• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.3 Fasa Kajian

3.3.4 Fasa 4: Penilaian

3.3.4.2 Instrumen Penilaian

3.3.4.2.1 Mengenalpasti item instrumen

Proses mengenalpasti item dalam instrumen penilaian garis panduan adalah berdasarkan kepada hasil utama kajian ini iaitu garis panduan kebolehlihatan media sosial (Facebook). Bagi kajian ini, dimensi pengukuran adalah berkaitan dengan perkara tersebut:

i. Kualiti garis panduan

Dimensi pengukuran yang pertama tertumpu kepada kualiti garis panduan yang diterampilkan kepada usahawan mikro. Penerangan yang jelas diterapkan dalam garis panduan ini menjadi penekanan utama semasa pembinaan garis panduan. Pendekatan penyampaian yang jelas ini disokong oleh Blozik et. al, (2012) menyatakan, pengguna sesebuah garis panduan mempunyai pandangan dan pemahaman yang terhad terhadap garis panduan yang dibangunkan. Menjadi tanggungjawab pembangun garis panduan memberi penekanan terhadap pemerkasaan pemahaman menerusi pendekatan penyampaian yang jelas dan teratur. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Ariansen et. al, (2010) menyatakan sesebuah garis panduan yang baik dan berkualiti adalah

garis panduan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang rasional berdasarkan panduan dan langkah-langkah yang dikemukakan. Oleh yang demikian, pembangunan sebuah garis panduan yang baik semestinya perlu menyatakan hasrat dan tujuan utama garis panduan itu dibangunkan. Pengguna secara tidak langsung akan lebih yakin dengan tujuan penggunaan garis panduan ini digunakan selaras dengan matlamat pengguna itu sendiri.

ii. Kandungan dan format garis panduan

Kandungan dan format garis panduan merupakan dimensi pengukuran kedua. Objektif dan tujuan garis panduan merupakan elemen penting semasa pembangunan garis panduan. Menurut Saunders (2008) memberi makluman kepada pengguna berkenaan tujuan garis panduan itu dibangunkan adalah perlu bagi memastikan pengguna dapat mengetahui dengan jelas berkenaan tujuan garis panduan tersebut dibina.

Faktor dimensi pengukuran seterusnya adalah berkenaan struktur reka bentuk kandungan garis panduan ini dibina. Penggunaan navigasi gambarajah membolehkan penyampaian maklumat kepada pengguna menjadi lebih bermakna. Perkara ini disokong oleh Ng (1999); Milosevic dan Radomsky (2009) yang menekankan kepada penggunaan navigasi gambarajah yang menggambarkan teknik dan penggunaan garis panduan dengan lebih menarik.

iii. Kebolehgunaan garis panduan

Kebolehgunaan bermaksud bagaimana sesebuah panduan dapat digunakan dengan baik dan teratur berdasarkan kepada beberapa faktor. Di dalam kajian ini, faktor

penglibatan usahawan mikro dalam mempraktikkan garis panduan yang dikemukakan ini menjadi isu kepada pengukuran kebolehgunaan garis panduan. Kajian yang dijalankan oleh Wright et, al. (2010) menyatakan, sesebuah garis panduan tersebut lebih bermakna apabila pengguna dapat mempraktikkan garis panduan yang telah dibina secara maksimum. Menurut mereka lagi, penglibatan pengguna secara efektif telah mencerminkan garis panduan itu dipraktikkan secara signifikan. Hal yang demikian menunjukkan garis panduan yang dibina adalah mengikut kriteria dan kehendak pengguna. Secara tidak langsung meningkatkan tahap kebolehgunaan pengguna terhadap garis panduan yang dibangunkan ini.

Faktor seterusnya dalam pengukuran kebolehgunaan ini adalah impak kepada penggunaan garis panduan. Kesan penggunaan garis panduan perlu dikemukakan di dalam garis panduan supaya pengguna dapat menilai keberkesanan garis panduan ini. Pernyataan ini disokong oleh Kimber dan Grimmer-Somers (2009) yang menyatakan kesan implementasi garis panduan yang dibangunkan perlu dimaklumkan kepada pengguna. Ini bagi memastikan pengguna dapat merangka strategi dengan baik selaras dengan matlamat penggunaan garis panduan tersebut. Di dalam kajian ini, kesan dan implikasi penggunaan garis panduan telah disertakan. Hal yang demikian mampu memberi maklumat tambahan kepada pengguna berkenaan keberkesanan dan peringatan yang disampaikan.

Dimensi pengukuran kebolehgunaan garis panduan ini juga memberi penekanan terhadap pengoptimuman kos yang terlibat. Garis panduan yang dibina mampu menjimatkan kos dan penggunaan masa yang efisyen. Menurut Parulekar et. al, (2009) di dalam kajian yang dijalankan berkenaan keberkesanan garis panduan

menyatakan, garis panduan yang dibangunkan mampu membantu pengguna khususnya menjimatkan kos yang melibatkan pengurusan operasi pengguna itu sendiri. Faktor ini diberi penekanan semasa menilai kebolehgunaan garis panduan ini kepada usahawan mikro

Oleh yang demikian, satu set soal selidik telah dibina untuk mengukur kualiti garis panduan berdasarkan sumber kajian yang lepas mengikut item yang dipilih dan diguna semula (adopt) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3

Sumber Item untuk mengukur Garis Panduan

Bil Item Sumber Bilangan Item

1 Kualiti Garis Panduan (Brouwers et al., 2010) (Brouwers et al., 2010)

8 2 Kandungan dan Format Garis

Panduan

9 3 Kebolehgunaan Garis Panduan (Brouwers et al., 2010) 8

Jumlah 25

Pengukuran kualiti garis panduan adalah meliputi penglibatan pemegang taruh dan pembangunan kerapian kerana kombinasi item ini mempunyai impak yang besar oleh penilaian pengguna terhadap kualiti garis panduan yang dibangunkan. Seterusnya bagi item skop dan tujuan dan persembahan jelas dipilih sebagai item bagi pengukuran untuk menentukan kandungan dan format satu garis panduan. Bagi item kebolehgunaan dan kebebasan editorial, item ini dipilih bagi menentukan tahap kebolehgunaan sesebuah garis panduan yang dibangunkan. Jadual 3.4 menerangkan secara terperinci berkenaan item yang dipilih.

Jadual 3.4

Penerangan berkenaan item yang dipilih

Item Penerangan item yang dipilih

Kualiti Garis Panduan Menerangkan kesesuaian garis panduan yang dibangunkan bersesuaian dengan pemegang taruh di dalam sesebuah organisasi. Kualiti garis panduan adalah berdasarkan sistesis pembuktian dan kaedah di dalam garis panduan untuk memformulasi cadangan (teknik) yang dibangunkan di dalam garis panduan.

Kandungan dan Format Garis Panduan

Melibatkan skop dan tujuan garis panduan yang dibangunkan. Ia bergantung kepada gaya bahasa,struktur dan format garis panduan

Kebolehgunaan Garis Panduan Menerangkan sesebuah garis panduan yang dibangunkan menerusi teknik, strategi dan panduan dapat digunakan dengan baik. Garis panduan yang dibangunkan menunjukkan adalah tidak berat sebelah kepada beberapa faktor tertentu seperti pengetahuan, latar belakang dan kemahiran pengguna garis panduan

Secara keseluruhannya, keseluruhan item untuk menilai garis panduan kebolehlihatan untuk usahawan mikro adalah sebanyak tiga dimensi dengan 25 item yang terlibat, iaitu kualiti garis panduan (8 item), kandungan dan format garis panduan (9 item) dan kebolehgunaan garis panduan (8 item). Jadual 3.5 menunjukkan draf item soal selidik berdasarkan kepada AGREE (2012).

Instrumen ini menggunakan skala pengukuran Likert satu hingga tujuh untuk mendapatkan tahap persetujuan responden. Pemilihan skala tujuh mata adalah berdasarkan syor yang telah diberikan oleh AGREE (2012) yang memilih skala tujuh mata. Pengujian draf instrumen meliputi item-item dan konstruk dilakukan melalui kajian rintis instrumen yang telah dibincangkan di dalam bahagian yang seterusnya.

Jadual 3.5

Draf Item Instrumen Soal Selidik (Sumber: Brouwers et al., (2010) )

Kod Item

A Kualiti Garis Panduan

A1 Garis Panduan / Manual ini menerangkan secara jelas berkenaan peranan organisasi syarikat

kepada pembangunan garis panduan ini.

A2 Garis Panduan / Manual ini menerangkan kesahihan sumber maklumat yang diperolehi

A3 Maklumat yang diberikan adalah sangat mencukupi

A4 Penerangan berkenaan kaedah yang menyokong kepada pembangunan garis panduan / manual

ini disertakan bersama

A5 Maklumat berkenaan kesan yang jelas terhadap penggunaan garis panduan/ manual ini

dinyatakan

A6 Maklumat lanjut berkenaan hasil akhir daripada garis panduan / manual ini disertakan

A7 Ringkasan berkenaan kandungan dan cadangan disertakan bersama

A8 Maklumat disusun mengikut bahagian yang khusus

B Kandungan dan Format Garis Panduan

B1 Tujuan Pembangunan Garis Panduan / Manual dijelaskan

B2 Objektif Pembangunan Garis Panduan / Manual disertakan bersama

B3 Penggunaan bahasa di dalam garis panduan / manual ini jelas dan mudah difahami

B4 Kandungan dan penjelasan berkenaan garis panduan/manual mudah difahami, tepat dan

disampaikan dengan teratur

B5 Maklumat penting seperti tips dapat dikenalpasti di dalam garis panduan ini

B6 Penggunaan grafik yang mencukupi disertakan bersama

B7 Terdapat maklumat berkaitan teknik dan prosedur yang sesuai digunakan

B8 Jelas menunjukkan faedah yang diperolehi daripada garis panduan / manual ini

B9 Elemen kebolehlihatan disertakan di dalam garis panduan/ manual ini

C Kebolehgunaan Garis Panduan

C1 Garis panduan/ manual ini memuatkan ukuran kebolehlihatan

C2 Garis panduan / manual ini boleh digunakan oleh usahawan mikro yang menggunakan aplikasi

Facebook

C3 Pemantauan kebolehlihatan boleh dibuat melalui garis panduan ini

C4 Penerangan berkenaan risiko penggunaan garis panduan dimasukkan

C5 Garis panduan menerangkan berkenaan kesan terhadap kos

C6 Langkah-langkah yang diterangkan mudah difahami

C7 Kesan penggunaan garis panduan dapat dilihat

C8 Garis panduan ini dapat diikuti oleh usahawan mikro tanpa perlu melihat kepada tahap dan latar

belakang penggunaan IT

Dokumen terkait