• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012"

Copied!
232
0
0

Teks penuh

(1)

Rahsia

Bisnes

Kerajaan

Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam

Masa 18 bulan Dari Projek

Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary

i-Zat Network © 2012

www.rahsiabisneskerajaan.com

(2)

Diterbitkan oleh i-Zat Network © i-Zat Network 2012

Penulis: Haryzat Zulzahary

Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar

(3)

ii 

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

Haryzat Zulzahary, 2010

Rahsia Bisnes Kerajaan: Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary. ISBN

Edisi Pertama Jun 2012

Rahsia Bisnes Kerajaan: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi

menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin

diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang

terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi

daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman

penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu semasa.

   

(4)

Isi Kandungan:

 

Kandungan Halaman

Bahagian 1

Bab 1: Kesusahan & En.K 1

Bab 2: Pengenalan Bisnes Kerajaan 5

Bab 3: Pilihan Yang Berhasil 10

Bab 4: Perbezaan Bisnes Kerajaan Dengan 14

Bisnes Dagangan Lain

Bab 5: Model & Konsep Bisnes Kerajaan 15

Bab 6: Memahami Perolehan Kerajaan 18

Bahagian 2

Bab 7: Bagaimana Saya Mencipta 14 Jaringan 34

Perniagaan Dari Kosong

Bab 8: En.Z Effect dan Kemenangan Pertama! 38

Bahagian 3

Bab 9: Enterprise Kecil, Harapan Besar 45

Bab 10: Merancang Bisnes Kerajaan 38

Bab 11: Ianya Bermula… 48

Bab 12: Bagaimana Saya Memulakan Syarikat & 49

Bisnes Kerajaan Saya

Bab 13: Tip Dari Saya Untuk Anda Memulakan 61

Syarikat & Bisnes Kerajaan

(5)

Bab 14: Langkah Demi Langkah Proses Pendaftaran 66

Bisnes Kerajaan

Bahagian 4

Bab 15: Dokumen-Dokumen Yang Digunakan 78

Bab 16: Proposal Kunci Peluang Bisnes Kerajaan 83

Seterusnya

Bahagian 5

Bab 17: T-Shirt RM52 dan Komputer RM1,999 87

Bahagian 6

Bab 18: 4 Jenis Perolehan Yang Popular 94

Bab 19: Memilih Padang Untuk ‘Bermain’ 98

Bahagian 7

Bab 20: Mengetahui Lubuk 103

Bab 21: Projek Yang Boleh Memberikan Passive 104

Income

Bahagian 8

Bab 22: Business Card Yang Berkesan! 106

Bab 23: Pejabat Saya Di Sri Hartamas, Mont Kiara 110

dan KLCC!

Bab 24: Bagaimana Sebenar-Benarnya Memasuki 114

Pasaran Kerajaa

(6)

Bab 25: Jurujual Dilarang Masuk! 106

Bahagian 9

Bab 26: Memenangi Letter Offer Pertama Cara 122

En.Z

Bab 27: Letter Offer Pertama Kunci Pembuka 124

Hayat Perniagaan Dengan Sesebuah

Agensi

Bab 28: Sourcing: Mencari Supplier Terbaik 126

Bab 29: ‘Mantra’ Mendapatkan Harga Murah Dari 134

Supplier

Bab 30: Lebih Untung Dengan Menjadi 136

Distributer Rasmi

Bab 31: Untung Dari Tembok Cina 139

Bab 32: Mengetahui Musim Kerajaan Berbelanja 141

Bab 33: Waktu Sesuai Menghantar Proposal 143

Bahagian 10

Bab 34: Idea Kewangan & Modal Permulaan Untuk 145

Kos

Bab 35: Bagaimana Saya Membekalkan Plotter 148

Bernilai RM31, 000 Tanpa Mengeluar Duit

Dari Poket Sendiri

Bab 36: Pakatan Menyempurnakan Pembekalan 151

RM65, 000

Bab 37: Factoring Membantu Aliran Tunai 153

Bisnes Kerajaan

(7)

Bahagian 11

Bab 38: Bagaimana Saya Membuat RM2, 800 160

Dalam Masa 15 Minit

Bab 39: RM3, 500 Dalam Masa 4 Hari Sambil Tidur 161

Dirumah

Bab 40: Perniagaan Katering Yang Menguntungkan! 163

Bab 41: Cadangan 10 Kepala Bidang Menguntungkan 164

Untuk Syarikat Baru dan Kecil

Bahagian 12

Bab 42: Bagaimana Saya Memperkenalkan 169

Cabang Bisnes Lain

Bab 43: Memanjangkan Kesinambungan Bisnes 170

Dengan Agensi

Bahagian 13

Bab 44: Berkawan Dengan Musuh – 172

Networking!!!

Bab 45: Untuk Seketika Ku Hilang Kawalan 173

Diri…

Bab 46: The Wingman (Orang Kanan) 175

Bab 47: Menumpukan 2-3 Agensi 177

Bab 48: Di Sebalik Agensi Adalah Manusia 178

Bab 49: Prinsip Lebih Memberi Lebih Merasa 179

Bab 50: Hati-Hati Dengan Perangkap 180

Bab 51: Broker Yang Membuang Masa 181

(8)

Bab 53: Mencipta Kekayaan Dari Bisnes 183

Kerajaan

Bab 54: 7 Sikap Penting Untuk Kejayaan Bisnes 185

Kerajaan

(9)

iii 

Prakata

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Al-hamdulillah dan terima kasih kerana akhirnya anda mendapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini. Di sebalik nama penulis ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini terdapat beberapa insan yang turut sama menabur ilmu dan menceritakan pengalaman untuk dikongsikan kepada anda. InsyaAllah sepanjang kandungan ebook ini saya dan team RahsiaBisnesKerajaan.com bakal dedahkan dengan pengalaman sebenar bagaimana dari modal yang kecil boleh menjana jualan ratusan ribu ringgit dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes dengan kerajaan.

Kami sebenarnya tiada rahsia yang hendak dibocorkan kepada anda. Hanya

pengalaman-pengalaman sebenar saya dan sahabat-sahabat kontraktor yang sama berniaga serta trick bisnes yang diamalkan oleh jutawan-jutawan senyap kontraktor-kontraktor kerajaan untuk membina empayar perniagaan. Ini termasuklah

berpendapatan lumayan, berurusniaga dengan jujur dan akhir sekali boleh diwariskan kepada generasi kita akan datang kelak. InsyaAllah.

Kini saya di usia 28 tahun menunaikan giliran saya pula sebagaimana mentor terdahulu menceritakan bagaimana untuk bermula, bagaimana untuk memenangi kerja dari kerajaan dan menguruskanya, mengetahui selok-belok bisnes ini dan langkah-langkah terbaik yang perlu diambil dan seterusnya insyaAllah dengan izinNya boleh memberikan anda rezeki yang lumayan seterusnya menjadi memudahkan laluan hidup. Saya

berharap anda seronok membaca dan paling penting membuat tindakan sekaligus berjaya!

Yang benar , Haryzat Zulzahary

(10)

iv 

Rahsia Bisnes Kerajaan!

 

Salam. Seperti yang anda tahu nama saya Haryzat. Saya adalah seorang  penulis buku, usahawan separuh masa yang mencuba pelbagai bidang  perniagaan, pelajar separuh masa dan akhir sekali seorang pekerja makan  gaji 9‐5 yang bergaji basic kurang dari RM3,000 sebulan berasal dari  kampung. Seorang yang ‘miskin bandar’.     Tetapi…    Saya ada sebuah perniagaan kecil‐kecilan yang memberikan saya pendapat  tambahan dari serendah RM1,200 hinggalah RM96,450 sebulan. Dan  perniagaan saya ini mempunyai pekerja yang saya upah untuk membantu  saya mengendalikanya. Dan perniagaan saya beralamat di tempat yang elit  iaitu Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Dan hasil dari perniagaan ini saya telah  mempunyai property dan aset yang bernilai beratus ribu ringgit yang mana  adalah mustahil untuk dibeli oleh seorang yang bergaji kurang RM3,000.  Manakala gaji kerja 9‐5 pula saya mampu membeli sebuah kereta jenama  kebanggaan rakyat Malaysia – Proton Gen2 1.6 manual. Kereta anda lagi  hebat…    Saya tak berbohong mengenainya.     Bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai ijazah mempunyai   pendapatan sampingan bulanan yang kadangkala bersamaan hampir empat  kali ganda dari jumlah gaji kerja 9‐5 saya untuk setahun.  Sekali lagi saya  tak berbohong mengenainya. Tetapi semasa saya menulis ebook ini saya  mungkin sudah berhenti kerja atau pun masih lagi terus bekerja makan gaji  9‐5 sama seperti kebanyakan orang diluar sana.  

(11)

Jika difikirkan ianya seperti kelakar bekerja pagi petang untuk income yang  tak seberapa jika nak dibandingkan dengan pendapatan perniagaan yang   saya ada.  

 

Dua sebab yang nyata adalah saya masih belum mendapat green light dari  keluarga kerana lebih gembira jika saya bekerja makan gaji. Bagi saya restu  keluarga penting. Sebab kedua adalah kerja hakiki saya juga tidak lah begitu  berat dan tidak memenatkan. Jadi saya memilih untuk melakukan kedua‐ duanya kerja dan perniagaan ini serentak. 

 

Tetapi apakah sebenarnya perniagaan part time yang saya jalankan?     Lebih baik saya berhenti buat anda cemas kerana saya pasti anda pun dah  boleh agak apakah perniagaan yang saya lakukan. Ya, benar saya  melakukan perniagaan membekalkan produk dan perkhidmatan kepada  pihak kerajaan. Pelbagai jenis produk dan pelbagai jenis perkhidmatan.  Untuk inspirasi anda sahaja dan bukan untuk riak, perniagaan ini telah  memberikan saya pendapatan dengan jualan terkumpul melebihi RM0.5  juta untuk tempoh kurang dua tahun. Saya berharap anda boleh melakukan  lebih baik lagi selepas habis membaca ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini.    Sebelum anda menyelami ebook ini lebih dalam lagi izinkan saya membuat  pengakuan awal:   Saya bukanlah anak orang kaya yang senang‐senang boleh mewarisi  kekayaan dan empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit daripada  bapa mereka. Sebaliknya saya adalah anak yatim yang kematian bapa  sejak berumur tujuh tahun. Emak seorang ibu tunggal yang bekerja  sebagai tukang cuci di sebuah IPTA. Saya amat berterima kasih  kepada ibu saya walaupun dalam keadaan serba kekurang dan secara  berseorangan emak masih mampu membesarkan saya dengan sebaik  mungkin dan memberi pendidikan terbaik buat saya samada dari segi  peluang akademik dan kehidupan.  

(12)

vi  Walaupun pada suatu masa saya terpaksa menangguhkan dulu hajat  saya untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan bekerja bagi  memberi keseimbangan perbelanjaan keluarga untuk adik‐adik  melanjutkan pelajaran.     Saya tidak mempunyai modal yang besar semasa saya bermula.  Saya  bermula dengan sedikit saki‐baki simpanan dan meminjam wang ASB  ibu saya yang beliau simpan hampir berpuluh tahun.     Saya tidak mempunyai rakan perniagaan yang kaya untuk  menyumbang modal di dalam perniagaan pembekalan saya ini. Malah  saya bermula secara perniagaan persendirian sahaja dan tiada 

bantuan MARA or what so ever!   

 Saya tidak mengenali mana‐mana Datuk atau Datin apatah lagi Tan  Sri dan Menteri yang boleh dijadikan cable sebagaimana banyak  dimiliki oleh orang‐orang lain. Malah kawan kerja PTD pun tiada!     Saya tidak mengamalkan tumbuk rusuk, duit kopi, salam cakok atau  apa jua yang seangkatan denganya bagi membolehkan saya  memperolehi kerja pembekalan dari pihak kerajaan. Dalam hal ini  yang dimaksudkan adalah rasuah.      Saya juga bukanlah seorang lulusan jurusan pengajian perniagaan  ataupun MBA dari mana‐mana Universiti. Malah saya adalah seorang  yang lulusan kejuruteraan elektrik tetapi membuat kerja teknologi  maklumat semasa kerjanya.     Saya juga tidak mempunyai pakcik‐pakcik atau keluarga yang  mempunyai pangkat besar dalam pentadbiran kerajaan yang mana  boleh memberikan kelebihan dan peluang kepada saya untuk menang  kerja pembekalan.        

(13)

vii 

 Akhir sekali saya bermula dengan perniagaan pembekalan kepada  kerajaan ini dalam keadaan financially broke atau kata lain hampir  bankrup dek kerana kegagalan satu perniagaan dan hutang pinjaman  peribadi yang mencecah lima angka!      Jadi anda boleh lihat dari latar belakang dan keadaan diri saya ini, saya  adalah orang biasa dan sama seperti orang kebanyakan di luar sana yang  tiada cable orang‐orang besar. Seorang individu yang mana terpaksa  membahagikan masa antara kerja, belajar dan perniagaan. Seorang yang  tidak mempunyai dana atau modal yang besar untuk berniaga. Dan akhir  sekali seorang yang terpaksa bersusah payah untuk hidup senang.     Kesimpulanya di sini jika anda adalah sama seperti saya maka adalah tidak  mustahil anda juga boleh memiliki sebuah perniagaan pembekalan kepada  kerajaan yang boleh memberikan pendapatan tambahan dan lumayan  kepada anda. Apatah lagi jika anda lebih hebat dan mempunyai pelbagai  kelebihan berbanding saya. Sure anda lebih mudah untuk sukses! 

 

Serba sedikit achievement saya dari perniagaan pembekalan kerajaan ini  sehingga ebook ini ditulis adalah:     Saya berjaya memperolehi rekod jualan terkumpul melebihi 0.5 juta  dalam masa kurang dua tahun. Sebenarnya ia lebih lagi kerana saya  sudah berniaga lebih dari tiga tahun.     Gaji bulanan tetap saya ambil dari perniagaan ini adalah RM7, 000  sebulan. Selepas ditolak modal, cukai, zakat dan duit modal syarikat.  Namun ada juga kadang kala tiada gaji.       

(14)

viii   Untuk rekod dari Jun 2011 hingga Julai 2012 saya tidak pernah  terlepas menerima kontrak pembekalan daripada kerajaan setiap  bulan walaupun kadangkala ianya bernilai serendah RM2,000. Dan  ianya dari Agensi dan Kementerian yang berlainan.     Pengalaman terbaik bagaimana satu perkhidmatan yang saya  tawarkan kepada pihak kerajaan memberikan saya pendapatan  sebanyak RM49,000 dengan hanya saya bermodalkan RM10 untuk  tiga keping DVD, RM5 untuk kos printing dan RM60 duit millage.  Modal yang lain adalah buah fikiran, tenaga dan masa which is free 

from money cost.     Rekod jualan bulanan paling tinggi tidak pernah mencecah 6 angka  tetapi hanya RM3, 450 kurang untuk melepasinya. Ya, RM96, 450  sahaja paling tinggi pernah dicatatkan.      Saya masih belum mencapai status jutawan tetapi saya berharap  dengan izin Tuhan ianya boleh tercapai dalam beberapa tahun lagi.      Dengan pendapatan perniagaan pembekalan kerajaan saya ini saya  boleh melihat‐lihat, booking rumah dan property yang bertanda harga  RM500, 000 keatas ketika ini. Saya percaya dengan gaji kerja 9‐5 saya  sampai pencen pun saya tak akan dapat peluang sebegini serta 

menerima layanan terbaik jurujual projek‐projek tersebut. Malah nak  masuk sales gallery pun mungkin tidak sama sekali. 

   Bayaran termahal yang pernah saya terima adalah sebanyak          RM2, 800 untuk 15 minit perkhidmatan pakar yang saya berikan. Nak  sama dengan gaji kerja 9‐5 saya untuk 30 hari.      Saya kini mampu untuk memberi pula yang mana pada semasa saya  bersekolah dahulu saya adalah si tangan yang menadah.     Dan banyak lagi termasuklah kereta Gen2 saya yang canggih itu kini  bayaran bulananya dibayar dari pendapatan perniagaan pembekalan  kerajaan ini. Lepas azab! 

(15)

ix  Pun begitu disebalik kejayaan‐kejayaan kecil ini terdapat juga kisah‐kisah  kegagalan, maruah tercabar dan pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi.  Realiti kehidupan bukan lah hanya berada di atas sahaja.     Dan di atas sebab‐sebab ini saya amat teruja dan selalu teringin untuk  menulis satu perkongsian yang mana darinya pembaca boleh mengetahui:     Bagaimana untuk bermula.     Bagaimana memilih bidang pembekalan manakah yang  menguntungkan.     Membina profil syarikat yang terbaik sekaligus meyakinkan badan  kerajaan untuk melantik kita sebagai pembekal mereka.     Mengetahui trik termantap dan teknik –teknik yang biasa digunakan  oleh jutawan‐jutawan senyap dari kalangan kontraktor.     Bagaimana untuk berniaga atau membeli barang untuk pembekalan  kepada kerajaan dengan modal yang rendah atau TANPA MODAL  langsung!     Konsisten menerima tawaran pembekalan.     Cara mencipta kekayaan darinya dan bermacam perkara yang baik  yang boleh diperolehi darinya.           

(16)

x  Namun yang apa yang paling penting pada saya adalah saya boleh  berpeluang menambah nilai kepada kehidupan orang lain dan anda yang  sedang membaca ebook ini khususnya. Secara keseluruhanya ebook ini  sesuai untuk anda jika anda adalah:   Seorang yang ingin memulakan perniagaan yang rendah risiko dan  rendah modal.     Mencari peluang pendapatan tambahan.     Mahu mengasah bakat  keusahawanan.     Mendapat bayaran lumayan dari kepakaran anda.     Keluar dari beban hutang.     Memang seorang kontraktor tetapi jarang mendapat peluang untuk  kerja pembekalan kepada kerajaan.   

 Anda mahu memulakan perniagaan pembekalan dan trading anda  sendiri dan mahu menembusi pasaran korporat dan kerajaan.     Atau apa sahaja alasan anda yang membuatkan anda tergerak hati  dan sanggup melabur sejumlah wang ringgit dan komitmen dan pada  ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini.    Perniagaan pembekalan kepada kerajaan ini walaupun secara halusnya  tidak 100% bersifat keusahawanan namun ianya masih satu pilihan yang  boleh diusahakan memandangkan ianya kurang risiko dan berpotensi  memberi hasil.  Justeru saya berharap anda seronok membaca ebook ini.  Seperti mana saya teruja menulisnya. Ebook  Rahsia Bisnes Kerajaan ini  terhasil daripada pengalaman saya sendiri, detik pahit‐manis dan duka‐ gembira, perkongsian ilmu dari mentor yang lama terlibat dalam bidang ini  dan rasa tanggungjawab saya untuk setidak‐tidaknya menunjukan satu lagi  peluang menjana pendapatan. Akhir kata selamat menyedut ilmunya! 

(17)

xi 

Mengapa Kita Perlu

Cuba Bisnes Kerajaan

 

  Walaupun ebook ini lebih kepada perihal berbisnes dengan kerajaan  namun kita jangan lupa bahawa syarikat dan perniagaan yang kita bakal  tubuhkan adalah perniagaan yang boleh menawarkan produk dan  perkhidmatan kepada pelanggan dari sektor swasta, IKS dan pelanggan  perseorangan. Jangan sesekali menafikan keupayaan perniagaan kita untuk  bersaing secara sihat dengan pasaran yang terbuka.     Cuma apabila kita memperoleh tawaran kerja pembekalan ataupun kontrak  dari kerajaan ianya merupakan satu bonus kepada perniagaan kita. Ini  kerana pihak kerajaan kebiasaanya membuat pembelian dalam kuantiti dan  nilai yang besar. Berbanding dengan pelanggan dari sektor swasta dan  pelanggan perseorangan.     Saya masih ingat bagaimana seorang rakan saya En. A yang membuat  perniagaan membina laman web berkata kepada saya bahawa beliau amat  tertekan dengan karenah‐karenah klien beliau. Tempahan yang  diterimanya adakalanya mengambil masa sehingga sebulan untuk  disiapkan. Hasil upah yang diperolehi pula sekitar RM1,200 hingga  RM3,000 bagi satu‐satu tempahan. Dalam masa sebulan beliau boleh  menyiapkan dua ke tiga tempahan paling banyak. Jumlah pendapatan kasar  bulanan beliau lebih kurang RM 2,400 hingga RM6,000. Al‐hamdulillah.  InsyaAllah saya berharap rezeki rakan saya itu halal dan diberkati.          

(18)

xii 

Saya, turut juga menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web. Tetapi  lebih saya promosikan kepada pihak kerajaan. Saya menggunakan perisian  dan tool yang sama dengan rakan saya En.A tadi. Kebiasaanya saya hanya  menerima satu tempahan untuk setiap dua ke tiga bulan. Oleh kerana itu  saya hanya melayan satu klien dalam jangkamasa tersebut.     Tetapi walaupun saya hanya mempunyai satu tempahan dari badan  kerajaan untuk tempoh tiga bulan itu saya berjaya memperoleh pendapatan  sekitar RM25,000 hingga RM40,000 untuk tempoh tiga bulan tersebut.  Berbanding dengan rakan saya En.A yang berdepan kerenah para klienya   yang bermacam‐macam, saya pula sebaliknya dengan beban tugas yang  mungkin sama dengan En.A  lebih tenang dan fokus kerana kurang melayan  karenah klien oleh kerana klien saya hanya seorang sahaja. Malah  pendapatan saya juga 220% lebih daripada apa yang diperolehi oleh En.A!   

Mesej yang cuba saya sampaikan disini bukanlah saya lebih smart atau  lebih untung dari En.A  tetapi peluang untuk mendapatkan keuntungan  yang lebih andai kita berjaya pasarkan produk dan perkhidmatan kita  kepada pihak kerajaan. Namun saya tak menafikan keuntungan besar juga  tetap boleh dicapai dengan berniaga di pasaran terbuka.    Andai satu produk X di pasaran terbuka dijual dengan harga RM10 dan  harga kos modal pula adalah RM7. Misal kata anda adalah penjual produk X  tersebut dan berjaya menjualnya di pasaran terbuka pada harga RM10  maka anda telah mendapat keuntungan 42%. Tetapi jika menjual kepada  pihak kerajaan pada kebiasaanya kita boleh markup 10% sehingga 30%  lebih dari harga jualan pasaran. Dalam kes produk X ini boleh dijual  sehingga RM13 atau 85% keuntungan. Ini menunjukan kita boleh  menggandakan keuntungan andai kata kita berjaya terpilih untuk menjual  kepada pihak kerajaan. Kebiasaanya harga jualan kepada pihak kerajaan  boleh sekitar 10% hingga 30% daripada harga pasaran semasa. Namun  masih bergantung kepada saingan daripada syarikat lain. 

(19)

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan”  

Surah Al­Insyirah, ayat 5

 

(20)

Bahagian 1

Pengenalan

(21)

Bab 1: Kesusahan & En.K

  Ianya pada tahun 2009. Saya pada ketika itu berada dalam keadaan yang  tertekan kerana kegagalan pelbagai perniagaan yang saya jalankan. Saya  masih ingat di mana ketika itu saya telah kerugian hampir RM100, 000 ringgit  yang mana 2/3 darinya adalah duit yang saya pinjam dari bank. Saya tahu  anda mungkin berkata dalam hati, “Oh, bodohnya!” dan saya juga merasakan 

begitu. Andai masa dapat diputarkan secara real sudah tentu saya 

melakukanya untuk membetulkan kesilapan kurang pintar ini.    Bagai masalah yang sengaja ditempah majlis perkahwinan saya hanya akan  berlangsung beberapa bulan sahaja lagi. Waktu itu adalah bulan November  2009 dan majlis saya pula pada Mei 2010. Sebagai seorang anak sulung yang  berasal dari keluarga susah dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang  bekerja sebagai tukang cuci keadaan pada waktu itu memang menekankan.  Peluang untuk mendapatkan dana bantuan tajaan daripada tabung Pa­Ma – 

kata lain yang merujuk kepada duit ehsan ibu­bapa untuk majlis perkahwinan  memang tidak wujud langsung.   

 

Saya masih ingat duit yang tinggal di akaun simpanan saya pada waktu itu  dengan adalah sebanyak RM3, 800 sahaja. Angka yang saya masih ingat  sehingga kini kerana terlalu merenungnya. Wang hantaran yang diminta 

keluarga isteri sahaja sudah RM8, 888 – dan saya juga terperangkap dengan 

trend wang hantaran nombor cantik ini. Saya tiada idea di mana mahu mencari  wang untuk bajet perbelanjaan kahwin, makan kenduri dan macam‐macam  lagi. Sebagai penyelesaian fikiran saya mula cuba mengiyakan pada pinjaman  peribadi. Sekali lagi? 

(22)

Namun berkat Allah S.W.T kurniakan sedikit sifat keusahawan maka saya  biarkan otak berputar mencari idea perniagaan baru yang mampu 

memberikan pulangan dan keuntungan besar. Jika boleh dengan segera. Dari  segi modal biar yang rendah serta kurang risiko. Walaupun saya pernah 

menjual surat khabar, berniaga burger, menjalankan perniagaan Internet dan 

beberapa aktiviti perniagaan yang pernah dilakukan, saya tahu kesemua  elemen yang saya mahukan seperti itu adalah satu model perniagaan yang  mungkin too good to be true! 

  Sehingga…    Pada suatu petang saya menghabiskan waktu berGoogle mencari idea  perniagaan atau apa pun idea buat duit yang ada. Berjam menghabiskan masa  tiada satu pun yang menarik perhatian saya. Kemudian jari mula menaip  www.Facebook.com di ruang URL tetingkap pelayar. Mula membaca status‐ status rakan di Facebook. Anak mata saya tertumpu pada satu status sahabat  ini. Statusnya berbunyi begini, “Siapa nak kerja. Gaji aku bagi dalam 3k – 

10k…” Status Facebook tersebut milik En.K seorang sahabat dari zaman  belajar dahulu.    Pada waktu itu saya terpesona dan tertanya‐tanya. Bukan perkara gaji yang  paling membuatkan saya tertarik membacanya walaupun pada hakikatnya  saya memang sedang memerlukan wang tersebut tetapi apakah maksud  status kawan saya ini untuk memberikan gaji sebanyak itu sedangkan beliau 

pada pengetahuan saya hanyalah seorang technician komputer yang bekerja 

di sebuah IPTA?  ­ semasa saya menulis ebook ini beliau sudah tiga tahun 

berhenti dari kerjanya itu. 

   

(23)

3  Saya memandang rendah status Facebook En.K itu.  Tetapi saya juga ingin  tahu apakah perkerjaan sebenar yang beliau tawarkan dengan pendapatan  sebegitu lumayan.  Lantas saya membalas komen beliau. Setelah berbalas  komen di Facebook, malam itu kami rancang untuk bertemu membincangkan  tentang perkerjaan tersebut. Untuk makluman anda sehingga pada malam  tersebut saya sebenarnya sudah hampir enam tahun tidak bertemu dan  bertegur sapa dengannya. Hanya melihat akaun Facebooknya dari jauh sahaja.  Sekarang anda tahu betapa teruknya saya dalam bersahabat.    Cerita panjang dipendekan. Malam tersebut saya bertemu dengan En.K . Kami  sepatutnya bertemu di sebuah restoran seperti yang dijanjikan. Tetapi En.K  sesat dan lewat sampai. Akhirnya kami tak semena‐mena bertemu di stesen  LRT Abdullah Hukum. Kami bersembang riang seperti sepasang sahabat yang  lama tak bersua. Sedang hebat bercerita tentang peluang pekerjaan tersebut  anak mata saya melirik pada dokumen‐dokumen kuning yang tersusun kemas  di dalam beg sandang beliau.    

Saya menebalkan muka untuk bertanya beliau, “K , apa benda kertas kuning­

kuning tu?”. “Oh ini LO Government. Aku buat bisnes supply­supply barang ke 

kerajaan” jawab En.K ringkas. Hati saya menyentak‐nyentak ingin tahu lebih  lanjut tentangnya. Setahu saya perniagaan yang melibatkan projek‐projek  kerajaan ini biasanya tender juta‐juta macam dalam drama melayu arahan  Datuk' Yusof Haslam dan Rosyam Nor! Sekarang saya terbayangkan saya  memandu sebuah kereta mewah kerana dalam drama melayu usahawan yang  terlibat dengan projek kerajaan selalu digambarkan begitu.         

(24)

4  Saya tak puas dengan jawapan ringkas En.K. Saya merasakan bahawa saya  mesti mengetahui dengan lebih lanjut lagi dari beliau. Ia mula menjentik  minat saya. Seperti yang anda ingat saya sedang mencari idea perniagaan buat  mencari pendapatan mengumpul wang untuk majlis perkahwinan saya. Jadi  perniagaan pembekalan kerajaan ini bunyi macam menarik. Jika En.K boleh  lakukan mengapa saya tidak?     Dari situ saya terus mengasak persoalan dan mengorek segala jawapan  mahupun rahsia beliau berkenaan aktiviti perniagaan yang beliau jalankan.  Tiga jam pada malam itu dipenuhi dengan pelbagai pembuka mata berkenaan  ilmu bisnes dengan kerajaan. Sambil bersila di bahu jalan sebelah stesen LRT  Abdulah Hukum, Kuala Lumpur saya terus menyedut ilmu peringkat pertama  bisnes dengan kerajaan ini. Malam itu berahir dengan saya bersyukur kerana 

beliau tidak lokek berkongsi ilmu bisnes ini memandangkan saya yang hampir 

enam tahun menyombongkan diri denganya. Moral of the story sombong tidak 

membawa kita kemana‐mana.    Segala pengalaman beliau ceritakan dari pendaftaran syarikat, melakukan  promosi hinggalah kepada memilih pembekalan yang lebih untung. Malam itu  sahaja tidak cukup. Saya begitu teruja. Mungkin En.K tahu akan keterujaan  saya lantas mengajak saya datang ke pejabatnya di Batu Caves untuk cerita  panjang lagi. Sekali lagi saya terkesima kerana beliau ada pejabat sendiri!    Saya pergi ke pejabat beliau beberapa hari selepas itu. Pejabatnya tak berapa  besar. Anggaran dalam 700 kaki persegi sahaja dengan siap tiga ruang  pejabat. En.K mempunyai seorang kerani yang menguruskan segala urusan  syarikat perniagaan pembekalan beliau.  Kami bercerita lama tentang  perniagaan pembekalan kepada kerajaan atau bisnes kerajaan ini. Daripada 

perkara asas hingga advance dan lebih banyak perihal untuk bermula. Serba 

sedikit perkara yang dibincangkan adalah seperti yang saya tulis di bab  berikutnya.  

(25)

Bab 2: Pengenalan Bisnes

Kerajaan

 

Berbisnes dengan kerajaan secara mudah bermaksud kita melakukan  urusniaga dengan pihak kerajaan. Pada kebiasaanya adalah membekalkan  produk dan perkhidmatan. Kita sebagai pihak yang menjual adalah digelar 

sebagai vendor, kontraktor atau pembekal.  

  Sebelum kita boleh melakukan urusniaga dengan pihak kerajaan perniagaan  atau syarikat kita perlu terlebih dahulu  berdaftar dengan Suruhanjaya  Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia dan memperolehi  sijil Kewangan yang sah serta diiktiraf dari Kementerian Kewangan Malaysia.  Melalui sijil Kewangan ini akan tercatat kepala bidang yang didaftarkan bagi  syarikat kita. Kepala bidang adalah kod khusus yang mewakili kepada bidang  perniagaan yang boleh anda jalankan kepada pihak kerajaan.    Selain itu langkah pertama anda untuk mula berniaga dengan kerajaan adalah 

anda perlu tahu tentang sistem online ePerolehan kerajaan. Ianya 

diperkenalkan bagi memudahkan urusan jual beli antara peniaga dan  kerajaan. Pihak kerajaan selain kerajaan pusat adalah termasuk badan‐badan  berkanun, agensi serta suruhanjaya.          

(26)

  Fig 1.0: Contoh sijil pendaftaran perniagaan dari SSM 

(27)

  Fig 1.1: Contoh sijil Kementerian Kewangan 

(28)

 

Fig 1.2: Laman web ePerolehan        Perniagaan yang boleh kita jalankan dengan pihak kerajaan amatlah luas. Dari  perniagaan pembekalan barangan alat tulis dan kelengkapan pejabat, bahan  bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik, makanan dan  minuman, ubat‐ubatan dan alatan hospital hingga ke kenderaan dan jentera  berat, perniagaan servis dan perkhidmatan, member latihan, bantuan 

konsultansi, perkhidmatan survey, penyewaan, pembersihan, rakaman video 

dan fotografi, baik pulih barangan, percetakan, dobi, pembinaan penulisan  atau pengangkutan. Tidak kira apa bidang perniagaan anda, peluang untuk  anda berniaga dengan pihak kerajaan mungkin terbuka luas.  

   

(29)

Berikut adalah fakta mengenai jumlah traksaksi pembelian dan urusniaga  kerajaan yang telah dijalankan pada tahun 2011. ** Berdasarkan statistik  ePerolehan 1 Jan 2011 sehingga 30 Julai 2011 

801,608

­TRANSAKSI PEMBELIAN TERUS TELAH DILAKUKAN ORGANISASI DAN    

BADAN KERAJAAN 

108,919

KONTRAK KEMENTERIAN DITAWARKAN KEPADA SYARIKAT DAN 

PERNIAGAAN DI SELURUH MALAYSIA 

2,000

PEMBUKAAN SEBUT HARGA DAN TENDER PEMBEKALAN BARANGAN 

DAN SERVIS DIBUKA SETIAP BULAN 

Daripada statistik ini telah berbilion ringgit dibelanjakan untuk urusan  pembelian oleh kerajaan melalui pembelian terus, sebutharga dan juga  tender‐tender yang dibuka di mana anda pun berpeluang merebutnya!    Dengan peluang perniagaan yang begitu besar ini insyaAllah dengan teknik  pemasaran yang betul, sifat jujur, kesabaran dan kecekapan kita mengemudi  perniagaan dengan kerajaan ini dengan baik mampu memberikan kita wang  besar dengan mudah dan berterusan seterusnya mengembangkan lagi  perniagaan yang kita bangunkan. 

(30)

10 

Bab3: Pilihan Mustahil

Yang Berhasil

  Semasa saya bercadang untuk memulakan perniagaan bagi mengatasi  masalah dan kesempitan kewangan saya dahulu apa yang terlintas di dalam  kepala saya adalah untuk mencari model perniagaan yang boleh memberikan  keuntungan lumayan, kurang risiko, urusniaga yang selamat dan terjamin  serta yang paling penting adalah kos permulaan yang minima.     Seperti  cerita sebelum ini walaupun mustahil tetapi saya telah menemuinya  apabila bertemu dengan En.K. Setelah dianalisis saya dapati model bisnes  kerajaan ini dapat memenuhi kriteria model perniagaan yang saya inginkan  berdasarkan beberapa kelebihan dan kebaikanya.       

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menjalan bisnes kerajaan:

Modal permulaan yang rendah / minima – Untuk kita 

memulakan sebuah syarikat yang ingin menjalankan perniagaan  dengan kerajaan adalah cukup untuk kita menyediakan kos untuk  pendaftaran perniagaan, syarat modal minima dan beberapa  perbelanjaan asas.     

(31)

11 

Secara kasarnya jika kita ada memiliki wang di dalam tangan sekitar  RM3, 500 sudah cukup untuk memulakan bisnes kerajaan kita sendiri.  Ini adalah anggaran minima daripada pengalaman saya bermula 

dahulu. ­ Kos diambil kira andai kesemua urusan pendaftaran dilakukan 

sendiri tanpa mengupah pihak ketiga      Jika anda merasakan modal sebegini adalah besar maka anda perlu  berfikir semula kerana pada ketika ini kita sedang membangunkan  sebuah perniagaan yang sah, yang boleh menerima kontrak bernilai  puluhan ribuan ringgit malah jutaan insyaAllah dari kerajaan dan yang  paling penting sebuah perniagaan yang serius dan benar. Ini bukanlah  seperti perniagaan yang ‘biasa kita dengar’ seperti buat duit dari  rumah atau seumpamanya.      

Tidak perlu menyimpan stok – Untuk model bisnes dengan 

kerajaan adalah menjadi satu kelebihan yang melegakan apabila kita  tak perlu menyimpan stok. Stok hanya kita beli apabila kita sudah  memperolehi tawaran pembelian dari pihak kerajaan seperti Local  Order (LO) dan sebagainya.     

Tidak perlu mengupah ramai perkerja – Andai kita TIDAK 

menjalankan kegiatan perniagaan bagi KEPALA BIDANG KHAS kita 

tidak perlu upah pekerja. Seperti saya sendiri bermula hanya one man 

show company. Cuma mungkin apabila syarikat kita sudah sedikit maju  maka pada waktu itu kita mungkin perlu mengupah pekerja untuk 

kerja‐kerja pengkeranian pejabat, runner dan mungkin cukup itu 

sahaja. Kegiatan syarikat juga memainkan peranan kepada bilangan  pekerja yang perlu kita ambil. Walaubagaimana pun jika baru bermula  perniagaan ini boleh diuruskan dengan sendiri tanpa bantuan pekerja. 

(32)

12 

Boleh bermula dari rumah – Kementerian Kewangan Malaysia 

memberi kebenaran untuk beroperasi dari rumah. Namun bagi  sesetengah kepala bidang khas mewajibkan kita beroperasi dari  pejabat. Juga beberapa syarat tertentu. 

   

Boleh dilakukan secara separuh masa – Jika kita masih belum 

berani untuk terjun di dalam bidang keusahawanan dan bergantung  sepenuhnya kepada pendapatan perniagaan, bisnes kerajaan  memberikan peluang untuk kita untuk melakukan aktiviti perniagaan  secara separuh masa atau pun sambilan. Bisnes kerajaan ini juga tidak  menuntut komitmen masa yang terlalu tinggi. Cukup untuk kita  meluangkan sedikit masa untuk hal‐hal pengurusan, kerja di lokasi dan  pemantauan serta penghantaran dokumen dan pembekalan.  Saya  bermula dengan hanya secara separuh masa.     

Urusan jual beli yang terjamin – Urusniaga di dalam bisnes 

kerajaan boleh dikatakan 98 peratus terjamin dari segi bayaran dan  ketelusan urusniaganya. 2 peratus lagi bergantung kepada keadaan 

pembekalan kita andai ada penolakan (reject) jika tidak sesuai dengan 

spesifikasi. 

Keuntungan antara 10% hingga 30% – Kebiasaannya untuk 

pembekalan kepada pihak kerajaan  peratus untuk kita markup untuk  keuntungan kita adalah sekitar 10 peratus hingga 30 peratus dari  harga pasaran. Terbaik adalah dalam lingkungan 25 peratus hingga 30  peratus. Keadaan ini juga bergantung kepada saingan syarikat 

pembekalan lain. Namun andai kita mampu membekalkan produk atau 

barangan yang sukar diperolehi atau pun yang bukan common maka 

kadar markup biasanya boleh dikenakan dengan lebih tinggi. 

   

Urusniaga boleh dilakukan andai kita tiada modal! – Salah satu 

(33)

13  menggunakan wang atau modal orang lain. Terdapat beberapa cara  yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini. Kesemuanya akan saya  terangkan selepas ini. Ini mungkin banyak membantu anda kelak.       Kurang risiko – Bisnes kerajaan ini memang boleh dikatakan kurang  risiko. Ini kerana kita tidak memerlukan modal yang besar untuk  dipertaruhkan, tidak perlu menyimpan stok dan akhir sekali berurusan  dengan pihak yang boleh dipercayai. Justeru itu model bisnes kerajaan  ini tidak begitu memudaratkan dan memberi kesan terutamanya kesan  kewangan kepada pemilik perniagaan iaitu kita sendiri.      

Bidang perniagaan yang luas – Bisnes kerajaan ini tidak terhad 

kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kita boleh membekalkan  pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan bergantung  kepada permintaan kerajaan sendiri. Cuma perkara yang harus diambil  berat adalah keupayaan perniagaan anda atau syarikat anda  mendaftarkan dengan kepala‐kepala tertentu.   

(34)

14 

Bab 4: Perbezaan Bisnes

Kerajaan Dengan Bisnes

Dagangan Lain

Cara yang paling baik untuk menunjukkan beberapa perbezaan dua model  perniagaan ini adalah dengan jadual perbezaan. 

Berikut adalah jadual perbezaanya:

Perkara Bisnes Kerajaan Perniagaan Trading Biasa

Modal permulaan  Modal yang rendah.  Perlu modal yang besar 

untuk stok, kedai dan  sebagainya.  Risiko  Risiko rendah kerana tidak  memerlukan modal yang besar  dan tidak perlu simpan stok.  Risiko tinggi kerana  andai gagal wang yang  dilaburkan untuk modal  membeli stok akan  hangus.  Stok  Tidak perlu simpan stok. Hanya  beli stok bila ada permintaan.  Perlu simpan stok. 

Pengurusan  Mudah.  Sukar dan mencabar. 

Keuntungan  10% ‐ 30% 

  Bergantung kepada saingan. 

Keselamatan 

urusniaga  Kerajaan pihak yang boleh dipercayai dengan adanya  dokumentasi.  Tidak terjamin. Kadang  kala ditipu oleh  pelanggan yang tidak  membayar dan batalkan  pembelian.    Fig 1.3: Perbezaan bisnes kerajaan dengan perniagaan dagangan lain. 

(35)

15 

Bab 5: Model & Konsep

Bisnes Kerajaan

 

Model bisnes kerajaan ini amat mudah. Kita hanya perlu tahu apa yang pihak  kerajaan ingin beli atau perkhidmatan apa yang mereka ingin dapatkan dan 

kemudian kita sebagai vendor atau kontraktor memberi penyelesaian dengan 

menyediakan produk dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh mereka. Boleh  juga jika kita yang mencadangkan sesuatu produk atau perkhidmatan.    Tidak kiralah samada kita sendiri yang melahirkan produk dan memberikan  perkhidmatan tersebut ataupun kita sekadar sebagai orang tengah yang  tolong beli dan jual semula kepada kerajaan.     Lihat contoh bergambar. Ini adalah contoh urusniaga secara pembelian terus.   

(36)

16             

(37)

17 

   

   

(38)

18 

Bab 6: Memahami

Perolehan Kerajaan

  Untuk bab ini ianya sedikit bosan dan terlalu skema. Terdapat begitu banyak  perkara teknikal dan terma di dalam tajuk ini. Tetapi saya tidak akan  menerangkan dan menghuraikanya kesemuanya untuk anda. Apa yang perlu  anda tahu dan berguna sahaja akan saya sentuh. Malah adakah anda mahu  belajar perkara‐perkara berkenaan Akta Tatacara Kewangan 1957? Dengar  sahaja sudah rasa mengantuk.     Tetapi kita perlu tahu serba sedikit tentang perolehan kerajaan ini supaya kita  faham dan tahu bagaimanakah kategori perolehan dan pembelian yang boleh  dibuat kerajaan. Secara asasnya perolehan kerajaan terdiri daripada prinsip  berikut:  Prinsip-Prinsip Perolehan

 Akauntabiliti awam (public accountability)

 Diuruskan secara telus (transparent)

 Nilai faedah terbaik (best value for money)

 Saingan terbuka (open competition)

(39)

19  Kategori Perolehan Kerajaan

Terdapat tiga kategori perolehan kerajaan. Ianya adalah: 

 Pembekalan – Untuk pembelian barang seperti komputer, meja

dan sebagainya

 Perkhidmatan – Untuk pembayaran perkhidmatan seperti

pembinaan laman web, latihan dan sebagainya

 Kerja – Untuk perolehan kerja-kerja seperti pembinaan bangunan

 

Penggunaan Bahan / Barangan / Perkhidmatan Tempatan (Spp 7/2002)

 Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah

diperolehi secara tempatan

 Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi

Standard Malaysia (MS) atau standard antarabangsa yang Diiktiraf

 Agensi wajib menggunakan

bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam senarai:-

- Bahan binaan tempatan (kerja) - IKRAM QA Services Sdn. Bhd.

(40)

20  Perolehan Barang-Barang Import

 Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu

mendapat kelulusan MITI;

 Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000

bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free On Board (FOB);

 Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan

tempatan;

 Perlindungan insurans melalui KWIBK.

 

Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan (Spp Bil. 4/95)

 Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera:

sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan)

 Sijil dikeluarkan oleh:

- Kementerian Kewangan - bekalan/perkhidmatan

(41)

21 

Keutamaan Pembuat/Pengilang Bumiputera

 Memberi keutamaan kepada syarikat yang bertaraf

pembuat/pengilang Bumiputera

 Sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara

terbuka di kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera

Nilai Perolehan % Keutamaan

sehingga RM10 juta 10%

melebihi RM10 juta – RM100 juta 5%

melebihi RM100 juta 3%

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

Keutamaan Bumiputera Untuk Kontrak Kerja

 Kerja-kerja bernilai kurang RM200,000 dikhaskan kepada

Bumiputera;

 Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM100,000 hingga

RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi di kalangan Bumiputera;

 30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada

(42)

22  Keutamaan Kerja Prime Cost Sum

Keutamaan kepada syarikat Bumiputera bagi kerja Prime Cost Sum / Mekanikal / Elektrikal / Pakar

Nilai Perolehan % Keutamaan

melebihi RM100 ribu – ribu 10%

melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7%

melebihi RM1.5 juta – RM5 juta 5%

melebihi RM5 juta – RM10 juta 3%

melebihi RM10 juta – RM15 juta 2.5%

melebihi RM15 juta Tiada

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

(43)

23 

Kaedah Perolehan / Pembelian Kerajaan

 Panjar Wang Runcit

 Kontrak Pusat

 Pembelian Terus

 Requisition (untuk perolehan kerja)

 Sebut Harga

 Tender

 Perolehan Darurat

 Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong

 Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS)

 Perolehan Perkhidmatan Perunding

a) Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit (SPP Bil. 2 Tahun 2002)

 Untuk kegunaan segera

 Tidak melebihi RM500.00

(44)

24 

b) Perolehan Melalui Kontrak Pusat (Ap 178.1)

 Barang-barang gunasama

 Perlu rujuk kepada Pekeliling KontrakPerbendaharaan (PKP)

 Guna pesanan Kerajaan sebagai dokumen pembelian

 Contoh item Kontrak Pusat:

- Kabinet, rak, gerobok besiPerabut pejabat (kerusi

berasaskan kain)

- Wardrobe

- Alatulis

- Sampul surat

- Bas 40 penumpang berhawa dingin

- Alatganti jentera berat

c) Penggunaan Kontrak Jabatan LAIN (AP 178.2)

 mendapat persetujuan daripada agensi yang mengikat

kontrak dan kelulusan

 Perbendaharaan

 kontrak masih berkuatkuasa

 tiada tambahan kuantiti kepada kontrak asal

 tertakluk kepada baki kuantiti yang masih ada dan belum

(45)

25 

d) Pembelian Terus (SPP Bil. 8 Tahun 2004)

Bekalan/Perkhidmatan

- Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian

terus dari mana-mana pembekal/syarikat

- Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap

jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pembelian Terus bagi PTJ yang telah e-Perolehan enabled

- Proses pembelian bagi RM10,000 – RM50,000 hendaklah

melalui sistem ePerolehan

- Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan di negeri berkenaan yang telah eP enabled

- Sekiranya tiada, Pegawai Pelulus boleh membenarkan

pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang eP enabled dari negeri-negeri berdekatan

- Bagi perolehan tertentu yang tiada pembekal/syarikat

eP enabled pembelian daripada pembekal/syarikat

Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Proses pembelian secara offline.

(46)

26 

Pembelian Terus bagi PTJ yang belum e-Perolehan enabled

- Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan di dalam negeri berkenaan

- Sekiranya tiada, Ketua PTJ/Pemegang Waran diberi kuasa

meluluskan pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera dari negeri-negeri berdekatan

- Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah ditandatangani

oleh Ketua PTJ/Pemegang Waran atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa secara bertulis

Kerja

- Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus

di kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan

- Gunakan pesanan Kerajaan atau inden sebagai dokumen

(47)

27 

e) Requisition (AP 180 dan SPP Bil.2 Tahun 2001)

- kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur

asal

- nilai kerja melebihi RM20,000 hingga RM100,000

- menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

- pelawaan kontraktor kelas F di bawah kepala dan sub kepala

berkaitan secara undian atau pusingan atau sebut harga

- Gunakan Inden Kerajaan

f) Perolehan Melalui Sebut Harga (Ap 170.1 Dan Spp Bil. 2 Tahun 2001)

 Bekalan/Perkhidmatan

- Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun

i. Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa di

kalangan pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

ii. Melebihi RM100,000 hingga RM200,000 terbuka

kepada pembekal Bumiputera/Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

 Kerja

- Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang tidak

menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

(48)

28 

Pelawaan akan dibuat kepada sekurang-kurangnya kepada 5 pembekal/syarikat

 Dokumen khas digunakan

 Diproses seperti tender

(49)

29 

g) Perolehan Melalui Tender (AP 171.1, dan SPP Bil. 5 Tahun 2007)

 Bekalan/Perkhidmatan/Kerja

- Melebihi RM200,000 setahun

 Iklan

- Tender tempatan : min. 1 akhbar berbahasa Melayu

- Tender antarabangsa : min. 1 akhbar berbahasa Melayu

dan 1 akhbar berbahasa Inggeris

 Tempoh Iklan

- Tender tempatan : min 21 hari

- Tender antarabangsa : min. 56 hari

 Diterima dalam sampul surat berlakri

 Peti tender yang berkunci disediakan

 Dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender

 Dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Tender

 Ditimbang dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan

(50)

30  h) Perolehan Darurat (Ap 173.2)

 Tidak melebihi keperluan semasa

 Prosidur biasa perolehan dikecualikan

 Kemukakan laporan terperinci kepada Pegawai

 Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perolehan untuk

dihantar kepada Perbendaharaan bagi tujuan penyiasatan dan audit

i) Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong (Spp Bil. 4 Tahun 2004)

Kriteria bagi menentukan projek secara gotong royong:

 Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak RM100,000

 Tidak memerlukan kepakaran khusus seperti mekanikal dan

elektrikal

 Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

- Jawatankuasa Kemajuan Mukim

- Badan/Pertubuhan/Persatuan atau Badan-Bukan Kerajaan (NGO

(51)

31 

 Bebas daripada semua halangan seperti pemilikan

 Tapak projek dan sebagainya

 Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak

 Kemasyarakatan

 Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja

 Berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum

 3 bulan

j) Perolehan Melalui Jabatan Teknik (Spp Bil. 3 Tahun 2006 Pindaan Kepada Ap 182)

 Semua Jabatan bukan teknik hendaklah merujuk kepada jabatan

teknik bagi perolehan kerja bernilai RM5 juta ke atas. Semua projek kerja yang bernilai tidak melebihi RM5 juta boleh

dilaksanakan sendiri oleh Agensi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Teknik.

 Sekiranya jabatan teknik tidak berkemampuan, perolehan melalui

perkhidmatan perunding hendaklah dilaksanakan

 Sesalinan ‘as built drawing’ hendaklah dikemukakan kepada

jabatan teknik

 Kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau pengubahsuaian

- bangunan Kerajaan Persekutuan: kelulusan Bahagian

 Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri

(52)

32 

k) Perolehan Perkhidmatan Perunding (Spp Bil. 8 Tahun 2006)

 Rujuk projek yang bernilai melebihi RM5 juta kepada Jabatan

Teknik terlebih dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, agensi boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuat kuasa

 Hendaklah mendapat kelulusan dari Perbendaharaan atau

Lembaga Perolehan Agensi ‘A’ mengikut mana yang berkenaan

 Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah

diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan Agensi‘A’ mengikut mana yang berkenaan

 Perunding dilantik hendaklah menguruskan perolehanbagi pihak

Jabatan berkenaan mengikut tatacaraperolehan Kerajaan yang berkuatkuasa

 Laporan prestasi perunding kendaklah dikemukakan kepada

Perbendaharaan

Kesemua perkara mengenai perolehan yang saya nyatakan ini sesetengahnya 

tidak berkaitan secara langsung dengan anda sebagai vendor atau kontraktor. 

Namun saya masukan juga di dalam bab ini kerana ia memberikan gambaran  dari perspektif ‘orang dalam’ bagaimana sesuatu perolehan itu dilakukan.  Dengan ini ia akan membantu anda untuk merancang membida kerja dan  pembekalan dari kerajaan serta memberi pengetahuan serba sedikit tentang  prosedur yang perlu diambil.     Ada banyak lagi prosedur dan perkara teknikal berkenaan perkara perolehan 

ini namun ianya akan anda pelajari secara natural dan hands­on semasa anda 

berurusniaga dengan pihak kerajaan kelak. Jangan khuatir. Berita baiknya  bahagian paling tak menarik di dalam ebook ini sudah pun anda lepasi.  Selepas ini yang menarik‐menarik sahaja untuk dibaca! 

(53)

33 

Ringkasan Bahagian 1

   Sombong tidak membawa anda kemana‐mana.   Kita perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),  Kementerian Kewangan Malaysia dan memperolehi sijil kewangan yang  sah serta diiktiraf dari Kementerian Kewangan Malaysia.   Kepala bidang adalah kod khusus yang mewakili bidang perniagaan.   Perlu tahu tentang sistem online ePerolehan kerajaan. 

Prinsip­Prinsip Perolehan: Akauntabiliti awam (public 

accountability), Diuruskan secara telus (transparent), Nilai faedah  terbaik (best value for money), Saingan terbuka (open competition), 

Adil dan saksama (fair dealing). 

 Terdapat tiga kategori perolehan kerajaan. Ianya adalah pembekalan, 

perkhidmatan dan kerja. 

Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit ­ Untuk kegunaan segera ‐ Tidak melebihi RM500.00 ‐ Tiada dokumen pembelian diperlukan 

(cukup dengan resit sahaja) 

Pembelian Terus ­ Bekalan/Perkhidmatan ‐ Sehingga RM10,000  setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana‐mana  pembekal/syarikat ‐  Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun  bagi setiap jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat  Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan – Kerja ‐  Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di  kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat  Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub‐kepala berkaitan ‐  Gunakan pesanan Kerajaan atau inden.

Perolehan Melalui Sebut Harga ­ Bekalan/Perkhidmatan ‐ Melebihi  RM50,000 hingga RM200,000 setahun – Kerja ‐ Melebihi RM20,000  hingga RM200,000 setahun yang tidak menggunakan Jadual Kadar  Kejuruteraan Awam dan Bangunan. Dokumen khas. 

Perolehan Melalui Tender ­ Bekalan/Perkhidmatan/Kerja ‐Melebihi  RM200, 000 setahun. 

(54)

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik­baik Perancang”  

Surah Al­Imran, ayat 54

 

(55)

Bahagian 2

Perancangan & Strategi I

(56)

34 

Bab 7: Bagaimana Saya

Mencipta 14 Jaringan

Perniagaan Dari Kosong

  Jika anda masih ingat selepas saya berkunjung ke pejabat En.K saya amat  teruja untuk memiliki perniagaan pembekalan kepada kerajaan atau bisnes  kerajaan saya sendiri. Tetapi saya mendapati beberapa kos permulaan  seperti kos pendaftaran SSM dan Kementerian Kewangan perlu dikeluarkan  untuk memulakan perniagaan ini. Perasaan teruja untuk memulakan bisnes  kerajaan ini bercampur baur. Antara teruja dan takut. Saya telah gagal  dalam banyak percubaan perniagaan sebelum ini yang mengakibatkan  kerugian hampir RM 100,000.     Sudah tentu saya tak mahu menambah lagi satu kegagalan baru dalam  senarai panjang kegagalan perniagaan yang pernah saya ceburi. Tambahan  lagi faktor wang adalah begitu kritikal untuk dipertaruhkan. Jadi saya  berfikir bagaimana saya boleh memulakan bisnes kerajaan ini dengan risiko  kegagalan dan kerugian yang seminima mungkin. Akhirnya saya mendapat  satu idea. Tetapi saya perlu berjumpa dengan En.K dahulu.     Beberapa hari selepas mendapat idea tersebut saya ke pejabat En.K untuk  mencadangkan sesuatu. Suatu cadangan yang  akan memberi win­win  situation“K, kalau aku pakai company kau untuk dapatkan job supply boleh  tak? 5% dari nilai projek aku bagi kau… Ok?”. Ya, anda dengar dengan betul.  Saya mencadangkan supaya En.K mengizinkan saya menggunakan syarikat  beliau untuk saya memulakan bisnes kerajaan saya sendiri. Jadi dengan itu  saya tak perlu mengeluarkan sebarang kos pendaftaran dan pelbagai kos  untuk bermula kerana semuanya telah beres dengan menggunakan syarikat  En.K.  

(57)

35 

Saya menjangkakan En.K pasti tiada masalah kerana andai kata saya  mendapat job dari kerajaan yang pasti duit pembayaran akan masuk ke  akaun syarikat beliau terlebih dahulu dan yang paling penting beliau akan  mendapat keuntungan 5 peratus secara buta‐buta tanpa sebarang modal  dan tenaga. Kesemua usaha adalah daripada saya sendiri. Cuma yang harus  saya pastikan adalah menggunakan syarikat beliau dengan bertanggung  jawab.    Saya menunggu dengan penuh debar jawapan En.K dan akhirnya beliau  menjawab, “Boleh. No problem!” Seperti di jangkakan beliau bersetuju  dengan cadangan saya itu. Saya pada waktu itu cukup lega dan gembira.  Kini saya boleh memulakan perniagaan bisnes kerajaan dengan  menggunakan syarikat En.K. Pada satu sudut yang lain saya telah  terselamat daripada mengeluarkan kos‐kos permulaan dan pada satu sudut  lagi saya tidak akan kerugian apa‐apa jika percubaan saya kali ini gagal.         I have nothing to lose!    Saya telah melepasi halangan pertama iaitu masalah kewangan untuk  bermula. Kini apa yang perlu saya lakukan adalah mencari peluang  pembekalan kepada kerajaan yang boleh dibuat. Saya berharap yang  terbaik tetapi dalam pada masa yang sama bersedia untuk sebarang bentuk  kegagalan. Saya teruja untuk melakukan perniagaan ini tetapi dalam waktu  yang  sama berasa takut untuk meletakan harapan yang tinggi kerana  kesan‐kesan kegagalan perniagaan pada masa lalu.    Dan satu perkara yang menyokong rasa takut saya ini adalah kerana saya  tidak mempunyai sebarang pengalaman dan paling teruk adalah saya tiada  sebarang jaringan perniagaan langsung di dalam bidang ini. Apatah lagi  cable­cable besar seperti yang selalu digunakan oleh sesetengah pihak  dalam mendapatkan projek pembekalan dan sebagainya.     

(58)

36  Jadi sekali lagi En.K menjadi rujukan kepada saya bagi masalah ini. En.K  memberikan beberapa cadangan untuk bagaimana saya boleh menembusi  pasaran sekaligus berjaya mendapatkan projek. Kesemua cadangan beliau  saya amati satu persatu. Semuanya sesuai untuk dilakukan tetapi  kebanyakanya mengambil masa dan memerlukan usaha serta kerajinan  seperti pemasaran faks dan cold calling. Saya tiada masa untuk kesemua itu.  Saya mahukan yang cepat dan jika boleh yang tidak bergantung kepada  nasib semata‐mata.     Semasa saya sedang memikirkan cara untuk menembusi pasaran kerajaan  saya tertanya mengapa ramai orang mengatakan yang bisnes kerajaan ini  hanya untuk kroni? Kroni mungkin terdiri daripada keluarga, kumpulan  tertentu dan kawan‐kawan mereka. Dari situ saya mendapat satu idea. Apa  kata biar saya pula yang menjadi kroni!     Setelah mendapat idea itu saya kumpul senarai rakan‐rakan yang saya tahu  bekerja dengan kerajaan tidak kisah apa jawatan dan tugas mereka sekali  pun. Saya ada satu matlamat bahawa saya mesti masuk ke dalam tempat  mereka bekerja.    Pada waktu tersebut saya menumpukan untuk mempromosikan barangan  dan perkhidmatan teknologi maklumat kerana hanya itu sahajalah bidang  kepakaran saya yang boleh saya buat berniaga. Kebetulan syarikat En.K  juga mempunyai kepala teknologi maklumat. Dengan bantuan kawan‐ kawan saya ini saya berharap mereka boleh menunjukan kepada saya unit‐ unit teknologi maklumat tempat mereka bekerja. Jika tidak berjaya  memperoleh projek sekalipun paling tidak saya berpuas hati kerana saya  berjaya promote dan bersemuka kepada pegawai yang tepat dan bukanlah  seperti kertas promosi saya yang hanya tersadai di mesin faks mereka.    

   

(59)

37  Saya menelefon hampir 20 orang rakan‐rakan saya yang bekerja dengan  kerajaan. Saya menyatakan pada mereka bahawa saya baru membuka  bisnes IT dan sedang mencari projek‐projek pembekalan yang boleh dibuat  di tempat mereka bekerja.    Dan secara terus terang saya katakan saya mahu mereka menolong saya  untuk bawa saya berjumpa kepada pegawai unit ICT tempat mereka  bekerja dan seterusnya menunjukan tempat untuk mendaftar sebagai  vendor atau kontraktor kepada agensi mereka.  Saya tidak menjanjikan apa‐ apa kepada mereka. Tidak juga menawarkan komisen andai projek berjaya  diperolehi. No obligation!     Jadi secara etikanya saya masih lagi tidak melanggar sebarang batas‐batas  yang boleh meletakan diri saya dan rakan saya di dalam situasi yang boleh  dicurigai. Permintaan saya ini saya anggap sebagai permintaan pertolongan  dari seorang rakan. Bagi saya seorang rakan yang baik tak akan sampai hati  menolak permintaan rakanya yang sekadar ingin ditunjukan jalan dan  tempat yang betul. Tetapi realitinya tidak seperti yang saya jangkakan juga.    Dan permintaan saya ini cukup sekadar mereka boleh tunjukan di mana  unit teknologi maklumat mereka dan di mana saya boleh berurusan untuk  mendaftarkan syarikat sebagai kontraktor berdaftar agensi tersebut. Tidak  lebih dari itu. Selebihnya biar saya yang uruskan sendiri. Dengan ini saya  tidak meletakan diri saya dan rakan saya di dalam keadaan berkepentingan  dan boleh dikategorikan sebagai aktiviti rasuah dan sebagainya.    Dari 20 orang 14 rakan saya tiada masalah untuk membantu saya. Sekarang  apa yang perlu saya lakukan adalah menyediakan profil syarikat En.K yang  mengandungi nama dan contact detail saya sendiri. Apa yang paling 

seronok adalah saya sudah membina jaringan perniagaan secondary level  pertama saya untuk bisnes kerajaan ini! 

(60)

38 

Bab 8: En.Z Effect dan

Kemenangan Pertama!

  Kesemua 14 orang rakan saya bekerja di 14 badan kerajaan yang berlainan.  Saya memilih hanya enam agensi dahulu untuk saya cuba strategi ini.  Daripada enam percubaan gerak gempur menebalkan muka ini dua agensi  darinya bersetuju untuk memberi peluang kepada saya untuk memajukan  kepada mereka sebut harga. Satu projek pembekalan alat ganti komputer  dan satu lagi projek pembekalan empat unit mesin vacuum cleaner.    Saya amat gembira dengan kejayaan awal ini. Sekarang saya telah buktikan  walaupun pada awalnya saya tiada sebarang jaringan perniagaan tetapi  dengan sedikit usaha dan menebalkan muka menghubungi rakan‐rakan  yang bekerja di agensi kerajaan ianya telah membuahkan hasil. Tambahan  lagi tanpa sebarang sogokan dan aktivit kurang sihat. Dari kosong kini  sudah ada dua peluang kerja pembekalan. Mungkin selepas ini the 

accidently found teknik mencipta jaringan secondary level ini tidak hanya  terhad kepada rakan‐rakan tetapi boleh diluaskan lagi asalkan mereka  mengenali saya. 

 

Dengan dua peluang pembekalan dalam tangan cukup mengujakan saya.  Perkara seterusnya bagaimana saya boleh mendapatkan supplier yang  boleh memberikan kepada saya harga yang murah dan kemudianya saya  boleh memberikan sebut harga kepada pihak kerajaan dengan kadar harga  yang kompetitif sekali.       

(61)

39 

Seperti yang anda boleh jangkakan tempat pertama untuk saya 

bertanyakan sesuatu apabila berkaitan dengan bisnes kerajaan ini adalah  En.K. Dan seperti biasa juga En.K sudi membantu mana yang terdaya. Untuk  dua kerja pembekalan yang saya sedang usahakan ini kedua‐duanya saya  tidak tahu langsung mana supplier yang boleh beri harga yang murah.    

En.K memberikan saya satu supplier untuk barang alat ganti komputer.  Manakala bagi vacuum cleaner pula beliau tidak mempunyai supplier yang  boleh digunakan. Untuk barang alat ganti komputer saya dapati harga yang  diberikan oleh supplier En.K murah 10 peratus dari harga pasaran. Saya  bezakan dengan harga di Low Yatt Plaza. Maka jika saya terus sahaja  membuat sebut harga dengan menawarkan harga pasaran semasa iaitu  sama dengan harga di Low Yatt Plaza pun saya boleh mendapatkan  keuntungan sebanyak 10 peratus andai terpilih untuk kerja pembekalan  tersebut.    Tetapi saya mahukan keuntungan yang lebih. Paling kurang 20 peratus  keuntungan. Tambahan lagi modal yang besar diperlukan untuk projek ini.  Di bawah ini saya sertakan ramalan butiran kewangan untuk projek  pembekalan alat ganti komputer untuk agensi K***, Kuala Lumpur.   

Pembekalan alat ganti komputer Kos membeli stok / pembekalan: RM18,000

Harga semasa pasaran: RM20,000 Harga jual kepada kerajaan: RM20,000 Untung: RM2,000

 

Gambar

Fig 1.4: Contoh bagi situasi urusniaga bagi pembelian terus 
Fig 3.2: Belanjawan menyediakan satu syarikat bisnes kerajaan. 
Fig 8.3: Ruang bilik mesyuarat virtual office saya kini. 
Fig 10.1: Pastikan kita memohon kemudahan buku cek apabila membuka  akaun semasa syarikat bisnes kerajaan kita. 

Referensi

Dokumen terkait

Perawatan prostodonsi yang dapat dilakukan pada pasien dengan celah bibir dan palatum yaitu: implan, gigi tiruan tetap, overdenture, overlay, gigi tiruan sebagian lepasan

PT Coca-Cola Bottling Indonesia Surabaya Plant memiliki satu poliklinik dengan satu orang paramedis dan satu dokter jaga yang telah bersertifikat hiperkes. Perusahaan juga

Jenis penelitian yang digunakan adalah penelitian deskriptif kuantitatif untuk mengetahui pengaruh minat, kemandirian, dan sumber belajar terhadap prestasi belajar siswa

Berdasarkan hasil penelitian menunjukkan bahwa ada hubungan antara fungsi manajemen kepala ruangan dengan kepatuhan perawat pelaksana dalam penerapan patient safety

Berdasarkan hasil uji terhadap 3 mikroorganisme dengan menggunakan indikator MTT, diperoleh hasil bahwa dari 12 ekstrak makroalga yang diuji ternyata memberikan hasil yang

1a"#ar .)9) Tana Lapang pada 3ila/a kegiatan dengan ara aliran dan kondisi prasarana drainase

Sedangkan pedoman dalam pelaksanaan survei mawas diri mulai dari pengumpulan data, primer dan sekunder pengolahan dan penyajian data masalah dan potensi yang ada,

Pemegang izin sebagaimana dimaksud pada diktum KESATU wajib menyampaikan laporan tertulis hasil kegiatan yang telah dilaksanakan kepada Gubemur melalui Kepala Biro Tata