• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Istiab Fathi Yakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Istiab Fathi Yakan"

Copied!
60
0
0

Teks penuh

(1)

i

Kandunga

n

Mukasurat

Kaedah-kaedah Asas Dari SunnahPertama: Mengutamakan Positif 97

DanNegatif 97

Mukaddimah 7 Kedua: Mengutamakan Sederhana

Konsep Penguasaan Dalam kehidupan Dan Melampau 99

Dakwah dan Pendakwah- Maksud Penguasaan-

Kemampuan Penguasaan Tidak Sama

9 9 10

Ketiga: Sedikit Yang BerterusanLebih Baik Dari BanyakTapi

Terputus-putus 102

- Penguasaan dan- Penguasaan LuaranPenguasaan Luaran

kejayaan Dakwahdan Dalaman 14 15 17

Keempat: Sunnah dan

PengutamaanPerkara Yang

Utama DalamPembentukan 105 -Pertama:

-Kedua: Memahami Deen AllahKudwah Hasanah 1726 Kelima: Pembentukan MelaluiKudwah 111 -Ketiga:

-Keempat: SabarLemah Lembut Dan Pembelas 3241 Keenam: Pembentukan Kulli BukanJuzie 114

-Keenam:

Memudahkan BukanMenyusahkan Tawaddhu Dan Rendah Diri

4854 Ketujuh: Kesejahteraan Biah DanKesannya Terhadap Pem-bentukan Peribadi Muslim 120

-Ketujuh:-

Manis Muka Dan ManisTutur

KataPemurah Dan Menafkan 62 Kelapan: Kesan Pahala DanSiksa Terhadap

PembentukanPeribadi Muslim 126 Harta Kepada Orang Ramai 69

Peringkat Kedua Penguasaan Haraki

- Kesembilan: Memberi Khidmat Kepada 132

Orang Lain Dan

Menyempur-nakan Keperluan Mereka 79 Pertama: Perkara Yang BerhubungDengan Kemampuan

Gerak-Penguasaan Dalaman 90 an Menguasai Anggotanya 132

Peringkat

PertamaTarbawi Penguasaan Akaidi 92 Kedua: Perkara Yang BerhubungDengan Penguasaan

Haraki 136 Sunnah RasulullahPembentukan Muslim s.a.w. Dalam 96

(2)

Bismillahirahmanirrahim

Mukaddimah

Pada hakikatnya buku ini merupakan intipati dari penderitaan yang panjang, hasil dari pengalaman pahit yang saya alami dan saya hidup bersamanya dalam realiti amal Islami di berbagai tempat dan berbagai kej adian.

Rangka buku ini telah saya siapkan sewaktu saya dipaksa keluar dari negeri saya, Kemudian penulisannya saya buat sewaktu saya ditempatkan secara paksa di satu daerah dari daerah-daerah negeri saya. Dalam bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1402 Hijrah, ber-samaan Jun, Julai 1982 saya memandang berat untuk ia dapat dibaca dengan hati-hati dan teliti, dikaji dengan tenang dan tafakkur, agar dapat diambil faedah darinya kiranya didapati faedah padanya. Saya mengharapkan sebahagian besar dari apa yang saya tulis ini akan memberi manfaat, kalau pun tidak semuanya.

Saya juga mengharapkan agar pembaca tidak mengambil kira kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam penulisan ini terutama yang berbentuk teknik dan bentuk. Saya mengharapkan agar pembaca menyelami maksud dan pengertian, bukan bentuk penulisan.

Saya juga mengharapkan doa dari pembaca, sama ada beliau mendapat faedah dari buku ini atau tidak. Demi

7

Allah, doa yang ikhlas inilah permintaan dan

keuntungan yang paling besar. Saya

memohon kepada Allah supaya menjadikan

kita dari golongan orang yang mendengar

kata-kata atau membacanya lantas mereka

mengikut yang baik dari kata-kata itu.

Kepada Allahlah kembalinya segala urusan.

Pengarang Ad-Dhamiah

Biqaa' Safrin Ramadhan

1402 Jun,

Julai, 1982.

KONSEP PENGUASAAN DALAM

KEHIDUPAN DAKWAH DAN

PENDAKWAH

1- Maksud Penguasaan:

Penguasaan yang saya maksudkan ialah

kemampuan

para pendakwah untuk

menarik

orang

ramai

dan

memperkembangkan mereka sekalipun

mereka itu ter-diri dari berbagai bentuk

mentaliti, kecenderungan, status dan ilmu

pengetahuan yang tidak sama.

Manusia secara umum tidak sama

dalam semua perkara.... dalam cara

berfikir,

status

penghidupan,

kecenderungan, kecerdasan otak juga

dalam kemampuan-kemampuan hissi dan

nafsi.

Pendakwah (Dai') yang berjaya ialah dai'

yang

mampu

mengharung

dan

mempengaruhi semua manusia dengan

fikrah dan dakwahnya, sekalipun orang

ramai itu terdiri dari berbagai bentuk

keadaan, tabiat dan status. Dai' yang

berjaya ialah dai' yang mampu menarik

paling ramai orang dan menguasai mereka

dari sudut fikrah dan harakah.

Dengan penjelasan ini, "penguasaan"

membawa

pengertian kemampuan

peribadi, keahlian di sudut akhlak, sifat

(3)

Pada hakikatnya kemampuan untuk "menguasai"

dianggap sebagai syarat kelayakan yang

pertama dan terpenting bagi peribadi seorang

dai'. Tanpa kemampuan "penguasaan" ini dai'

belum wujud dan dakwah juga belum berlaku.

2- Kemampuan Penguasaan Tidak Sama

Satu hal yang tidak diragui ialah, sepertimana

manusia lain, para duat tidak sama dalam

kemampuan untuk menguasai sesuatu. Walaupun

demikian satu hal yang tidak boleh tidak ialah;

setiap dai' mestilah memiliki kadar minima

kemampuan menguasai dakwah, kerana tanpa

kemampuan penguasaan paling minima ini seorang

dai' tidak boleh dianggap sebagai seorang

amil/pekerja dalam arena dakwah.

Ketidakwujudan kadar minima kemampuan

penguasaan boleh jadi tidak hanya setakat

menjadikan seorang dai' itu tidak dapat

menghasilkan sebarang faedah, malah boleh jadi

beliau menghasilkan natijah-natijah buruk yang

menyebabkan kemudaratan kepada Islam dan

gerakan Islam.

Berapa banyak orang yang telah dianggap

sebagai para duat dan dianggap sebagai orang

yang bekerja dalam arena Islam tetapi mereka

telah merosakkan Islam itu sendiri, tidak

membawa manfaat kepadanya.

Mereka

meruntuh

bukan

membina,

mereka

menyebabkan orang lari dari Islam bukan

mengem-Terdapat pula orang-orang yang hidup

dalam dakwah dan dakwah hidup kerana

kewujudan mereka. Mereka sehidup semati

bersama dakwah dan dakwah juga sehidup

semati dengan mereka. Golongan inilah

para duat yang sebenarnya. Mereka inilah

yang digelar rijaluddin (pembela agama)

yang amat diperlukan oleh Islam, juga

diperlukan oleh orang-orang yang sama

seperti mereka. Mereka inilah orang-orang

yang diperlukan untuk menjulang kembali

panji-panji Islam, membangunkan Daulah

Islamiah dan menegakkan hujah kepada

alam sejagat.

Ketidaksamaan kemampuan untuk

"penguasaan"

yang terdapat pada

manusia

samalah

dengan

ketidakmampuan perkakas-perkakas bijana.

Ada bijana yang mampu untuk dimuatkan

dengan sesuatu yang tidak boleh

dimuatkan ke dalam ratusan bijana lain.

Begitulah juga, ada di antara para dai'

yang mampu menguasai manusia yang

tidak mampu dikuasai oleh ratusan orang

yang bekerja dalam bidang dakwah Islam.

(4)

10

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ashari radiallahu-anhum beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah, menuntutnya adalah ibadah, mem-bincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah, kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram, menara kepada jalan penghuni syurga, teman setia di saat kesunyian, rakan di masa keseorangan, teman berbicara di waktu khulwah, petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh, perhiasan di saat bersama teman-teman. Dengan ilmu Allah telah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohid dan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikat terlalu kepingin berteman dengan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya. Setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang di laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan. Kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat. "(1)

“Contoh bandingan hidayah dan ilmu yang Allah utuskan saya untuknya samalah seperti hujan yang menimpa bumi. Ada di antara bumi itu yang baik (subur), menerima air lantas menumbuhkan padang ragut dan rumput yang banyak. Ada di antaranya yang keras kontang, menakungi air, dengan itu Allah memanfaatkan manusia, mereka minum, menyiram dan bercucuk tanam. Sebahagian yang lain pula menimpa bumi yang datar yang tidak menyimpan air dan tidak menumbuhkan padang ragut. Itulah contoh bandingan orczng yang faham ajaran agama Allah dan dapat meman(autkan (hidayah dan ilmu) yang saya utuskan iuztuk tujuan itu. Beliau mengetahui dan mengajarkan-nya. ltulah juga contoh clan bandingan orang yang tidak memahaminya (ajaran agama Allah) sama sekali dan tidak menerima hidayah Allah; yang mana saya utuskan untuk tujuan itu. "(2)

(5)

(1) Riwayat Bukhari clan Muslim.

(2) Hadis Riwayat Ibni Abdul-Barri dalam kitab “Al-Ilmu”

3- Penguasaan Dan Kejayaan Dakwah:

Hubungan antara penguasaan dan

kejayaan dakwah merupakan hubungan

yang erat dan asas; kerana kejayaan

dakwah tidak akan tercapai tanpa

penguasaan. Dakwah yang kaya dengan

para dai' yang mampu menarik orang

ramai ke dalam Islam dan gerakan Islam

mempunyai harapan yang kuat untuk

berjaya dan dapat mencapai matlamatnya,

sekiranya ia memiliki situasi-situasi yang

diperlukan dan syarat-syarat lain.

Sebaliknya, dakwah yang

miskin dari para

dai' yang mampu menguasai orang yang

berada di sekeliling mereka, akan tetap

kekal sebagai dakwah yang beku.

Perkembangan dan pengaruhnya amat

terbatas,

sehinggalah

Allah

menganugerahkannya dengan rijal

(tokoh-tokoh) yang memiliki sebab-sebab yang

dapat membawa hidayah, pengaruh dan

penguasaan,

atau

Allah

akan

menukarkannya dengan dakwah lain yang

"Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. "

Al-Ahzab:

62

Firman Allah lagi:

"Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati penyim-pangan pada sunnah Allah. "

Faathir:

43

Dan benarlah Allah sewaktu berfirman:

"Dan jika kamu berpaling tadah nescaya Dia (Allah) akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu (ini). "

Muhammad:

38

4 - Penguasaan Luaran Dan Dalaman:

Yang saya maksudkan dengan

penguasaan luaran

ialah menguasai

mereka yang di luar dakwah, gerakan dan

tanzim, yakni tahap sebelum intima' ke

dalam tanzim. Manakala penguasaan

dalaman pula membawa erti menguasai

mereka yang telah berada dalam tanzim;

yakni menguasai mereka yang telah

ditanzimkan dan telah menggabungkan

diri ke dalam amal-amal Islam dan

gerakan.

Kedua-dua bidang penguasaan ini saling

menyem-purnakan antara satu sama lain.

Kedua-duanya amat

penting dan

memerlukan kemampuan penguasaan yang

14

1

5

luaran jika tidak disertai.dengan penguasaan dalaman.

Penguasaan luaran samalah keadaannya dengan pemasaran bahan-bahan mentah, memproses dan menyediakannya untuk memulakan satu peringkat baru yang lain, iaitu peringkat memproses dan menjadikannya sebagai barang niaga. Proses penguasaan dalaman, yakni proses pengilangan merupakan peringkat yang dapat memelihara bahan-bahan mentah dari binasa dan peringkat inilah juga yang dapat memberikannya nilai, sehingga bahan-bahan mentah itu mampu untuk bertugas dalam arena amal Islam yang berbagai bentuk

dan cara.

Kalaulah tidak dengan adanya hubungan erat antara penguasaan luaran dan penguasaan dalaman apakah ertinya bertan-tan besi, simen dan pasir kalau tidak ada bengkel kerja yang dapat menukarkan bahan-bahan mentah ini sehingga menjadi binaan-binaan, jambatan-jambatan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain? Apakah ertinya sayuran, minyak, minyak sapi dan biji-bijian yang bertimbun-timbun kalau tidak ada tukang-tukang masak yang menjadikan bahan-bahan ini sebagai makanan dan santapan yangmenyelerakan.

Bertolak dari keadaan ini bolehlah dikatakan bahawa penguasaan luaran merupakan kegiatan pemilihan, pembimbingan dan penyediaan, manakala penguasaan dalaman pula ialah kerja-kerja yang bersifat takwin, pencanaian yang asasi. Kedua-dua bidang ini mem-punyai tuntutan-tuntutan dan syarat-syarat sejajar dengan tugas dan matlamat bidang masing-masing.

PENGUASAAN LUARAN

Membawa dakwah kepada orang ramai dan men-jadikan mereka mengimani, mempercayai dan terpengaruh dengannya yang kemudian akan men-dorong mereka menggabungkan diri ke dalamnya, bekerja, berjihad dan berkorban merupakan proses yang terlalu sukar dan susah. la memerlukan kemampuan dan tuntutan-tuntutan yang berbagai bentuk.

Siapa yang memiliki sebahagian besar darinya, beliau adalah dai' yang mendapat taufiq, berjaya dan mampu menguasai orang ramai dan menarik mereka satu demi sutu ke dalam Islam dan ke dalam dakwah. Sejauh mana ramainya para duat yang memiliki syarat-syarat penguasaan ini sejauh itulah kemampuan dakwah untuk muenguasai orang ramai, dan sejauh itulah juga pengaruh dakwah terhadap mereka semakin banyak dan senrakin mendalam.

Melalui kitab Allah yang tidak diresapi kebatilan dari semua pihak, dan di bawah cahaya sinar sunnah nabawiah yang mulia, kita dapat menentukan tuntutan-tuntutan paling menonjol yang diperlukan oleh dakwah dalam proses penguasaan dan penarikan orang ramai ke dalam dakwah.

1-I Memahami Agama Allah.

Untuk menjadikan seorang al-akh muslim sebagai dai' vung sebenar pada jalan Allah, istiqamah mengikuti jalan yang bijaksana dan sentiasa mendapat petunjuk,

16 17

beliau mestilah memiliki kadar yang boleh diterima tentang kefahaman terhadap ajaran-ajaran agama Allah. Kefahaman terhadap ajaran agama Allah ini lebih awal diperlukan dari keperluan-keperluan lain.

Kejelasan tentang manakah yang halal dan manakah yang haram, manakah yang buruk dan manakah yang baik, mengetahui yang fardhu, wajib dan sunat, mengetahui permasalahan akidah dan hukum-hukum yang kesemua ini merupakan menara hidayah sepanjang perjalanan dakwah dan pendakwah - amat memerlukan kepada memahami ajaran-ajaran agama

Islam..

Bertolak dari kenyataan inilah arahan-arahan al-Quraan dan sunnah datang dalam bentuk menarik perhatian kepada nilai kefahaman terhadap ajaran Islam di samping menggalakkannya.

Di antara arahan-arahan daripada kitab Allah ialah firman-firman Allah berikut:

"Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. "

"Dan orang-orang yang diberi ilmu (ahli kitab) men-dapati bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menunjuki (manusia) kepada jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Ter puji. "

Saba’:6

"Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka

ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. "

Al-Jaatsiyah: 18

Di antara arahan-arahan nabi pula ialah hadis-hadis berikut:

"Wahai manusia, sesungguhnya ilmu itu dengan belajar, dan kefahaman itu dengan usaha memperdalamkan ke-fahaman. Siapa yang dikehendaki Allah (mendapat) kebajikan Allah akan menjadikannya faham tentang agama. Dgn sesungguhnya hamba Allah yang takut kepadaNya ialah para ulamak. "

“Kiranya Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, Allah akan menjadikannya faham tentang agama dan mengilhamkan kepadanya kebijaksanaann ya. “

Az-Zumar: 9

18 19

(6)

"Contoh bandingan para ulamak di muka bumi ini samalah dengan bintang-bintang di langit. Ia dijadikan petunjuk di saat kegelapan di darat dan di laut. Apabila bintang itu tenggelam orang yang mendapat petunjuk pun mulai sesat. "

Selain dari itu, apakah seorang dai' itu dapat menjadi seorang dai' yang sebenarnya di jalan Allah dan men-dapat hidayah kiranya beliau tidak memahami ajaran

agama Allah?

Apakah seorang dai' akan mampu menguasai orang ramai dan mengajak mereka ke dalam Islam kiranya beliau jahil terhadap prinsip-prinsip Islam, perundangan, halal dan haramnya?

Menarik orang ramai ke dalam Islam terlebih dahulu merupakan asas dan merupakan jalan yang sahih, yang mana dengan cara ini ia dapat menjadikan mereka para muslimin yang terikat dengan Islam, berpegang teguh dengannya walau apa sekalipun suasana yang mel-ingkungi mereka. Sedangkan menarik mereka terus ke dalam gerakan terlebih dahulu akan menj adikan wala' (taat setia mereka) hanya kepada tanzim dan gerakan, bukan kepada syariat Allah.

Islam hari ini telah ditimpa bala' dengan sebab wu-judnya para duat yang mengajak manusia ke dalam tanzim mereka, bukan mengajak mereka ke dalam

Islam. Para duat ini menjelaskan kepada orang ramai tentang keistimewaan dan kebagusan tanzim mereka, bukan menjelaskan keistimewaan dan kebagusan Islam. Inilah yang menjadikan hubungan seseorang dengan

dakwah mengambil bentuk hubungan kepartian, bukan hubungan yang bersifat akidah. Malah kadangkala menjadikan hubungan itu mengambil bentuk hubungan peribadi, bukan hubungan prinsip. Keadaan ini seterusnya menjadikan medan dakwah Islamiah penuh dengan tanzim-tanzim, parti-parti, puak-puak dan gcrakan-gerakan.

Sebahagian besar keadaan ini adalah berpunca dari kejahilan terhadap ajaran , agama Islam, yang seterusnya membawakan kepada tidak berpegang teguh kepada hukum-hukum dan kaedah-kaedah ajaran Islam. Sebagai natijah dari keadaan ini, seperti yang dapat kita lihat dan yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sab-danya:

“Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan tarikan (sekaligus) tetapi Allah menariknya dengan mematikan para ulamak, sehinggalah tidak tinggal lagi seorang alim pun, dan manusia pun mengambil (memilih) kepala-kepala (ketua) yang jahil. Mereka itupun ditanya (tentang sesuatu) lantas mereka memberi fatwa dengan tanpa

ilmu, mereka sesat dan menyesatatkan." Hadis riwayat kedua-dua Syaikh (Bukhari, Muslim).

Benarlah Rasulullah sewaktu baginda bersabda:

20 21

.

"Ilmu yang sedikit lebih baik dari ibadat yang banyak. Cukuplah kefahaman seseorang itu dengan dia mengabdi diri kepada Allah, dan cukuplah kejahilan bagi seseorang apabila beliau kagum dengan pendapatnya sendiri. "

Setiap dai' akan terdedah kepada keadaan di mana beliau diminta memberi fatwa dan ditanya tentang banyak perkara. Apakah beliau akan memberi fatwa atau menj awab dengan pendapatnya atau dengan pen-dapat Islam? Sekiranya beliau jahil tentang agama Allah adakah jawatan Imamah (pemimpin) terhadap ummat Islam akan diserahkan kepadanya dan adakah beliau akan berpengaruh ke atas mereka?

Selain dari itu, sebelum dari perkara-perkara yang kita persoalkan di atas, bolehkah beliau menj adi kudwah kepada orang ramai dengan amal yang dilakukannya sedangkan beliau tidak mengetahui syariat Islam. Bolehkah syariat Islam itu diamal dan dilaksanakan tanpa mengetahui syariat itu sendiri?

Memahami agama Allah dan pengetahuan umum akan membolehkan para dai' berbicara dengan manusia sesuai dengan kemampuan mentaliti mereka, setelah beliau mengetahui mentaliti mereka. Memahami agama Allah dan pengetahuan umum juga membolehkan para dai' menyentuh hati orang ramai setelah beliau mengetahui apakah yang sedang bergelodak dan bergelora di dalam hati mereka.

Dai' yang tidak mempunyai kunci yang dapat membuka akal dan hati tidak akan boleh menarik pemilik-pemilik akal dan hati tersebut dan tidak akan dapat menguasai mereka. Seruan dakwahnya kepada mereka

itu akan tetap tinggal sebagai jeritan-jeritan di tanah lapang dan seperti meniup pasir. (1)

Di antara perkara yang dikira sebagai memahami ajaran agama Allah ialah membekalkan diri dengan berbagai bentuk ilmu pengetahuan yang dapat menolong para dai' menarik semua manusia yang berbagai corak ilmu pengetahuan dan kecenderungannya, terutamanya dalam zaman di mana terdapatnya bermacam-macam haluan dan aliran falsafah yang telah terlalu banyak, sehingga membuatkan usaha-usaha untuk mempengaruhi dan menarik orang ramai bukan lagi suatu perkara yang mudah. Malah usaha-usaha ini akan dihalang oleh seribu satu persoalan dan salah faham. Keadaan ini menunjukkan kebenaran firman Allah yang berbunyi:

An-Nur: 40. saya ada mengenali beberapa orang dai' yang bekerja dalam bidang siasah dan dakwah umum. Mereka ini

III Dalam perumpamaan Melayu disebut "Mencurah air ke daun keladi."- pent.

"Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) diatasnya (lagi) awan gelap-gelita yang tindih-bertindih,apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya petunjuk oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya

wirlau sedikitpun. "

22

23

tidak

langsung

mempunyai

hubungan

dengan ilmu pengetahuan dan fikrah

Islamiah. Mereka juga tidak faham tentang

ajaran agama Allah. Bolehkah kita

menggambarkan bagaimana mereka ini boleh

mengikuti jalan yang betul dengan bekerja

di bidang siasah?

Bolehkah kita

menggambarkan bahawa amal-amal

mereka itu akan dapat memberi khidmat

kepada Islam

dan kepentingannya?

Selain dari itu usaha-usaha untuk

menyakinkan orang ramai terhadap Islam,

menarik mereka ke dalamnya,

dan

membebaskan mereka dari

kelodak-kelodak pemikiran dan konsep-konsep yang

selama ini mereka dokong bukanlah suatu

perkara yang mudah. Begitu juga

usaha-usaha untuk menawan akal dan jiwa mereka,

menyelesaikan permasalahan mental dan

jiwa bukanlah mudah. la memerlukan ilmu

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

Dai' amat memerlukan kesemua ini dalam

usahanya menjalankan dakwah dan

menguasai

permasalahan dakwah.

Menguasai akal dan jiwa lebih sukar dari

menyerang

dan menawan kubu peperangan. Kiranya

usaha-usaha

menawan kubu pertahanan peperangan

memerlukan

berbagai bentuk persediaan, sama ada

dalam bentuk

kemahiran yang tinggi, pengalaman yang

Yang satu ini berfaham Marxsis, yang ini

berfaham Kebangsaan, yang satu lagi pula

Hippis, Sosialis, Kapitalis, Sekularis dan

entah apa-apa lagi yang tidak ada

kesudahannya.

Ada orang alim yang tertipu dengan

ilmunya, ada pula orang jahil yang tidak

tahu dirinya jahil, yang lain pula si bodoh

atau si cerdik dan lainnya.

Ada yang mengidap penyakit jiwa, ada

yang mengidap penyakit jantina, penyakit

terlalu sensitif dan ada yang mengidap

penyakit saraf dan banyak

penyakit-penyakit lagi.

Ada orang kaya yang telah menjadi zalim

kerana kekayaannya. Ada orang miskin

yang telah terhimpit perasaannya oleh

kemiskinannya atau kemiskinannya itu telah

menjadikannya bersikap dengki kepada

semua manusia. Ada pula yang bersikap

zuhud terhadap dunia dan membiarkannya

terlepas ke tangan orang-orang kafir.

Ada yang bersifat berani membabi buta,

yang lain pula bersifat penakut dan bacul. Di

antara kedua-dua

eifat ini terdapat

bermacam-macam bentuk perangai dan sifat

lainnya.

Begitulah keadaannya, seorang dai' akan

mendapati dirinya seolah-olah dalam sebuah

Rumah Sakit besar yang penuh sesak

dengan pesakit-pesakit, orang-orang cacat,

luka-parah dan lumpuh. Inilah medan

kerjanya dan inilah tanggungjawabnya,

juga inilah ketentuan Allah untuknya.

Untuk menjalani jalan ini,

pertama-tamanya ia amat memerlukan iman,

keyakinan dan tawakkal kepada Allah di

samping ilmu pengetahuan, kesedaran,

fikiran, pengalaman dan fokus yang tajam,

kerana semua perkara ini akan dapat

menolongnya menghadapi penyakit-penyakit

24

(7)

juga dapat menolongnya menghadapi permasalahan dengan penyelesaian yang tegas. Tanpa semua perkara ini ia akan tetap meraba-raba dan akan menambah sulitkan permasalahan. Tidak ada daya upaya lagi kecuali dengan pertolongan Allah.

2 - Kudwah Hasanah:

Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jamaah dan menguasai mereka, dai' mestilah menjadi kudwah hasanah kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa

per-buatan dari bahasa lidah. (1)

Orang yang mengajak manusia supaya, berakhlak mulia sedangkan akhlaknya sendiri rendah dan hina, seruannya itu tidak akan diterima. la akan ditolak dan dikebelakangkan.

Orang yang mengajak orang ramai supaya berjihad fisabilillah sedangkan beliau sendiri tidak berjihad atau beliau sendiri yang menjadi penghalang jihad tidak

akan diterima.

Orang yang menggalakkan orang lain supaya berkorban sedangkan beliau sendiri bersifat bakhil, tidak akan menemui orang yang akan mendengar seruannya.

Orang yang mengajak orang lain supaya bersifat tawaddu sedangkan beliau sendiri bersifat sombong dan bongkak, orang yang mengajak orang lain supaya mengutamakan orang lain dari diri sendiri sedangkan beliau mengutamakan kepentingan peribadinya, orang yang mengajak orang lain supaya bersifat jujur dan benar sedangkan beliau sendiri seorang pembohong, orang yang mengajak orang lain supaya bersifat amanah sedangkan beliau sendiri seorang pengkhianat,

(1) Perbuatan seseorang lebih berpengaruh dari kata-katanya - Pent.

26

orang yang mengajak orang lain agar bersifat istiqamah sedangkan beliau sendiri menyeleweng, orang mengajak orang lain supaya taat sedangkan beliau sendiri seorang pendurhaka, orang yang mengajak orang lain supaya mencari rezeki yang halal lagi baik sedangkan beliau sendiri karam dalam perkara-perkara haram dan kejahatan ...orang seperti ini berkemungkinan mampu menipu manusia dalam satu jangka waktu tertentu, tetapi beliau tidak akan mampu menipu manusia selama-lamanya.

Saya kenal seorang manusia yang memakai serban besar, malah di kampungnya hanya beliaulah seorang yang memakai serban. Penduduk kampungnya telah tidak sabar lagi menunggu beliau pulang dari mempelajari agama, supaya dengan kepulangannya beliau akan

menjadi imam dan pemimpin mereka di samping menjadi tempat rujukan. Tetapi malangnya setelah beliau kembali, mereka berkata dalam hati: "Alangkah baiknya kalau dia tidak kembali." Lidahnya terlalu kesat dan kotor, beliau tidak merasa segan untuk munuturkan kata-kata yang paling kotor, dan jijik. Beliau tidak warak dari memakan harta manusia secara yang tidak hak. Kejahatannya telah melewati batas apabila di satu ketika beliau dan dua orang rakannya telah pergi ke negara-negara Arab lain untuk mengutip derma bagi tujuan pembinaan masjid di kampung itu.

Salah seorang dari temannya itu telah menceritakan kepada saya apa yang berlaku dengan katanya: "Sebelum kapalterbang yang kami tumpang mendarat di negeri yang kami tuju, beliau berpaling kepada kami dan berkata: "Mulai sekarang aku harap kau berdua mengetahui bahawa saya akan memperuntukkan separuh dari wang kutipan nanti untuk diri saya dan untuk kamu berdua satu per empat, manakala yang baki satu per empat silalah untuk projek pembinaan masjid."

27 Orang yang bercerita kepada saya itu terus memandang

kepada orang itu dan berkata: "Ya Syaikh, tidakkah engkau takut kepada Allah, sedangkan engkau di dalam genggamannya. Dan dia berkuasa menjadikan engkau debu-debu yang berterbangan dalam sekelip mata?"

Yang pentingnya, bila keadaan Syaikh ini terdedah kepada orang-orang kampung mereka terus menolak dan mengusirnya. Beliau pun berhijrah ke Madinah. Di sana beliau masih melakukan perkara yang sama dengan tidak merasa insaf. Orang ramai sekali lagi menolaknya. Beliau pun berpindah ke sebuah negeri asing yang jauh. Di sana beliau dianggap oleh golongan imigran muslimin sebagai seorang imam yang tidak dipertikaikan lagi. Tetapi ini hanyalah sebelum mereka dapat mengesan hakikatnya yang sebenar dan sebelum mereka dapat mendedahkan perbuatannya. Kisah ini penuh dengan kejadian yang mendukakan dan menyayatkan hati.

Manusia seperti lelaki di atas banyak kedapatan di kalangan orang ramai. Inilah yang menyebabkan golongan seperti ini dij adikan hujah oleh orang-orang yang lemah iman dalam menuduh Islam dan dakwah. Malah menjadikan amalan dan perbuatan mereka itu sebagai punca kejahatan bagi mereka yang sengaja mengambil ringan dan menjadi fitnah pula pada kebanyakan orang. Tidak ada upaya dan kuasa kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Agong.

Istiqamah seorang dai' merupakan rahsia kejayaan dakwahnya. Istiqamah inilah yang menjadi kelayakan yang penting baginya untuk menjadi imam. Istiqamah inilah juga yang menjadi faktor penting baginya untuk mendapat hidayah. Benarlah Allah sewaktu berfirman:

"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana

diperintahkan kepadamu” Asy-Syuura: 15

Al-Quraan memberi peringatan dengan mengugut dan memberi amaran terhadap orang yang perbuatannya bercanggah dengan perkataannya, juga mereka yang memperkatakan apa yang tidak mereka lakukan. Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu kerjakan. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. "

Ash-Shaff: 2-3 F'irman Allah lagi:

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?"

Al-Baqarah: 44 Dalam kitab-kitab hadis pula terdapat puluhan riwayatyang menggalakkan supaya perbuatan zahir

29 28

sejajar dengan perbuatan batin; dan perbuatan batin dan perbuatan zahir sejajar dengan perkataan. Di samping riwayat-riwayat yang memperingatkan mereka yang membelakangkan amaran ini tentang akibat buruk dan balasan yang dahsyat. Di antara riwayat-riwayat

itu ialah:

"Tidak beriman kepada al-Quraan orang yang menghalalkan apa yang diharamkannya. " Hadis riwayat Muslim.

"Bahawasanya beberapa orang dari penghuni syurga pergi (menemui) beberapa orang dari penghuni neraka, lantas mereka (penghuni syurga) bertanya:"Kenapa kamu masuk neraka, demi Allah kami tidak masuk syurga kecuali dengan apa yang kami pelajari dari kamu." Mereka (penghuni neraka) pun menjawab: "Kami berkata (menyuruh) tetapi kami tidak buat. "

Riwayat at-Tabarani.

"Contoh bandingan orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain tetapi beliau lupakan dirinya samalah seperti lampu yang menerangkan orang lain tetapi beliau membakar dirinya." Riwayat at-Tebarani.

30

"Aku tidak merasa bimbang terhadap (keadaan) um-matku, baik yang mukmin dan yang kafir, kerana yang mukmin akan dilindungi oleh imannya dan yang kafir pula akan dihalang oleh kekufurannya. Yang aku bim-bangkan terhadap kamu ialah munafik yang lidahnya alim, beliau memperkatakan apa yang kamu tahu dan melakukan apa yang kamu benci. "

Riwayat at-Tabarani.

"Seorang lelaki tidak menjadi benar-benar mukmin sehinggalah hatinya sama dengan lidahnya, dan lidahnya sama dengan hatinya. Perkataannya tidak mencanggahi perbuatannya. Jirannya terselamat dari kejahatannya. "

Riwayat at-Tabarani.

Apabila dakwah Islamiah dibala'kan dengan peribadi-peribadi seperti ini ia akan terdedah kepada kehancuran. Segolongan anggota dakwah membina manakala segolongan yang lain pula meruntuhkan. Sekumpulan menghimpunkan orang ramai, sekumpulan yang lain pula memecah-belahkan. Segolongan mengeratkan kasih sayang, yang lain pula menyalakan sifat

benci-31 membenci.

Bertolak dari keadaan ini, dakwah dan jamaah adalah berkewajipan membersihkan safnya daripada orang-orang yang mengidap penyakit yang membawa perpecahan, walau apapun kedudukan mereka dalam jamaah, malah walau bagaimana tinggipun kemampuan tanzim, pentadbiran dan fikrah yang ada pada mereka, kerana bahaya mereka akan lebih besar dari manfaat. Cukuplah sebagai satu keburukan bagi dakwah sekiranya Allah tidak memberi taufiq lantaran adanya golongan ini. Firman Allah:

:

"Dan barang siapa yang tidak diberi cahaya (pertunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya walau

sedikitpun. " An-Nur: 40

3 - Sabar:

Menarik manusia dan menguasai mereka menuntut agar dai' bersifat sabar menghadapi mereka. Bukan menghadapi mereka dengan sempit dada dan bosan.

Orang ramai memiliki berbagai bentuk perangai, ber-bagai bentuk keaiban dan kekurangannya, berber-bagai bentuk keperluan dan kepentingan. Manusia juga mempunyai berbagai masalah dan problem. Mereka ini memerlukan kepada orang yang dapat menyelesaikan

permasalahan mereka.

Orang ramai tidak beradab dengan adab-adab Islam, tidak berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quraan. Mereka amat memerlukan orang yang sanggup bergaul dan hidup bersama dengan mereka, supaya orang-orang berkenaan dapat menampung keaiban-keaiban dan

mengubati penyakit-penyakit mereka. Kesemua ini memerlukan kesabaran.

Hidayah dan petunjuk Allah tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia sekaligus, malah ia memerlukan masa, pengawasan dan tenaga yang dikorbankan sehinggalah usaha-usaha itu mendatangkan hasil dengan izin Allah. Ini juga memerlukan kesabaran.

Manusia terdiri dari orang-orang yang mempunyai keperluan masing-masing. Ada orang yang tidak melihat dalam dunia ini sesuatu yang lebih penting dari keperluannya. Orang yang berkepentingan tidak akan memperdulikan sesuatu. Boleh jadi beliau tidak memandang berat kecuali apa yang dikatakannya kepada saudara. Boleh jadi beliau tidak peduli pukul berapakah beliau mengetuk pintu rumah saudara, dan dengan tidak lebih dahulu membuat janji dengan saudara atau dengan tidak terlebih dahulu memberitahu saudara. Boleh jadi kedatangannya itu di waktu saudara sedang makan atau di waktu saudara sedang berihat atau di waktu saudara sedang tidur. Menanggung semua keadaan ini memerlukan kesabaran di samping memberikan bimbingan yang lembut, dan halus di samping menarik pandangan. Kalau tidak sesuatu akan berlaku antara saudara dengan mereka. Beliau akan bertukar menjadi musuh menaruh menaruh dendam kesumat yang tidak lagi akan memperdulikan apa yang akan terjadi.

Saya kenal setengah orang yang tidak menerima kunjungan orang kecuali setelah dijanjikan terlebih dahulu. Kalau ada orang yang datang tanpa terlebih dahulu mernbuat perjanjian mereka akan menolak kedatangannya; atau keluarga mereka mengatakan yang mereka tidak ada di rumah, sedangkan tetamu berkenaa\n mengetahui yang beliau berada di rumah.

33

(8)

Saudara boleh menggambarkan apakah natijah yang akan berlaku setelah itu. Saya juga mengetahui ada orang yang sengaja meletakkan gagang talipon tidak tepat kedudukannya di waktu tidur kailulah (1). Ada pula orang yang tidak langsung mahu menerima orang-orang tertentu kerana mereka telah mengetahui bahawa orang-orang itu menyusahkan.

Golongan ini memang boleh dimaafkan, tetapi tidak dipertikaikan bahawa mereka telah gagal dalam dakwah an orang ramai akan menj auhkan diri dari mereka.

Dai' yang sebenarnya ialah dai' yang hidup untuk orang lain bukan untuk dirinya. Dia mengutamakan kebahagiaan orang lain sekalipun terpaksa mengor-bankan kebahagiaan dirinya. Dia sanggup menelan segala kemarahannya kerana dia yakin berbuat demikian itu akan bertukar menjadi iman dalam dirinya, malah akan menjadi bekalan baginya di Hari Perbicaraan di hadapan Allah kelak. Benar Rasulullah s.a.w. yang menjadi imam kepada golongan yang sabar sewaktu baginda bersabda:

"Tiada tegukan yang ditelan lebih dikasihi Allah dari kemarahan yang ditelan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang menelannya (kemarahan seperti itu) kecuali Allah akan memenuhkan rongganya dengan

iman. "

(1) Tidur sebentar tengahari.

34 35

Memindahkan seorang dari kesesatan kepada petunjuk, dan membimbing tangan manasia dari dunia yang gelap menuju cahaya, tidak akan mendapat ganjaran yang sebesar ini dari Allah di Hari Kiamat kelak, seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis-hadis Rasulullah saw kalaulah tidak kerana kerja-kerja ini memerlukan sabar yang panjang dan kesanggupan dai' menanggung berbagai kesukaran.

Boleh jadi proses pemindahan ini memerlukan supaya saudara nuenggunakan masa kerja dan masa rehat saudara yang amat banyak. Boleh jadi ia meminta saudara mendengar dengan penuh perhatian terhadap ilmuyang diperkatakan oleh orang yang akan saudara pindahkan/ Boleh jadi ia memerlukan agar saudara menasihati, memberi ingat, menziarahi dan memberikan hadiah-hadiah kepadanya. Kesemua ini mesti saudara lakukan dengan tidak merasa jemu dan bosan dan tanpa melakukan sesuatu yang menyebabkan beliau merasakan yang saudara merasa jemu atau bosan. Sekiranyaa perkara-perkara ini berlaku amal yang dilakukan itu akan gugur, usaha-usaha akan gagal dan tenaga yang telah dikorbankan akan sia-sia sahaja.

Saya mengenali seorang dai' yang mendapat taufiq dari Allah, yang menghampirkan diri kepada Allah dengan kesabarannya menanggung kesusahan kerana orang lain, terutama apabila keadaan itu merupakan untuk membawakan mereka mendapat hidayah dan membimbing mereka ke dalam Islam. Dai' yang saya maksudkan ini mempunyai seorang ahli keluarga yung telah menjadi penagih arak lebih dari betasnya . Penagih arak ini tidak diterirna lagi oleh keluarga dan masyarakat disekelilingnya, sehingga beliau tidak mendapat tempat tinggal untuk bernaung, malah tidak ada orang yang sudi bertegur sapa dengannya kecuali orang-orang yang sama dengannya.

(9)

Pada satu ketika penagih arak telah mengetuk pintu rumah dai' yang saya maksudkan. Dai' itu pun membuka pintu, berdepan muka dengan pemabuk yang telah tersingkir, dan yang lebih tua darinya. Dengan kasih sayang orang yang mendapat hidayah dai' berkenaan telah menjemput pemabuk itu masuk. Lelaki pemabuk itu pun masuk dengan langkahnya yang teragak-agak dan kehairanan terhadap sikap dai' itu, kerana sebelum ini beliau telah biasa menerima tendangan di luar pintu rumah dan mukanya diludahi bertubi-tubi.

Si pernabuk telah masuk, dan sejak dari itu bermulalah pengembaraan penuh sabar yang panjang, hari demi hari hingga mencapai minggu dan seterusnya menjangkau bulan, sehinggalah cahaya iman semarak bernyala dalam hati si pemabuk, dan mulalah hasil hidayah menunjukkan buahnya dengan izin Allah.

Lelaki tersebut telah menjadi seorang salih. Islamnya juga telah sempurna. Beliau terus berdamping dengan dai' tersebut, jarang sekali berpisah dengannya, hingalah berlaku sesuatu yang tidak diduga, dai' berkenaan telah dimasukkan ke Rumah Sakit untuk satu pembedahan segera. Pembedahan telah dilakukan. Dalam masa pembedahan itu lelaki berkenaan, dengan rasa kebimbangannya memanjat doa kepada Allah, beliau terlalu bimbang tentang keselamatan orang yang telah menjadi sebab beliau mendapat hidayah. Beliau telah bersumpah dengan dirinya yang beliau akan terus di sisi dai' tersebut siang dan malam, memberikan khidmatnya dan menyempurnakan sebarang permintaan dai'. Akhirnya berlakulah apa yang tidak diingini apabila lelaki itu tidak dibenarkan memasuki bilik dai' itu setelah pembedahan dilakukan. Sewaktu beliau datang minta penjelasan dan menghujah tindakan menghalangnya itu beliau telah ditempeleng dengan kuatnya oleh salah seorang sahabat dai' itu. Perbuatan

menempeleng beliau itu telah cukup untuk merun-tuhkan segala-galanya sehingga dalarn sekelip mata telah mengubah perasaan dan sensitifnya memusuhi Islam dan umat Islam.

Dengan penjelasan ini nyatalah bahawa jalan untuk memberi hidayah kepada manusia adalah jalan yang amat sukar bagi mereka yang berjiwa lemah, iradah yang tidak kuat dan tidak anugerah Allah dengan sifat sabar yang tinggi.

Oleh kerana itulah ayat-ayat al-Quraan da n hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan sifat sabar dan menceritakan kedudukan tinggi bagi orang-orang yang sabar.

Di antara firman Allah yang menyangkut dengan sabar ialah:

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penodongmu. "

-Al-Baqarah: 45

"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan. " - Thaha: 130

"Dan berilah kabar gembira kepada orang-orczng yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,

(10)

orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka. "

- A1 Haj: 34 - 35

"Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya. "

Alimran : 200

"Dan berikanlah berita gembira kepuda orang-orang yang sabar. "

"Mereka itu diberi pahala dua - kali disebabkan kesabaran mereka. "

- Al-Qashash: 54

"Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. "

- As Sajdah: 24

"Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. "

Dari petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang sabar pula Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sabar itu tempat pergantungan muslim. " "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Al Baqarah : 153

- AI-Baqarah: 155

"Allah tidak memberi rezki kepada hamba-Nya lebih baik dan lebih luas dari (si fat) sabar. " Hadis riwayat al-Hakim.

"Sesiapa yang cuba bersabar Allah akan memberinya

39 38

Sesungguhnya hanya orang-orang yang

bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.

(11)

kesabaran. Allah tidak memberikan kepada seseorang satu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. " Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

"Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan. "

"Sabar itu sebahagian dari iman. "

Diriwayatkan dari Ibnil-Musaiyib radiallahu-anhu, beliau mengatakan:

sahabatnya, seorang lelaki telah memperkatakan sesuatu ke atas Abu Bakar radiallahu-anhu. (perkataannya itu) telah menyakiti Abu Bakar (tetapi) Abu Bakar terus berdiam diri darinya. Kemudian beliau menyakiti Abu Bakar buat kali ketiganya (tetapi)Abu Bakar terus menang. Baginda Rasulullah s.a.w. pun bangun, lantas Abu Bakar berkata: Apakah kau mendapati sesuatu kesalahan padaku wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat telah turun dari langit mendustakan apa yang diperkatakannya (lelaki berkenaan) terhadapmu. Apabila engkau telah menang malaikat itupun pergi, lantas syaitan pun duduk (pula). aku tidak sekali-kali akan duduk bersama-sama syaitan. " Hadis riwayat Abu Daud.

"Tidak ada tegukan yang lebih besar bagi Allah dari tegukan kemarahan yang dipendarnkan oleh seorang hamba semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. "

4- Lemah Lembut Dan Pembelas.

Penguasaan terhadap manusia memerlukan seorang dai' itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan terhadap mereka. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap keras. Manusia juga menjauhkan diri dari kekasaran dan orang yang bersikap kasar. Memang benarlah firman Allah:

'

4L- >

"Sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama para 40

(12)

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar ten-tulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. "

-Ali Imran:

159

Dakwah seorang dai' bukanlah semata-mata

membawa fikrah dan teori-teori kepada orang

yang disekelilingnya dengan tidak mengira

sama ada mereka

menerima atau

menolaknya. Tetapi dakwah seorang dai'

ialah dengan beliau menghayati fikrah itu

bersama-sama

mereka

dan

menterjemahkannya untuk mereka dalam

dunia nyata, baik dalam bentuk perbuatan,

akhlak dan amalan:

Dakwah seorang dai' bukanlah dengan

mengasingkan diri dari orang ramai dan

mengemukakan hujah ke atas mereka,

tetapi

dakwahnya

ialah

dengan

mempergunakan segala sebab yang boleh

memberikan hidayah kepada mereka.

Oleh itu, bertolak dari rasa kasihnya

terhadap orang ramai, keghairahannya

terhadap mereka juga sikap

belas

kasihannya terhadap mereka, dai' akan

bekerja

sedaya

mampu

untuk

melepaskan mereka dari cengkaman dan

penderitaan jahiliah dan memindahkan

mereka ke dalam nikmat Islam. Kerana itulah

dai' tidak mudah untuk membelakangkan

mereka, memutuskan

hubungan clan

memisahkan diri dari mereka. Kesemua ini

amat memerlukan kepada sifat lemah-lembut

permusuhan. Andainya beliau melakukan

hubungan permusuhan ini beliau akan jadi

sama sahaja dengan mereka dan beliau

tidak akan dapat menguasai mereka.

Oleh itu, sebelum orang lain, dai' mestilah

terlebih dahulu mengambil berat terhadap

firman Allah:

"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang paling baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. "

-

Fushshilat:

34

Sebelum orang lain, dai'lah yang

"Orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. "

-Ali Imran:

134

Siapakah orang yang lebih utama dari

(13)

"Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling

berpesan untuk berkasih sayang. "

Rasulullah s.a.w., sebagai pendakwah yang pertama adalah orang yang paling bersikap lembut dan kasihan belas terhadap manusia. Inilah yang menyebabkan Allah membukakan hati manusia untuk menerimanya

dan membuatkan mereka

berbondong-bondong memeluk agama Allah.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan sifat lemah-lembut

dan

kasihan belas kepada para

sahabatnya melalui per-buatan dan

perkataannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda

dengan hadis-hadis berikut:

"Sesungguhnya Allah sukakan (sifat) belas kasihan dalam semua urusan. " Hadis riwayat

al-Bukhari dan

Muslim.

"AAsungguhnya Allah (bersifat) belas kasihan dan m^mberikan (melalui) sifat belas kasihan apa yang tidak diberikan (melalui) si fat kasar dan apa yang tidak diberikan melalui (si fat) lain. " Hadis riwayat

Muslim.

"Sesungguhnya tidaklah berlaku sifat belas kasihan

pada sesuatu kecuali ia akan memperhiaskannya dan tidaklah sifat ini dicabut dari sesuatu kecuali ia akan merosakkannya."Hadis riwayat

Muslim. (1)

C

"Siapa yang dianugerahkan bahagiannya dengan sifat belas kasihan sesungguhnya beliau telah dianugerahkan bahagiannya dengan kebajikan. Dan siapa yang tidak diberikan bahagiannya dengan sifat belas kasihan sesungguhnya beliau telah diharamkan (dari menerima) bahagiannya yang terdiri dari kebajikan. " Hadis riwayat at-Tarmizi.

"Tidakkah kamu ingin ku beritahu dengan perkara yang Allah memuliakan sesuatu binaan dan perkara yang Allah meninggikan darjat? Mereka berkata: "Bahkan ya Rasulullah. " Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kau bersikap lemah lembut kepada orang yang bersikap kasar terhadapmu, memaafkan orang yang menzalimimu, memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu dan menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengaramu. " Hadis riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar.

Maksud hadis, apabila sifat belas kasihan berlaku pada sesuatu perkara ia akan memperhiaskannya, sebaliknya sesuatu yang tidak ada belas kasihan tidak akan dipandang baik.

- Al Balad: 17

(1)

(14)

"Kasih sayang Allah wajib (pasti berlaku) pada orang yang (apabila dilakukan padanya) sesuatu varrK membuatnya marah (tetapi) beliau bersikap lemah-lembut. "

Hadis riwayat al-Asbihani.

Tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yang

bersangkut dengan sifat lemah lembut

dan belas kasihan pula adalah terlalu

banyak. Di antara lain ialah:

a - Diriwayatkan daripada Anas

radiallahu-anhu bahawa beliau mengatakan: "Saya

telah berjalan bersama-sama Rasulullah

s.a.w., dan baginda memakai sehelai

selendang buatan Najran yang tebal dan

kasar. Baginda telah didatangi oleh

seorang A'arabi dan menarik selendang

baginda Rasulullah dengan kuatnya. Saya

pun melihat kepada kulit leher Rasulullah

s.a.w. Saya dapati pada leher Rasulullah

s.a.w. kesan-kesan tepi selendang itu

akibat dari kuatnya selendang itu ditarik.

Kemudian lelaki berkenaan berkata pula:

"Hai Muhammad, perintahkanlah (supaya

dikeluarkan) untukku dari harta Allah yang

ada padamu." Rasulullah s.a.w. pun

berpaling ke arahnya sambil ketawa dan

memberi arahan supaya (dikeluarkan)

pemberian kepada lelaki berkenaan." Kisah

diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

b - Seorang Yahudi yang bernama Zaid bin

Saanah memiliki hutang pada Rasulullah

s.a.w. Dua atau tiga hari sebelum sampai

tempoh pembayarannya, beliau

dan

beberapa orang sahabatnya telah

datang menemui Rasulullah s.a.w., beliau

lambatkan menunaikan hak orang."

Mendengar perkataan itu Umar bin Khattab

pun marah, lantas berkata: "Wahai musuh

Allah, apakah kamu (berani) mengatakan

apa yang aku dengar tadi kepada

Rasulullah dan kamu lakukan terhadapnya

apa yang aku lihat? Demi Tuhan yang diriku

dalam genggamannya, kalaulah tidak

kerana kebimbanganku akan kehilangan

sesuatu nescaya ku pancung lehermu

dengan

pedangku." (Di waktu itu)

Rasulullah s.a.w. melihat dengan tenang

dan hati-hati lantas bersabda: "Wahai

Umar, aku dan dia memerlukan sesuatu

yang lain dari apa yang telah kau lakukan,

iaitu dengan engkau memerintahkan aku

supaya menunaikan hutangku dengan

baik, dan memerintahkannya supaya

menuntut

piutangnya dengan baik.

Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkan

kepada Umar bin Khattab supaya

memberikan hak lelaki Yahudi itu di samping

tambahan 20 gantang tamar. Apabila

Yahudi itu bertanya kenapa Rasulullah

s.a.w. memberikan tambahan itu, Umar pun

menjawab: "Rasulullah s.a.w. telah

memerintahkan aku menambah sebagai

ganti kepada perbuatanku yang telah

menggerunkan engkau." Sampai di situ

Yahudi itupun berkata: "Hai Umar, tidak

ada lagi alamat nubuah pada Muhammad

kecuali telah ku ketahui se-muanya ketika

aku melihat wajahnya, kecuali dua

perkara yang tidak pernah diceritakan

kepadaku, iaitu:

Kelemah-lembutannya

mendahului kekerasannya dan kekerasan

menambahkan

kelemah-lembutannya.

(15)

Yahudi berkenaan telah menganut agama Islam clan turut hadir dalam banyak peperangan bersama Rasulullah s.a.w. kemudian beliau mati syahid dalam peperangan Tabuk. Riwayat at-Tabarani dan Ibnu Majah.

Di antara apa yang diriwayatkan dari Imam Hasan al-Banna ialah kata-katanya: "Jadilah kamu seperti pokok, manusia melontarnya dengan batu tetapi dia melontar mereka dengan buah."

5 - Memudahkan Bukan Menyusahkan.

Di antara sifat-sifat yang boleh menolong para pen-dakwah menerapkan dakwah mereka di kalangan orang ramai ialah dengan cuba mengubati sesuatu perkara itu dengan mempermudahkannya bukan dengan cara menyusah-nyusahkannya.

Oleh kerana manusia itu berada dalam keadaan yang berbeza-beza, kekuatan dan kemampuan mereka untuk memikul kewajipan juga turut berbeza. Apa yang mampu dipikul oleh seorang tidak mampu dipikul oleh orang lain, begitu juga apa yang sesuai untuk seorang berkemungkinan tidak sesuai untuk orang lain. Oleh kerana itulah kaedah Nabawiah dalam hal ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Berjalanlah mengikut perjalanan orang yang paling lemah di antara kamu. "

Di antara perkara buruk yang menimpa Islam dalam dunia masa kini ialah wujudnya para pendakwah yang suka memberat-beratkan sesuatu

dalam semua perkara, seolah-olah

mempermudahkan sesuatu perkara itu bukan dari ajaran Islam.

48

Mereka mempersusah-susahkan solat, wudhu, pakaian, rumahtangga, makan-minum, hubungan dengan orang lain, jual-beli dan kerja-kerj a dakwah. Dalam semua perkara ini mereka telah menyalahi manhaj Nabawi yang sahih.

Selain dari itu golongan ini tidak terikat dengan tun-tutan auwaliaat (perioriti). Mereka tidak membezakan pendirian antara perkara-perkara yang wajib, fardhu atau sunat, antara haram atau makruh, antara (hukum) yang ada nas syarak atau (hukum) ijtihad. Dengan itu saudara lihat mereka melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap orang lain, mereka pun mengkafirkan si anu dan menghukum fasikkan si anu; seolah-olah Allah telah melantik mereka sebagai hakim terhadap umat yang bertugas menghukum dengan hukuman-hukuman yang sukar dan payah, dengan itu mereka telah menyem-pitkan keluasan Islam, mereka membekukan sifat kemencalaan (fleksibiliti) syariat Islam dan menjauhkan manusia dari agama. Ketahuilah, sesungguhnya apa yang telah mereka lakukan itu terlalu j ahat.

Keadaan ini tidak bermakna bahawa para pendakwah akan bersikap terlalu ringan, pandang mudah clan tawar-menawar dalam melaksanakan hukum-hukum agama; tapi yang dimaksudkan ialah dengan beliau memanfaatkan keluasan sifat kemencalaan (fleksibiliti) dan kelonggaran yang dibawa oleh ajaran Islam itu sendiri, kerana menegakkan hukum Allah merupakan satu perkara yang tidak dipertikaikan lagi, dan bukan ini yang kita maksudkan dalam perbincangan ini. Cukuplah di sini dengan kita menyebutkan

(16)

"Tegakkanlah hudud (hukum) Allah pada yang jauh dan yang dekat dan janganlah kamu dipengaruhi dalam (melaksanakan hukum) Allah oleh celaan orang yang

mencela. " Hadis riwayat Ibnu Majah.

Kaedah Nabawi dalam bermuamalah dengan orang lain yang sepatutnya menguasai uslub dakwah dan para pendakwah dapat dilihat dengan jelas dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

"Kamu permudahkanlah dan jangan persusahkan, berilah kabar gembira dan jangan kamu liarkan (1). "

Di antara apa yang diriwayatkan oleh Aisyah daripada Rasulullah s.a.w. yang memperkuatkan kaedah ini ialah perkataan Aisyah yang menyebutkan:

"Tidakkah Rasulullah s.a.w. diberi pilihan (untuk melakukan salah satu dari) dua perkara kecuali beliau akan memilih yang lebih mudah selagi yang mudah itu bukan dosa. Jika yang mudah itu dosa, beliaulah orang yang lebih jauh darinya. Dan Rasuluilah tidak sekali-kali melakukan tindak-balas untuk dirinya dalam apa perkara pun kecuali apabila kehormatan (hukum) Allah dicabul. Baginda akan bertindak balas kerana Allah."

Rasulullah s.a.w. menggalakkan sifat berlembut dan pergaulan yang mudah dan menjelaskan keistimewaan sifat tersebut di sisi Allah. Baginda bersabda:

.

"Tidakkah kamu mahu ku beritahu tentang orang yang diharamkan masuk neraka atau orang yang api itu diharamkan dari (membakar)nya? Api diharamkan dari (membakar orang yang bersikap) mudah, lembut dan senang. "

Rasulullah s.a.w. mengajarkan sifat-sifat ini kepada para sahabatnya dan melatih mereka melakukannya secara praktik. Abu Hurairah radiallahu-anhu mengatakan:

"Seorang A'arabi (orang kampung) telah buang air kecil dalam masjid, para sahabat pun berdiri (menuju) kepadanya untuk memukulnya. Rasulullah s.a.w. pun bersabda.: "Biarkan dia dan jiruslah air kenciNgnya dengan setimba air atau setimba (1) yang ada telinga air. Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memper-mudahkan dan kamu tidak dibangkitkan untuk menyusah-menyusahkan. " Hadis riwayat al-Bukhari.

1) Keraguan dari perawi yang mana satu kalimah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.~,,,~, atau I +; j keduanya bererti timba - Pent. (1

(17)

Sifat pemaaf seorang pendakwah, kelemah-lembutannya juga pergaulannya yang senang merupakan anak kunci yang dapat membuka pintu hati manusia dan dapat menembus ke dalam lubuk hatinya, ia menyentuh hati-hati itu dengan petunjuk lantas hati-hati itu menerimanya, ia mengajaknya ke jalan keba-jikan lantas hati-hati itupun menerimanya.

Akhlak yang seperti ini mestilah meresap dalam seluruh medan hidup para pendakwah. Sifat ini rnestilah tidak bercerai tanggal dari para duat dalam semua urusan hidupnya, bukan dalam suasana dakwah sahaja.

Di rumahnya, dalam urusan jual-belinya dan dalam urusan menuntut haknya beliau mestilah bersifat pemaaf, lemah-lembut dan mudah bergaul. Rasulullah s.a.w. telah merakamkan perkara ini dalam sabdanya:

"Mukmin yang paling istimewa ialah mukmin yang pemaaf dalam menjual, pemaaf dalam membeli, pemaaF dalam menunaikan hak orang, pemaaf dalam menuntut h a k ( n y a ) . " Hadis riwayat at-Tabarani.

"Allah memberi rahmat pada hamba yang pemaaf apabila menjual, pemaaf apabila membeli, pemaaf apabila (meminta) penunaian hak. "

Diriwayatkan daripada Huzaifah radiallahu-anhu, beliau mengatakan: "Allah telah mendatangi seorang Hamba dari hamba-hambanya yang telah Allah anugerahkan kepadanya harta, lantas Allah berfirman kepadanya: "Apa yang telah kau kerjakan di dunia?" Hamba itu pun berkata clan mereka tidak menyem-bunyikan (1) percakapan mereka kepada Allah. Beliau berkata: "Wahai Tuhanku, kau telah memberikan padaku harta dengan itu aku berjual-beli dengan orang ramai. Di antara akhlakku ialah: Bersikap mudah dan pemaaf, aku mempermudahkan kepada orang susah dan memberi tangguh kepada orang yang senang (mampu). " Allah pun berfirman: "Aku yang lebih berhak terhadap sifat-sifat itu dari engkau. Permudah clan rnaafkanlah kepada hambaku. " Akabah bin 'Amir dan Abu Mas'ud al-Ansari berkata: "Begitulah (hadis ini) kami dengar dari mulut Rasulullah s.a. w. " Hadis riwayat Muslim.

Saya kenal dengan seorang pendakwah. Dia adalah seorang dari para ulamak yang terkemuka, tabiatnya ialah sukar dalam semua perkara, payah bergaul dengan semua orang, dengan isterinya di rumah, dengan anak-anak, dengan jiran dan dengan semua orang. Keadaannya telah sampai ke peringkat di mana beliau telah didakwa berpuluh kali atau beliau sendiri yang

men-(1) Tidak berdusta - Pent.

5

Referensi

Dokumen terkait

Metode dakwah yang digunakan Ahmed Deedat terhadap umat Islam dalam buku The Choice: Islam and Christianity yakni metode dakwah propaganda, dalam arti mengajak

1.Meyakini keberadaan kitab-kitab Allah merupakan perkara yang sangat penting bagi umat Islam. Sebagai orang yang beriman kepada kitab Allah berarti kita

Namun, perlu juga dipahami oleh mereka bahwa prinsip-prinsip Islam tentang pentingnya menjunjung tinggi harkat dan martabat manusia menjadi prinsip penting yang secara

- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - Idea kurang relevan berdasarkan tugasan - Huraian idea luaran terhad. - Pengolahan tidak menarik

Dakwah dan penyebaran Islam mulai dilakukan secara besar-besaran ketika dakwah telah memiliki orang-orang yang khusus menyebarkan dakwah. Setelah fase itu

Dakwah merupakan kebutuhan pokok rohani umat Islam. Dakwah memiliki perang penting untuk membawa umat islam mennuju kebahagiaan dunia akhirat. Penyampaian dakwah

Metode dakwah adalah jalan atau cara yang dipakai juru dakwah untuk menyampaikan ajaran materi dakwah (Islam). Dalam menyampaikan suatu pesan dakwah, metode sangat penting

Selain itu, bagi menarik lebih ramai usahawan menceburi segmen pelancongan Islam, Nancy juga menggalakkan kerjasama antara Pusat Pelancongan Islam ITC dan Jabatan Standard Malaysia