• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menutup aurat antara tuntutan dan mengik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menutup aurat antara tuntutan dan mengik"

Copied!
73
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Situasi masyarakat yang kini kelihatan seolah-olah telah memalingkan diri daripada norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada pemikiran sekular. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat “luar” yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan. Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara total.

Lantaran itu, banyak perkara yang perlu dilihat agar perkara-perkara luar tersebut tidak memburukkan umat Islam. Jikalau yang jelas bercanggah, maka wajib diharamkan dan dihapuskan, dan yang tidak ada dalil yang melarang atau menyuruhnya, maka perlu dipertimbangkan kembali atau “Islamisasi dan imanisasi” dan sebagainya. Banyak perkara yang berkaitan antaranya termasuklah hal aurat dan fesyen semasa.

Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua masyarakat Islam dulu kini dan selamanya. Bertepatan dengan firman Allah SWT:



































































































(2)







































“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan

mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,

atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri

mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak

berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat

perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang

tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai

orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”1

Namun tatkala pantas paksi bumi berputar, sepantas waktu itu berlalu, maka Barat mula memperkenalkan sebuah terminologi yang dipanggil “fesyen”. Suatu impak kepada istilah yang besar dalam dunia Islam itu sendiri. Lalu bermulalah zaman pemakaian yang pelik-pelik itu boleh digelar fesyen atas alasan “sense of art” maka seni itu sendiri pincang.

(3)

Hal ini berlarutan ke tanah-tanah nusantara yang rata-rata penduduknya adalah terdiri dari umat Islam. Maka umat Islam yang berada ditahap muslimin atau muslimat yang belum ketahap mukminin atau mukminah dan muttaqie’en atau muttaqiat mula berpusu-pusu ke gedung-gedung membeli belah demi mencari fesyen yang “sesuai” bagi mereka, demi menampakkan “kecantikan” mereka. Yang teruknya apabila fesyen itu menjadikan mereka terkabur hingga tinggalkan nilai agama dalam berpakaian.

Dentuman ideologi Barat ditambah dengan kejahilan pereka fesyen yang beragama Islam sendiri hatta pengena fesyen yang Islam, maka hal ini menimbulkan kemafsadahan dan kepincangan dalam dunia Islam itu sendiri. Dari kekeliruan fesyen maka timbul lah juga banyak masalah yang lain yang akhirnya akan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Sebagai contoh, pemakaian yang tidak mengikuti syarak yang sebenar akan lebih mudah menarik lelaki untuk merogol wanita yang bepakaian tidak mengikut syarak.

Kelihatan juga umat Islam ketika ini perlu untuk mengetahui ilmu berkaitan maqasid syariah dengan lebih extensif. Mereka sebahagian besarnya sudah makin jauh dengan agama Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Penampakan masyarakat melayu khususnya dalam perkara aurat perlu tahu terhadap hikmah syarak itu diturunkan dengan lebih mendalam. Agar mereka merasa diri mereka terpelihara dan terjaga hanya kerana berbuat sesuatu mengikut syarak dan menepati apa yang syarak gariskan.

(4)

dengan erti menjaga mereka dari kerosakan yang asasnya didorongi oleh nafsu manusia didunia bahkan diakhirat kelak.

1.2 PENYATAAN MASALAH

1.2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan mentup aurat.

1.2.2 Apakah pandangan islam terhadap fesyen

1.2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi maqasid syariah dalam berpakaian.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam penyediaan latihan ilmiah ini, penulis ingin merungkaikan beberapa perkara yang akan penulis tuliskan dibawah ini

1.3.1 Menjelaskan dengan mendalam terhadap apa yang dimaksudkan dengan tuntutan menutup aurat.

1.3.2 Memberi gambaran yang jelas terhadap pandangan islam tentang fesyen.

1.3.3 Merungkaikan maksud yang ingin dinyatakan antara perkaiatan maqasid syariah dalam berfesyen.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1.4.1 Kajian berkisarkan tentang tuntutan menutup aurat atau fesyen semasa ini sebenarnya akan memberi gambaran yang kukuh kepada umat Islam yang kian lemah ini terhadap suatu lanskap ilmu iaini maqasid syariah. Yang berperanan didalam memberi garis pandu yang sebenar supaya masyarakat Islam tidak tersilap faham terhadap Islam dan mengenakan pakaian yang mengikut tuntutan syarak.

(5)

sempit. Juga mengetepikan pandangan yang mengatakan membuka aurat itu suatu langkah ketamadunan.

1.4.3 Pentingnya kajian ini ia mungkin menjadi titik tolak kepada mereka yang kurang didikan agama agar mampu menyarung pakaian yang mematuhi arahan syarak walaupun dengan cara berfesyen yang betul.

1.4.4 Mengelakkan berlakunya kekeliruan didalam memahami maqasid syariah khususnya didalam lapangan aurat kerana kesilapan menakrifkan konsep maslahah dan mafsadah.

1.4.5 Memberi suatu “guidline” kepada mereka yang ingin menceburi bidang perekaan fesyen.

1.5 TAJUK KAJIAN

Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi Maqasid Syariah.

1.6 PENGERTIAN TAJUK

Mereka yang menutup aurat kerana fesyen menurut maqasid syariah, apakah resolusinya. Atau lebih khusus boleh dikatakan orang Islam yang menutup auratnya kerana fesyen yang ada kini sama ada yang sebelumnya tidak menutup aurat ataupun yang sudah menutup auratnya, menurut maqasid syariah, apakah hukum dan penjelasannya. Bolehkah fesyen menjadi suatu aspek utama didalam menutup aurat sama ada sebagai suatu proses untuk menarik masyarakat untuk terus menutup aurat ataupun sekadar tarikan untuk menutup aurat.

(6)

1.6.1 menutup.

Menutup adalah boleh diertikan juga sebagai menudung dalam konteks ini.2 Namun berlawanan

dengan istilah membalut atau tidak boleh disama ertikan dengan membalut walau secara zahirnya membalut itu juga sebagian dari perbuatan menutup.

1.6.2 aurat

menurut kamus bahasa melayu, perkataan aurat diertikan dengan bahagian badan yang tidak boleh didedahkan mengikut hukum islam3

1.6.3 tuntutan

secara bahasa tuntutan juga bermaksud desakan dan dakwaan. Ia juga bermaksud, meminta dengan mendesak supaya dilakukan atau ditunaikan sesuatu.4

1.6.4 fesyen

Fesyen menurut kamus bahasa melayu mempunyai beberapa maksud, antaranya, ia adalah potongan pakaian dalam adat istiadat dan lain-lain yang bersifat sementara dan akan berubah; cara (baru); gaya (baru).5

1.6.5 dimensi

dimensi disini membawa makna sebagai konteks atau suatu rangka atau acuan didalam membuat sesuatu.

2 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, m.s. 591

3Ibid, m.s.22

4Ibid, m.s. 590

(7)

1.6.6 maqasid syariah

maqasid syariah datangnya dari dua perkataan yang berbeza,

iaitu:--maqasid dan;

-syariah.

Didalam menghuraikan makna maqasid syariah, penulis akan menghuraikan makna secara satu persatu dan juga makna apabila dua perkataan itu digabungkan.

a) Maqasid

Kalimah “maqasid” adalah kata jamak atau kata ganda bagi perkataan “maqsad” dengan huruf shad berbaris atas yang merupakan masdar mimi6 yang berasal dari kalimah asal “qasada” dalam

bahasa arab yang bermaksud tujuan, kehemdak, matlamat atau objektif, adil dan tidak melampau.

b) Syariah

Kalimah “syariah” pula adalah suatu kalimah yang berasal dari kalimah “syara’a” “yashro’u” “syar’an”7 yang mempunyai beberapa maksud antaranya adalah, mengambil air dengan mulut,

mula melakukan sesuatu, dekat dengan jalan, meninggikan sesuatu, menetapkan dan menjelaskan sesuatu.8 Namun makna yang paling jelas dalam konteks ini adalah menetapkan

dan menjelaskan sesuatu, sebagaimana firman Allah SWT:

6 Wan Mohd Nasir (2011), Maqasid Syariah Cabaran Dan Penyelesaian Dalam Merialisasikannya, Telaga Biru Pulication, m.s. 4

7 ibid

(8)















































































yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang

telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami

perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian

ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi

orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya.

Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid

itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya

(dengan taat).”9

c) Maqasid syariah

Setelah digabungkan keduanya tebitlah satu istilah khusus, terdapat banyak takrif yang dikemukakan oleh ulama’ dalam kitab mereka, antaranya:

Ibn Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai: pengertian-pengertian dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara’ Allah SWT dalam semua suasana tasyri’ atau kebanyakannya

dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum syariah sahaja.10

9 Surah asy-syura, ayat 13

(9)

Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya (syriahNya)11

Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasid dsebagai: nilai-nilai mulia yang agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang merupakan sasaran dan matlamat

kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.12

As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syari’ah itu bertujuan mewujudkan kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.13

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini adalah kajian yang memfokuskan hanya hal aurat dan fesyen sahaja daripada banyak hal-hal agama lain yang boleh dikaji. Walaubagaimanapun kajian ini juga akan menumpukan kepada suatu input yang boleh dikeluarkan melalui suatu skop ilmu yang khusus iaitu dalam kerangka ilmu maqasid syariah, sedangkan perbahasan ilmu itu banyak. Dengan kata lain, perbincangan berkaitan fesyen dan aurat dibicarakan dalam skop maqasid syariah sahaja, tidak akan pergi ke skop perbincangan yang lain sebagai contoh aurat didalam Islam yang mana perbincangannya akan ke peringkat yang lebih luas.

Kajian ini hanya berlegar-legar didalam lingkungan ilmu maqasid syariah sahaja. Sedangkan kita boleh juga membincangkan aurat dalam aspek yang lain. Namun kajian ini khusus menjurus kepada maqasid syariah.

Oleh kerana itu, penulis akan membataskan kajian ini kepada beberapa aspek yang dirasakan perlu.

11 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat, m.s. 3

12 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m.s. 194

(10)

1.7.1 Kajian ini akan menumpukan khusus terhadap aurat dan fesyen sahaja.

1.7.2 Kajian ini akan melihat kepada aurat dan fesyen dalam perbincangan ilmu maqasid syariah.

1.7.3 Akibat ketandusan ilmu yanga ada pada penulis, tidak semua perbincangan didalam perbahasan ilmu maqasid syariah akan dihubungkaitkan. Cukup sekadar asimilasi antara aurat dan fesyen dengan beberapa tajuk didalam maqasid syariah.

1.8 HIPOTESIS

Fesyen pada umumnya lebih memberi maslahah (maslahah yang lebih besar) dizaman kini berbanding mafsadah (mafsadah yang lebih kecil dari maslahah).

1.9 SOROTAN PERPUSTAKAAN

Sorotan perpustakaan dalah suatu perkara yanga amat penting untuk diteliti. Hal ini kerana sorotan perpustakaan dapat mengelakkan sesuatu kajian itu dari diulangi semula dan tidak membawa faedah yang besar kepada orang lain atau masyarakat umum. Namun begitu, dengan mengetahui hasil kajian terdahulu seseorang penulis itu sebenarnya mampu mengelakkan daripada membincangkan hal yang sama dalam penulisan yang akan dikajinya, malah dengan melihat penulisan terdahulu, ia dapat membuka peluang kepada penulis untuk mencari ruang-ruang kosong yang masih belum diterokai dan perlukan kepada penambahan idea yang lebih mantap.

(11)

Di kesempatan inilah penulis akan membuat suatu kajian yang tidak lagi dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain.

1.10 METODOLOGI KAJIAN

Metode kajian adalah salah satu instrumen penyediaan latihan ilmiah yanga amat penting. Hal ini adalah kerana melaluinya sesuatu kajian itu akan dinilai berkualtiti atau tidak berdasarkan metode yang digunakan itu tepat dan bersesuaian dengan objektif dan tujuannya atau tidak. Selain itu ia juga merupakan suatu cara kerja untuk memahami objek yang sedang dikaji. Dengan kata lain, metode merupakan suatu prosedur atau cara mengetahui sesuatu yang mempunyai langkah sistematik.

Didalam pengkajian ini, penulis menggunakan beberapa metode kajian yang dikira sesuai oleh penulis dalam memastikan kajian yang dilakukan adalah menyeluruh dan tepat. Antaranya:

1.7.4 metode pengumpulan data

Metode pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan data dan pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul. Penulis menggunakan beberapa metode kajian untuk memperoleh maklumat yang tepat bagi penulisan kertas kajian ini.

Di dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk mendapatkan data, maklumat serta lain-lain dokumen seperti majalah, keratan akhbar, jurnal, kertas kerja dan lain-lain yang bersangkutan dengan tajuk ini. Antaranya :

(12)

b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Nilam Puri.

c) Perpustakaan Awam Kelantan.

1.7.5 Metode dokumentasi

Metode dokumentasi merupakan satu cara mengumpulkan data dengan melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan bidang yang dikaji. Di dalam kajian ini, pengkaji menjadikan dokumen-dokumen seperti buku-buku yang berkaitan, kajian-kajian lepas dan sebagainya sebagai bahan dokumentasi.

Penulis merasakan metode ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian ini kerana ianya berguna untuk mendapatkan maklumat khusus berkenaan pengenalan latar belakang kajian, dan juga permasalahan kajian yang hendak dikaji sama ada dari segi perkembangan dan sebagainya.

(13)

BAB 2

KONSEP BERPAKAIAN DAN FESYEN DALAM ISLAM

2.1 PENDAHULUAN

Berpakaian itu satu perkara yang asas bagi setiap manusia, namun, Islam datang dengan memberi garis panduan kepada manusia keseluruhannya untuk memberi kemaslahatan kepada manusia di dunia mahupun di akhirat secara lambat atau secara cepat. Islam itu datang sebagai rahmat kepada seluruh alam. Allah SWT befirman:

  

Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan Yang cukup bagi

orang-orang Yang (cita-citanya) mengerjakan Ibadat (kepada Allah Dengan berilmu). Dan

tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat

bagi sekalian alam.14

Perkataan “Rahmat” didalam ayat ini juga merupakan hikmah kepada Islam itu sendiri, yang merupakan maqasid kepada syarak yang menjadi rahmat atau hikmah kepada manusia. Pensyariatan kepada manusia Muslim supaya menutup aurat juga adalah suatu kemaslahatan yang besar didunia dan diakhirat.

Larangan-larangan terhadap menutup aurat boleh didapati didalam banyak dalil-dalil quran dan hadith. Namun ulama ada juga yang berselisih faham mengenainya berkaitan dengan anggota-anggota aurat, sejauh mana perlu tutup, rukhsahnya, pengeculian dan lain-lain lagi.

(14)

Didalam bab ini penulis akan menerangkan berkaitan dengan aurat, fesyen, dan perkaitan antara keduaya.

2.2 AURAT

Didalam berbicara perihal aurat dan fesyen, maka perlu untuk diketahui beberapa hal terhadap aurat itu sendiri dahulu. Hal ini adalah kerana didalam membincangkan tentang fesyen maka ia berkait dengan pakaian secara langsung dan apabila bercerita perihal pakaian dalam Islam, maka aurat adalah perkara pertama yang perlu dititik beratkan didalam membincangkan isu ini.

Penulis akan menjelaskan sedikit sebanyak hal berkaitan dengan aurat yang perlu diketahui dalam membincangkan tajuk latihan ilmiah ini, antaranya penulis akan menerangkan tentang takrif atau definisi, kedua adalah pensabitan aurat dalam Islam, seterusnya yang ketiga adalah anggota-angota yang dianggap aurat atuapun batasan-batasan aurat menurut pandangan ulama yang masyhur.

2.2.1 Takrif aurat

Definisi atau takrif aurat boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari segi bahasa dan dari segi istiah fiqh atau istilah syarak.

i. Bahasa

Dari sudut bahasa aurat bermaksud kebaikan. Perkataan aurat diambil dari perkataan arab iaitu

aurah dan maksudnya didalam bahasa melayu adalah kebaikan.15

ii. Istilah

(15)

Definisi secara istilah banyak dinyatakan oleh ulama’-ulama’. Namun disini hanya mengambil beberapa sahaja dari istilah-istilah itu. pertama Bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.16 kedua Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT

untuk diperlihatkan kepada orang lain yang tidak dihalalkan oleh Allah SWT

2.2.2 Pensabitan hukum menutup aurat didalam Islam

Apabila berkaitan dengan pemakaian maka Islam datang memberi panduan kepada manusia untuk memakai apa dan bagaimana dan memberi pembatasan kepada manusia didalam berpakaian. Justeru, terdapat banyak dalil-dalil dari Al-Quran, Hadith mahupun ijma’ ulama mengenai hukum menutup aurat.

Penulis akan memaparkan satu persatu antara dalil-dalil dari Al-Quran, Al-Hadith dan Ijma’ para Ulama mengenai hukum menutup aurat.

i. Al-Quran

1. Surah Al- Nur ayat 31

























































































































(16)







































dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan

mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya;

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,

atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri

mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,

atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak

berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat

perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang

tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai

orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

2. Surah Al- Ahzab ayat 59







































(17)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan

Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka

keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang

baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,

lagi Maha Mengasihani.

3. Surah Al-Ahzab ayat 33





















































dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti

Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta

berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan

kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang

mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu

sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).

4. Surah Al-A’raf ayat 31

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu

ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan

pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui

(18)

ii. Al-Hadith

 Dari aisyah RA bahawa Asma’ Binti Abu Bakar pernah menghadap Rasulullah denagan berpakaian agak tipis, lalu Rasulullah berpaling dan berdabda “ wahai Asma’! orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh lagi terlibat kecuali

ini dan ini”. (lalu Rasulullah SAW pun menunjukkan pada muka dan kedua tapak tangan baginda.)

Dari Ibnu Umar R.A berkata, sabda Rasulullah SAW: “barang siapa menyerupai

sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka”.

 Orng lelaki tidak boleh melihat aurat orang lelaki lain dan orang perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama orang perempuan lain dalam satu pakaian.

iii. Ijma’ Ulama’

Para ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa rambut perempuan itu adalaha perhiasa yang wajib ditutup dan tidak boleh dibuka dihadapan lelaki ajnabi. Persepakatan ini telah didasari dengan firman Allah SWT. Allah SWt befirman:







































(19)







































































































dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan

mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya;

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,

atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri

mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,

atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak

berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat

perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang

tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai

orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(20)

Pertama: dalam ayat ini Allah SWT melarang perempuan mukmin memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja, dan tidak seorang pun dari ulama’ khalaf dan salaf yang menyatakan bahawa rambut wanita termasuk dalam “ma zoharo minha”. Inilah pendapat semua ulama’.

Kedua: dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang mukmin supaya mereka menutup kain

tudung ke dada mereka. perkataan “Al-Juyub” bermakna tempat-tempat yang terbuka pada pakaian, iaitu dada. Dan kata “Al-Khimar” sebagaimana dikatakan para ahli tafsir adalah jamak dari kata “Al-Khimru” iaitu sesuatu yang dipergunakan perempuan untuk menutup kepalanya. (Yusuf Al-Qaradhawi, 1996, hlm 67-69)

2.2.3 Anggota yang dianggap aurat menurut pandangan ulama

Ulama’ banyak berbeza pandangan mengenai sejauh mana anggota badan yang perlu ditutup. Namun bersepakat terhadap kewajipan menutupnya. Walaubagaimanapun dikesempatan yang sedikit cuma ini, penulis hanya akan menzahirkan beberapa sahaja pandangan ulama iaini pandangan-pandangan mazahibul arba’ah atau mazhab yang empat iaitu, mazhab Syafie, mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki.

i. Mazhab Syafi’e:

(21)

Imam nawawi pula berkata, sehingga pergelangan tapak tangan berdasarkan firman Allah SWT: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya…”

Sementara Ibnu Abbas pula berkata bahawa itu termasukalah wajahnya dan kedua telapak tangannya.

Disamping itu, Rasulullah SAW melarang wanita yang sedang Ihram mengenakan sarung tangan dan purdah. Seandainya wajah dan telapak tangan itu aurat, nescaya baginda tidak melarang sedemikian. Selain itu juga, kerana dorongan keperluan untuk menampakkan wajah pada waktu jual beli, serta perlu menampakkan tangan untuk mengambil dan memberikan sesuatu. Oleh kerana itu, wajah dan tapak tangan tidak dianggap aurat.

Imam Nawawi menambahkan dalam syarahnya terhadap Muhadzab, iaitu al-Majmuk bahawa antara ulama Syafi’iyyah, ada yang menceritakan atau mengemukakan pendapat ahawa telapak kaki bukanlah aurat.

ii. Mazhab Hanafi:

(22)

Beliau berkata, sebagai dasarnya adalah firman Allah SWT: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya”.

Para sahabat pada umumnya berpendapat bahawa hal yang dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin, iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang menempatkan celak dan cincin). Hal ini sepertimana telah dijelaskan bahawa celak, cincin, dan macam-macam perhiasan itu adaah halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain. Maka yang dimaksudkan di sini ialah tempat perhiasan itu.

Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak, kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan. Selain itu, kemungkinan menimbulkan syahwat apabila melihat muka dan tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebbih utama. Dalam satu riwayat disebutkan kaki itu adalah aurat untuk dipandang bukan ketika solat.

iii. Mazhab Hanbali:

Dalam mazhab Hanbali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan dalam kitabnya al-Mughni seagai berikut: tiada mazhab yang berselisih pandangan tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak oleh membuka selain wajah dan telapak tanganya.

(23)

kepalannya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka, maka dia wajib mengulangi solat itu.

Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat, kerana kedua kaki itu biasa nampak. Kerana itu, ia adalah sama seperti wajah.

Imam Malik, al-Auzaie dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup sewaktu mengerjakan solat. Ini adalah kerana alam menafsirkan maksud ayat, janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya. Selain itu, kerana Rasulullah SAW melarang wanita berihram memakai sarung tangan dan purdah. Andai kata wajah dan tangan itu aurat, nescaya baginda tidak akan melarang menutupnya.

Selain itu, kerana diperlukan membuka wajah dalam urusan jual beli, begitu juga kedua tangan untuk mengambil, memegang dan memberikan sesuatu.

Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa waita itu seluruhnya adalah aurat, kerana diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa wanita itu aurat. Ini menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata bahawa ia hadith hassan lahi sahih. Tetapi Baginda Nabi memberi peringatan untuk membuka wajah dan tangan, kerana jika ditutup, maka itu akan menimbulkan kesulitan.

(24)

iv. Mazhab Maliki:

Dalam satu penjelasan ringkas menrusi karya daripada ad-Dardir yang berjudul Aqrabul Masalik ila Masalik, disebutkan bahawa aurat wanita wanita merdeka terhadap lelaki asing, iaini yang bukan mahramnya, adalah keseluruhan tubuhnya selain wajah dan telapak tangan.

As-Shawi telah mengulas pendapat tersebut, dengan berkata bahawa, maksudnya adalah boleh melihat baik di bahagian luar mahupun bahagian dalam (tangan itu), tanpa maksud berlazat-lazat, dan merasainya. Jika ermaksud untuk berlazat-lazat, hukumnya adalah haram. Beliau berkata, “apakah pada waktu itu wajib menutup wajah dan kedua tangannya?” itulah pendapat ibnu Marzuq yang mengatakan bahawa ini merupakan pandangan mazhab Maliki yang masyhur. Atau apakah wanita tidak menutup wajah dan tangannya, sebaliknya hanya lelaki yang perlu menundukkan pandangannya? Ini adalah pendaat yang dinukilkan oleh al-Mawaq daripada Iyadh.

Manakala Zurruq pula telah mengulas didalam syarah al-Waghlisiyyah berhubung perbezaan antara wanita cantik dengan yang tidak cantik. Menurutnya, bagi wanita yang cantik, mereka wajib menutup aurat, manakala yang tidak cantik, ia hanyalah pilihan.

2.3 FESYEN

(25)

Fesyen itu memiliki maksud yang umum, tidak tertumpun hanya pada pakaian, ia adalah pendahuluan kepada trend. Walaubagaimanapun, maksud fesyen didalam latihan ini adalah fesyen yang berkaitan dengan pakaian.

Fesyen yang ditujukan didalam tajuk ini adalah khusus fesyen kepada kaum wanita, bukan kaum lelaki.

2.3.1 Definisi fesyen

Definisi fesyen menurut Colin McDowell, pengerusi Kumpulan Kostum di Britain menyatakan bahawa, “fesyen adalah suatu berkembang pantas mengikut peredaran zaman, fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat.

2.3.2 Fesyen barat dan fesyen Islam

Pada asalnya, fesyen itu sendiri adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan inggeris iaitu

fashion, yang mana berkembangnya dari barat. Budaya berfesyen atau bergaya ini adalah salah satu fitrah manusia namun dengan ada campur tangan barat maka ia makin dirosakkan dengan idea-idea yang sudah tentu jauh dari nilai agama.

(26)

Walaubagaimanapun, fesyen barat adalah suatu yang haram bagi umat Islam untuk turutinya; ianya jelas. Ini adalah kerana, fesyen-fesyen barat adalah fesyen yang tidak menurut syarak dan menaikkan ghairah lelaki lalu ingin meraih pujian semata. Hilang sepenuhnya tujuan pemakaian itu, iaitu menjaga maruah manusia.

Tambahan lagi apabila kebanyakan orang bukan Islam di barat amat menentang wanita menutupi seluruh tubuh mereka, mereka beranggapan bahawasanya perbuatan seperti itu adalah pebuatan yang kolot dan menutup hak asasi wanita itu sendiri. Sesetengah dari mereka hingga mengatakan berbogel sebagai hak kebebasan manusia. Hal ini amat menyalahi apa yang dituntut oleh Islam yang menjaga maslahah manusia.

Adapun fesyen itu tidaklah salah sepenuhnya, penggunaan terminologi fesyen itu boleh juga digunapakai oleh umat Islam, hal ini kerana istilah “fesyen” dan “fesyen barat” itu berbeza. Fesyen itu adalah suatu yang umum manakala fesyen barat itu merangkumi fesyen yang diperaga oleh orang barat yang majoriti besarnya didominasi oleh golongan bukan Islam.

Bahkan apatah lagi kini sudah wujud istilah fesyen Islam, fesyen muslimah, fesyen muslim, fesyen tudung, fesyen jubah, dan lain-lain. Hal ini berlaku akibat dari istilah fesyen itu yang kadang-kadang memberi kekeliruan kepada umat Islam itu sendiri. Maka wujudlah orang-orang Islam yang ingin mengharmonikan fesyen itu sebagai suatu kewujudan yang diterima oleh Islam.

(27)

Idea-idea baru ini bahkan akan membawa kepada suatu keterdedahan kepada meniru fesyen barat yang sudah tentu tidak diterima syarak. Apatah lagi jikalau fesyen ini dibuat oleh orang Islam yang tidak mengerti Islam sepenuhnya dan mengambil Islam pada sebahagian-sebahagian sahaja. Konsikuansi inilah yang ditakuti berlaku didalam masyarakat Islam. Maka perbincangan ini akan dibincangkan didalam bab ke-4 kelak.

2.3.3 Kehujahan fesyen dalam Islam

Islam memberi suatu gambaran umum terhadap apa-apa isu yang baru didalam agama, penggunaan kaedah “al-aslu fi asya’ ibahah” merupakan satu kaedah yang tepat menggambarkan hal ini. Didalam urusan yang bukan ibadah, maka setiap sesuatu itu menurut mazhab syafie adalah harus selagimana tiada dalil yang mengharamkannya.

Didalam dunia baru kini, muncul istilah fesyen didalam urusan manusia, apabila ia berkaitan dengan urusan manusia maka secara tidak langsung ia juga berkaitan dengan urusan didalam Islam itu sendiri, lalu bagaimanakah Islam mencari penyelesaian didalam setiap masalah baru. Justeru fesyen adalah suatu yang tidak wujud dalil yang mengharamkannya secara jelas.

Walaubagaimanapun, bukanlah mudah-mudah sahaja untuk dikelaskan sesuatu itu cukup dengan hanya satu kaedah sahaja. Apabila sesuatu itu tiada dalil yang jelas dan tetap, maka, ia akan termasuk didalam sesuatu yang boleh dikhilafkan oleh para ulama. Para ulama boleh menggunapakai mana-mana manhaj yang dikira sahih baginya.

(28)

supaya penentuan itu tidak lari dari maqasid syariah atau tujuan sebenar yang ingin dacapai syarak.

(29)

BAB 3

MAQASID SYARIAH

3.1 PENDAHULUAN

Didalam merungkaikan dengan lebih dalam lagi terhadap tajuk latihan ilmiah ini iaitu “Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi Maqasid Syariah”. Perlu diketahui beberapa perkara penting didalam ilmu maqasid itu sendiri sebelum masuk ke tajuk sebenar perbincangan yang lebih rumit.

Didalam bab ini penulis akan membincangkan tentang maqasid syariah itu sendiri demi memberi kefahaman umum didalam memahami tajuk ini. Hal ini adalah kerana maqasid syariah itu menjadi rangka teori didalam membincangkan berkaitan aurat dan fesyen. Justeru memahami maqasid syariah terlebih dahulu sebelum masuk ke peringkat lebih rumit adalah amat penting demi memelihara kefahaman dan mencegah dai berlaku kesilap fahaman.

Penulis akan merungkai berkaitan definisi maqasid syariah, bidang pengkajiannya, pensabitannya didalam al-Quran, hadith ijma’ dan qias, perbezaannya dengan usul fiqh, maqasid ammah dan maqasid khassah, tingkatan maqasid ammah, maqasid daruruiy yang lima dan maslahah dan mafsadah.

3.2 DEFINISI

(30)

Ibn Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai: pengertian-pengertian dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara’ Allah SWT dalam semua suasana tasyri’ atau kebanyakannya

dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum syariah sahaja.17

Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya (syriahNya)18

Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasi dsebagai: nilai-nilai mulia yang agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang merupakan sasaran dan matlamat

kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.19

As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syari’ah itu bertujuan mewujudkan kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.20

Dr. Raisuniyy menakrifkannya, “ maqasid syariah ialah tujuan (sebenar) yang ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan manusia”21.

Penulis mengira definisi dari Dr. Raisuni adalah definisi yang paling rajih.

Walaubagaimanapun, umumnya, maqasid itu bermaksud “jalbil masoleh wa dar’il mafasid” yang bermaksud menarik segala kebaikan dan menolak segala kemungkarang.

17 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m/s 51

18 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat, m/s 3

19 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m/s 194

20 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m/s 196

(31)

3.3 BIDANG PENGKAJIAN MAQASID SYARIAH

Didalam aspek pengkajian ilmu maqsid syariah, kita akan dapati bahawasanya ada terdapat dua bidang kajian yang boleh dilaksanakan dalam ilmu ini. Pertama maqasid al-khitab, kedua maqasid al-ahkam. Kedua-duanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah ini.

3.3.1 Maqasid al-khitab

Maqasid al-Khitab ialah maksud yang tersirat di sebalik pengajaran nas atau ayat al-Quran dan Hadith. Istilah ini kebiasaannya digunakan apabila nas syarak membawa dua pengertian. Zahir makna nas bukan makna yang dikehendaki, dan makna kedua yang tersirat itulah yang dikehendaki.

Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103:



































ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau

membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan

doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.

dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

(32)

Manakala, maksud harta, sebahagian harta yang dipanggil nisab. Pengambilan harta mestilah berdasarkan syarat-syarat tertentu dan bertujuan membahagikannya kepada orang-orang yang berhak. Ia dikenali sebagai ibadah zakat.

3.3.2 Maqasid al-ahkam

Didalam surah surah al-Taubah ayat 103:



































ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau

membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan

doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.

dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Setelah kita memahami maksud sebenar ayat, “ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah” dan kita memahami apakah maksud sebenar yang dikehendaki. Kita pasti tertanya-tanya mengapa diambil harta mereka yang sah untuk dibahagikan dan diagihkan kepada orang lain? Mengapa ianya harus diagihkan hanya kepada beberapa asnaf yang telah ditetapkan? Apakah ikmah disebalik pengumpulan dan pengagihan harta tersebut? Maka jawapan kepada setiap persoalan ini dinamakan Maqasid al-Ahkam.

3.4 PENSABITAN MAQASID SYARIAH DIDALAM ISLAM

(33)

yang ingin dicapai oleh syarak atau kemudharatan yang ingin dicegah oleh syarak. Mencapai kebaikan dan menolak keburukan adalah maqasid (tujuan) bagi setiap hukum syarak.

Dalil-dalil bagi kenyataan diatas adalah hasil dari istiqra’ (kaji selidik) terhadap nas-nas syarak. Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW, sudah pasti dia akan dapati bahawa dimana sahaja ada perintah (suruhan), maka di situ wujudnya maslahah dan dimana sahaja ada larangan, maka di situ wujudnya mfsadah. Sebagai contoh kita lihat ayat-ayat suci al-Quran dibawah ini:













































bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari

Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah

dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar

(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.22



















dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.23

(34)































Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas

orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.24

























































mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan.

katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan)

manusia, khasnya Ibadat Haji. dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki Rumah dari

bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang

Yang bertaqwa; dan masuklah ke Rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu

kepada Allah supaya kamu berjaya."25























(35)

diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh),

kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk

menolong mereka (mencapai kemenangan).26

Ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran Karim yang menunjukkan bahawa adanya maqasid syariah. Kerana inilah Syeikhul Maqasid Imam as-Syatibi menyatakan bahawa kita tidak mampu membilang setiap maqasid daripada setiap perincian hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah, kerana setiap hukum ada maqasidnya tersendiri.

Antara dalil secara umum yang menunjukkan bahawasanya adanya maqasid syariah ialah firman Allah SWT:













dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat

bagi sekalian alam.27

Perkataan “rahmat” itu mengandungi maksud memelihara dan menghasilkan maslahah-maslahah dan menolak mafsadah-mafsadah. Perkataan “rahmat” dalam ayat ini juga bermaksud memberi segala bentuk kebaikan dan menjauhi segala bentuk keburukan di dunia dan di akhirat.

Hikmah Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam untuk memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan di akhirat dengan melakukan dan menyeru kepada segala bentuk suruhan dan kebaikan serta menjauhi larangan dan keburukan.

(36)

3.5 PERBEZAAN MAQASID SYARIAH DENGAN USUL FIQH

Maqasid al-Syariah merupkan sebagai satu kaedah penentu hukum yang mengambil kira faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan serta tidak bercanggah dengan perinsip asas, seperti faktor masa, tempat, zaman, keadaan dan lain-lain

Usul al-Fiqh adalah merupakan satu kaedah penentu hukum yang umum, yang menjurus ke arah cara-cara untuk mengistinbat hukum (megeluarkan hukum syarak berdasarkan nas-nas al-Quran al-Sunnah, al-Ijma’, Qiyas, Ijtihad, Ihtihsan, dan lain-lain.

Lebih jelas jika boleh digambarkan dalam bentuk rantaian. Iaini, sebagai contoh, pertama ayat quran turun, usul fiqh sebagai alat untuk mengeluarkan hukum, hukum lahir, maka setelah hukum lahir, hukum itu akan dinilai menggunakan maqasid syariah, dan lain-lain metodologi yang ada. Akhirnya akan keluarlah hukum yang lengkap yang mempunyai nilaian maqasid syariah.

3.6 MAQASID AMAH DAN MAQASID KHASSAH DAN MAQASID JUZ’IYYAH

Maqasid syariah secara keumuman dan kekhususannya adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu maqasid ammah (maqasid umum), maqasid khassah (maqasid kusus), dan maqasid juz’iah (maqasid pecahan).

3.6.1 Maqasid ammah

(37)

Maqasid ini lebih bersifat demi menjaga keseluruhan umat dari kerosakan dan memberi kepada kebaikan. Maka didalam jenis ini dihimpunkan beberapa formula yang bersifat umum yang diambil tidak lain dan tidak bukan dari al-Quran dan al-Sunnah juga. Perkara-perkara itu adalah dikenali sebagai “daruriatul khams” iaini penjagaan 5 perkara asas atau darurah. Penjagaan-penjagaan itu adalah:

i. Menjaga agama ii. Menjaga nyawa iii. Menjaga aqal

iv. Menjaga keturunan atau maruah v. Menjaga harta

Kesemua lima perkara yang dijaga syarak itu adalah suatu sistem yang mengambil kira semua ummah Islam didunia ini. Formula ataupun kaedah raf’ul haraj pula bermaksud megelakkan kesempitan dengan mengekalkan keadilan sesama manusia. Keadilan ini mampu mengeluarkan manusia dari runtunan hawa nafsu manusia dan mengembalikannya kepada fitrah yang menginginkan kebaikan atau maslahah. Dan sebenarnya maqasid ammah inilah dikatakan maqasid syariah.28

3.6.2 Maqasid khasah

Maqasid khassah adalah maqasid yang lebih khusus berbanding maqasid ammah, ini kerana penjurusan didalam maqasid in adalah menentukan hikmah sesuatu suruhan atau larangan tertentu. Merujuk pada satu-satu benda bukan banyak sekali gus. Kajian dan perbincangan yang lebih khusus di dalam hal-hal berkaitan syariat ini dapat diketahui dengan wujudnya isu persoalan berkaitan amalan ibadah, muamalah, munakahat, dan jinayat.

(38)

Pengkhususan topiknya lebih menjurus kepada perbincangan terhadap objektif ataupun tujuan syariat Islam dalam mensyariatkan beberapa hukum dalam ajarannya. Contohnya Islam mensyariatkan amalan ibadah seperti amalan bersedekah adalah untuk menolong orang-orang yang berhajat. Amalan memberikan hak pusakan si mati keada waris agar tidak timbulnya perbutan, pertelingkahan, iri hati, dengki serta dendam.29

Hal ini juga boleh dilihat didalam banyak ayat-ayat Quran yang menyatakan suruhan serta tujuannya yang khsusus. Sebagai contoh Allah SWT befirman:

















       

   

       

















bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari

Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah

dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih

besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu

kerjakan.30

Didalam ayat diatas, Allah SWT memerintahkan solat dan sekaligus memberikan penjelasan mengenai solat itu bahawasanya, antara tujuannya adalah demi mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Ini adalah satu contoh yang khusus disebut didalam al-Quran tujuannya. Banyak lagi terdapat ayat-ayat yang menjelaskan tujuan penyariatan.

29 ibid, m/s 44

(39)

Jika diteliti, maqasid khasas adalah suatu yang memanifestasikan atau merialisasikan tuntutan maqasid ammah, iaitu didalam kandungan daruriatul khams. Yang mana penerangan terhadap tujuan khusus seperti dinyatakan tadi akan membawa kepada penjagaan yang umum pada akhirnya. Sebagai contoh, solat sebagai wadah menghalang perbuatan keji dan mungkar, maka ia adalah demi menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan, dan harta.

3.6.3 Maqasid juz’iah

Maqasid ini merupakan objektif pecahan yang lebih kecil komponenya. Pada setiap hukum terbahagi secara berasingan (juzuk) sama ada wajib, sunat, makruh, harus, haram, bersyarat dan sebagainya.

Contohnya mas kahwin diwajibkan dalam sesebuah akad perkahwinan demi menambahkan perasaan cinta dan bertambahnya kasih sayang antara suami isteri. Sementara saksi dan wali pula bertujuan menetapkan persetujuan didalam akad pernikahan yang berlangsung demi menjauhi sebarang fitnah, pertelagahan dan kesangsian di dalam sesebuah ikatan perkahwinan tersebut.

(40)

Tujuan lain dari aspek syariat yang menekankan pada kebencian atau tidak suka (makruh) dengan memakan sesuatu yang berbau busuk seperti bawang, petai, jering, dan bau rokok ialah untuk menghindari baunya yang bususk dan boleh mengganggu perasaan dan emosi orang lain.

Sebenarnya setiap aspek didalam pembahagian maqasid syariah itu sebenarnya adalah berkaitan rapat antara satu sama lain.

Selain itu, kaedah ini merupakan suatu tunjang yang kukuh yang mampu membangunkan masyarakat dengan penuh keadilan berlandaskan syariat Allah dan manhaj rasulNya yang agaung pada setiap masa dan ketika dan pada setiap situasi dan lokasi.

Objektif utama yang menunjukkan perincian pada perundanagn ini adalah semata-mata untuk menjaga kebaikan setiap anggota individu dan masyrakat sekeliling.31

3.7 TINGKATAN MAQASID AMMAH

Peringkat maqasid syarak terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu daruriat, hajiat dan tahsiniat32.

Menurut Dr. Ysusf al-Alim, pembahagian maslahah kepada tiga bahagian adalah sebenarnya merupakan perkara yang ijtihadi dan muncul setelah zaman sahabat, tabien dan juga para imam mazhab. Dan dalil kepada pembahagian maslahah kepada tiga bahagian adalah melalui istiqra’ (kaji selidik) para ulamak. Ini adalah kerana setelah mereka memerhatikan nas-nas syarak, samada nas juz’iy, nas kulli, nas am, mutlaq, dan muqayyad, mereka mendapati kesemua nas tersebut beredar dalam menaga tiga perkara tersebut.33

3.7.1 Daruriah

31Op. cit, m/s 46

32 Syatibi, al-Muwafaqat, dar-makrifah, Beirut, juz 2, m/s 8

(41)

Imam as-Syatibi mentakrifkan daruriat dengan katanya, “ daruriat itu satu perkara yang menjadi kemestian dalam kehidupan manusia samada dalam urusan keduaniaan ataupun keagamaan,

sekira-kira jika ia tiada nescaya tidak akan berjalan kemaslahatan dunia itu dengan baik,

bahkan akan berada dalam kerosakan, kacau bilau dan hilangnya kehidupan. Dan diakhirat

kelak pula akan hilangnya kejayaan dan kenikmatan kembali dengan kerugian yang nyata

dengan mendapat azab seksa”.34

Peringkat daruriah adalah peringat maqasid yang paling tinggi dan paling asas. Tanpa daruriah maka kehidupan manusia akan pincang, hancur dan boleh membawa kepada kematian. Pengertian secara umumnya adalah keperluan asas. Contohnya, manusia akan mati jika tiada makanan atau air, maka air atau makanan boleh dikatakan sebagai daruriah atau keperluan asas.

Walaubagaimanapun, keperluan asas atau daruriah yang dibincangkan didalam dunia Islam bukanlah sepertimana yang digambarkan oleh golongan bukan Islam yang mana hanya meletakkan material sahaja sebagai keperluan asas. Didalam Islam, ulama sudah bersepakat mengatakan bahawasanya ada 5 perkara yang daruriy perlu dijaga oleh umat Islam supaya umat Islam itu terpelihara.

Pertama adalah menjaga agama, kedua menjaga nyawa, ketiga menjaga aqal, keempat menjaga keturunan atau maruah, keenam menjaga harta. Didalam falsafah Islam, agama adalah berad ditempat pertama yang perlu dijaga dan disusuli dengan hal keduniaan seperti menjaga nyawa, aqal, keturunan dan harta. Jikalau seseorang mengetahui nizhom yang indah ini sudah pasti dia akan kuat pegangan terhadap agamanya.

(42)

Didalam hal daruriah maka kebanyakanya terkandung perkara-perkara yang menjadi wajib untuk umat Islam jauhkan diri daripadanya atau larangan-larangan Allah yang mana haram umat Islam lakukan seperti zina, curi, murtad, bunuh dan lain-lain. Antara lain juga adalah pada perkara yang diwajibkan untuk umat Islam laksanakannya seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, haji atau lebih umum lagi rukun Islam dan lain-lain suruhan wajib.

Walaubagaimanapun, segala syariat Islam itu pada umumnya adalah demi menjaga agama, kerana tanpa agama manusia menjadi pincang juga dengan agamalah manusia mengenal kehidupan. Hal penjagaan ini bukanlah hanya memfokuskan pada hal keduniaan sahaja, bahkan didalam Islam, ia menjagkaui penjagaan diakhirat kelak. Secara tidak langsung penjagaan agama akan menjaga segala penjagaan yang lain. Justeru, walaupun aurat itu adalah terkandung didalam menjaga keturunan atau maruah, tetapi perlu diketahui bahawa ia berkaitan rapat antara kelima-lima penjagaan terutama penjagaan agama.

3.7.2 Hajiah

Peringkat hajiah adalah peringkat yang tanpanya tidaklah menimbulkan kesusahan seperti yang terdapat pada daruriah, hajiah cukup hanya mendatangkan kesenangan dan jikalau tanpanya manusia akan berada dalam keadaan susah atau akan timbul masyaqqah. Hajiat ada dalam semua keadaan samada ibadat, muamalat, dan juga jinayat. Contoh bagi hajiat dalam ibadah adalah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan kita semua, seperti keharusan qasar solat, jamak solat, solat duduk pada waktu sakit dan sebagainya.

3.7.3 Tahsiniah

(43)

kehidupan dan meninggalkan perkara-perkara yang kotor yang tidak diterima oleh akal yang sempurna. Ia terkumpul dalam kemuliaan akhlak yang luhur. Contoh bagi tahsiniat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat, dan sebagainya. Ia terdapat dalam semua keadaan samalah seperti daruriah dan hajiah. Oleh kerana itu jelaslah wujud tingkatan hukum taklif dalam syariat Islam.

3.7.4 Kamaliah / mukammilah

Kamaliah sebenarnya adalah mukammil atau pelengkap kepada daruriah, hajiah atau tahsiniah yang dinamakan sebagai mukammal. Kewujudan kamaliah demi mencapai maqasid-maqasid tersebut dengan penuh kesempurnaan dan mengukuhkan penjagaan terhadapnya.

Kesemua mukammil ini adalah diiktiraf oleh syarak, dengan syarat ia tidaklah membatalkan asal mukammal itu. Kesimpulannya, hajiat adalah mukammil kepada daruriat, tahsiniat merupakan mukammil kepada hajiat. Oleh kerana itu, jelaslah bahawasanya daruriat adalah asal bagi hukum syariah.

Sebagai contoh dalam perkara daruriat, disyariatkan azan dan solat berjemaah sebagai mukammil kepada asal pensyariatan solat. Setelah perkahwinan disyariatkan untuk menjaga nyawa dan keturunan, disyariatkan juga kafa’ah (persamaan taraf) antara pasangan suami isteri, sebagai mukammil kepada pensyariatan perkahwinan tersebut, dengan tujuan untuk lebih mengekalkan kebahagiaan mereka berdua, dan hal ini samalah dengan pensyariatan melihat kepada bakal pasanagan.

Referensi

Dokumen terkait

Perancangan struktur navigasi yang menggambarkan hubungan antar menu pada sistem informasi geografi studio photo terdekat pada wilayah bandar lampung dengan

Dengan demikian dapat disimpulkan menerima Hipotesis Alternatif (Ha) yang berbunyi: “ adanya Pengaruh Pembiasaan Sholat Berjamaah Terhadap Kesadaran Sholat Lima Waktu

Kaitannya dengan kesulitan guru dalam melaksanakan proses pem- belajaran Pendidikan Agama Islam dan budi pekerti berdasarkan Kurikulum 2013 di SMP Negeri 6 Kota Makassar,

Motto tersebut merupakan tujuan dari Ketimbang Ngemis Bengkulu untuk memberikan edukasi ke masyarakat bahwa tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, sehingga

Proses pengamatan terhadap karya-karya pelukis yang dilakukan penulis, hingga didapati Picasso dengan gaya kubimenya, dengan pemilihan warna yang berani membalut

Jerman dan Jepang meng- andalkan kelebihan mereka dalam proses teknologi, yaitu teknologi yang menghasilkan proses baru dalam pembuatan jenis produk yang sudah ada,

Dari grafik indek diversitas Shannon-Wiener (Gambar 4) terlihat adanya penurunan yang drastis setelah St 1 (G. Wayang) yang mencapai nilai 0 pada St. 2 Nanjung mulai menunjukkan

Pertumbuhan ekonomi tersebut tidak terlepas dari pengaruh tingkat inflasi dan nilai tukar rupiah, pertumbuhan ekonomi terendah yang terjadi pada tahun 2014 dan 2015