Mengusung jenazah dan mengiringinya ke kubur adalah satu kewajipan orang-orang Islam ke atas seseorang mayat Islam yang lain. Hal ini merupakan hak mayat terhadap kaum muslimin seluruhnya yang masih hidup. Perkara ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari melalui sanad Abu Hurayrah r.a sebagai mana berikut :
حه
ني عه ةهمه لهسه ِيبإأه نهبي ورهميعه َانهثهدلحه درملحهمه َانهثهدل
له َاقه بر َاههشإ نه بيا ِينإرهبهخي أه له َاقه ِيق عإ ازهويليه ا
ة
ه رهِييرههه َابهأه نل أه بإ يلسه مه ليا نه بي ده يعإسه ِينإرهبهخي أه
ه
إ لللا له ُوسه ره ته عيمإ سه له َاقه ههنيعه ههلللا ِيه ضإ ره
م
إ لإسي مه ليا قر حه له ُوقه ِيه مهللسه وه هإييلهعه ههلللا َّىللصه
ة
ه دهَايهعإ وه مإ َلهسل لا درره سر
مي خه مإ لإسي مه ليا َّىلهعه
ةإُوهعيدللا ةهبهَاجهإإوه زإئإَانهجهليا عهَابهتقاوه ضإ
ِيرإ مه ليا
سإ
إ َاعهليا تط
ه يمإ شي تهوه
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad, telah menceritakan kami Amru bin Abi Salamah daripada al-Awza’iy katanya, telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu Syihab katanya, telah mengkhabarkan kepadaku Sa’id bin al- Musayyab, sesungguhnya Abu Hurayrah r.a
berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Hak muslim ke atas muslim yang lain ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin.154
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW turut menuntut orang Islam yang masih hidup supaya mengiringi jenazah agar dapat mengingatkan mereka akan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda :
ةرخلا مكركذت زئَانجلا اُوعبتاو ضِيرملا اودُوع
Maksudnya : Ziarahilah orang sakit dan iringilah jenazahnya. Maka akan mengingatkan kamu akan hari akhirat.155
Kedua-dua hadith di atas menunjukkan tuntutan mengiringi jenazah untuk dikebumikan. Namun tuntutan yang lebih khusus terdapat di dalam hadith yang kedua iaitu hendaklah menziarahi orang sakit dan seterusnya mengiringi jenazahnya semasa hendak dikebumikan. Dalam hal ini, mengiringi jenazah membawa dua maksud, sama ada
mengiringi jenazah di rumahnya (menunggu jenazah) sehingga
mensolatinya dan mengiringi jenazah dari rumahnya sehingga selesai dikebumikan.156 Kedua-dua perbuatan ini dilakukan oleh Rasulullah SAW. Perbuatan Rasulullah SAW mengiringi jenazah sehingga disolatkan dan mengiringi jenazah sehingga dikebumikan dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim sebagaimana di diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudriy sebagaimana berikut :
و هيلع هللا َّىلص ِيبنلا مدقم َانك دق
ِيبنلا َانذآ تيملا َانم رضح اذإ ملس
و هرضحف ملس و هيلع هللا َّىلص
ِيبنلا فرصنا ضبق اذإ َّىتح هل رفغتسا
َّىتح هعم نم و ملس و هيلع هللا َّىلص
155 Al-Bukhari (1989), Muhammad bin Ismail, al-Adab al-Mufrad, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiah, Juz. 1,
Hlm. 183, No. 518, disahihkan oleh al-Albani dalam kitab Sahih al-Adab al-Mufrad li al-Imam al-Bukhari, Juz. 1, Hlm. 204
ِيبنلا َّىلع كلذ سبح لَاط َامبر و نفدِي
َانيشخ َاملف ملس و هيلع هللا َّىلص
ضعبل مُوقلا ضعب لَاق هيلع كلذ ةقشم
ضبقِي َّىتح دحأب ِيبنلا نذؤن ل َانك ُول :
كلذ ِيف هيلع نكِي ملف هَانذآ ضبق اذَإف
َانك و كلذ َانلعفف سبح ل و ةقشم
هيتَايف تُومِي نأ دعب تيملَاب هنذؤن
ثكم َامبر و فرصنا َامبرف هيلع ِيلصيف
َانيح كلذ َّىلع َانكف تيملا نفدِي َّىتح
هللا َّىلص ِيبنلا صخشِي مل ُول : َانلق مث
َّىتح هيلإ َانتزَانج َانلمح و ملس و هيلع
هب قفوأ كلذ نَاكل هتيب دنع هيلع ِيلصِي
مُويلا َّىلإ رملا كلذ نَاكف َانلعفف
Maksudnya : Kami mendahului Nabi SAW (memasuki kota Madinah). Dan ketika
diberitakan kepada kami ada yang sakit, maka kami memberitahu Nabi SAW lalu baginda menziarahinya dan memohon keampunan baginya. Dan ketika telah wafat, Nabi berserta orang-orang yang bersamanya akan
meninggalkan tempat (pengebumian) sesudah mayat itu dikebumikan. Kemungkinan perkara itu (kehadiran Nabi sehingga dikebumikan mayat) membazirkan masanya, dan kami bimbang perkara tersebut membuatkan Nabi SAW tidak selesa. Berkatalah seseorang kepada yang lain : “Jika kita tidak memberitahu Rasulullah SAW sehinggalah dipastikan telah wafatnya
seseorang, maka yang demikian itu tidak akan membazirkan masanya atau tidak akan
membuatkan Rasulullah SAW tidak selesa. Kami juga pernah melakukan perkara sedemikian, iaitu ketika berita kematian sampai kepada kami, maka kami segera memberitahu kepada
baginda, kemudian baginda mendatanginya dan mensolatinya. Kadang-kadang baginda segera pulang dan kadang-kadang baginda duduk
menunggu dan menghantarnya sehingga selesai dikebumikan. Kami pun ada kalanya melakukan sebagaimana yang dilakukan Nabi SAW.
Kemudian kami katakan : “Kalaulah Nabi SAW tidak muncul di hadapan kami, lalu kami bawa jenazah ke hadapan baginda sehinggalah
lebih sesuai baginya. Dan hal itu berjalan sehingga ke hari ini.157
Hadis ini menjelaskan bagaimana amalan sunnah ketika mengiringi jenazah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk dicontohi oleh umatnya sama ada mengiringi jenazah sehingga mensolatinya sahaja atau mengiringi jenazah sehinggalah jenazah itu dikebumikan. Dua perbuatan ini amat jelas sekali sehingga Rasulullah SAW pernah menjanjikan ganjaran yang tidak sama bahkan amalan yang kedua iaitu mengiringi jenazah sehingga dikebumikan adalah lebih besar
ganjarannya dan lebih afdal untuk diamalkan daripada hanya sekadar mensolatinya sahaja.158
Selain itu hendaklah difahami bahawa yang dituntut untuk
mengiringi jenazah hanyalah kaum lelaki sahaja dan terdapat larangan khas daripada Rasulullah SAW terhadap kaum perempuan daripada mengiringi jenazah. Hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari159 dan Muslim melalui sanad Ummu Athiyah. Riwayat di dalam Sahih Muslim
adalah seperti berikut :
ةهيللهعه نه بيا َانهثهدل حه به ُوِيرأه نه بي َّىيهحي ِيه َانهثهدل حه
له َاقه نه ِيرإ يسإ نإ بي دإمل حه مه ني عه به ُوِيرأه َانهرهبهخيأه
عإَابهتقا ني عه َّىههنينه َانلكه ةهيلطإ عه مرأه تي لهَاقه
َانهييلهعه ميزهعيِيه ميلهوه زإئإَانهجهليا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub, telah menceritakan kepada kami Ibn Ulayyah, telah mengkhabarkan kepada
157 Al-Hakim, al-Mustadrak ala al-Sahihain, Juz. 1, Hlm. 519, No. 1349
158 Telah dinyatakan hadis tersebut dalam bab sebelumnya iaitu kelebihan mensolati jenazah. Dijanjikan
dengan satu qirat bagi yang mensolati jenazah, dan dua qirat bagi yang mengiringi jenazah sehingga dikebumikan..
kami Ayyub daripada Muhammad bin Sirin dia berkata, Ummu Athiyah berkata : “Kami dilarang mengiringi jenazah, tetapi larangan itu tidak begitu ditekankan ke atas kami160.
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, larangan terhadap kaum wanita daripada mengiringi jenazah ke kubur tidaklah menunjukkan larangan yang kuat sebagaimana larangan-larangan yang lain. Namun ia boleh membawa hukum makruh sahaja dan tidak sampai kepada haram.161
Selain itu adalah dituntut mengiringi jenazah dengan berjalan kaki sama ada berjalan di belakang, depan, di kanan atau pun di kiri jenazah. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu’bah katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
له في طق لاوه َاههنيمإ ءهَاشه ثه ييحه ِيشإ َامه لياوه ةإزهَانهجه ليا فه ليخه به كإ ارللا
ه
إ ييلهعه َّىللصه ِيه
Maksudnya : Orang yang berkenderaan mengiringi di belakang jenazah, orang yang berjalan kaki terserah (di belakang atau di depan atau di kanan atau di kiri) dan bagi mayat anak kecil
hendaklah disolati.162
Selain itu Rasulullah SAW sendiri pernah mengiringi jenazah dalam dua keadaan sama ada di belakang jenazah ataupun di hadapannya.
Perbuatan Rasulullah SAW ini telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a sebagaimana katanya :
160 Muslim, Sahih Muslim, Juz. 5, Hlm. 14, No. 1555
161 Ibn Hajar, Fath al-Bariy Syarah Sahih al-Bukhari, Juz. 3, Hlm. 145
162 Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Juz. 4, Hlm. 170, No. 952, al-Tirmidhi mengatakan hadis ini hasan sahih,
al-
َابأو ملس و هيلع هللا َّىلص هللا لُوسر نأ
مَامأ نُوشمِي اُونَاك َامهنع هللا ِيضر رمعو ركب
َاهفلخو ةزَانجلا
Maksudnya : Adalah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar dan Umar dahulu pernah menghantar jenazah di depan dan di belakangnya.163
Hadis ini telah dikeluarkan oleh al-Thahawi melalui jalur sanad Yunus bin Yazid daripada Ibnu Syihab dan daripada Anas bin Malik. Menurut al- Albani, sanad hadis ini sesuai dengan pensyaratan al-syaikhain.164
Berkenaan dengan hadis-hadis yang dikemukakan di atas, didapati terdapat keluasan dalam beramal dengan hadis mengiringi jenazah yang mana diperbolehkan mengiringi jenazah sama ada di belakang, di depan, di tepi sebelah kanan atau di tepi sebelah kiri. Namum petunjuk yang jelas daripada amalan Nabi SAW bersama dengan Abu bakar dan Umar ialah baginda pernah berjalan di belakang dan di hadapan
jenazah. Namun begitu Sayidina Ali telah meletakkan keutamaan berjalan di belakang jenazah adalah lebih utama daripada berjalan di hadapan jenazah. Beliau mengumpamakan kelebihan itu seperti kelebihan solat berjemaah daripada solat bersendirian.165
Selain daripada itu, adalah diperbolehkan mengiringi jenazah menggunakan kenderaan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Orang yang berkenderaan hendaklah mengiringi jenazah di belakangnya”.166 Ini bermakna telah wujud perbuatan mengiringi jenazah dengan menggunakan kenderaan pada zaman Rasulullah SAW.
163 Al-Thahawi, Syarah Ma’aniy al-Athar, Juz. 1, Hlm. 481, No. 2544 164 Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz, Juz. 1, Hlm. 74
165 Al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Juz. 4, Hlm. 25, No. 6659 166 Telah dikemukakan riwayat itu pada sebelumnya.
Hadis tersebut dikuatkan lagi dengan kisah Rasulullah SAW yang
pernah dipelawa untuk menaiki kenderaan semasa mengiringi jenazah. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam sunannya
melalui sanad Thauban, kata Thauban :
مه للسه وه هإييلهعه ههلللا َّىللصه هإ لللا له ُوسه ره نل أه
ني أه َّىبهأهفه ةإزهَانهجه ليا عه مه ُوهههوه ةربلادهبإ ِيه تإأه
به كإ رهفه ةربلادهبإ ِيه تإأه فه رهصه نيا َامل لهفه َاههبهكه ريِيه
ِيشإ مي ته تي نهَاكه ةهكهئإَلهمهليا نلإإ لهَاقهفه ههله لهيقإفه
اُوبهههذه َامللهفه نه ُوشه مي ِيه مي هه وه به كه ريلإه ني كه أه ميلهفه
ته بيكإ ره
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah SAW telah dipelawa untuk menaiki kenderaan semasa baginda sedang mengiringi jenazah. Namun baginda
menolaknya untuk menaiki kenderaan tersebut. Setelah selesai pengebumian dan baginda dipelawa menaiki kenderaan, maka baginda menerimanya dan menunggangnya. Kemudian baginda ditanya , lalu baginda bersabda : “Sesungguhnya tadi
malaikat berjalan, maka tidak mungkin bagiku berkenderaan sedangkan mereka berjalan. Dan ketika mereka telah meninggalkan, maka aku menerima tawaran untuk berkenderaan.167
Hadis ini juga menunjukkan keharusan mengiringi jenazah dengan menggunakan kenderaan. Nabi SAW tidak melarangnya
perbuatan tersebut bahkan membiarkan orang lain tetap menggunakan kenderaan untuk mengiringi jenazah. Padahal Nabi SAW berpeluang untuk menaiki kenderaan tersebut. Namun demikian, tidak ditemui riwayat yang menunjukkan Nabi SAW pernah mengiringi jenazah menggunakan kenderaan. Kebanyakan riwayat secara jelas menunjukkan Nabi SAW hanya berjalan kaki semasa mengiringi
167 Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Juz. 8, Hlm. 458, No. 2763, disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab Sahih
jenazah. Yang paling dituntut dalam mengiringi jenazah ialah berjalan kaki sebagai mencontohi perbuatan Rasulullah SAW.