1
SURAH AL FATH
2
3
4
5
6
TERJEMAHAN SURAH AL FATH
Sesungguhnya Kami telah mempastikan pembukaan kepada kemenangan
Engkau (wahai Muhammad) yang jelas dan nyata.(1)
(Satu kemenangan ) yang Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa mu yang lalu, dan yang terkemudian; dan serentak dengan itu menyempurnakan
nikmat-nikmat Nya ke atas kamu, dan menunjuk jalan hidayah kepada
kamu.(2)
Dan Allah akan memberi pertolongan kepada kamu dengan pertolongan yang
sangat luarbiasa.(3)
Dialah yang telah memasukkan semangat tenang sejahtera ke dalam hati-hati orang yang beriman, supaya iman dan keyakinan mereka akan bertambah di atas keyakinan yang sedia ada. Kepada Allah lah sahaja yang memiliki tentera
Nya di langit dan di bumi (untuk membantu mereka) dan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.(4)
7
Dengan itu, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman–lelaki dan perempuan- ke dalam syurga Nya yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
dan kekal berada di dalam nya; serta dihapuskan semua dosa-dosa kejahatan
mereka. Disisi Allah, keadaan ini adalah satu kejayaan yang besar.(5)
Sedangkan orang-orang munafik-lelaki dan perempuan dan musyrikin-
lelaki dan perempuan yang sentiasa buruk sangka kepada Allah akan di azab.
Ke atas mereka lah akan tertimpa bala bencana sepanjang zaman. Allah murka pada mereka serta dilaknatkan nya dan di tempatkan mereka dalam neraka
jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat pulang.(6)
(Dia berkuasa melaksanakan semua ini kerana) Dialah Penguasa ke atas tentera langit dan bumi; dan sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa dan Penuh
Hikmah (atas tadbir urus Nya).(7)
Sesunguhnya Kami telah mengutuskan engkau (Wahai Muhammad!) sebagai saksi (yang diterima keterangannya), penyampai berita gembira dan
penyampai amaran pada semua.(8)
8
Supaya (kamu dan umat mu) terus beriman dengan Allah dan Rasul Nya; kuat berpegang pada ugama Nya, dan sentiasa memuliakan nya; dan terus memuji-
muja bertasbih-beribadat pada Nya pagi dan petang.(9)
Sesungguhnya, mereka yang telah memberi pengakuan taat setia (baiy’ah) kepada engkau, sebenarnya mereka memberi taat setia mereka pada Allah.
Tangan pengawasan Allah berada di atas tangan-tangan mereka.(Allah bersama mereka). Jadi sesiapa yang enggan menyempurnakan ikrar tersebut
maka bahaya itu akan terkena atas diri mereka. Sesiapa yang menunaikan ikrar itu pada Allah, maka Allah akan menunaikan pada mereka pahala yang
besar.(10)
Orang Arab Badwi yang tidak ikut sama dalam rombongan (Rasulullah ke Mekah) akan memberi alasan yang ”kami terlalu sibuk mengurus hartabenda, dan keluarga kami! Maka maafkan kami dan pohonlah ampun dari Allah untuk
kami”. Ucapan mereka itu lain di lidah dan lain di hati mereka; Oleh itu!
9
Katakan lah pada mereka (wahai Muhammad): “seandainya, waktu kamu tidak ikut kami terjadi sesuatu, maka siapakah yang mempertahankan kamu
jika kamu terkena sesuatu musibah; atau siapakah yang boleh memberi munafaat pada kamu ketika itu? Apa pun, Allah Maha Mengetahui apa yag
telah kamu lakukan.(11)
Bahkan, kamu menjangkakan yang rombongan Rasul dan orang-orang beriman itu akan kalah dan musnah dan mereka tidak akan pulang lagi pada keluarga mereka, selama-lamanya! Sangkaan ini dihembus dengan kuat oleh
syaitan ke dalam diri-diri kamu, dan kamu menyangka buruk yang bukan- bukan, dan kamu sebenarnya telah menjadi kaum yang porak peranda.(12)
Orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul Nya akan kami sediakan untuk mereka yang kufur ini dengan azab neraka Sa’iir.(13)
Dan Allah adalah Penguasa yang menguasai langit-langit dan bumi ini; Dia boleh mengampunkan sesiapa yang Dia mahu dan mengazabkan sesiapa yang
Dia mahu; Apa pun Allah itu adalah Maha Pengampun dan Maha Menyayangi.(14)
10
Akan berkata oleh orang-orang munafik sewaktu rombongan (Rasulullah ke Khaibar) yang menjanjikan harta rampasan perang (kepada yang mengikut
Rasulullah ke Hudaibiyah dulu): “biarlah kami mengikuti kamu semua!”
Mereka cuba menukarkan janji Allah (yang telah berjanji untk memberi harta rampasan perang itu HANYA pada rombongan ke Hudaibiah sahaja); Wahai Muhammad, katakan lah pada mereka: Janganlah ikut kami ! Allah melarang
kamu sebelum ini lagi”. Reaksi dari mereka ialah mereka berkata; ‘ Kamu wahai Muhammad dan rombongan kamu itu dengki pada kami”. Bahkan
kebanyakan mereka tak faham”.(15)
Katakan lah Wahai Muhammad kepada Badwi yang tidak turut serta dalam rombong ke Hudaibiayah: “(Di satu masa hadapan) kamu akan dipanggil untuk
memerangi satu kaum yang kuat pertahanannya (seperti kerajaan Parsi dan Rom yang di tentang oleh Umar atau kaum Bani Hanifah yang di tentang oleh
syidina Abu Bakar); maka pada masa itu SAMA ADA kamu akan turut serta berperang atau kamu terpaksa mengikut peraturan Islam secara damai. Jika
kamu taat atas hukum ini, maka Allah akan memberi ganjaran pahala yang baik pada kamu. Jika kamu mungkir seperti sebelum ini (tidak mau ke Hudabiayah,) maka kamu akan di azab dengan azab yang menyakitkan.(16)
11
Tidak lah menjadi kesalahan (untuk tidak turut berperang) pada orang yang buta, yang tempang dan yang sakit (kerana uzur mereka): dan sesiapa yang taat pada Allah dan Rasul Nya, mereka akan dimasukkan ke dalam Jannah
yang terdapat di bawahnya anak-anak sungai; dan ingat, sesiapa yang berpaling tadah lari maka dia akan di azab dengan azab yang
menyakitkan.(17)
Sesungguhnya, Allah telah meredhai orang yang beriman yang telah membuat sumpah setia kepada engkau (untuk perang) di bawah pohon pokok itu; maka Allah telah maklum tentang apa yang berlegar dalam hati mereka dan di masa itu Allah telah menurunkan rasa tenang tenteram ke atas mereka dan dihadiah
kan kepada mereka kepastian pembukaan kemenangan yang tak lama lagi akan berlaku.(18)
Di antaranya ialah harta rampasan perang yang banyak yang akan mereka dapat; Allah itu adalah Maha Perkasa dan penuh Hikmah (urus tadbir Nya).(19)
12
(dijanjikan kepada rombongan sahabat yang bersama ke Hudaibiyah) yang mereka akan memperolehi harta rampasan perang yang banyak (ketika orang Islam mengepong kaum Yahudi di Khaibar): Allah telah mempercepatkan untuk
orang yang beriman dengan cara memastikan kekalahan pada kaum Yahudi itu; dan ini akan menjadi tanda kebenaran janji Allah pada mereka yang beriman (sewaktu bersama di Hudaibiyah), dan menunjukkan hidayah Nya ke
arah jalan yang istiqomah.(20)
Dan masih ada lagi (harta rampasan) yang kamu belum boleh ambilnya, tetapi Allah telah memastikan nya untuk kamu; sesungguhnya Allah itu berkuasa atas
segala sesuatu.(21)
Kalau lah berlaku peperangan (di Hudaibiyah) antara muslimin dengan kafir Mekah; pastinya mereka akan kalah dan berpatah balik melarikan diri sehingga pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang membantu dan menolong
mereka.(22)
Peraturan Allah menyatakan sejak dulu lagi ‘yang menentang Rasul nya akan kalah’; dan peraturan Allah ini tidak penah berubah.(23)
13
Dialah Allah yang telah menahan tangan-tangan orang kafir dari membunuh kamu; dan juga menahan tangan-tangan kamu dari memerangi mereka di
Hudaibiyah (batni Mekah) setelah kamu dapat menewaskan mereka.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat apa yang telah kamu lakukan.(24)
Mereka itulah orang-orang kafir yang telah menghalang kamu dari memasuki Makkah ke Masjidil Haram. Juga menghalang binatang-binatang korban
sampai ke tempat penyembelihannya. Dan kalau lah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan nya, yang berada di antara orang-orang kafir itu, yang pastinya kamu tidak tahu pun
yang mereka beriman; akibatnya kamu akan menanggung dukacita atas pembunuhan tak sengaja itu. Tetapi, ini tidak berlaku kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendaki nya ke dalam Rahmat Nya; Sekiranya
telah terpisah yang beriman dengan yang kufur, maka pastinya akan Kami azabkan yang kufur itu dengan azab yang pedih.(25)
Kenangkan lah, bagaimana hati-hati orang yang kafir itu memiliki perasaan jahat (yang sangat menekan kamu dahulu), iaitu perasaan jahat jahiliyah
14
(yang sepatutnya kamu berdendam) TETAPI Allah telah menurunkan rasa tenang sejahtera ke atas Rasul Nya dan ke dalam hati-hati orang yang beriman, dan dipastikan yang mendukung mereka ialah kalimat taqwa yang sebenarnya itulah hak dan kewajaran untuk mereka sebagai ahlinya; dan Allah
itu Maha Mengetahui segalanya.(26)
Sesungguhnya, Allah telah membenarkan mimpi Rasul Nya itu (sewaktu baginda bermimpi memasuki Mekah bercukur dan bergunting), dan mimpi itu
sebagai mimpi yang Haq. Iaitu akan terjadi kemasukan mereka ke dalam Mesjidil Haram, dengan izin Allah dengan penuh keamanan, berkeadaan bercukur atau bergunting dan sedikit pun tidak lagi ada rasa takut. Pada masa
itu barulah mereka mengetahui apa yang tidak diketahui oleh mereka, dan maka jadilah peristiwa itu sebagai satu kEMENANGAN yang nyata dan sangat
hampir.(27)
Dialah Allah, yang telah mengutuskan Rasul Nya itu dengan hidayah, dan dengan satu agama yang benar untuk diperlihatkan kepada semua agama-agama
yang ada. Cukup lah Allah itu sebagai saksi.(28)
15
Muhammad itu ialah Rasulullah! Dan mereka-mereka yang berada sama dengan baginda sangat serius terhadap orang yang kufur tetapi penuh kasih
sayang dengan sesama mereka. Lihat mereka sentiasa rukuk dan sujud dan mengharapkan kelebihan restu dari Allah dan keredhaan Nya. Kesan sujud jelas di dahi mereka kerana banyaknya sujud. Bandingan mereka ini seperti dicatit dalam Kitab Taurat dan bandingan mereka juga ada dalam Kitab Injil, mereka seperti pokok subur yang telah mengeluarkan pucuk menuding ke atas,
mulanya lembut dan kemudian keras dan menjangkau ke atas yang tinggi;
dengan ini ia menyeronokkan petani untuk menjadi rasa dengki dari orang yang kufur. Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan melakukan
amal soleh dalam hidup mereka dengan pengampunan dan pahala yang besar.(29)
16
SINOPSIS SURAH
Surah Al Fath diturunkan di Madinah dalam tahun ke 6 Hijrah nya Rasulullah ke Madinah.
Mengandungi 29 ayat; dan isu terbesar ialah pembukaan jalan kepada Rasulullah dan Islam ke arah kemenangan, kejayaan dan kecemerlangan nya.
Tafsiran surah ini tidak begitu sempurna jika tidak dijelaskan LATARBELAKANG umat Islam di Madinah pada masa itu dan beberapa peristiwa yang terdapat dalam sirah Rasulullah yang akan dipadankan pada surah dan sebab-sebab turunnya surah ini.
Bermula dengah mimpi Rasulullah yang baginda bersama sahabat telah memasuki Mekah dan melakukan ibadat Umrah dengan tawaf dalam keadaan masing-masing ada yang bercukur dan bergunting rambut. Mimpi Rasulullah telah disampaikan pada para sahabat di Madinah yang telah lama berhijrah dari Mekah dan mereka rasa gembira yang amat sangat; kerana pastinya Rasulullah akan ke Mekah melakukan umrah. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah ini ayat 27; mafhum nya; “Sesungguhnya; Allah telah membenarkan perkara ‘mimpi’ Rasul Nya itu dengan kenyataan yang sebenar”.... Ini berlaku dalam tahun ke 6 Hijrah.
Musyrikin Mekah pada tahun ke 6 Hijrah
Dirumuskan sikap musyrikin Mekah setelah Rasulullah berhijrah meninggalkan Mekah bersama Muhajirin ke Madinah, seperti berikut:
a) Mereka mengharamkan Rasulullah dan Muhajirin memasuki Mekah.
b) Pengharaman ini termasuk di bulan-bulan Haram, yang selama ini menjadi tradisi dan kebanggaan mereka tidak menghalang sesiapa pun menziarahi Mekah dalam bulan-bulan ini.
c) Mereka sentiasa memikirkan perang dan mahu mempertahankan Mekah dengan peperangan dengan Rasulullah dan Muhajirin.
d) Mereka melanggar tatasusila mereka sendiri dengan meletakkan alat- alat perang di Kaabah yang memberi erti perang dan perang.
e) Sudah 6 tahun mereka menghalang muslimin datang memasuki Mekah dan melakukan tawaf. Memasuki Mekah sudah tidak selamat lagi.
Keluarnya Rasulullah Ke Mekah untuk Lakukan Umrah
17
Pada bulan Dzulkaedah tahun ke 6, Rasulullah telah keluar dari bumi Madinah untuk ke Mekah bagi melakukan ibadat umrah dan memasuki Mesjidil Haram. Baginda diikuti seramai 1400 sahabat terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar yang juga punyai niat yang sama. Terdapat sejumlah kecil kalangan orang-orang arab disekitar Madinah yang turut bersama.
Terdapat arab-badwi yang lain telah tidak mahu bersama rombongan ini kerana tidak percaya yang kumpulan yang pergi itu akan dapat dengan pulang selamat.
Bersama-sama Rasulullah dibawanya binatang korban untuk upacara ihram umrah yang akan disembelih kan. Mereka pun berihram di Darul Hulaifah dan menandakan binatang-binatang untuk tujuan korban.
Rasulullah telah merasai kehadirannya di Mekah akan ditentang, dan baginda menghantar seorang perisik dan Bani Kuza’ah untuk merisik pergerakan Quraish itu. Baginda diberitahu yang kumpulan Quraish Bersatu (terdiri dari Musyrikin Mekah, Bani Ghatfan dan Yahudi) sedang menunggu untuk menghadapi kemaraan rombongan Rasulullah. Dengan panduan Rasulullah, rombongan baginda memintas jalan lain menuju kawasan- kawasan Bukit Hudaibiyah, iaitu sebuah perkampungan kecil berhampiran Mekah.
PERTEMUAN Wakil Quraish dengan Rasulullah
Seorang wakil dari kaum Quraish bernama Badil bin Waraqah al Khuza’i bertemu Rasulullah setelah rombongan baginda melewati kawasan Hudaibiyah bertanyakan niat baginda memasuki Mekah. Tegas Rasulullah, baginda dan rombongan baginda hendak melakukan umrah dan tidak niat berperang. Beliau yang pulang telah menyampaikan khabar ini pada kaum Quraish dengan menyindir mereka seolah-olah mendahului Muhamad mengistihar perang, sedang kan Muhammad hanya datang untuk melakukan iabadat umrah. Walau bagaimanapun terdapat pemuda-pemuda Quraish yang tetap tidak berganjak untuk melarang Rasulullah dan rombongan baginda memasuki Mekah.
Beberapa kali baginda telah di datangi oleh wakil kaum Quraish bertanyakan niat baginda, dan setiap kali ditanya baginda menegaskan kedatangan baginda dan rombongan hanya untuk beribadah. Ini termasuk lah dari Urwah bin Suud As thaqafi
18
Wakil Baginda Rasulullah menemui Quraish
Seorang wakil bernama Kharash bin Umayah telah pergi menemui orang Quraish dan beliau telah ditangkap dan kemudian dilepas semula. Dalam suasana ini, terdapat pemuda quraish yang berjumlah 40-50 orang telah datang dan membuat kacau di perkhemahan Rasulullah untuk membakar semangat supaya berperang telah ditangkap dan dilepaskan, walaupun ada beberapa orang islam yang dicederakan. Tiada perang bererti tidak akan berlaku perang walaupun ada ‘provokasi’ oleh sejumlah kecil pengacau ini.
Selaras dengan itu, Rasulullah meminta Syedina Othman untuk menjadi wakil berunding dengan kaum Quraish itu. Selepas menerima tugas Syedina Othman pun memasuki Mekah untuk bertemu dengan Abu Sufiyan.
Kedatangan Othman disambut dan beliau memberitahu tujuan kedatangan rombongan dari Madinah untuk beribadat. Kumpulan Quraish meminta syedina Othman melakukan tawaf sendirian, dan beliau enggan berbuat demikian kecuali dengan Rasulullah. Dalam keadaan itu Syedina Othman di tahan dan timbul ‘cakap-cakap’ yang Othman telah dibunuh.
Rasulullah Meminta supaya dibuat Baiy’aah
Rasulullah yang mendengar peristiwa penahanan Syedina Othman dan di katakan beliau dibunuh telah mengumpul semua sahabat dalam rombongan orang Islam ini untuk membuat pilihan untuk tidak melarikan diri jika peperangan berlaku anatara rombongan ini dengan kaum Quraish. Setiap orang dari rombongan itu telah membuat janji setia (Baiy’aah) dengan Rasulullah untuk berperang dan tidak melarikan diri jika berlaku peperangan dengan kaum Quraish.
Janji setia ini telah dimeterikan di bawah pokok di Hudaibiyah dan dikenali sebagai Bai’atud Ridzuan.
Termetri nya Perjanjian Hudaibiyah
Orang-orang Quraish telah dapat merasai yang orang Islam telah mula mahu mempertahankan diri dengan menganjurkan perperangan habis-habisan melalui janji setia itu. Quraish telah mengutus wakil mereka bernama Suhail bin Amru sebagai jurucakap bagi memulihkan semua persengkataan tersebut. Pertama sekali beliau memberitau bahawa Syedina Othman tidak dibunuh atau dikurung, Beliau bebas. Dan demi mengendurkan ketegangan di antara dua pihak, maka Suhail berunding dengan Rasulullah dan hasil
19
rundingan itu yang menjadi sebahagian dari perjanjian Hudabiyah adalah seperti berikut:-
a) Rombongan Muhammad saw tidak akan meneruskan cita-cita memasuki Masjidil Haram pada tahun ini, sebaliknya bebas memasuki dan melakukan ibadat pada tahun hadapan.
b) Gencatan senjata ini selama 10 tahun.
c) Mereka-mereka dari kalangan orang Quraish yang melarikan diri kepada Rasulullah akan di pulangkan balik sedangkan orang-orang Islam yang melarikan diri dan balik ke Mekah tidak akan dipulangkan semula pada Rasulullah.
Demikian lah butir-butir perjanjian dan ianya di minta ditulis oleh Rasulullah kepada Syedina Ali. Maka termetri lah satu perjanjian yang mengikat kedua- dua pihak ini untuk berdamai.
Butir-butir perjanjian pada mulanya, tidak disenangi oleh Syedina Abu bakar dan Syedina Umar; tetapi setelah Rasulullah menjelaskah bahawa itu lah restu Allah maka kedua-dua mereka mendiamkan diri. Kata-kata Rasulullah yang di catit dalam sejarah mengenai perkara ini ialah:
"ﻰﻧﻌﯾﺿﯾ نﻟو , هرﻣأ فﻟﺎﺧأ نﻟ ,ﮫﻟوﺳرو ﷲ دﺑﻋ ﺎﻧأو "
Mafhum nya: “Aku ni adalah hamba Allah dan Rasul Nya; demi, aku tidak akan menyalahi segala arahan Nya; dan aku sama sekali tidak akan kehilangan Nya”
Dalam situasi genting begitu, tiba-tiba anak kepada jurucakap mewakili kaum Qurais ini; iaitu Suhail bin Amru; yang bernama Abu Jandal telah berteriak tidak setuju beliau yang telah memeluk Islam dan mahu melarikan diri pada Rasulullah semestinya akan dihantar balik kepada Quraish, tetapi dia telah beriman. Rasulullah dan Syedina Umar sendiri memujuknya. Dengan itu, semua telah selesai dan rombongan itu sepatutnya membatalkan IHRAM umrah mereka dengan menyembelih binatang korban dan bercukur.
Rasulullah mengarah semua supaya menyembelih binatang dan bercukur untuk pulang ke Madinah. Dicatitkan sabdanya ialah:
اوﻘﻠﺣاو اورﺣﻧﺎﻓ اوﻣوﻗ
Mafhum nya: “Ha! sekarang bersedia lah kamu semua, pergilah menyembelih binatang korban kamu dan bercukur lah!”
Sewaktu itu tidak ada sesiapa pun yang berbuat demikian kerana kecewa dan celaru, tetapi atas nasihat Ummu Salamah, isteri Nabi, (yang telah
20
dibawa bersama dalam rombogan itu) maka Rasulullah tanpa cakap, terus pergi kepada unta, binatang korban baginda dan menyembelih dan bercukur.
Kemudian semua sahabat pun mengikut langkah baginda dan mereka semua pulang ke Madinah.
Apabila sampai di antara persimpangan di antara Mekah dan Madinah, maka Allah telah menurunkan seluruh surah al Fath dan ini mengembirakan umat Islam yang telah berkorban bersama-sama Rasulullah ke Hudaibiyah untuk memasuki Mekah.
Janji Allah ialah kemenangan, dan jalan ke arah kemenangan dan perkembangan Islam di masa hadapan yang tidak lama lagi akan menjadi kenyataan. Begitu juga dijanjikan buat kumpulan ini agar terampun lah semua dosa-dosa mereka yang lalu dan mereka semua mendapat restu Allah.
مﻠﻋأ ﷲو
21
TAFSIRAN SURAH AL FATH
Sesungguhnya Kami telah mempastikan pembukaan kepada kemenangan Engkau(wahai Muhammad) yang jelas dan nyata.(1)
(Satu kemenangan yang) Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa mu yang lalu, dan yang terkemudian; dan serentak dengan itu menyempurnakan
nikmat-nikmat Nya ke atas kamu, dan menunjuk jalan hidayah kepada kamu.(2)
Dan Allah akan memberi pertolongan kepada kamu dengan pertolongan yang sangat luarbiasa.(3)
Tafsiran ayat 1-3:
Sebuah Hadith riwayat Abu Daud; dari Muhammad bin Isa dari Abdullah bin Mas’uud: katanya; sewaktu kami pulang dari Hudaibiyah; kami semua tertidur dan kami gerakkan Rasulullah dan Rasulullah mengarah supaya setiap orang berbuat apa yang mereka mahu. Kami dapati unta Rasulullah tiada di tempatnya dan kami mencarinya, setelah bertemu, Rasulullah menaiki untanya dan bergerak dari situ dan ketika itulah Wahyu turun dan jelas wajah Rasulullah yang tertekan seperti biasa sewaktu menerima wahyu.
Kemudian Rasulullah memberitahu kami yang baginda baru menerima wahyu; dan tempat tersebut di Karamul Ghamim. Wahyu yang turun ialah surah al Fath yang bermula dengan ayat pertamanya:-
22
(Sesungguhnya Kami telah mempastikan pembukaan kepada kemenangan Engkau (wahai Muhammad) yang jelas dan nyata.
Iaitu satu Pembukaan yang jelas dan amat ketara: dan yang dimaksudkan dengan pembukaan ini ialah ‘Perdamaian Hudaibiyah’; kerana pembukaan itu berlaku hasil daripada perdamaian tersebut yang menjamin penuh keselamatan, dan berlaku perdamaian di antara semua, dan orang mukmin dapat bertegur sapa dengan yang kafir dan berkembang lah ilmu yang berguna dan iman pun mula berkembang. (Ibnu Kathir Jilid 4, ms 184)
Imam Haqqi Ar Rusawi berpendapat bahawa pembukaan tersebut dirujuk pada Pembukaan Negeri Mekah; dan juga melibatkan pembukaan ilmu dan hidayah pada baginda yang membawa baginda ke kemuncak ‘maqam’
tertinggi yang sekaligus menghapuskan sama sekali semua dosa-dosa baginda, kalau ada.
Pembukaan ini sangat ketara dan jelas yang membenarkan yang ‘haq’
dengan yang batil hasil daripada adanya perdamaian Hudaibiyah di antara Islam dengan Quraish. Kemudian ianya merujuk kepada pembukaan Mekah di masa terdekat. (tafsir al bayan ms 10, jilid 6)
(akan mengampunkan semua dosa-dosa mu yang lalu, dan yang terkemudian;)
Dengan pembukaan ini, maka terampun lah semua dosa-dosa baginda yang lalu dan terkemudian, mungkin yang berlaku sewaktu di Hudaibiyah. Ini satu perkara khusus yang dianugerah oleh Allah kepada baginda sahaja, dan tidak yang lain. Ini sebagai memuliakan Rasulullah kerana melibatkan diri dalam semua proses ketaatan pada Allah yang hanya ada pada Rasulullah. Yang lain tidak sampai ke martabat ini, termasuk yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini sekaligus menjadikan Rasulullah adalah manusia yang tersempurna dan pemimpin di dunia dan akhirat. Termasuklah bagaimana baginda menonjolkan ketaatan baginda pada Allah dalam kes Hudaibiyah.
(Ibnu Kathir)
dan Dia menyempurnakan nikmat-nikmat Nya ke atas kamu, iaitu di dunia dan di Akhirat;
23
Dan Dia menunjuk jalan hidayah kepada kamu: iaitu menyebarkan syariaat Allah kepada semua manusia dari syariaat yang agong dan agama Nya dan menegak kan Kalimat Allah di bumi ini.
Dan Allah akan memberi pertolongan kepada kamu dengan pertolongan yang sangat luarbiasa:
Iaitu pertolongan dari Allah ke atas baginda kerana tunduk patuh pada perintah Allah, maka Allah telah mengangkatkan maqam baginda dan memberi pertolongan terus dari Allah atas semua aktiviti dakwahnya.
Komen Syed Qutub di atas ayat ini adalah seperti berikut:
“Pembukaan surah ini di mulakan dengan limpahan kurniaan Allah ke atas Rasulullah saw, menunjukan adanya pembukaan kepada kejayaan yang nyata dan benar di masa itu dan di masa-masa hadapan Islam; kejayaan menerima pengampunan atas semua dosa-dosa baginda yang terdalulu dan terkini: pembukan ke atas nikmat-nikmat yang dikurniakan pada baginda, dengan petunjuk hidayah yang tepat dan pertolongan dari tangan dan kekuasaan yang Maha Kuasa.
Ianya adalah sebagai balasan ketenangan yang sempurna ilham dari Allah, dan balasan kerana adanya sikap menyerah-pasrah diri baginda kepada keredhaan Allah, mengikut arahan dan wahyu Nya. Kerana adanya sikap menjauhkan diri baginda dari segala tegahan Allah padanya, dan adanya kepercayaan yang mendalam yang telah memberi perlindungan sejati pada baginda.
Jiwa Rasulullah bersama rombongan ke Mekah di masa itu adalah semata- mata untuk beribadat pada Allah, dan pada masa yang sama tangan Quraish yang menghulur untuk berdamai telah diterima oleh baginda dan penentuan butir-butir perjanjian itu yang juga diterima, walaupun pada akalnya ianya lebih berat kebaikannya pada Quraish, namun kepatuhan Rasulullah pada Allah telah menerima semuanya dengan tenang. Ini termasuk lah sikap baginda yang bertindak berani memanggil untuk satu ‘janji setia’ dari semua individu dalam rombongan itu bagi memulakan satu tindakan yang sangat berani.
Inilah dia semua rencah-ratus pembukaan kepada kemenangan yang cemerlang yang sedang menanti dihadapan, dan inilah rencah-ratus pembukaan yang pernah diterima oleh orang-orang Islam selepas berhijrah
24
ke Madinah; kerana sewaktu rombongan ke Mekah, jumlah mereka hanya lah sekita 1400 orang sahaja, tetapi pada tahun hadapannya, iaitu pada 7 Hijrah, yang datang ke Mekah ialah sekitar 10,000 orang. Ini diikuti dengan kemasukan ke dalam Islam oleh beberapa orang kuat Quraish termasuk Khalid ibnil Walid dan Amrub Nul ‘Aas menjadikan Islam lebih kuat.
Dengan perjanjian Perdamaian Hudaibiyah ini, maka orang-orang Islam tidak akan diganggu lagi oleh Quraish, dan juga oleh kumpulan Yahudi dan Bani Ghatfan seperti dulu, Mereka bebas memasuki Mekah. Inilah kemenangan kerana tercetus keselamatan setelah perjanjian tersebut.
Inilah dia garis-garis kemenangan di atas pembukaan itu, secara khususnya Allah menyatakan nikmat-nikmat Nya pada Rasulullah.
Dialah yang telah memasukkan semangat ‘tenang-sejahtera’ ke dalam hati- hati orang yang beriman, supaya iman dan keyakinan mereka akan bertambah
di atas keyakinan yang sedia ada. Kepada Allah lah sahaja yang memiliki tentera Nya di langit dan di bumi (untuk membantu mereka) dan Allah itu
Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.(4)
25
Dengan itu, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman-lelaki dan perempuan ke dalam syurga Nya yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
dan kekal berada di dalamnya; serta dihapuskan semua dosa-dosa kejahatan mereka. Di sisi Allah , keadaan ini adalah satu kejayaan yang besar.(5) Sedangkan orang-orang munafik-lelaki dan perempuan dan musyrikin lelaki dan perempuan yang sentiasa buruk sangka kepada Allah akan di azab ke atas
mereka. Mereka akan tertimpa bala bencana sepanjang zaman. Allah murka pada mereka serta dilaknatkan nya dan di tempatkan mereka dalam neraka
jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat pulang.(6)
(Dia berkuasa melaksankan semua ini kerana) Dialah Penguasa ke atas tentera langit dan bumi; dan sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa dan Penuh
Hikmah (atas tadbir urus Nya).(7)
Tafsiran ayat 4-7:
Ayat 1-3 jelas khusus ‘pembukaan’ untuk Rasulullah, dan ayat berikut pula (ayat 4-5) bagaimana Allah memberi ‘pembukaan’ kepada orang yang beriman lelaki dan perempuan nya dan sebaliknya (ayat 6) bagaimana pula cara Allah membalas kepada orang munafik lelaki dan perempuan nya.
Kepada yang beriman, lelaki dan perempuan nya; khususnya mereka-mereka yang bersama-sama Rasulullah ke Hudaibiyah akan diberi ‘pembukaan’ yang sangat mengembirakan mereka atas kesabaran dan ketaatan mereka pada Allah dan Rasulullah saw.
Pembukaan pertama ialah ‘memasukkan rasa ketenangan dan keceriaan (Tomakninah) ke dalam hati-hati sahabat-sahabat yang bersama dengan Rasulullah di Hudaibiyah dan sewaktu mereka pulang ke Madinah semula;
walaupun tidak dapat mengerjakan umrah pada tahun itu”; Inilah pengertian dari ungkapan ayat ini:
(Dialah yang telah memasukkan semangat ‘tenang- sejahtera’ ke dalam hati-hati orang yang beriman)
Iaitu diterapkan Allah rasa ketenangan dan ‘TOMAKNINAH’ ke dalam hati- hati para sahabat dan menyempurnakan keyakinan mereka sehingga hilang rasa syak wasangka darinya. Hilang syak wasangka kerana keputusan- keputusan yang dibuat oleh Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah yang
26
diputuskan itu seolah-olah berat sebelah. Menghilangkan rasa kesal dan kecewa kerana tidak dapat melakukan ibadat umrah pada tahun tersebut.
Tujuannya ialah ‘supaya iman dan keyakinan mereka akan bertambah di atas keyakinan yang sedia ada’. Ibnu Kathir mentafsir petikan ini dengan berkata bahawa tambahan iman ke dalam hati meraka kerana:
a) Mereka telah menerima semua saranan Allah dan Rasul nya.
b) Mereka patuh dan taat kepada hukum Allah dan Rasul Nya.
c) Apabila ternyata segala keputusan itu benar maka keyakinan mereka telah bertambah.
d) Mereka yang telah beriman sebelumnya lebih merasa yakin atas hasil keputusan dari peristiwa baru ini dan ini sangat menyakinkan mereka dan tenang terus hati mereka.
Mengapa Allah tidak hanya menghantar saja malaikat untuk memusnahkan kaum Quraish yang menghalang mereka masuk ke Mekah itu? Sedangkan Allah memiliki tentera-tentera Nya di langit dan di bumi untuk sekelip mata sahaja menghancur segala halangan ini? Ini menjawab kepada ayat
(“Allah lah sahaja yang memiliki tentera Nya di langit dan di bumi (untuk membantu mereka) dan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana)”
Tujuannya ialah mendedahkan syariat Allah ke atas hamba-hamba Nya melaksana jihad dan peperangan, kerana dalam jihad dan peperangan ini punyai hikmah yang tinggi dan hujjah yang bernas membawa kita kepada kewarasan dan ketinggian hikmah dari Allah yang Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. (Ibnu Kathir ms 185)
Tujuan lain ialah sebarang kemenangan dalam peperangan itu bukan lah mudah dan senang, tetapi janji Allah kepada sahabat yang beriman akan ada pertolongan dari Allah sebagaimana yang dikehendaki oleh muslimin pada ketika di Hudaibiyah itu. Allah memiliki tentera-tentera Nya di langit dan di bumi yang tidak akan kalah akan memberi sebesar-besar keyakinan kepada yang beriman itu.
Ayat 5 di atas adalah hasil dari kecemerlangan sahabat dan orang–orang yang beriman itu membenarkan mereka semua ditentukan masuk ke dalam Jannah Allah. Sebabnya Allah telah menghapuskan semua dosa-dosa mereka, dengan adanya tambahan iman ke atas iman sedia ada mereka dan keyakinan mereka pada kepimpinan Rasulullah. Juga kerana kepercayaan
27
mereka terus kepada syariat keimanan dan iman mereka dan atas yakin pada keyakinan mereka itu.
Dalam sebuah catitan oleh Al Qurtubi, katanya; “ ketika Rasulullah membaca ayat; (Allah akan mengampunkan semua dosa- dosa mu yang lalu, dan yang terkemudian;) Sahabat mengucapkan tahniah pada Rasulullah atas akujanji Allah itu kepada baginda, dan bertanya bagaimana pula dengan kami ini, Ya Rasulullah? Maka dibaca ayat berikut:
(Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman–lelaki dan perempuan- ke dalam syurga Nya yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan kekal berada di dalamnya;)
Begitulah ayat ini mencatitkan anugerah Allah khusus kepada sahabat yang bersama rombongan ke Hudaibiyah itu, sebagaimana Allah membuat akujanji menghapuskan semua dosa-dosa Rasulullah yang lalu dan yang terkemudian.
Apakah akujanji Allah itu pada sahabat ? ianya di simpulkan seperti berikut:
a) Akan di tempatkan ke dalam syurga Allah selama-lamanya.
b) Diampunkan semua dosa-dosa lalu dan semua kesalahan-kesalahan mereka.
c) Allah tidak akan menyeksa mereka, sebaliknya akan memaafkan mereka serta menghulurkan tangan memberi pertolongan.
Apabila sahabat-sahabat ini pulang ke Madinah serta mereka mendengar ayat surah ini , mereka merasa puas, gembira dan merujukkan semua yang berlaku di Hudaibiyah itu satu kemenangan sejati dari Allah yang telah ditetapkan ke atas mereka. Mereka tergamam dan merasa lega apabila membaca awal surah ini atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah pada mereka. Selama ini mereka agak kecewa, celaru dan sedikit merasa tertekan dengan hasil lawatan mereka ke Hudaibiyah. Ini yang dikatakan Allah sebagai; “
(Di sisi Allah , keadaan ini adalah satu kejayaan yang besar) Inilah ketenangan, inilah kemenangan dan inilah kebanggaan orang yang beriman yang patuh taat pada Allah dan Rasul Nya, patuh pada adanya kuasa ghaib Allah dan terus menyakini keimanan dalam hati mereka. Bagaimana pula halnya dengan orang munafik, orang arab yang tidak mahu turut
28
bersama Rasulullah ke Mekah dengan alasan-alasan buruk mereka; Firman Allah dalam ayat 6 mafhum nya:
Sedangkan orang-orang munafik-lelaki dan perempuan dan musyrikin-lelaki dan perempuan yang sentiasa buruk sangka kepada Allah akan diazab ke atas mereka dan akan tertimpa bala bencana sepanjang zaman. Allah murka pada mereka serta dilaknatkan Nya dan di tempatkan mereka dalam neraka jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat pulang.(6)
Mengenai orang-orang Munafik di Madinah dan orang-orang arab yang berada di sekitar Madinah yang enggan bersama-sama Rasulullah diberi akujanji yang Allah akan mengazabkan mereka. Mengapa mereka di azab;
kerana:
a) Mereka membuat tuduhan pada Allah atas hukum Allah.
b) Melahirkan buruk-sangka dan niat buruk pada Rasulullah dan sahabat baginda.
c) Mereka yakin bahawa pemergian kumpulan 1400 sahabat ke Mekah itu akan menempah maut dan tak akan pulang lagi ke Madinah. Ertinya mereka yakin kumpulan Rasulullah akan gagal dan kalah di tangan Quraish yang lebih kuat dan banyak jumlahnya.
d) Inilah makna dari pengertian petikan ayat ini:
(Sedangkan orang-orang munafik-lelaki dan perempuan- dan musyrikin-lelaki dan perempuan- yang sentiasa buruk sangka kepada Allah)
Sebagai akibat dari ‘buruk-sangka’ dan niat jahat mereka itu, maka dibalas dengan balasan azab; di antaranya;
a) Di jauhkan mereka dari rahmat Allah.
b) Disediakan mereka dengan azab Jahannam kelak di Akhirat.
c) Suatu takdir Allah yang menetapkan nya atas seteru Islam yang munafik dan penghalang kepada perkembangan Islam.
d) Orang-orang Islam akan dibantu menghadapi mereka dan segala sangkaan mereka itu berbalik atas mereka sendiri.
e) Azab tersebut merangkumi orang-orang munafik, lelaki dan perempuan nya dan musyrikin di Mekah, lelaki dan perempuan, yang menghalang dan membuat provokasi untuk berperang dengan tetamu Allah.
Ertinya, situasi ini adalah gambaran buruknya tempat mereka pulang nanti di akhirat; iaitu ke dalam Neraka Jahnannam selama-lamanya. Ayat 7 seolah-
29
olah menurunkan rasa gerun orang-orang munafik dan musyrikin, umumnya tentang kemenangan yang PASTI akan berlaku pada orang-orang Islam dan ini disebut dua kali dalam ayat 4 dan diulang dalam ayat 7. Ayat yang diulang dua kali ialah firman Allah:
(“Allah lah sahaja yang memiliki tentera Nya di langit dan di bumi (untuk membantu mereka) dan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana)”
Allah telah menangguhkan azabnya ke atas mereka agar mereka insaf dan berbalik pada Allah dan beriman dengan Nya. (al Qurtubi, ms 227 ,jilid15&16)
Sesunguhnya Kami telah mengutuskan engkau (Wahai Muhammad!) sebagai saksi (yang diterima keterangan mu), penyampai berita gembira dan
penyampai amaran pada semua.(8)
Supaya (kamu dan umat mu) terus beriman dengan Allah dan Rasul Nya; kuat berpegang pada ugama Nya, dan sentiasa memuliakan nya; dan terus memuji-
muja bertasbih-beribadat pada Nya pagi dan petang.(9)
Sesungguhnya, mereka yang telah memberi pengakuan taat setia (baiy’ah) kepada engkau, sebenarnya mereka memberi taatsetia mereka pada Allah.
Tangan pengawasan Allah berada di atas tangan-tangan mereka (Allah bersama mereka). Jadi sesiapa yang enggan menyempurnakan ikrar tersebut
maka bahaya itu akan terkena atas diri mereka. Sesiapa yang menunaikan ikrar itu pada Allah, maka Allah akan menunaikan pada mereka pahala yang
besar.(10)
30
Tafsiran ayat 8-10:
Ayat 8 lebih menekan matlamat seorang Rasul Allah dilantik ialah untuk Menjadi Saksi, Penyampai Berita gembira dan Penyampai amaran azab kepada yang kufur. Seorang Rasul iatu sebenarnya adalah seorang saksi ke atas keseluruhan insan yang ada yang telah Allah hantar mereka kepada beliau. Rasulullah adalah saksi kepada semua manusia; dan manusia ini pula terdiri daripada orang yang beriman, orang yang kafir, orang munafik, orang membuat kebaikan dan orang yang membuat kerosakan di bumi ini.
Saksi sahaja? Tidak! Baginda bertindak menyampaikan syahadah dan keimanan yang menjadi sebahagian besar risalahnya itu.
Bagi yang beriman pada Allah, taat dan berbuat amal soleh; baginda akan menjelaskan khabar gembira kepada mereka; kerana yang beriman akan diberi pengampunan atas dosa-dosa mereka, diberi kebajikan oleh Allah dalam bentuk ketenangan dan sejahtera, membentuk rasa redha pada Allah, dan pembalasan akhirat yang baik. Sesungguhnya Rasul itu adalah penyampai khabar gembira.
Sebaliknya pada yang kufur-ingkar dan menolak Allah, baginda akan menyampaikan berita tidak baik kerana mereka akan ditetapkan kekufuran mereka, di murkai oleh Allah, dilaknat oleh Nya dan akhirnya disediakan seksaan azab akhirat yang pedih. Sesungguhnya Rasul itu sebagai penyampai berita buruk dan amaran pada yang kufur.
Ayat 9 pula, Allah cuba memalingkan pandangan kita pada orang yang beriman, menjelaskan pada mereka Matlamat yang ditetap kan dari Risalah ini, yang dapat disimpulkan sebagai:
a) Beriman pada Allah dan Rasul Nya.
b) Berpakain Iman dalam semua segi.
c) Membantu Allah dalam melestarikan semua syariaat Nya dan matlamat nya.
d) Memperdalamkan ingatan pada Allah dengan merasai kemuliaan Nya.
e) Mentaqdiskan Allah dengan bertasbih, bertahmid di pagi dan petang hari.
f) Memastikan bersama dengan Allah dalam semua masa.
31
Semuanya ialah buah dari iman seseorang itu yang di matlamatkan atas mereka kerana baginda Rasul yang diutus untuk menjadi penyampai berita gembira dan pemberi amran.
Bagi merealisasikan konsep ini, dalam ayat 10, Allah membawa minda kita kepada peristiwa ‘janji-setia’ (al Bai’aah) yang berlaku di Hudaibiyah di mana Rasul seolah-olah menjadi tali-penghubung’ divantara manusia dengan Allah.
Gambaran ini diberi oleh ayat yang mafhum nya; ‘sesiapa yang bersetuju mengikat janjisetia dengan Rasulullah atas satu isu itu seolah-olah berjanjisetia dengan Allah’. Ini menggambarkan seolah-olah Allah ada hadir bersama dengan semua 1400 sahabat di Hudaibiyah dan semua telah bersetuju mengikat janjisetia dengan Allah, melalui Rasul Nya’ untuk berperang dan tidak melarikan diri apabila berperang dengan kaum Quraish.
Tangan Allah mengikat dan mendahulu tangan-tangan mereka ini. Ini telah menyetuh rasa dan kalbu mereka betapa Rasul mereka menyatukan mereka dengan Allah secara jelas.
Jadi sesiapa selepas bersetuju dengan janji setia itu, kemudian belot dan tidak akur pada janji mereka seolah mereka telah mendustakan Allah dan tanggung lah akibatnya. Allah tidak suka kepada pembelot ini tetapi memberi jaminan bahawa mereka yang menunaikan semua akujanji itu akan diberi pahala yang besar. Inilah pengertian dari ayat 10 di atas.
Allah kemudian memberitahu kita tentang sikap dan tindakan orang-orang arab yang berada di sekitar Madinah; Firman Allah:
32
Orang Arab Badwi yang tidak ikut sama dalam rombongan (Rasulullah ke Mekah) akan beri alasan kepada Rasul, yang ”kami terlalu sibuk mengurus hartabenda, dan keluarga kami! Maka maafkan kami dan pohon lah ampun dari Allah untuk kami”. Ucapan mereka itu lain di lidah dan lain di hati mereka;
Oleh itu! Katakan lah pada mereka (wahai Muhammad): seandainya, waktu kamu tidak ikut kami terjadi sesuatu, maka siapakah yang mempertahankan kamu jika kamu terkena sesuatu musibah; atau siapakah yang boleh memberi
munafaat pada kamu ketika itu? Apa pun, Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu lakukan.(11)
Bahkan, kamu menjangkakan yang rombongan Rasul dan orang-orang beriman itu akan kalah dan musnah dan mereka tidak akan pulang lagi pada keluarga mereka, selama-lamanya! Sangkaan ini dihembus dengan kuat oleh
syaitan ke dalam diri-diri kamu, dan kamu menyangka buruk yang bukan- bukan, dan kamu sebenarnya telah menjadi kaum yang porak-peranda.(12)
Orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul Nya akan kami sediakan untk mereka yang kufur ini dengan azab neraka Sa’iir.(13)
33
Dan Allah adalah Penguasa yang menguasai langit dan bumi ini; Dia boleh mengampunkan sesiapa yang Dia mahu dan mengazabkan sesiapa yang Dia mahu; Apa pun Allah itu adalah Maha Pengampun dan Maha Menyayangi.(14)
Tafsiran ayat 11-14:
Dalam ayat 11, Allah memberitahu kita yang orang-orang Arab yang berada di sekitar Madinah yang enggan mengikut rombongan Rasulullah ke Hudaibyah dan kemudian rombongan pembukaan ke Mekah, sebenarnya tidak jujur dan tidak Ikhlas. Alasan mereka ialah; ‘Untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda mereka’. Alasan yang tak boleh diterima jika dikaitkan dengan iman dan taat pada Allah dan Rasul Nya.
Mereka mohon supaya Rasulullah mengampunkan kesalahan mereka itu;
gambaran yang menunjukkan mereka seolah-olah terlalu taat pada Allah dan Rasul Nya. Kata-kata mereka ini hanya ‘hiasan bibir’ sahaja dan menggambarkan pembohongan mereka. Inilah pengertian ayat 11 di atas.
Allah menjawab dengan menempelak mereka yang tidak percaya adanya Qada’ dan Qadar Allah atas mereka sama ada mereka pergi bersama Rasulullah atau tidak. Iradah Allah tidak siapa pun boleh cabar. Mahasuci Allah itu yang menggetahui segala rahsia hati-hati mereka, apa yang mereka
‘lakon’ kan dan apa yang mereka munafik kan.
Jadi apa yang sebenarnya yang ada dalam hati mereka? Jawabnya dalam ayat 12; iaitu mereka menyimpan rasa ‘buruk-sangka’ pada Allah. Iaitu mereka sangka yang rombongan Rasulullah dan sahabat baginda akan menerima kekalahan dan akan hancur diperangi oleh Quraish dan mereka tidak akan balik semula ke Madinah. Sangkaan buruk ini dipengaruhi oleh Syaitan yang meniupkan nya ke dalam hati-hati mereka menyebabkan mereka enggan bersama Rasulullah. Hasilnya, tidak seperti sangkaan mereka itu, tetapi kedua-dua rombongan itu berjaya dan menjanjikan kemenangan pada orang Islam. Atas sangkaan buruk mereka itu maka mereka sebenar dianggap sebagai orang-orang yang jahat dan perosak.
Apa yang sepatutnya ada pada mereka? Firman Allah ayat 13; mereka mestilah ikhlas dalam muamalat dengan Rasulullah, dan menjadikan zahir dan batin mereka berserah pada Allah. Allah memberi amaran pada mereka yang tidak ikhlas pada Allah dan rasul nya akan di azab dengan azab yang sangat pedih.
34
Dalam menghadapi musuh dalam selimut ini, Allah mengakui diri Nya adalah Hakim yang Memiliki dan Mengurus semua ahli-ahli di langit dan di bumi ini;
boleh mengampunkan sesiapa yang Dia suka atas amal baik jahat mereka atau mengazab mereka. Dia Maha Pengampun kepada yang mahu bertaubat atas kesalahan lalu mereka. Inilah pengertian dan tafsiran atas ayat ke 14 di atas.
Al Qurtubi mencatitkan orang arab disebutkan dalam ayat 11 di atas adalah Kaum Ghafar, Kaum Muzainah, Kaum Juhainah, kaum Aslam, kaum Asma’
dan kaum Abdil sebanyak 6 kaum yang mendiami kawasan sekeliling Madinah. Mereka tak mahu ikut Rombongan Rasulullah pada tahun ke-7;
tahun Pembukaan Mekah.
Qurtubi menyatakan yang mereka ini sebenarnya kaum munafik atas sangkaan buruk mereka terhadap Rasul pada masa itu. Di antara sangkaan mereka ialah enggan bersama Rasulullah akan memberi faedah pada mereka; pertama mereka jauh dari sebarang mudarat dan kedua kekalahan Rasul dan pengikut nya sudah pasti memberi kemenangan pada mereka.
Mereka tidak peracaya akan adanya pertolongan dari Allah dan mengharapkan kehancuran Islam. Sebab itulah Allah mengatakan mereka adalah kaum yang rosak, jahat dan munafik. Sebab itu juga, Allah memberi amaran pada mereka yang mereka akan di azab dengan pedihnya atas sikap mereka. (al Qurtubi ms 230; Jilid 15-16)
Syed Qutub membuat komen bahawa misalan orang-orang Arab tersebut yang tidak ikhlas pada saudara se islamnya banyak terdapat dalam semua zaman dan masa. Mereka melihat luaran orang Islam yang lemah, tidak berpengaruh dan menyangka buruk terhadap mereka dan menidakkan kemampuan apa saja dari orang-orang Islam, Yang menjadi rujukan dan kawan mereka ialah yang berpengaruh, yang kuat dan yang tidak ikhlas itu.
Mereka tidak sedar adanya qadha’ dan ‘qadar’ Allah untk membantu orang yang beriman. Pokoknya orang Islam harus memperkuatkan iman dan pegangan mereka dan memupuk persahabaan yang baik dan kuat sesama mereka; ( Syed Qutub ms. 3322 Jilid 6)
Masih lagi dengan perlakuan orang-orang arab yang berada disekitar Madinah dengan sikap mereka itu, Firman Allah:
35
Akan berkata oleh orang-orang munafik sewkatu rombongan (Rasulullah ke Khaibar) yang menjanjikan harta rampasan perang (kepada yang mengikut Rasulllah ke Hudaibiyah dulu): “biarlah kami mengikuti kamu semua!” Mereka
cuba menukarkan janji Allah (yang telah berjanji untk memberi harta rampasan perang itu HANYA pada rombongan ke Hudaibiah sahaja); Wahai Muhammad, katakan lah pada mereka: Janganlah ikut kami! Allah melarang
kamu sebelum ini lagi”. Reaksi dari mereka ialah mereka berkata; ‘ Kamu wahai Muhammad dan rombongan kamu itu dengki pada kami”. Bahkan
kebanyakan mereka tak faham”.(15)
Katakan lah Wahai Muhammad kepada Badwi yang tidak turut serta dalam rombong ke Hudaibiyah: “(Disatu masa hadapan) kamu akan dipanggil untuk
memerangi satu kaum yang kuat pertahanan nya (seperti kerajaan Parsi dan Rom yang ditentang oleh Umar atau kaum Bani Hanifah yang ditentang oleh syidina Abu Bakar); maka pada masa itu SAMA ADA kamu akan turut serta berperang atau kamu terpaksa mengikut peraturan Islam secara damai. Jika
kamu taat atas hukum ini, maka Allah akan memberi ganjaran pahala yang
36
baik pada kamu. Jika kamu mungkir seperti sebelum ini (tidak mahu ke Hudiabiyah,) maka kamu akan di azab dengan azab yang menyakitkan.(16) Tidak lah menjadi kesalahan (untuk tidak turut berperang) pada orang yang buta, yang tempang dan yang sakit (kerana uzur mereka): dan sesiapa yang taat pada Allah dan Rasul Nya, mereka akan di masukkan ke dalam Jannah
yang terdapat di bawahnya anak-anak sungai; dan ingat, sesiapa yang berpaling tadah lari maka dia akan di azab dengan azab yang
menyakitkan.(17)
Tafsiran ayat 15-17:
Ayat 15 menjelaskan bahawa Allah mengarahkan Rasul memberitahu kepada orang-orang arab badwi yang enggan bersama ke Hudaibiyah dulu, yang mahu mengambil bahagian untuk mendapat rampasan perang dengan pembukaan Khaibar supaya tidak dibenarkan mengikuti orang-orang Islam ke sana. Mereka boleh duduk sepertimana masa mereka enggan ke Hudaibiyah dulu dengan kawan-kawan mereka kerana sebarang rampasan perang dari pembukaan Khaibar adalah khusus diberi kepada mereka yang telah mengikuti rombongan ke Hudaibiyah dulu. Ini adalah janji Allah pada mereka dan tidak boleh diubah lagi. Reaksi dari arab tersebut ialah mereka membuat tuduhan yang orang-orang ke Khaibar itu dengki dan dendam pada mereka.
Ini adalah satu salah faham; Penentuan ini dibuat atas dasar yang taat pada perintah Allah diberi keistimewaan dan yang ingkar dan tidakpatuh pada perintah Allah tidak mendapat apa-apa.
Ayat 16 pula menjelaskan bahawa Rasulullah di minta memberi pejelasan kepada arab badwi ini yang mereka terpaksa membuat pilhan sama ada mahu bersama-sama berjihad ke jalan Allah menentang satu pasukan yang handal atau mengikut prinsip perjanjian dengan orang Islam jika mereka masih bersikap enggap bersama berjihad. Jika mereka berjaya ujian jihad ini maka mereka diberi ganjaran dan jika mereka masih enggan berjihad maka mereka akan dikenakan azab mengikut perjanjian. Ini sebenarnya untuk menguji iman orang-orang arab itu sendiri.
Ayat 17 pula memberi pengecualian berjihad kepada orang-orang yang sakit, yang tempang dan yang uzur tidak dikenakan paksaan berjihad pada mereka kerana adanya faktor-faktor ini. Akhirnya, Allah telah menetapkan satu kaedah iaitu;
37
a) Menentukan pahala yang besar kepada yang beriman, taat untuk berjihad.
b) Mengazabkan meraka yang enggan berjihad dan menentang Allah dan Rasul Nya.
c) Menentukan rahmat yang terhampir kepada berlakunya pembukaan kemenangan.
d) Mempastikan yang bertaubat dan balik pada ketaatan pada Allah dengan memberi pengampunan.
Sesungguhnya, Allah telah meredhai orang yang beriman yang telah membuat sumpah setia kepada engkau ( untuk perang) di bawah pohon pokok itu; maka Allah telah maklum tentang apa yang berlegar dalam hati mereka dan di masa
itu Allah telah memasukkan rasa tenang tenteram ke atas mereka dan di hadiah kan kepada mereka kepastian pembukaan kemenangan yang tak lama
lagi akan berlaku.(18)
Di antaranya ialah harta rampasan perang yang banyak yang akan mereka dapat; Allah itu adalah Maha Perkasa dan penuh Hikmah (urus tadbir Nya).(19)
(dia janjikan kepada rombongan sahabat yang bersama ke Hudaibiyah) yang mereka akan memperolehi harta rampasan perang yang banyak (ketika orang Islam mengepong kaum Yahudi di Khaibar): Allah telah mempercepatkan untuk
orang yang beriman dengan cara memastikan kekalahan pada kaum Yahudi itu; dan ini akan menjadi tanda kebenaran janji Allah pada mereka yang beriman (sewkatu bersama di Hudaibiyah), dan menujukkan hidayah Nya ke
arah jalan yang istiqomah.(20)
38
Tafsiran ayat 18-20:
Ayat 18 menjelaskan keredhaan Allah ke atas orang-orang yang beriman, jumlahnya 1400 orang ke Hudaibiyah, dan kesemua mereka yang telah membuat ‘baiy’aah’ (janjisetia) di bawah sepohon pokok ‘Samurah’ di Hudaibiyah. Janji setia itu membuat mereka gelisah pada mula, tetapi sifat mereka yang Penuh Percaya, Tunai Janji, Akur Pada Arahan Nabi, dan Taat Patuh Pada Perintah Allah, yang diketahui oleh Allah keikhlasan nya, dan dengan spontan Allah memasukkan ke dalam hati-hati itu akan rasa tenang- ceria (Tomakninah) dan rasa jernih hati mereka (Assakinah) kepada kebenaran Rasulullah, dan atas kesabaran mereka, dan ditambah oleh Allah dengan meletakkan tangan Nya atas tangan-tangan mereka akan kejayaan di masa hadapan mereka dan Islam.
Kejayan yang dijanjikan Allah termasuklah kejayaan Damai Hudaibiyah itu sendiri, kejayaan pembukaan Khaibar kemudiannya, Kejayaan Pembukaan Kota Mekah, Kejayaan pembukaan negeri-negeri sekitar Mekah-Madinah dan negeri-negeri arab; dan kejayaan meletakkan kemenangan semua penaklukan Islam, dan kemuliaan serta serta rasa hormat manusia semua pada islam dan muslimin sepanjang zaman. Inilah ‘simbolik’ dari firman Allah dalam ayat 19; iaitu “Di antaranya ialah harta rampasan perang yang banyak yang akan mereka dapat; Allah itu adalah Maha Perkasa dan penuh Hikmah (urus tadbir Nya) (19)”
Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 20 di atas dari perkataan ‘mendapat harta rampasan perang yang banyak’ dengan ‘kemenangan yang berterusan kepada Islam dan muslimin hingga ke hari Kiamat; iaitu kemenangan ekonomi, kemenangan ilmu, perkembangan dan pembukaan negeri dan negara dan pastinya kemenangan agama Islam atas kekufuran hinga ke hari Akhirat.
Permulaan kepada semua perkembangan ini dijelaskan oleh Allah dengan perkataan (maka mempercepatkan kekalahan mereka pada kamu) dengan adanya Perdamaian Hudaibiyah, Pembukaan Khaibar dan Pembukaan Mekah. Inilah titik permulaan perkembangan Islam di seluruh dunia hingga ke hari ini. Di dalam ketiga-tiga peristiwa itu, orang-orang yang diperangi itu telah menyerah kalah kepada Muhammad dengan tidak lagi menentang Rasulullah; iaitu Quraish menyerah kalah pada perjanjian Hudaibiyah, Khaibar menyerah kalah dengan meninggalkan Madinah dan di
39
Mekah menyerah kalah dengan memasuki agama Allah secara beramai- ramai oleh ahli mereka. Inilah pengertian dari petikan ayat ini:’
(dan mereka mengankat tangan menyerah kalah kepada kamu) Temasuklah kekalahan orang-orang Yahudi di Khaibar, dan kemenangan demi kemenangan dari masa ke semasa kepada orang-orang Islam sehingga Islam menguasai timur dan barat.
Allah memberi amaran kepada muslimin, semuanya ini menjadi ingatan dan tauladan kepada mereka di masa kini dan masa hadapan, Frman Allah:
(supaya menjadi iktibar dan panduan kepada orang-orang yang beriman) dan ditafsirkan sebagai berikut;
a) Semoga kehancuran penentang Islam menyelamatkan kamu dan agama kamu
b) Semoga kamu tahu bahawa Allah menjaga, mengawas dan membantu kamu
c) Semoga menjadi iktibar bahawa kesabaran,( رﺑﺻﻟا), keyakinan dan percaya (قدﺻﻟا), tunaikan janji (ءﺎﻓوﻟا ), Akur pada Perintah Rasul (ﻊﻣﺳﻟا), dan taat dan patuh pada Perintah Allah (ﺔﻋﺎطﻟا) menjadi resepi kejayaan Islam pada zaman awalnya. Mengapa Islam hari ini sentiasa tersisih dan kalah ?
d) Jika semua faktor di atas diambil kira maka, Allah berjanji menjanakan hidayah Nya ke jalan yang istiqomah dan kemenangan yang berpanjangan. Firman Allah:
(dan menujukkan hidayah Nya ke arah jalan yang istiqomah).
Komen Syed Qutub yang beliau teruja atas penyempurnaan kata-kata Allah yang terus ke atas pada sahabat seramai 1400 orang, dengan kata-kata Nya:
‘Aku redha kalian semua! Aku tahu apa yang ada dalam hati-hati kalian semua!, Aku masukkan rasa ‘tomakninah’ ke dalam hati-hati kalian semua!
dan aku janji akan kemenangan kepada kalian dan Islam di masa hadapan!
Inilah HIDAYAH Allah yang teragong yang pernah diberi secara berhadapan dan terus menerus pada sahabat-sahabat ini! Subhannallah!
40
Dan masih ada lagi (harta rampasan dan pembukaan) yang kamu belum boleh ambilnya, tetapi Allah telah memastikan nya untuk kamu; sesungguhnya Allah
itu berkuasa atas segala sesuatu.(21)
Kalau lah berlaku peperangan (di Hudaibiyah) antara muslimin dengan kafir Mekah; pastinya mereka akan kalah dan berpatah balik melarikan diri sehingga pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang membantu dan menolong
mereka.(22)
Peraturan Allah menyatakan sejak dulu lagi ‘yang menentang Rasul nya akan kalah’; dan peraturan Allah ini tidak pernah berubah.(23)
Dialah Allah yang telah menahan tangan-tangan orang kafir dari membunuh kamu; dan juga menahan tangan-tangan kamu dari memerangi mereka di
Hudaibiyah (Batni Mekah) setelah kamu dapat menewaskan mereka.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat apa yang telah kamu lakukan.(24)
Tafsiran ayat 21-24:
Ayat 21 lebih menekankan keperihatinan Allah ke atas orang-orang Islam yang sanggup berjihad. Terdpat di sana pembukaan–pembukaan baru, dan diikuti dengan rampasan perang yang masih menunggu dihadapan yang memerlukan ‘komitment’ semua orang. Mungkin yang lebih besar itu, orang- orang Islam tidak mampu melawan mereka kerana kekuatan mereka lebih besar dari orang Islam. Apapun, Allah berjanji akan mempermudahkan
41
kemenangan ke atas orang orang Islam, dengan cara ‘kepungan Allah’ atas mereka. Sesungguhnya pertolongan dari Allah, dan rezeki dari rampasan perang itu boleh diberi oleh Allah kepada orang yang beriman sehingga mereka tidak sangka ianya boleh berlaku. Contoh terdekat ialah pembukaan Khaibar, iaitu satu penempatan orang-orang Yahudi yang kuat dan dibantu oleh beberapa puak-puak lain.
Dalam hal ini, Abu Daud At Toyalisi mencatitkan sebuah Hadith dari Syu’ubah dari Sammak dari Ibnu Abbas yang berkata; “Ini tidak terhad pada perperangan di sekitar Mekah-Madinah sahaja, malah merangkumi semua pembukaan sehingga ke hari kiamat”.
Ayat 22 pula, Allah memberitahu khabar gembira kepada orang yang beriman ‘jika mereka diserang oleh kafir dan mereka berjuang ke jalan Allah, nescaya Allah akan membantu mereka; iaitu membantu Rasul Nya, dan orang-orang yang beriman. Zahirnya,mereka yang kufur itu akan kalah ditangan orang yang beriman dan melarikan diri tanpa mendapat sebarang pertolongan dari sesiapa pun. Pada prinsipnya mereka menentang Allah dan memerangi Rasul dan Allah.
Ayat 23 pula menjelaskan satu prinsip Allah mengenai peperangan di antara orang yang beriman dengan orang kafir, maka menjadi sunnah Allah, Allah akan memenangkan kumpulan yang beriman ke atas yang kafir. Ini bagi memastikan yang benar itu akan tampil dan yang batil akan hilang dan pupus. Inilah dia sunnah Allah sejak dari dulu lagi dan tidak pernah berubah.
Inilah maksud dari ayat berikut:-
Ayat 24 pula membawa satu contoh bagaimana Allah memainkan peranan Nya bagi mengelak berlakunya peperangan di antara orang Islam dengan kafir Quraish diperkampungan Hudaibiyah atas satu hikmah dan sunnah Allah itu. Allah yang telah menghalang orang-orang Quraish terus memerangi dan cuba mencetus peperangan dengan Rasulullah di Hudaibiyah. Sebaliknya Allah juga mengelakkan tangan-tangan orang Islam dari berperang dengan orang Quraish pada masa itu.
Inilah pengertian dari ayat 24 ini; Mafhum nya: Dia lah Allah yang telah menahan tangan-tangan orang kafir dari membunuh kamu; dan juga menahan tangan-tangan kamu dari memerangi mereka di Hudaibiyah (Batni Mekah) setelah kamu dapat menewaskan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat apa yang telah kamu lakukan.(24)
42
Di antara hikmah yang ketara ialah dengan takdir ini akan membolehkan berlakunya ‘Perdamaian Hudaibiyah’ yang menjadi pembuka kepada semua kemenangan yang mula berlaku secara berterusan, dari pembukaan Khaibar, kepada pembukaan Mekah dan pembukaan-pembukaan yang lain seterusnya.
Qatadah membawa sebuah Hadith seperti berikut bagi menggambarkan bahawa Allah menghalang tangan-tangan orang Islam memerangi orang Quraish di Hudaibiyah; Katanya: ’seorang lelaki bernama Ibnu Zanim telah mengintip-intip gelagat orang Quraish pada hari Hudaibiyah. Beliau cuba melihat gerak geri orang Quraish yang berlegar dekat perkampungan itu.
Orang-musyrikin Mekah melihat dan membaling batu ke arah beliau dan beliau meninggal dunia. Rasulullah yang diberitahu hal tersebut telah mengarahkan orang Islam menangkap si pembunuh itu dan beberapa orang musyrikin telah ditangkap; Mereka dibawa kehadapan Rasulullah dan baginda bertanya mereka; Adakah kamu mempunyai perjanjian dengan kami? Dan ada tak kamu mempunyai apa-apa perintah dari ku sebagai kafir Zimmi?
Jawab mereka; Tidak ada! ‘Baginda dengan jawapan itu telah melepaskan mereka dan menyuruh mereka pergi dari situ. Inilah di antaranya perkataan dari ayat: “
(Dialah Allah yang telah menahan tangan-tangan orang kafir dari membunuh kamu; dan juga menahan tangan-tangan kamu dari memerangi mereka)
Pastinya ada hikmah besar dengan tindakan takdir Allah itu; iaitu dalam kata singkat mempastikan kemenangan dan pembukaan ke arah kemenangan kepada orang-orang Islam. Allah Maha melihat apa yang dilakukan oleh kedua-dua pihak itu.
(Peraturan Allah menyatakan sejak
dulu lagi ‘yang menentang Rasul Nya akan kalah’; dan pertauran Allah ini tidak penah berubah.
Inilah prinsip Allah menangani orang-orang yang beriman.
Syed Qutub dalam kata-kata beliau telah menyatakan bahawa kenyatan Allah dalam ayat-ayat di atas menggambarkan kuasa Allah yang terlibat dalam urus tadbir Nya dengan Rasulullah dan orang yang beriman. Allah sesunguh Nya telah meneliti setiap gerakan orang-orang Islam dalam semua