• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memahami Perolehan Kerajaan Perolehan Kerajaan

Dalam dokumen Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012 (Halaman 38-53)

Bab3: Pilihan Mustahil Yang Berhasil

Bab 6: Memahami Perolehan Kerajaan Perolehan Kerajaan

  Untuk bab ini ianya sedikit bosan dan terlalu skema. Terdapat begitu banyak  perkara teknikal dan terma di dalam tajuk ini. Tetapi saya tidak akan  menerangkan dan menghuraikanya kesemuanya untuk anda. Apa yang perlu  anda tahu dan berguna sahaja akan saya sentuh. Malah adakah anda mahu  belajar perkara‐perkara berkenaan Akta Tatacara Kewangan 1957? Dengar  sahaja sudah rasa mengantuk.     Tetapi kita perlu tahu serba sedikit tentang perolehan kerajaan ini supaya kita  faham dan tahu bagaimanakah kategori perolehan dan pembelian yang boleh  dibuat kerajaan. Secara asasnya perolehan kerajaan terdiri daripada prinsip  berikut:  Prinsip-Prinsip Perolehan

 Akauntabiliti awam (public accountability)  Diuruskan secara telus (transparent)  Nilai faedah terbaik (best value for money)

 Saingan terbuka (open competition)  Adil dan saksama (fair dealing)

Kategori Perolehan Kerajaan

Terdapat tiga kategori perolehan kerajaan. Ianya adalah: 

 Pembekalan – Untuk pembelian barang seperti komputer, meja dan sebagainya

 Perkhidmatan – Untuk pembayaran perkhidmatan seperti

pembinaan laman web, latihan dan sebagainya  Kerja – Untuk perolehan kerja-kerja seperti pembinaan bangunan  

Penggunaan Bahan / Barangan / Perkhidmatan Tempatan (Spp 7/2002)

 Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi secara tempatan

 Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia (MS) atau standard antarabangsa yang Diiktiraf

 Agensi wajib menggunakan

bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam senarai:-

- Bahan binaan tempatan (kerja) - IKRAM QA Services Sdn. Bhd. - Barangan keluaran tempatan (bekalan) - SIRIM QAS Sdn.

Perolehan Barang-Barang Import

 Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu mendapat kelulusan MITI;

 Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free On Board (FOB);

 Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan tempatan;

 Perlindungan insurans melalui KWIBK.

 

Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan (Spp Bil. 4/95)

 Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera:

sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan)

 Sijil dikeluarkan oleh:

- Kementerian Kewangan - bekalan/perkhidmatan - Pusat Khidmat Kontraktor – kerja

Keutamaan Pembuat/Pengilang Bumiputera

 Memberi keutamaan kepada syarikat yang bertaraf pembuat/pengilang Bumiputera

 Sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara

terbuka di kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera

Nilai Perolehan % Keutamaan

sehingga RM10 juta 10%

melebihi RM10 juta – RM100 juta 5%

melebihi RM100 juta 3%

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

Keutamaan Bumiputera Untuk Kontrak Kerja

 Kerja-kerja bernilai kurang RM200,000 dikhaskan kepada Bumiputera;

 Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM100,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi di kalangan Bumiputera;  30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada

Keutamaan Kerja Prime Cost Sum

Keutamaan kepada syarikat Bumiputera bagi kerja Prime Cost Sum / Mekanikal / Elektrikal / Pakar

Nilai Perolehan % Keutamaan

melebihi RM100 ribu – ribu 10%

melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7% melebihi RM1.5 juta – RM5 juta 5% melebihi RM5 juta – RM10 juta 3% melebihi RM10 juta – RM15 juta 2.5%

melebihi RM15 juta Tiada

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

Kaedah Perolehan / Pembelian Kerajaan

 Panjar Wang Runcit  Kontrak Pusat

 Pembelian Terus

 Requisition (untuk perolehan kerja)  Sebut Harga

 Tender

 Perolehan Darurat

 Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong  Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS)  Perolehan Perkhidmatan Perunding

a) Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit (SPP Bil. 2 Tahun 2002)

 Untuk kegunaan segera  Tidak melebihi RM500.00

b) Perolehan Melalui Kontrak Pusat (Ap 178.1)

 Barang-barang gunasama

 Perlu rujuk kepada Pekeliling KontrakPerbendaharaan (PKP)  Guna pesanan Kerajaan sebagai dokumen pembelian

 Contoh item Kontrak Pusat:

- Kabinet, rak, gerobok besiPerabut pejabat (kerusi berasaskan kain)

- Wardrobe - Alatulis - Sampul surat

- Bas 40 penumpang berhawa dingin - Alatganti jentera berat

c) Penggunaan Kontrak Jabatan LAIN (AP 178.2)

 mendapat persetujuan daripada agensi yang mengikat kontrak dan kelulusan

 Perbendaharaan

 kontrak masih berkuatkuasa

 tiada tambahan kuantiti kepada kontrak asal

 tertakluk kepada baki kuantiti yang masih ada dan belum digunakan oleh agensi utama

d) Pembelian Terus (SPP Bil. 8 Tahun 2004)

Bekalan/Perkhidmatan

- Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana-mana pembekal/syarikat

- Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pembelian Terus bagi PTJ yang telah e-Perolehan enabled - Proses pembelian bagi RM10,000 – RM50,000 hendaklah

melalui sistem ePerolehan

- Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di negeri berkenaan yang telah eP enabled

- Sekiranya tiada, Pegawai Pelulus boleh membenarkan pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat

Bumiputera yang eP enabled dari negeri-negeri berdekatan

- Bagi perolehan tertentu yang tiada pembekal/syarikat eP enabled pembelian daripada pembekal/syarikat

Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Proses pembelian secara offline.

Pembelian Terus bagi PTJ yang belum e-Perolehan enabled - Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan di dalam negeri berkenaan - Sekiranya tiada, Ketua PTJ/Pemegang Waran diberi kuasa

meluluskan pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera dari negeri-negeri berdekatan

- Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah ditandatangani oleh Ketua PTJ/Pemegang Waran atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa secara bertulis

Kerja

- Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan

- Gunakan pesanan Kerajaan atau inden sebagai dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan

e) Requisition (AP 180 dan SPP Bil.2 Tahun 2001)

- kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal

- nilai kerja melebihi RM20,000 hingga RM100,000

- menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan - pelawaan kontraktor kelas F di bawah kepala dan sub kepala

berkaitan secara undian atau pusingan atau sebut harga - Gunakan Inden Kerajaan

f) Perolehan Melalui Sebut Harga (Ap 170.1 Dan Spp Bil. 2 Tahun 2001)

 Bekalan/Perkhidmatan

- Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun

i. Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa di kalangan pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

ii. Melebihi RM100,000 hingga RM200,000 terbuka

kepada pembekal Bumiputera/Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

 Kerja

- Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang tidak menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan

Pelawaan akan dibuat kepada sekurang-kurangnya kepada 5 pembekal/syarikat

 Dokumen khas digunakan  Diproses seperti tender

g) Perolehan Melalui Tender (AP 171.1, dan SPP Bil. 5 Tahun 2007)

 Bekalan/Perkhidmatan/Kerja

- Melebihi RM200,000 setahun  Iklan

- Tender tempatan : min. 1 akhbar berbahasa Melayu - Tender antarabangsa : min. 1 akhbar berbahasa Melayu

dan 1 akhbar berbahasa Inggeris  Tempoh Iklan

- Tender tempatan : min 21 hari - Tender antarabangsa : min. 56 hari

 Diterima dalam sampul surat berlakri  Peti tender yang berkunci disediakan

 Dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender  Dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Tender

 Ditimbang dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan  Surat Setuju terima tender

h) Perolehan Darurat (Ap 173.2)

 Tidak melebihi keperluan semasa  Prosidur biasa perolehan dikecualikan

 Kemukakan laporan terperinci kepada Pegawai

 Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perolehan untuk dihantar kepada Perbendaharaan bagi tujuan penyiasatan dan audit

i) Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong (Spp Bil. 4 Tahun 2004)

Kriteria bagi menentukan projek secara gotong royong:

 Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak RM100,000  Tidak memerlukan kepakaran khusus seperti mekanikal dan

elektrikal

 Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) - Jawatankuasa Kemajuan Mukim

- Badan/Pertubuhan/Persatuan atau Badan-Bukan Kerajaan (NGO yang melibatkan masyarakat setempat

 Bebas daripada semua halangan seperti pemilikan  Tapak projek dan sebagainya

 Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak  Kemasyarakatan

 Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja  Berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum  3 bulan

j) Perolehan Melalui Jabatan Teknik (Spp Bil. 3 Tahun 2006 Pindaan Kepada Ap 182)

 Semua Jabatan bukan teknik hendaklah merujuk kepada jabatan teknik bagi perolehan kerja bernilai RM5 juta ke atas. Semua projek kerja yang bernilai tidak melebihi RM5 juta boleh

dilaksanakan sendiri oleh Agensi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Teknik.

 Sekiranya jabatan teknik tidak berkemampuan, perolehan melalui perkhidmatan perunding hendaklah dilaksanakan

 Sesalinan ‘as built drawing’ hendaklah dikemukakan kepada jabatan teknik

 Kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau pengubahsuaian - bangunan Kerajaan Persekutuan: kelulusan Bahagian  Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri

k) Perolehan Perkhidmatan Perunding (Spp Bil. 8 Tahun 2006)

 Rujuk projek yang bernilai melebihi RM5 juta kepada Jabatan Teknik terlebih dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, agensi boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuat kuasa

 Hendaklah mendapat kelulusan dari Perbendaharaan atau

Lembaga Perolehan Agensi ‘A’ mengikut mana yang berkenaan  Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah

diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan Agensi‘A’ mengikut mana yang berkenaan

 Perunding dilantik hendaklah menguruskan perolehanbagi pihak Jabatan berkenaan mengikut tatacaraperolehan Kerajaan yang berkuatkuasa

 Laporan prestasi perunding kendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Kesemua perkara mengenai perolehan yang saya nyatakan ini sesetengahnya  tidak berkaitan secara langsung dengan anda sebagai vendor atau kontraktor.  Namun saya masukan juga di dalam bab ini kerana ia memberikan gambaran  dari perspektif ‘orang dalam’ bagaimana sesuatu perolehan itu dilakukan.  Dengan ini ia akan membantu anda untuk merancang membida kerja dan  pembekalan dari kerajaan serta memberi pengetahuan serba sedikit tentang  prosedur yang perlu diambil.     Ada banyak lagi prosedur dan perkara teknikal berkenaan perkara perolehan  ini namun ianya akan anda pelajari secara natural dan hands­on semasa anda  berurusniaga dengan pihak kerajaan kelak. Jangan khuatir. Berita baiknya  bahagian paling tak menarik di dalam ebook ini sudah pun anda lepasi.  Selepas ini yang menarik‐menarik sahaja untuk dibaca! 

Ringkasan Bahagian 1

 

Dalam dokumen Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012 (Halaman 38-53)

Dokumen terkait