• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rakyat DidahulukanBab

Dalam dokumen Pelan Hala Tuju GTP (Halaman 99-103)

Prinsip Rakyat Didahulukan bermakna kerajaan akan memberikan tumpuan kepada perkara yang dikehendaki dan diperlukan rakyat. Pelbagai sumber yang terhad akan disalurkan sewajarnya kepada perkara-perkara ini, dalam usaha kerajaan mengimbangi isu-isu jangka pendek dengan membuat pelaburan jangka masa panjang.

Bab ini menghuraikan bagaimana dan mengapa kami memilih enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Bab 6 sehingga Bab 11 mengandungi analisis terperinci bagi setiap NKRA. Kami komited untuk menyampaikan hasilnya pada hujung tahun 2010. Analisis itu juga menggariskan inisiatif serta tindakan yang akan diambil bagi memastikan kami mencapai matlamat itu.

Inisiatif yang dipaparkan di dalam pelan hala tuju ini, perlu dilihat sebagai set inisiatif pemula. Kaedah yang digunakan apabila melaksanakan inisiatif, akan membolehkan kami mempelajari lebih banyak mengenai bagaimana untuk mencapai dan menjangkau sasaran kita lalu membolehkan penambah baikan program ini dari

semasa ke semasa. Begitu juga, NKRA mungkin berubah mengikut edaran masa.

5.1

Walaupun NKRA menentukan fokus, bidang lain tidak diabaikan

NKRA adalah keutamaan negara kita. Ia mewakili satu kombinasi keutamaan jangka pendek bagi memenuhi tuntutan segera rakyat dan isu jangka panjang yang penting yang memberi kesan kepada rakyat. Inilah perkara yang memerlukan perhatian kerajaan dengan segera. Bagi mencerminkan kepentingan NKRA, ia dipertanggung jawabkan secara kolektif kepada Kabinet, tetapi kebertanggung jawaban penyampaian setiap bidang itu terletak pada menteri yang dilantik dan dipantau secara langsung oleh Perdana Menteri.

Dalam setiap NKRA, penekanan diberikan kepada penyampaian hasil yang paling penting kepada orang ramai (misalnya, mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan pencapaian pelajar), berbanding melaksanakan input (misalnya, menambah bilangan balai polis atau sekolah). Satu senarai lengkap sasaran yang hendak dicapai diperincikan dalam Bab 6-11.

Bagaimanapun, adalah penting untuk diketahui bahawa kewujudan NKRA tidak bermaksud bidang lain tidak mendapat perhatian kerajaan. Bidang lain, dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA), adalah penting bagi setiap kementerian; dan akauntabiliti bagi menyampaikan hasil yang dikehendaki, terletak pada setiap menteri yang terlibat. MKRA termasuk hasil yang dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat (misalnya, menjawab aduan dari orang awam dengan lebih pantas dan mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya). Beberapa contoh butiran MKRA dan Petunjuk Prestasi Utama Kementerian (MKPI), termasuk bagaimana ia ditentukan dihurai dalam Bab 12.

5.2

NKRA dikenal pasti berdasarkan maklum balas dan input rakyat

Prinsip “kerajaan tahu apa yang terbaik untuk semua” adalah tidak relevan lagi. Matlamat negara yang mencabar, hanya dapat dicapai jika kerajaan secara aktif menerima pendapat dan maklum balas rakyat. Bagi memastikan kami dapat mengenal pasti dan menyenaraikan perkara keutamaan rakyat dengan tepat, Kabinet mempertimbangkan tiga input penting ketika membuat keputusan mengenai NKRA:

Pendapat rakyat yang dikumpul melalui soal selidik dan kajian:

• Berdasarkan

soal selidik yang dijalankan pada 2008, rakyat mengambil berat isu rasuah, ekonomi, layanan adil, kos sara hidup dan jenayah (Gambarajah 5.1 dan 5.2)

Gambarajah 5.1

SUMBER: Audit Persepsi Umum Barisan Nasional 2008

Purata1, Skala 1 hingga 10 (1 = sangat tidak berpuas hati, 10 = sangat berpuas hati)

Layanan adil Rasuah

Harmoni antara etnik Penjagaan kesihatan Kualiti pendidikan

Kedudukan Islam/hak agama Alam sekitar

Sekolah agama dan vernakular Sistem perkhidmatan awam Ekonomi

Hak kaum

Jenayah Kos kehidupan

1 Berdasarkan skor tahap kepuasan maksimum dan minimum yang dilaporkan

Rakyat Malaysia paling tidak berpuas hati dengan kadar rasuah, ketidakadilan, kos sara hidup dan jenayah

“Adakah anda puas hati atau tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pusat BN dalam aspek berikut, selepas pilihanraya 8 Mac?” 6.1 6.0 5.8 5.6 5.3 5.2 5.2 5.0 4.8 3.2 4.2 4.3 4.6 Gambarajah 5.2 Tiada respons Tidak tahu Lain-lain Semua di atas Menguruskan hubungan antara etnik Memerangi rasuah Menguruskan ekonomi

“Apakah isu yang perlu diperjuangkan oleh parti politik pilihan anda?”1

“ …jenayahdankeselamatan umum

adalah isu utama yang menjadi perhatian belia masa kini”

--Petikan daripada Tinjauan Belia Nasional Merdeka Center 2007

1 Tinjauan Belia Nasional Merdeka Center 2008

SUMBER: Tinjauan Belia Nasional Merdeka Center, 2007 dan 2008 (Belia berumur 20-35 tahun)

Belia Malaysia mengatakan perkara paling membimbangkan adalah ekonomi dan rasuah

% 3 1 1 1 19 29 46

“ … isu peribadi yang dititikberatkan oleh belia adalah kerjaya, pendidikan, keluarga dan mencari sumber pendapatan yang tinggi”

Analisis laporan media arus perdana dan alternatif:

• Ini mengenal pasti jenayah,

pendidikan dan ekonomi sebagai topik paling kerap dilaporkan dan dibincangkan dalam media (Gambarajah 5.3 dan 5.4)

Gambarajah 5.3 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 D N O S A J J M A M F J F M Jenayah Rasuah Pekerjaan Tenaga Pendidikan Pengangkutan J A M

Akhbar harian Malaysia memberi fokus kepada berita pendidikan,

jenayah dan rasuah TIDAK MENYELURUH

SUMBER: Factiva

1 Berdasarkan pencarian meliputi The New Straits Times, Utusan, Berita Harian, Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau

Jumlah artikel mengenai isu khusus dari Januari 2008 hingga Mei 20091

Jumlah artikel berita dalam akhbar harian utama berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina N = 24,743 artikel 2008 2009 Gambarajah 5.4 Prasarana Asas Alam sekitar Telekomunikasi Rasuah Jenayah Kesihatan Tenaga Pendidikan Ekonomi Pengangkutan

SUMBER: Malaysiakini; Malaysian Insider; Rocky Bru; M Bakri Musa; Matthias Chang

TIDAK MENYELURUH

1 Jumlah artikel yang berkaitan didapatkan kembali berdasarkan pada carian portal online menggunakan kata kunci. Pencarian topik tidak menyeluruh dan hanya proksi bagi populariti

Media online Malaysia dan blog hangat mendiskusikan ekonomi dan pendidikan

Pelbagai blog periba di

Tema popular dari Mei 2008 sehingga Mei 20091 Jumlah artikel yang dihasilkan oleh carian kata kunci

Tinjauan media online dan blog yang popular

26 287 447 1,490 1,661 1,732 1,767 1,901 3,665 4,978

Sesi dialog dengan pemimpin sektor awam dan swasta yang terpilih

• : Ini

mendedahkan bahawa, tambahan kepada bidang yang disebut sebelum ini, pengangkutan awam dan perpaduan negara juga perlu menjadi keutamaan negara (Gambarajah 5.5)

Gambarajah 5.5

SUMBER: Sesi Dialog

Mencapai perpaduan secara keseluruhan

▪ Perpaduan

Nasional Perpaduan nasional sepatutnya menjadi prioriti kerajaan

Perpaduan sepatutnya dititikberatkan dalam semua tindakan kerajaan

Mengurangkan masalah yang dihadapi saat ini

▪ Jenayah

▪ Kesihatan

▪ Pengangkutan awam

▪ Kos sara hidup

Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi

Isu ragut adalah masalah besar, tetapi jarang menjadi sebahagian statistik jenayah

Kekurangan doktor di kawasan luar bandar

Kenaikan harga mengakibatkan kekalahan pilihan raya Pengangkutan awam adalah salah satu isu yang ketara Menggalakkan pembangunan jangka panjang

▪ Pendidikan

▪ Rasuah

▪ Pertumbuhan pendapatan

▪ Agihan pendapatan

Profesyen guru adalah pilihan terakhir

Individu berpengaruh tidak pernah disabit kesalahan korupsi Pertumbuhan ekonomi tidak mencukupi…perlu diagihkan dengan adil

Tidak banyak perubahan berlaku di bandar kecil sejak 50 tahun lalu

Pemimpin sektor awam dan swasta di Malaysia bimbang mengenai pelbagai isu jangka pendek dan jangka panjang

5.3

Pengumuman mengenai NKRA oleh Perdana Menteri dalam 100 hari

Dalam dokumen Pelan Hala Tuju GTP (Halaman 99-103)