• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASLAHAH DAN MAFSADAH (JALB AL-MASALIH WA DAR’ AL-MAFASID)

Dalam dokumen Menutup aurat antara tuntutan dan mengik (Halaman 52-56)

MAQASID SYARIAH

3.9 MASLAHAH DAN MAFSADAH (JALB AL-MASALIH WA DAR’ AL-MAFASID)

Telahpun jelas bahawa kedatangan syariat Islam adalah untuk memberikan maslahah dan menola mafsadah, secara mudahnya, maslahah adalah segala jenis kebaikan dan mafsadah adalah segala jenis keburukan.

Syariah Islam didatangkan dengan keadilan, kebajikan, dan kebijaksanaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah manusia dalam kehidupan dunia dan akhirta mereka. Tiada kebaikan lain dapat mengatasi, tiada kemaslahatan lain dapat menandingi kemaslahatan yang terkandung dalam syariat Allah SWT.

Maslahah dan mafsadah itu bukanlah ditentukan oleh aqal manusia, tetapi ditentukan oleh syariah. Ini kerana pandangan aqal manusia berbeza-beza. Mungkin sesuatu perkara dianggap maslahah oleh sebahagian manusia kerana ia memberikan kebaikan kepada mereka, tetapi dianggap mafsadah oleh sebahagian yang lain, kerana mendatangkan keburuan kepada mereka. Terdapat juga maslahah yang dianggap sebagai mafsadah kerana dorongan hawa nafsu, dan begitulah sebaliknya.

Oleh kerana itu aqal fikiran manusia tidak boleh dan tidak mampu menjadi kayu ukur dialam menentukan maslahah dan mafsadah. Hanya syariat Allah SWT sahaja yang boleh menentukan ukuran maslahah dan mafsadah kerana ia datang dari Tuhan yang menciptakan alam itu sendiri.

Maslahah yang menjadi tujuan Syariat ini adalah terbahagi kepada lima perkara; iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah, dan juga harta. Setiap yang mengandungi penjagaan terhadap lima perkara itu dipanggil maslahah dan setiap yang merosakkan lima perkara itu atau menghilangkan penjagaan terhadap lima perkara itu adalah disebut sebagai mafsadah.

Penjagaan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini adalah suatu aspek penting didalam penentuan syariat Islam. Ini kerana penjagaan terhadapnya menjadi suatu cara atau suatu alat untuk menghasilkan tujuan terpenting dalam kehidupan manusia iaitu mengabdikan diri yang sebenarnya terhadap Allah SWT semata-mata.

3.9.1 Pengertian maslahah

Maslahah mempunyai persamaan dari segi wazan dan maknan dengan manfa’ah. Menurut Ibn Manzur, maslahah bererti kebaikan, maslahah juga merupakan kata tunggal kepada masalih. Ar- Razi berpendapat manfa’at adalah kelazatan atau sesuatu yang membawa kepadanya, dan penolakan terhadap mudarata atau sebab-sebab yang membawa kepadanya.

Menurut pandangan al-Ghazali, maslahah pada asalnya bermaksud menarik kemanfaatan atau menolak kemudaratan. Walau bagaimanapun menurut beliau maslahahh tidak bermaksud menarik manfaat dan menolak mudarat demi menarik kehendak manusia. Sebaliknya maslahah adalah bermaksud memelihara kepentingan manusia menurut kehendak syarak, iaitu bagi memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan, dan juga harta. Setiap perkara yang menjamin

kelima bidang ini dipaanggil maslahah manakala perkara-perkara yang menolaknya adalah mafsadah; dan mencegah mafsadah itu adalah merupakan suatu maslahah.

Berdasarkan perbincangan ini, kita dapat merumuskan bahawa setiap perkara yang mengandungi kebaikan samada dalam bentuk menarik maslahah dan menolak mafsadah itu adalah maslahah.

3.9.2 Jenis-jenis maslahah

Hadirnya Islam adalah demi memberi maslahah dan mnolak mafsadah. Namun perlu diketahui apakah jenis-jenis maslahah ini. Maslahah terdapat pelbagai jenis jika dilihat dari aspek yang berbeza. Maslahah jika dilihat dari pengambilkiraan syarak terhadapnya ada tiga, iaiatulah maslahah muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah. Jika dilihat dari aspek kepada siapa maslahah itu kembali, ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu, maslahah kulliyyah, dan maslahah juz’iyyah. Maslahah jika dilihat dari sudut keperluan kepadanya terbahagi kepada tiga iaitu, maslahah qat’iyyah, maslahah zanniyyah dan maslahah wahmiyyah.

Penulis akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan jenis-jenis maslahah ini satu per satu.

Pertama: Maslahah jika dilihat dari pengambilkiraan syarak terhadapnya:

i. Maslahah muktabarah: iaitu maslahah ynag diiktiraf oleh syarak, dan syarak pula

ii. Maslahah mulghah: iaitu maslahah yang tidak diiktiraf oleh syarak dan ia juga tidak menganggapnya sebagai maslahah kerana ia meluputkan maslahah yang lain yang lebih besar daripadanya. Sebagai contoh, menyerahkan diri kepada musuh tanpa perang atau memeranginya.

iii. Maslahah mursalah: iaitu maslahah yang tiada dalil daripada syarak samada membenarkan atau menolaknya.

Kedua: maslahah jika dilihat kepada siapa ia dikembalikan.

i. Maslahah kulliyyah: iaitu maslahah yang keuntungan atau kebaikan itu kembali kepada seluruh ummat atau sebahagian besar ummah dan masyarakat. Contohnya, menjaga negara daripada diceroboh.

ii. Maslahah juz’iyyah: iaitu maslahah atau keuntungannya kembali kepada perseorangan atau sebahagian kecil masyarakat sahaja. Contohnya, pengharusan syuf’ah, gadaian, keharusan menjadi doktor, bersukan dan lain-lain.

Ketiga: maslahah dilihat dari sudut keperluan kepadanya:

i. Maslahah qat’iyyah: maslahah yang diyakini sepenuhnya diiktiraf oleh syarak, contohnya seperti menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga aqal, menjaga keturunan atau maruah, dan menjaga harta.

ii. Maslahah zanniyyah: iaitu maslahah yang dalilnya datang dengan dalil zanni atau

yang difikirkan aqal bahawa ia diiktiraf oleh syarak. Contohnya masalah kenapa hakim tidak boleh menjatuhkan keputusan ketika marah.

iii. Maslahah wahmiyyah: iaitu maslahah pada mulanya nampak mendatangkan kebaikan, tetapi setelah diteliti, ia sebenarnya mendatangkan keburukan yang lebih besar atau menghilangkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contohnyaa

ialah tidak mengenakan hukuman qisas kepada pembnuh, pelaku maksiat dan penagih dadah untuk menghilangkan maslahah-maslahah dan sebagainya.

3.9.3 Syarat-syarat penerimaan maslahah

Menentukan maslahah itu perlulah dibuat degan teliti, hal ini, jika tidak, maka maslahah itu tidak mencapai tujuan syariah itu sendiri. Justeru, perlulah merujuk pada syarat-syarat atau disiplin yang telah digariskan untuk menentukan maslahah. Antara syaratnya ialah:

i. Ia termasuk didalam maqasid syariah atau tujuan pensyariatan syariah iaiatu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah dan harta.

ii. Ia tidak bertentangan dengan Al-Quran iii. Ia tidak bertentangan denganal-Hadith iv. Ia tidak bertentangan dengan al-Qias

v. Ia tidak meluputkan maslahah yang lebih besar atau lebih umum darinya.

Dalam dokumen Menutup aurat antara tuntutan dan mengik (Halaman 52-56)

Dokumen terkait