• Tidak ada hasil yang ditemukan

membentuk individu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Dalam dokumen Buku Istiab Fathi Yakan (Halaman 39-51)

radiallahu-anhu,

yang

mana beliau telah mengatakan:

"Satu rombongan tiga orang telah datang ke rumah-rumah para isteri Rasulullah s.a. w. bertanyakan tentang ibadat Rasulullah s.a.w. Apabila diceritakan kepada mereka, mereka saling memperkatakan ibadat (Rasulullah) itu, dan mereka berkata.: "Dii manakah (kedudukan) kita jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w. sedangkan baginda telah diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang kemudian. " Seorang dari mereka berkata.: "Saya akan sembahyang malam selama-lamanya. " Yang seorang lagi pula berkata.: "Saya akan berpuasa sepanjang zaman dan tidak akan berbuka. " Yang satu lagi pula berkata: "Saya akan menjauhkan diri dari perempuan, saya tidak akan berkahwin selama-lamanya. " Baginda Rasulullah s. a. w.

pun datang kepada mereka dan bersabda: "Kamukah yang telah mengatakan begini-begini? Demi Allah aku ini orang yang paling takut dan paling bertaqwa dan kamu kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka (1), aku sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini wanita. Siapa yang lari dari sunnahku beliau bukan dari

golonganku. "

Diriwayatkan dari Abi Hurairah radiallahu-anhu bahawa beliau mengatakan yang Rasulullah s.a.w. telah ' bersabda:

"Sesungguhnya agama itu mudah, tidak seorang pun yang menyanggahi/melawan agama (ini) melainkan ia akan tewas. Oleh itu berpegang teguhlah dengan (amal) yang benar (dengan tidak melebih-lebihkan dan tidak meringan-ringankan) dan buatlah sesuatu (amal) yang lebih hampir kepada yang sempurna (jika kamu tidak mampu melakukan yang sempurna itu), dan berilah berita gembira (dengan pahala amal yang berkekalan sekalipun sedikit) dan minta tolonglah (untuk terus menerus melakukan ibadat) dengan pagi (melakukannya di waktu yang masih segar dan cergas - pagi) dan petang dan akhir (larut) malam. " Riwayat Bukhari (2)

3 - Sedikit Yang Berterusan Lebih Baik Dari Yang Banyak Tapi

Terputus-putus-Di antara kaedah Nabawiah juga ialah menggalakkan

(1) Tidak berpuasa.

(2) Terjemahan hadis ini didasarkan kepada huraian dalam Fathul Bari kitab 2 bab 29.

supaya kerja-kerja kebajikan dilakukan dalam keadaan yang berterusan sekalipun sedikit, kerana dengan amal yang berterusan ini semua amal-amal tadi akan menjadi amal yang ash, dapat dilakukan dan manusia mampu melakukannya dengan tidak merasa keberatan.

Dalam banyak keadaan iltizam yang memberatkan dan kerja-kerja yang terlalu banyak yang dilakukan oleh seseorang adalah hasil dari tindakbalas bermusim yang akan malap, lemah, berkecai dan akan membawa pelakunya mengambil arah yang menyonsang. Cara kerja yang seperti ini juga boleh menjadi pintu masuk kepada sifat kagum kepada diri sendiri. Sifat ini akan membawa kehancuran.

Oleh kerana itulah bimbingan Rasulullah menekankan agar amal-amal kebajikan ini dilakukan dengan cara yang berterusan dengan tidak mengambil hirau sangat kepada kuantiti amal yang dilakukan.

Malah dari titik tolak inilah juga penumpuan diberikan kepada kesudahan kepada sesuatu amal itu bukan permulaannya.

Diriwayatkan dari Aisyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah s.a.w. telah masuk menemui Aisyah sedang di sisi Aisyah terdapat seorang perempuan. Rasulullah

s.a.w. pun bersabda:

"Siapakah (perempuan) ini? Aisyah berkata: Ini si polan yang disebut-sebut (dikenali) kerana solatnya. " Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hentikanlah, kamu mestilah (melakukan) apa yang kamu mampu (buat). Demi Allah, Allah tidak akan jemu hinggalah kamu jemu. "

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar bin Al-'As radiallahu-anhu, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Hai Abdullah, jangan kau jadi seperti si anu, dia melakukan qiamullail dan meninggalkan qiamullail (1). Hadis Muttafaq.

Dalam satu riwayat dari Aisyah radiallahu-anha, bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya manakah amal yang paling disukai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda menj awab:

"Yang paling berkekalan sekalipun sedikit. "

Dalam satu riwayat pula Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda:

"Berpegang teguhlah dengan (amal) yang benar (dengan tidak melebih-lebihkan dan tidak pula meringan-ringankan) dan buatlah sesuatu (amal) yang lebih hampir kepada yang sempurna (jika kamu tidak mampu melakukan yang sempurna itu) dan ketahuilah amalan

seorang dari kamu tidak dapat memasukkannva ke dalam syurga dan (ketahuilah) bahawa amal yang paling disukai Allah ialah (amal) yang paling berkekalan sekalipun sedikit. " Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat yang lain pula disebutkan dengan lafaz:

"Amalan yang paling disukai Allah ialah amal yang pelakunya berkekalan melakukannya. " Riwayat Malik dan Bukhari.

Dalam riwayat lain pula disebutkan: e

"Sedikit yang berkekalan lebih baik dari banyak yang terputus-putus. "

4 - Sunnah Dan Pengutamaan Perkara Yang Utama Dalam Pembentukan.

Di antara sunnah Rasulullah s.a.w. dalam proses pembentukan ialah mengutamakan perkara-perkara utama dan mendahulukan yang lebih penting dari yang kurang penting.

Akhlak- yang mulia mestilah hasil dari ibadah dan ibadah mestilah datang sebagai natijah dari akidah yang betul. Begitulah juga amal-amal mestilah dibina di atas kaedah-kaedah, asas-asas dan sesuai dengan peringkat-peringkat keutamaan.

Takwin atau pembentukan yang tidak beriltizam dengan tangga-tangga atau peringkat-peringkat

(1) Yakni beliau melakukan qiamullail sepenuhnya pada satu malam kemudian tidak melakukannya di malam besoknya atau di malam-malam yang lain.

keutamaan dalam pembentukan atau takwin yang mengikut cara sendiri, pembentukan yang gocah, tidak tegak di atas kaedah yang kuat dan tidak dibangunkan di atas asas yang kuat dan kontan. Oleh itu ia akan terdedah kepada keruntuhan dan kehancuran, menjadi debu-debu yang berterbangan. Inilah pemisahan pokok dan perbezaan asasi antara akhlak Islamiah yang dibina di atas akidah tauhid dan akhlak dalam pengertian falsafah-falsafah kebendaan yang dibina di atas dasar kepentingan.

Oleh kerana itulah manhaj nabawi dalam pemben-tukan peribadi muslim bertunjangkan kepada pembi-naan akidah terlebih dahulu dari yang lainnya, malah manhaj ini datang sebagai terjemahan yang praktik kepada cara penurun al-Quraan, peringkat dan ruang lingkupnya.

Al-Quraan itu sendiri, dalam keadaan yang terus menerus, adalah memusatkan kepada pembinaan akidah di sepanjang zaman Mekah. la mengambil masa hampir tiga tahun, supaya setelah pemusatan kepada pembinaan akidah ini semua perkara-perkara cabang yang lain yang terdiri dari ibadat-ibadat, arahan-arahan dan syariat, akan terbina di atas tapak akidah yang kuat dan asas-asas prinsip yang kukuh.

Dari penelitian kita terhadap cara penurunan ayat-ayat al-Quraan yang bersifat taklifi, ternyata bahawa penyusunan awaliat/keutamaan-keutamaan itu amat jelas, tetap dan berterusan. Di antara yang dapat kita lihat ialah firman-firman Allah berikut:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih. "

Al-Asyr: 1 - 3

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang berima dan melakukan amal salih. "

Al-Baqarah: 25

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, mereka itu penghuni syurga. "

Al-Baqarah: 82

;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal salih, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat mereka mendapat pahala di sisi Tukannya. Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. "

Al-Baqarah: 277

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal salih (bahawa) untuk mereka ampun dan pahala yang besar. "

Al-Maidah: 9

"Apabila mereka bertaqwa serta beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang salih. "

Al-Maidah: 93

-j '

A

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat itu satu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah kebaikan orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang disayanginya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang

miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan)- clan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia ber-janji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. "

Al-Baqarah: 177 Demikianlah banyak kedapatan ayat-ayat yang menekankan penyusunan tertib awaliat yang bersifat taklif dengan menegaskan yang lebih penting terlebih dahulu.

Setelah ayat-ayat ini datang pula sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai terjemahan kepada kaedah ini yang dapat dilihat dari tata cara Rasulullah s.a.w. di sudut pemben-tukan.

a - Orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah amalan yang paling afdal?

Rasulullah s.a.w. bersabda menjawab: "Mengenal Allah azza wajalla

b - Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ajarkan kepadaku ilmu-ilmu yang ganjil." Rasulullah s.a.w. ber-sabda:

"Apa yang telah kau lakukan terhadap kepala ilmu?" Lelaki itu berkata: "Apakah kepala ilmu?" Rasulullah menjawab: "Tidakkah kau kenal Tuhanmu?" Lelaki itu menjawab: "Ya". Rasul pun bersabda: "Apa yang telah kau lakukan tentang haknya?" Lelaki itu menjawab: "Apa yang dikehendaki Allah." Rasulullah bersabda: "Tidakkah kau kenal mati?"Lelaki itu menjawab: "Ya". Rasulullah pun bersabda: "Apa yang telah kau sediakan baginya. " Lelaki itu menjawab: "Apa yang dikehendaki Allah." Rasulullah s. a. w. bersabda: "Pergilah dan hukumlah apa yang ada di sana, kemudian datanglah supaya kami ajarkan kepadamu ilmu yang ganjil-ganjil " Riwayat Abu Naaim dan Ibni Abdil - Bir.

c - Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Saya perintahkan memerangi manusia hinggalah mereka menuturkan Lailahaillallah ,apabila mereka telah menuturkannya (bererti) mereka telah menyelamatkan dariku darah-darah mereka dan harta-harta mereka. "

Hadis Rasulullah s.a.w. ini adalah sebagai terjemahan praktik kepada firman Allah yang berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang lain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakinya. "

An-Nisaa': 48 dan 116 Dari apa yang dikemukakan jelaslah bahawa proses pembentukan mestilah tidak berlaku dalam bentuk yang mengikut kehendak sendiri, tidak dibina atas asas yang terikat dengan peringkat-peringkat dan awaliat, kerana jika proses pembentukan itu berada dalam kea-daan yang demikian ia merupakan proses takwin yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan sudah tentu gagal sejak dari awal-awal lagi. Tanda-tanda kecacatan yang terdapat pada syaksiyah Islamiah hari ini adalah merupakan natijah dari kesalahan dalam mengikut sunnah mengenai perkara-perkara awaliat dalam proses pembentukan peribadi Muslim.

5 - Pembentukan Melalui Kudwah.

Sunnah nabawiah telah menggesa supaya proses pembentukan mestilah dilakukan melalui kudwah. Telah diterima bahawa apa yang ditunjukkan oleh kenyataan itu lebih berkesan dari apa yang ditunjukkan oleh kata-kata. Diterima juga bahawa kesan perbuatan itu lebih kuat dari kesan kata-kata. Memang benarlah firman Allah:

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri pada hal kamu membaca al-kitab (Taurat). Tidakkah kamu

Dan firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu buat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. "

Ash-Shaff: 2 - 3 Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan contoh utama dan ikutan yang baik bagi semua umat Islam, untuk semua zaman dan tempat. Rasulullah s.a.w. adalah merupakan terjemahan praktik kepada al-Quraan. Sewaktu Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w. beliau menjawab dengan katanya: "Akhlak baginda ialah al-Quraan."

Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kesan kudwah dalam banyak arahan-arahannya. Baginda juga men-jelaskan bahawa kudwah itu merupakan tanda dan hasil kepada sifat amanah. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iman itu bukan dengan angan-angan dan bukan (juga) dengan perhiasan, tetapi (iman itu) ialah apa yang termetri dalam hati dan dibuktikan oleh amal. " Riwayat ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus.

"Belum/tidak (lagi) beriman orang yang menghalalkcn apa yang diharamkannya. " Riwayat at-Tarmizi.

:

"Tiada seorangpun yang memberi khutbah melainkan Allah akan menyoalnya tentang khutbah itu." Riwayat al-Baihaqi.

"Contoh bandingan orang yang mengajarkan orang lain melakukan kebaikan tetapi lupa pada dirinya sendiri samalah dengan lampu yang menerangi orang lain dan membakar dirinya sendiri. " Riwayat al-Bazzar.

"Semua binaan itu akan jadi malapetaka kepada tuan-nya kecuali yang seperti ini. " Baginda mengisyaratkan dengan tapak tangannya. "Semua ilmu itu akan jadi malapetaka kepada tuannya kecuali orang yang mengamalkannya. " Riwayat at-Tabarani.'

.

"Sesungguhwya seorang lelaki itu belum lagi beriman hinggalah hatinya sarna dengan lidahnya dan lidahnya sama dengan hatinya, perkataannya tidak mencanggahi amalannya dan jirannya selamat dari kejahatan-kejahatannya. " Riwayat al-Asbihani.

Di sini saya ingin mengemukakan kata-kata Ali bin Abi Talib mengenai keistimewaan kudwah dan kepen-tingannya. Beliau berkata: Siapa yang melantik dirinya sebagai imam kenada orang ramai beliau hendaklah mula dengan membetulkan dirinya sebelum membe-tulkan orang lain, dan pembetulannya itu mestilah terhadap hatinya dahulu daripada lidahnya. Orang yang mengajar dan membetulkan dirinya lebih utama untuk dimuliakan dari orang yang mengajar dan membetulkan orang lain.

6- Pembentukan Kulli Bukan Juzie.

Di antara ciri yang membezakan cara tarbiah nabawiah dalam pembentukan individu ialah pandangan yang bersifat kulli dan menyeluruh. Sunnah Rasulullah s.a.w. tidak mementingkan satu sudut sahaja dari sudut-sudut pembentukan atau tidak melihat satu sudut sahaja dari sudut-sudut keperibadian Islamiah, malah ia mengambil berat terhadap semua sudut dan semua sudut sifat-sifat peribadi Islamiah.

Manhaj nabawi tidak hanya mengambil berat tentang peningkatan fikrah dan mental dengan mengabaikan sudut rohani, begitu juga ia tidak hanya mengambil berat sudut rohani dengan mengorbankan sudut ang-gota tubuh badan, ia tidak hanya mengambil berat sudut jasad dengan mengorbankan sudut rohani, tidak hanya mengambil berat di sudut-sudut tertentu dengan mengorbankan sudut-sudut yang lain, tetapi penum-puannya merangkumi semua sudut dalam satu keadaan

yang syumul dan seimbang, dengan tidak berlaku sikap melampau atau cuai, dengan tidak melakukan kesilapan atau menyeleweng dan dengan tidak bersikap melewati batas.

Manhaj nabawi dalam persoalan pembentukan adalah merangkumi kesemua sudut-sudut persediaan, baik yang bersifat fikrah, kejiwaan dan gerakan. Dengan itu syaksiyah Islamiah yang sempurna dan seimbang, mampu bertahan, mencabar, mampu meneruskan per-juangan dan mampu memberikan sesuatu dalam semua keadaan yang dapat dilahirkan.

a - Dalam soal pengambilan berat sunnah nabawiah terhadap pembentukan "akliah Islamiah" dan memper-tingkatkan kemampuan berfikir pada individu kita akan mendapati beberapa hadis nabawi. Di antaranya:

.

"Siapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan Allah akan menjadikannya faham dalam (urusan) agama. " Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.

"Ibadat paling afdal ialah fiqh (memahami agama Allah) dan din yang paling afdal ialah warak." Riwayat at-Tabarani.

.

"Siapa yang menjalani satu jalan (dengan tujuan beliau) mencari ilmu di sana, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke syurga." Hadis ini masih ada sam-bungannya. Riwayat at-Tarmizi.

"Seorang yang mendapat sesuatu tidak akan mendapat sesuatu yang lebih afdal dari ilmu yang dapat memim-pi n• taannya kepada petunjuk (Allah) atau menolaknya dari perkara yang buruk. Agamanya tidak akan mantap hinggalah ilmunya (juga) mantap. " Riwayat at-Tabarani.

"Tidaklah (seseorang itu) beribadat kepada Allah lebih afdal dari memahami agama (Allah), seorang faqih (yang faham) lebih sukar bagi syaitan dari seribu abid (ahli ibadat). Tiap-tiap satu itu ada tiangnya dan Hang agama ini ialah fiqh (faham). Riwayat al-Baihaqi dan ad-Daruqutni. b. - Dalam soal pengambilan berat sunnah nabawiah tentang pembentukan "j iwa I slamiah", melatih hati dan rohani, kita kemukakan contoh-contoh dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Di antara lain:

"Jangan kamu bunuh hati dengan banyak makan dan

minum, kerana hati itu seperti tanaman ia akan mati apabila air terlalu banyak. "

"Tiap sesuatu itu ada kayu ukurnya dan kayu ukur bagi hati ialah berzikir (mengingati) Allah. Tidak ada sesuatu yang dapat melepaskan dari azab Allah lebih dari ber zikirullah. " Mereka berkata: "Tidak juga jihad?" Rasulullah s.a.w. bersabda.• "Sekalipun beliau meman-cung dengan pedangnya hingga terputus. " Riwayat al-Baihaqi.

"Kedua mata manusia itu penunjuk, dua telinganya adalah corong, lidahnya terjemahan, dua tangannya adalah dua sayap, dua kakinya adalah pos dan hatinya adalah raja. Apabila raja itu baik akan baiklah semua bala tenteranya. "

"Siapa yang dikehendaki Allah baginyaa kebaikan Allah akan menjadikan baginya penasihat dari (dalam) hatinya (sendiri).

116 117

"Siapa yang ada padanya penasihat dari (dalam) hatinya adalah baginya pemelihara (yang datangnya) dari Allah. " Kedua-dua hadis mi dari Musnad al-Firdaus.

"Kamu berikanlah kerihatan pada hati dari semasa ke semasa, sesungguhnya apabila hati itu telah penat ia akan buta. "

"Kamu berilah kerihatan kepada hati dari satu masa ke satu masa. " Riwayat Abu Daud.

c - Dalam soal pengambilan berat sunnah nabawiah terhadap tubuh badan individu supaya beliau akan tetap kuat dan afiat, perkasa dan mampu memikul tanggungjawab hidup, kewajipan-kewajipan risalah dan taat kepada Allah, kita kemukakan contoh-contoh dari hadis-hadis dan arahan-arahan nabawiah. Di antara lain:

"Tidakkah bani Adam itu memenuhkan bijana (bekas) lebih jahat dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tubuhnya.

Kalau beliau terpaksa melakukannya, (biarlah) satu per-tiga (1/3 perutnya) untuk makanannya, satu pertiga (1/3

perutnva) untuk minumannya dan satu pertiga ('1/3

Perut n ya) lagi untuk nyawanya. " Riwayat at-Tarmizi.

".Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat ntengenai penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah. " Riwayat Muslim.

"Ya, wahai hamba-hamba Allah, kamu berubatlah. Sesungguhnya Allah azza-wajalla tidak menjadikan satu penyakit melainkan ia akan menjadikan penyem-buh baginya, kecuali satu penyakit (sahaja). Mereka berkata: "Apak ah dia?" Rasulullah bersabda: "(penyakit) tua. " Riwayat Ahmad dan an-Nasai'e.

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah. " Riwayat Muslim.

"Kamu ajarlah anak-anak kamu memanah, berenang dan menunggang kuda. "

"(Hiduplah dengan) berlapar dan (hiduplah secara) berkasar dan (hiduplah dalam suasana) perjuangan. "

Riwayat at-Tabarani.

"Sesungguhnya jasadmu (punya) hak ke atas dirimu. "

"Orang yang mencekik dirinya akan mencekik dirinya dalam neraka, orang yang menikam dirinya akan menikam dirinya dalam neraka, orang yang menyerang akan diserang dalam neraka. " Riwayat al-Bukhari.

7 - Kesejahteraan Biah Dan Kesannya Terhadap Pembentukan Peribadi Muslim.

Untuk menjamin kejayaan proses pembentukan peribadi Muslim sunnah nabawiah telah bergantung kepada pengambilan berat terhadap kesejahteraan persekitaran (biah), malah sunnah nabawiah telah memberikan kepada persekitaran (biah) itu peranan yang amat penting dan berkesan dalam proses pemben-tukan peribadi muslim dengan pembenpemben-tukan yang sejahtera dan sesuai dengan tuntutan semasa.

a - Persekitaran dan suasana rumahtangga atau keluarga dianggap sebagai tempat asuhan pertama bagi proses pembentukan. Ibu bapa adalah bertanggung-jawab dari awal lagi untuk menghidupkan suasana yang

dupat menolong proses pembentukan. Ini dilakukan melalui tarbiah secara teori dan praktik. Oleh kerana itulah arahan dan bimbingan nabawiah yang men-jelaskan tanggungjawab kedua ibu bapa amat jelas dan nyata. Di antara lain sabda Rasulullah s.a.w.:

"Anak itu dilahirkan (dalam keadaan) fitrah, kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. "

~ <.

"Lelaki itu gembala terhadap keluarganya dan beliau bertanggungjawab terhadap gembalanya. Perempuan itu gembala di rumah suaminya dan beliau bertang-gungjawab terhadap gembalanya. " Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Didiklah anak-anak kamu dengan adab dan elokkanlah

adab mereka. " Riwayat Ibnu Maj ah.

"Ajarkanlah kebaikan kepada anak-anak dan keluarga

kamu dan (didiklah mereka) beradab. "

/

"Perintahkanlah anak-anak kamu melakukan perintah-perintah (Allah) dan menjauhi larangan (Nya) yang demikian itu akan jadi benteng kepadh mereka dari neraka. " Riwayat Ibnu Jarir.

"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga sifat (ini): Cin-takan nabi mereka, cintakan keluarga Rasulullah clan membaca al-Quraan. Kerana orang yang mendokong al-Quraan akan berada (di bawah) naungan arasy Allah pada hari di mana tidak ada nuungan melainkan naungan Allah. " Riwayat at-Tabarani.

b - Memilih kawan dan sahabat merupakan satu faktor penting dalam proses pembentukan peribadi muslim. Sunnah nabawiah telah memperingatkan perkara ini dan melarang keras dari bergaul dengan orang-orang yang jahat dan bersahabat dengan orang-orang yang telah menyimpang dari jalan yang sebenar. Di antara lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang itu aaan mengikut agama teman rapatnya. Oleh itu setiap kamu mestilah memerhatikan siapakah yang akan dijadikan teman rapat. " Riwayat at-Tarmizi.

"Bandingan teman sekedudukan yang salih dengan teman sekedudukan yang jahat samalah seperti pem-bawa kasturi dengan tukang tiup alat pembakar besi. Ini ialah kerana orang yang membawa kasturi itu berkemungkinan memberikan kasturi itu kepada anda atau anda akan membelinya darinya atau anda akan dapati bau yang harum darinya, tetapi si tukang tiup alat pembakar besi boleh jadi akan membakar pakaian anda atau anda akan mengalami bau yang busuk darinya. " Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Seseorang itu akan bersama orang yang dikasihinya dan baginya apa yang diusahakannya. " Riwayat at-Tarmizi. Engkau mestilah menjauhi teman jahat kerana engkau akan dikenal dengannya. " Riwayat Ibnu Asakir.

d - Sunnah nabawiah telah menekankan sungguh-sungguh tentang pentingnya pembersihan masyarakat dari anasir-anasir yang membawa kerosakan sebagai

Dalam dokumen Buku Istiab Fathi Yakan (Halaman 39-51)

Dokumen terkait