Jadual 4.2 : Elemen Soil Investigation 43

Jadual 4.3 : Elemen Pengurusan Aliran Trafik 44

Jadual 4.4 : Sambungan Elemen Pengurusan Aliran Trafik 45

Jadual 4.5 : Elemen Keselamatan, Kesihatan dan Pengurusan Alam Sekitar 47

Jadual 4.6 : Sambungan Elemen Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar 48

Jadual 4.7 : Sambungan Elemen Keselamatan, Kesihatan dan Pengurusan Alam Sekitar 49

Jadual 4.8 : Elemen Kerja Tanah, Perobohan 50

Jadual 4.9 : Elemen Kerja Pembaikan Tanah - Ground Treatment Works 51

Jadual 4.10 : Elemen Kerja Telekomunikasi 53

Jadual 4.11 : Sambungan Elemen Kerja Telekomunikasi 54

Jadual 4.12 : Elemen Kerja Pemasangan Paip Bekalan Air 56

Jadual 4.13 : Elemen Viaduct 58

Jadual 4.14 : Sambungan Elemen Viaduct 59

Jadual 4.15 : Sambungan Elemen Viaduct 60

Jadual 4.16 : Sambungan Elemen Viaduct 61

Jadual 4.17 : Sambungan Elemen Viaduct 62

Jadual 4.18 : Elemen Tembok Penahan 64

Jadual 4.19 : Elemen Penyiasatan Tanah 66

Jadual 4.20 : Sambungan Elemen Penyiasatan Tanah 67

Jadual 4.21 : Sambungan Elemen Penyiasatan Tanah 68

Jadual 4.22 : Elemen Pengurusan Trafik 70

Jadual 4.23 : Sambungan Elemen Pengurusan Trafik 71

Jadual 4.24 : Elemen Keselamatan dan Kesihatan 73

Jadual 4.25 : Sambungan Elemen Keselamatan dan Kesihatan 74

Jadual 4.26 : Sambungan Elemen Keselamatan dan Kesihatan 75

Jadual 4.27 : Elemen Perobohan dan Pembersihan Tapak 77

Jadual 4.28 : Elemen 'Ground Treatment' 78

Jadual 4.29 : Elemen Utiliti Telekomunikasi 79

Jadual 4.30 : Sambungan Elemen Utiliti Telekomunikasi 80

Jadual 4.31 : Elemen 'Viaducts' 81

Jadual 4.32 : Sambungan Elemen 'Viaducts' 82

Jadual 4.33 : Sambungan Elemen 'Viaducts' 83

Jadual 4.34 : Sambungan Elemen 'Viaducts’ 84

Jadual 4.35 : Sambungan Elemen 'Viaducts' 85

(12)

Jadual 4.37 : Sambungan Elemen Jejantas Pejalan Kaki 87

Jadual 4.38 : Sambungan Elemen Jejantas Pejalan Kaki 88

Jadual 4.39 : Elemen Tembok Penahan 90

Jadual 4.40 : Elemen Asas Stesyen, 'Pier' dan Rasuk 92

Jadual 4.41 : Sambungan Elemen Asas Stesyen, 'Pier' dan Rasuk 93

Jadual 4.42 : Sambungan Elemen Asas Stesyen, 'Pier' dan Rasuk 94

Jadual 4.43 : Elemen Jalan dan Penurapan 96

Jadual 4.44 : Sambungan Elemen Jalan dan Penurapan 97

Jadual 4.45 : Sambungan Elemen Jalan dan Penurapan 98

Jadual 4.46 : Jumlah Kekerapan Penggunaan Standard Piawaian Pakej V6 106

Jadual 4.47 : Jumlah Kekerapan Penggunaan Standard Piawaian Pakej V202 107

(13)

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 : Piawaian MyCESMM (Sumber Sumber Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia, 2016) 13

Rajah 2.2 : Piawaian SMM2 (Sumber Sumber Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia, 2000) 14

Rajah 2.3 : Piawaian SMM (Sumber ISM, 1976) 14

Rajah 2.4 : Stesyen MRT 24

Rajah 2.5 : MRT Laluan 1 25

Rajah 2.6 : Lokasi Pakej V6 Plaza Phoenix - Bandar Tun Hussein Onn 25

Rajah 2.7 : Pembinaan Laluan Rel MRT 26

Rajah 2.8 : Pembinaan tiang viaduct rel MRT 26

Rajah 2.9 : MRT Laluan 2 27

Rajah 2.10 : Contoh Pembinaan Stesyen MRT 28

Rajah 4.1 : Graf Perbandingan Standard Piawaian MRT Pakej V6 Laluan 1 108

Rajah 4.2 : Graf Perbandingan Standard Piawaian MRT Pakej V202 Laluan 2 108

Rajah 4.3 : Peratusan Pengukuran Merujuk Kepad SMM2 Pakej V6 109

Rajah 4.4 : Peratusan Pengukuran Merujuk Kepada SMM2 Pakej V202 110

Rajah 4.5 : Peratusan Pengukuran Merujuk Kepada MyCESMM Pakej V6 111

(14)

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKNA

SMM - Standard Method of Measurement

MyCESMM - Malaysia Standard Method of Measurement for Civil

Engineering Works

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Malaysia

PDP - Project Delivery Partner

MRT - Mass Rapid Transit

(15)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Dokumen Senarai Kuantiti

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan di Malaysia berkembang dengan pesat dalam menuju era wawasan 2020 seiring dengan teknologi moden dalam menjadikan pembangunan di Malaysia antara negara yang membangun. Perlaksanaan projek pembinaan memerlukan kepakaran daripada pelbagai bidang seperti seni bina, kejuruteraan, kontrak dan perancang dalam menjayakan pembangunan di Malaysia. Di dalam industri pembinaan, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembinaan bangunan dan pembinaan yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam. Kedua-dua bahagian

pembinaan ini dipraktikkan dengan kesesuaian piawaian yang telah ditetapkan.

Keperluan kaedah piawaian digunakan di dalam pelbagai jenis pembinaan yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor di Malaysia. Piawaian kaedah yang sedia ada di dalam industri pembinaan Malaysia adalah SMM, SMM2 dan MyCESMM. Perlaksanaan praktis penggunaan piawaian-piawaian ini adalah untuk penyediaan senarai kuantiti bagi sesebuah projek pembinaan.

(17)

Secara umum penyediaan senarai kuantiti bagi sesebuah projek pembinaan akan melibatkan pihak yang mempraktikkan penggunaan piawaian standard iaitu daripada golongan Juruukur Bahan. Senarai kuantiti yang disediakan bergantung kepada jenis projek pembinaan yang dijalankan dalam penyediaan kos bangunan. Juruukur Bahan merujuk kepada kaedah pengukuran kuantiti sama ada SMM yang terbahagi kepada SMM1 dan SMM2 ataupun MyCESMM dalam menghasilkan senarai kuantiti bagi sesebuah projek pembinaan.

Perlaksanaan praktis kaedah piawaian yang sesuai dirujuk oleh Juruukur Bahan bergantung kepada kehendak syarikat atau Juruukur Bahan dalam industri pembinaan termasuk kerja-kerja binaan bangunan dan kerja kejuruteraan awam disamping memudahkan difahami oleh semua pihak.

Kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan melibatkan pelbagai elemen sebagai contoh konkrit dan besi. Elemen-elemen ini terkandung di dalam senarai kuantiti bagi menentukan kos. Pengukuran kuantiti bagi elemen ini berdasarkan kepada standard piawaian yang telah ditetapkan. Berpandukan kaedah piawaian yang digunakan setiap elemen dinilai daripada segi jenis bahan binaan, deskripsi, kuantiti, unit dan jumlah kos.

Kaedah standard piawaian iaitu SMM2 dan MyCESMM mengandungi maklumat menjadi rujukan oleh Juruukur Bahan dalam menghasilkan sebuah dokumen kontrak. Penggunaan kaedah piawaian ini bergantung kepada Juruukur Bahan di mana pada masa kini SMM2 lebih dipraktikkan oleh mereka. Walaubagaimanpun kepentingan MyCESMM harus dilihat dari pelbagai sudut kerana penggunaannya berdasarkan kepada kerja-kerja kejuruteraan awam malahan pelaksaanaan praktis bagi kaedah ini amat digalakkan. Sejauh mana piawaian-piawaian ini dipraktikkan akan dilihat di dalam kajian yang akan dijalankan terhadap projek pembinaan Mass Rapid Trandit (MRT).

(18)

1.2 Penyataan Masalah

Pengukuran kuantiti di dalam projek pembinaan diukur berpandukan kepada kaedah Standard Method of Measurement (SMM), iaitu SMM1 ataupun SMM2 mahupun Malaysia Civil Engineering Standard Method Measurement (MyCESMM). Perlaksanaan piawaian sedia ada ini sebagai rujukan untuk penyediaan senarai kuantiti sesebuah projek. Menurut Anis Rosniza, Abd Rashid et.al; 2006, Adnan et.al; 2011) senarai kuantiti merupakan sumber maklumat utama dan intipati kepada pengurusan industri pembinaan di Malaysia. Turut dinyatakan ia berdasarkan kepentingan dan signifikasi informasi dan dokumen yang konsisten dalam pembinaan kesedaran tentang piawaian ini diperlukan.

Penyediaan senarai bahan dan akaun muktamad melibatkan penggunaan piawaian yang standard namum pemilihan piawaian bergantung kepada Juruukur Bahan yang menyelaraskannya. Menurut Anis Rosniza et. al; (2014), daripada kajian responden kontraktor dan perunding yang dijalankan mereka masih memilih SMM kerana tiada arahan undang-undang dan badan kuatkuasaan untuk mematuhi satu jenis standard piawaian. Secara lazim SMM dan SMM2 dirujuk bagi kerja pembinaan bangunan manakala MyCESMM dirujuk untuk kerja-kerja kejuruteraan awam.

Anis Rosniza et. al; (2014) menyatakan piawaian SMM masih digunakan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

a) Piawaian tidak dikuatkuasakan oleh mana-mana badan kerajaan mahupun

garis panduan dalam penyediaan senarai kuantiti dan kerja pengukuran.

b) Berdasar kepada maklum balas respondan berpengalaman, firma Juruukur

Bahan di Malaysia ditubuhkan oleh prinsipal yang mempunyai latar belakang pendidikan dari tahun 1970 dan 1980 pada ketika SMM1 digunakan sebagai panduan.

(19)

c) Responden turut menyatakan Juruukur Bahan yang telah lama dalam bidang ini sukar untuk menukar cara praktis akibat dari keadaan umur dan sukar memahami piawaian berlainan.

d) Selain itu responden dari kaji selidik menyatakan projek mega atau projek

yang melibatkan dengan pihak dari luar memilih untuk mempraktikkan SMM dari negara lain.

Penekanan yang lebih pada kaedah SMM membuatkan kebanyakan Jurukur Bahan lebih berpengetahuan dalam kaedah ini dan selesa dengan menggunakan cara yang sama. Ini menunjukkan perlaksanaan praktis penggunaan SMM, SMM2 dan MyCESMM tidak tertakluk kepada satu piawaian dalam pengukuran senarai kuantiti.

Pengukuran senarai kuantiti seharus dirujuk kepada penggunaan piawaian MyCESMM yang merangkumi pembinaan kerja-kerja kejuruteraan awam termasuk pembinaan bangunan. Ini pernah diperjelaskan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof menggesa industri pembinaan dan semua pejabat jabatan JKR menggunapakai kaedah pengukuran standard iaitu Malaysia Civil Engineering Standard Method of Measurement (MyCESMM) untuk mengurangkan pertikaian dan meningkatkan produktiviti serta keberkesanan kos projek. Beliau juga menyatakan semua pengiat industri terutama perunding kejuruteraan dan Juruukur Bahan digalakkan menggunakan standard MyCESMM untuk penyediaan senarai kuantiti dalam projek-projek kerajaan dan swasta.

Justeru perlaksanaan piawaian kaedah MyCESMM dipraktik oleh Jurukur Bahan dan perunding memberi peluang kemahiran kepada golongan ini. Ini menunjukkan golongan pihak berkaitan yang terlibat dalam penyediaan senarai kuantiti bagi penggunaan piawaian MyCESMM. Perlaksanaan praktis ini secara langsung melibatkan kontraktor-kontraktor untuk memahami piawaian MyCESMM dalam penyediaan senarai kuantiti.

(20)

1.3 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana penggunaan MyCESMM dalam projek pembinaan yang dipilih. Dalam memperolehi maklumat salah satu projek yang dipilih adalah projek pembinaan aliran transit MRT yang dilaksanakan oleh MRT Corporation.

Projek kajian ini juga untuk mengetahui bagaimana penglibatan pihak-pihak tertentu serta pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti sama ada mereka masih mengekalkan penggunaan kaedah SMM dalam pengukuran kuantiti bagi projek yang dipilih atau menggunakan piawaian standard MyCESMM sebagai salah satu kaedah. Pemahaman dan maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan kepada praktis pengukuran kuantiti yang digunakan sama ada pihak-pihak terlibat cenderung ke arah pengukuran sedia ada dan mengapa pemilihan ini dibuat untuk projek pembinaan MRT. Selain itu untuk mengetahui pihak-pihak yang memahami konsep yang terbaik dalam penyediaan senarai kuantiti.

1.4 Objektif Kajian

Projek sarjana muda ini dilaksanakan berdasarkan kepada objektif, iaitu untuk mengenal pasti praktis pengukuran kuantiti untuk pembinaan MRT.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian yang akan dijalankan adalah melalui temu bual. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada keperluan dalam mendapatkan maklumat dan data

(21)

dengan lebih terperinci kerana ia melibatkan projek kejuruteraan awam iaitu projek pembinaan MRT.

Justeru kumpulan sasaran yang ditemu bual adalah daripada Jabatan Kontrak iaitu Jurukur Bahan. Syarikat yang dipilih adalah yang menerajui pembinaan MRT tersebut. Pihak-pihak tersebut terdiri daripada Project Delivery Partner (PDP), kontraktor dan perunding.

Selain itu kajian ini dilihat juga melalui dokumentasi seperti dokumen senarai kuantiti bagi melihat penggunaan kaedah yang digunakan sama ada melalui kaedah SMM2, MyCESMM atau kedua-duanya sekali. Pemerhatian juga dibuat terhadap dokumentasi bagi melihat senarai kuantiti merujuk kepada kaedah standard piawaian yang digunakan.

Pengukuran kuantiti pembinaan MRT ini dilihat kepada dua (2) bahagian, iaitu MRT laluan 1 bagi Pakej V6 dan MRT laluan 2 bagi Pakej 202. Kajian ini akan dilihat pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti bagi kedua-dua pakej dengan laluan berbeza bagi memahami penggunaan kaedah piawaian adalah piawaian yang sama atau pun berbeza.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan agar dapat melihat sejauh mana penggunaan kaedah piawaian standard iaitu MyCESMM dan SMM2 diaplikasikan ke dalam sesebuah projek yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam. Ia juga dapat melihat bagaimana pihak Jurukur Bahan melaksanakan pengukuran kuantiti sama ada masih menggunakan kaedah sedia ada, iaitu SMM2 atau menerapkan kaedah MyCESMM bagi projek pembinaan MRT.

(22)

Kajian ini juga dapat membantu golongan Jurukur Bahan, kontraktor sebagai rujukan atau pengetahuan untuk projek masa akan datang terhadap kaedah penggunaan piawaian standard yang diperlukan dan membuat pilihan yang terbaik bagi penyediaan senarai kuantiti.

Selain itu kajian projek ini memberi ruang kepada para pelajar universiti untuk melihat praktis penggunaan kaedah piawaian standard seperti MyCESMM yang merangkumi kerja-kerja kejuruteraan awam untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagian projek di Malaysia. Pelajar juga dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan praktis pengukuran kuantiti sedia ada oleh pihak-pihak yang berkaitan serta dapat menilai samada SMM2 mahupun MyCESMM menjadi pilihan.

Kepentingan kajian ini turut dijadikan satu sumber rujukan kepada penceramah dan pensyarah untuk penyelidikan, mengadakan ceramah tentang tahap praktis penggunaan kaedah standard piawaian yang terbaik dalam pemgukuran kuantiti. Selain itu dapat disampai sebagai contoh agar perancangan dapat dilakukan oleh badan kerajaan dalam memperluaskan penggunaan piawaian yang lebih standard pada masa akan datang.

(23)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2. KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Peningkatan perkembangan pembangunan di Malaysia yang sedang membangun merangkumi pembinaan dari berskala kecil sehingga berskala besar. Industri binaan meliputi pelbagai bidang. Mohd Saidin et. al; (2006) menyatakan aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor iaitu kediaman, industrial, komersial, prasarana dan lain-lain yang bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra-pembinaan dan selepas pembinaan. Menurut Mohd Saidin et. al; (2006) lagi dari segi fizikal, output industri binaan adalah besar, berat dan mahal serta tidak boleh dipindah ataupun bergerak. Ia tetap di satu-satu lokasi dan melibatkan penggunaan pelbagai bahan dan komponen binaan yang dikeluarkan oleh industri-industri kilang yang lain. Output binaan terdiri dari pelbagai jenis bangunan, kerja-kerja kejuruteraan awam hinggalah kepada kerja infrastruktur. Secara umum pembinaan sebegini memerlukan kaedah piawaian agar ia dilaksanakan mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Menurut kata Anis Rosniza et. al; (Ogos 2014), (Bandi dan Abdullah 2012; Perumal dan Abu Bakar 2011) dalam memastikan industri pembinaan terus berkembang dalam jangka masa yang panjang serta projek bangunan dengan kos

(24)

efektif dan rasional perlu mempunyai satu informasi standard bagi pembinaan termasuk dokumentasi. Justeru pembinaan seperti kerja-kerja kejuruteraan awam dilaksanakan dengan berpandukan garis panduan piawaian dalam penyediaan senarai kuantiti bagi projek binaan yang dilaksanakan.

Menurut Anis Rosniza et. al; (2014) juga berdasarkan RICS Standard Method of Measurement (SMM) merupakan dokumen asas untuk pengukuran kuantiti bagi binaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan dengan memastikan penyediaan senarai kuantiti adalah lengkap dan tepat untuk kerja-kerja yang dilaksanakan. Penggunaan SMM atau SMM2 sememang telah menjadi amalan praktis dalam penyediaan pengukuran kuantiti bagi dokumen kontrak. Ini termasuk piawaian MyCESMM yang ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dirujuk untuk pembinaan yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam.

2.2 Definisi

Senarai kuantiti mengandungi senarai kerja, kuantiti dan deskripsi dengan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Piawaian yang disediakan mempunyai definisi senarai kuantiti itu sendiri.

2.2.1 Senarai Kuantiti

Senarai kuantiti yang juga dikenali sebagai senarai bahan adalah suatu dokumen yang disediakan oleh Juruukur Bahan berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang disediakan oleh pereka bentuk sesuatu projek. Semua pengukuran kuantiti dibuat berdasarkan peraturan pengukuran yang dinyatakan di dalam Kaedah

(25)

Pengukuran Standard menurut Ahamad dan Khairuddin (2012). Perlaksanaan pengukuran standard berdasarkan kepada rujukan piawaian yang telah ditetapkan agar senarai kuantiti dapat dihasilkan dengan teratur dan mudah difahami.

Berdasarkan kepada piawaian standard MyCESMM Section 1: Definitions menyatakan senarai kuantiti bermaksud penerangan ringkas untuk mengenal pasti senarai bahan dan angaran kuantiti kerja yang terkandung di dalam kontrak. Menurut MyCESMM Section 2: General Principles dibawah Section 2.4 menerangkan antara objektif-objektif senarai kuantiti adalah seperti berikut:

a) Untuk menyediakan maklumat item, deskripsi dan kuantiti kerja untuk

memudahkan penyediaan tender lebih efisen dan tepat.

b) Untuk menyediakan harga senarai kuantiti dalam pelaksanaan penilaian kerja

setelah kontrak diterima

c) Untuk menyediakan perubahan asas nilai tertaluk kepada syarat-syarat

kontrak.

Rosli et. al (2006) (NSW Legislative Council, 1991, Marsden, 1998, Seely 1997 cited in Davis & Baccarini, 2004) menyatakan senarai kuantiti merupakan dokumen atau buku yang mengandungi senarai panjang bagi item kerja pembinaan. Setiap item yang lengkap mengandungi deskripsi bahan, buruh dan tatacara kerja serta kuantiti.

Di dalam konteks SMM2, senarai kuantiti ditakrifkan seperti di Section A General Rules di bawah klausa A.2 di mana:

1. Bills of quantities shall fully described and accurately represent the quantitiy and quality of the works to be carried out. Work which cannot be measured shall be given as a provisional sum. Work the extent of which is not known shall be described as provisional or given in a bill of approximate quantities.

(26)

Senarai kuantiti dinyata dengan jelas dan tepat bagi menunjukkan kuantiti dan kualiti kerja yang dijalankan. Kerja yang tidak bole diukur dikira sebagai provisional sum. Lanjutan kerja yang tidak diketahui diukur sebagai provisional atau anggaran kuantiti dinyatakan di dalam senarai kuantiti.

2. Rules of measurement adopted for work not covered by these rules shall be stated and such rules shall as fas as possible conform with those given in this document for similar work.

Kerja-kerja yang tidak merangkumi peraturan kaedah pengukuran perlu dinyatakan dengan jelas dan mematuhi seperti di dalam dokumen untuk kerja yang sama.

Justeru penyediaan senarai kuantiti berpandukan piawaian standard mudah difahami dan dipraktiskan di dalam industri pembinaan. Menurut Anis Rosniza et.al; (2015), Smith & Cronje (2002) et.al; perkara utama pelaksanaan piawaian standard adalah untuk membangunkan tahap pematuhan standard tersebut.

2.2.2 Format Senarai Kuantiti

Penyediaan senarai senarai kuantiti disediakan di dalam format yang dibuat bagi pengukuran kuantiti. Di dalam jadual tersebut mengandungi:

a) Kod – kod bagi elemen yang digunakan.

b) Deskripsi item – deskripsi bagi jenis dan kerja elemen yang digunakan.

(27)

d) Kuantiti – jumlah elemen yang digunakan.

e) Harga – kadar harga bagi seunit.

f) Jumlah – jumlah harga kuantiti elemen yang digunakan.

Jadual 2.1 menunjukkan format senarai kuantiti bagi pengukuran kuantiti.

Jadual 2.1 : Contoh format Senarai Kuantiti

Code Item

Description

Unit Quantiti Rate Amount

RM Sen

(Sumber: Sabaria, 2011)

2.3 Garis Panduan Piawaian Standard

Pembinaan kerja-kerja kejuruteraan serta binaan bangunan melibatkan pelbagai senarai bahan serta penyediaan harga dalam menghasilkan dokumen perolehan dan dokumen kontrak. Industri pembinaan di Malaysia telah mempraktikkan kaedah piawaian standard yang telah ditubuhkan dan penggunaan menjadi amalan praktis oleh Juruukur Bahan, kontraktor serta jurutera perunding.

Menurut Anis Rosniza et. al; (2015), Mohamad (2012), dalam penyediaan pengukuran kuantiti yang tersusun, protokol SMM telah dibangunkan dan digunakan. SMM2 dan MyCESMM adalah antara piawaian standard yang digunakan di Malaysia untuk pengukuran kuantiti dan menjadikan sebuah dokumen kontrak mahupun dokumen perolehan.

(28)

Piaiwaian standard telah dibangunkan oleh badan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan penyediaan pengukuran kuantiti mengikut kaedah yang ditetapkan. Kaedah piawaian ini dapat dirujuk di dalam buku seperti Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan Rajah 2.3.

a) Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement

(MyCESMM) – diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Rajah 2.1 : Piawaian MyCESMM (Sumber Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2016)

b) Malaysian Standard Method of Measurement of Building Works Second Edition (SMM2) – diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

(29)

Rajah 2.2 : Piawaian SMM2 (Sumber Sumber Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2000)

c) Standard Method Of Measurement of Building Works (SMM) – diterbitkan oleh The Institution of Surveyors (Malaysia) March 1976.

(30)

2.4 MyCESMM Sebagai Piawaian Pengukuran Kuantiti Dalam Industri Pembinaan

Piawaian standard disediakan sebagai rujukan kepada Juruukur Bahan. Di Malaysia penggunaan kaedah seperti SMM, SMM2 mahu pun MyCESMM dipraktikkan mengikut kerja-kerja pembinaan samada bangunan atau kerja kejuruteraan awam.

MyCESMM adalah Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement merupakan sebuah dokumen yang mengandungi kaedah standard dan prosedur untuk pengukuran dan penyediaan senarai kuantiti bagi kerja kejuruteraan awam. MyCESMM ditubuhkan dan diterbitkan pada 2011 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). MyCESMM menggantikan Malaysian Standard Method of Measurement (CESMM) yang telah diterbitkan oleh CIDB pada tahun 2003.

Mengikut sejarah pengukuran kerja kejuruteraan merujuk kepada Civil Engineering Standard Method of Measurement (edisi UK) manakala edisi Malaysia adalah Civil Engineering Standard Method of Measurement (CESMM) pertama kali diperkenalkan dalam industri pembinaan. CESMM merupakan dokumen penting dan diterbitkan untuk selaraskan kaedah pengukuran untuk kerja kejuruteraan dan disediakan dalam bentuk jadual yang mudah dan sistematik sebagai rujukan (Sabaria, 2011).

CIDB menjadikan MyCESMM salah satu rujukan baru bagi memudahkan Juruukur Bahan, perunding dan kontraktor dapat mempraktik di dalam penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja kejuruteraan awam. Penggunaan kaedah ini merangkumi skop kerja yang kebanyakan melibatkan kerja pada tahap ketidaktentuan seperti keadaan kerja yang sukar dan berisiko. Oleh itu kaedah pengukuran kuantiti harus mudah dan bebas daripada percanggahan serta kekeliruan

(31)

yang disebabkan oleh kerja-kerja yang dianggap bukan bahan utama. (Sabaria, 2011).

Menurut Mohd Saidin et.al; (2006) dalam kerja-kerja kejuruteraan awam, adalah menjadi kebiasaan wujudnya ketidakpastian berbanding kerja-kerja bangunan, dan kaedah pengukuran memerlukan satu kaedah yang lebih fleksibel untuk membenarkan beberapa perkara antaranya,

a) Perubahan kepada kaedah pembinaan yang digunakan.

b) Perubahan yang memberikan kesan semasa kerja pembinaan yang diperlukan

berdasarkan situasi tapak bina

Justeru kaedah piawaian digunakan untuk penyediaan pengukuran kuantiti adalah seragam dan memudahkan kontraktor untuk memahami.

2.4.1 Skop Kerja Kejuruteraan Awam

Kerja kejuruteraan awam melibatkan pelbagai elemen bergantung kepada sesebuah projek. Menurt Sabaria (2011) kerja kejuruteraan awam melibat projek yang besar dan pelbagai jenis seperti kerja marin, pembinaan pelabuhan dan depot, lebuhraya, kanal, rel keretapi, empangan, kerja cerucuk asas, kerja tanah dan sebagainya. Pelaksanaan kerja-kerja ini terkandung di bawah standard piawaian kontrak bagi kejuruteraan awam.

Skop bagi kerja kejurteraan awam adalah meluas dan berisiko tinggi kerana mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bahan binaan yang melibatkan kuantiti yang

(32)

besar atau secara pukal. Elemen-eleman yang digunakan daripada pelbagai jenis bergantung kepada pembinaan projek yang dijalankan.

Menurut Sabaria (2011), lagi kebanyakan kerja kejuruteraan awam ada yang menglibatkan kerja-kerja yang tidak dapat diukur dengan betul dan tepat semasa peringkat pra-tender disebabkan kesukaran kerja tersebut. Oleh demikian kaedah pengukuran yang lebih mudah dilaksanakan agar bebas daripada kekeliruan dan percanggahan semasa penyediaan senarai kuantiti.

2.4.2 Penggunaan & Pengkelasan Dalam MyCESMM

Dokumen piawaian MyCESMM mengandungi bahagian 1 sehingga bahagian 8, iaitu seperti berikut:

Section 1: Definitions

Section 2: General Principles

Section 3: Application of Work Classification Section 4: Coding and Numbering of Items Section 5: Preparation of the Bill of Quantities

Section 6: Completion, Pricing and Use of the Bill of Quantities Section 7: Method-Related Charges

Section 8: Work Classification

Di dalam kerja-kerja kejuruteraan awam pengukuran kuantiti berpandukan kepada Section 8: Work Classification yang mengandungi pengkelasan bagi

(33)

kerja-kerja yang terbabit. Pengkelasan tersebut dibahagikan kepada 20 pengkelasan seperti di Jadual 2.2.

Jadual 2.2 : Pengkelasan

Class Item

Class A General Items

Class B Environmental Protection and Enhancement

Class C Traffic Management and Control

Class D Site Investigation Work

Class E Demolition and Site Clearance

Class F Earthworks

Class G Geotechnical Work

Class H Piling Work

Class I Concrete Work

Class J Brickwork, Blockwork and Masonry

Class K Timber Work

Class L Metalwork

Class M Building Work

Class N Painting Work

Class O Pipework

Class P Drainage Work

Class Q Roads and Pavings

Class R Tunnel Work

Class S Rail Track

Class T Miscellanous Work

2.5 SMM Sebagai Piawaian Pengukuran Kuantiti Dalam Industri

Pembinaan

SMM adalah Standard Method of Measurement of Building Works edisi pertama telah diterbitkan pada 1976 untuk kegunaan kaedah standard di Malaysia. Edisi kedua SMM2 iaitu Malaysian Standard Method of Measurement of Building Works telah ditubuhkan pada 2000. SMM yang terdiri daripada SMM1 dan SMM2

(34)

telah dipraktikkan oleh Juruukur Bahan dalam projek pembinaan yang melibatkan binaan bangunan.

Menurut Anis Rosniza et.al; (2015), G.Nani et.al; (2008), Gabriel Nani et.al; (2007) Standard Method of Measurement (SMM) merupakan dokumen standard yang telah diterbitkan mengikut kesesuaian di sini untuk jadikan praktis dan amalan serta penyediaan pengukuran standard asas bagi menghasilkan kontrak dokumen yang baik. Selain itu fungsi penilaian SMM menunjukkan draf peraturan pengukuran di dalam SMM digunakan untuk dokumen senarai kuantiti bagi menghasilkan harga tender projek

2.5.1 Penggunaan & Pengkelasan Dalam SMM2

Kaedah standard SMM2 dikelaskan mengikut bahagian kerja mengikut Section yang mewakili kerja binaan bangunan. Pengkelasan SMM2 berbeza dengan MyCESMM. Merujuk kepada Jadual 2.3 adalah senarai item bagi Section yang terkandung di dalam SMM2.

Jadual 2.3 : Senarai Section SMM2

Section Item

Section A General Rules

Section B Preliminaries

Section C Demolition

Section D Excavation and Earthwork

Section E Piling and Diaphragm Walling

Section F Concrete Work

Section G Brickwork and Blockwork

Section H Underpinning

Section J Masonry

(35)

Section Item

Section L Roofing

Section M Woodwork

Section N Structural Steelwork

Section P Metal Work

Section Q Plumbing and Mechanical Engineering Installation

Section G Brickwork and Blockwork

Section R Electrical Installations

Section S Floor, Wall and Ceiling Finishing

Section T Glazing

Section U Painting and Decorating

Section V Drainage

Section W Fencing, Turfing and Planting

(Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2011)

2.5.2 Perbandingan Kriteria Pengukuran Bangunan dan Kejuruteraan Awam

Perbandingan diantara pengukuran bangunan dan kejuruteran awam dibuat untuk mengetahui sejauh mana penggunaannya dalam penyediaan senarai kuantiti. Ia dapat digunakan berdasarkan kriteria seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.4.

Jadual 2.3 : Kriteria Pengukuran

No. Kriteria Pengukuran Kejuruteraan

Awam

Pengukuran Bangunan

1. Kaedah Pembinaan Kurang melibatkan pelbagai

atau pelbagai jenis

bahan-bahan tetapi melibatkan

bahan binaan dalam kuantiti yang besar atau

Melibatkan pelbagai

jenis bahan binaan tetapi

dalam kuantiti yang

lebih kecil

2. Penggunaan kaedah

piawaian

CESMM (CIDB) SMM2 (ISM)

3. Perincian kerja Sebahagian besar kerja

pembinaan tidak dapat

diputuskan sehingga kerja bermula di lokasi.

Lebih tepat semasa

(36)

No. Kriteria Pengukuran Kejuruteraan Awam

Pengukuran Bangunan

4. Seksyen kerja Pengukuran adalah kurang

terperinci kerana item yang

kecil dianggap termasuk

dalam pengukuran item-item yang besar.

Merangkumi lebih

banyak bahagian kerja

pembinaan dan

melibatkan pengukuran yang lebih terperinci.

5. Perincian kerja Kerja tidak begitu terperinci

kerana melibatkan kerja

pembinaan secara pukal.

Penglibatan kerja yang lebih terperinci.

6. Pengukuran semula Kebanyakan item perlu

dianggarkan semula di tapak bina.

Tidak perlu dianggar semula.

7. Deskripsi Senarai

Kuantiti

Deskripsi adalah ringkas dan

perlu merujuk kepada

lukisan dan spesifikasi

Deskripsi adalah lebih terperinci.

8. Faktor yang beri

kesan kepada kadar harga

Lokasi tapak pembinaan,

pertimbangan harga bagi

penggunaan ‘method related charges.’

Lokasi bagi projek

tersebut.

9. Jenis Kerja Melibatkan kerja yang

berisiko dan tanpa dijangka (sejumlah besar kerja adalah di bawah tanah)

Kerja yang boleh

dijangka (kerja-kerja yang berada di atas tanah)

10. Penambahan Senarai Kuantiti

Kontraktor dibenarkan

menyenaraikan item-item

bagi ‘method related

charges.’

Tidak dibenarkan untuk menambah apa-apa item ke dalam BQ sedia ada.

11. Kerja-kerja Awalan ‘Class A: General Item’ Preliminari

12. PC dan Jumlah Provisional

Dibenarkan bagi Class A. Dibenarkan kepada

elemen berkaitan.

13. Kaedah Pengukuran Penambahan item tidak

dibenarkan.

Penambahan item bagi penggunaan komuniti.

14. Penyediaan BQ Terbahagi kepada bahagian Terbahagi kepada bil

15. Penggunaan Komputer

Komputer mesra penggunaan dengan nombor kod.

Guna item bernombor (Sumber: Sabaria, 2011)

2.6 Kumpulan Juruukur Bahan

Penglibatan Juruukur Bahan memastikan penyediaan senarai kuantiti menepati standard yang ditetapkan di dalam SMM2 mahupun MyCESMM agar

(37)

kontraktor-kontraktor menerima maklumat yang tepat. Menurut Rosli Abdul Rashid et.al (2006) kuantiti dan deskripsi kerja di dalam senarai kuantiti menyediakan maklumat yang berguna untuk kontraktor dalam menghasilkan harga tender yang tepat.

Menurut Abd Ghani et. al; (2006), Juruukur Bahan atau ‘QS’ adalah satu pihak yang terlibat di dalam proses pembinaan memiliki peranan yang sangat penting khususnya dibidang pengurusan kewangan projek pembinaan. Penglibatan Juruukur Bahan dalam bidang kontraktor, perunding mahupun klien bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan projek pembinaan dan memastikan pengawalan kos dapat dilakukan.

Menurut Abd Ghani, et.al; (2006), perkhidmatan Juruukur Bahan iaitu ‘QS’ amat berguna kepada klien untuk menentukan kos sesuatu projek. Manfaat perkhidmatan Juruukur Bahan (QS) telah diterima pakai dan berkembang luas bukan sahaja projek-projek bangunan tetapi juga projek-projek kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.

Sebagaimana di dalam kajian ini penglibatan Juruukur Bahan dikaji dalam mengetahui praktis mereka dalam penyediaan pengukuran kuantiti bagi projek pembinaan MRT yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam.

2.7 Pengenalan Projek Pembinaan MRT

Industri pembinaan di Malaysia semakin berkembang dengan projek binaan bangunan mahupun projek kerja-kerja kejuruteraan awam. Pada tahun 2015 jumlah projek yang dijalankan di Malaysia adalah 7478 dan sehingga Mac 2017 jumlah projek telah mencapai 706.

(38)

Jadual 2.5: Projek Utama Kejuruteraan Awam

No. Tajuk Projek / Pembinaan Lokasi Tahun

Mula

Tahun Jangka Siap

1 ‘Underground Works for Lembah

Kelang Mass Rapid Transit Sungai

Buloh-Kajang Line Between

Semantan North Portal & Maluri South Portal’

Kuala Lumpur

2012 2016

2 ‘Viaduct Guideway and Other

Associated Works for Mass Rapid Transit Lembah Kelang Sungai Buloh-Kajang Line between Dataran Sunway Station to Section 17’

Selangor 2012 2016

3 ‘1X1000MW Coal-Fired Power

Plant Tanjung Bin, Mukim Sekat’

Johor 2012 2016

4 ‘Civil, Electrical and Mechanical

Works for Ulu Jelai Hydroelectric Project’

Pahang 2011 2016

5 ‘Duta – Ulu Kelang Expressway

(DUKE) Phase 2’

Kuala Lumpur

2014 2016

(Sumber: www.cidb.gov.my)

Pembinaan MRT diterajui oleh MRT Corporation Sdn Bhd yang merupakan pemilik asset. Rapid Rail Sdn Bhd adalah syarikat yang mengendalikan tren-tren tersebut. Selain itu antara lain syarikat yang bergabung adalah MMC Corporation Berhad dengan Gamuda Berhad dan membentuk MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd.

2.7.1 Projek MRT Laluan 1 Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh - Kajang

MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini. Projek

(39)

ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar. Rajah 2.4 menunjukkan stesyen MRT yang dilaksanakan bagi jajaran Laluan 1.

Rajah 2.4 : Stesyen MRT

(Sumber: Laporan Kemajuan Kontraktor Muhibbah 18, Januari 2016)

MRT Laluan 1 iaitu KVMRT Sungai Buloh - Kajang (KVMRT Laluan 1) bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang seperti Rajah 2.5. Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk KVMRT Laluan 1 dijangkakan setiap 3.5 minit. Fasa Pertama dari Sungai Buloh ke Semantan

(40)

Rajah 2.5 : MRT Laluan 1 (Sumber: http://mymrt.com.my)

2.7.2 Pakej V6 Laluan 1

Pakej projek yang dipilih bagi kajian ini adalah Pakej V6 iaitu Construction And Completion Of Viaduct Guideway And Other Associated Works From Plaza Phoenix To Bandar Tun Hussein Onn Station. Pakej V6 merangkumi laluan sepanjang 5.24km dan lokasi bagi pakej ini terletak di kawasan Cheras seperti Rajah 2.6.

Rajah 2.6 : Lokasi Pakej V6 Plaza Phoenix - Bandar Tun Hussein Onn (Sumber: http://mymrt.com.my)

(41)

Pembinaan pakej V6 melibatkan pelbagai kerja bermula daripada kerja tanah, piling, kerja-kerja utiliti, tembok penahan dan viaduct seperti Rajah 2.7 dan Rajah 2.8. Kerja-kerja pembinaan ini juga mengandungi elemen yang berbeza jenis dan kegunaan. Pembinaan yang merangkumi kerja-kerja kejuruteraan awam ini dikaji bagi memperlihatkan pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti terhadap pengunaan kaedah piawaian yang dipilih.

Rajah 2.7 : Pembinaan Laluan Rel MRT (Sumber: Laporan Kemajuan Kontraktor Muhibbah ke-15, Oktober 2015)

Rajah 2.8 : Pembinaan tiang viaduct rel MRT (Sumber: Laporan Kemajuan Kontraktor Muhibbah ke -13, Ogos 2015)

(42)

2.7.3 Projek MRT Laluan 2 Sg Buloh – Serdang - Putrajaya

MRT Laluan 2 yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya. Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya. Rajah 2.9 menunjukkan laluan bagi MRT tersebut.

Rajah 2.9 : MRT Laluan 2 (Sumber: http://mymrt.com.my)

(43)

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022.

2.7.4 Pakej 202 Laluan 2

Pakej kedua projek yang dipilih bagi kajian ini adalah Construction and completion of viaduct guideway and other associated works from Persiaran Dagang to Jinjang. Pakej V202 merangkumi laluan sepanjang 4.5km dan lokasi bagi pakej ini terletak di kawasan Jalan Kepong Kuala Lumpur seperti di Rajah 2.10.

Rajah 2.10 : Contoh Pembinaan Stesyen MRT (Sumber: MRT, 2015)

Pembinaan bagi pakej ini sedang dijalankan dan ia meliputi kerja-kerja tanah, piling, kerja utiliti, viaduct dan pembinaan jejambat pejalan kaki. Bagi pakej ini juga

(44)

dilihat elemen-elemen yang digunakan serta praktis dalam penyediaan pengukuran kuantiti berdasarkan kepada standard piawaian yang dipilih.

2.8 Elemen-Elemen Piawaian Standard Di Dalam Pembinaan MRT

Pembinaan MRT melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam. Pembinaan ini terdiri daripada stesyen tren, laluan trak rel tren, terowong trend dan merupakan kerja yang kompleks. Elemen-elemen dalam pembinaan diukur bagi penyediaan senarai kuantiti. Walaubagaimana pun pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti bagi elemen yang terlibat dan piawaian standard yang digunakan bergantung kepada kumpulan Juruukur Bahan yang melaksanakan pembinaan MRT.

Sebagai contoh tiang rel tren bertingkat melibatkan kerja-kerja pemasangan acuan, besi dan konkrit yang diukur kuantiti berdasarkan kepada piawaian standard. Pembinaan seperti stesyen tren juga melibat pelbagai elemen yang diukur bagi memperolehi senarai kuantiti. Kajian ini dilaksanakan untuk memperolehi maklumat kaedah piawaian yang digunakan dalam pembinaan MRT.

2.9 Isu-Isu Pelaksanaan Piawaian Pengukuran Kuantiti dalam Pembinaan

MRT

Pelaksanaan piawaian ini dilihat sejauh mana penerimaan kaedah standard yang digunakan. Pelaksanaan piawaian yang sesuai dilihat daripada pelbagai sumber dan penglibatan kumpulan pihak tertentu. Antara perkara-perkara yang tersebut adalah:

(45)

a) Penglibatan pengurusan

b) Jenis pembinaan

c) Penetapan kaedah piawaian

Perkara ini yang terkandung di dalam projek pembinaan MRT kerana ia merangkumi pelbagai elemen yang digunakan.

2.10 Rumusan Bab

Secara keseluruhan Bab 2 menunjukkan pengukuran kuantiti bagi senarai kuantiti merujuk kepada kaedah piawaian seperti SMM2 dan MyCESMM. Senarai kuantiti merupakan senarai panjang bagi elemen-elemen kerja pembinaan yang disediakan oleh Juruukur Bahan. Juruukur Bahan memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyediaan senarai kuantiti selaras dengan kaedah piawaiaan sedia ada. Secara umum MyCESMM terbahagi kepada 20 pengkelasan iaitu terdiri daripada Class A sehingga Class T manakala SMM2 terbahagi kepada 21 seksyen iaitu terdiri daripada Section A sehingga Section W.

Penggunaan kaedah piawian dirujuk untuk pengukuran kuantiti bagi pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam. Pembinaan Projek MRT melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam dan pembinaan viaduct merupakan kerja infrastruktur serta melibatkan pelbagai elemen. Pembinaan ini juga melibatkan dua pakej iaitu Pakej V6 dari Laluan 1 dan Pakej V202 dari Laluan 2. Praktis pengukuran kuantiti ini dilihat berdasarkan elemen-elemen yang terlibat dan terkandung di dalam piawaian SMM2 dan MyCESMM.

Justeru pemilihan kaedah piawaian juga bergantung kepada penetapan oleh pengurusan pembinaan projek MRT dan pihak-pihak yang terlibat seperti kontraktor,

(46)

perunding dan PDP. Penglibatan kumpulan tersebut memainkan peranan penting dalam menjadikan pengukuran kuantiti yang selaras dengan piawaian ditetapkan.

(47)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3. META 4. DOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah metodologi bagi projek kajian ini. Ia juga berdasarkan kepada objektif utama yang telah diterangkan di dalam Bab 1. Di dalam bab ini juga menerangkan bagaimana projek kajian ini dijalankan serta bagaimana data-data diperolehi bagi mendapat gambaran serta pemahaman hasil daripada analisis data yang diperolehi. Bab metodologi ini menunjukkan kaedah yang digunakan, iaitu temu bual dan pemerhatian serta analisis ke atas contoh dokumentasi.

Kaedah ini dilihat memberi keputusan sama ada kajian ini akan mencapai objektif atau sebaliknya dan maklumat yang diperolehi dianalisis dalam memperolehi gambaran yang tepat dan jelas terhadap objektif tersebut.

(48)

3.2 Objektif Kajian

Objektif kajian telah diterangkan di dalam Bab 1 dan dalam mencapai objektif kaedah kualitatif dipilih dalam melaksanakan kajian ini. Objektif ini telah dinyatakan untuk mengenal pasti praktis pengukuran kuantiti untuk pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).

3.3 Reka bentuk Kajian

Kajian ini dibuat berdasarkan analisis ke atas dokumentasi senarai kuantiti yang dirujuk bagi mendapat gambaran sebenar penggunaan kaedah standard piawaian yang dipilih iaitu SMM2 ataupun MyCESMM atau kedua-duanya sekali bagi projek yang dipilih.

Elemen-elemen dikaji berdasarkan kepada deskripsi yang diperolehi daripada dokumen senarai kuantiti dan disenaraikan bagi mengetahui jenis piawaian yang digunakan. Jumlah peratusan dikira berdasarkan kepada jumlah penggunaan kaedah standard piawaian yang dipilih.

Selain itu reka bentuk soalan yang telah ditentukan dalam memperolehi maklumat bagi menjalankan analisis dalam mendapatkan keputusan. Reka bentuk soalan-soalan ini digunakan untuk menemuramah Juruukur Bahan dalam memahami pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti tersebut.

Reka bentuk soalan temu bual ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu:

(49)

Dibahagian ini terkandung tentang nama, jawatan, syarikat bekerja, tahun pengalaman dan peranan di syarikat tersebut.

b) Bahagian B – Pelaksanaan Praktis Pengukuran Kuantiti Untuk Pembinaan

MRT Kuala Lumpur

Bahagian ini berkaitan dengan pemilihan kaedah standard piawaian bagi penyediaan senarai kuantiti untuk projek pembinaan MRT. Selain itu kesesuaian standard piawaian tersebut dilihat, penerimaan dan pemahaman kaedah yang digunakan serta penguatkuasaan piawaian standard.

Analisis dijalankan terhadap maklumbalas daripada pihak Juruukur Bahan yang ditemuramah berserta pemerhatian ke atas dokumentasi dalam menghasilkan kesimpulan dan cadangan dalam mempertingkatkan lagi subjek utama kajian projek ini.

3.4 Peringkat Pertama – Kajian Awal

Pada peringkat kajian awal yang dijalankan melibatkan kajian literatur yang memberi penerangan berdasarkan kepada objektif kajian projek ini. Kajian literatur dilaksanakan dengan merujuk kepada jurnal, artikel, buku teks, majalah, sumber internet dan sumber akhbar yang memberi penerangan serta maklumat tambahan kepada laporan ini.

Penghasilan dalam kajian awal ini meliputi objektif yang dibuat, penyataan masalah yang berlaku dan skop kajian yang dijalankan. Segala maklumat berkaitan yang diperolehi dirujuk untuk pelaksanaan praktis kaedah pengukuran kuantiti bagi projek yang dijalankan.

(50)

3.5 Peringkat Kedua – Pengumpulan Data

Pengumpulan data ini dilaksanakan bagi mencapai objektif kajian dalam memperolehi keputusan dan penghasilan kesimpulan serta cadangan yang terbaik dalam meningkatkan kajian ini dimasa hadapan. Pengumpulan data ini berdasarkan kepada data primer.

3.5.1 Data Primer

Data primer merujuk kepada kaedah pengumpulan data yang diperolehi melalui analisis ke atas dokumentasi juga dirujuk sebagai bahan utama dalam memperolehi maklumat tentang pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti dalam projek pembinaan MRT. Di dalam dokumen ini dikaji deskripsi senarai kuantiti untuk menentukan penggunaannya berdasarkan kepada standard piawaian yang menjadi pilihan.

Kaedah kedua melalui temu bual kepada responden terpilih berdasarkan soalan-soalan yang direkabentuk. Responden dipilih berdasarkan latar belakang responden yang terlibat dengan projek MRT dan terlibat di dalam penyediaan senarai kuantiti. Enam responden dicadangkan namun hanya tiga responden yang memberi maklumbalas untuk ditemu bual. Pencarian responden melalui syarikat responden untuk membuat temu bual.

Soalan temu bual merujuk kepada objektif kajian ini iaitu mengenalpasti praktis kepada pengukuran kuantiti dalam pembinaan MRT. Ia dibentuk berdasarkan kaedah yang dipilih untuk penyediaan senarai kuantiti, pemahaman terhadap piawaian sedia ada dan bagaimana ia di adaptasi dalam senarai kuantiti. Soalan temu bual adalah soalan berstruktur dengan bahagian pertama adalah permulaan latar belakang dan bahagian kedua adalah pelaksanaan praktis piawaian standard dalam

(51)

pembinaan MRT. Rekod bagi elemen senarai kuantiti dibuat berdasarkan jenis elemen yang digunakan dan ditandakan berdasarkan kepada kaedah piawaian yang dipilih. Satu jadual dibuat dengan menyediakan ruang elemen yang terkandung dalam senarai kuantiti dan dipilih sama ada SMM2, MyCESMM atau tiada terkandung.

3.6 Peringkat Ketiga - Analisis Data

Analisis data dibuat setelah maklumat respoden daripada temu bual yang dijalankan. Maklumbalas temu bual dengan responden dijadikan transkrip. Transkrip ini dianalisis dengan menyenaraikan praktis kaedah piawaian, pemilihan dan

penerimaan piawaian dan faktor-faktor pemilihan kaedah. Borang rekod dianalisis

dengan mendapatkan jumlah nilai kekerapan untuk membuat perbandingan penggunaan kaedah tersebut. Ia dibandingkan dengan dua pakej Laluan 1 dan Laluan 2 untuk jumlah penggunaan yang tertinggi.

Data yang diperolehi daripada dokumen senarai kuantiti bagi kerja pembinaan viaduct untuk dua (2) pakej. Pada peringkat pertama analisis dibuat kepada elemen-elemen yang terkandung di dalam dokumen senarai kuantiti. Elemen-elemen disenaraikan dan data tersebut disenaraikan ke dalam borang rekod. Setiap elemen dirujuk kepada kaedah piawaian SMM2 dan MyCESMM untuk mengetahui sama ada elemen yang dipilih terkandung di dalam piawaian tersebut ataupun sebaliknya. Elemen yang mematuhi dan terkandung dalam kaedah piawaian ditanda dan jumlah nilai kekerapan elemen diperolehi.

Jumlah kekerapan penggunaan elemen berdasarkan kepada kaedah piawaian dikira dan peratusan diperolehi berdasarkan pengiraan seperti dibawah:

(52)

i) Peratusan = Jumlah elemen bagi MyCesmm Jumlah Elemen

= % Peratusan Elemen

ii) Peratusan = Jumlah elemen bagi SMM2

Jumlah Elemen

= % Peratusan Elemen

Analisis ini juga menentukan objektif kajian ini mencapai matlamat dan keputusan di perolehi akan dapat dilihat bagaimana penerimaan terhadap penggunaan piawaian standard berkaitan.

3.7 Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan dan cadangan ditentukan berdasarkan kepada keputusan analisis yang diperolehi. Keseluruhan kajian ini dinilai dan keputusan yang diperolehi akan menunjukkan keberkesanan pelaksanaan piawaian standard dan penglibatan pihak yang terbabit dalam projek MRT terhadap kaedah yang digunakan dalam penyediaan senarai kuantiti.

Selain itu untuk menyenaraikan cadangan dalam mempertingkatkan pelaksanaan praktis pengukuran kuantiti dengan satu kaedah piawaian yang dapat digunapakai kepada semua jenis projek pembinaan di Malaysia.

(53)

3.8 Rumusan Bab

Secara keseluruhan metodologi kajian ini dilaksanakan bagi memperolehi data maklumat untuk mencapai objektif kajian. Data maklumat diperolehi hasil daripada analisis ke atas dokumen senarai kuantiti dan temu bual responden yang terpilih. Pemilihan projek bagi Pakej V6 Laluan 1 dan Pakej V202 Laluan 2 adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah piawaian MyCESMM dan SMM2 dalam pengukuran kuantiti.

Kaedah kajian ini dinilai berdasarkan kepada elemen-elemen yang terlibat dalam projek MRT bagi pembinaan Viaducts Guideway. Jumlah kekerapan elemen dikumpul untuk memperolehi peratusan bagi penggunaan kaedah piawaian sedia ada. Kedua-dua pakej dinilai jumlah elemen serta untuk mengetahui jumlah yang lebih tinggi yang merujuk kepada MyCESMM atau SMM2.

(54)

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4. ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab 4 merupakan analisis kajian yang membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi. Analisis dijalankan ke atas dokumen senarai kuantiti bagi pakej projek yang dipilih dan kajian dilaksanakan untuk mengetahui praktis penggunaan standard piawaian dalam penyediaan senarai kuantiti.

Selain itu temu bual juga dijalankan bagi memperolehi maklumat tambahan agar analisis dapat dijalankan untuk mengetahui objektif kajian dicapai. Responden yang dipilih adalah daripada kumpulan Juruukur Bahan yang terlibat dalam projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).

4.2 Praktis Penggunaan Standard Piawaian Bagi Elemen Pembinaan

Viaduct Guideway Pakej V6 Laluan 1

Dokumen senarai kuantiti bagi Pakej V6 untuk kerja pembinaan Viaduct Guideway dan kerja-kerja berkaitan di analisis dengan menyenaraikan elemen-elemen yang digunakan. Seterusnya deskripsi bagi setiap elemen-elemen dikaji dengan merujuk kepada SMM2 dan MyCESMM bagi mengetahui penggunaannya.

(55)

Elemen-elemen yang terkandung di dalam senarai kuantiti bagi pembinaan Viaduct Pakej V6 disenarai mengikut jenis kerja. Elemen ini disemak bagi menentukan penggunaan kaedah standard piawaian yang dipatuhi.

4.2.1 Kerja-Kerja Tambahan

Penggunaan standard piawaian bagi kerja cerucuk berdasarkan kepada elemen yang digunakan. Kerja tambahan bagi elemen kerja cerucuk merujuk kepada kaedah piawaian SMM2 dan MyCESMM. Berdasarkan kepada Jadual 4.1 jumlah bilangan elemen yang merujuk kepada MyCESMM adalah lapan (8) manakala jumlah SMM2 adalah sembilan (9) elemen.

Perbezaan pemilihan kaedah piawaian ini tidak terlalu ketara kerana ia terdapat pada kedua-dua piawaian tersebut seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1: Kerja Tambahan Elemen Cerucuk. Ini menunjukkan bahawa kerja-kerja tambahan untuk kerja cerucuk terkandung di dalam kedua-dua standard piawaian tersebut. Selain itu unit yang digunakan adalah sama.

Kerja untuk waterproofing and asphalt dirujuk kepada SMM2 kerana di dalam MyCESMM tidak meliputi kerja tersebut. Di dalam SMM2 telah dinyatakan kerja untuk water proofing system bagi asas pad dan tiang.

Referensi

Dokumen terkait

Peran Home Industri Dalam Meningkatkan Ekonomi Keluarga (Studi Kasus Home Industry Keripik Di Kelurahan Kubu Gabang). Jurnal JPM FISIP. Fakultas Ilmu Sosial Dan Ilmu

Pada awal pertemuan siklus I guru yang juga berkedudukan sebagai peneliti mulai mengali pengetahuan dengan memberikan penjelasan sedikit tentang rukun shalat. Dari

Begitupun dengan ADAS, ADAS akan mengalami kerusakan keti- ka gempa kuat terjadi sehingga sistem disipasi energi yang sebelumnya terjadi pada elemen struktur bisa

Untuk itu, penelitian ini dilakukan untuk: 1 mengetahui tingkat Konformitas Teman Sebaya pada siswa-siwi kelas VII dan VIII SMP Sunan Giri 2 mengetahui tingkat kenakalan remaja

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

“Bagi pasangan yang terpilih semoga dapat menjalankan visi dan misinya untuk UNAIR, tetapi bagi yang belum terpilih harus tetap berkontribusi dalam

(c) Catatkan sekurang-kurangnya 5 kali dalam tempoh waktu yang berlainan dengan sejumlahnya 30 atau lebih buah pesawat yang anda perhatikan (tidak semestinya daripada

Kertas biasa digunakan untuk mengemas bahan atau produk pangan kering atau untuk kemasan sekunder (tidak langsung kontak dengan bahan pangan yang dikemas) dalam