• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Panduan Penyelidikan4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Panduan Penyelidikan4"

Copied!
86
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN

PENYELIDIKAN

Untuk

Peserta Kursus Penyelidikan

14 M Pensyarah IPGM

(2)

BAB I PENDAHULUAN

(Ditulis oleh Panel BPG: Fasilitator-fasilitator Kursus Penyelidikan 12 Minggu Pensyarah Maktab Pergguruan Malaysia)

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan Malaysia menjalankan penyelidikan di Bahagian Pendidikan Guru dan maktab perguruan Malaysia.

1.1 Dasar Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Program Pembudayaan Penyelidikan di kalangan pendidik guru telah lama diperkenalkan di maktab perguruan Malaysia. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1998, Bahagian Pendidikan Guru telah mengemukakan beberapa saranan kepada maktab perguruan tentang beberapa langkah yang boleh diambil dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan, sesuai dengan perkembangan terkini untuk menjadikan pendidik guru sebagai penyelidik. Hasil daripada program pembudayaan penyelidikan tersebut, Bahagian ini telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua hasil laporan kajian dari setiap maktab bagi setiap tahun.

Bahagian Pendidikan Guru memang menggalakkan pihak maktab mengadakan seminar, wacana atau lain-lain bentuk perkongsian ilmu untuk menyebarluaskan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pensyarah. Bahagian Pendidikan Guru sendiri juga mengendalikan Seminar Pendidikan Guru mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Semua maktab perguruan juga telah mempunyai laman web penyelidikan masing-masing sebagai satu wadah untuk menerbitkan laporan-laporan penyelidikan dan artikel-artikel tentang penyelidikan. Semua artikel dan laporan penyelidikan daripada pensyarah maktab perguruan juga boleh diakses melalui laman web BPG.

Selain daripada mengadakan seminar dan bengkel untuk membentangkan dapatan kajian, pihak BPG juga mengedarkan laporan-laporan kajian ini kepada pihak-pihak tertentu di Bahagian dan dijadikan bahan rujukan di pusat sumber.

(3)

BPG menjalankan program pemantauan ke atas penyelidikan yang dilaksanakan di maktab-maktab perguruan pada setiap tahun. Peruntukan khas telah disediakan kepada semua maktab perguruan bagi membiayai kos pelaksanaan penyelidikan ini. Dua tajuk penyelidikan akan dipilih dari setiap maktab perguruan untuk diberi bimbingan dan pemantauan oleh sekumpulan ahli panel yang dilantik oleh BPG. Ahli-ahli panel terdiri daripada sekumpulan pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari BPG dan maktab-maktab perguruan. Pemantauan dilakukan dalam tiga peringkat:

i. Penyediaan Proposal dan Instrumen Penyelidikan ii. Penyediaan Analisis Data Penyelidikan

iii. Penyediaan Draf Laporan Penyelidikan

Di samping itu, pensyarah-pensyarah maktab perguruan juga menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan Unit / Jawatankuasa / Jabatan Penyelidikan masing-masing.

Unit-unit di BPG juga sentiasa menjalankan penyelidikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan unit masing-masing dan BPG.

Oleh sebab itu, satu garis panduan untuk menjalankan penyelidikan adalah diperlukan untuk membantu pegawai BPG dan pensyarah-pensyarah maktab semasa menjalankan penyelidikan. Selain itu, garis panduan ini juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

1.3 Isu

Aktiviti penyelidikan di maktab-maktab perguruan agak kurang menggalakkan. Budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik (pensyarah) maktab perguruan masih kurang memberangsangkan. Berbagai-bagai faktor didapati telah menjadi penghalang, seperti kurang galakan dan rangsangan pihak pentadbiran, tidak ada insentif kepada dan, kurang memahami kaedah untuk menjalankan penyelidikan.

Pensyarah juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan kerana mereka dibebani dengan pelbagai tugas di maktab masing-masing. Di samping itu, sumber rujukan seperti jurnal-jurnal ilmiah dalam pelbagai bidang juga terhad, menyebabkan pensyarah tidak dapat membuat rujukan dengan baik semasa melaksanakan penyelidikan.

Sebagai galakan kepada pensyarah yang menjalankan penyelidikan, mereka haruslah diberikan keutamaan dalam pembentangan hasil penyelidikan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menyebarluaskan hasil penyelidikan pensyarah maktab perguruan. Hasil-hasil penyelidikan juga haruslah diterbitkan, sama ada dalam jurnal peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

(4)

Budaya penyelidikan di kalangan pensyarah maktab perguruan perlu digalakkan. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dengan lebih mendalam dan meluas.

Pensyarah seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu pensyarah menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik guru.

(5)

BAB II

PENGENALAN

2.1 Apakah Penyelidikan?

Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang penyelidikan. Penyelidikan bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penyelidikan boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan ini.

Jadual 2.1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik

______________________________________________________________________________ ________

Bukan Saintifik Saintifik

Pendekatan am: Intuitif Empirikal

Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal

Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased,

objektif

Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas,

operational specificity

Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise

Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada

keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan

Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable)

Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical

(6)

Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology.

N.Y.: McGraw-Hill, pp 7.

Oleh sebab itu, penyelidikan boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, penyelidikan menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.

Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

2.2 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan. Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet. Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek penyelidikan pendidikan.

Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikan berlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.

(7)

Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran penyelidikan pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikan pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

2.3 Ciri-ciri Penyelidikan

Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

2.3.1 Langkah-langkah logikal

• Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.

• Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.

• Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.

• Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. • Membuat kesimpulan dan generalisasi.

2.3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.

Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus

“Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”

2.4 Jenis Penyelidikan Pendidikan

Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan penyelidikan: 2.4.1 Klasifikasi berdasarkan tujuan atau matlamat

(8)

o Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.

o Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam.

o Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.

o Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis.

• Penyelidikan Gunaan

o Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.

o Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru. • Penyelidikan Tindakan

o Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaan setempat (local situation) dan dijalankan oleh seseorang (guru) yang akan menggunakan dapatan penyelidikan.

o

Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan ); participatory (penglibatan)

o Menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. 2.4.2 Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan Kaedah

• Penyelidikan Bersejarah

o Membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesan peristiswa-peristiswa lampau.

o Untuk menerangkan peristiwa semasa dan meramalkan peristiswa masa depan.

o

Pengumpulan data diperolehi daripada dokumen-dokumen asli atau melalui temuduga dengan penyaksi-penyaksi (maklumat asal) . Data juga boleh dikutip daripada sumber sekunder.

• Penyelidikan Diskriptif

o Berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalan–soalan yang berhubungkait dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara di bawah kajian.

o Dilaksanakan melalui pertanyaan soalan kepada responden ataupun melalui pemerhatian.

(9)

o Menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebih

pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal (quantifiable) o Bukan sahaja menyatakan keadaan-keadan yang terdapat di

dalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yang mengakibatkan munculnya fenomena di bawah kajian semasa. Penyelidikan Ujikaji

o Membuat manupulasi terhadap sekurang-kurangnya sesuatu pembolehubah bebas serta kawalan terhadap pembolehubah lain untuk mengukur keberkesanan pembolehubah-pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar.

Kajian Ex-pos Facto (After the fact)

o Berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku.

o Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:

“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their

manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”.

o Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan

pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

2.5 Apakah yang dimaksudkan “claims” atau tuntutan ilmu?

Bila membuat penyelidikan, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu “claim” atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam penyelidikan, iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian. Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:

• Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’.

(10)

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect’. Dengan demikian sebelum kita membuat “claim” pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harus dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat.

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

2.6 Rasional Penyelidikan

Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

• Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).

Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

• Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)

Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

• Memberi penjelasan (explanation)

Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. • Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

(11)

Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.

Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

• Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

2.7 Pendekatan Penyelidikan Pendidikan

Dalam dunia penyelidikan pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi penyelidikan, iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam penyelidikan kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk penyelidikan ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal.

Strategi pemilihan tradisi penyelidikan tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi penyelidikan tersebut.

Penyelidikan kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut penyelidikan kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelidikan kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala penyelidikan kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya penyelidikan kualitatif tidak bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

2.7.1Pemilihan Pendekatan Penyelidikan

Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan

(12)

kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

• Penyelidikan Kuantitatif o Menguji teori

o Melihat hubungkait angkubah

o Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab” o Membuat ramalan

• Penyelidikan Kualitatif

o Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya o Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji o Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu

fenomena yang dipilih

o Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

o Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

2.7.2 Perbezaan ciri-ciri penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Jadual 2.2 Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

Istilah yang berkaitan dengan pendekatan Eksperimental ‘Hard data’ Perspektif luaran Empirikal Positivist Fakta sosial Statistik ‘Etic’ Etnografi Kerja lapangan ‘Soft data’ ‘Symbolic Interaction’ Perspektif dalaman ‘Naturalistic’ Ethnomethodologi Diskriptif

Pemerhatian turut serta ‘Phenomenological’ Dokumentari Riwayat hidup Kajian kes Ekologikal ‘Emic’ Konsep utama Pemboleh ubah

(13)

Kebolehpercayaan Hipotesis Kesahan Kesignifikanan statistik Replikasi ramalan Definisi situasi Kehidupan harian Pemahaman Proses Rundingan bertujuan praktikal pembinaan sosial ‘Grounded Theory’ Gabungan teori Structural functionalisim

Realism, Positivism Behavioralisme ‘Logical Empiricm’ ‘Systems Theory’ ‘Symbolic Interaction’ ‘Ethnomethodology’ ‘Phenomenology’ Budaya Idealisme Gabungan

Akademik PsikologiEkonomi Sosiologi Sains politik

Sosiologi Sejarah Anthropologi Matlamat Menguji teori

Memperjelaskan fakta Perihalan statistik Hubungan antara pemboleh ubah Ramalan Membina konsep

Memerihal realiti pelbagai ‘Grounded Theory’

Meningkatkan pemahaman

Reka bentuk Berstruktur

Ditentukan lebih awal Formal

Spesifik

Prosedur kajian yang terperinci

Terbuka kepada perubahan Fleksibel Umum

Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan

Penulisan cadangan

penyelidikan Panjang lebarTerperinci dan jelas fokusnya

Prosedur spesifik dan terperinci

Tinjauan bahan kajian yang mendalam

Ditulis sebelum data dipungut

Menyatakan hipotesis

Ringkas Spekulatif

Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji

Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data Tinjauan bahan kajian tidak mendalam

Pernyataan pendekatan yang umum

Data Kuantitatif

Koding boleh dikira Kiraan dan ukuran

Pembolehubah yang boleh didefinisikan

Statistik

Diskriptif

Dokumen peribadi Nota kerja lapangan Gambar Pendapat perseorangan Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak Sampelan Besar Berstrata Kumpulan kawalan Kecil

Tidak mewakili populasi Persampelan teoritikal

(14)

Tepat

Pemilihan secara rawak Mengawal pengganggu pembolehubah

Teknik / kaedah Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Permerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak

berstruktur Hubungan dengan

responden Jangka pendekHubungan tidak akrab Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden Empati Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra

Responden sebagai rakan Mengutamakan

keobjektifan Alat Kajian Inventori

Soal selidik Indeks Komputer Skala Skor ujian

Alat perakam suara ‘Transciber’

Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

Analisis data Deduktif

Dilaksanakan selepas pungutan data

Statistikal

Berterusan

Model, tema dan konsep Induktif

Analisis bersifat induktif ‘Constant Comparative method’ Permasalahan dalam menggunakan pendekatan

Mengawal pemboleh ubah yang lain

Terlalu rigid Kesahan

Mengambil masa panjang Kesukaran menyaring data Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya (Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

2.7.3Contoh Soalan Kajian

• Soalan kajian penyelidikan kuantitatif

o Apakah kesan keluarga terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah?

o Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pensyarah di Maktab Perguruan?

(15)

• Soalan kajian penyelidikan kualitatif

o Bagaimanakah perubahan sikap terhadap disiplin berlaku dalam organisasi?

o Apakah pandangan pelajar terhadap larangan keluar dari rumah pada waktu malam?

o Bagaimanakah sambutan guru-guru terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

Kesimpulannya, soalan-soalan kajian sangat penting kerana ia berperanan sebagai berikut:

• Menentukan prosedur perancangan kajian • Memberi haluan dan kesepaduan dalam kajian • Menentukan batasan kajian

• Menentukan data yang diperlukan

• Mengawal penyelidik daripada hilang fokus • Menyediakan rangka untuk menulis laporan

2.8 Proses Penyelidikan

Tanpa mengira apakah kaedah penyelidikan yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan yang agak sama. Sebagai contoh, kebanyakan aktiviti penyelidikan meliputi aspek-aspek berikut:

• Pernyataan masalah kajian • Persoalan kajian / hipotesis • Definisi istilah

• Tinjauan literatur • Sampel

• Instrumen/ alat pengukuran • Prosedur / reka bentuk kajian • Analisis data

• Pelaporan

Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses penyelidikan secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan penyelidikan (proposal) atau laporan penyelidikan. Urutan ini juga merupakan langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses penyelidikan tidak semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu penyelidikan.

(16)

Rajah 2.1 Proses Penyelidikkan

2.8.1 Pernyataan masalah kajian

Masalah kajian merupakan asas kepada kajian. Pernyataan masalah perlu diiringi dengan penerangan dan latarbelakang masalah yang dikaji.

2.8.2 Menentukan persoalan kajian/hipotesis

Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali juga sebagai hipotesis. Hipotesis merupakan satu ramalan (prediction) atau pernyataan secara spesifik tentang apa yang diharapkan akan berlaku. Hipotesis perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan diantara pembolehubah-pembolehubah.

2.8.3 Definisi istilah

Semua istilah dalam pernyataan masalah dan hipotesis mestilah didefinisikan dengan jelas.

Pernyataan Masalah

kajian Hipotesis atauPersoalan kajian Definisi Istilah Tinjauan Bacaan Instrumentasi Sampel Prosedur/ Rekabentuk Analisis Data Laporan

(17)

2.8.4 Tinjauan literatur

Kajian-kajian lain yang ada kaitan dengan masalah kajian hendaklah dicari dan dirumuskan dapatannya. Tinjauan bahan-bahan seperti jurnal, laporan, monograf dan lain-lain hendaklah membayangkan apa yang telah diketahui mengenai masalah yang hendak dikaji dan nyatakan juga mengapa kajian anda nanti boleh membantu menambah pengetahuan sedia ada.

2.8.5 Sampel

Sampel kajian dan kumpulan yang lebih besar atau populasi (di mana dapatan hendak digeneralisasikan) hendaklah dikenalpasti. Langkah-langkah pemilihan sampel juga hendaklah dijelaskan.

2.8.6 Instrumen

Setiap instrumen yang digunakan untuk mengutip data hendaklah diterangkan dengan jelas dan rasional penggunaannya juga hendaklah diberitahu.

2.8.7 Prosedur / rekabentuk kajian:

Prosedur sebenar kajian hendaklah diperincikan mengikut urutan. Ini termasuklah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh penyelidik tentang apa yang akan dibuat, bila, di mana, bagaimana, dan dengan siapa. Masa sebenar bila tugas akan dimulakan serta jangkaan tarikh tamat, penggunaan bahan-bahan seperti buku atau peralatan seperti komputer perlu dinyatakan. Selain itu, rekabentuk umum atau metodologi (seperti eksperimen atau tinjauan) hendaklah juga dijelasakan.

2.8.8 Analisis Data :

Teknik statistik (termasuk deskriptif dan inferential) yang digunakan untuk menganalisis data hendaklah diterangkan dengan jelas. Perbandingan yang dibuat untuk menjawab soalan kajian juga perlu dijelaskan.

2.8.9 Laporan :

Laporan hasil kajian hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditentukan.

(18)

2.9.1 Apakah Etika Penyelidikan?

Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan.

Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:

• Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.

‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut:

Matlamat dan tujuan kajian

Apa yang dikendaki oleh responden

Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.

o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat

o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

• Penglibatan (Participation)

o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.

o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan negatif

o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.

• Kerahsiaan (Confidentiality)

o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan.

o Perlindungan hak responden diutamakan.

o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent. o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli

(19)

• Anomiti

o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.

• Rundingan (Negotiation)

o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

 Mendapat kebenaran dari institusi  Mendapat kebenaran untuk access data  Penggunaan data

 Penulisan laporan

 Melindungi peserta daripada masalah yang timbul Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?  Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.

 Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.  Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan

justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.

 Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

 Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.

 Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

 Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

 Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

 Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

2.10 Bidang-bidang dalam Penyelidikan Pendidikan

Penyelidikan pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai suatu proses penyiasatan terhadap phenomena dalam pendidikan. (Phenomena investigated). Phenomena yang kerap menjadi tumpuan para penyelidikan pendidikan merangkumi bidang-bidang berikut:

(20)

• Proses pengajaran • Pembelajaran • Abiliti kognitif

• Metod pengajaran dalam bilik darjah • Sahsiah pelajar

• Motivasi dalam pendidikan • Kepimpinan pendidikan • Kewangan sekolah

• Program untuk pelajar khas (gifted, learning disbled) • Pendidikan guru

• Perkembangan kurikulum

Berikut adalah beberapa bidang penyelidikan pendidikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks maktab perguruan:

• Penilaian sesuatu program seperti program KPLI, program pengalaman berasaskan sekolah, latihan mengajar atau praktikum.

• Penyelidikan bilik darjah tentang kemudahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

• Kurikulum pelbagai mata pelajaran seperti pelaksanaan kurikulum, perkembangan kurikulum, penggunaan resos dan personal.

• Penilaian polisi pendidikan seperti peruntukan kewangan bagi

pendidikan, pengagihan sumber antara bahagian/jabatan pendidikan. • Pengurusan seperti pengurusan resos manusia, teknologi, kewangan

dan kemudahan dalam sesuatu institusi. • Penyelidikan gender dalam pendidikan.

• Penyelidikan tentang tingkah laku manusia seperti pemikiran kognitif, kreatif, dan personaliti.

• Penyelidikan tentang pendidikan khas seperti kanak-kanak autistik dan dyslexia.

(21)

BAB III

PENYELIDIKAN KUANTITATIF 3.1 Pengenalan:

3.1.1 Apakah Penyelidikan Kuantitatif ?

Penyelidikan Kuantitatif adalah berdasarkan kepada andaian bahawa ciri-ciri persekitaran sosial merupakan realiti yang bebas (independent reality) dan secara relatifnya tidak berubah (constant) merentasi waktu dan tempat. Penyelidik kuantitatif menghasilkan pengetahuan baru dengan mengumpul data numerikal mengenai tingkah laku yang boleh diperhatikan. Data akan dikumpul dari sampel yang ditetapkan. Statistik digunakan untuk menganalisis dan menginterpretasi data.

3.1.2 Falsafah / Logik Penyelidikan Kuantitatif:

Penyelidikan Kuantitatif adalah bersandarkan kepada falsafah bahawa realiti sosial adalah objektif dan tetap merentasi waktu dan tempat. Realiti sosial dianalisiskan mengikut angkubah (variable). Penyelidik kuantitatif membuat andaian tertentu dan mengawal angkubah-angkubah tertentu sebelum kajian di mulakan. Penyelidikan kuantitatif menggunakan konsep serta teori tertentu dalam menentukan jenis data yang akan dikutip.

3.1.3 Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif:

• Mementingkan penentuan hipotesis yang tepat pada permulaan kajian. • Memerlukan penentuan definisi operasional yang tepat (precise) pada

permulaan kajian.

• Data adalah berbentuk numerik.

• Memberi perhatian yang penting kepada penilaian dan penambahbaikan kebolehpercayaan (reliability) skor-skor yang diperolehi daripada

instrumen kajian.

• Memerlukan penilaian kesahan (validity) melalui berbagai prosedur dengan menggunakan indeks statistik.

• Memerlukan penggunaan teknik-teknik pemilihan sampel secara rawak supaya sampel yang dipilih bermakna dan mewakili populasi.

• Aspek “generalizability” amat dititikberatkan.

• Memerlukan reka bentuk yang membolehkan kawalan statistik ke atas pebolehubah ‘extraneous’.

(22)

3.2 Metodologi Penyelidikan Kuantitatif

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan dan justerunya menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu. Sejauh manakah bukti itu kukuh untuk menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu bergantung kepada kesahan dalaman dan kesahan luaran reka-bentuk kajian.

3.2.1 Kesahan dalaman

Merujuk kepada sejauh manakah hipotesis yang diuji sah menjelaskan fenomena yang dikaji dan tiada hipotesis-hipotesis lain yang boleh menjelaskan fenomena tersebut. Contohnya, jika hipotesis kajian ialah bahawa kaedah pengajaran A lebih berkesan menghasilkan pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran B, sejauh manakah hipotesis ini benar kalau pengkaji mendapati bahawa data yang diperolehinya menyokong hipotesis ini? Apakah kemungkinan pembelajaran dalam kumpulan di bawah pengajaran kaedah A lebih baik disebabkan oleh pelajar yang lebih cerdas atau pun pengajar yang lebih berkesan, dan bukan disebabkan oleh kaedah?

Jika masalah ini berlaku, maka kita tidak pasti bahawa kaedah A dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam hal ini, pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru merupakan pembolehubah luaran (“extraneous” atau “lurking variables”) yang telah menjejaskan hipotesis yang diuji ataupun mengelirukan (“confounding”) dapatan.

Kesahan dalaman terjejas jika pengkaji gagal mengawal pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru dan dapatan kajian kurang sah. Oleh demikian kesahan dalaman sangat bergantung kepada reka-bentuk kajian yang boleh mengawal pembolehubah-pembolehubah luaran (istilah lain ialah “covariates” atau “ extraneous variables”).

Banyak pemboleh ubah “extraneous” boleh menjejaskan kesahan dalaman. Contohnya, pengukuran yang kurang sah atau kurang boleh dipercayai, ciri dan pendekatan penyelidik yang mungkin mempengaruhi peserta atau pengumpulan data, dan jangkaan peserta kajian boleh mempengaruhi tingkah laku peserta.

3.2.2 Kesahan luaran

Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu dapatan dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Dalam kajian kuantitatif penyelidik menjalankan kajian ke atas sampel tetapi sasarannya ialah populasi kajian. Banyak faktor boleh menjejaskan kesahan luaran. Antaranya, persampelan yang kurang mewakili

(23)

populasi, reka-bentuk ekspeimen yang kurang mewakili situasi sebenar, dan kesan “bias” penyelidik.

Oleh kerana kesahan dalaman dan kesahan luaran merupakan dua kriteria yang penting untuk menjamin kualiti dan kesahan kajian kuantitatif, penyelidik perlu menghuraikan bagaimana kajian dijalankan dari segi metodologi kajian, iaitu tentang soalan atau hipotesis kajian, reka-bentuk, pembolehubah-pembolehubah yang dikaji, cara mengukur pembolehubah-pembolehubah, cara memilih sampel, dan cara mengumpul dan menganalisis data.

3.3 Soalan Dan Hipotesis Kajian

Soalan kajian penting kerana membantu penyelidik mengenalpasti pembolehubah yang dikaji dan seterusnya menentukan bagaimana mengumpul dan menganalisis data. Oleh demikian soalan hendaklah jelas dari segi pembolehubah yang dikaji.

Biasanya, penyelidikan kuantitatif bertujuan untuk mengkaji kesan sesuatu pembolehubah atau beberapa pembolehubah ke atas peserta kajian dari segi pembolehubah yang dikenalpasti. Contohnya, kesan sesuatu intervensi atau “treatment” (program, kaedah P&P, tindakan) ke atas peserta kajian dari segi pembelajaran, sikap, dan sebagainya. Kadang-kadang penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah pembolehubah tertentu mempunyai perkaitan dengan atau mempengaruhi pembolehubah yang lain. Contohnya, sejauh manakah jantina mempengaruhi pembelajaran peserta atau sikap peserta kajian terhadap sesuatu isu. Maka tujuan kajian yang jelas mudah menentukan soalan yang ingin dijawab.

Untuk menjawab soalan kajian tentang kesan sesuatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain, dua pendekatan utama biasanya digunakan oleh penyelidik untuk mereka-bentuk kajian, iaitu,

• Mengkaji perbandingan kesan antara kumpulan

o Contohnya, membandingkan kesan antara kumpulan treatment dan kumpulan kawalan; kesan antara kumpulan lelaki dan

perempuan.

• Mengkaji perkaitan antara pembolehubah

o Contohnya, perkaitan antara kesan dan jantina; perkaitan antara kesan dan treatment/tiada treatment; perkaitan antara kualiti pelatih dan prestasi dalam praktikum.

Apabila data daripada sampel menunjukkan terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapat perkaitan antara dua pembolehubah, penyelidik akan menguji sama ada perbezaan atau perkaitan ini boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian. Maka, hipotesis dikemukakan untuk menguji sejauh manakah

(24)

statistiks daripada sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Hipotesis biasanya dinyatakan dalam bentuk “nol” (Ho)*, iaitu jika kita

menjangka terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapatnya perkaitan antara pembolehubah (Ha)*, hipotesis kita adalah tiada perbezaan

atau tiada perkaitan. Contohnya:

Ho : Tiada perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua

kumpulan/pembolehubah

Ha : Terdapat perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua

kumpulan/pembolehubah * Ho adalah hipotesis nol

Ha adalah hipotesis alternatif

3.4 Jenis Rekabentuk Penyelidikan Kuantitatif

Secara umum, reka-bentuk penyelidikan kuantitatif boleh di kategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu,

• Eksperimen,

• Kuasi-eksperimen, dan

• Bukan eksperimen (contoh: tinjauan deskriptif, tinjauan expost facto, korelasi dan perkaitan antara pemboleh ubah).

3.4.1 Klasifikasi Pembolehubah:

Untuk memahami logik reka-bentuk kuantitatif kita perlu memahami konsep pembolehubah dan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah berikut:

• pembolehubah bebas (independent/ explanatory/ cause), • pembolehubah bersandar (dependent /response/ effect), dan • pembolehubah kawalan (control /covariate).

Rangka konseptual umum penyelidikan kuantitatif adalah “explanatory”, iaitu kita ingin menjelaskan fenomena atau realiti dari segi sebab-penyebab (cause and effect) tetapi istilah-istilah “cause and effect” elok dielakkan. Oleh sebab itu, istilah “bebas” dan “bersandar” digunakan. Antara istilah-istilah lain yang digunakan untuk menggantikan istilah "cause" adalah "treatment variable", "predictor variable", "antecedents" (kajian kualitatif) dan "determinants" (kajian kualitatif) dan istilah-istilah yang menggantikan "effect" ialah "outcome variable", "criterion variable", dan "consequences" (kajian kualitatif).

Pembolehubah kawalan adalah pembolehubah yang kita ingin mengawal kesan atau pengaruhnya terhadap pembolehubah yang dikaji. Pembolehubah ini juga dinamakan “extraneous variables” atau “noise variables” atau “lurking variables”. Pembolehubah-pembolehubah kawalan ini perlu dikawal supaya tidak mengelirukan perkaitan (“confounding”) antara pembolehubah bebas dan

(25)

pembolehubah bersandar. Rajah 3.1 menunjukkan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah ini.

Pembolehubah kawalan

Pembolehubah bebas Pembolehubah

bersandar

Rajah 3.1 Perkaitan antara pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah kawalan.

Sejauh manakah pembolehubah kawalan dapat dikawal menentukan jenis reka bentuk kuantitatif :

• Jika pembolehubah kawalan dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk eksperimen paling sesuai digunakan.

• Jika pembolehubah kawalan kurang dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk kuasi- eksperimen atau reka-reka-bentuk bukan eksperimen digunakan dan pengaruh pembolehubah dikawal secara statistikal.

3.4.2 Reka bentuk Eksperimen

Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza (rujuk Rajah 3.2). “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin. Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini

(26)

dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

Kumpulan 1 Treatment 1 Agihan

Secara Perbandingan

rawak

Kumpulan 2 Treatment 2 Rajah 3.2 Reka-bentuk Eksperimen

3.4.3 Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)

Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 3.3). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest

Covariate Perbandingan

(27)

Raja 3.3 Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

3.4.4Reka Bentuk Bukan Eksperimen

Reka bentuk bukan eksperimen biasa digunakan jika agihan secara rawak dan “treatment” tidak dapat dikawal dan kumpulan-kumpulan untuk perbandingan juga tidak jelas. Maka konsep “naturally occurring” diperluaskan supaya termasuk variasi yang semulajadi dalam pembolehubah bebas. Penyelidik juga tidak dapat mengawal masa bila pembolehubah bersandar diukur. Ini adalah kerana pendedahan kepada pembolehubah bebas tidak dapat dikawal kerana ia berlaku secara semulajadi, maka penyelidik tidak dapat mengawal masa bila untuk mengukur pembolehubah bersandar. Reka bentuk jenis bukan eksperimen lebih merupakan kajian-kajian expost facto atau tinjauan korelasi.

3.4.5 Kajian Tinjauan (Survey research)

Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu

dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. Contohnya, reka-bentuk MLR.

3.4.6 Reka bentuk MLR (Multiple Linear Regression)

MLR sebenarnya adalah satu teknik data analisis. Oleh kerana is sering digunakan dalam penyelidikan kuantitatif, ia boleh dilihat sebagai satu strategi untuk mereka-bentuk kajian. MLR berguna untuk mengkaji perkaitan antara beberapa pembolehubah bebas (sama ada secara satu persatu atau secara kelompok) dan satu pembolehubah bersandar. Teknik MLR adalah untuk mengkaji bagaimana beberapa pembolehubah bebas mempengaruhi satu pembeloehubah bersandar. Dalam istilah statistik, ia mangkaji sejauh manakah pembolehubah-pembolehubah bebas, sama ada secara satu persatu atau secara kelompok, menyumbang kepada “variance” pembolehubah bersandar (accounting for the variance in the dependent variable). "Variance" merujuk kepada variasi (variation) dalam sesuatu pembolehubah.

(28)

Oleh kerana kaedah positivistik mengkaji perbezaan, strategi saintifik adalah mencari bagaimana sesuatu fenomena "varies", dan menjelaskan perbezaan itu, atau "account for that variance". Jika hampir 100% daripada variance diterangkan oleh satu set pembolehubah bebas, maka kita boleh katakan bahawa kita sudah mula dapat memahami atau menjelaskan (explain) pembolehubah bersandar tersebut. Sebaliknya, jika peratusan ini rendah, ia bermakna kita masih kurang memahami pembolehubah bersandar tersebut. Dalam MLR, kita juga boleh mengkaji anggaran sumbangan setiap pembolehubah bebas terhadap variance dalam pembolehubah bersandar. Maka, kita dapat mengenalpasti pembolehubah bebas yang manakah lebih penting dan yang manakah kurang penting dalam mempengaruhi pembolehubah bersandar. Konsep MLR dapat digambarkan seperti dalam Rajah 3.4.

Pembolehubah-pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar X1

X2 [pembolehubah kawalan] Y X3

Rajah 3.4 Reka-bentuk MLR

3.5 Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan kuantitatif, pembolehubah mestilah boleh diukur secara kuantitatif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan penentuan kaedah mengukur pembolehubah, pembinaan instrumen, pemilihan sampel peserta kajian, dan pentadbiran instrumen.

3.5.1 Pengukuran

Definisi Pengukuran

o satu proses memberi nombor atau kuantiti ke atas sesuatu tret atau ciri yang diukur (Summer, 1987);

o pemberian angka-angka kepada objek atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu;

o Pengukuran dalam penyelidikan mempunyai kaitan hal-hal yang berikut;

o

Proses mewakilkan sesuatu (representing); o Pembinaan instrumen;

o Pentadbiran ujian instrumen yang diguna 3.5.2 Teknik Mengumpul Data

(29)

Dalam penyelidikan kuantitatif, terdapat lima teknik yang biasa digunakan, iaitu: • Ujian; • Soalselidik; • Senarai semak; • Pemerhatian berstruktur; • Temu bual berstruktur

3.5.3 Instrumen Kajian

Untuk melaksanakan penyelidikan, instrumen kajian perlu ditentukan terlebih dahulu. Instrumen kajian boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalam

penyelidikan melibatkan :

• Pembinaan soalan-soalan untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatu yang diukur;

Proses memberi nombor-nombor tertentu untuk mewakilkan kadar (magnitude) yang diperoleh.

3.5.4 Jenis-jenis Skala Dalam Pengukuran

Dalam penyelidikan, penentuan skala ukuran yang digunakan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah penganalisisan dan teknik-teknik analisis statistik ditentukan. Data boleh digolongkan kepada empat jenis skala ukuran:

• Skala nominal – membezakan objek, orang kepada kategori yang diskrit mengikut sifat kualitatif. Ukuran paling asas, cth. pembolehubah jantina di kategori kepada lelaki dan perempuan.

• Skala ordinal – membezakan objek, orang mengikut susunan pangkatan, cth. tahap persetujuan terhadap kenyataan.

• Skala sela – beza antara kategori adalah sama (ukuran jeda yang sama), cth. markat pelajar.

• Skala nisbah – aras ukuran tertinggi di mana setiap nilai kategori adalah mutlak dan bermakna. Data jenis ini mempunyai perbezaan skala yang sama, seperti jenis jeda, tetapi mempunyai DUA sifat tambahan:

o Mempunyai nilai sifar yang mutlak, misalnya 0 sm dalam ukuran panjang bermaksud tiada jarak panjang.

o Angka-angka dalam skala nisbah menggunakan nombor jati dan nombor-nombor ini boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagikan serta boleh dibuat perkaitan secara bernisbah.

(30)

3.5.5 Ciri-ciri Utama Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan (reliability);

Kesahan (validity);

Keobjektifan (objectivity);

Kebolehtadbiran (administerability);

Kemudahtafsiran (interpretability) 3.5.6 Prosedur Pembinaan Instrumen Kajian

• Menentukan objektif;

• Membentuk Jadual Penentuan Instrumen (JPI); • Memilih bentuk item;

• Membentuk item;

• Meninggikan mutu item;

• Mengulangkaji dan menyunting item; • Menyediakan instrumen untuk digunakan;

Kajian rintis (try out);

• Melaksanakan.

3.5.7 Prinsip-prinsip Pembentukan Pernyataan Item • Struktur ayat mudah difahami;

• Kesinambungan antara item demi item;

• Konstruk item melibatkan hanya satu konsep/pemboleh ubah; • Elakkan pernyataan yang bias;

• Tidak kabur;

• Elakkan dua persoalan dalam satu pernyataan (satu item bagi satu tret); • Tidak bertindih;

• Tiada kekeliruan;

• Mempunyai cukup maklumat; • Bilangan item yang sederhana;

3.5.8 Kajian Rintis

Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina; Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk:

• Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik; • Menyemak semua item dan arahan agar jelas;

• Menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan. Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambilkira dalam melaksanakan kajian rintis:

(31)

• Responden mewakili sample sebenar kajian; • Bilangan responden: Minimum 30 orang;

• Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:

• Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soalselidik? • Adakah arahan jelas?

Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa?

• Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab? • Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditnggalkan?

Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik?

• Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?

3.5.9 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Setelah kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan ke atas instrumen yang dibina. Kebolehpercayaan instrumen bermaksud

bahawa alat yang digunakan itu mampu memberi jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada

“stability” instrumen. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada

kebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrumen dalam mengukur sesuatu konstruk yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalah berikut.

Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi “stability”“Test-retest” iaitu mentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali pertama dan kedua ialah 2 minggu) kepada sampel yang sama dan gunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat korelasi yang tinggi. Korelasi yang tinggi bermakna “stability”yang tinggi.

• Kaedah menguji kebolehpercayaan konsistensi dalaman - Ujian Cronbach Alpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan

hendaklah dibuat terhadap item-item instrumen, iaitu, sama ada untuk:

i. Mengekalkan item;

ii. Mengekalkan item dengan sedikit perubahan;

iii. Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan;

iv. Menggugurkan item.

(32)

Data dikumpul daripada sampel tetapi analisis data tersebut adalah untuk membuat rumusan populasi. Proses ini desebut sebagai membuat inferens daripada sample kepada populasi. Persampelan rawak perlu digunakan untuk membuat inferens. Berikut adalah rumusan ciri-ciri umum rekabentuk

persampelan rawak:

Jadual 3.1 Rekabentuk Persampelan Rawak

3.5.11Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji perlu menjelaskan dengan terperinci proses kajian yang meliputi kajian rintis dan langkah-langkah yang diambil semasa pengumpulan data kajian sebenar. Sebagai contoh, jika data dikumpulkan melalui eksperimen, jelaskan di mana eksperimen dijalankan, bagaimana subjek-subjek dibahagikan kepada kumpulan, bagaimana rawatan diberikan kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat dan siapa yang mengawas eksperimen tersebut.

3.6 Analisis Data

Rekabentuk Pemilihan rawak Ciri-ciri lain Persampelan

rawak mudah

Ahli sampel dipilih daripada populasi secara rawak

Keseluruhan populasi bertindak sebagi satu unit daripada sampel dipilih

Persampelan rawak

berstrata

Ahli sampel dipilih secara rawak dari setiap strata populasi

Setiap strata diwakili dalam sample; sample dipilih mengikut nisbah setiap strata dalam populasi

Persampelan

kluster Ahli kluster dipilih daripada populasi kluster yang lebih besar

Semua ahli daripada kluster yang dipilih dilibatkan dalam sample; tidak semua kluster dilibatkan; kluster tidak

semestinya sama saiz Persampelan

(33)

3.6.1 Parameter dan Statistik

Dalam penyelidikan kuantitatif, statistik digunakan sebagai asas untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu. Oleh itu, statistik digunakan untuk mengumpul, menyusun, menganalisis dan membuat intepretasi data numerikal. Dalam penyelidikan kuantitatif, penyelidik ingin mengkaji tentang populasi tetapi data adalah diperolehi daripada sampel yang dipilih secara rawak. Statistik tentang ciri-ciri populasi yang diterjemahkan dalam bentuk pembolehubah-pemboelehubah ditakrifkan sebagai parameter dan statistik tentang ciri-ciri sampel dari segi pembolehubah-pembolehubah tersebut ditakrifkan sebagai statistik. Analisis data melibatkan proses memeriksa statistik sampel dan seterusnya membuat inferens tentang parameter populasi daripada statistik sampel tersebut. Proses pemeriksaan data menghasilkan statistik deskriptif tentang sampel dan proses membuat inferensi membantu penyelidik membuat rumusan tentang parameter populasi. Maka, analisis data melibatkan dua peringkat, iaitu peringkat deskriptif dan peringkat inferensi.

3.6.2 Pemeriksaan Data dan Statistik Diskriptif

Data mentah perlu diperiksa dari segi taburan pembolehubah, “outliers”, dan perhubungan antara pembolehubah jika pengkaji ingin meneliti tentang perhubungan. Proses pemeriksaan data juga menghasilkan statistik diskriptif.

• Taburan Pembolehubah dan “outliers”

Data tentang sesuatu pembolehubah yang dikumpul daripada sampel perlu diperiksa dari segi taburan atau distribusinya. Sesuatu distribusi dihuraikan dari segi bentuknya, kecenderungan memusat dan sebaran distribusi. Ukuran kecenderungan memusat (contohnya min dan median) dan ukuran sebaran (contohnya sisihan piawai dan “interquartile range”) merupakan statistik deskriptif tentang sampel.

Bentuk distribusi, sama ada simetri dan normal atau sebaliknya dapat memperlihatkan sejauh mana data tersebut memenuhi syarat-syarat untuk prosedur statistik inferensi. Ini adalah kerana kebanyakan prosedur statistik inferensi memerlukan data yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Umpamanya ujian-ujian parametrik biasanya memerlukan distribusi yang normal. Statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk prosedur inferensi juga bergantung kepada bentuk distribusi pembolehubah yang berkenaan. Umpamanya, jika distribusi agak simetri dan normal, min dan sisihan piawai sesuai digunakan sebagai ukur kecenderungan memusat dan sebaran distribusi pembolehubah tersebut. Tetapi, jika ia tidak simetri dan tidak normal, median dan “interquartile range” lebih sesuai sebagai ukur demikian.

Pemeriksaan taburan pembolehubah juga dapat mengesan sama ada terdapat “outliers” yang perlu diteliti. Outliers mempengaruhi min dan sisihan piawai. Setiap outlier perlu diteliti sama ada ia adalah disebabkan

(34)

oleh kesilapan pengkaji atau pun ia memang data benar tentang peserta kajian yang mungkin bukan daripada populasi kajian. Sekiranya ia bukan disebabkan oleh kesilapan pengkaji dan peserta-peserta tersebut memang daripada populasi kajian, maka data tersebut tidak digugurkan.

Cara yang paling mudah untuk melihat taburan pemboleh ubah ialah melalui rajah. Plot digunakan untuk menilai bentuk taburan. Antaranya ialah:

o Histogram;

o Stem and leaf plot; o Box plot.

• Perhubungan Antara Dua Pembolehubah

Jika penyelidik ingin mengkaji tentang perhubungan antara dua pembolehubah, maka data perlu diperiksa supaya statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk menghuraikan perkaitan tersebut. Data perlu diperiksa dari segi bentuk dan jenis perkaitan yang wujud antara dua pembolehubah tersebut. Darjah perkaitan antara dua adalah dikenali sebagai korelasi. Cara yang biasa digunakan untuk memeriksa bentuk dan jenis perkaitan antara pembolehubah di mana data adalah jenis parametrik ialah graf “scatterplot”. Untuk data bukan parametrik data dipamerkan dengan jadual dua hala (two-way table)

o Bentuk dan Jenis Hubungan

o Terdapat dua bentuk hubungan, iaitu, bentuk linear dan bentuk bukan linear.

o Bentuk linear merupakan bentuk yang nilai-nilai kedua-dua pembolehubah yang dikaji terletak di dalam kelompok garis lurus.

o Bentuk bukan linear merupakan bentuk yang nilai-nilainya kedua-dua pembolehubah yang dikaji di dalam kelompok berbentuk lengkung linear.

o Hubungan positif – wujud apabila penambahan atau

pengurangan nilai pada sesuatu pembolehubah berkait secara langsung dengan penambahan atau pengurangan nilai pada pembolehubah lain.

o Hubungan negatif – wujud apabila penambahan nilai pada sesuatu pembolehubah dengan pengurangan nilai pada pembolehubah lain. Ia juga terbentuk apabila pengurangan nilai sesuatu pembolehubah berkait dengan peningkatan nilai pada pembolehubah lain.

(35)

o Tiada hubungan – wujud apabila bentuk taburan nilai-nilai sesuatu pembolehubah dengan nilai-nilai pembolehubah lain tidak dapat ditentukan.

o Pekali Korelasi

o Pekali korelasi digunakan untuk mengukur keteguhan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.

o Nilai-nilai adalah di antara negatif satu dan positif satu (-1 ≤ r ≤ +1) di mana r disimbolkan sebagai petunjuk sejauh mana kekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah lain.

o Jenis-jenis Pekali Korelasi

Terdapat lima jenis pekali korelasi yang biasa digunakan dalam syarat-syarat yang berbeza seperti Jadual 3.2 di bawah:

Jadual 3.2 Pekali Korelasi dan Jenis Ukuran Yang Diperlukan Untuk Pembolehubah- Pembolehubah Yang Berkaitan

Pekali Korelasi Ukuran Pembolehubah

Pearson Product Moment Kedua-dua pembolehubah berskala jeda Spearman Rank Order Kedua-dua pembolehubah berskala

ordinal

Point biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi

berskala nominal atau ordinal

Biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi

berskala ordinal Coefficient of

contingency Kedua-dua pembolehubah berskala nominal

3.6.3 Membuat Inferens dan Statistik Inferensi

Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis tentang parameter populasi daripada statistik sampel. Tujuannya adalah untuk menguji sama ada sesuatu kesan (contohnya, perbezaan antara kumpulan atau korelasi antara

(36)

dua pembolehubah) yang diperhatikan dalam sampel dapat dirumuskan kepada populasi. Statistik inferensi digunakan dengan syarat bahawa sampel yang dikaji telah dipilih secara rawak daripada populasi kajian.

Terdapat dua jenis ujian:

Ujian parametrik digunakan jika data adalah jenis data interval dan nisbah. Ujian statistik parametrik mengandaikan bahawa data bertaburan normal.

Ujian bukan parametrik digunakan jika data adalah jenis nominal atau

o

rdinal. Ujian bukan parametrik juga digunakan untuk menganti

ujian parametrik jika data jenis interval atau nisbah terlalu jauh

daripada bertaburan normal.

3.6.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik

Secara umum soalan-solan kajian boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang memperihal perkaitan antara pembolehubah dan jenis yang memperihal perbandingan antara kumpulan. Teknik statistik yang sesuai bagi setiap jenis soalan ini bergantung kepada bilangan pembolehubah bebas dan bersandar dan juga pembolehubah kawalan. Jadual 3.4 merupakan satu panduan am untuk memilih teknik statistik yang sesuai untuk menanalisis data mengikut jenis soalan kajian, bilangan dan jenis pembolehubah.

Jadual 3.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik

(Ubahsuai daripada B.G. Tabachnick & L. S. Fidell,1996) Bilangan (jenis) Bilangan (jenis)

pembolehubah pembolehubah

Pembolehubah Teknik

Soalan Kajian bersandar bebas kawalan

statistik

Satu (selanjar) Korelasi r

Satu (selanjar) Tiada

Multiple R

Lebih dpd satu (selanjar)

(37)

Perkaitan antara Multiple R pembolehubah

Satu (diskrit) Satu (diskrit) Chi-square

Lebih dpd Lebih dpd

satu (selanjar) satu (selanjar) Canonical R

Tiada Ujian t atau ANOVA

Satu (diskrit) sehala

Ada ANCOVA

Satu (selanjar) Sehala

Tiada ANOVA

Lebih dpd Dua hala

Satu (diskrit)

Ada ANCOVA

Perbezaan Dua hala

Antara

kumpulan Satu (diskrit) Satu (diskrit) Chi square

Tiada MANOVA Sehala Satu (diskrit) Ada MANCOVA Sehala Lebih dpd

Satu (selanjar) Tiada

MANOVA Dua hala Lebih dpd Satu (diskrit) Ada MANCOVA Dua hala 3.7 Membuat Rumusan

Pertimbangan-pertimbangan penting dalam membuat rumusan metodologi:

1. Rumusan hendaklah dibuat dengan jelas, mudah dan ‘straightforward’. Elakkan daripada menggunakan istilah yang sukar difahami.

(38)

2. Catatkan prosedur pengumpulan data dengan jelas dengan memberi penekanan kepada kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. 3. Tiap-tiap dapatan hendaklah dibincang berdasarkan hipotesis asal atau

tema yang berkaitan dengannya.

4. Penyelidik hendaklah membincangkan sama ada dapatan menyokong hipotesis atau sebaliknya. Jelaskan mengapa, jika ianya menyokong atau sebaliknya.

5. Dapatan daripada analisis statistik perlu diintepretasi berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian.

6. Bincangkan kemungkinan kesan-kesan daripada dapatan terhadap pembolehubah yang tak dapat dikawal.

7. Setiap rumusan hendaklah berdasarkan pada bukti empirikal (data) yang ada dan tidak berdasarkan pada andaian atau jangkaan penyelidik.

8. Catatkan masalah yang timbul dalam prosedur persampelan, instrumentasi, kutipan data dan analisis data.

Referensi

Dokumen terkait