• Tidak ada hasil yang ditemukan

masih berpegang dengan amalan jahiliyah mereka, iaitu tak mahu perkataan

Dalam dokumen 2 (Halaman 45-51)

TAFSIRAN SURAH AL FATH

Ayat 26 membawa kita kepada peristiwa ini, iaitu walaupun orang kafir itu masih berpegang dengan amalan jahiliyah mereka, iaitu tak mahu perkataan

Pada masa itu Suhail bin Amru membantah supaya perkataan Bismillah itu di hapuskan, dan cukup dengan menyebut hanya Muhammad bin Abdullah kerana mereka tidak mengiktiraf adanya Rasulullah. Sambil membantah dia berkata, ‘kalau lah engkau Rasulullah nescaya semua akan menghormati engkau’.

Ali bin Talib menunggu keputusan dari Rasulullah, Rasulullah meminta Ali memadamkan kalimat Bismillah, dan menukar Muhammad Rasulullah kepada Muhammad bin Abdullah. Muslimin di Hudaibiyah masa itu kecewa, itu memasukkan rasa ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman supaya menerima dan dengan hati yang tenang akur atas perintah Rasulullah itu.

Apakah yang di masukkan oleh ke dalam hati-hati Rasulullah dan orang-orang yang beriman? Di masukkan kalimat Attaqwa iaitu kalimat Lailahaillah, iaitu kalimat yang menjadi hak kepada ahlinya untuk mereka memilikinya.

Allah Maha mengetahui akan segala sesuatu itu, pada siapa kalimat itu harus di masukkan dan kepada siapa pula kalimat kufur harus diberikan. Inilah maksud nya dari ayat berikut:

(di pastikan yang mendukung mereka ialah kalimat taqwa yang sebenarnya itu lah hak dan kewajaran untuk mereka sebagai ahli nya).

Komen Syed Qutub, bahawa dua ayat di atas mempersembahkan dua jenis manusia sewaktu Perjanjian Hudaibiyah; iaitu:

a) Musyrikin Mekah tradisinya Jahilyah; menghalang orang-orang Rasulullah dari memasuki Mekah dan beribadat Umrah, menghalang sampainya unta-unta ke destinasinya untuk tujuan korban; dan terdapat dalam masyarakat Mekah itu orang-orang yang beriman, yang menyembunyikan iman mereka dari Quraish. Musyrikin mekah ini

46

sengaja menyalahi tradisi mereka menghalang sesiapa saja yang mahu beribadat tawaf dalam bulan–bulan haram. Tradisi yang tidak dipertahankan kerana marah pada Muhammad saw dan kumpulan baginda. Allah menyatakan hati-hati mereka terus dihiaskan dengan warna-warna jahiliyah; iaitu takbur, bermegah-megah, mementingkan kuasa dan memperhambakan orang lain demi kepuasan mereka.

(Kenangkan lah, bagaimana hati-hati orang yang kafir itu di masukkan perasaaan jahat (yang sangat menekan kamu dahulu), iaitu perasaan jahat jahiliyah (yang sepatutnya kamu berdendam)

b) Kumpulan beriman yang terdiri daripada kumpulan bersama Rasulullah di Hudaibiyah. Mereka dipuji oleh Allah dan Allah telah memasukkan ke dalam hati-hati mereka ketenangan, dan dipenuhi dengan taqwa, yang sepatutnya mereka terima dan mereka adalah ahlinya.

c) Inilah hati-hati orang yang beriman, tenang, ceria dan penuh kepercayaan pada Allah, sentiasa dekat dengan Allah dalam semua gerak-geri mereka. Mereka tidak durhaka dan tidak melampaui batas yang akhirnya membawa mereka kepada rasa khusuk dalam iman mereka pada Allah.

d) Inilah pujian yang datang terus dari Allah dan berbahagilah kumpulan sahabat ini dengan syurga Allah yang telah dijanjikan.(Syed Qutub)

Sesungguhnya, Allah telah membenarkan mimpi Rasul Nya itu (sewaktu baginda bermimpi memasuki Mekah bercukur dan bergunting), dan mimpi itu

sebagai mimpi yang Haq. Iaitu akan terjadi kemasukan mereka ke dalam Masjidil Haram, dengan izin Allah dengan penuh keamanan, berkeadaan

47 telah memberitahu sahabat yang baginda memasuki Mekah dengan para sahabat di mana lelakinya bercukur dan yang perempuannya mengunting rambut tujuan ihram Umrah. Para sahabat begitu gembira dan sebanyak 1400 sahabat telah menuju Mekah. Dalam mimpi itu, Rasulullah mengatakan (Iaitu akan terjadi kemasukkan mereka ke dalam Masjidil Haram, dengan izin Allah) yang bererti memasuki Mekah bukan tahun itu; dan yang terjadi ialah memasukinya di tahun hadapan dengan izin Allah. Kemasukkan mereka pada tahun hadapan itu akan dipenuhi dengan keselamatan dan keamananan berkeadaan bercukur bagi lelakinya dan bergunting bagi perempuannya dan sedikit pun tidak punyai rasa takut .

Inilah yang dibenarkan oleh Allah tentang mimpi Rasul itu dan mimpi rasul adalah benar. Setelah berlaku kemasukan yang sebenar pada tahun ke-7 Hijarah, maka ketahui lah para sahabat menangguhkan kemasukkan itu pada tahun hadapan itu mempunyai hikmah dan kebaikan yang sangat terserlah.

Seolah ayat ini nak memberitahu sahabat yang agak kecewa tidak dapat memasuki Masjidil Haram pada tahun ke-6 itu ianya adalah di luar pengetahuan mereka tentang adanya hikmah besar ini.

Allah menjelaskan bahawa pembukaan Khaibar terjadi bukan dari mimpi Rasulullah dan pembukaan Khaibar berlaku terlalu cepat selepas Rasulullah dan sahabat pulang ke Madinah. Ini dijelaskan dalam ayat berikut:

48

(maka Allah telah mengizinkan pembukaan Khaibar selepas itu tanpa didahului oleh mimpi Rasul, dan ianya sebenarnya pembukaan dan kemenangan yang sudah hampir)

Dalam ayat 28 Allah menggulung satu kesimpulan bahawa Rasulullah dihantar sebagai Rasul adalah membawa HIDAYAH dari Allah, membawa ugama yang benar dari Allah dan dengan contoh-contoh penglibatan Allah dan penentuan kemenangan pada Rasulullah dan muslimin ini, menzahirkan bahawa Islam adalah lebih tinggi dari semua agama yang ada di bumi ini. Jadi cukup lah hanya Allah sahaja yang menjadi saksi ke atas Nabi Muhammad dan penyaksian Allah itu menjelaskan serta mengesahkan kenabian Muhammad saw dengan mukjizat nya adalah benar dari Allah. Inilah pengertian dari ayat (Cukup lah hanya Allah itu sahaja sebagai saksi)

Muhammad itu ialah Rasulullah! Dan mereka-mereka yang berada sama dengan baginda sangat serius terhadap orang yang kufur tetapi penuh kasih

sayang dengan sesama mereka. Lihat mereka sentiasa rukuk dan sujud dan mengharapkan kelebihan restu dari Allah dan keredhaan Nya. Kesan sujud jelas di dahi mereka kerana banyaknya sujud. Bandingan mereka ini seperti di

catit dalam Kitab Taurat dan bandingan mereka juga ada dalam Kitab Injil, mereka seperti pokok subur yang telah mengeluarkan pucuk menuding ke atas,

49

Di akhir surah al Fath ini, Allah menyingkap kepada kita sifat-sifat Muhammad Rasulullah, yang tidak diiktirafkan oleh Suhail bin Amru dan musyrikin Mekah, ketika Syedina Ali mahu menulis ‘Muhammad Rasulullah’

dalam Perjanjian Damai Hudaibiyah.

Ditegaskan oleh Allah, yang Muhamad itu adalah seorang Rasul yang dilantik oleh Allah. Muhammad Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda, khususnya yang bersama-sama Rasulullah sewaktu berada di Hudaibiyah itu disimpulkan kepada beberapa kualiti; iaitu kualiti-kualiti yang memperlihatkan luaran dan dalaman sifat-sifat mereka yang dikatakan oleh Allah sendiri sebagai satu pengiktirafan atas jasa awal mereka kepada Islam.

Kualiti pertama: (sangat serius terhadap orang yang kufur tetapi penuh kasih sayang dengan sesama mereka) iaitu tidak kompromi atas masalah akidah dan sangat merasa hormat dan kasih sayang dengan sesama mereka.

Kualiti kedua: (Lihat mereka sentiasa rukuk dan sujud) rajin melakukan solat secara berjemaah dan Rasulullah sebagai Imam mereka. Ini lah kualiti kepimpinan yang terbaik.

Kualiti ketiga: (mengharapkan kelebihan restu dari Allah dan keredhaan Nya) iaitu gambaran hati-hati mereka yng bartautkuat pada Allah untuk mendapat kelebihan disisi Nya dan yang penting ialah keredaan Nya.

Kualiti keempat: (Kesan sujud jelas di dahi mereka kerana banyaknya sujud) iaitu bagaimana mereka berada dalam khusuk ketika

50

sujud dan pemusatan minda mereka hanya pada Allah yang memberi kesan pada tanda di dahi-dahi mereka.

Kualiti kelima: (Bandingan mereka ini

seperti dicatit dalam Kitab Taurat dan bandingan mereka juga ada dalam Kitab Injil) iaitu menggambarkan gandingan mereka dari sahabat-sahabat Nabi Musa dan Isa yang sama saja sifat-sifat mereka ini dengan sahabat Rasulullah.

Kualiti keenam:

(seperti pokok subur yang telah mengeluarkan pucuk menuding ke atas, mulanya lembut dan kemudian keras dan menjangkau ke atas yang tinggi; dengan ini ia menyeronokkan petani untuk menajdi rasa dengki dari orang yang kufur). Iaitu kepimpinan Rasulullah yang matang, meransang, menyuburkan, menguatkan barisan, dan menegak mencipta kemenangan dan hubungan kepimpinan dan yang dipimpin dari sahabat-sahabat ini, telah menyebabkan rasa takut bersama dengki di kalangan orang yang kufur. Inilah benteng pertahanan yang digeruni oleh seteru.

Begitulah Allah telah mencatitkan penilaian Nya ke atas Rasulullah dan pengikut Nya yang berjumlah 1400 orang itu dalam Kitab nya yang telah pun di baca sejak 1400 tahun lalu oleh umat Muhammad. Catitan ini akan berkekalan dengan kekalnya al Quraan ini sehingga ianya boleh dirasai dan

mereka; (Allah telah

berjanji kepada orang yang beriman dan melakukan amal soleh dalam hidup mereka dengan pengampunan dan pahala yang besar)

Semua anugerah dan pengiktirafan Allah ke atas Rasulullah dan sahabat-sahabat ini adalah KEREDAAN Nya, Kemulian Nya, dan Janji Nya yang agong kepada para sahabat ini. Semuanya di anugerahkan pada masa mereka masih hidup dan kita dapat merasai betapa gembira dan yakinnya mereka di saat-saat ayat ini dibacakan oleh Rasulullah kepada mereka. Aduh! Inilah

51

anugerah ilahi yang terus menerus di atas satu pertimbangan Allah kepada manusia yang berjasa kepada Allah dan Rasul Nya.

Bagi pembaca yang membaca surah ini dapat menghayatinya, akan terasa tertanya-tanya keadaan ini yang menyebak dada mereka; mendengar sendiri pengiktirafan itu dari mulut Allah ke atas sahabat-sahabat ini; menari-cari jawapan bagaimana mereka boleh mendapat anugerah yang serupa dari Allah dan yang pentingnya, akan mengukuhkan iman kita kepada Allah dan Rasul; agar kita semua bersama-sama dengan orang-orang yang telah Allah kurniakan nikmat Nya kepada mereka. مﻠﻋأ ﷲو

Tafsiran dan susunan ini siap ditulis pada 5/6/2016 Ahad, bersamaan 27 Saaban 1347 Hijrah.

Dalam dokumen 2 (Halaman 45-51)