PENYELIDIKAN KUALITATIF
Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan
4.2.6 Interpretasi dan Analisis data
4.2.6 Interpretasi dan Analisis data
Selepas mengumpul data, apakah tindakan anda seterusnya? Data harus diinterpretasi dan dianalisis.
Apakah perbezaan antara penginterpretasian data dan penganalisisan data?
Penginterpretasian data merupakan proses memberi makna kepada apa yang dipelajari daripada data yang dikumpulkan. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada proses penganalisisan data. Asas kepada proses menginterpretasi data ialah membaca dan menulis. Suatu interpretasi yang baik membawa penyelidik ke dalam pengalaman yang diperihalkan. Kecekapan menginterpretasi merupakan suatu seni yang dipelajari dan dikuasai setelah melalui proses menginterpretasi yang berulang-ulang kali.
Proses interpretasi
Lapangan (penyelidik membina teks lapangan yang terdiri daripada nota
lapangan dan dokumen)
Teks ( penyelidik melakukan interpretasi berdasarkan teks lapangan
Pembaca (Penyelidik menulis teks penyelidikan tentang pengalamannya.
Teks ini dikongsikan dengan rakan-rakan dan komen serta cadangan mereka diterima. Kemudian penyelidik menulis
satu dokumen am atau laporan untuk pembaca)
Penganalisisan data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyususn maklumat daripada transkrip-transkrip temubual, nota lapangan dan bahan-bahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut. Menganalisis melibatkan aktiviti memahami, menyusun dan mengasing-asingkan data kepada unit-unit kecil; melakukan sintesis, mengenal pasti pola, mendapatkan perkara yang penting,menetapkan apa yang perlu diketahui dan menentukan apa yang harus dilaporkan (Borgdan & Biklen, 1992; 153).
Apakah peringkat-peringkat dalam penganalisisan data kualitatif? Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara
berterusan sepanjang proses penyelidikan. Sebelum
pengumpulan data Jenis kerangka konseptualKes mana? Apakah soalan kajian?
Apakah kaedah pengumpulan data? Semasa pengumpulan
data Membuat keptusan bagi menyempitkan bidang/skop yang dikaji Merancang sesi mengumpul data seterusnya berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat
Menulis ringkasan, memo, komen dan pandangan mengenai idea yang dibentuk
Mengekodkan data Mencungkil tema
Membina kategori atau kelompok Selepas pengumpulan
data Mengenal pasti pola, keterangan, persamaan, kemungkinan, proposisi, aliran sebab – akibat, tanggapan dan perspektif alternatif
Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994).
Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Untuk itu, aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan. Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data.
Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan aktiviti;
• Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik; • Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik; • Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
• Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan); • Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut
kategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer, dan:
• Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.
Persembahan data (Data Display)
Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.
Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi
Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.
4.2 .7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Penyelidikan Kualitatif
Bagaimanakah cara untuk membina keyakinan terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyelidikan kualitatif?
Penyelidikan kualitatif dilakukan ke atas konteks kehidupan sebenar. Oleh sebab itu, proses ini bersifat subjektiviti kerana:
• impak penyelidik ke atas tempat (Kesan Halo or Hawthorne); • nilai-nilai yang dipegang oleh penyelidik, dan;
• status kebenaran keterangan atau interpreatsi penyelidik.
Bagi mengatasi kemungkinan yang disebutkan di atas, penyelidik perlu sentiasa bertanyakan soalan tentang penyelidikannya. Apakah bukti bahawa tuntutan yang dibuat benar? Bagaimanakah tuntutan itu dijustifikasikan? Oleh sebab itu, kesahan dan kebolehpercayaan data adalah isu-isu yang penting dalam penyelidikan kualitatif. Kategori, huraian, tema, isu yang didapati daripada data harus disemak untuk kemungkinannya, kepercayaan dan kesahan (Miles and Huberman, 1994).
(ii) Apakah maksud keesahan dan kebolehpercayaan data? • Keesahan:
Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)
• Kebolehpercayaan:
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67) (iii) Cara menentukan keesahan dan kebolehpercayaan data?
Kesahan data boleh ditentukan melalui menyemak silang dapatan dalam hubungan tertentu. Untuk itu beberapa strategi boleh dilakukan, seperti
• Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, dengan penyelidik yang berlainan; • Kesahan dari sudut responden, iaitu mendapatkan pengesahan
dapatan kajian dengan mengemukakan semula kepada responden, dan;
• Menguji ‘assertions’ melalui induksi analitik, iaitu mencari kes terpesong/istimewa yang berlawanan dengan ciri-ciri am dalam kebanyakan kes (deviant cases), penggunaan kaedah bandingan setara (constant comparative) dan perspektif alternatif.
Kebolehpercayaan data dapat dipastikan melalui • Penulisan nota lapangan yang sistematik; • Ujian rintis temu bual;
• Latihan ke atas penyelidik yang akan menjalankan temu bual; • Semakan kebolehpercayaan ‘inter-rater’ ke atas pengekodan
transkripsi temu bual; • Pelaksanaan audit inkuiri; • Pembinaan akaun data;
• Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula; • Penglibatan yang lama dengan tempat kajia, dan;
• Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.
Bolehkah kesimpulan daripada satu kes digeneralisasikan kepada populasi?
Isu generalisasi sering menjadi masalah kepada penyelidik kualitatif, terutama bagi penyelidikan kajian kes. Dalam membuat kesimpulan tentang sesuatu kes, kejadian dalam kes dan juga daripada kes digeneralisasikan kepada situasi lain yang serupa. Adalah sukar untuk melakukan generalisasi daripada dapatan kualitatif selain daripada terhadap kejadian yang dikaji. Walaubagaimana pun, generalisasi boleh dilakukan melalui:
• Penerangan yang kaya dan mendalam yang dapat memberi penaakulan daripada satu kes ke satu kes lain, dan;
• Kes dilaksanakan semula (replicate) melalui reka bentuk pelbagai tempat.
Oleh sebab itu, penyelidikan kualitatif tidak boleh dianggapkan sebagai saluran untuk menghasilkan generalisasi atau langkah awal kepada pembinaan teori. Yang penting dalam penyelidikan kualitatif adalah kefahaman mendalam tentang kes dan kajian tentang penerokaan.
4.3. Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif