• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dihadapkan ke mahkamah

Dalam dokumen Pelan Hala Tuju GTP (Halaman 130-133)

Kajian kes C: Bagaimana transformasi kerajaan akan memberi manfaat kepada sebuah keluarga di Lembah Kelang

Bab 6 Mengurangkan jenayah

6.4 Mempertingkatkan prestasi ke seluruh sistem keadilan jenayah

6.4.1 Menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dihadapkan ke mahkamah

Tangkapan dan sabitan bagi jenayah kekerasan (yang merangkumi pembunuhan, rogol, samun dengan dan tanpa senjata api secara berkawan atau individu, dan serangan) sungguh rendah. Sebagai contoh, hanya 9% daripada pesalah yang ditangkap didakwa di mahkamah. Ini kebanyakannya disebabkan oleh penurunan

waktu laporan dibuat hingga suspek ditangkap, dakwaan dibuat di mahkamah dan kes dibicarakan.

Antara sebab-sebab bagi kadar sabitan yang rendah daripada kes-kes yang dilapor termasuklah:

Kegagalan mengesan pesalah akibat keterangan fizikal atau risikan yang tidak •

mencukupi

Pelaporan dan siasatan yang tidak lengkap, kebanyakannya disebabkan nisbah •

tinggi kes-kes yang diuruskan oleh Pegawai-pegawai Penyiasat (IO)

Jumlah kes yang terlalu tinggi yang diuruskan oleh Timbalan Pendakwa Raya •

(DPP) yang mengakibatkan Kertas-kertas Siasatan (IP) tidak dapat diproses sehingga ianya terlalu lewat untuk mendapatkan penjelasan atau keterangan lanjut

Tunggakan kes yang banyak dalam sistem mahkamah, seringkali disebabkan •

kes-kes yang ditangguh kerana saksi sama ada menghilangkan diri atau mula teragak-agak untuk memberi keterangan, kebanyakannya disebabkan oleh beban kerja yang lebih pada IO yang bertanggungjawab bagi pengurusan saksi Pada akhir 2008, lebih daripada 5,000 kes aktif masih menunggu perbicaraan. Dengan kadar semasa ini, menjelang akhir 2009, tunggakan kes-kes yang aktif dijangka meningkat sekurang-kurangnya 800 kes menjadi lebih 6,000 kes (Gambarajah 6.10). Selain itu, hampir satu pertiga daripada kes-kes berakhir dengan keputusan DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan), kebanyakannya akibat keterangan yang tidak mencukupi. Memandangkan keputusan ini bermakna dakwaan boleh dihidupkan semula jika terdapat keterangan baru, ia hanya merupakan suatu penangguhan keadilan dan tidak bersifat mencegah.

Gambarajah 6.10

Tunggakan kes-kes di mahkamah akan meningkat sebanyak lebih kurang 840 pada 2009

Bilangan kes-kes jenayah kekerasan dan kes-kes yang diselesaikan dalam sistem mahkamah Malaysia, 2009 Sumber: Mahkamah 3,900 5,463 6,302 3,061 Unjuran kes- kes terbuka padaakhir 2009 Kes-kes yang diselesaikan dalam 2009** Kes-kes baru dalam 2009* Baki kes tertunggak padaakhir 2008 +15%

* Lebih kurang 75 kes per minggu

Isu ini lebih genting di Mahkamah Sesyen yang membicara kes-kes rogol, samun bersenjata api dan serangan mendatangkan cedera, sepertimana yang dapat dilihat dalam Gambarajah 6.11.

Gambarajah 6.11

Kes-kes yang diunjurkan tertunggak menjelang akhir 2009

100% = 6,302 kes 6 36 Mahkamah Sesyen ▪ Rogol ▪ Samun berkawan bersenjata api ▪ Samun bersenjata api ▪ Serangan mendatangkan cedera Mahkamah Majistret ▪ Samun berkawan tanpa senjata api

▪ Samun tanpa senjata api ▪ Serangan 58 Mahkamah Tinggi ▪ Pembunuhan Sumber: Mahkamah

Kebanyakan kes yang diunjurkan tertunggak menjelang akhir 2009 adalah di Mahkamah Sesyen

Untuk menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dihadapkan ke mahkamah, kami telah mengilhamkan inisiatif komprehensif yang melibatkan penaikan taraf keupayaan pengesanan dan penyiasatan, mempertingkatkan kualiti pendakwaan serta mempercepatkan penyelesaian kes di mahkamah.

Mengurangkan nisbah pegawai-pegawai penyiasat kepada kertas-kertas

siasatan kepada 1:5 sebulan – Bilangan semasa kes-kes jenayah yang disiasat oleh IO adalah terlalu tinggi (data temuramah menunjukkan bilangan minimum sebanyak 1:20 sebulan), yang semakin dibebankan oleh tugasan bukan teras yang boleh menjejaskan kualiti penyiasatan. Bilangan IO yang ditambah dengan memperluaskan kumpulan (misalnya, membawa kembali pesara bekas IO yang berprestasi tinggi) akan mengurangkan nisbah berkenaan. Kumpulan IO yang lebih besar juga membolehkan pengkhususan untuk jangka panjang, kerana IO akan berpeluang mengkhusus dalam kes-kes tertentu

Memajukan prosedur operasi standard

• bagi kes-kes jenayah kekerasan untuk

memastikan bahawa IO mengumpul segala keterangan yang perlu, dengan yang mana menambahkan peluang pendakwaan

Mempertingkatkan kerjasama antara PDRM dan Jabatan Peguam Negara

(AG) semasa penyiasatan supaya IO menerima panduan yang mencukupi

daripada DPP berhubung dengan keterangan yang perlu untuk mendakwa sesebuah kesalahan. Selain itu, penyeliaan daripada DPP dan IO kanan akan memastikan kualiti penyiasatan kekal tinggi

Mempercepatkan rang undang-undang atas pindaan Kanun Tatacara

Jenayah (CPC), termasuk rang undang-undang untuk melaksanakan rundingan akuan bersalah (plea bargaining) dan pengemukaan kenyataan saksi, untuk mempercepatkan proses pendakwaan. Dengan mempercepatkan pendakwaan, tunggakan kes-kes jenayah kekerasan dapat dikurangkan.

Membenarkan DPP khas untuk perbicaraan dan penyiapan IP

• – DPP

sekarang melaksanakan dua tugas utama: menyiapkan IP serta mengendalikan perbicaraan. Dengan membenarkan DPP khas untuk menguruskan perbicaraan sahaja akan mengurangkan beban kerja keseluruhan DPP dan membolehkan mereka untuk menjadi lebih mahir dalam menjalankan perbicaraan, yakni menambah baik keberkesanan pendakwaan secara keseluruhannya.

Menubuhkan ‘Pasukan Petugas Khas’

• – Sebuah pasukan petugas khas yang

terdiri daripada para hakim dan majistret yang berprestasi tinggi akan dibawa ke kawasan-kawasan yang mempunyai banyak kes jenayah kekerasan yang belum diselesaikan. Hakim-hakim ini akan membantu mengurangkan kes tertunggak hingga ke tahap yang lebih mudah diuruskan dengan mengamalkan pengalaman serta kemahiran mereka dalam menyelesaikan kes dengan lebih cepat

Menambahkan lebih banyak mahkamah untuk membicarakan kes-

kes jenayah kekerasan untuk mempercepatkan lagi pemprosesan kes-kes jenayah kekerasan. Para hakim dengan kemahiran relevan akan membantu mempercepatkan penyelesaian kes, menambahkan peluang menghadapkan pesalah ke mahkamah serta memastikan bahawa orang kena tuduh yang tidak bersalah tidak ditahan secara tidak wajar

Memperkembangkan sistem transkripsi dan rakaman mahkamah

• untuk

mempertingkatkan kecekapan operasi mahkamah memandangkan prosiding akan dirakam oleh jurutaip atau jurutranskrip dan dipindah ke dalam bentuk digital dengan serta-merta. Para hakim boleh meluluskan nota-nota perbicaraan dengan segera, yang kemudiannya dapat diedarkan kepada para peguam, dengan itu menjimat masa serta menyegerakan penyelesaian perbicaraan

Menambah baik pengurusan saksi

• – Dalam banyak situasi, perbicaraan

terlengah atau tidak dapat diteruskan kerana saksi-saksi yang terlibat tidak dapat dikesan atau tidak menghadiri mahkamah. Antara sebab-sebab bagi keadaan ini termasuklah penangguhan kerap dalam jadual perbicaraan, saksi-saksi tidak dapat menuntut perbelanjaan yang ditanggungi untuk menghadiri perbicaraan dan ketidak selesaan mendedahkan keterangan atau menjalani pemeriksaan balas di hadapan orang ramai. Inisiatif disasarkan untuk menambahkan tahap keselesaan saksi, misalnya, jalan masuk berasingan untuk mengelak intimidasi oleh yang tertuduh, serta unit-unit khas yang menguruskan saksi di PDRM dapat membantu mengurangkan kekerapan dalam ketidak hadiran saksi. Inisiatif- inisiatif ini, dengan itu dapat membantu menyegerakan penyelesaian kes serta mengurangkan bilangan DNAA.

Dalam dokumen Pelan Hala Tuju GTP (Halaman 130-133)