Secara umumnya, apa yang difahami daripada maksud mengebumikan jenazah ialah memasukkan jenazah orang Islam ke dalam tanah yang sudah digali mengikut kedalaman dan ukuran yang sesuai. Jenazah yang hendak dikebumikan sudah tentu ianya sudah melalui proses dimandi, dikafan dan disolati ke atasnya. Dengan demikian maka proses terakhir yang perlu dilakukan ke atas jenazah ialah
mengebumikannya di tanah perkuburan.
Menurut al-Albani, adalah sunnah mengebumikan jenazah di tanah perkuburan. Ini kerana Nabi SAW tidak pernah mengebumikan jenazah kecuali di tanah perkuburan Baqi’.168 Ini menunjukkan
pengebumikan jenazah di tanah perkuburan adalah lebih baik dan lebih diutamakan daripada selainnya. Sementara itu menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi :
“Mengebumikan jenazah di tanah perkuburan Muslimin adalah lebih utama menurut Abu Abdillah daripada mengebumikannya di
perkarangan rumah. Ini kerana mengebumikan jenazah di tanah perkuburan itu akan
mengurangkan kesusahan kepada ahli warisnya yang tinggal dan ia lebih mendekatkannya kepada suasana alam akhirat. Jenazah juga akan sering didoa dan dipohon keampunan daripada orang-orang yang menziarahi tanah perkuburan tersebut. Para sahabat dan tabi’in serta orang-
orang selepas mereka selalu dikebumikan di padang pasir”.169
Kenyataan Ibnu Qudamah ini menunjukkan adanya kelebihan bagi jenazah yang dikebumikan di tanah perkuburan daripada dikebumikan di perkarangan rumahnya atau di tempat-tempat khas yang lain. Namun demikan, situasi berbeza telah berlaku yang mana jenazah Rasulullah SAW telah dikebumikan dalam kawasan rumahnya atau tempat pembaringannya. Hal ini dapat dilihat daripada hadis yang telah diriwayatkan oleh Aisyah r.a sebagaimana katanya :
هإ ييلهعه ههلللا َّىللصه هإ لللا له ُوسه ره ضه
بإقه َاملله
رر كي به ُوبهأه له َاقه فه هإنإفيده ِيفإ اُوفهلهتهخيا مهللسه وه
ه
إ ييلهعه ههلللا َّىللصه هإ لللا لإ ُوسه ره ني مإ ته عيمإ سه
ضه
بهقه َامه له َاقه ههتهيسإ نه َامه َائعييشه مه للسه وه
ني أه بر حإ ِيه يذإللا عإضإ ُويمهليا ِيفإ للإإ َايربإنه ههلللا
هإ شإ ارهفإ عإضإ ُويمه ِيفإ ههُونهفإديا هإيفإ نه فهدي ِيه
Maksudnya : Ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat baginda saling berselisih mengenai tempat pengebumiannya. Kemudian berkatalah Abu Bakar r.a : “Aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW yang tidak pernah aku lupa, baginda bersabda : “Tidaklah seorang Nabi diwafatkan oleh Allah kecuali di tempat yang ia suka untuk dikebumikannya.” Maka para
sahabat pun mengebumikan Nabi SAW di tempat pembaringannya.170
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah dikebumikan di tempat tidurnya sendiri di mana tempat yang baginda diwafatkan oleh Allah SWT. Namun hal ini tidak menyanggahi tuntutan al-Sunnah dan
169 Ibnu Qudamah al-Maqdisi (1972), Muwaffaq al-Din Abdullah bin Ahmad, al-Syarh al-Kabir, Beirut : Dar
al-Kitab al-Arabiyah, Juz. 2, Hlm. 389
170 Al-Tizmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Juz. 4, Hlm. 148, No. 939. Riwayat ini gharib di sisi al-Tirmidhi dan beliau
mengatakan Abdul al-Rahman bin Abi Bakar al-Maliki dalam sanad ini adalah lemah hafalannya. Terdapat riwayat lain daripada Ibn Sa’d melalui Abu bakar dengan sanad yang sahih. Ibn Hajar al-Asqalani
amalan Rasulullah SAW sendiri yang sebelum itu baginda bertindak mengebumikan para sahabat baginda di tempat yang umum iaitu di perkuburan Baqi’. Ini kerana keadaan yang berlaku kepada Rasulullah SAW adalah bersifat khusus dan terdapat dalil khas yang menuntut jenazah para Nabi dikebumikan di tempat ia wafat iaitu “Tidaklah seorang Nabi diwafatkan oleh Allah kecuali di tempat yang ia suka untuk dikebumikannya”.
Berasaskan wujudnya perbezaan di antara jenazah orang awam dan jenazah Rasulullah SAW dari sudut tempat pengebumiannya, maka dapat difahami bahawa seolah-olah wujudnya larangan daripada
mengebumikan jenazah orang awam di dalam rumah atau di
halamannya. Perkara ini telah dimaksudkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya dengan meletakkan satu bab iaitu “Dimakruhkan Solat di Perkuburan” dan berdalilkan hadis berikut :
مي كه تإَلهصه ني مإ مي كه تإُويهبه ِيفإ اُولهعهجيا
ارعُوبهقه َاههوذهخإتلته لهوه
Maksudnya : Jadikanlah rumah-rumah kamu sebahagiannya sebagai tempat solat, dan janganlah kamu menjadikannya sebagai kuburan.171
Malahan riwayat Muslim menampakkan lebih jelas akan larangan menjadikan rumah sebagai kuburan, iaitu “Janganlah rumah-rumah kamu dijadikan sebagai kuburan”172 Maka secara zahirnya maksud hadis ini dapat difahami bahawa mengebumikan jenazah di dalam rumah atau di halaman rumah adalah dilarang dan mencontohi
171 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Juz. 4, Hlm. 374, No. 1114 172 Muslim, Sahih Muslim, Juz. 4, Hlm. 179, No. 1297
perbuatan Nabi SAW dalam perkara ini adalah menjadi tuntutan.
Hikmahnya nyata, apabila seseorang dikebumikan di tanah perkuburan yang mana terdapat ramai dalam kalangan mereka orang-orang yang salih, maka jenazah yang lain akan mendapat keberkatan.173
Selain itu hendaklah orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah memastikan kubur yang digali mempunyai kedalaman
mencukupi dan ruang yang lapang serta kemas. Perintah sedemikian dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Hisyam bin Amir r.a sebagaimana katanya :
َّىللصه هإ لللا لإ ُوسه ره َّىلهإإ رهَاصه نيليه ا تيءهَاجه
َانهبهَاصه أه اُولهَاقهفه درحهأه مهُويِيه مهللسهوه هإييلهعه ههلللا
اورهفإحيا له َاقه َانهرهمهأيته فه ييكه فه درهيجهوه حرريقه
ِيفإ ةهثهَلهثللاوه نإ ييلهجه رللا اُولهعهجياوه اُوعهسإ ويأه وه
مي هه رهثهكيأه له َاقه مهدلقهِيه ميههِيرأهفه له يقإ رإبيقهليا
َانعآريقه
Maksudnya : Orang-orang Ansar telah datang kepada Rasulullah SAW pada hari berlakunya perang Uhud, Kemudian berkata : “Kami telah ditimpa kekalahan dan kesusahan, maka apakah yang kamu perintahkan kepada kami ? baginda bersabda : “Galilah lubang dan lapangkanlah dan masukkan dua orang atau tiga orang dalam satu kubur. Beliau ditanya : siapakah yang
didahului ? , Sabda baginda : “Orang yang paling banyak menghafal al-Quran.”174
173 Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Syarh al-Kabir, Juz. 2, Hlm. 389. Mendapat keberkatan di sini ialah hasil
daripada kunjungan kaum keluarga dan rakan-rakan yang salih dan mendoakan keampunan untuk semua penghuninya.
174 Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Juz. 9, Hlm. 18, No. 2800. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tizmidhi di dalam sunannya yang membawa perintah daripada Rasulullah SAW supaya menyediakan kubur yang bersesuaian dari segi keluasan dan kedalamannya mengikut jasad yang hendak dikebumikan sama ada untuk kuantiti seorang atau dua orang ataupun tiga orang. Ibn Majah meriwayatkannya dengan
kalimah
اُونهسإ حي أهوه اُوعهسإ ويأه وه اورهفإحيا
175 yang membawa maksud galilah lubang, lapangkanlah dan perelokkannya. Manakala dalamriwayat al-Nasa’i menggunakan kalimah