• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan mengenai Samuel si bangsa Laman adalah kesempatan yang bagus untuk mengajar kanak- kanak bahawa semua nabi mengajar tentang Yesus Kristus .

Samuel the Lamanite on the Wall, oleh arnold friberg

31 OGOS–6 SePTeMbeR

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Tunjukkan gambar Samuel si bangsa Laman dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan beritahu kanak- kanak, dengan kata- kata ringkas, menge-nai pengalamannya dalam Helaman 13–16 . Anda juga boleh menggunakan “Bab 40: Samuel si bangsa Laman berbicara tentang Yesus Kristus”

(Cerita- cerita Kitab Mormon, 111–13, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist .org) . Biarkan kanak- kanak berkongsi perkara yang mereka tahu mengenari Samuel Si Bangsa Laman .

• Nyanyi rangkap ketujuh dalam “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 62–63) . Kongsi sesuatu yang anda kagumi tentang Sam-uel, dan biarkan kanak- kanak berkongsi apa yang mereka suka tentang ceritanya .

• Sembunyi gambar di sekeliling bilik yang mewa-kili tanda- tanda yang dinubuat oleh Samuel dalam Helaman 14:2–7 dan 20–25 . Baca frasa yang menggambarkan salah satu tanda, dan minta kanak- kanak untuk mencari gambar tanda itu . Jelaskan bahawa tanda- tanda ini membantu bangsa Nefi mengetahui tentang Yesus Kristus . Bersaksi bahawa, seperti Samuel, semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus .

nabi menunjuk kita kepada Yesus Kristus.

HELAMAN 16:1–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Bapa Syurgawi telah memberi kita seorang nabi untuk membantu kita mengetahui kehendak- Nya dan mengikuti rancangan- Nya . Kita diberkati apa-bila kita mendengar firman nabi dan mematuhinya .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Bantu kanak- kanak membina tembok kecil dengan blok atau buku . Menggunakan satu mainan kecil atau anak patung untuk mewakili Samuel, biarkan kanak- kanak bergilir memban-tu “Samuel” mendaki tembok unmemban-tuk mengajar orang tentang Yesus Kristus . (Lihat juga halaman aktiviti minggu ini .) Kongsi frasa dari Helaman 16:1 dan 5 untuk menjelaskan bahawa terdapat beberapa orang yang percaya Samuel dan telah dibaptiskan . Gunakan frasa dari Helaman 16:2 dan 6 untuk menunjukkan tentang orang lain yang tidak percaya dan marah kepada Samuel . Bersaksi bahawa orang yang mengikuti nabi diberkati .

• Paparkan gambar Juruselamat, dan minta seo-rang kanak- kanak mewakili nabi dan memimpin kanak- kanak lain di sekeliling bilik sambil menya-nyikan beberapa rangkap “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 58) atau lagu lain mengenai nabi . Kemudian minta kanak- kanak yang mewa-kili nabi untuk memimpin kanak- kanak itu ke gambar Juruselamat . Bersaksi bahawa jika kita mengikut nabi, dia akan membawa kita kepada Yesus Kristus . Kongsi beberapa perkara yang telah diajar oleh nabi kita tentang Yesus baru- baru ini . Bagaimanakah kita boleh mengikut nasihatnya?

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

HELAMAN 13:2–4

Roh boleh bercakap dengan hati kita.

Suatu hari nanti, kanak- kanak yang anda ajar perlu tahu bagaimana untuk melakukan apa yang Samuel lakukan: berkongsi pesanan yang Tuhan letakkan dalam hati mereka .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Tunjukkan gambar Samuel Si Bangsa Laman (seperti yang di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan tanyakan kepada

138

heL AMAn 13–16

kanak- kanak bagaimana Samuel tahu apa yang hendak dikatakan ketika dia berkhutbah dari tembok kota . Jemput mereka untuk mencari Helaman 13:2–4 untuk jawapan . Cerita ten-tang masa ketika Roh Kudus membantu anda tahu di dalam hati anda apa yang Tuhan mahu anda lakukan atau katakan . Minta kanak- kanak berkongsi pengalaman yang mereka ada yang serupa .

• Tunjukkan gambar nabi yang hidup bercakap dalam persidangan umum . Beritahu kepada kanak- kanak bahawa Tuhan memberitahu nabi apa yang harus dikatakan kepada kita, sama seperti Dia memberitahu Samuel apa yang harus dikatakan kepada bangsa Nefi . Bercakap bersama tentang perkara yang dikatakan oleh nabi yang telah mengilhami anda atau kanak- kanak . HELAMAN 14:2–28

Para nabi mengajar tentang Yesus Kristus.

Tujuan pesanan Samuel adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus dan menjemput orang untuk bertaubat dan datang kepada- Nya . Para nabi kita hari ini mempunyai peranan yang sama .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput separuh daripada kanak- kanak untuk membaca Helaman 14:2–6 dan lukis gambar tanda- tanda kelahiran Yesus . Jemput separuh kelas yang lain untuk membaca Helaman 14:20–

28 dan lukis gambar tanda- tanda kematian Yesus . Kemudian tanyakan kepada setiap kumpulan untuk berkongsi apa yang mereka lukis . Baca bersama Helaman 14:11–12,dan minta kanak- kanak mendengar mengapa Samuel menubuat-kan tanda- tanda ini . Bagaimanakah kita belajar tentang Yesus Kristus hari ini?

• Jelaskan bahawa sama seperti Samuel si bangsa Laman mengajar tentang Yesus Kristus, para nabi yang hidup melakukan perkara yang sama pada hari ini . Kongsi kenyataan dari pesan-an persidpesan-angpesan-an umum baru- baru ini di mpesan-ana nabi yang hidup bersaksi tentang Kristus . Minta kanak- kanak untuk berkongsi apa yang telah diajar oleh nabi kepada mereka tentang Yesus Kristus .

HELAMAN 16:1–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Bapa Syurgawi telah memberi kita seorang nabi untuk membantu kita mengetahui kehendak- Nya dan mengikuti rancangan- Nya . Kita diberkati apa-bila kita mendengar dan mematuhi firman nabi . Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Baca dengan lantang Helaman 16:1 dan 5, dan minta kanak- kanak untuk berdiri apabila mende-ngar sesuatu yang dilakukan oleh orang ketika mereka percaya kata- kata Samuel . Kemudian baca ayat 2 dan 6, dan minta kanak- kanak untuk duduk apabila mendengar sesuatu yang dila-kukan oleh orang ketika mereka tidak percaya . Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita percaya kata- kata nabi yang hidup?

• Tunjukkan gambar nabi yang hidup, dan minta kanak- kanak berkongsi apa yang mereka tahu mengenai dia . Kongsi bagaimana anda cuba mengikuti ajarannya dan dengan melakukan itu telah memberkati anda .

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak- kanak untuk belajar tentang sesuatu yang dikatakan oleh nabi dan kongsi dengan kelas minggu depan .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan kanak- kanak menanya soalan. “Cuba pandangkan soalan- soalan [kanak- kanak] sebagai peluang, bukan kekacau-an atau penghalkekacau-ang kepada pelajarkekacau-an kekacau-anda. . . . Soalan- soalan itu memberikan anda pandangan yang mendalam tentang apa yang kanak- kanak fikirkan, apa yang mereka bimbangkan, dan bagaimana mereka bertindak balasa terhadap perkara yang mereka belajar.” (lihat juga Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25–26).

Saya diberk ati apabila saya mematuhi nabi (Helaman 16:1–8).

Warnakan gambar- gambar. Guntingkan badan Samuel si bangsa Laman, dan lekatkan sebatang kayu di bahagian belakang. Guntingkan satu potongan pada garis putus- putus di atas dinding, dan masukkan badan itu ke dalam potongan semasa menceritakan kisah Samuel si bangsa Laman di atas dinding kepada seseorang.

7–13 SEPTEMBER

3 Nefi 1–7

“ANGKATLAH KEPALAMU DAN CERIALAH”

Sekiranya anda memerlukan idea- idea tambahan apabila anda sedang bersiap untuk mengajar,

Dokumen terkait