• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASYARAKAT INDUSTRI

Dalam dokumen Nota Sejarah STPM Penggal 1.docx (Halaman 87-98)

Soalan dan skema sejarah dunia ( Penggal 1)

MASYARAKAT INDUSTRI

Terangkan maksud masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri

Pendahuluan

Masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-industri.

a) Pengertian masyarakat industri

- Merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian

- Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin

- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.

b) Ciri-ciri masyarakat industri Kegiatan ekonomi

- Masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besaran

- Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup

Pengkususan kerja

- Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan kerja

- Pekerja perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan

Mobiliti sosial

- Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat

- Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi

- Perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat Kemunculan kelas

- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja

- Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong - Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang peindustrian

Ubanisasi

- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar perindustrian - Mereka terlibat dalam kegiatan perindustrian sebagai buruh kilang atau pengusaha

kilang

- Kebanyakan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar selepas tercetus Revolusi perindustrian

- Perkembangan ini melahirkan proses perbandaran terutamanya di bandar2 perindustrian

Masyarakat listerasi

- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan

- Mereka terdedah kepada unsur2 demokrasi dalam kehidupan mereka

- Mereka mempunyai kebolehan merancang dan menjalankan aktiviti sosial dengan sistematik

Penutup

Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi perindustrian di England. Masayarakat industri mempunyai ciri2 tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.

Bincangkan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England

Pendahuluan

Revolusi perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.

a) Pertambahan penduduk

- Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan

- Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran kilang2 perindustrian

b) Kekayan bahan mentah

- Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di England

- Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi untuk kilang di England

c) Kemajuan dalam sistem pengangkutan

- Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara - Penggunakan jentera berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan

seperti kereta api dan kapal laut d) Perkembangan mekantalisme

- Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England - Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi

untuk mempelopori Revolusi perindustrian

- Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar Apprentice

e) Modal mencukupi

- Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian - Kerajaan memeiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England - Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang2 yang menjadi kaya - Peladang2 ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian

f) Iklim yang sesuai

- Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian - Perkembangaan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim

yang sesuai di England

- Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas

g) Kemajuan sains dan teknologi

- Kemajuan dalam sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi Perindustrian

- Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui

- Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England Penutup

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England. Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.

Bincangkan kesan Revolusi Perindustrian yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan sosial

Pengenalan

Revolusi perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19 . Revolusi ini telah menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan dan kejuruteraan manusia. Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan kean mendalam dalam aspek politik dan sosial.

a) Kesan politik

i. Kemunculan golongan proletariat

- Perkembangan industria melahirkan golongan pekerja atau proletariat

- Golongan ini telah menubuhkan kesatuan sekerja untuk melindungi hak pekerja ii. Kemunculan pertubuhan politik

- Revolusi perindustrian meletakkan asas kepada perkembangan parti-parti politik

- Pekerja-pekerja di Jerman terdedah kepada dua aliran politik utama iaitu aliran Karl Marx dan Parti sosialis

- Kedua-dua aliran ini bersatu dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Social Democratic Party

- Parti poltik ini ditubuhkan bagi menjaga kepentingan golongan tersebut iii. Kemunculan golongan national liberal

- Revolusi perindustrian menyebabkan muncul golongan peniaga, ahli-ahli bank doktor dan golongan professional yang lain

- Golongan ini telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai national liberal party.

- Parti ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan golongan tersebut. iv. Dasar kerajaan Bismarck

- Kerajaan di bawah Bismarck tidak senang dengan idea demokrasi dan sosialisme yang berkembang di jerman.

- Bismarck menyokong dasar dan perjuangan National liberal party untuk mendapat sokongan golongan tersebut.

- Beliau mengurangkan tarif dan berpura-pura menyokong dasar perdagangan bebas - Selain itu, Bismarck juga bertindak mengawal gereja bagi mengukuhkan kedudukan

kerajaan pusat. b) Kesan sosial

i. pengangguran

- Revolusi perindustrian turut membawa kesan negatif pada golongan pekerja.

- Pengeluaran produk yang berlebihan menyebabkan banyak industri terpaksa ditutup. - Perkembangan ini menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan ekoran tindakan kilang

membuang pekerja. ii. kemelesetan ekonomi

- Kemelesetan ekonomi menyebabkan ramai pekerja mengalami kesukaran hidup

- Tambahan pula berlaku keadaan inflasi yang menyebabkan pekerja tidak dapat membeli barang keperluan seharian mereka.

iii. Masalah tanah jajahan

- Negara-negara sedang membangun turut mengalami kemelesetan ekonomi

- Negara-negara membangun bergantung kepada negara industri untuk menjual barang-barang mentah.

- Apabila negara industri tidak membeli bahan –bahan mentah, negara-negara tersebut mengalami kemelesetan ekonomi.

Penutup

Revolusi perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan dalam aspek politikd dan sosial . revolusi ini telah menyebabkan lahir parti-parti politik berasaskan aliran Karl Marx dan sosialis. Revolusi perindustrian juga menyebabkan masalah kemelesetan dan inflasi dalam kalangan rakyat.

Tema 2

(Pemerintahan dan pentadbiran)

Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran pada zaman dinasti Ching? Pada zaman Ching, lahir sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja berkuasa mutlak. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan kehakiman. Dalam menjalankan pentadbiran, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan.

a) Peranan dalam bidang eksekutif - memutuskan dasar kerajaan - melantik pegawai2 kerajaan

- melucutkan jawatan pegawai kerajaan - meluluskan kenaikan pangkat

- mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar - mengetuai angkatan tentera

- menandatangani perjanjian dengan kuasa asing b) Peranan dalam bidang kehakiman

- Mengisytiharkan undang2 - Mengendalikan kes rayuan - Memberikan pengampunan c) Peranan dalam bidang keagamaan

- Berperanan sebagai ketua agama - Mengetuai upacara keagamaan d) Peranan dalam bidang intelektual

- Berperanan sebagai penaung dalam bidang pembelajaran

- Memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab2 dan ensiklopedia

- Terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja

- Terlibat dalam pemilihan calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan

- Memberi ceramah kepada penuntut kolej imperial penutup

Menjelang zaman Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan sistematik.Sistem ini telah melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan ekonomi.

Huraikan peranan enam lembaga dalam sistem pentadbiran pusat pada zaman dinasti Ching?

Menjelang zaman Ching terdapat sistem pentadbiran pusat yang sistematik dan teratur. Salah satu badan pentadbiran utama pada peringkat pusat ialah Enam Lembaga. Setiap lembaga diterajui oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden.setiap lembaga mempunyai biro-biro yang mempunyai peranan masing2.

a) Lembaga pentadbiran awam

- Mengurus perlantikan kakitangan awam - Mengendalikan peperiksaan awam - Menguruskan kenaikan pangkat

b) Lembaga hasil dalam negara

- Mengutip cukai daripada penduduk

- Mengendalikan urusan pendaftaran tanah c) Lembaga peperangan

- Menguruskan halehwal ketenteraan - Menetapkan polisi ketenteraan

- Menguruskan perlantikan dan pemecatan pegawai tentera - Mengawal komunakasi antara kerajaan pusat dengan provansi d) Lembaga upacara

- Mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, korban, majlis perkahwinan dan kematian

- Menguruskan sistem pendidikan

- Menguruskan peperiksaan awam diperingkat daerah, provinsi dan bandar raya

- Memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada calon2 yang lulus dalam peperiksaan awam

e) Lembaga keadilan

- mengendalikan hal ehwal berkaitan undang2 - mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman - mengampunkan orang yang melakukan kesalahan - membicarakan kes2 rayuan

f) Lembaga kerja awam

- menguruskan kerja2 pembinaan bangunan awam - membaiki bangunan awam

- membeli dan menjual harta kerajaan - membaiki jalan dan sistem perparitan

- membaiki tambak sungai, empangan, dan pengairan Penutup

Kewujudan enam lembaga menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang bercorak birokratik. Sistem pentadbiran yang cekap mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik yang stabil.

Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di wilayah pada zaman dinasti Ching?

Menjelang zaman Ching, wilayah dibahagikan kepada provinci, circuit, prefecture, dan daerah. Pegawai dilantik di setiap unit dan bahagian bagi melicinkan sistem pentadbiran.

a) Pentadbiran provinci

i) Gabenor jeneral/jeneral

- Pentadbiran peringkat provensi diketuai oleh gabenor jeneral dan gabenor

- Menjelang zaman maharaja Chien-lung, terdapat lapan orang gabenor jeneral dan 15 orang gabenor

ii) Persuruhjaya

- Persuruhjaya dilantik oleh maharaja

- Persuruhjaya menguruskan garam, pemungutan cukai, pengedaran bijirin dan laluan sungai

iii) Komander

- Menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat wilayah b) Pentadbiran circuit/prefecture

Pegawai dilantik bagi menguruskan circuit/prefecture c) Pentadbiran daerah

i) Majistret daerah

- Berperanan mengutip cukai, menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk dan menjaga keamanan.

- Dibantu oleh penduduk yang mengetuai hal ehwal masyarakat setempat. ii) Perkhidmatan awam daerah

- Terdiri daripada bahagian pentadbiran, sivil, percukaian dan banci, protokol dan upacara, ketenteraan kerja awam dan pencegahan jenayah.

- Pegawai ini dibenarkan mengutip surcaj. iii) Unit pentadbiran lain

- Iaitu jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)

- Terdapat pentadbiran yg lebih kecil seperti kampung, bandar, pekan dan petempatan luar bandar.

Penutup

Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja China pada abad ke-16 hingga ke -18

Pengenalan

Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal.

Raja menduduki hierarki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem pemerintahan maharaja di China.

Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada maharaja. Konsep ini anugerahkan maharaja satu kuasa untuk memerintah dan boleh menarik balik kuasa tersebut, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakkannya.

Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam keadaan teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari rakyat. Sekiranya berlaku malapetaka, ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapat mandat dari syurga.

Maharaja mengamalkan ajaran confucius, ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagian dan menyatakan bahawa kerajaan yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik, raja mesti taat pada tuhan dan rakyat pula harus taat dan setia pada raja.

Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat, ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kemakmuran.

Maharaja juga menguasai ekonomi negara, segala ekonomi negara seperti pungutan cukai , hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan, penduduk, ufti barangan dagangan, kepakaran akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian akan menambahkan keuntungan golongan pembesar dan tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera, urusan mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja. Hal ini dapat dilihat pada awal kemunculan dinasti Ming. Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan semula empayar china yang berpecah dan usahanya diteruskan oleh pengantinya. Sebahagian besar wilayah Manchuria telah berjaya ditakluki oleh tentera Ming dan beberapa wilayah lain seperti korea dan Ryukyu telah menjadi naugan dinasti Ming. Beberapa utusan dari luar datang ke China seperti Siam, Burma dan Melaka yang memperkukuhkan kewibawaan pemerintahan Ming serta mengiktiraf kekuatan ketenteraan China.

Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja china terhadap Barat pada zaman Dinasti Ming.

Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada China sebelum pertengahan abad ke-19. Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja china membuka pintu negaranya kepada kuas-kuasa barat.

Terangkan peranan pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke-20

Pengenalan

Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.

Pembesar China terdiri daripada pembesar pusat dan wilayah. Didominasikan oleh golongan cerdik pandai dan golongan bangsawan.

Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada maharaja.

Pembesar di Cina pada abad ke-16 hingga ke-20

Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu sekretariat agung, majlis tertinggi (enam badan menteri) dan censorate atau lembaga penapis.

Tugas Sekretariat agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.

Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja. Melalui majlis ini, sebenarnya pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh pegawai kanan atau dikenali sebagai shangschu. Shangschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian personal,kewangan,adat,perang,keadilan dan kerja raya.

Lembaga penapis/ Censorate menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk diambil tindakan sewajarnya.

Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan untuk memilih golongan srjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.

Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu menanggotai imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.

Dasar yang digubalkan dilaksanakan diperingkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam jabatan hal ehwal negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk dibawahnya. Iaitu jabatan kakitangan, jabatan upacara, jabatan tentera, jabatan kehakiman dan jabatan kerja awam.

Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan iaitu gentry.

Pembesar wilayah bukan daripada golongan sarjanamemiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pusat di samping menjaga wilayah sendiri.

Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai pengawas kerajaan . Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.

Semasa dinasti Ch’ing gabenor dilantik sebagai pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pusat. Gabenor dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti bendahari dan hakim.

Kesimpulan

Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar. Keruntuhan dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.

Dalam dokumen Nota Sejarah STPM Penggal 1.docx (Halaman 87-98)

Dokumen terkait