• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGGANTIKAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA

CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN PASCA COVID-19 Mohd Fauze Bin Abd Aziz

MENGGANTIKAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA

DAN PENYENGGARAAN MESIN DI KOLEJ KOMUNITI MIRI BAGI

MENGGANTIKAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA

Roland Tsok Vui Liang¹, Noor Fazsikeen Bt Mermeji@Termizie² Kolej Komuniti Miri¹˒²

roland@kkmiri.edu.my¹, fazsikeen.kk@kkmiri.edu.my²

ABSTRAK

Penggunaan aplikasi portal sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Aplikasi Portal merupakan salah satu kaedah pembelajaran interaktif pada masa kini dan merupakan kaedah alternatif yang dapat meningkatkan motivasi dan menarik minat pelajar di dalam kelas khususnya kelas teori. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi portal terhadap pelajar-pelajar bagi menarik minat dalam memahami kandungan topik yang diajar untuk kursus Sijil Penyenggaraan Industri (SPI) Pengoperasian Dan Penyenggaraan Mesin bagi Program Sijil Penyengaraan Industri di Kolej Komuniti Miri. Seramai 19 orang pelajar dijadikan responden. Melalui ujian pemerhatian di dalam bilik kuliah, didapati keputusan yang diperolehi melalui sampel pelajar berada pada tahap kurang memuaskan. Kajian yang dijalankan pada semester ini selepas menggunapakai aplikasi portal sebagai alat bantu mengajar menunjukkan hasil yang memberangsangkan bagi pelajar dan pensyarah. Penggunaan aplikasi portal dalam bentuk latih tubi, ulang kaji dan tugasan atas talian telah menunjukkan pelajar semakin bermotivasi dan bersemangat untuk menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar di mana perbandingan keputusan di antara Ujian Sebelum-Tindakan dan Ujian Selepas-Tindakan bagi 19 orang pelajar ini telah menunjukkan perubahan peningkatan. Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik juga turut dijalankan dan didapati pelajar juga menunjukkan kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut. Maka dengan itu, kaedah pengajaran secara aplikasi portal atas talian ini merupakan medium alternatif yang sangat efektif di dalam pengajaran secara lebih meluas khususnya di dalam kursus SPI Pengoperasian Dan Penyenggaraan Industri.

Kata kunci: pembelajaran interaktif, aplikasi portal, pengoperasian dan penyenggaraan mesin, sijil penyenggaraan industri, kolej komuniti miri

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk meneroka dan meraih pengetahuan dalam alam maya. Teknologi pada masa kini mempunyai manfaat motivasi yang berupaya untuk menarik minat pelajar agar turut aktif dalam pembelajaran. Teknologi juga membantu pelajar mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Minat pelajar akan meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan dan guru. Maka, platform yang sesuai harus digunakan oleh pensyarah agar pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer dan Learning Management System dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Salah satu kaedah yang dapat digunakan sebagai media pembelajaran interaktif ialah melalui kaedah e-pembelajaran seperti aplikasi portal.

E-Pembelajaran secara zahirnya telah mengubah lanskap pembelajaran di kalangan pelajar dari pembelajaran di dalam bilik-bilik darjah secara konvensional kepada persekitaran pembelajaran di depan komputer (Mosher, 2005). E-Pembelajaran diyakini oleh para pendidik mempunyai kapasiti untuk mengatasi atau pun sekurang-kurangnya mengurangkan masalah yang wujud dari persekitaran pembelajaran tradisional. Hal ini memberikan penekanan kepada penyelidikan mengenai strategi penilaian dan kaedah pembelajaran bagi mencari formula paling efektif bagi mengaplikasikan e-Pembelajaran (Nur Amalina Shamsudin, 2010). Tidak dapat dinafikan, generasi hari ini tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang sosio-ekonomi, adalah sangat mahir terhadap aplikasi Google. Ini juga turut didokong oleh penggunaan secara berleluasa terhadap peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba yang semakin canggih dan mampu milik. Penggunaan multimedia dan internet mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran pensyarah dan menarik minat pelajar belajar dengan lebih baik dan berkesan. Penggunaan teknologi secara tepat dan bersistematik bukan sahaja dapat membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran yang sukar.

Penggunaan aplikasi portal ini merupakan satu pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekan perhatian, pengekalan dan tujuan pelajar belajar. Kaedah pendekatan ini juga menyediakan maklum balas segera, pelajar boleh secara kendiri menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah dan

mereka mempunyai lebih pilihan berkaitan dengan teks, gambar, audio, nota, info, rujukan, video dan pautan laman web dalam antara muka. Melalui kaedah ini, nilai pembelajaran kendiri dapat diterapkan kerana di kalangan pelajar untuk belajar dan berdisplin ke atas pembelajaran diri pelajar tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan pemerhatian terhadap semester-semester terdahulu, terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar di antaranya adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran yang menggunapakai buku nota dan slide power point yang menjadikan pembelajaran pasif yang berpusatkan pensyarah sahaja dan kurang interaksi dua hala semasa aktiviti pembelajaran. Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada kesan pentingnya terhadap pembelajaran pelajar kerana pengajaran secara konvensional kurang menjurus kepada kemahiran aras tinggi pelajar seperti melibatkan pelajar melalui penggunaan teknologi.

Kursus SPI merupakan salah satu kursus teras bagi Program Sijil Penyenggaraan Industri di Kolej Komuniti Miri yang menjurus kepada bidang kejuruteraan. Oleh yang demikian, kebanyakkan pelajar sukar untuk mendapatkan sumber rujukan selaian daripada merujuk kepada pensyarah bidang kejuruteraan. Keadaan ini menyebabkan penguasaan pelajar terhadap kursus tersebut menjadi lemah dan cenderung kepada kegagalan kursus tersebut.

Berdasarkan kepada isu tersebut, didapati secara umumnya pelajar mempunyai kurang kefahaman akan mendorong mereka kurang tumpuan dan minat di dalam bilik kuliah. Kursus SPI Pengoperasian dan Penyenggaraan Mesin adalah merupakan salah satu kursus teras bidang kejuruteran mekanikal am. Kursus ini secara kesuluruhanya adalah merupakan 30% teori dan 70% amali dan seperti sedia maklum pelajar akan menjadi kurang berminat apabila kursus yang diajar adalah teori dan kurang mencabar berbanding dengan kelas praktikal. Kelas teori merupakan asas kepada kelas praktikal yang tidak boleh diabaikan dengan sewenang-wenangnya. Di tambah pula kursus ini adalah penting bagi pelajar untuk mempraktikkanya untuk menjalani latihan industri di semester akan datang, maka kajian penambahbaikan perlu dijalankan.

Maka kaedah pengajaran yang interaktif perlu di jalankan bagi membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar bagi topik ini. Oleh yang demikian, selari dengan

keperluan dan kepentingan tersebut maka penyelidikan ini dilihat sebagai satu kaedah untuk melihat kejayaan kaedah pengajaran melalui pengajaran yang interaktif berasaskan aplikasi portal terhadap kursus SPI Pengoperasian dan Penyenggaraan Mesin bagi pelajar semester 3 di Kolej Komuniti Miri.

TUJUAN KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:

1.

Mengenalpasti tahap penerimaan penggunaan aplikasi Portal bagi pembelajaran teori kursus SPI dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Miri bagi program sijil penyenggaraan sepanjang di semester 3.

2.

Mengenalpasti keberkesanan jangka masa panjang bagi penggunaan aplikasi portal bagi pembelajaran teori yang merangkumi kursus teras SPI yang lain.

3.

Mengenalpasti hubungan tahap motivasi pelajar bagi penggunaan aplikasi portal bagi pembelajaran teori yang merangkumi kursus teras SPI yang lain.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan di bawah:

1.

Adakah tahap pencapaian pemahaman pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran interaktif berasaskan aplikasi portal di dalam kursus SPI Pengoperasian dan Penyenggaraan mesin berkesan?

2.

Adakah pembelajaran interaktif dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari topik-topik SPI Pengoperasian Dan Penyenggaraan Mesin?

3.

Adakah tahap penerimaan penggunaan aplikasi portal dalam sesi pembelajaran kursus teori di kalangan pelajar Kolej Komuniti Miri bagi pelajar SPI semester 3?

KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara interaktif melalui aplikasi portal dalam menilai tahap penerimaan,