• Tidak ada hasil yang ditemukan

KITAB MORMON Ikutlah Aku Untuk Sekolah Primer. Menjalani, Mempelajari, dan Mengajari Injil Yesus Kristus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KITAB MORMON Ikutlah Aku Untuk Sekolah Primer. Menjalani, Mempelajari, dan Mengajari Injil Yesus Kristus"

Copied!
222
0
0

Teks penuh

(1)

KITAB MORMON 2020

Ikutlah Aku—

Untuk Sekolah Primer

Menjalani, Mempelajari, dan Mengajari Injil Yesus Kristus

IKUTLAH AKU—UNTUK SEKOLAH PRIMER: KITAB MORMON 2020

(2)

Diterbitkan oleh

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Salt Lake City, Utah

KITAB MORMON 2020

Ikutlah Aku—

Untuk Sekolah Primer

Menjalani, Mempelajari, dan Mengajari Injil Yesus Kristus

(3)

© 2019 by Intellectual Reserve, Inc.

All rights reserved.

Versi: 10/17

Terjemahan Come Follow Me – For Primary: Book of Mormon 2020 Malay

15157 348

Dicetak di Amerika Syarikat

(4)

Kandungan

Bahan- bahan Pengenalan

Anda Seorang Pengajar Kanak- kanak . . . . v

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer . . . . vi

Sumber- sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak- Kanak . . . . viii

Memenuhi Keperluan Kanak- kanak yang Lebih Kecil . . . .x

Memenuhi Keperluan Kanak- kanak yang Kurang Upaya . . . .xii

Suatu Pola untuk Mengajar . . . . xiii

30 Disember–5 Januari: Halaman Pengenalan Kitab Mormon . . . . 1

6–12 Januari: 1 Nefi 1–7 . . . . 5

13–19 Januari: 1 Nefi 8–10 . . . . 9

20–26 Januari: 1 Nefi 11–15 . . . . 13

27 Januari–2 Februari: 1 Nefi 16–22 . . . . 17

3–9 Februari: 2 Nefi 1–5 . . . . 21

10–16 Februari: 2 Nefi 6–10 . . . . 25

17–23 Februari: 2 Nefi 11–25 . . . . 29

24 Februari–1 Mac: 2 Nefi 26–30 . . . . 33

2–8 Mac: 2 Nefi 31–33 . . . . 37

9–15 Mac: Yakub 1–4 . . . . 41

16–22 Mac: Yakub 5–7 . . . . 45

23–29 Mac: Enos–Kata- Kata Mormon . . . . 49

30 Mac–12 April: Easter . . . . 53

13–19 April: Mosia 1–3 . . . . 57

20–26 April: Mosia 4–6 . . . . 61

27 April–3 Mei: Mosia 7–10 . . . . 65

4–10 Mei: Mosia 11–17 . . . . 69

11–17 Mei: Mosia 18–24 . . . . 73

18–24 Mei: Mosia 25–28 . . . . 77

25–31 Mei: Mosia 29–Alma 4 . . . . 81

1–7 Jun: Alma 5–7 . . . . 85

8–14 Jun: Alma 8–12 . . . . 89

15–21 Jun: Alma 13–16 . . . . 93

22–28 Jun: Alma 17–22 . . . . 97

29 Jun–5 Julai: Alma 23–29 . . . . 101

6–12 Julai: Alma 30–31 . . . . 105

13–19 Julai: Alma 32–35 . . . . 109

20–26 Julai: Alma 36–38 . . . . 113

27 Julai–2 Ogos: Alma 39–42 . . . . 117

3–9 Ogos: Alma 43–52 . . . . 121

10–16 Ogos: Alma 53–63 . . . . 125

(5)

IKUTL Ah AKU—UnTUK SeKOL Ah PRIMeR: KITAb MORMOn 2020

17–23 Ogos: Helaman 1–6 . . . . 129

24–30 Ogos: Helaman 7–12 . . . . 133

31 Ogos–6 September: Helaman 13–16 . . . . 137

7–13 September: 3 Nefi 1–7 . . . . 141

14–20 September: 3 Nefi 8–11 . . . . 145

21–27 September: 3 Nefi 12–16 . . . . 149

28 September–Oktober 11: 3 Nefi 17–19 . . . . 153

12–18 Oktober: 3 Nefi 20–26 . . . . 157

19–25 Oktober: 3 Nefi 27–4 Nephi . . . . 161

26 Oktober–1 November: Mormon 1–6 . . . . 165

2–8 November: Mormon 7–9 . . . . 169

9–15 November: Eter 1–5 . . . . 173

16–22 November: Eter 6–11 . . . . 177

23–29 November: Eter 12–15 . . . . 181

30 November 30–Disember 6: Moroni 1–6 . . . . 185

7–13 Disember: Moroni 7–9 . . . . 189

14–20 Disember: Moroni 10 . . . . 193

21–27 Disember: Krismas . . . . 197

Lampiran Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak- kanak . . . . 201 Anda boleh menyesuaikan jadual untuk hari Ahad di mana pertemuan Gereja biasa tidak diadakan . Sebagai contoh, anda boleh merangkumi rangka panduan dua minggu dalam satu pelajaran hari Ahad apabila persi- dangan bahagian atau pancang atau pembaktian bait suci diadakan . Anda juga mungkin perlu menyesuaikan jadual pelajaran jika dalam kawasan anda, Hari Easter dan Hari Krismas disambut pada tarikh yang berlainan daripada yang disenaraikan dalam sumber ini .

iv

(6)

Anda Seorang Pengajar Kanak- kanak

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk menga- jar anak- anak- Nya dalam cara Juruselamat . Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini dengan kuasa imamat- Nya yang kudus . Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, sewaktu anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus untuk berjaya (lihat 2 Nefi 33:1) .

Mereka yang diamanahkan kepada penjagaan anda ialah anak- anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk mem- bantu mereka . Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing ketika anda bersedia dan semasa anda mengajar . Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan (lihat 2 Nefi 32:5) .

Dalam semua aspek hidup mereka, kanak- kanak berharga ini sentiasa menyerap informasi, memben- tuk dan menghalusi pendapat mereka, dan mem- buat dan berkongsi penemuan . Ini terutamanya

benar dalam Injil, kerana kanak- kanak bersedia dan bersemangat untuk belajar kebenaran yang mudah Injil . Iman mereka dalam perkara rohani adalah kuat dan tulen, dan mereka melihat setiap saat seba- gai peluang belajar . Mereka rela bertindak atas apa yang mereka telah belajar, walaupun pemahaman mereka masih tidak lengkap . Inilah cara kita semua harus menerima Injil . Seperti diajar oleh Jurusela- mat, “Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan- Nya” (Lukas 18:17) .

Panggilan untuk mengajar kanak- kanak adalah amanah kudus, dan ia adalah perkara biasa untuk merasa terkejut pada masa- masa tertentu . Tetapi ingat bahawa Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda . Ini adalah pekerjaan Tuhan, dan apabila anda melayani

“dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatan- mu” (A&P 4:2), Dia akan membesarkan keupayaan, kurnia, dan bakat, dan pelayanan anda akan mem- berkati hidup kanak- kanak yang anda ajar .

(7)

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Persediaan untuk Mengajar dalam Sekolah Primer

Pembelajaran peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil . Ini ternyata bagi anda dan kanak- kanak yang anda ajar . Apabila anda bersedia untuk mengajar, bermulalah dengan memperoleh pengalaman peribadi dalam ayat suci . Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila membaca tulisan suci anda mencari ilham Roh Kudus .

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga juga merupakan bahagian penting dalam pembelajaran peribadi dan persediaan anda untuk mengajar . Ia akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam berkenaan asas- asas ajaran yang didapati dalam kitab suci .

Ketika membuat persediaan, idea dan tanggapan akan datang berkenaan kanak- kanak yang anda ajari . Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas- asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka . Anda akan dipandu untuk mengilhami mereka menero- kai asas- asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci dengan sendiri dan bersama keluarga

mereka . Jangan lupa untuk peka terhadap kanak- kanak yang keluarganya tidak menyokong pembe- lajaran tulisan suci sekeluarga dan malam keluarga dengan kerap .

Idea- idea Pengajaran

Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penero- kaan rangka panduan pengajaran dalam sumber ini . Jangan fikirkan idea- idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri . Anda kenali kanak- kanak ini—dan anda akan kenali mereka dengan lebih baik semasa berinteraksi dengan mere- ka dalam kelas . Tuhan juga mengenal mereka, dan Dia akan mengilhami anda cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkati mereka

Ada banyak sumber lain yang sedia ada untuk anda gunakan dalam persediaan, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah- majalah Gereja . Untuk maklumat lanjut berkenaan berikut dan sumber- sumber lain, lihat

“Sumber- sumber Tambahan Untuk Mengajar Kanak- kanak” di dalam sumber ini .

vi

(8)

MenGGUnAK An IKUTL Ah AKU—UnTUK SeKOL Ah PRIMeR

Peringatan

• Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak- anak mereka . Sebagai guru, anda punyai tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalak, dan membantu pem- belajaran injil di rumah . Peka terhadap kanak- kanak di mana ibu bapanya tidak mengajarkan injil di dalam rumah mereka . Libatkan semua kanak- kanak dalam perbincangan injil tanpa mengira keadaan dalam keluarga mereka .

• Pengulangan merupakan sesuatu yang baik . Kanak- kanak belajar kebenaran Injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti . Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak- kanak, pertimbangkan untuk mengulangnya, terutamanya jika anda mengajar kanak- kanak yang lebih kecil . Anda juga mungkin dapat mengulang aktiviti dari pela- jaran sebelumnya .

• Bapa Syurgawi inginkan anda berjaya sebagai seorang pengajar . Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda termasuk mesyua- rat majlis pengajar . Dalam mesyuarat ini, anda boleh berunding dengan pengajar lain mengenai sebarang cabaran yang anda mungkin hadapi . Anda juga boleh membincangkan dan meng- amalkan asas- asas pengajaran seperti Kristus .

• Jika anda mengajar kanak- kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat

“Memenuhi Keperluan Kanak- kanak yang Lebih Kecil” dalam sumber ini .

• Sumber ini merangkumi rangka panduan untuk setiap minggu sepanjang tahun kecuali dua hari Ahad semasa persidangan umum diadakan . Pada hari- hari Ahad di mana Sekolah Primer tidak dijalankan kerana persidangan pancang atau untuk sebarang sebab lain, keluarga- keluarga harus sambung membaca Kitab Mormon di rumah sepertimana dirangka dalam jadual . Agar kelas Sekolah Primer mengikut jadual, anda mungkin dapat memilih untuk tinggal- kan satu pelajaran atau menggabungkan dua pelajaran . Untuk mengelakkan kekeliruan, presiden- presiden Sekolah Primer mungkin ingin menasihat pengajar- pengajar berkenaan pengu- bahan itu sebelumnya .

(9)

Sumber- sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak- kanak

Sumber- sumber ini didapati di aplikasi Gospel Lib- rary dan di ChurchofJesusChrist .org .

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda dapat menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—

Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda . Jangan risau sekiranya kanak- kanak telah melakukkan aktiviti ini dengan keluarga di rumah, lakukan aktiviti berulang kali membantu mereka belajar . Kanak- kanak mungkin akan memberitahu anda bagaimana mereka lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dan apa yang mereka telah pelajari .

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak- Anak

Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan . Selain dari cetakan- cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak- Anak, anda boleh carikan rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak- kanak di music .ChurchofJesusChrist .org, di aplikasi LDS Music dan LDS Media Library .

Lihatlah Anak- Anak Kecil- mu

Banyak topik yang terdapat di dalam buku panduan nurseri Lihatlah Anak- Anak Kecil- mu adalah serupa dengan yang anda akan ajarkan di Sekolah Primer . Terutamanya jika anda mengajar kanak- kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk merujuk buku panduan nurseri untuk lagu- lagu, kisah- kisah, akti- viti dan kraf tambahan .

Majalah Friend dan Liahona

Majalah Friend dan Liahona menyediakan kisah dan aktiviti yang boleh menjadi tambahan kepada asas yang anda ajari dari Ikutlah Aku—Untuk Seko- lah Primer.

Cerita- cerita Kitab Mormon

Cerita- cerita Kitab Mormon dapat membantu kanak- kanak mempelajari ajaran dan cerita yang terda- pat di dalam Kitab Mormon . Anda juga boleh mendapatkan video- video ini di medialibrary .ChurchofJesusChrist .org .

Pustaka Media

Seni lukisan, video dan media lain dapat mem- bantu kanak- kanak menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Kitab Mormon . Lawati medialibrary .ChurchofJesusChrist .org untuk melayari koleksi sumber media Gereja, termasuk koleksi Book of Mormon Videos, yang menggam- barkan peristiwa dalam Kitab Mormon . Sumber media ini boleh didapati di dalam aplikasi LDS Media Library .

buku Seni Injil

Seni lukisan dapat membantu kanak- kanak meng- gambarkan ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Kitab Mormon . Banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas terdapat di Buku Seni Injil, di medialibrary .ChurchofJesusChrist .org dan di aplika- si LDS Music dan LDS Media Library .

viii

(10)

SUMbeR- SUMbeR TAMbAhAn UnTUK MenGAjAR K AnAK- K AnAK

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Mengajar dengan Cara Juruselamat dapat memban- tu anda mempelajari dan menerapkan asas- asas pengajaran yang serupa dengan Kristus . Asas- asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar .

True to the Faith (Teguh pada Iman)

Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memahami asas injil yang anda akan ajarkan kepada kanak- kanak, pertimbangkan untuk meru- juk di Teguh pada Iman . Rujukkan ini menyediakan penjelasan mudah tentang topik injil, terkandung dalam susunan abjad .

(11)

Memenuhi Keperluan Kanak- kanak yang Lebih Kecil

Kanak- kanak bersedia dan ingin belajar injil jika di sampaikan dengan cara yang mudah difahami . Terutamanya jika anda mengajar kanak- kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk membantu mereka belajar dengan menggunakan jenis- jenis aktiviti berikut .

• Bernyanyi. Nyanyian Rohani dan lagu- lagu dari Buku Nyanyian Anak- Anak ajarkan ajaran dengan berkuasa . Gunakan indeks topik di belakang Buku Nyanyian Anak- Anak untuk mencari satu lagu yang berkaitan dengan asas- asas injil anda ajari . Bantulah kanak- kanak menerap pesanan lagu- lagu dalam kehidupan mereka . Contohnya, anda boleh tanya soalan- soalan mengenai perka- taan atau frasa dalam lagu . Selain dari menyanyi, kanak- kanak boleh lakukan gerakan yang meng- iringi lagu- lagu atau mendengar lagu sebagai muzik latar belakang sambil mereka lakukan aktiviti- aktiviti lain .

• Mendengar atau melakonkan satu cerita. Kanak- kanak kecil suka cerita—dari tulisan suci, dari kehidupan anda, dari sejarah Gereja, atau dari majalah- majalah Gereja . Mencarikan cara untuk melibatkan mereka dalam penceritaan . Mereka boleh pegang gambar atau barang, melukis gam- bar tentang apa yang mereka dengar, buat lakon- an tentang cerita, atau membantu memberitahu

cerita . Bantu kanak- kanak mengenali kebenaran injil dalam cerita- cerita anda berkongsi .

• Baca ayat suci. Kanak- kanak kecil mungkin tidak berupaya untuk membaca, tetapi anda masih boleh melibatkan mereka dalam pembelajaran tulisan suci . Anda dapat menumpukan pada satu ayat, kata kunci atau perkataan . Apabila anda membaca ayat suci dengan lantang, anda boleh menjemput mereka untuk berdiri atau mengang- kat tangan apabila mereka mendengar perkataan atau frasa yang anda ingin tumpukan . Mereka juga boleh cuba menghafal frasa pendek dari kitab suci jika mereka mengulangi beberapa kali . Apabila mereka mendengar firman Tuhan, mere- ka akan merasai Roh .

• Jadilah aktif. Oleh kerana kanak- kanak kecil sangat aktif, rancangkan sesuatu yang mereka dapat bergerak—berkawat, melompat, membong- kok, berjalan dan gerakan lain yang berkaitan dengan asas atau cerita anda mengajar . Gerakan- gerakan ini juga berkesan apabila bernya-

nyi bersama .

• Lihat sebuah gambar atau menonton sebuah video.

Ketika anda menunjukkan kanak- kanak sebu- ah gambar atau video berkaitan dengan asas injil ataupun cerita kitab suci, tanyalah soalan- soalan yang membantu mereka belajar apa

x

(12)

MeMenUhI KePeRLUAn K AnAK- K AnAK YAnG LebIh KeCIL

yang telah dilihat . Sebagai contoh, anda boleh tanya, “Apa yang berlaku dalam gambar atau video ini? Atau “Bagaimana perasaan anda melihat itu? Aplikasi Gospel Library, mediali- brary .ChurchofJesusChrist .org, danchildren . ChurchofJesusChrist .org, ialah tempat baik untuk carikan video .

• Berkongsi pengalaman. Kanak- kanak kecil mung- kin tidak ada banyak pengalaman untuk ber- kongsi berbanding kanak- kanak yang lebih besar, tetapi jika anda memberikan bimbingan tertentu, mereka dapat berkongsi perasaan dan pengalam- an tentang pembelajaran mereka .

• Mencipta. Kanak- kanak boleh membina, melu- kis atau mewarna sesuatu berkenaan cerita atau asas yang mereka sedang belajar . Galakkan kanak- kanak untuk membawa ciptaan mereka pulang dan berkongsi dengan ahli- ahli keluar- ga untuk membantu kanak- kanak mengingati pembelajaran .

• Mengambil bahagian dalam pelajaran objek.

Mengadakan pelajaran objek dapat membantu kanak- kanak memahami asas injil yang susah untuk difahami . Apabila menggunakan pelajaran objek, cari cara- cara yang melibatkan penyertaan kanak- kanak . Mereka akan belajar banyak dari pengalaman interaktif berbanding dengan hanya melihat sebuah demonstrasi .

• Lakon peranan. Apabila kanak- kanak lakon peran- an satu situasi yang mereka akan temui dalam kehidupan, mereka lebih memahami bagaima- na asas injil boleh digunakan dalam kehidup- an mereka .

• Ulangkan aktiviti. Kanak- kanak kecil perlu mende- ngar konsep- konsep berulang kali supaya dapat memahaminya . Jangan takut untuk mengulang cerita atau aktiviti banyak kali, walaupun dalam pelajaran sama . Sebagai contoh, anda boleh kongsikan satu cerita tulisan suci beberapa kali dalam cara yang berlainan—dengan membaca dari kitab suci, rumuskan cerita itu dengan per- kataan diri sendiri, tunjukkan satu video, biarkan anak- anak anda bantu anda mengisahkan cerita, jemput mereka lakonkan cerita, dan sebagainya . Jika satu aktiviti digunakan di kelas dan diulangi di rumah, ulangan ini membantu kanak- kanak belajar dan ingat .

• Berinteraksi dengan orang lain. Kanak- kanak sedang mengembangkan kemahiran sosial dan sering suka belajar dan bermain dengan rakan- rakan mereka . Ciptakan peluang- peluang untuk mereka berkongsi, mengambil giliran dan beker- jasama ketika belajar .

• Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Biasa- nya kanak- kanak kecil memiliki jangka perhatian yang pendek dan juga cara belajar yang berbeza . Gunakan pelbagai aktiviti dan perhatikan tanda- tanda yang menunjukkan kanak- kanak perlukan sesuatu perubahan dalam aktiviti . Contohnya, anda boleh mengubah aktiviti yang senyap dan yang meriah secara berselang seli .

Salah satu peranan sebagai seorang pengajar kanak- kanak kecil—tambahan pada mengajar asas- asas injil—adalah untuk membantu kanak- kanak mengambil bahagian dengan sesuai dalam kelas Gereja . Contohnya, mereka boleh belajar mengenai ambil giliran, berkongsi, menghormati yang lain dan seterusnya . Sesetengah pengajar menciptakan carta yang mengandungi tugasan bagi setiap anak untuk mengambil bahagian dalam kelas dengan cara tertentu (seperti memberi doa, memegang gambar atau mengedar kertas) . Tugasan itu boleh berubah setiap minggu . Ini membantu kanak- kanak mengambil giliran dan fokus pada kelakuan kelas yang sesuai .

Kanak- kanak—terutamanya yang lebih kecil—sering kali bermanfaat dari rutin yang tetap dan mudah diketahui . Oleh kerana kanak- kanak kecil memi- liki jangka perhatian yang pendek dan kadangkala susah untuk berfokus sepanjang masa kelas, maka adalah sesuai jika rutin ini sering berubah dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain . Contohnya, rutin kelas anda boleh termasuk masa rehat untuk bermain per- mainan, mewarna gambar, bernyanyi bersama dan lain- lain .

(13)

Memenuhi Keperluan Kanak- kanak yang Kurang Upaya

Pemimpin Sekolah Primer bertanggungjawab untuk mengajarkan injil Yesus Kristus kepada semua kanak- kanak, termasuk yang kurang upaya . Di Sekolah Primer, setiap anak harus dialu- alu, disayangi, dipelihara dan disertakan . Suasana ini memudahkan semua kanak- kanak memahami kasih Bapa di Syurga dan Yesus Kristus dan merasa dan mengenal pengaruh Roh Kudus . Idea- idea berikut dapat membantu anda memenuhi keperluan kanak- kanak yang kurang upaya .

• Belajar tentang keperluan khas anak itu. Cara terba- ik adalah untuk bercakap dengan ibu bapa atau penjaga anak . Cari cara terbaik anak itu dapat belajar dan strategik yang paling berkesan . Anda juga perlu berunding dengan pemimpin dan pengajar Sekolah Primer lain yang mempunyai pengalaman dan pendapat boleh dikongsi .

• Ciptakan suasana yang positif supaya setiap anak merasa selamat dan disayangi. Belajar nama semua kanak- kanak di dalam kelas, dan bantu mere- ka merasa diterima, disayangi dan disertakan . Kanak- kanak yang kurang upaya sering dikritik, maka cari peluang untuk memuji mereka atas kelakukan positif .

• Membuat penyelarasan supaya semua boleh terlibat.

Perubahan kecil boleh dilakukan pada aktiviti supaya memastikan semua anak boleh belajar,

termasuk anak yang terbatas secara fizikal atau kesusahan dalam pembelajaran . Misalnya, jika satu aktiviti mencadangkan penggunaan gam- bar, anda boleh menyanyi sebuah lagu berkaitan untuk melibatkan kanak- kanak dengan kecacatan penglihatan .

• Mempunyai rutin dan struktur kelas yang konsisten.

Satu cara melakukan ini adalah untuk mencipta poster dengan garis panduan jadual kelas yang menunjukkan aliran kelas . Jadual anda boleh termasuk doa, masa mengajar dan masa aktiviti . Ini boleh mengurangkan perasaan ketidakpasti- an yang mungkin meningkatkan kebimbangan dalam sesetengah kanak- kanak .

• Gunakan objek visual. Kanak- kanak dengan kesu- sahan pembelajaran atau cabaran perilaku akan bermanfaat dari objek visual, seperti gambar orang berkelakuan sesuai seperti mengangkat satu tangan sebelum menjawab soalan .

• Memahami kenapa perilaku yang mencabar terjadi.

Belajar tentang kecacatan atau keadaan yang mempengaruhi anak untuk bertindak dengan tidak sesuai . Ambil perhatian dengan baik- baik apabila perilaku yang mencabar berlaku . Pertim- bangkan dengan doa cara untuk mengubahsuai situasi supaya dapat menyokong anak dengan lebih baik .

xii

(14)

Suatu Pola untuk Mengajar

Dalam sumber ini, anda akan mendapati pola tiga langkah berikut diulangi dalam setiap rangka panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah . Dalam banyak kes, semasa anda mengajar, elemen- elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza . Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran- ajaran, dan mengajar ajaran- ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi . Begitu juga, menggalakkan pembelajaran di rumah boleh berlaku sepanjang perbincangan kelas . Izinkan pelarasan pada pola ini untuk terjadi secara bia- sa, ikuti bisikan Roh untuk memenuhi keperluan kanak- kanak yang anda ajari .

jemput Perkongsian

Sebagai sebahagian dari kelas, jemputlah kanak- kanak untuk berkongsi perasaan mereka, pandang- an, dan pengalaman tentang asas- asas yang anda ajari . Komen mereka boleh termasuk pengalaman mereka miliki sewaktu mempelajari di dalam rumah . Anda juga boleh menyemak kembali apa yang mere- ka telah pelajari minggu lepas dan bertanya bagai- mana ia telah mempengaruhi kehidupan mereka .

Mengajar Ajaran

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda lebih memahami ajaran yang akan anda ajarkan kepada kanak- kanak . Pertimbangkan ayat tulisan suci, penyataan, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda boleh kongsi untuk membantu kanak- kanak belajar dan bertindak atas asas- asas Injil . Carilah cara kreatif untuk membantu mereka menjadi teruja tentang apa yang mereka pelajari .

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kerana rumah adalah pusat pembelajaran injil, salah satu objektif anda sebagai pengajar Sekolah Primer adalah untuk menggalakkan pembelajaran di rumah . Bagaimanakah anda dapat membantu kanak- kanak berkongsi bersama keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas?

Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak- kanak dan ibu bapa mereka untuk berterusan mem- pelajari Kitab Mormon di rumah?

(15)
(16)

30 DISEMBER–5 JANUARI

Halaman pengenalan Kitab Mormon

“SATU LAGI KESAKSIAN TENTANG YESUS KRISTUS

Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca halaman judul dan pengenalan Kitab Mormon; kesaksian Kesaksian Tiga Saksi, Lapan Saksi, dan Nabi Joseph Smith; dan

“Penjelasan Singkat tentang Kitab Mormon .” Renungkan bagaimana anda dapat mengilhami kanak- kanak untuk belajar dari Kitab Mormon .

M e n C ATAT TA n G G A P A n A n D A

jemput Perkongsian

Jemput kanak- kanak untuk berkongsi cerita yang mereka tahu dari Kitab Mormon, menggunakan gambar 67–86 dalam Buku Seni Injil atau gambar lain yang anda ada .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih Kecil

HALAMAN JUDUL KITAB MORMON

Kitab Mormon dapat membantu saya mempunyai iman dalam Yesus Kristus.

Bantu kanak- kanak melihat bahawa tujuan Kitab Mormon adalah untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Pegang salinan Kitab Mormon, dan tunjukkan tajuk kecil, Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus. Biarkan kanak- kanak mengambil giliran berkata, “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus .” Secara ringkas beritahu kanak- kanak bagaimana Kitab Mormon telah memperkuat iman anda kepada Yesus Kristus .

• Ceritakan kisah dari Kitab Mormon yang menga- jar tentang Yesus Kristus, seperti kisah Samuel Si Bangsa Laman bernubuat tentang Kristus (lihat Helaman 14–16), Juruselamat memberkati kanak- kanak (lihat 3 Nefi 17), atau saudara lelaki Jared melihat Yesus Kristus (lihat Eter 2–3) . Bab- bab dari Cerita- cerita Kitab Mormon (dan video berkaitan di ChurchofJesusChrist .org) boleh membantu . Tunjukkan kepada kanak- kanak apa yang kita pelajari tentang Yesus dari kisah- kisah ini . Beritahu mereka bahawa mereka akan belajar banyak perkara tentang Yesus Kristus dari Kitab Mormon tahun ini .

• Nyanyi satu lagu tentang Kitab Mormon, seperti

“Cerita- cerita Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 62) . Nyanyi lagu itu bersama- sama

(17)

30 Disember–5 Januari

beberapa kali, dan biarkan kanak- kanak bergilir memegang gambar Juruselamat semasa anda bernyanyi .

PENGENALAN KEPADA KITAB MORMON

Kitab Mormon adalah batu kunci agama kita.

Presiden Thomas S . Monson menjelaskan: “Jika [Kitab Mormon] adalah benar—saya bersaksi ia benar—Joseph Smith seorang nabi  .  .  . , Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah Gereja Tuhan di bumi ini, dan imamat kudus Tuhan telah dipulihkan” (“Kuasa Kitab Mormon,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 86–87) .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Baca kepada kanak- kanak pernyataan berikut oleh Joseph Smith di dalam pengenalan kepada Kitab Mormon: “Kitab Mormon [adalah] batu kunci agama kita .” Jelaskan bahawa sama seper- ti batu kunci memegang seluruh lengkungan, kesaksian kita tentang Kitab Mormon memegang dan memperkuat kesaksian kita tentang hal- hal lain, seperti Joseph Smith dan injil .

• Jemput ibu bapa salah seorang kanak- kanak untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kesak- sian Kitab Mormon . Baca bersama kanak- kanak jemputan di hujung pengenalan kepada Kitab Mormon, dan membantu mereka bertindak per- kara yang mereka boleh lakukan untuk menda- patkan kesaksian mereka sendiri .

“KESAKSIAN NABI JOSEPH SMITH”

Kitab Mormon telah diberikan kepada kita oleh kuasa Tuhan.

Kesaksian Joseph Smith dapat membantu kanak- kanak memahami tujuan ketuhanan Kitab Mormon . Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Beritahu secara ringkas kepada kanak- kanak kisah tentang kedatangan Kitab Mormon seperti yang dijelaskan di dalam “Kesaksian Nabi Joseph Smith .” Anda juga boleh menggunakan “Bab 1:

Bagaimana Kita Mendapat Kitab Mormon”

(Cerita- cerita Kitab Mormon, 2–4, atau video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist .org) . Bantu kanak- kanak melakonkan cerita beberapa kali semasa anda mengulangi cerita itu .

• Tunjukkan kanak- kanak gambar aksara dari kepingan- kepingan emas . Jelaskan bahawa Tuhan membantu Joseph menterjemahkan huruf- huruf ini ke dalam kata- kata yang kita dapat membaca dan memahami .

joseph Smith menterjemahkan huruf- huruf yang ditulis pada kepingan- kepingan emas.

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

HALAMAN JUDUL KITAB MORMON

Kitab Mormon membantu saya

mempunyai iman dalam Yesus Kristus.

Ingat bahawa tujuan anda dalam mengajar kanak- kanak tentang Kitab Mormon adalah untuk membi- na iman mereka kepada Juruselamat .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Bahagikan kelas ke dalam pasangan . Jemput seti- ap pasangan untuk membaca perenggan kedua halaman judul Kitab Mormon, mencari sesua- tu yang memberitahu mereka apa yang Kitab Mormon harus lakukan . Kemudian jemput setiap pasangan untuk berkongsi dengan kelas .

• Bantu kanak- kanak mencari di halaman judul frasa “untuk meyakinkan Bangsa Yahudi dan Bangsa bukan Israel bahawa Yesus ialah Kristus .”

Bagaimanakah Kitab Mormon dapat meyakinkan kita bahawa Yesus ialah Kristus? Jemput mereka untuk berkongsi kisah dari Kitab Mormon yang telah menguatkan iman mereka kepada Kristus, atau kongsi pengalaman anda sendiri .

2

(18)

hAL AMAn PenGenAL An KITAb MORMOn

PENGENALAN KEPADA KITAB MORMON

Kitab Mormon adalah batu kunci agama kita.

Memperoleh kesaksian Kitab Mormon akan mem- bantu kanak- kanak mengetahui bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah Gereja Tuhan yang benar .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Minta kanak- kanak berpura- pura tidak pernah mendengar Kitab Mormon sebelum ini . Jem- put mereka untuk bekerjasama dengan seorang pasangan untuk memikirkan cara mereka dapat menjelaskan kepada anda apa itu dan dari mana ia datang, menggunakan butiran dari pengenal- an . Kemudian biarkan setiap pasangan mengam- bil giliran mengajar anda .  

• Jemput seorang kanak- kanak membaca pernya- taan Joseph Smith dalam perenggan keenam pengenalan . Menggunakan halaman aktiviti minggu ini, jelaskan bagaimana batu kunci memegang lengkungan . Mengikut perenggan ter- akhir pengenalan, apakah beberapa perkara lain yang kita tahu apabila kita mempunyai kesaksian bahawa Kitab Mormon adalah benar?

“KESAKSIAN TIGA SAKSI”; “KESAKSIAN LAPAN SAKSI”

Saya boleh menjadi saksi Kitab Mormon.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak- kanak memperoleh dan berkongsi kesaksian mereka sendi- ri tentang Kitab Mormon?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak untuk menerangkan sesu- atu yang mereka telah lihat yang tidak ada orang lain di dalam kelas yang telah melihatnya . Jelaskan bahawa Kitab Mormon mengandungi

kesaksian 11 orang selain Joseph Smith yang melihat kepingan- kepingan emas dari mana Kitab Mormon diterjemahkan . Baca kesaksian- kesaksian bersama . Kenapa saksi- saksi ini mahu orang lain tahu tentang kesaksian mereka?

• Tanya jika ada kanak- kanak ingin berkongsi bagaimana mereka tahu Kitab Mormon adalah benar . Baca bersama Moroni 10:3–5, dan jemput setiap kanak- kanak membaca Kitab Mormon tahun ini dan dapatkan atau menguatkan kesak- sian mereka bahawa ini benar . Beritahu kanak- kanak bagaimana anda mendapat kesaksian anda tentang Kitab Mormon .

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika boleh, pastikan setiap kanak- kanak mempunyai salinan Kitab Mormon, dan jemput mereka untuk mula membacanya sendiri dan bersama keluar- ga mereka .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari ilham anda sendiri. Daripada melihat rangka panduan ini sebagai arahan yang anda harus ikuti ketika anda mengajar, gunakannya sebagai sumber idea untuk mencetuskan ilham anda sendiri ketika anda merenungkan keperluan kanak- kanak yang anda ajar.

(19)

Kitab Mormon batu kunci agama kita.

Warnakan setiap batu sambil anda habis membaca setiap kitab dalam Kitab Mormon

Moroni

Eter

Mormon

4 Nefi

3 Nefi

Helaman

1 Nefi

2 Nefi

Yakub

Enos

Yarom

Alma Mosia Kata- kata Omni Mormon

Saya akan membaca Kitab

Mormon.

(20)

6–12 JANUARI

1 Nefi 1–7

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Apabila anda membaca 1 Nefi 1–7, fikirkan tentang ayat, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda rasa diilhamkan untuk guna untuk mengajar kanak- kanak . Aktiviti dalam rangka panduan ini boleh disesuaikan untuk kanak- kanak yang lebih besar atau lebih kecil .

M e n C ATAT TA n G G A P A n A n D A

jemput Perkongsian

Beberapa kanak- kanak di kelas anda mungkin sudah mendengar atau membaca pengalaman keluarga Nefi dalam 1 Nefi 1–7 . Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tahu . Jika kanak- kanak tidak tahu banyak tentang pengalaman Nefi, berikan mereka peluang pada akhir pelajaran untuk berkongsi apa yang mereka pelajari .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih Kecil

1 NEFI 2:16

Saya memerlukan kesaksian saya sendiri.

Nefi mulai untuk mempercayai kata- kata ayahnya kerana dia ingin tahu untuk dirinya sendiri dan dia berdoa kepada Tuhan . Bantu kanak- kanak belajar daripada contohnya .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Bawa kotak bertutup dengan gambar Jurusela- mat di dalamnya, dan berikan setiap kanak- kanak giliran untuk mengetahui sendiri apa yang ada di dalam kotak . Beritahu kanak- kanak bahawa Nefi ingin memiliki kesaksiannya sendiri baha- wa Tuhan telah memerintahkan keluarganya meninggalkan Yerusalem . Minta kanak- kanak untuk mendengar apa yang Nefi lakukan untuk mendapatkan kesaksiannya sendiri ketika anda membaca 1 Nefi 2:16 . Berikan kesaksian bahawa sama seperti kita masing- masing harus membuka kotak untuk mengetahui apa yang ada di dalam- nya, kita semua perlu meminta Tuhan untuk mendapatkan kesaksian kita sendiri .

• Bawa gambar atau objek yang mewakili perkara yang kanak- kanak boleh mencari untuk kesaksi- an, seperti gambar Yesus Kristus, Kitab Mormon, atau gambar nabi yang hidup . Jemput kanak- kanak untuk memilih gambar atau objek dan berkongsi kesaksian mereka tentang perkara itu dengan kelas .

Lehi Traveling Near the Red Sea, oleh Gary Smith

(21)

6–12 jAnUARI

1 NEFI 2:2–4; 3–4

Tuhan akan membantu saya mematuhi perintah- perintah- Nya.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan lapor- an ini untuk membantu kanak- kanak memahami bahawa Tuhan membantu kita mematuhi perintah- perintah- Nya, walaupun ia kelihatan sukar untuk dipatuhi?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Baca 1 Nefi 2:2–4 kepada kanak- kanak, dan memaparkan beberapa gambar barang yang kelu- arga Lehi mungkin membawa bersama mereka ke padang belantara, seperti khemah, selimut, dan busur dan anak panah . Minta mereka memba- yangkan bagaimana perasaan mereka jika mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke padang belantara . Apakah yang Tuhan minta kita lakukan untuk mematuhi Dia hari ini?

• Bantu kanak- kanak mewarnakan dan memotong angka kertas pada halaman aktiviti minggu ini;

kemudian minta mereka menggunakan angka kertas untuk meringkaskan laporan Nefi dan saudara- saudaranya mendapatkan kepingan- kepingan loyang (lihat 1 Nefi 3–4) . Lagu

“Keberanian Nefi” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 64) dan “Bab 4: Kepingan- kepingan Loyang”

(Cerita- cerita Kitab Mormon, 8–12; lihat juga video berkaitan di ChurchofJesusChrist .org) boleh membantu anda menceritakan cerita ini .

• Guna gambar- gambar 103–15 dalam Buku Seni Injil untuk membantu kanak- kanak memikirkan perkara- perkara yang Tuhan perintahkan kita lakukan . Bagaimana kita diberkati apabila kita mematuhi Dia? Bantu mereka menghias lenca- na untuk dipakai yang berkata Aku akan pergi dan melaksanakan hal- hal yang telah Tuhan perin- tahkan (1 Nefi 3:7) . Ulangi frasa beberapa kali bersama- sama

1 NEFI 3:19–21; 5:19–22

Tulisan suci adalah harta karun yang besar.

Bagaimanakah anda dapat membantu mengilhami kanak- kanak untuk menghargai tulisan suci, atau firman Tuhan?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Tunjukkan kanak- kanak sesuatu (atau gambar sesuatu) yang sangat berharga kepada anda . Bercakap tentang bagaimana anda melayani dan menjaganya . Jelaskan bahawa kepada keluarga Lehi, kitab suci adalah sangat berharga, seperti harta karun .

• Jemput kanak- kanak untuk membantu anda memberitahu atau berlakon yang Nefi dan saudara- saudaranya lakukan untuk mendapatkan kepingan- kepingan loyang: mereka mengembara jauh, menyerahkan emas dan perak mereka, dan bersembunyi di dalam gua untuk menyelamatkan nyawa mereka . Baca 1 Nefi 5:21 . Kenapa tulis- an suci begitu berharga kepada keluarga Lehi?

Bagaimanakah kita boleh melayani tulisan suci seperti harta karun?

Lehi Receiving the Brass Plates, oleh Clark Kelley Price

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

1 NEFI 2:16, 19–20

Saya boleh mempunyai kesaksian saya sendiri.

Apakah yang anda pelajari dari contoh Nefi tentang mendapatkan kesaksian anda sendiri? Bagaimana- kah anda dapat membantu kanak- kanak belajar dari contohnya?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Minta kanak- kanak untuk mencari 1 Nefi 2:16, 19 untuk mengetahui bagaimana Nefi mendapat kesaksian tentang kata- kata ayahnya . Jemput

6

(22)

1 nefi 1–7

mereka untuk menulis tindakan Nefi pada blok atau objek lain dan kemudian membina sesu- atu dengan objek untuk mewakili bagaimana perkara- perkara itu membantu kita membina kesaksian .

• Beritahu kanak- kanak bagaimana anda menda- pat kesaksian anda tentang injil . Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman serupa yang mere- ka miliki, dan mendorong mereka untuk mengi- kuti teladan Nefi untuk terus membina kesaksian mereka . Bagaimanakah kesaksian kita sendiri dapat membantu kita?

1 NEFI 3:1–8

Saya boleh bertindak dengan iman kepada perintah Tuhan.

Membangun sikap seperti Nefi akan membantu kanak- kanak apabila Tuhan meminta mereka untuk melakukan sesuatu yang kelihatan sukar .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Bahagikan kelas ke dalam dua kumpulan . Jemput satu kumpulan untuk membaca tindak balas Laman dan Lemuel kepada Lehi (lihat 1 Nefi 3:2–5) dan kumpulan lain untuk membaca tindak balas Nefi (lihat 1 Nefi 3:2–4, 7) . Jemput seorang kanak- kanak berpura- pura menjadi Lehi dan minta kanak- kanak lain berpura- pura kembali ke Yerusalem untuk mendapatkan kepingan- kepingan loyang Jemput setiap kumpulan untuk bertindak balas dengan kata- kata mereka sendiri seolah- olah mereka adalah orang yang mereka baca . Apakah beberapa perkara yang Tuhan telah memerintahkan kita untuk lakukan? Bagaimana- kah kita boleh menjadi seperti Nefi?

• Nyanyi bersama lagu tentang kepatuhan, seperti

“Keberanian Nefi” atau “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 64, 68), dan minta kanak- kanak mendengar frasa yang mengajar bagaima- na kita harus bertindak balas kepada Tuhan . 1 NEFI 3–4

Roh Kudus akan memimpin saya ketika saya berusaha untuk melakukan

kehendak Tuhan.

Nefi mengikuti Roh, “tidak tahu terlebih dahulu hal- hal yang [dia] patut laksanakan” (1 Nefi 4:6) .

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak- kanak yang anda ajar mendapatkan bimbingan Roh Kudus?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak untuk menceritakan kisah Nefi dan saudara- saudaranya yang cuba menda- patkan kepingan- kepingan loyang (lihat 1 Nefi 3–4) . Jemput kanak- kanak untuk membaca 1 Nefi 4:6, dan minta kelas untuk mendengar apakah yang dilakukan oleh Nefi yang membolehkan mereka berjaya .

• Berkongsi dengan kanak- kanak beberapa con- toh perkara yang Tuhan ingin mereka lakukan, seperti berkawan dengan seseorang di sekolah yang kelihatan sendirian, memaafkan saudara kandung, atau memberitahu kebenaran setelah membuat kesilapan . Minta kanak- kanak untuk berkongsi bagaimana Roh Kudus dapat mem- bantu mereka dalam situasi tersebut . Bagaima- nakah kita boleh menjemput Roh Kudus untuk membantu kita mematuhi Tuhan?

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak- kanak untuk berkongsi pengalaman dengan keluarga mereka apabila mereka diberkati kerana mematuhi perintah- perintah . Galakkan mereka untuk minta ahli keluarga mereka berkongsi pengalaman yang serupa .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak- kanak belajar dari tulisan suci. Untuk membantu kanak- kanak belajar dari tulisan suci, tumpukan pada satu ayat tulisan suci atau satu frasa utama. Anda boleh menjemput kanak- kanak untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mendengar perkataan atau frasa itu. (Lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 21.)

(23)

Tuhan akan membantu saya mematuhi perintah- perintah (1 Nefi 2:2–4; 3–4).

Warna dan guntingkan gambar- gambar di bawah. Gunakan mereka untuk menceritakan kisah Nefi dan saudara- saudaranya untuk mendapat kepingan- kepingan loyang daripada Laban.

(24)

13–19 JANUARI

1 Nefi 8–10

“‘DATANG DAN MAKAN BUAH ITU”

Di samping melihat diri anda dalam penglihatan Lehi, cuba untuk melihat kanak- kanak yang anda ajar . Bagaimanakah visi ini berkaitan dengan mereka?

M e n C ATAT TA n G G A P A n A n D A

jemput Perkongsian

Hubungi beberapa kanak- kanak terlebih dahulu dan minta mereka memikirkan pengalaman atau tulisan suci yang mereka dapat berkongsi yang telah membantu mereka merasakan kasih Tuhan .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih Kecil

1 NEFI 8:2, 5–34

Firman Tuhan membawa saya kepada Tuhan dan membantu saya merasakan kasih- Nya.

Dalam penglihatan Lehi, kita dijemput untuk mera- sai kasih Tuhan, yang dilambangkan oleh pohon dan buahnya . Bagaimanakah anda boleh membantu kanak- kanak menerima jemputan ini?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak untuk membantu anda memberitahu cerita tentang penglihatan Lehi dari 1 Nefi 8:10–34 . Untuk membantu mereka membayangkan cerita, anda boleh menunjukkan gambar penglihatan Lehi (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) atau gambar dalam “Bab 6: Mimpi Lehi” (Cerita- cerita Kitab Mormon, 18–20, atau video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist .org) . Pastikan kanak- kanak tahu bahawa batang besi mewakili firman Tuhan, yang kita baca dalam tulisan suci dan dengar daripada nabi- nabi yang hidup . Bantu mereka memahami bahawa pokok itu mewakili kasih Tuhan untuk kita .

• Bawa tali untuk mewakili batang besi dalam penglihatan Lehi . Minta kanak- kanak meme- gangnya semasa anda membawa mereka ke bilik yang ada gambar pohon . Bantu mereka mema- hami bahawa firman Tuhan membawa kita lebih dekat kepada Dia, sama seperti tali yang mewaki- li batang besi membawa kita ke pohon itu . Untuk menunjukkan bahawa pohon itu mewakili kasih Tuhan, anda boleh memaparkan gambar- gambar perkara yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita yang menunjukkan kasih- Nya kepada kita,

Lehi’s Dream, oleh Steven Lloyd neal

(25)

13–19 jAnUARI

seperti Juruselamat, keluarga kita, dan dunia yang indah .

• Bawa beberapa buah dengan hati yang dilekat- kan kepadanya . Berikan kanak- kanak merasai buah itu dan tanya mereka tentang buah- buahan kegemaran mereka . Jelaskan bahawa buah dalam penglihatan Lehi adalah buah yang paling manis yang dia pernah rasakan, dan ia memenuhi jiwanya dengan kegembiraan . Sama seperti buah manis menjadikan kita gembira, kita akan merasa gembira apabila kita mengikuti Yesus dan hidup bersama Bapa Syurgawi lagi .

• Baca 1 Nefi 8:12, dan jemput kanak- kanak untuk mendengar dengan teliti apa yang ingin dila- kukan oleh Lehi selepas dia merasai buah itu . Biarkan kanak- kanak mengambil giliran untuk berpura- pura menjadi Lehi menjemput orang lain untuk datang dan merasai buah . Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjemput orang lain untuk datang dan menikmati berkat injil dengan kita?

1 NEFI 10:17, 19

Tuhan akan mengungkapkan kebenaran kepada saya dengan kuasa Roh Kudus.

Setelah mendengar tentang penglihatan ayahnya, Nefi mempunyai keinginan yang kita semua harus ada—keinginan untuk mengetahui kebenaran untuk dirinya sendiri .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Baca 1 Nefi 10:19, dan jemput kanak- kanak mengangkat tangan apabila mendengar kata- kata

“didedahkan” dan “Roh Kudus .” Bantu kanak- kanak memahami tulisan suci ini, yang menga- jarkan bahawa Roh Kudus akan membantu kita untuk mengetahui jawapan kepada soalan- soalan kita . Untuk membantu kanak- kanak membayang- kan apa yang dimaksudkan untuk kebenaran untuk “didedahkan,” bawa selimut yang dilipat dengan gambar Juruselamat di dalam, dan minta kanak- kanak itu membukanya .

• Nyanyikan lagu dengan kanak- kanak tentang mencari kebenaran, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 66) .

Tunjukkan gambar yang menggambarkan perka- taan dalam lagu untuk membantu kanak- kanak ingat bagaimana Roh Kudus mengajar kita .

• Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman apabila Roh Kudus membantu anda mengeta- hui sesuatu adalah benar . Beritahu kanak- kanak bagaimana Roh Kudus bercakap dengan anda .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

1 NEFI 8:2, 5–34

Firman Tuhan membawa saya kepada Tuhan dan membantu saya merasakan kasih- Nya.

Ketika kanak- kanak di kelas anda belajar tentang penglihatan Lehi, galakkan mereka untuk mem- pelajari firman Tuhan dan berkongsi kasih Tuhan dengan orang lain .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Apabila kanak- kanak membaca ayat- ayat yang dipilih dari 1 Nefi 8, jemput mereka untuk mencari butir- butir dari ayat- ayat ini dalam gambar penglihatan Lehi (seperti yang di dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) . Atau jemput mereka untuk melukis gambar di papan tulis butiran yang dibaca . Kemudian, bantu kanak- kanak mengetahui apa lambang dalam mimpi itu mewakili (lihat 1 Nefi 11:21–22; 12:16–18;

15:23–33, 36) .

• Jika boleh, bawa sekeping besi atau logam lain ke kelas dan jemput kanak- kanak untuk menerang- kan beberapa sifat dan kegunaannya . Bagaimana- kah firman Tuhan seperti batang besi? Di mana kita dapat mencari firman Tuhan? Mengapa batang besi sangat penting dalam penglihat- an Lehi?

10

(26)

1 nefi 8–10

Lehi makan buah pokok kehidupan. Tree of Life, oleh Marcus Alan Vincent

• Jemput kanak- kanak untuk menulis di sekeping kertas pengalaman ketika firman Tuhan mem- bantu mereka mengetahui apa yang mereka harus lakukan atau membantu mereka merasakan lebih dekat dengan Bapa Syurgawi . Apabila mereka berkongsi apa yang mereka tulis, jemput mere- ka untuk menggulung kertas mereka ke dalam bentuk batang besi . Anda juga boleh lekatkan

“batang besi” kanak- kanak bersama sebagai per- wakilan batang besi dalam mimpi Lehi .

• Jemput beberapa kanak- kanak untuk membaca 1 Nefi 8:10–12 dan gambarkan apa yang dilihat oleh Lehi . Minta yang lain untuk baca 1 Nefi 11:20–23 dan terangkan apa yang dilihat Nefi . Mengapakah malaikat menunjukkan kepada Nefi bayi Yesus untuk mengajar dia tentang kasih Tuhan? Untuk membantu menjawab soalan ini, baca bersama Yohanes 3:16 atau nyanyi bersama lagu tentang Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putra- Nya” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 20) . Beri- tahu kanak- kanak bagaimana anda telah mera- sai kasih Bapa Syurgawi dan Putera- Nya Yesus Kristus dalam hidup anda .

• Tulis di papan tulis: Apakah yang kita pelajari dari contoh Lehi? Jemput kanak- kanak untuk berfikir tentang penglihatan Lehi dan tulis seberapa banyak jawapan yang mereka dapat . Minta mereka berkongsi jawapan mereka dengan kelas . Kemudian minta kanak- kanak memikirkan seseo- rang yang mereka dapat berkongsi kegembiraan injil bersama .

1 NEFI 10:17–19; 11:1

Tuhan akan mengungkapkan kebenaran kepada saya dengan kuasa Roh Kudus.

Jika kita meminta Bapa Syurgawi dalam iman, kebenaran akan “didedahkan kepada [kita], mela- lui kuasa Roh Kudus” (1 Nefi 10:19) . Bagaimana anda boleh membantu kanak- kanak yang anda ajar memahami kebenaran ini?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak untuk bercakap tentang cara mereka dapat mencari jawapan kepada soal- an . Galakkan kanak- kanak untuk membaca 1 Nefi 10:17–19 dan 11:1 . Apakah yang akan dikatakan oleh Nefi jika seseorang bertanya kepadanya bagaimana untuk mencari jawapan kepada soalan mengenai injil? Bagaimanakah Tuhan mengajar kita melalui Roh Kudus? (lihat A&P 8:2) .

• Minta kanak- kanak bercakap tentang masa ketika Roh Kudus membantu mereka mengetahui sesu- atu yang benar . Minta mereka membayangkan mereka mempunyai kawan yang fikir dia tidak dapat menerima jawapan melalui Roh Kudus . Apakah yang boleh mereka kongsi dari 1 Nefi 10:17–19 dan 11:1 untuk membantu kawan itu?

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak- kanak untuk menggunakan hala- man aktiviti minggu ini untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka pelajari tentang penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak- kanak belajar dalam banyak cara.

Kanak- kanak menikmati pembelajaran melalui pelbagai pengalaman. Gunakan aktiviti yang membantu mereka bergerak, menggunakan semua deria mereka, dan mencuba perkara- perkara baru. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

(27)

Firman Tuhan mendorong saya kepada Tuhan dan membantu saya merasa kasih- Nya (1 Nefi 8:2, 5–34).

Carilah jalan dalam pagar sesat penglihatan Lehi, elakkan perkara- perkara yang akan menghalang anda ke pokok kehidupan.

Lorong Sempit dan Kecil

Sungai = Neraka Bangunan Besar =

Keangkuhan

Pokok = Kasih Tuhan

Padang = Dunia

MULA

Batang Besi = Firman Tuhan

Kabut Kegelapan = Godaan

(28)

20–26 JANUARI

1 Nefi 11–15

“DISENJATAI DENGAN KESOLEHAN DAN DENGAN KUASA TUHAN”

Baca 1 Nefi 11–15 dengan kanak- kanak yang anda ajar dalam fikiran, dan mencatat apa- apa tanggapan yang anda terima .

M e n C ATAT TA n G G A P A n A n D A

jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan, dan jemput kanak- kanak untuk ber- kongsi apa yang mereka ingat tentang pelajaran penglihatan ini minggu lepas . Tanya mereka jika mereka telah belajar apa- apa yang baru mengenai- nya sejak itu .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih Kecil

1 NEFI 11:16–33

Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus ke bumi kerana Dia mengasihi saya.

Nefi melihat kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus dalam satu penglihatan . Renungkan apa yang kanak- kanak di kelas anda boleh belajar ten- tang Juruselamat dari 1 Nefi 11 .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Berikan setiap kanak- kanak gambar yang meng- gambarkan salah satu peristiwa dari kehidupan Juruselamat yang diramalkan dalam 1 Nefi 11:20, 24, 27, 31, dan 33 (lihat Buku Seni Injil, no . 30, 35, 39, 42, 57) . Semasa anda membaca ayat- ayat ini, minta kanak- kanak memegang gambar mereka ke atas apabila mereka mendengar ayat yang sepa- dan dengannya .

• Beritahu kanak- kanak tentang beberapa perkara yang Nefi pelajari bahawa Yesus Kristus akan lakukan selama kehidupan- Nya (lihat 1 Nefi 11:16–33), dan tunjukkan kepada mereka gam- bar beberapa kejadian ini (lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no . 41, 46, 47, 49, 56, 57, 58, 59) . Kongsikan apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda . Tunjukkan gambar untuk membantu kanak- kanak memikirkan cara kita dapat ber- kongsi kasih Tuhan (lihat Buku Seni Injil, no . 109, 110, 115) .

Sweeter Than All Sweetness, oleh Miguel Angel González Romero

(29)

20–26 jAnUARI

Kitab Mormon mengandungi injil Yesus Kristus.

1 NEFI 13:26–29, 35–36, 40

Kitab Mormon mengajarkan kebenaran berharga.

Mengapa anda berterima kasih untuk Kitab Mormon? Pertimbangkan bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda mengenai Kitab Mormon dengan kanak- kanak .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Lukiskan gambar di papan tulis, dan jemput kanak- kanak menukar atau mengeluarkan bahagian- bahagian gambar supaya kelihatan ber- beza . Bantu mereka memahami bahawa, seperti gambar ini, beberapa perkara dalam Alkitab telah diubah dan dikeluarkan dari masa ke masa . Baca sebahagian 1 Nefi 13:40 yang mengajarkan bagaimana Kitab Mormon (yang Nefi panggil

“catatan- catatan terakhir ini”) membantu kita memahami “perkara yang jelas dan berharga”

yang hilang dari Alkitab .

• Sembunyikan gambar- gambar di bilik yang mewakili kebenaran injil yang dijelaskan di dalam Kitab Mormon, seperti pembaptisan, sakramen, dan kebangkitan . Jemput kanak- kanak untuk mencari gambar- gambar ini . Jelaskan bahawa Kitab Mormon membawa kembali kebe- naran injil yang telah hilang .

1 NEFI 15:23–25

Firman Tuhan memberi saya kuasa.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan gambar batang besi untuk mengajar kanak- kanak mengenai kekuatan, keselamatan, dan kuasa firman Tuhan?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Paparkan gambar mimpi Lehi, seperti yang di dalam rangka panduan minggu lepas dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak- kanak untuk mencari batang besi dalam gambar, dan membantu mereka memahami bagaimana memegang kepada firman Tuhan dapat melindungi kita (lihat 1 Nefi 15:23–24) . Beri kanak- kanak sesuatu yang serupa dengan batang besi untuk dipegang, seperti paip atau batang, semasa anda membaca ayat 24 . Di mana kita dapat mencari firman Tuhan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan firman Tuhan sebahagian dari kehidupan kita seti- ap hari?

• Bantu kanak- kanak mewarnakan dan melengkap- kan halaman aktiviti minggu ini . Bagaimana kita

“berpegang kuat” kepada firman Tuhan? (1 Nefi 15:24) .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

1 NEFI 11:16–33

Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus ke bumi kerana Dia mengasihi saya.

Nefi mempunyai penglihatan di mana dia menyak- sikan rancangan Bapa Syurgawi untuk kita, dan Yesus Kristus adalah bahagian utama dari pengli- hatan itu .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak untuk menyesuaikan ayat- ayat dari 1 Nefi 11:16–33 dengan gambar yang menggambarkan apa yang dijelaskan oleh ayat- ayat (seperti 1 Nefi 11:20, 24, 27, 29, 31, 33; lihat Buku Seni Injil, no . 30, 35, 38, 39, 42, 57) . Apakah yang dipelajari oleh kanak- kanak tentang Kristus dari ayat- ayat dan gambar- gambar?

• Tanya kanak- kanak mengapa Yesus Kristus pen- ting kepada mereka . Nyanyikan lagu mengenai Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putra- Nya”

(Buku Nyanyian Anak- Anak, 20), dan tanyakan

14

(30)

1 nefi 11–15

kanak- kanak apakah yang lagu ini ajarkan ten- tang Yesus . Jemput kanak- kanak untuk melu- angkan masa sepanjang minggu untuk berfikir tentang Yesus Kristus dan berkongsi pengalaman mereka minggu depan di kelas .

1 NEFI 13:26–29, 35–36, 40

Kitab Mormon mengajarkan kebenaran berharga.

Apakah yang kanak- kanak tahu mengenai Kemur- tadan? Bagaimanakah anda dapat membantu mere- ka memahami kepentingan Kitab Mormon dalam memulihkan kebenaran injil yang telah hilang semasa Kemurtadan?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Baca 1 Nefi 13:26–29 bersama, dan jemput kanak- kanak untuk mencari apa yang berlaku apabila orang tidak mempunyai kebenaran injil “perkara yang kelas dan berharga” . Bagaimanakah Tuhan memulihkan kebenaran yang telah hilang? (lihat ayat- ayat 35–36, 40) . Jemput kanak- kanak untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kebenaran yang telah mereka pelajari dari Kitab Mormon, atau kongsikan kesaksian anda sendiri .

•   Mengapakah ia membantu untuk mempunyai lebih dari satu saksi? Lukis titik pada papan tulis, dan labelkannya Alkitab, dan jemput setiap kanak- kanak melukis garis lurus yang berbeza melalui titik untuk menggambarkan bahawa ajaran dalam Alkitab dapat ditafsirkan banyak cara apabila Alkitab berdiri sendiri . Padamkan garis tersebut, dan lukiskan titik kedua berla- bel Kitab Mormon. Jemput seorang kanak- kanak melukis garis lurus yang melewati kedua- dua titik untuk menunjukkan bahawa hanya terdapat satu cara untuk mentafsirkan injil apabila Alkitab dan Kitab Mormon digunakan bersama- sama .

• Bantu kanak- kanak menghafal fasal- fasal keperca- yaan yang kelapan .

1 NEFI 15:23–25

Firman Tuhan memberi saya kuasa untuk menentang godaan.

Bagaimana anda boleh membantu kanak- kanak yang anda ajar menguatkan kesaksian mere- ka tentang tulisan suci? Renungkan soalan ini

semasa membaca 1 Nefi 15:23–25, dan gunakan aktiviti- aktiviti di bawah ini untuk menambah idea anda sendiri .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Minta kanak- kanak untuk meringkaskan peng- lihatan pokok kehidupan (lihat 1 Nefi 8; 11) . Apakah yang menyebabkan orang tidak sampai ke pokok itu? Apakah yang membantu mere- ka sampai ke situ? Jemput kanak- kanak untuk membaca 1 Nefi 15:23–25 . Bagaimanakah batang besi membantu orang melalui kabus kegelapan?

Bagaimanakah membaca firman Tuhan mem- bantu kita menentang godaan dan kegelapan hari ini?

• Lengkapkan halaman aktiviti dengan kanak- kanak . Semasa mereka melakukannya, minta mereka bercakap tentang beberapa godaan yang dihadapi kanak- kanak . Bagaimanakah mereka dapat terus memegang batang besi setiap hari?  

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak- kanak untuk menunjukkan kepada keluarga mereka “batang besi” yang mereka buat dari halaman aktiviti dan kongsikan bagaimana mereka dapat memegang batang besi dengan mem- baca tulisan suci .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan seni untuk melibatkan pelajar.

Apabila anda mengajar kanak- kanak kisah tulisan suci, cari cara untuk membantu mereka memba- yangkannya. Anda boleh menggunakan gambar, video, boneka, pakaian, dan sebagainya.

(31)

Firman T uhan memberi saya kuasa untuk menahan godaan (1 Nefi 15:23–25).

Warnakan gambar- gambar yang menunjukkan pelbagai cara kita boleh menerima firman Tuhan. Lekatkan sebatang pencil ke bahagian atas di belakang halaman ini, dan menggulungkan dengan ketat. Lekatkan gulung itu bersama supaya menjadi batang besi.

PEGANGLAH P AD A B AT ANG BESI—FIRMAN TUHAN!

PEGANGLAH PADA BATANG BESI—FIRMAN TUHAN!

(32)

27 JANUARI–2 FEBRUARI

1 Nefi 16–22

“AKU AKAN MENYEDIAKAN JALAN DI HADAPANMU”

Kisah- kisah yang memberi mengilhamkan dalam 1 Nefi 16–22 mengajar kebenaran yang boleh memberkati kanak- kanak di kelas anda . Baca bab- bab ini dan catatkan tanggapan yang anda terima .

M e n C ATAT TA n G G A P A n A n D A

jemput Perkongsian

Tulis perkataan berikut di papan tulis, atau tunjuk- kan gambarnya: Liahona, busur, dan bot. Jemput tiga kanak- kanak untuk memilih salah satu perkataan atau gambar dan kongsikan bahagian cerita Nefi yang memaparkan objek itu . Berikan bantuan jika diperlukan .

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih Kecil

1 NEFI 16:10, 28–29; 18:8–13, 20–22

Tuhan boleh membimbing dan mengarahkan saya.

Ajar kanak- kanak bahawa walaupun mereka meng- hadapi cabaran yang sukar, Tuhan dapat membim- bing mereka (lihat 1 Nefi 16:29) .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Tunjukkan kanak- kanak kompas, peta, atau sesuatu lain yang membantu kita mencari jalan, dan menerangkan cara menggunakan alat ini . Bandingkan alat ini kepada Liahona apabila anda meringkaskan cerita dalam 1 Nefi 16:10, 28–29 dan 18:9–13, 20–22 . Beritahu juga bahawa apabila keluarga Lehi tidak patuh, Liahona tidak berfungsi (lihat juga 1 Nefi 18:9–12, 20–22) . Apa- kah yang membantu kita hari ini untuk mencari jalan kembali kepada Bapa Syurgawi?

• Bawa kotak yang mengandungi beberapa petun- juk yang menggambarkan lokasi di dalam atau di sekitar bangunan gereja . Gunakan kotak dan petunjuk untuk mewakili Liahona, dan biarkan kanak- kanak bergilir memilih petunjuk dan meneka lokasi itu . Kemudian pergi ke lokasi itu bersama . Jelaskan bahawa apabila kita menun- jukkan iman dan mengikut arah yang diberikan Tuhan, Dia akan membantu kita kembali kepada- Nya (lihat Alma 37:38–42) . Bagaimanakah Bapa Syurgawi membimbing kita dalam perjalanan kita kembali kepada- Nya?

Lehi and the Liahona, oleh joseph brickey

(33)

27 Januari–2 februari

1 NEFI 16:14–32

Saya boleh menjadi contoh yang baik kepada keluarga saya.

Interaksi Nefi dengan keluarganya pada masa yang sukar dapat membantu kanak- kanak melihat baha- wa walaupun mereka masih muda, mereka dapat menjadi contoh kepada keluarga mereka .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Tugaskan setiap kanak- kanak untuk melukis gambar sesuatu dari cerita busur Nefi yang patah (lihat 1 Nefi 16:14–32), seperti Nefi, busur, atau Liahona . Kemudian gunakan gambar itu untuk memberitahu cerita kepada kelas, dan biarkan kanak- kanak bergilir melakukan perkara yang sama . Bagaimana kita dapat menjadi seperti Nefi ketika keluarga kita mengalami masa yang sukar?

• Jemput setiap kanak- kanak untuk memotong bulatan kertas dan lukiskan muka yang sedih di satu belah dan wajah gembira di atas sebelah yang lain . Semasa anda menceritakan kisah busur Nephi yang patah, jemput mereka menggunakan muka untuk menunjukkan bagaimana perasaan keluarga Nefi semasa bahagian- bahagian cerita yang berlainan . Bagaimanakah Nefi membantu membuat keluarganya gembira? Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan keluarga kita gembira?

1 NEFI 17:7–19; 18:1–4

Bapa Syurgawi dapat membantu saya melakukan perkara- perkara yang sukar.

Seperti Nefi, kanak- kanak yang anda ajar sedang belajar untuk melakukan perkara- perkara yang kelihatan sukar . Pengalaman Nefi dapat membantu mereka mengetahui bahawa Bapa Syurgawi akan membantu mereka ketika mereka minta .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Ceritakan kepada kanak- kanak kisah Nefi diperintahkan untuk membina bot, menggu- nakan 1 Nefi 17:7–19 dan 18:1–4 . Anda juga boleh menggunakan “Bab 7: Membina Kapal”

(Cerita- cerita Kitab Mormon, 21–22) atau video berkaitan dalam koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist .org . Halaman aktiviti minggu ini dapat memperkuatkan asas yang

Bapa Syurgawi membantu Nefi, dan Dia akan membantu kita .

• Nyanyi bersama rangkap kedua “Keberanian Nefi” (Buku Nyanyian Anak- Anak, 64) . Apakah yang membantu Nefi mempunyai keberanian ketika saudara- saudaranya mengejeknya kerana cuba membina bot?

Mengajar Ajaran: Kanak- kanak yang Lebih besar

1 NEFI 16:10, 28–29; 17:13–15; 18:8–13, 20–22

Apabila saya mematuhi perintah- perintah, Tuhan membimbing saya.

Gunakan laporan keluarga Lehi dibimbing oleh Liahona untuk menunjukkan kepada kanak- kanak bagaimana Tuhan akan membimbing mereka ketika mereka berusaha untuk melakukan kehendak- Nya . Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Pilih satu atau beberapa petikan berikut untuk dibaca bersama kanak- kanak: 1 Nefi 16:10, 28–29;

17:13–15; and 18:8–13, 20–22 . Minta mereka untuk mencari apa yang harus kita lakukan untuk mendapatkan bimbingan dan arahan daripada Tuhan dan membincangkan apa yang mereka pelajari .

• Selepas mengkaji semula cerita dalam 1 Nefi 16–18, temu duga beberapa kanak- kanak seolah- olah mereka telah mengembara dengan keluarga Lehi . Anda boleh bertanya soalan seperti ini:

Mengapa anda berterima kasih kepada Liahona?

Apakah yang anda perlu lakukan agar Liahona berfungsi? (lihat 1 Nefi 16:28–29) . Jemput kelas untuk membincangkan perkara- perkara yang Tuhan berikan untuk membimbing kita pada zaman kita .

• Minta kanak- kanak untuk mempertimbangkan bagaimana mereka dapat menggunakan kisah Liahona untuk membantu rakan yang perlu membuat keputusan penting . Cadangkan bahawa sebagai tambahan kepada 1 Nefi 16:10, 26–31 dan 18:9–22, mereka juga boleh merujuk Alma

18

(34)

1 nefi 16–22

37:38–44 . Berkongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi membantu anda melalui masa yang sukar, atau menjemput kanak- kanak untuk ber- kongsi . Apakah yang perlu kita lakukan untuk menerima bantuan- Nya?

1 NEFI 16:14–39; 18:1–5

Sikap dan pilihan saya boleh memberi pengaruh yang baik kepada keluarga saya.

Iman Nefi adalah satu berkat besar apabila kelu- arganya menghadapi cubaan . Bagaimanakah anda dapat membantu kanak- kanak belajar dari contohnya?

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Jemput kanak- kanak melukis gambar- gambar yang menggambarkan cerita busur Nefi yang patah (lihat 1 Nefi 16:14–39) . Kaji semula cerita dengan mereka, jika perlu . Apabila mereka ber- kongsi lukisan mereka, bantu mereka mengenal pasti cara iman Nefi memberkati keluarganya . Jemput kanak- kanak untuk merenung cabaran yang dihadapi mereka atau keluarga mereka . Apakah yang boleh mereka lakukan untuk mengikuti contoh Nefi?

• Baca bersama beberapa ayat dari 1 Nefi 16:21–32 . Bincangkan beberapa matlamat yang mung- kin dimiliki oleh keluarga kanak- kanak, seperti mengadakan malam keluarga atau doa keluarga dengan kerap . Bagaimanakah kanak- kanak boleh membantu keluarga mereka mencapai matlamat ini? Jemput mereka untuk merancang untuk melakukan satu perkara untuk membantu kelu- arga mereka memenuhi matlamat mereka ming- gu ini .

1 NEFI 19:22–24

Saya dapat menyamakan tulisan suci dengan hidup saya.

Bantu kanak- kanak melihat bahawa laporan dalam tulisan suci lebih dari cerita—mereka mengan- dungi asas- asas yang dapat memberkati kehidup- an mereka .

Aktiviti- aktiviti yang Bersesuaian

• Minat seorang kanak- kanak membaca 1 Nefi 19:22–24 dengan kuat, dan tanyakan kanak- kanak apa yang mereka fikir tentang maksud

“menyamakan semua tulisan suci” kepada diri kita sendiri . Bantu mereka mengetahui bagai- mana Nefi menyamakan laporan tulisan suci ke atas pengalamannya untuk mendapatkan kepingan- kepingan loyang (lihat 1 Nefi 4:1–4;

lihat juga Keluaran 14) . Bagaimana dengan mengingati kisah ini membantu Nefi dan saudara- saudaranya?

• Kaji semula beberapa cerita yang telah dipelajari oleh kanak- kanak tentang Lehi dan keluarganya dari 1 Nefi, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari cerita- cerita ini . Bantu mereka memikirkan situasi dalam kehi- dupan mereka yang mungkin serupa dengan cerita- cerita ini . Contohnya, Tuhan minta Nefi untuk membina kapal mungkin mengingatkan mereka tentang masa- masa apabila mereka perlu melakukan sesuatu yang sukar dan mencari ban- tuan Tuhan .

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak- kanak untuk memilih cerita dari 1 Nefi 16–22 dan berkongsi dengan keluarga mereka bagaimana mereka boleh “menyamakan” cerita itu dengan kehidupan mereka .

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan cerita. Cerita membantu kanak- kanak memahami asas- asas injil kerana mereka menunjukkan bagaimana orang lain menjalankan asas- asas tersebut.

Gambar

Ilustrasi oleh joshua Dennis
ilustrasi nefi di menara oleh Jerry Thompson
Ilustrasi Kristus menampakkan diri kepada  bangsa nefi oleh andrew bosley

Referensi

Dokumen terkait

Fungsi efek yang digunakan untuk membuat obyek tampak seperti lukisan yang terbuat dari arang, menggunakan efek…..

Siswa berdiskusi dengan kelompoknya untuk menjelaskan sifat- sifat gelombang dapat dipantulkan, dibiaskan, diinterferensikan, didifraksikan dan dapat dipolarisasikan.NK : kerja

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tingkat kepuasan pelanggan terhadap pelayanan yang diberikan oleh pihak New Dinasty Tour and Travel kurang puas pada bulan Januari

Menjelaskan tugas LK untuk pertemuan berikutnya mengenai Review perkuliahan, tugas-tugas, dan Refleksi perkuliahan, tugas-tugas, dan latihan Konsep dasar dalam matematika

Agar semakin banyak orang yang menggunakan jasa salon Anata cabang Pasirkaliki harus melakukan peningkatan pelayanan agar servicenya memuaskan juga harga yang

Untuk menjaga rasa keseimbangan, EMC terdiri dari perwakilan pekerja dan pengusaha yang jumlahnya sama, dengan masing-masing kelompok memilih seorang juru bicara untuk bertindak

Model pengabdian pada masyarakat yang dilaksanakan oleh perguruan tinggi melalui dosen dapat menjadi sarana bagi perguruan tinggi dan dosen dalam berperan serta membantu

Ini mengandung akses ke kesempatan kerja dengan pengakuan atas hak-hak di tempat kerja, jaminan tidak adanya diskriminasi di tempat kerja, penghasilan yang memungkinkan seorang