DARIPADA TERUS BERLELUASA
3. memastikan keamanan dan
ketenteraman negara
-kerajaan berperanan memastikan situasi negara dalam keadaan terkawal dan stabil sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi 4. menstabilkan
persaingan dalam perniagaan
-tindakan dan pantauan adalah perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam konteks seimbang iaitu persaingan secara sihat dalam perniagaan
5.perlindungan alam sekitar
-kerajaan berperanan menjaga kesihatan alam sekitar supaya tidak tercemar
-pembangunan hendaklah dilaksanakan secara lestari
KESIMPULAN Kerajaan yang mantap dan cekap akan membantu membangunkan negara. Negara yang maju membolehkan rakyatnya hidup aman dan selesa
PEP. PERCUBAAN PA1, SMK LEDANG , STPM 2017
Soalan 20: Jurang Digital merupakan masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan masyarakat di negara ini. Huraikan.
1 + 4
Isi Huraian
Jurang Digital (wajib) Kawasan pedalaman masih kurang menerima capaian internet
Kemudahan ICT masih kurang disebabkan oleh bentuk muka bumi yang sukar
Penduduk di bandar lebih terdedah kepada ICT berbanding dengan penduduk luar bandar
Kadar Literasi
Komputer Kadar literasi masih rendah
Kadar yang rendah berpunca daripada kemampuan dan taraf hidup penduduk luar bandar
Golongan tua tidak terdedah dengan komputer dan menjadi golongan paling rendah menguasai komputer
Kos yang tinggi Kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan komputer
Kos yang tinggi juga diperlukan untuk penyelenggaraan komputer
Kos memberi latihan, kursus dan pendedahan kepada warga tua dan generasi Y di luar bandar
Keadaan ini melambatkan penguasaan rakyat terhadap penggunaan ICT
Penerimaan
Masyarakat Masyarakat lebih mengutamakan keperluan harian
Masyarakat menganggap ICT banyak membawa impak negatif
ICT dianggap menjejaskan nilai-nilai murni masyarakat Pengaruh budaya
negatif ICT dianggap sebagai alat/ideologi baharu yang boleh merosakkan akhlak
Kebanyakan rakyat tidak memanfaatkan ICT dengan betul hingga membawa impak yang negatif
kurang inovasi dan kurang kreatif
Penyalahgunaan ICT menyebabkan masyarakat terjebak dalam masalah salah laku, penyebaran fitnah dan khabar angin
Soalan 21
Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara bagi memastikan kedaulatan negara kita terpelihara, namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Ulaskan 2 + 3/ 3 + 2 ISI HURAIAN Usaha Meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan
Memodenkan peralatan, senjata dan strategi pertahanan
Mempertingkatkan kemahiran bertempur dan keupayaan melalui kursus dan latihan
Pengambilan sumber manusia yang berkualiti dan kepimpinan yang tinggi untuk menyertai pasukan keselamatan
Menubuhkan
pasukan pertahanan pelapis
Ditubuhkan bagi membantu angkatan tentera
Dapat menambah kekuatan tenaga mengawasi keselamatan, mengekang jenayah dan mengawal sempadan negara
Sebagai contoh polis bantuan, RELA dan askar wataniah Memantapkan
semangat patriotisme Menyemai dan menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Menggalakkan penyertaan rakyat dalam kegiatan mempertahankan negara
Menyedarkan pentingnya keamanan dalam hidup rakyat Halangan
Gerakan ekstremis Memperjuangkan kumpulan tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti kaum atau kumpulan lain
Menyebarkan fahaman dan kepercayaan yang menyebabkan perpecahan
Menarik orang ramai mempercayai dengan ajaran atau perjuangan mereka
Lambakan
pendatang asing Pendatang asing yang ramai menyebabkan rasa kurang selesa rakyat
Sering menimbulkan kekacauan dan melakukan jenayah
Rakyat rasa tidak selamat
Membawa budaya mereka yang kurang sesuai di negara ini Ledakan ICT Ledakan ICT seperti Google Map, mendedahkan tahap
keselamatan
Kedudukan sesuatu kawasan yang penting mudah dikesan dan ini memudahkan pihak tertentu membuat pengintipan
Malah kekebalan ICT juga mudah digodam dan maklumat boleh disalahgunakan
Sebagai contoh laman sesawang Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Pilihanraya dan Polis Diraja Malaysia telah digodam pada tahun 2011.
Soalan 22: Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi ke negara lain terus berlaku. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi negara. Bincangkan.
2 + 3/ 3 + 2
Cadangan Isi Huraian Sebab
Peluang pekerjaan Mempunyai kelulusan yang sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan
Peluang pekerjaan yang luas di luar negara
Pekerjaan yang ditawarkan sesuai dengan minat mereka Gaji yang lebih
tinggi Gaji yang ditawarkan lebih tinggi di luar negara
Kadar tukaran wang asing yang tinggi membolehkan mereka memperoleh gaji yang jauh lebih besar
Mereka juga mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi Persekitaran kerja
menarik Suasana kerja yang lebih baik
Sistem imbuhan atau insentif lebih menarik
Merasakan kebajikan mereka lebih terjamin dan diambil berat Inginkan
pengalaman baru Ada pihak inginkan pengalaman baru di negara asing.
Mereka ingin menikmati suasana iklim , budaya, bahasa dan sebagainya yang jauh berbeza daripada negara asal
Jiwa mereka melonjak-lonjak untuk mengalami pengalaman unik yang tidak mampu dihalang walaupun pun kos kemasukan tinggi
Kejayaan seperti Datuk Jimmy Chooo dan Datuk Michelle Yeoh menggalakkan penghijrahan tersebut.
Kesan
Kerugian dalam pelaburan pendidikan
Peruntukan yang diberi dalam bajet negara telah dibelanjakan untuk memajukan sektor pendidikan
Berjuta-juta ringgit telah disalurkan dalam memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang
Negara tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan
Rugi kerana mereka tidak mahu berkhidmat di negara sendiri Kerugian dalam
cukai pendapatan Negara kehilangan sumber pendapatan dari hasil pungutan cukai pendapatan
Golongan ini berkemungkinan menjadi pembayar cukai yang agak besar
Sebaliknya mereka membayar cukai mereka kepada negara di mana mereka berkhidmat
Kehilangan guna
tenaga Biasanya penghijrahan golongan ini merupakan golongan pekerja yang kritikal seperti doktor dan jurutera
Negara terpaksa menanggung kos mengimport pekerja luar bagi menampung keperluan rakyat
PEP. PERCUBAAN PA1, SMK BT PAHAT, STPM 2017
20. Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan.
Skema Jawapan: Pengenalan
Pembangunan modal insan penting untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi,
berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Isi/Idea:
Bil Isi/Idea Huraian
1.
Langkah:
Mempergiat usaha menarik bakat
- Kerajaan telah menubuhkan ‘Talent Corporation’ di bawah Jabatan Perdana Menteri
-Tujuannya adalah untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia
2. Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti
-Peruntukan disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memertabatkan profesion guru -Menaik taraf prasarana sekolah
-Pemberian ganjaran kepada sekolah yang cemerlang -Pemberian baucer buku kepada pelajar
3. Memperkasa pendidikan awal
-Meningkatkan kadar kemasukan pelajar prasekolah -Kelas prasekolah ditambah
-Kurikulum prasekolah dimantapkan
-Melantik lepasan ijazah sebagai tenaga pengajar prasekolah 4. Memantapkan
pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memantapkan penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pelajar
-Membawa masuk guru Bahasa Inggeris dari Australia dan United Kingdom ke Malaysia untuk mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris
-Menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi
-Menyediakan biasiswa kepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran
5. Memberi penekanan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
-Menjadikan pendidikan teknikal dan vokasional antara pilihan utama pelajar kerana mampu menyediakan prospek kerjaya yang baik
-Jabatan Pembangunan Kemahiran mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi
6. Memperkasa pengajian tinggi
-Menyediakan kemudahan/menaik taraf prasarana pusat pengajian tinggi
-Menyediakan pensyarah berkualiti dengan memberi latihan di luar negara
-Peluang kenaikan pangkat kepada pensyarah 7. Mempergiat program
latihan dan kemahiran
-Dana disediakan bagi mempergiat latihan kepada graduan -Menyediakan program untuk meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran graduan
-Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran
8. Memperkasakan belia dan wanita
-Meningkatkan kualiti hidup dan bakat kepimpinan belia melalui penglibatan dalam aktiviti anjuran kerajaan
-Memiliki personaliti unggul
-Meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan
9. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan mental
-Melalui program seperti PLKN
-Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri, menghayati ideologi negara dan mengamalkan nilai-nilai murni
-Menghargai budaya, kesenian dan warisan bangsa Malaysia 10 Meningkatkan
produktiviti pekerja
-Tenaga kerja yg lebih berilmu, berkemahiran.
-Amalkan budaya inovatif yg dpt meningkatkan kualiti dan produktiviti
Penutup
Pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Jawapan : 5 + 0
21. Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan Pengenalan:
Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-ting bulan, mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin dipinggirkan.
Bil Idea Huraian
A Kepentingan melestarikan permainan tradisional 1
Mempertahankan seni warisan bangsa
-Generasi hari ini dapat memahami dan mengetahui sumber permainan tradisional
-Merupakan medium hiburan nenek moyang kita -Berbangga mempunyai nilai warisan lama
-Melambangkan identiti dan jati diri sesuatu bangsa -Menjadikan aset budaya sesuatu bangsa
2 Mengeratkan silaturrahim
-Mementingkan semangat berpasukan dan bertolak ansur semasa bermain
-Kebanyakan permainan tradisional ini (congkak, gasing, batu seremban, cari cucu) dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan
-Mewujudkan persefahaman seterusnya mengukuhkan ikatan persaudaraan
-Mewujudkan perpaduan dan kemesraan antara kaum. 3 Mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang bermanfaat
-Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan anggota badan semasa bermain
-Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan menyeronokkan
-Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan, permainan yang perlu dipatuhi
-Mengurangkan gejala sosial 4 Melahirkan generasi
yang kreatif dan inovatif
-Ada sesetengah permainan tradisional ini telah diubah suai dan dimodenkan dari segi peralatan dan peraturannya
-Menghasilkan peralatan/ perkakasan yang lebih menarik dan senang dibawa ke merata tempat
-Penampilan baru ini merangsang daya kreativiti dan inovasi dalam permainan tradisional
5
Menjana pendapatan negara dan individu
-Menjadi tarikan pelancong -Membuka peluang pekerjaan 6 Melambangkan identiti
bangsa/negara
- Daya tarikan - ind. pelancongan - Unik . Cth: sepak takraw-Melayu 7 Memupuk perpaduan -integrasi kaum semasa pertandingan
-semau kaum main bermain
8 Industri pelancongan -pelancong tertarik dengan budaya tradisional sesuatu tempat -belajar - permainan tradisioanl
B Punca dipinggirkan 9 Tiada/kurang
pendedahan/pengetah uan
-Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain permainan tradisional(tidak tahu cara bermain)
-Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua -Sikap generasi baru tidak ingin mencuba.
10 Persaingan daripada permainan
moden/teknologi moden
-Pelbagai permaian moden yang menarik di pasaran ( sahibba, catur, tenis, permainan video)
-Permainan moden dianggap lebih mencabar, lasak dan lebih berprestij
-Permaian moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa diperbaharui.
11 Tiada nilai komersial -Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf. -Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan -Tiada penaja untuk mengetengahkan permainan ini kecuali sepak takraw.
12 Hubungan
kemasyarakatan yang semakin longgar
-Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain
-Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar -Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga.
13 Kurang tenaga pakar untuk membuat peralatan permainan
-Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan kemahiran baik dari segi mencari bahan ataupun membuat permainan tersebut
-Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan kayu yang bermutu
-Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat permainan tersebut menyebabkan permainan seperti wau, tidak melayang di udara.
Penutup:
Permainan tradisional merupakan pusaka bangsa yang harus diketengahkan oleh Negara demi mencorakkan Malaysia dengan pelbagai permainan rakyat. Usaha-usaha untuk mengetengahkan harus dirancang oleh pelbagai pihak termasuk kalangan ibu bapa.
22. Sektor pertanian sememangnya memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif. Bincangkan
Pengenalan
Bil Idea Huraian
1 SumbanganMembekalkan bekalan : makanan
-Menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. -Keperluan makanan rakyat.
-Mengurangkan kebergantungan kepada makanan import seperti beras dan sayur-sayuran.
2 Mewujudkan peluang pekerjaan
-Meningkatkan kemahiran modal insan -Meningkatkan taraf hidup
-Mengurangkan masalah pengangguran dan kemiskinan
-Sebagai petani moden atau pekerja di sektor perladangan atau penyelidik.
3
Meningkatkan hasil/pendapatan negara
-Meningkatkan jumlah pengeluaran eksport
-Mengurangkan import dan menambahkan pendapatan negara. -Mengurangkan pengaliran keluar wang negara.
4 Membekalkan bahan mentah kepada industri / Industri Hiliran
-Pembekal utama bahan mentah yang murah kepada industri berasaskan sumber
-Bekalan dapat dibekalkan sepanjang tahun seperti sawit dan getah
-Bekalan bahan mentah pertanian yang diproses dan dijadikan bahan akhir untuk kegunaan domestik dan eksport
5 Memajukan industri pelancungan ( Agro pelancongan )
-Menarik pelancong datang untuk menikmati hasil pertanian sambil melancong.
-Contoh : Cameron Highland
5
Usaha
mentransformasikan: Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (perhutani)
-Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas -Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan
-Mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya tanah -Penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri 6 Menghasilkan produk
pertanian berasaskan keperluan pengguna
-Produk dan pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna
-Contoh penanaman Tongkat Ali, hasil daripada susu kambing dan halia
7 Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
-Penyelidikan berkaitan peningkatan hasil dan kualiti tanaman seperti input pertanian
-Penggunaan bioteknologi
-Kajian rintangan terhadap penyakit 8 Mewujudkan sektor
pertumbuhan baharu
-Menggalakkan pertumbuhan industri berskala besar seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan.
-Agritourisme atau pelancongan tani 9 Penggunaan teknologi
-Penggunaan teknologi secara intensif -Kaedah tanaman/penternakan moden
dan kaedah pertanian moden
-Peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran -Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian 10 Memberi nilai
komersial kepada produk pertanian
-Pertanian sebagai satu perniagaan
-Menjenamakan produk pertanian seperti “Malaysia Best” -Petani yang berpengetahuan dalam amalan –amalan pertanian moden.
-Berkeupayaan bersaing dengan produk luar. Kesimpulan
Jawapan: Mana-mana 3 + 2 idea atau 2 + 3 idea
PEP. PERCUBAAN PA1, SMK SERI TEJA , STPM 2017
20. Dasar melaksanakan tranformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan