• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menyediakan Model Pembangunan Ummah

Dalam dokumen Pengaruh Dan Sumbangan Islam Dalam Pemba (Halaman 75-87)

12 MustaffaKamil Ayub (1994),

5. Menyediakan Model Pembangunan Ummah

Umat dan tamadun Islam perlu menjadi model kepada tamadun yang lain dari perbagai aspek. Pengemblengan pakar yang dapat merumuskan satu model yang baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi para pengikutnya amat diperlukan . Keyakinan harus dibina untuk membangunkan kemajuan ummah dalam segenap lapangan hidup. Model yang dibina ini merangkumi aspek kepimpinan dan politik, pengurusan, pembangunan ilmu dan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan kebudayaan dan sosial, pembangunan sains dan teknologi, pembangunan ketenteraan, pembangunan insaniah dan sahsiyah, pembangunan perhubungan antarabangsa dan silaturrahim dan lain-lain yang memerlukan kajian yang mendalam.

21 Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. hlm. 126.

72

Kesimpulan

Setelah kejatuhan Empayar Agong Uthmaniyah pada abad ke 20, umat Islam terus menerus diselubungi kelesuan. Kesukaran untuk melihat kebangkitan peradaban ummah kini adalah lantaran keadaan negara Islam yang terpaksa tunduk dengan kekuatan dan kehebatan Barat. Walaupun begitu, umat ini perlu bangkit dan sedar bahawa kita mempunyai kekuatan yang mampu memacu kecemerlangan masa depan. Berbekalkan al-Quran sebagai panduan, dengan motivasi kecemerlangan Islam zaman silam dan diiringi usaha yang jitu, gigih serta penggembelingan tenaga semua pihak tidak mustahil matlamat untuk memartabatkan kembali peradaban ummah menjadi realiti demi kemajuan dunia sejagat yang harmoni (bukan kemajuan yang bersifat memusnahkan).

Bibliografi

Azam Hamzah (2006), Sumbangan Tamadun Islam kepada Peradaban Dunia,

Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi Mara.

Azizan Baharuddin (2006), Science and Religion: An Islamic Perspective, Kuala

Lumpur: Center For Civilisational Dialogue, Universiti Malaya.

Hasanuddeen Abdul Aziz (2010), Islam and Economic Globalization, Kuala

Lumpur: University of Malaya Press.

Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21,

Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Keogh, E. (January-June 2001), “An Overview of tِe Science of Finُerprints”, Anil

Aggrawal's Internet Journal of Forensic Medicine and Toxicology, 2001; Vol.

2, No. 1:

http://www.geradts.com/anil/ij/vol_002_no_001/papers/paper005.html;

Khalijah Mohd Salleh (2006), “Strateُies for Developinُ Critical & Scientific

Thinkinُ Amonُst Tِe Ummaِ” dalam Azizan Baِaruddin. Science and

Religion : An Islamic Perspective. Kuala Lumpur: Center For Civilisational Dialogue, Universiti Malaya.

Mohd Hazim Shah (2009), “Cabaran Kontemporari Terِadap Hubunُan Sains dan

Islam”, Seminar Islam dan Sains Dalam Pembangunan Tamadun, 26-27 Mac 2009, Auditorium Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Mohd Yusof Haji Othman (2009), “Islam dan Sains Dari Perspektif Sejaraِ dan al-

Quran”. Seminar Islam dan Sains Dalam Pembangunan Tamadun. 26-27 Mac 2009. Auditorium Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

73

Mohd Nakhaie Ahmad (2006), “Tِe Attitude of tِe Muslims Towards Science”

dalam Azizan Baharuddin. Science and Religion : An Islamic Perspective.

Kuala Lumpur: Center For Civilisational Dialogue, Universiti Malaya.

Mustaffa Kamil Ayub (1994),“Kata penُantar”, Dalam Hilmy Bakar Almascaty,

Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Noorsalwati Sabtu (2006), “Tِe Oriُin and Development of Educational Institutions

In Islam From tِe 7tِ to 15tِ Century and its Impact on Islamic Civilization”.

Jurnal CITU. Julai 2006. Jilid 2. No. 2.

Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, et al. (2005), Fiat Money & Gold Dinar

Application: An Online Survey. In COMT 2005 Managing Future Workplaces

and Issues & Challenges in the Borderless World. Sunway Lagoon Resot

Hotel.

Osman Bakar (1997), Pembinaan Semula Tamadun Islam: Strategi Ke Arah Mengembalikan Kegemilangan Umat Islam dalam Bidang Sains dan

Teknologi. Dlm. Kecemerlangan Tamadun Islam dalam Menghadapi

Cabaran Abad Ke- 15 Hijrah/21Masihi, Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

Osman Bakar (2008), Tauhid dan Sains: Perspektif Islam Tentang Agama &

Sains, Bandung: Pustaka Hidayah.

Ratna Roshida Ab Razak (2009), “Menjambatani Sains Islam: Satu Keperluan

Kritikal Dalam Pembentukan Tamadun Malaysia”, Seminar Islam dan Sains

Dalam Pembangunan Tamadun, 26-27 Mac 2009, Auditorium Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Salmy Edawaty Yaacob & Hailani Muji Tahir (2009), Realiti Semasa Penggunaan

Dinar Emas di Malaysia.

<http://www2.islam.gov.my/muamalat/kertaspersidangan/realiti-semasa- penggunaan-dinar-emas-di-malaysia>

Siddiqi, Nourouzzaman (1986), Tamadun Muslim: Bunga Rampai Kebudayaan

Muslim, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Sulaiman Nordin (1999), Sains Menurut Perspektif Islam, Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Tariq Ramadan (2001), Islam, The West and the Challenges of Modernity, U.K.:

The Islamic Foundation.

M. Shabri H. Abd. Majid (2008), Mendaulatkan Dinar Dan Dirham Sebagai Mata

74

(IIiBF) International Islamic University, Malaysia (IIUM).

http://jgolddinar.wordpress.com/2010.

Mazilan Bin Musa (2011), Realiti Ekonomi Umat Islam,

75

Penerapan Unsur-Unsur Pembentukan Akhlak Dan Moral Pelajar Dalam Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Di IPTA

Faridah Che HusainFakhrul Adabi Abdul Kadir

Abstrak

Akhlak dan moral memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah individu. Ia dapat diperolehi melalui pendidikan yang merupakan cabang utama dalam pembentukan akhlak dan moral pelajar. Pendidikan bukanlah sekadar satu proses untuk memenuhi pemikiran dengan segala ilmu yang belum diketahui, malah untuk mendidik akhlak dan jiwa, menanam diri dengan sifat terpuji, membiasakan diri dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan diri pelajar dengan suatu kehidupan murni dan sejahtera. Dewasa ini, timbul pelbagai jenis penyakit sosial ekoran kelunturan akhlak dan moral di kalangan cerdik pandai dan golongan berpendidikan tinggi. Keadaan ini jika dibiarkan pasti akan mendatangkan kesan negatif terhadap pembangunan negara dan tamadun ummah. Langkah kerajaan memperkenalkan kursus TITAS di IPTA merupakan suatu tindakan yang tepat bagi mengisi keunggulan intelektual pelajar dengan unsur-unsur penerapan akhlak dan moral. Pelaksanaan kursus TITAS di IPTA adalah selari dengan aspirasi negara yang peka terhadap perubahan semasa bagi menghasilkan kurikulum terkini yang diperlukan negara, pasaran dan pelajar. Unsur-unsur pembentukan akhlak dan moral dalam kursus TITAS mampu mendidik sahsiah para pelajar. Justeru, kertas kerja yang berasaskan konsep ini akan membincangkan definisi akhlak dan moral, pelaksanaan kursus TITAS di IPTA, pendekatan yang digunakan dalam pembinaan akhlak dan moral serta unsur-unsur pembentukan akhlak dan moral pelajar dalam kursus TITAS.

Pengenalan

Akhlak dan moral merupakan elemen penting dalam pembinaan insan yang menjadi tunggak peradaban dan tamadun manusia. Pembinaan insan harus meliputi ciri-ciri individu yang memiliki budaya ilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kesedaran membina individu untuk menjadi insan kamil seharusnya bermula dari peringkat awal lagi dan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Faridah Che Husain merupakan pensyarah SKET di Universiti Malaya

Fakhrul Adabi Abdul Kadir merupakan pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

76

Kemajuan dan kemunduran sesebuah masyarakat turut bergantung kepada peribadi dan tingkah laku individu dalam masyarakat tersebut. Pengabaian terhadap pendidikan akhlak dan moral merupakan faktor yang menyumbang kepada berleluasanya permasalahan sosial di kalangan masyarakat masa kini. Dewasa ini pelbagai kejadian berlaku ekoran kelunturan akhlak, moral dan nilai- nilai kemanusiaan terutama di kalangan golongan yang berpendidikan. Isu seperti pelajar terlibat dalam gejala-gejala sosial sudah tidak asing lagi di negara kita. Keadaan ini jika dibiarkan akan mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan negara dan tamadun manusia.

Justeru, langkah kerajaan memperkenalkan kursus ketamadunan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan suatu tindakan yang tepat untuk mengisi ruang keintelektualan pelajar dengan elemen kerohanian. Nilai-nilai ketamadunan yang diterapkan secara langsung dalam pengajian kursus TITAS mampu mendidik akhlak dan moral pelajar. Pemantapan akhlak dan moral yang sempurna dapat melahirkan pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan insan dalam sesebuah masyarakat serta menjadi agen kelangsungan perkembangan sesebuah tamadun.

Definisi Akhlak dan Moral

Perkataan akhlak adalah berasal dari bahasa Arab iaitu khuluq, yang

bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan.1

Sementara Mohd Nasir Ripin dan Zulkiflee Haron mendefinisikan akhlak sebagai

tabiat atau maruaِ, iaitu: “Akِlak bererti tabiat atau maruaِ, serinُ disebut juُa

sebagai moral dan etika. Ia merupakan sains yang mengkaji keadaan dalaman seseorang yang menjadi pendorong untuk melahirkan tingkah laku luaran.

Ringkasnya, akhlak ialah gambaran batin atau keimanan seseoranُ”.2

Menurut kitab terjemahan Mu‟jam al-Wasit, akhlak ialah sifat yang tertanam

dalam jiwa manusia, dan dengannya lahir pelbagai perbuatan baik atau buruk

tanpa hajat kepada pertimbangan terlebih dahulu.3 Akhlak turut didefinisikan

sebagai adat kebiasaan, perangai, tabiat, maruah atau kehormatan dan juga agama. Ia juga merupakan suatu sifat atau perbuatan yang terbit dari jiwa dengan

mudah tanpa memerlukan pandangan.4

Takrifan ini turut diakui oleh al-Ghazali yang cenderung melihat akhlak sebagai ethics of the soul. Menurut belaiu lagi akhlak adalah sifat yang melekat dalam jiwa seseorang yang menjadikan ia dengan mudah tanpa banyak

1 Aydin, Mehmet (1992), Islamic Ethics dalam Lawrence C. Becker & Charlotte B. Becker (eds.). Encyclopedia of Ethics, vol. 1. New York: Garland Publishing Inc. h.631; Noresah bt. Baharom (Hajah) (ed.) (2005), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h.25.

2 Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron (2005), Konsep Tamadun Islam, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai, Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia. h.49.

3 Ibrahim Mustafa (t.t), al-

Mu‟jam al-Wasit. Turki: Maktabah al-Islamiyyah Istanbul, h.202. 4 Jamil Saliba (1982),

77

pertimbangan lagi.5 Sementara Ibn Manzur menyatakan akhlak sebagai

gambaran dalaman manusia, iaitu sifat diri yang memberi makna tersendiri sesuai dengan status mereka diciptakan sebagai makhluk. Sifat-sifat dalaman ini seterusnya dizahirkan melalui watak dan tingkah laku mereka sama ada baik

mahupun buruk. 6

Selain itu, akhlak merupakan gambaran hati yang melahirkan gerak geri, tingkah laku dan tatatertib dalam pergaulan seseorang atau membawa erti tabiat

atau perangai.7 Sementara Miqdad Yaljan memberikan penjelasan mengenai

akhlak iaitu menunjukkan sifat-sifat semula jadi pada fitrah kejadian manusia dalam keadaan bebas. Akhlak menunjukkan kepada sifat-sifat yang boleh diusahakan. Akhlak meliputi dua dimensi iaitu perlakuan dalaman atau jiwa dan luaran atau tindak tanduk yang dilahirkan seseorang. Miqdad menekankan pengertian akhlak dari segi perlakuan insan selari dengan sifat semulajadinya. Perlakuan ini dilakukan secara sedar dan dikategorikan kepada tindakan batiniah dan zahiriah.8

Manakala moral adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Latin

„mores‟, yanُ bermaksud keadaan satu-satu tindakan manusia, sama ada secara individu atau kelompok.9 Selain itu, „mores‟ juُa bererti kebiasaan atau adat.10 Istilaِ „mores‟ ini dapat diertikan juُa sebaُai „etِos‟ dalam bahasa Greek.11

Moral juga merangkumi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang semasa berinteraksi dengan manusia lain. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang jika sesuai dengan nilai dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dianggap mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya. Istilah moral lebih berpihak kepada baik buruknya perbuatan manusia sebagai manusia. Pembicaraan tentang moral juga adalah berkaitan dengan bidang kehidupan manusia yang dinilai dari baik buruknya perbuatan seseorang sebagai manusia. Norma moral dijadikan sebagai tolak ukur untuk menetapkan betul salahnya sikap dan tindakan manusia, baik buruknya sebagai manusia.

5 Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al- (1990),

Ihya‟`Ulum al-Din, juzu‟ 3. Damsyik: Dar al-Khayr. h.69.

6 Ibn Manzur (1990), Lisan al-`Arab,

juzu‟ 10. Beirut : Dar Sadir. ِ.86.

7 Ahmad Amin (1994), Kitab al-Akhlaq. Beirut: Dar al-Kutub al-Arabi, h.2.

8 Miqdad Yaljan (1973), al-Ittijah al-Akhlaqi Fi al-Islam. Cet.1, Mesir: Maktabah al-Kanji, h.34.

9 Ghazali Basri (2007),

“Penُِayatan Nilai Moral dan Akِlak Dalam Konteks Pendidikan Umat Berbilang Aُama Di Malaysia”, dalam Aِmad Moِamad Said & Mohd Nasir Mohd Tap, Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah. h.132.

10 K. Bertens (2003), Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. h.2.

11 Runes D.D. (1979). Dictionary of Philosophy. New Jersey, USA: Littlefield Adam and Co. h.202.

78

Moral juga sering dikaitkan dengan proses sosialisasi individu dan tanpa moral manusia tidak mampu melakukan proses sosialisasi. Umpamanya, dalam konteks mengajar seseorang ke arah pembentukan peribadi yang baik atau membetulkan kesalahan yang dilakukan, beberapa kaedah digunakan seperti menegur, memberi nasihat, menakutkan dengan menggunakan rotan dan sebagainya.

Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa akhlak dan moral merupakan satu pernyataan terhadap perlakuan manusia yang dianggap sebagai positif, walaupun tidak semestinya kerana ada juga istilah yang mengguna pakai pernyataan seperti akhlak buruk dan moral buruk. Ini bermaksud seseorang yang tidak berakhlak atau bermoral adalah orang yang melanggar nilai dan norma beretika dalam masyarakatnya atau terlibat dalam gejala yang melunturkan

akhlak.12 Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai persamaan, namun ia

berbeza dengan konsep akhlak yang lebih dikaitkan dengan nilai ketuhanan.13

Pelaksanaan KursusTamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Di IPTA Pelaksanaan kursus ketamadunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah selari dengan aspirasi negara yang peka terhadap perubahan semasa bagi menghasilkan kurikulum terkini yang diperlukan negara, pasaran dan pelajar. Kursus ketamadunan yang dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) akhirnya dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai memenuhi konsep universiti sebagai pembekal ilmu kepada

masyarakat.14 Ia merupakan suatu tindakan yang tepat oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan pengajian ketamadunan atau kursus

TITAS di institusi pengajian tinggi awam di negara ini.15

12 K. Bertens (2003), op.cit., h.4.

13 Akhlak adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-kedua sumber ini menggariskan beberapa prinsip akhlak yang menjadi panduan manusia.

14

Hasِim Hj. Musa )2005(, “Ke Araِ Penُajaran TITAS dan Hubunُan Etnik Yanُ Holistik” dalam Ke Arah Pengajaran TITAS & Hubungan Etnik Yang Holistik, Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005. Diselenggara oleh Unit TITAS, Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA): UiTM Shah Alam, h. 2.

15Menurut Y.B. Dato‟ Sri Moِd. Najib Tun Razak dalam ucapannya pada 9ِb Julai 1997,

kursus ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar IPTA supaya memahami dan prihatin tentang Tamadun Islam dan beberapa tamadun di rantau ini, seterusnya mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian tersebut sesuai dengan konteks Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan agama. Di samping itu, ia juga bertujuan menyediakan para pelajar supaya mempunyai mind-set yang tepat serta dapat mewujudkan semangat saling kenal mengenal dan hormat menghormati antara pelbagai tamadun. Lihat Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri

Haron )2000(, “Penُajian Umum di Alaf Baru” dalam Wan Kamal Mujani, Tamadun Islam

Dalam

Pendidikan Liberal: Pendekatan Yang Sewajarnya Pada Alaf Baru, Cet. 1. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM, h. 102.

79

Kursus TITAS telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Kursus TITAS yang dianggotai oleh wakil-wakil IPTA tempatan. Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama IPTA mulai sesi akademik 1998/1999 melalui

pelbagai pendekatan mengikut kesesuain setiap IPTA.16 Pada awalnya, kursus ini

telah memperuntukkan 4 jam kredit tetapi kemudiannya berubah mengikut kesesuaian pelaksanaannya di setiap IPTA.

Secara dasarnya, terdapat 10 matlamat umum kursus TITAS yang

dikemukakan oleh Jawatankuasa Penggubal,17 iaitu:

1. untuk menyemai dan memupuk persefahaman tulen dan sikap saling menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan budaya di negara ini, khususnya di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara demi perpaduan dan keutuhan negara,

2. untuk memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai melalui

musyawarah dan ijmak (consultation and concensus),

3. untuk memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan toleransi yang tinggi,

4. untuk memupuk nilai-nilai universal di kalangan rakyat Malaysia,

5. untuk melahirkan para siswazah yang berfikiran luas dan perpandangan sejagat selaras dengan peranan global negara Malaysia kini dan akan datang.

6. untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berperadaban tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni, 7. untuk memantapkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan rakyat

Malaysia.

8. untuk melengkapkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa,

9. untuk membantu melahirkan masyarakat madani dalam erti kata yang sebenarnya,

10. untuk memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan ilmu pengetahuan sepenuhnya.

Objektif kursus TITAS bermatlamat untuk mencapai gagasan situasi semasa di samping menimbulkan kesedaran kepada pelajar yang realitinya berhadapan dengan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pelajar daripada pelbagai kaum yang mengikuti kursus ini dapat memupuk perasaan saling menghormati, memperkukuhkan jati diri, berilmu dan berpandangan luas serta dapat memberi sumbangan dalam membangunkan negara Malaysia. Selain itu, ia merupakan perubahan ke arah memberikan pendedahan kepada pelajar IPTA mengenai kepentingan mengenali kepelbagaian tamadun dalam sejarah peradaban dunia dan Asia.

16 Kursus ini dilaksanakan dengan melihat kemampuan tenaga pakar, fasiliti atau kemudahan-kemudahan yang dimiliki IPTA masing-masing. Ibid.

80

Kursus TITAS turut mengetengahkan unsur-unsur ketamadunan yang amat diperlukan bagi membolehkan pelajar peka dengan pembangunan kemanusiaan yang meliputi material dan spiritual. Aspek tamadun Islam diperkenalkan bagi membolehkan pelajar dan generasi muda menghayati latar belakang pemikiran, kebudayaan dan sejarah Islam yang berjaya mengubah worldview masyarakat Melayu khususnya. Pada masa yang sama, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aspek tamadun Asia yang mempunyai hubungan dengan sejarah dan kebudayaan masyarakat Malaysia.

Pengajian ketamadunan adalah penting bagi membolehkan pelajar mengetahui keunggulan dan kelemahan bagi mempertingkatkan perancangan dan strategi pada masa hadapan. Kursus yang menepati kurikulum terkini yang diperlukan negara dan pasasan ini mampu mencetuskan idea inovasi serta mendidik akhlak dan moral pelajar. Penerapan nilai-nilai akhlak dan moral secara tidak langsung dapat membangunkan keinsanan pelajar yang merupakan agen kelangsungan perkembangan sesebuah masyarakat dan tamadun.

Pendekatan Dalam Pembinaan Ahklak Dan Moral

Pembinaan akhlak dan moral perlu dimulai dengan kemantapan ilmu pengetahuan mengenai pendekatan yang terbaik dalam mendidik dan mengajar individu. Menurut al-Ghazali, manusia memiliki akhlak baik secara semula jadi semenjak dilahirkan dan sebahagian lagi berpotensi untuk merubah akhlak

mereka melalui proses latihan dan kaedah pendidikan tertentu.18

Ibn Miskawayh pula menjelaskan bahawa manusia terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan yang baik/jahat pada asalnya dan golongan yang boleh berubah kepada kebaikan atau kejahatan. Meskipun semua manusia dicipta dalam bentuk fitrah, tetapi mereka berpotensi untuk berubah menjadi baik atau buruk melalui pendidikan, latihan, undang-undang, peraturan, tunjuk ajar, nasihat, disiplin dan sebagainya. Faktor agama, nafsu, keluarga, ibu bapa, rakan, masyarakat dan suasana sekeliling memberi pengaruh besar kepada perubahan akhlak dan moral individu.19

1. Agama

Agama memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik akhlak seseorang kerana tujuan utama syariat Islam adalah untuk merubah akhlak manusia. Individu yang dibesarkan dalam suasana menghayati ajaran-ajaran syariat Islam sejak kecil akan menjadi baik dan bahagia. Pelaksanaan rukun-rukun Islam bukan sahaja merupakan latihan lahir, tetapi merupakan latihan batin. Menerusi solat berjemaah umpamanya, dapat memperbaiki akhlak manusia dari

segi ikatannya dengan Tuhan dan perhubungannya sesama manusia. 20

18 Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al- (1990),

Ihya‟ „Ulum al-Din, juzu‟ 3. Damsyik: Dar al-Khayr, h. 183.

19 Ibn Miskawayh (1968). The Refinement of Character. Constantine K. Zurayk, terj. Beirut: The American University of Beirut. h. 29-31.

81

2. Pendidikan akhlak melalui pembaikian fakulti kejiwaan manusia

Ia dimulai dengan mendidik fakulti jiwa syahwat manusia, diikuti dengan fakulti jiwa marah dan fakulti jiwa rasional manusia. Oleh itu, Ibn Miskawayh menegaskan bahawa pendidikan akhlak mesti bermula dengan mendidik tabiat makan yang dirangsangkan oleh fakulti jiwa syahwat. Tabiat makan yang baik membantu seseorang mengawal sifat marah yang berpunca dari fakulti jiwa marah dan seterusnya mendorong ke arah cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan yang lahir daripada fakulti jiwa rasional.21

3. Pendidikan akhlak melalui menuntut ilmu

Menurut Ibn Miskawayh, akhlak buruk berpunca daripada perasaan marah, takut mati dan kesedihan. Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan menuntut

ilmu pengetahuan yang berkaitan.22 Manusia perlu mengetahui perihal hakikat

mati, konsep jiwa jasad dan kebahagiaan abadi. Untuk tujuan menuntut ilmu-ilmu ini, fakulti jiwa rasional perlu diperkasakan. Hanya dengan keteguhan dan kemantapan fakulti jiwa rasional sahaja manusia dapat berfikir, membuat pertimbangan dan keputusan dengan baik, menolak segala bentuk kebatilan dan

Dalam dokumen Pengaruh Dan Sumbangan Islam Dalam Pemba (Halaman 75-87)

Dokumen terkait