• Tidak ada hasil yang ditemukan

Membangunkan masyarakat

Dalam dokumen Pengaruh Dan Sumbangan Islam Dalam Pemba (Halaman 121-126)

12 MustaffaKamil Ayub (1994),

5. Membangunkan masyarakat

Selain peranan tersebut di atas, manusia juga memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat khususnya dari kalangan kaum atau bangsanya sendiri dengan berpandukan Islam sebagai asas utama dalam proses tersebut. Membangunkan masyarakat yang dimaksudkan ialah dari konteks membentuk perpaduan dan keharmonian di kalangan ahli masing-masing, serta kesanggupan seseorang membentuk institusi keluarga, masyarakat dan seterusnya peradabannya sendiri dengan berasaskan ajaran Islam sebagaimana yang pernah

berlaku semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w.23

Dalam konteks kebudayaan, masyarakat termasuk dalam institusi sosial yang merupakan salah satu aspek kebudayaan. Manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat merupakan agen penggerak dalam membangunkan sesebuah kebudayaan. Walau bagaimanapun manusia tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Ini kerana manusia amat memerlukan manusia lain, selain naluri yang dimiliki oleh seseorang begitu terikat dengan individu yang lain. Keterikatan

di antara setiap manusia adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allaِ Ta‟ala

dalam Surah al-Anfalayat 63 yanُ bermaksud “Dan Dialah yang mempersatukan

antara hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

6. Melibatkan diri dalam kegiatan perekonomian

21Malik Bennabi (2006), Le Problème Des Idées Dans Le Monde Musulman, h. 122. 22 Malik Bennabi (1986), al-Zahirah al-Qur‟aniyyah, h. 68-69.

118

Manusia turut berperanan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan termasuk juga kegiatan berbentuk perekonomian. Manusia berperanan dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tanah dan minyak, selain dana yang berbentuk wang ringgit dengan melakukan pelbagai aktiviti perekonomian untuk membangun dan memajukan kehidupan masing- masing. Setiap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh manusia perlu selaras dengan ajaran Islam. Ini kerana sebarang kegiatan berbentuk ekonomi yang berlandaskan Islam membolehkan seseorang menyara hidup dirinya sendiri dan ahli keluarga

masing-masing, selain turut memaju dan memperkukuhkan kebudayaan Islam.24

Dalam konteks kebudayaan, Bennabi menjelaskan bahawa ekonomi berasaskan Islam dapat memenuhi keperluan, kehendak, tabiat dan citarasa manusia berdasarkan pergantungan di antara sesama manusia dan pergantungan

denُan Allaِ Ta‟ala.25 Ekonomi begitu ditekankan dalam kebudayaan berdasarkan perinُatan Allaِ Ta‟ala kepada umat manusia supaya menُambil

faedah dan manfaat daripada setiap sumber alam semulajadi yang disediakan oleh Dia khusus untuk keperluan hamba-Nya. Peringatan-Nya secara berulangkali

itu tercatat dalam Surah al-Hajj (22) ayat 65 yang membawa maksud “Apakah

kamu tiada melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya.”

Berdasarkan peranan manusia tersebut di atas, Bennabi menjelaskan bahawa manusia perlu melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan di dunia ini untuk meraih kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak. Pada Bennabi

ianya bertepatan denُan perintaِ Allaِ Ta‟ala dalam Surahal-Qasas (28) ayat 77

yanُ bermaksud; “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”26

Daripada peranan manusia tersebut juga telah membentuk dan membangunkan aspek-aspek dalam kebudayaan. Aspek-aspek kebudayaan yang dimaksudkan di sini ialah intipati yang terkandung di dalamnya yang

mempengaruhi setiap pembentukan kebudayaan.27Peranan manusia tersebut iaitu

1) Mengamal dan mempraktikkan ajaran agama iaitu Islam dalam kehidupan seharian merujuk kepada aspek terpenting iaitu agama dan kepercayaan; 2) Mencetuskan pelbagai aktiviti kesenian merujuk kepada aspek kesenian; 3) Mengamal dan mempraktikkan moral dan undang-undang merujuk kepada aspek moral dan undang-undang; 4) Membangun sesuatu adat sehingga menjadi amalan dan warisan di kalangan masyarakat merujuk kepada adat resam; 5)

24Malik Bennabi (1986), al-Mu

slim fi „Alam al-Iqtisad. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 23. 25

Asma Rasِid )1991(, “ Iqbal )1877-1938) and Malek Bennabi (1905-1973) From Ilm-ul Iqtisad To Al-Muslim Fi „Alam-il Iqti” )Kertas Kerja International Seminar On Malek Bennabi di Universiti Malaya, 1-4 September 1991), h. 18.

26 Malik Bennabi (1986), Ta‟ammulat. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 156. 27 Malik Bennabi (2003), op.cit., h

119

Membangunkan masyarakat merujuk kepada aspek institusi sosial; dan 6) Melibatkan diri dalam kegiatan perekonomian merujuk kepada aspek ekonomi. Setiap aspek kebudayaan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi dalam proses pembinaan sesebuah tamadun bangsa.

Kesimpulan

Berdasarkan penghuraian di atas secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa manusia merupakan elemen yang berperanan dalam membentuk dan membangunkan kebudayaan Islam. Bennabi yang merupakan ilmuwan Islam pada abad ke-20 M. mengemukakan manusia sebagai suatu elemen utama peradaban yang berfungsi dalam setiap proses pembentukan dan pembangunan kebudayaan Islam.Dalam kebudayaan Islam, manusia yang dirujuk oleh Bennabi melibatkan semua bangsa manusia tetapi pertanggungjawaban tersebut adalah khusus untuk umat Islam dalam membentuk dan membangunkannya. Manusia yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan turut diketengahkan sebagai agen penggerak dalam setiap proses kebudayaan berkenaan. Akhirnya, tanpa manusia tidak akan wujud kebudayaan kerana manusia merupakan elemen utama yang menggerakkan setiap proses pembentukan dan pembangunannya.

Bibliografi

Malik Bennabi (1960), Hadith fi al-Bina‟ al-Jadid. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1984), Mushkilah al-Thaqafah, c. 4. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1985), Mudhakkirat Shahid Lil Qarn, c. 2. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1986), al-Zahirah al-Qur‟aniyyah,c. 4. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1986), al-Muslim fi „Alam al-Iqtisad. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 23

____________(1986), Ta‟ammulat. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1987), Milad al-Mujtama‟. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (1987), Shurut al-Nahdah, c.4. Damsyiq: Dar al-Fikr.

____________ (2002), On the Origins of Human Society: The Social Relations

Network. Mohamed El-Tahir El-Mesawi (terj.). Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

____________(2003), The Question of Culture. Abdul Waِid Lu‟lu‟a )terj.(. Kuala

Lumpur: Islamic Book Trust & The International Institute of Islamic Thought.

120

____________ (2006), Le Problème Des Idées Dans Le Monde Musulman.

Bayrut: Dar Albouraq, h. 71-77.

____________(2006), Vocation De L‟Islam. Bayrut: Dar Albouraq.

Asma Rasِid )1991(, “ Iqbal )1877-1938) and Malek Bennabi (1905-1973) From Ilm-ul Iqtisad To Al-Muslim Fi „Alam-il Iqti” )Kertas Kerja International

Seminar On Malek Bennabi di Universiti Malaya, 1-4 September 1991). Ensiklopedia Dunia (2005), M-Med, Jil. 13. DBP (terj.). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Fawzia Bariun (1993), Malik Bennabi: His Life And Theory of Civilization. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Muِammad b. Isma„il Abu „Abd Allaِ al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari, Jil. II.

Bayrut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyaِ.

Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (1993), Epistemologi Islam; Teori Ilmu dalam

al-Qur‟an. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990), The Nature Of Man And The

Psychology Of The Human Soul: A Brief Outline And A Framework For An Islamic Psychology And Epistemology. Kuala Lumpur: International Institute Of Islamic Thought And Civilization.

Zaِra Boussalaِ )2005(, “Malek Bennabi: An Analytical Study of His Tِeory of Civilization” dalam Kertas Kerja Seminar “Muslims and Islam in the Chaotic Modern World: Relations of Muslims among Themselves and with Others

121

Program Agama di Institusi Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM): Kajian Dari Aspek Pelaksanaan dan

Keberkesanan Noor Hafizah bt. Mohd Haridi*

Fakhrul Adabi b. Abd. Kadir** Abstrak

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, merupakan salah sebuah jabatan yang bernaung sepenuhnya di bawah kerajaan Malaysia telah menubuhkan Institusi Pemulihan Akhlak yang menempatkan remaja bermasalah khususnya golongan remaja yang terlibat dengan kes-kes juvana. Berdasarkan statistik kemasukan sehingga 2010 seramai 1412 remaja bermasalah telah ditempatkan di institusi tersebut dan 1151 merupakan remaja berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebagai salah sebuah agensi bertangungjawab memberikan pemulihan khususnya pemulihan berbentuk spiritual. JKKM dengan kerjasama pihak JAKIM telah merangka program serta membangunkan modul Pendidikan Islam yang telah diselaraskan di setiap Institusi Pemulihan. Kajian ini bertujuan mengkaji aspek pelaksanaan program agama yang telah dijalankan di setiap Institusi tersebut dengan menganalisis dari aspek bentuk pelaksanaan serta permasalahan dalam melaksanakan program agama di Institusi tersebut. Hasil kajian merupakan dapatan terhadap modul agama yang digunakan oleh JKMM dalam usaha memberikan pemulihan khususnya pemulihan spiritual terhadap pelatih di Institusi Pemulihan Akhlak.

Kata Kunci: Program Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Malaysia, Institut Pemulihan Akhlak

* Calon Ph.D di Jabatan Dakwah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

** Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

122

Dalam dokumen Pengaruh Dan Sumbangan Islam Dalam Pemba (Halaman 121-126)

Dokumen terkait