• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAINS PERTANIAN 3528/3

B. MAKLUMAT ASAS *

**

C. LAPORAN

i. Pelaksanaan Kerja Kursus

Nama Ketua Pentaksir Negeri : AHMAD SHUKOR BIN MANSOR Alamat Sekolah : SMK KUALA JENDERIS,

21700 KUALA BERANG, TERENGGANU. No. Telefon : 09 – 8247494 (S) 019 - 9349559. (HP)

*

i. Bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian : 316 ii. Bilangan sekolah yang diselaraskan : 283 iii. Bilangan pentaksir yang diselaraskan : 324 iv. Bilangan pentaksir yang telah mengikuti penataran : 286

Kerja kursus dilaksanakan mengikut aspek dan kriteria yang tersenarai dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus Sains Pertanian yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pada umumnya semua sekolah mematuhi jadual pelaksanaan yang dicadangkan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri. Semua sekolah yang dipantau dan diselaras didapati mentaksir kesemua 9 aspek yang telah

Berdasarkan perangkaan dari 9 buah negeri sahaja. (Laporan penyelarasan negeri-negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan tidak diterima).

ditetapkan. Terdapat 3 kes sahaja sekolah yang perlu diulang pantau bagi memastikan pelaksanaan kerja kursus.

Pendokumentasian adalah lengkap. Semua sekolah ada menubuhkan Jawatankuasa Pentaksiran Sekolah. Dokumen berkaitan dengan pelaksanaan kerja kursus ada disediakan dan mudah diakses oleh pemantau / penyelaras.

Secara keseluruhan, majoriti guru pentaksir telah mengikuti penataran atau kursus pendedahan tentang tatacara pelaksanaan kerja kursus dan penskorannya. Justeru, didapati pentaksir sekolah faham kaedah pelaksanaan dan penskorannya. Ini dapat dirumuskan kerana didapati semua pentaksir memberi skor yang betul dan tepat berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Tidak ada seorangpun pentaksir sekolah yang perlu dilakukan penyetaraan markah / gred kerana purata selisih skor pentaksir dan skor penyelaras semuanya tidak signifikan (= 0.5). Penggredan yang dilakukan pentaksir berdasarkan kriteria ditetapkan adalah betul dan tepat.

Rekod skor disimpan dengan baik dan mudah diakses oleh pemantau / penyelaras.

Semua sekolah ada menyimpan eviden kerja kursus untuk tujuan penyelarasan / pemantauan.

Eviden yang paling popular adalah dalam bentuk laporan bertulis, contohnya laporan makmal, laporan temubual dan portfolio / laporan projek. Eviden lain yang disimpan sebagai bukti pelaksanaan kerja kursus adalah gambar foto, sampel produk tugasan (tut, cantuman tunas, model sistem pengairan) dan juga bahan muat turun internet serta disket. Ada sebilangan kecil sekolah yang menyimpan eviden kerja kursus dalam bentuk cakera padat (CD).

ii. Penskoran Kerja Kursus

Pada keseluruhannya eviden-eviden yang disediakan adalah mencukupi, lengkap dan mencakupi serta sahih dan boleh dipercayai. Hanya sebilangan kecil sahaja sekolah yang kurang lengkap eviden kerja kursus.

Penggunaan fail adalah pelbagai bentuk, seperti fail poket, , fail kertas dan fail plastik. Penggunaan fail untuk menyimpan eviden kerja kursus boleh diperbaiki dan diselaraskan. Penggunaan fail boleh dikatakan kemas, dan pengurusan penyimpanan fail adalah selamat.

Pentaksir sekolah perlu menyediakan rancangan kerja / jadual kerja kursus dan dimaklumkan kepada semua calon untuk mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan jika berlaku guru berpindah, kerja kursus masih dapat diteruskan. Pada umumnya pentaksir sekolah ada menyediakan rancangan kerja mentaksir kerja kursus calon.

Pada keseluruhannya pemantuan dalaman oleh pihak pengurusan sekolah berlaku. Terdapat sebilangan kecil sahaja sekolah yang didapati tidak berlaku pemantauan dalaman. Perkara ini boleh diperbaiki supaya pihak pengurusan sekolah dapat mengenalpasti masalah pelaksanaan kerja kursus lebih awal. Pemantauan oleh penyelaras atau pemantau lain masih perlu diteruskan.

Pada umumnya tiada masalah dari segi kemudahan untuk melaksanakan kerja kursus Sains Pertanian. Sedikit kekangan atau halangan adalah seperti :

iv. Pengurusan Kerja Kursus

v. Kekangan Pelaksanaan Kerja Kursus

ring file

(Kemudahan, Kemahiran guru, dll)

a. Banyak sekolah masih belum mempunyai makmal Sains Pertanian. Pelaksanaan kerja kursus yang melibatkan makmal masih berkongsi dengan mata pelajaran sains tulen.

b. Masih banyak sekolah yang mempunyai masalah ketiadaan makmal komputer. Sekolah yang menpunyai makmal komputer pula menghadapi masalah talian internet. Pelaksanaan kerja kursus yang melibatkan aspek kemahiran menggunakan komputer kadang-kadang terjejas disebabkan atau tiada / gangguan kemudahan internet di sekolah, terutama di kawasan luar bandar. Dalam kebanyakan kes seperti ini, pelajar disuruh ke siber cafe untuk mengakses internet dan memuat turun maklumat bagi menepati kriteria yang ditetapkan.

c. Kemudahan peralatan makmal dan ladang yang agak terhad atau kurang mencukupi kerana geran per kapita mata pelajaran (PCG) bagi pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi sekolah yang bilangan pelajarnya tidak ramai, tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan melaksanakan kerja kursus. Contohnya, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan sistem pengairan melibatkan kos yang besar. PCG tidak dapat menampung perbelanjaan menjalankan kerja kursus.

d. Sesetengah peralatan, terutamanya komponen sistem pengairan, terlalu mahal dan sukar didapati khususnya di bandar-bandar kecil dan kawasan pedalaman.

Pada umumnya guru-guru Sains Pertanian melaksanakan kerja kursus dan menyempurnakan penskorannya dengan baik, berkesan dan mempunyai akauntabiliti. Sedikit kekangan mungkin berlaku di kalangan guru baru, guru pengganti, guru bukan opsyen dan juga guru-guru di kawasan pedalaman, seperti :

a. Sebilangan kecil guru yang mengajar Sains Pertanian bukan mempunyai opsyen mata pelajaran itu. Guru-guru ini perlu diberi lebih

server breakdown

pendedahan tentang pendekatan dan kaedah melaksanakan kerja kursus.

b. Sebilangan kecil guru / pentaksir sekolah masih belum mengikuti kursus atau penataran pelaksanaan kerja kursus.

c. Sebilangan kecil guru / pentaksir sekolah masih belum cekap tentang beberapa aspek kemahiran seperti melakukan bedah siasat ayam, penggunaan komputer dan pemasangan sistem pengairan. Kedua-dua kemahiran tersebut merupakan sebahagian aspek yang ditaksir dalam kerja kursus.

a. Aspek yang dinilai dalam Kerja Kursus Sains Pertanian (3528/3 ) terlalu banyak dan pelbagai meliputi kerja amali makmal, amali ladang, amali komputer dan penyediaan laporan , sedangkan kebanyakan calon terdiri daripada kumpulan sederhana dan lemah di mana bimbingan 100% guru amat diperlukan.

b. Pelajar / calon prestasi lemah biasanya menghadapi masalah disiplin. Pelajar seperti ini kerap ponteng secara berkala dan berterusan. Ini mengganggu perjalanan perancangan kerja kursus.

c. Sebilangan kecil calon terlalu lemah; masih ada yang belum boleh membaca dan menulis sebagai pelajar menengah atas.

a. Peruntukan waktu P&P bagi mata pelajaran Sains Pertanian (2 x 80 minit = 160 minit) seminggu didapati tidak mencukupi untuk melaksanakan kerja kursus di samping pengajaran dan pembelajaran biasa. Guru terpaksa menumpukan banyak perhatian kepada pelaksanaan kerja kursus dan pada masa yang sama perlu menghabiskan sukatan pelajaran. Walaupun kerja kursus dijalankan waktu P & P , tetapi jumlah masa 80 minit (2 waktu) tidak mencukupi untuk melaksanakan satu-satu tugasan yang ditetapkan dalam dokumen pentaksiran.

b. Guru yang berpindah ke sekolah lain tidak memaklumkan perkembangan pelaksanaan kerja kursus kepada guru baru atau guru pengganti.

Murid / Calon :

c. Bebanan kerja guru bertambah kerana aspek perkeranian banyak diperlukan dalam perlaksanaan dan penskoran kerja kursus.

(

:

a. Pemilihan calon untuk mata pelajaran Sains Pertanian mestilah terdiri dari kelompok pelajar yang mempunyai pencapaian baik / sederhana (A/B) dalam PMR untuk Sains dan Matematik.

a. Pentaksir mesti berusaha melaksanakan Kerja Kursus dalam waktu P & P mengikut jadual perancangan yang dicadangkan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan / Negeri. Pentaksiran kerja kursus untuk aspek yang boleh dinilai di Tingkatan 4 hendaklah dilaksanakan pada tahun itu juga dan bukannya ditangguhkan sehingga Tingkatan 5.

b. Eviden kerja kursus perlu disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Jenis eviden juga perlu pelbagai. Eviden dalam bentuk gambar foto (

) dan video amat dialu-alukan.

a. Memperuntukkan satu makmal khas untuk P&P dan pentaksiran kerja kursus Sains Pertanian.

b. Memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sains Pertanian sebagai mata pelajaran elektif kepada pelajar aliran sains tulen / sains tambahan. Harus diingatkan bahawa Sains Pertanian adalah satu mata pelajaran di bawah kumpulan teknologi.

c. Pihak pengurusan sekolah perlu membuat pemantauan berkala pelaksanaan kerja kursus mengikut aspek yang ditaksir dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus serta mengikut jadual / perancangan tahunan yang dicadangkan.

vi. Cadangan

Calon

Pentaksir

Sekolah

Kepada calon, pentaksir, sekolah. PPD, JPN, LPM mana yang berkaitan)

still photo

d. Panitia Sains Pertanian perlu dibekalkan notebook / komputer riba dan kamera digital untuk memudahkan pelaksanaan dan pendokumentasian kerja kursus.

a. Mengadakan lawatan pemantauan yang kerap ke sekolah-sekolah bagi memastikan pelaksanaan kerja kursus dipatuhi sepenuhnya dan pendokumentasiannya sentiasa kemaskini.

b. Melaksanakan Kursus Penataran Kerja Kursus kepada guru-guru baru dan guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian. c. Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme kepada guru-guru

Sains Pertanian, khususnya dalam bidang teknikal baru dan terkini seperti fertigasi, aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya.

d. Melaksanakan taklimat setiap tahun tentang pelaksanaan Kerja Kursus kepada guru-guru.

e. Menganjurkan kursus untuk guru-guru bagi menyediakan bahan sokongan untuk memudahkan guru-guru melaksanakan Kerja Kursus. f. Sekolah yang menawarkan elektif Sains Pertanian dibekalkan dengan

peralatan dan kemudahan yang mencukupi supaya kerja kursus dapat dilaksanakan dengan berkesan.

g. Mencadangkan kepada KPM atau Bahagian Kewangan supaya PCG mata pelajaran Sains Pertanian dinaikkan; atau memberi peruntukan khusus untuk pelaksanaan kerja kursus di sekolah-sekolah.

h. Mencadangkan kepada KPM supaya guru Sains Pertanian juga diberi kemudahan / komputer riba seperti guru-guru di bawah program PPSMI.

i. Mengadakan mesyuarat untuk mengumpulkan eviden / laporan kerja kursus daripada Pentaksir Kawasan dan Ketua Pentaksir Negeri.

a. Mengkaji semula aspek yang dinilai dalam Kerja Kursus. Aspek yang perlu dinilai perlu dihadkan bilangannya supaya masa tidak terlalu ditumpukan kepada pelaksanaan Kerja Kursus.

JPN

LPM

b. Skor yang diperoleh calon dalam kerja kursus perlu diberi wajaran (10 % - 20%) dalam gred keseluruhan kertas mata pelajaran Sains Pertanian (3528). Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

c. Mengadakan mesyuarat Pentaksiran Kerja Kursus Peringkat Kebangsaan selepas selesai pemantauan / penyelarasan peringkat negeri supaya semua Ketua Pentaksir Negeri mempunyai ruang untuk melaporkan dapatan semasa kerja-kerja pentaksiran dijalankan di negeri masing-masing.

Tandatangan Ketua Pentaksir Kebangsaan : Ketua Pentaksir Kebangsaan :

Alamat Jabatan/Sekolah :

Tarikh :

AHMAD SHUKOR BIN MANSOR

Dokumen terkait